Rabu, 20 Jun 2012

RAKAN-RAKAN RAPAT TENTU TAHU APA YANG SEBENAR BERLAKU...DAN MUNGKIN TELAH MENULAR SERTA TERSEBAR SECARA SENYAP...KITA ADA KUASA TERBESAR MALAH MAHA BESAR...IAIITU ALLAH...MAKA KITA SEBAGAI MAKHLUK TAK BOLEH LARI DARI HUKUMANNYA...LAMBAT-LAUN DAPAT JUGA....

BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya

Harakahdaily, 20 Jun 2012


SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya.

Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul diginakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Debat malam tadi menemukan beliau dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai perantara.

Menurut beliau lagi, demonstrasi aman adalah dijamin perlembagaan dan merupakan salah satu cara bagi menegur pihak pemerintah apabila teguran melalui ruang-ruang lain yang ada tidak diendahkan.

Apatah lagi dalam keadaan negara kita yang masih belum sampai tahap demokrasi yang sempurna, maka demonstrasi katanya salah satu cara untuk menjadikan demokrasi lebih matang.

"Kita masih belum sampai satu sistem yang sempurna tapi sedang menuju ke arah kesempurnaan.

"Jika negara menerima demonstrasi ia adalah pengukuhan untuk negara, tapi sekiranya tidak, ia adalah keruntuhan bagi sesebuah negara," tambah ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

Dalam pada itu beliau memberitahu, demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya demokrasi diamalkan secara adil dan ruang yang cukup diberikan terhadap semua parti.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka,"

Pada masa sama, beliau menafikan siri himpunan Bersih yang beberapa dianjurkan NGO sebelum ini adalah untuk mencetus huru-hara dan cuba mengguling kerajaan.

"Demonstrasi yang diadakan kami (PR) melalui Bersih 3.0 terutamanya bukan untuk meruntuhkan (kerajaan) tapi mengukuhkan kerajaan dan menuntut hak demokrasi yang diamalkan oleh negara.

"Yang jadi huru-hara sebab ada tembakan gas, tu yang jadi huru hara.

"Cuba ambil seekor ular, dan campak ditengah-tengah orang ramai dewan ini, apa akan jadi pada dewan ini," soalnya.

Baginya, hanya kerajaan yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi sahaja yang takut dengan demonstrasi rakyat.

Memang melampau si isteri ni (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 20 Jun 2012
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/250838_348449255224661_424607272_n.jpg

Terlampau berFB.....Tahap kronik......

Gambar 2 Menteri Besar di kedai gunting rambut low class

http://addin77.blogspot.com, 20 Jun 2012

Mengikut FB nih, Tuan Guru Nik Aziz datang secara mengejut bila nak bergunting rambut, tak perlu appoinment berbagai..

Manakala, gambar kat bawah nih pulak MB Kedah, Ustaz Azizan di sebuah kedai gunting rambut di pinggir bandaraya Alor Setar.
Inilah sikap sederhana (wasatiyyah) 2 MB  yang berjiwa rakyat. Tak perlu kepada tempat high class seperti sesetengah pemimpin. Beb!! ini baru janji ditepati..
Sumber ~ FB
 
 

Khairy sokong Perancis, sindir Najib?

Mohd Rashidi Hassan, 20 Jun 2012
Budak ini memang selamba. Hendak kata cerdik pun tidak seberapa. Hendak kata tidak pandai berpolitik pun, mungkin juga. Tetapi selalu sahaja terkeluar rel. Wrong person at wrong timing and wrong place.
Inilah masalahnya dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga Ahli Parlimen Rembau. Cita-citanya amat besar. Suatu ketika dahulu dicetuskan rumours, beliau digilap politiknya oleh kumpulan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, beliau bernasib malang apabila pada Pilihan Raya Umum 2008, parti dan kerajaan yang diterajui bapa mertuanya, hampir tumbang dipukul badai tsunami Pakatan Rakyat. Dengan perletakan jawatan Abdullah sebagai PM, selepas setahun digelodak orang Umno, nasib Khairy dalam politik turut malap.

Khairy orang muda. Jiwanya, jiwa muda. Banyak gambar pelbagai aksi beliau boleh diperolehi dalam internet. Dari duduk santai minum-minum di kelab, berpakaian ala wanita, berjoget di Perhimpunan Belia, macam-macam ada.

Khairy juga minat sukan bolasepak. Beliau adalah Timbalan Presiden FAM. Tetapi, kalau pun peminat bolasepak, harus juga peka sensitiviti orang lain. Khairy ahli politik, tetapi selalunya politik 'makan diri'.

Khairy berhimpun dan berdialog dengan geng twitternya di KLCC, 15 Jun lepas. Beliau memakai jersi pasukan bolasepak Perancis. Kononnya hendak sehati sejiwa dengan anak muda, tetapi tanpa beliau sedari, beliau melakukan suatu tindakan yang amat-amat sensitif, pada pandangan ketuanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam menjalankan tugas sebagai PM, ada banyak negara Najib suka pergi. Tetapi beliau cukup tidak berkenan dengan negara Perancis, buat masa ini.

Isunya ialah apabila namanya disabitkan oleh mahkamah Perancis, sebagai orang yang harus disoalsiasat sebagai saksi dalam kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Perancis tidak mendakwa Najib terbabit dalam penyelewengan atau rasuah. Perancis juga tidak mendakwa Najib terbabit membunuh Altantuya. Tiada siapa pun yang menuduh Najib terbabit membunuh Altantuya. Orang seperti pencacai Zulkifli Noordin yang memfitnah dan berbohong siang malam, menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan Najib membunuh Altantuya.

Semasa Zulkifli belum melompat, beliaulah yang menjaja dan memaki hamun Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, di merata ceramah dan kuliah. Dia yang mula-mula menuduh Najib dan Rosmah, sebaliknya selepas membuat pusingan u-turn, beliau mendakwa orang lain yang menuduh Najib. Manusia yang sejahat ini harus dihapuskan daripada politik Malaysia, biar dia balik Baling tanam pokok getah lagi baik.

Isu Scorpene yang mula dibicarakan di mahkamah Perancis inilah yang menggusarkan Najib. Ia akan mengaitkannya dengan bekas kroni kanannya, Abdul Razak Baginda. Perbicaraan Scorpene akan membongkar penyelewengan urusniaga pembelian kapal selam untuk angkatan tentera Malaysia, akan mengheret Najib dan orang rapatnya Razak baginda ke Mahkamah negara itu.

Dilaporkan terdapat berita terbaru mengatakan, saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya, telah dikeluarkan oleh Mahkamah negara itu.

Bulan Julai ini, Razak Baginda dijangka juga akan dipanggil memberi keterangan dalam kes melibatkan salah urus niaga itu. Selepas itu, dikhabarkan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Najib pula akan dipanggil.

Dari sudut undang-undang, mahkamah Perancis berhak mengeluarkan sapina kepada Najib dan Zahid. Dan jika kedua-duanya ingkar dan enggan  mematuhi sapina yang dikeluarkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

Perancis adalah sebuah negara yang mengikat perjanjian dengan Kesatuan Eropah. Persoalannya, jika waran tangkap dikeluarkan, apakah ianya meliputi negara Perancis sahaja, atau seluas tanah jajahan Eropah?

Maksudnya, apakah keengganan Najib dan Zahid mematuhi sapina yang dikeluarkan akan memberi implikasi, bahawa mereka boleh ditangkap di mana-mana negara Eropah?

Mungkin tidak perlu kita selami lebih jauh apakah implikasi perbicaraan Scorpene kepada Najib dan masa depan politik Umno-BN.

Cukup untuk kita andaikan, kemungkinan jika kes tersebut dibongkar, ianya akan menyebabkan PM berada dalam keadaan yang amat tidak selesa. Media tempatan boleh ditutup, tetapi laporan media antarabangsa yang boleh dilayari menerusi internet, bagaimana BN hendak sekat.

Kembali kepada soal jersi Perancis yang dipakai Khairy tadi. Jelas beliau tidak peka dengan sensitiviti Najib. Dalam keadaan sekarang perkataan Perancis pun dia tak berapa sudi hendak dengar atau mungkin juga jika perkataan itu terdengar, PM akan pening kepala.

Tapi Khairy dengan selambanya, dengan suka-suka hati memperli Najib dalam satu pertemuan antara ketua pemuda itu dengan pengikut twitter beliau. Khairy memakai baju jersi negara Perancis yang mengambil bahagian dalam pertandingan bolasepak Euro 2012 yang berlangsung sekarang.

Buat masa ini kalau minat bolasepak pun, tak payahlah sokong Perancis. Sokonglah Sepanyol ke, Portugal ke, England pun tidak mengapa.

Ada orang Umno bertanya, apa maksud yang Khairy mahu sampaikan? Mengapa dalam ketakutan orang Umno terhadap isu Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, Khairy terang-terangan memakai jersi Perancis?

Atau pun mungkin Khairy ada maksud yang tersirat hendak memperli Najib. Apakah Khairy masih berdendam dengan juak-juak Najib yang menjatuhkan bapa mertuanya dari jawatan PM dan Presiden Umno, atau masih bengang kerana Najib tidak melantiknya ke jawatan kabinet, sedangkan beliau Ketua Pemuda?

Khairy ada menyebutkan bahawa beliau baru menjalankan 50 peratus tugas sebagai Ketua Pemuda. Beliau meminta diberikan jawatan itu sepenggal lagi. Tetapi Khairy bakal melalui laluan sukar kerana beliau tidak dikehendaki kedua-dua kumpulan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan Najib memang tidak berminat dengan Khairy. Manakala Muhyiddin yang bercita-cita besar untuk menggantikan Najib, terpaksa bersandar dengan sokongan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua orang Umno tahu Dr Mahathir dan Khairy berseteru.

Dengan situasi yang ada sekarang, Khairy memang tiada peluang lagi. Bukan sahaja jawatan Ketua Pemuda, jawatan Ahli Parlimen Rembau pun khabarnya sudah hampir pasti dicantas.

Khairy harus sedar bahawa iklim politik sekarang ini, tidak memihak kepada Umno-BN. Oleh kerana itu, tidak perlulah beliau merayu Umno mengekalkan beliau sebagai Ketua Pemuda atau MP sepenggal lagi, kerana belum tentu selepas PRU ke-13 nanti Umno wujud lagi.


Ali diharap tingkat imej penjawat awam

Harakahdaily, 20 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuatkuasa 24 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012.


Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengingatkan kepada Ali bahawa amanah perlantikan itu adalah satu pertanggungjawaban yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah Taala di akhirat nanti.

“Oleh itu peringatan daripada Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Datuk Seri Dr Ali berkhidmat dengan sikap yang penuh profesional dan berintegriti serta tidak menjadi ‘budak catur’ Umno dan Barisan Nasional,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan semoga Ali akan dapat membina imej baru penjawat awam yang lebih baik berbanding imej sebelum ini yang dilihat sebagai ‘kotor’ kerana disebabkan politik ‘kongkong, ugut dan ancam’ puak-puak Umno dan Barisan Nasional.

Indon cabut bendera Umno

Subky Latif, 20 Jun 2012
SEORANG penduduk DUN Pasir Panjang yang diwakali Dato Seri Nizar Jamaluddin memberitahu saya tentang kejadian di Sungai Tiram, satu lokaliti di Dun itu yang mulai ramai didiami pendatang Indonesia.
Kampung itu ialah sekitar kewasan kelahiran isteri Dato Seri Zambry, Menteri Besar Perak. Ramai kerabatnya di  situ.

Dalam haba pilihan raya yang entah bila itu jalan di Sungai Tiram itu penuh dipacak dengan bendera UMNO. Agaknya bendera Dacing. Penduduknya bercampur antara pengundi BN dan penyokong Pakatan Rakyat.

Ada satu kenduri kahwin di kampng itu baru-baru ini. Habis bendera UMNO berdekatan dengan tempat kenduri itu dicabut oleh Indon.

Jawab mereka, ‘Takut orang tak datang kenduri kahwin’ itu.

Tidak pula saya tanya orang yang kenduri itu penyokong mana-mana parti. Tetapi  tidak pula mereka cabut semua bendera di sepanjang jalan kampung itu. Bendera yang berdekatan dengan tempat kenduri saja yang diturunkan.

Setengah pendatang di situ  sudah biasa dengan penduduk sekitarnya.

Pemberitahu saya itu percaya ia adalah keprihatinan kaum pendatang itu sendiri. Berani pula mereka mencampuri urusan politik negara ini.

Mungkin pendatang yang bertambah di situ adalah orang-orang yang sudah atau baru didaftarkan sebagai pengundi. Menteri Besar tentulah mengenali penduduk kampung mertuanya itu dan dalam kepercayaan umum ramai pendatang yang diberi Mykad bagi melayakkan jadi pengundi, tidak mustahil suka kejadian seperti sebagai satu cara merampas negeri itu dari pengaruh pembangkang.

Yang menariknya ialah pendatang Indon itu cabut bendera UMNO supaya kenduri kahwin itu dihadiri oleh semua orang.

Ertinya pendatang-pendatang itu ada kesedaran politik.

Ada yang percaya warga pendatang Indon begitu berhati-hati dengan  perkembangan politik di negara ini menjelang PRU 13 ini. Mereka seperti orang yang berjalan di jalan yang penuh duri. Berhati-hati supaya tidak terkena duri seperti sikap orang taqwa yang pernah disifatkan oleh Saidina Umar al-Khatab.

Antara orang  Indonesia yang sudah dijadikan pengundi di Malaysia, mengikut pengamatan seorang penulis tetap Cina di Harakah menyebut antara mereka tidak tertarik untuk mengundi BN.

Sebabnya kerajaan BN tidak mampu memendung kenaikan barang dan keadaan ini akan bertambah parah apabila BN menang lagi. Perbelanjaan hidup yang sudah tinggi sekarang adalah pertahan - tidak turun dan tidak naik – sementara sampai hari mengundi.

Keadaan itu bertahan kerana menghadapi pilihan raya supaya tidak menyokong pembangkang. Tetapi apabila ia menang kembali, maka keadaan itu tidak dapat dikawal lagi.

Kebanyakan pendatang baik dari Indonesia mahu pun Bangladesh pendapatannya tidak banyak bertambah. Kerajaan BN sekarang mulai mengalih ke negara lain untuk mendapatkan pembantu rumah setelah Indonesia membekukan pengiriman tenaga pembantu rumah sehinggalah majikan bersetuju memberi RM700 sebulan.

Kerajaan UMNO mahu mencari tenaga kerja yang lebih murah.

Perbelanjaan sekarang tidak lagi dirasakan oleh pendatang betapa Malaysia lagi jadi syurga seperti dulu. Berbelas-belas tahun lalu ketika kos hidup belum tinggi, pendapatan setiap Indon dapat menghantar pulang perbelanjaan yang secukupkan kepada keluarga masing-masing.

Dengan perbelanjaan yang tinggi sekarang, buruh bangunan dan ladang sudah tidak dapat memberi sebanyak dulu kepada keluarga di desa mereka. Dan jika kenaikan yang diduga akan terjadi selepas pilihan  raya nanti, maka jumlah yang dapat dikirim pulang bertambah susut sedang perbelanjaan mereka sendiri pun tidak mencukupi.

Tetapi Pakatan Rakyat menawarkan janji bagi menurunkan harga minyak dan gas yang menjadi punca kepada naik turunnya perbelanjaan hidup. Minyak turun akan diikuti dengan kawalan lain-lain harga barang.

Pakatan menjanjikan untuk memerangi rasuah. Rasuah inilah yang menyakitkan kehidupan mereka di Indonesia.  Ialah yang menghalang kestabilan dalam semua perkara. Rasuiah inilah yang mulai merosakkan kehidupan di Malaysia. BN tidak mampu membendungnya.

Jika janji Pakatan itu dapat dilaksanakan, maka pendatang akan mereka mereka lebih terbela. Maka mengapa mereka tidak boleh mengundi  Pakatan. Soal mereka dibayar untuk jadi pengundi dan mengundi adalah rezeki yang datang menggolek. Dengan undi rahsia itu tidak dijamin pengundi Indon akan memilih kehidupan yang lebih payah.

Haram jadah: Adakah PM akan mohon maaf?

Harakahdaily, 20 Jun 2012
KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada akan memohon maaf dan menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dihamburkannya dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8, Jerantut pada 8 Mei lalu.
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lain-lain pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini adalah sebagaimana di bawah.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sikap Kerajaan dalam menjalin hubungan dengan Negara-negara Timur Tengah yang baru membentuk Kerajaan selepas “Arab Spring” yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kedudukan Malaysia di pasaran sawit antarabangsa sepanjang tahun 2012 serta tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil untuk menstabilkan harga sawit negara.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Kementerian mengambil masa terlalu lama untuk menarik balik PPSMI, keadaan ini membayangkan ketidaksungguhan Kementerian untuk menarik balik program ini, dan dalam masa yang sama Kementerian telah tidak lagi memberi peruntukan  untuk memastikan program ini dapat dilaksana secara sempurna. Apakah pendirian Kementerian dalam soal ini.

Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan terkini Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap. Sila nyatakan kos terkini serta masalah yang berlaku ketika ini dan cadangan penyelesaian segera.

Datuk Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang lahir di luar negara sejak tahun 1957 hingga 1990, serta nyatakan negara mereka dilahirkan.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang mengkaji balik pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  dengan pendekatan yang lebih bersepadu di peringkat sekolah lagi.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada YAB. Perdana Menteri akan memohon maaf dan menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dihamburkannya dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8, Jerantut pada 8 Mei lalu.

Mohd Firdaus Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pendatang haram dan pemberian kad pengenalan palsu yang berlaku di seluruh negara seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Mohd. Abdul Wahid Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan semua terma-terma penyelesaian yang dipersetujui antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Kerajaan Pusat dan Petronas apabila saman tuntutan royalti petroleum terhadap Petronas dan Kerajaan Malaysia ditarik balik oleh Kerajaan Terengganu baru-baru ini.

Datuk Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menaikkan taraf perkhidmatan kereta api ke Pantai Timur Semenanjung dan membuka laluan-laluan baru kereta api termasuk di Sabah dan Sarawak.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan ke atas media cetak dan elektronik yang memaparkan aksi-aksi mengghairahkan dan berbaur lucah untuk tatapan umum.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Fatwa tentang perhimpunan Bersih 3.0 dibuat secara rasmi dan telah digazetkan.

Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan syarikat manakah di bawah Khazanah Nasional Berhad yang akan dijual kepada Bumiputera, apakah proses dan tatacara dalam proses penjualan dan pembelian itu, dari mana sumber kewangan untuk aktiviti penjualan dan pembelian tersebut.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Kerajaan menarik balik pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kadar cukup tenaga elektrik dalam negara untuk 5 tahun akan datang dan dari sumber mana serta peratusan dari sumber tenaga boleh baharu.

Dekoder TV Impian dijual bermula Isnin ini

Salmiyah Harun, 19 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.

Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily.

Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat.

"Sebab itu kita namakan TV Impian, di belakang semua rakyat yang terlibat. TV ini sebagai platform untuk rakyat terlibat sama ada dari segi ide, gambar atau video," katanya.

Sebanyak lima saluran televisyen disediakan iaitu saluran satu akan memuatkan saluran berita dan ulasan, Saluran dua akan menyiarkan siri dokumentari seperti Lynas, Bersih, siasatan rakyat, saluran tiga lebih kepada ilmu pengetahuan seperti debat, ceramah kuliah Azhar Idrus, saluran berbentuk hiburan dan filem-filem yang sihat dan saluran lima lebih kepada aneka bahasa dan etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.

Katanya, Kerajaan Selangor telah menempah 1000 unit dekoder untuk diagihkan di seluruh negeri itu.

Bagaimanapun, katanya pusat operasi TV Impian adalah di alam maya dan lebih 30 sukarelawan di seluruh Malaysia akan terlibat dalam operasi saluran ini.

TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan media kerajaan. Bersaing untuk pilih pemimpin yang betul.

Justeru katanya orang ramai yang mahu mendapatkan dekoder TV Impian boleh berhubung dengan Isma Ali di talian 0192825716 atau emelkan kepada impiantv2012@gmail.com.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan stesen TV berasaskan internet dan sekaligus mengajak semua ahlinya bersaing untuk mengajak rakyat memilih pemimpin yang betul.

Pelancaran stesen TV Impian itu dibuat beliau di majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 peringkat negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan