Rabu, 20 Jun 2012

GAWAT MEMANG GAWAT...DAH KIAN LEMAH...MASALAH DALAM YANG BANYAK..SOKONGAN KEPADA PARTI LAWAN BERTAMBAH

UMNO Terkangkang dalam Isu Karpal Singh
Posted on Tuesday, June 19 @ 04:09:07 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ruhan

"UMNO menjadikan isu ucapan Karpal Singh, iaitu “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sebagai satu tangkal untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP.
Ucapan ini telah disalahtasfirkan oleh Utusan Malaysia dan melaporkan dalam akhbarnya “MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM – LANGKAH MAYAT KAMI DULU –  Karpal Singh.

Sepertimana biasa, lain yang disebut oleh Karpal, lain pula yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang sahamnya dimiliki oleh UMNO-BN. Inilah fitnah Utusan Malaysia, salah satu akhbar UMNO. Karpal menyebut perkara lain tetapi dilaporkan dengan tidak jujur untuk melaga-lagakan PAS dan DAP.
Bagi PAS, ucapan Karpal Singh ini adalah pandangan peribadi. Apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990, PAS telah menubuhkan Panel Deraf Hudud yang diketuai oleh Yang Ariff Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara bersama bekas Mufti Kelantan dan ulamak muktabar negara. Akhirnya pada tahun 1993, undang-undang hudud dikanunkan (didokumenkan) dalam undang-undang tubuh negeri Kelantan.
Tidak timbul isu langkah mayat Karpal Singh yang masih hidup pada masa itu. Tidak berlaku huru-hara pun. UMNO terkedu.
Apabila PAS mengambi lalih Terengganu dari UMNO-BN pada tahun 2000, kerajaan PAS-Barisan Alternatif telah mengkanunkan undang-undang hudud dalam undang-undang tubuh negeri Terengganu pada tahun 2002 tanpa timbul isu “langkah mayat kami dulu” dan Karpal Singh tidak kata apa-apa pun. Sekali lagi UMNO terkedu.
Masalahnya ialah UMNO-BN mendominasi pemerintahan di banyak negeri tetapi TIDAK ADA LANGSUNG USAHA mahu mengkanunkan undang-undang hudud sebagai langkah pertama sebelum boleh dilaksanakan.
Setelah 20 tahun berlalu, Karpal Singh mengatakan ucapannya “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sudah tidak relevan lagi. Pada hakikatnya, undang-undang jenayah syariah itu telah dikanunkan terlebih dahulu daripada ucapan Karpal itu. UMNO terus terkedu. Tapi UMNO buat-buat tidak dengar dan terus mainkan isu ucapan ini tanpa segan silu. Memang mereka tidak mempunyai kemaluan dalam hal ini.
Seterusnya dalam hubungan DAP dengan PAS di bawah Pakatan Rakyat, Karpal Singh mengatakan “DAP akan pertahan agama Islam sebagai agama rasmi negara.” Beliau menyebut “DAP akan….” dan ucapan ini adalah pendirian rasmi DAP. Inilah satu pukulan maut pada UMNO.
Seterusnya DAP membuat kenyataan rasmi melalui Setiusaha Agungnya yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ucapan LGE ini amat bercanggah dengan ucapan Presiden MCA rakan BN yang beranggapan undang-undang Islam akan menyebabkan negara mundur. UMNO seperti tiada telur kerana tidak berbuat apa-apa atas kejian itu.
Malah apa yang dibuat oleh DAP-PR di Pulau Pinang telah membuatkan mulut UMNO terkunci kerana semasa Gerakan-BN memerintah Pulau Pinang selama lebih 50 tahun, semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan DAP-PR tidak mampu dilakukan oleh Gerakan-BN walaupun UMNO mendominasi BN Pulau Pulau Pinang.
Dan UMNO terus terkedu serta mati kutu dan tidak mampu menangkis kesungguhan PR di Pulau Pinang walaupun DAP menjadi parti utama menerajui kerajaan Pulau Pinang.
PAS terus mengukuhkan hubungan baik dengan DAP kerana DAP lebih bersedia membuat perkara yang baik dan makruf daripada UMNO yang menentang Islam, menghina Islam, dan menghina Allah dan Rasul. Islam menggalakkan kerjasama dengan siapa sahaja asalkan perkara yang dilakukan adalah perkara yang baik dan membawa kepada ketaqwaan kepada Allah dan bukannya membawa kepada maksiat kepada Allah.
Hubungan baik PAS dan DAP menyebabkan UMNO menjadi semakin marah walaupun terkedu dan mati kutu dalam tangisan yang tidak berair mata. Semoga kerjasama ini akan berterusan dalam konteks PR yang sepadu.

Baca lagi: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/12/dap-pertahankan-islam-agama-rasmi.html


"Wahai Memanda Perdana Menteri @NajibRazak jawablah...
Posted on Tuesday, June 19 @ 04:18:25 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharshooter
Bercakap benar bukan sahaja tuntutan agama malah terhadap pemimpin negara khususnya apabila menyentuh perihal keselamatan dan kedaulatan negara.

Mutakhir ini, tiga isu utama menggamit fikiran ramai, iaitu perihal penjualan rahsia kerajaan melibatkan kapal selam Scorpene; keupayaan sistem kawalan ruang udara yang dipersoalkan; dan keganasan politik yang masih belum dapat kecaman jelas pimpinan atasan.

Peluang Perdana Menteri (PM) untuk bersuara dengan membuat kenyataan rasmi menjawab ketiga tiga isu ini masih belum diambil.
Usul tergempar Parlimen untuk membahaskan pendedahan penjualan rahsia sulit pertahanan negara mengenai kapal selam Scorpene ditolak bulat-bulat Speaker Dewan Rakyat.
Saranan agar sistem kawalan ruang udara yang baru dipasang untuk diaudit pertubuhan udara antarabangsa juga tidak diendahkan.
Malahan, walau jelas kontrak RM280.6 juta dianugerahkan secara tender terus kepada keluarga bekas Menteri, penjelasan lanjut kebolehan syarikat tidak diberi.
Rungutan pegawai trafik udara berserta senarai kecacatan sistem tidak terjawab. Panggilan untuk mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk politik samseng sebagaimana Malam Berdarah Lembah Pantai, 24 Mei lalu dan meminta Suhakam menyiasat beberapa kejadian ganas juga diketepikan.
Sudah tiba masanya, PM mempamerkan kepimpinan, keikhlasan dan tanggungjawab walaupun gagal menjamin pilihan raya yang bebas dan adil, sering berdolak-dalik dan menarik balik dasar dengan mudah.
Contohnya, penarikan Skim Baru Perkhidmatan Awam, cubaan pembekuan dana PTPTN untuk Selangor, pembubaran usaha sama Mas-AirAsia dan pengurusan ekonomi yang lemah – menjadi lumrah dan penanda aras identiti kerajaan BN pimpinan beliau.
Sehubungan dengan itu, PM mesti berani melakukan reformasi yang menjamin pentadbiran kerajaan agar lebih telus dan amanah berdasarkan prinsip timbang-tara dan pemisahan kuasa melalui reformasi Parlimen yang menyeluruh.
Reformasi Parlimen iaitu membenarkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen dalam pentadbiran utama kerajaan seperti Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pertahanan, Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan, Perhubungan Luar Negara dan Pembelian Aset Negara yang dapat mengelakkan salah guna kuasa, unsur rasuah dan pembaziran.
Ia memastikan segala dasar penuhi prinsip yang mengutamakan kepentingan rakyat. Bayangkan, kerajaan mahukan tambahan belanjawan sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini; membeli peralatan perang melebihi RM12 bilion; dan RM12 bilion untuk membayar PKFZ.
Kemahuan kerajaan yang pelbagai terlaksana jua tanpa perlu merujuk kepada sebarang Jawatankuasa di Parlimen dan apabila ada Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) – itu pun belum bersidang setelah tiga bulan yang lalu – membuktikan reformasi Parlimen sangat diperlukan.
Kuasa rakyat melalui Parlimen untuk menyemak dan meluluskan sebarang perjanjian antarabangsa sudah tentu dapat mengelakkan kehilangan kedaulatan negara seperti dalam urusan sempadan Pulau Batu Putih (dengan Singapura), Blok L dan M (dengan Brunei) dan perjanjian perdagangan bebas Malaysia-Australia (Mafta) melibatkan isu Lynas dan sisa toksik.
Sesi soal jawab mingguan secara terus kepada PM dengan Parlimen dapat memberikan peluang beliau memberikan penjelasan isu seperti perincian perbelanjaan RM2 juta untuk lawatan sambil menghadiri majlis pertunangan anak PM ke Kazakhstan dan yang terbaru perbelanjaan RM3 juta untuk lawatan kerja ke kota New York dan Washington DC sambil menghadiri program peribadi; dan juga penjelasan kenapa lawatan ke Milan dan Dubai selama empat hari pada waktu yang sama tidak didedahkan dalam jawapan rasmi di parlimen.
Reformasi Parlimen mungkin akan menjamin soalan saya agar kerajaan menyenaraikan nama ahli keluarga menteri dan timbalan menteri kabinet yang memperoleh projek tertutup atau melalui tender yang melebihi RM5 juta dari 2000-2011 tidak ditolak mudah Speaker Dewan.
Reformasi Parlimen turut menentukan bahawa Parlimen tidak menjadi Rubber Stamp di mana lapan rang undang-undang disegerakan dalam satu hari tanpa penelitian, pembahasan dan keputusan untuk memenuhi mandat diberikan rakyat.
Diharap beliau mencerahkan keadaan, bukannya seperti jerebu teruk yang sekali lagi melanda negara sebagai peringatan tahunan akan kegagalan diplomasi PM menuntut negara jiran menghalang kebakaran yang ramai berpendapat melibatkan syarikat perladangan negara yang nampaknya tidak mahu mendengar nasihat apa lagi arahan PM yang tumpul pengaruhnya.
Akhir sekali, semua ini wajib dibuat PM yang sepatutnya jangan segan bersuara sekiranya beliau benar-benar PM kepada rakyat Malaysia dan bukan untuk keluarga dan kroni sahaja.
Mungkin inilah kepimpinan silence is golden yang mahu diterapkan di dalam kerajaan. Apa kata Najib? Shhhhhhh, diam. - Nurul Izzah

 Isu Nizar - UMNO Sedang Menggali Kubur Sendiri?
Posted on Tuesday, June 19 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: budakbalun

"Teman secara peribadi melihat isu Nizar-Istana Johor ini adalah sesuatu yang sangat baik dan positif buat rakyat Malaysia...

Tiada apa cacat celanya twitter oleh DS Nizar dan respons daripada Istana Johor pun adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh majoriti rakyat! Apa lagi respons yang kita harapkan daripada Istana Johor?

Bagaimanapun sangat-sangat jelas, UMNO telah memainkan isu ini terlalu garing sehinggakan kini seolah-olah bakal hangus! (overcook).

Respons daripada DS Nizar adalah sangat-sangat 'humble' dan menyerlahkan sifat beliau yang sememangnya semua orang sedia maklum.. seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan low profile.

Ramai daripada sahabat-sahabat teman yang non-politiking memberi respon yang sangat baik terhadap isu ini dimana mereka secara jelasnya menghormati cetusan simpati DS Nizar kepada rakyat.

Dan mereke juga tidak menyalahkan Istana Johor secara 'direct' kerana sememangnya apa jua yang berkaitan dengan Istana ianya sangat-sangat sensitif!

Cumanya, peranan keterlaluan UMNO didalam isu ini sangat-sangat jelas bilamana media-media utama milik mereka(baca:UMNO) seolah-olah bagai nak gila memainkan isu ini siang dan malam!

Dan tindakan Istana seolah-olah bersetuju dengan permainan UMNO ini juga sememangnya memperkuatkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO tanpa melibatkan pihak Istana Johor itu sendiri!

Teman yakin lagi lama UMNO memainkan isu Nizar-Istana Johor ini lagi teruk reputasi dan imej UMNO dimata rakyat! Eh? Bukankah imej UMNO sememangnya semakin hina di mata majoriti rakyat?

budakbalun 19062012

 Pepecahan Blogger Umno yg Makan Rasuah!!
Posted on Tuesday, June 19 @ 04:21:30 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh S.J.

Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!!

Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam 2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN "PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA a.k.a Aku Peduli Apa (link)"
Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.
Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA. Papagomo hanya pandai mencaci dan memaki tetapi tidak berani berdepan dengan kenyataan. Umpama baling batu sorok tangan.
Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.
Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini?
Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.
Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin
Posted on Monday, June 18 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Penyertaan tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang dan latar belakang ke dalam PAS merupakan lonjakan baru kepada parti itu.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS yang membangun di negara demokrasi memerlukan sokongan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan kemahiran untuk menyampailkan mesej Islam yang luas.



"Bahkan kita melihat dalam Al-Quran sendiri banyak surah yang dinamakan dengan pelbagai nama yang berkait pemuda, wanita, binatang, penyair.

"Itu menandakan bahawa sejak awal lagi Islam menarik pelbagai golongan untuk menyertai Islam dan mereka boleh bergiat dengan peranan masing-masing dengan petunjuk yang betul yang terkandung dalam Al Quran.

"Islam tidak menghalang kebolehan seseorang tetapi kebolehan itu mestilah disalurkan untuk membuat kebajikan, bukan membawa kemungkaran," kata beliau kepada Harakah dan Harakahdaily di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, selepas menerima borang keahlian daripada bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin. (Gambar atas)

Mengulas penyertaan Salleh ke dalam PAS, beliau berkata, kemasukan Salleh bukan sahaja memberi gelombang baru kepada PAS di Sabah dan Sarawak tetapi turut sampai ke Semenanjung kerana Salleh merupakan orang yang berpengaruh dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

"Penyertaan Datuk Salleh yang sangat PAS alukan bukan sahaja menjadi satu gelombang kepada PAS di Sarawak secara khusus bahkan di Semenanjung kerana beliau seorang tokoh politik yang menyertai kabinet, merupakan timbalan menteri pelajaran dan beliau juga seorang aktivis masyarakat yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah tahfiz di Sabah dan Kalimantan.

"Ini merupakan satu peranan yang besar dan beliau merasakan tidak habis jika tidak melibatkan diri dalam politik kerana politik merupakan satu pemangkin yang terkuat bagi melaksanakan cita-cita bagi seorang Islam," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Tambah beliau, Islam merupakan fitrah dan ideoloi ciptaan manusia tidak mampu memberikan kepuasan kepada manusia menyebabkan merek akan kembali kepada fitrah.

"Perkembangan ini berlaku kerana kegagalan ideologi ciptaan manusia untuk memberi kepuasan kepada manusia kerana semua ideologi dan ajaran itu tidak memenuhi segala aspek yang ada dalam naluri manusia.

"Inilah yang menyebabkan bila mereka sudah menyelami bidang masing-masing, tak sampai ke mana-mana. Akhirnya bila habis tempohnya mesti balik kepada asalnya dan Islam adalah asal kepada manusia seluruhnya," katanya. - Harakahdaily




Tiada ulasan:

Catat Ulasan