Isu YB di pusat hiburan, Ali tertinggal bas
Zaili Muhammad , | 13 Apr 2012 |
(Ustaz Kamarudin menunjukkan laporan akhbar mengenai YB dari Jasin yang diperiksa di pusat hiburan tersebut.)
MELAKA, 13 April: PAS Melaka menyifatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tertinggal bas dan kurang bermaklumat mengenai isu seorang wakil rakyat Umno yang diperiksa di dalam pusat hiburan di Melaka Raya, baru-baru ini.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Menteri Melaka perlu merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh bertarikh 25 Mac 2012 berkenaan isu seorang wakil rakyat turut diperiksa di sebuah pusat hiburan jam 2.40 pagi.
"Dua buktinya iaitu akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh menyatakan wakil rakyat daripada Jasin, asasnya ada dan saya harap polis maklumkan kepada Ketua Menteri bahawa ada wakil rakyat dalam serbuan itu.
"Kalau rujuk laporan media itu YB BN kena nafikan kerana YB pembangkang tak terlibat sebab kalau ada mesti media perdana melaporkannya secara terperinci, isu ini isu moral," ujarnya.
Beliau turut meminta polis membuat kenyataan berhubung isu ini kerana media secara jelas melaporkannya tetapi sebaliknya tiada laporan polis yang dibuat mengenai insiden tersebut.
"Kita cabar wakil rakyat terbabit atau BN saman dua akhbar ini sekiranya berita itu tak benar dan minta wakil rakyat dari Jasin iaitu empat daripada Umno termasuk seorang daripada MCA menafikannya.
"Kita juga minta wakil rakyat terbabit meletak jawatan sebagai pengajaran kepada semua wakil rakyat agar bertanggungjawab terhadap amanah yang diletakkan pada mereka bukannya mengambil kesempatan berpoya-poya dalam pusat hiburan," katanya.
Serbuan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menerusi Ops Tapis di pusat hiburan itu turut memeriksa seorang wakil rakyat yang juga merupakan pelanggan di situ dan berjaya menahan 12 orang yang didapati positif dadah (AMP).
Penyenaraian FGVH: Durian Runtuh atau Durian Reput?
Nurul Izzah Anwar, | 13 Apr 2012 |
2. Dengan “gula-gula” pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut.
3. Malangnya, jangkaan tersebut ternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian.
4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkan bahawa:
4.1 Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut
4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6 bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6 bulan
4.3 Walaupun “stamping fee” diketepikan, para peneroka dan pekerja FELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima
4.4 Kadar faedah “daily rest” pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5 kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) pada paras 2%
5. Jelas sekali apa yang disifatkan oleh PM Najib sebagai “lonjakan berganda” ini sebenarnya lebih cenderung ke arah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusi kewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka dan pekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemua perkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjaman membiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantik untuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.
6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti Bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPF dijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH, tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera) dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka.
7. Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.
8. KEADILAN menggesa agar PM Najib menghentikan “umpan undi” atau “rasuah politik” seumpama ini dengan serta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik 'durian runtuh' ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atas bagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yang sewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik!
----------------------------
Penulis adalah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai.
PAS tambah cawangan baru dalam Dun Ali Rustam
Ahmad Danial , | 13 Apr 2012 |
Malah lebih menarik, cawangan di Padang Jambu di Dun itu ditubuhkan oleh beberapa orang ahli Umno telah keluar parti itu dan menyertai PAS.
Malam tadi Mesyuarat Agung pertama PAS Cawangan tersebut telah diadakan di mana perlantikan ahli jawatan kuasa (AJK) telah dibuat dengan jayanya.
Serentak dengan itu Unit Peti Undi (UPU) Padang Jambu juga ditubuhkan bagi menggiatkan lagi kerja-kerja pilihanraya yang sebelum ini dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Ali Sharif dalam ucapan perasmiannya melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut yang telah sekian lama diidamkan.
"Padang Jambu bukanlah kubu kuat BN kerana PAS mendapat undi yang banyak pada setiap Pilihanraya, kita hanya kalah sekitar 100-200 undi sahaja".
"Insya Allah dengan penubuhan cawangan ini PAS akan membuat kejutan pada PRU 13 di Peti Undi Padang Jambu ini" ujar Mohd Ali yang juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.
Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip berkata satu lagi cawangan PAS akan ditubuhkan dalam Dun Bukit Baru iaitu cawangan Bukit Baru Dalam.
Beberapa penyokong PAS dan bekas-bekas ahli Umno sudah bersedia untuk menubuhkan cawangan tersebut.
"Kita sudahpun mengenalpasti penyokong PAS dan Umno yang bersedia memikul amanah menggerakkan cawangan dan Unit Peti Undi Bukit Baru Dalam'.
"Majlis penubuhannya akan diadakan dalam masa terdekat" kata Ramli.
Sham Kamikaze: Dari gitar rock ke gitar dakwah
Zulkifli Sulong, | 13 Apr 2012 |
RAWANG, 13 April: Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamrel Mohamed Salleh satu nama besar dalam industri hiburan tanah air.
Namanya memuncak bersama Mawi melalui Akademi Fantasia apabila beliau menjadi salah seorang guru dalam rancangan itu.
(TERKINI...wajah Sham Kamikaze malam tadi)
Namun, itu dulu. Kini Sham sudah meninggalkan dunia glamour itu dan memperuntukkan sepenuhnya kehidupan beliau untuk dirinya sendiri dan Islam.
Buat pertama kali menatap wajah beliau malam tadi di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, tidak terfikir langsung inilah wajah gitaris terkenal tanah air itu.
Wajahnya penuh bersih dan tidak ada langsung kesan budaya hidupnya sebelum ini.
Walaupun sudah meninggalkan dunia glamour namun Sham tidak meninggalkan gitarnya.
"Kalau Hassan bin Tsabit, seorang penyair di zaman jahiliah boleh terus bersyair, kenapa saya bermain gitar perlu berhenti," kata Sham Kamikaze ketika berforum dengan Catriona Ross, seorang pelakun yang juga berhijrah.
Nama Sham Kamikaze popular apabila nama beliau sentiasa saja disebut pengacara popular, Aznil Nawawi sebagai gitaris terhebat negara.
(TINGGAL SEJARAH...wajah Sham Kamikaze dahulu)
"Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, gitar yang digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus di depan 70,000 penonton yang menyambut tahun baru 2012 di perkarangan Masjid Shah Alam dulu adalah gitar saya," cerita Sham yang masih kekal dengan gitarnya.
Beliau yang kebetulan baik dengan Ustaz Azhar bercerita bagaimana Ustaz Azhar boleh menggunakan gitarnya itu.
Malam itu, Ustaz Azhar dengan ditemani Zizan, pengacara Melodi, memetik gitar milik Sham. Ia telah menggamatkan majlis malam itu.
Ketika menceritakan hijrahnya, Sham berkata, beliau bermula dengan memahami agama secara asas dahulu.
"Yang pertama, saya fakihkan diri saya dengan agama dahulu. Pengajian tauhid dan aqidah menjadi tumpuan saya.
(Ustaz Azhar bermain gitar milik Sham Kamikaze di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam 31 Disember lalu)
"Saya juga mula memakai kopiah dan kadang-kadang jubah. Bukan baik sangat saya ni tetapi saya nak pakai fesyen yang ada kaitan dengan Islam, apa salahnya," kata beliau.
Namun di situlah mulanya tekanan yang beliau terima.
"Masyarakat mula membuat tanggapan negatif. Ini berapa hari nak tahan ni, cemuh mereka," cerita beliau.
"Kalau Allah tak bantu, teruk doh saya ni. Orang agama yang paling pandang rendah kepada saya bila saya main gitar dan kononnya mahu berdakwah melalui gitar saya.
"Bila Ustaz Azhar main gitar dan saya juga main gitar, ada orang kata kami dajal," cerita Sham lagi sedih.
Ekoran itu, katanya, beliau mengkaji dengan bersungguh-sunguh tentang perkara ini.
"Saya kaji sungguh, saya temui, Dr Yusof Qardawi kata harus ada kata haram tetapi bila saya selidiki, hadis yang kata haram itu tidak kuat.
(Walaupun sudah tinggalkan dunia glamour, orang ramai berrebut-rebut mahu bergambar dengan Sham Kamikaze)
"Begitu juga ada hadis 'melayu' yang kata setiap kali kita petik gitar, melahirkan syaitan... Kalau benar begitu, sudah berapa ribu syaitan yang saya lahirkan," katanya.
Namun, kata Sham, beliau benar-benar mahu berhenti dari terus tenggelam dalam dunia glamournya sebelum ini.
"Saya berhenti, buat apa dok nikmat dalam buat maksiat. Memang benar dapat duit banyak, Satu konsert RM4-5 ribu... Hari ni saya guna muzik untuk dakwah dan saya dapati hidup dengan aman.
"Pendapatan saya sebelum ini RM30-40,000 sebulan tetapi belum habis bulan, wang sudah habis. Sekarang alhamdulillah ada baki lagi walaupun pendapatan kurang," beritahu Sham.
Apa yang beliau buat sekarang adalah membuat workshop gitar.
(Sham berucap di majlis forum bersama Catrionas Ross)
"Ramai yang datang terutamanya yang terbiar dari sasaran dakwah selama ini. Mat rempit dan yang duduk main gitar di kepala simpang...inilah jenis orangnya yang datang ke workshop saya," kata Sham.
Dalam satu kes, Sham memulakan workshopnya jam tiga petang. Antara yang datang adalah pemuda yang berambut panjang jenis rock pokok yang rambutnya panjang dan terjuntai ke depan.
Untuk bercakap, mereka ini terpaksa selak rambut mereka dan bercakap dalam tekak mereka untuk menunjukkan mereka rock.
"Bila jam 4.30 petang, saya berhenti. Saya ajak mereka solat asar. Bro, kalau nak lagi power bro, kita solat Asar dulu. Alhamdulillah mereka ikut.
"Sambil air sembahyang, saya dengar pokok ni kata kata rakan dia, kalau tak kerana ni, aku tak sembahyanglah. Dah lima tahun tak solat... Inilah yang saya buat bersama dengan kawan-kawan saya yang lain," cerita Sham yang mengharukan pendengar yang penuh sesak di masjid itu.
Bagi Sham, beliau lebih gemar kalau menerima jemputan untuk mengajar main gitar dari masjid-masjid.
(Bersama Nazir Masjid Bandar Tasik Puteri, Ustaz Aidil Mat)
"Anak-anak muda yang tidak pernah dekati masjid yang perlu jadi sasaran kita," kata Sham, "kerana tuan-tuan semua sudah baik."
Ketika ditanya apa rancangan masa depannya, Sham Kamikaze berkata, beliau sudah mengikat satu kontrak dengan Astro Oasis untuk membawa Ustaz Azhar Idrus ke tv.
"Insya Allah, ia akan ditayangkan menjelang hari raya puasa akan datang ini," kata Sham yang mahu melihat rakyat Malaysia mempunyai alternatif hiburan dari menonton rancangan yang menambahkan dosa sebagaimana yang ada di stesen tv sekarang.

Nizar, isteri bermotosikal bantu mangsa banjir
Harakahdaily, | 13 Apr 2012 |
KAMPAR,13 April: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam hanya menaiki motosikal melawat mangsa banjir di selatan Lembah Kinta.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat dan anggota Unit Amal PAS selepas mendapat maklumat awal jam 5 pagi semalam.
Dalam kejadian semalam kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 4 pagi.
Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk sebagai banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.
Di antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.
Kejadian tersebut didakwa berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam semalam dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tembok sungai yang pecah.
Dalam pada itu selain membantu mangsa berpindah, Mohammad Nizar juga sempat memasak untuk mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan.
Ketika ditemui, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak mahu kerajaan negeri melalui Majlis Keselamatan Negeri menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.
Beliau juga turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera tebing sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan hutan secara berleluasa menjadi penyebab banjir besar berlaku hanya dalam tempoh dua jam selepas hujan lebat pada malamnya.
Beliau selaku timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut mengarahkan jabatan amal PAS kawasan Kampar dan kawasan berdekatan untuk membantu mangsa terutamanya penyediaan makanan, pakaian dan tempat perlindungan sementara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan