Sabtu, 14 April 2012

PILIHAN RAYA KIAN HAMPIR...MASING2 TENGAH MENONJOL DIRI NAK JADI JUARA...TAK KIRA JUARA APA PUN...JANJI MENANG...DAH MENANG TETAP DIDASAR LAMA....INGAT JUGA DUNIA KIAN HAMPIR KEPADA KIAMAT...INGAT JUGA KEMATIAN KIAN HAMPIR...HENTI2KAN BUAT MUNGKAR DAN JADI JUARA PENIPU...JUARA KEBAS HAK RAKYAT....

PKFZ: Umno tidak mahu S'jaya Diraja terdedah

Abdul Aziz Mustafa, 14 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 14 April: Pendedahan terbaru mengenai skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjelaskan lagi mengapa kerajaan berkeras tidak mahukan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu itu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Apabila (bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk) Lee Hwa Beng kata hanya sebahagian kecil sahaja yang ditangani pihak berkuasa dari keseluruhan isu tersebut, ia semakin menjelaskan kepada kita mengapa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) beria-ia dan berkeras tidak mahu satu Suruhanjaya Diraja menyiasat perkara itu.

"Tidak hairanlah jika Lee menyatakan hanya perubahan politik sahaja yang boleh memastikan siasatan bebas dijalankan ke atas skandal tersebut tanpa sebarang halangan dari pihak berkepentingan," katanya.

Kenyataan Lee itu, kata Salahuddin, membawa kepada kesimpulan bahawa selagi Umno dan BN yang memerintah negara ini, siasatan bebas tidak akan dapat dijalankan ke atas isu itu.

"Bila Lee menyebut halangan dari pihak berkepentingan, perkara itu tidak boleh berlaku tanpa kerjasama kepimpinan tertinggi negara.

"Mana-mana pihak yang berkepentingan tidak akan dapat menghalang siasatan bebas dijalankan jika tidak mendapat kerjasama kepimpinan tertinggi kerajaan," katanya.

Kerajaan, kata Salahuddin, bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apa terjadi kepada berjilid-jilid laporan kepada Jabatan Perdana Menteri, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didedahkan oleh Lee menjelang pelancaran bukunya "PKFZ: A Nation’s Trust Betrayed".

"Rakyat juga berhak tahu mengapa tidak ada sebarang dakwaan rasuah terhadap sesiapa pun dalam dakwaan-dakwaan yang berhubung PKFZ itu.

"Yang ada hanya dakwaan menipu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek PKFZ.

Ketika kejadian itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia.

Bagi Salahuddin, apabila Lee membangkitkan tidak ada dakwaan terhadap perbuatan rasuah dalam perbicaraan-perbicaraan berkaitan PKFZ, ia sekali lagi mengingatkan kepada pendedahan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker bahawa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing.

KDSB ialah pemaju projek PKFZ yang dilaporkan mendapat pelbagai kelebihan luar biasa.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Selain Ling dan Tiong, antara yang dikaitkan ialah bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy; Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing; bekas Bendahari Umno yang juga pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; bekas Exco kerajaan negeri Selangor dari Umno yang menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) ketika transaksi dibuat, Datuk Abdul Rahman Palil dan bekas Bendahari Umno Selangor yang juga Timbalan CEO KDSB, Datuk Faizal Abdullah.

150 projek infra lulus bawah Geran Selangorku

Harakahdaily, 14 Apr 2012
SHAH ALAM, 14 April: Sebanyak 150 projek infrastruktur di seluruh negeri telah diluluskan menggunakan peruntukan di bawah Geran Selangorku yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa satu hingga empat.
Kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar yang dikeluarkan hari ini menyatakan bagi fasa satu sebanyak 19 projek infrastruktur diluluskan dan akan dimulakan dalam waktu terdekat selepas proses pemilihan kontraktor selesai.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, fasa dua pula sebanyak 17 projek diluluskan, fasa tiga 37 projek dan fasa empat 77 projek.

(Gambar: Khalid merasmikan Gelanggang Futsal Sungai Ayer Tawar.)

"Bagi fasa satu dan dua, peruntukan yang diluluskan untuk kesemua projek ini sebanyak RM5.4 juta manakala fasa tiga dan empat masih di peringkat perbincangan.


"Projek- projek yang diluluskan ini melibatkan kerja membaiki, membina dan menurap semula jalan, memasang lampu jalan, membina longkang, menaik taraf masjid,  pembinaan inftrastuktur sukan seperti gelanggang futsal," katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Penerangan Geran Selangorku kepada penduduk di Sungai Ayer Tawar di Sabak Bernam sempena Program Khas Mesra Rakyat fasa tiga peringkat Daerah Sabak Bernam, semalam.


Geran Selangorku memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk projek inftrastruktur. Peruntukan itu hasil kejayaan kerajaan negeri mengutip semula hutang TALAM yang kemudian disalurkan semula kepada rakyat.

Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai pegawai kanan kerajaan negeri menentukan kelulusan projek berkenaan termasuk pemilihan kontraktor manakala proses sebut harga dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah.

Daripada 150 projek itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan jumlah tertinggi dengan 29 projek diikuti Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebanyak 27 projek, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) masing-masing 15 projek.

Mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, Sri Muda menerima kelulusan terbanyak dengan 31 projek, Meru (20), Telok Datok (13), Morib (14) dan Selat Klang (7).


Sementara itu, Program Khas Mesra Rakyat dimulakan dengan Menteri Besar menghadiri perhimpunan di Dewan Seri Bernam bersama pemimpin masyarakat diikuti sesi aduan rakyat yang memberi peluang orang ramai mengadu masalah secara terus kepada Exco, pejabat daerah dan tanah.


Menteri Besar selaku Exco Pembangunan Tanah juga meluangkan masa hampir sejam untuk menyelesaikan beberapa masalah tanah yang diadu  kepada beliau.


Pada sebelah petang, Menteri Besar meramah mesra dengan golongan belia dan menyaksikan perlawanan futsal antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pasukan pilihan belia tempatan sekali gus merasmikan Gelanggang Futsal Sungai Ayer Tawar.

Pada malam pula diadakan ramah mesra dan jamuan rakyat di Stadium Mini Sabak Bernam.

PAS rakam takziah buat keluarga Nordin

Harakahdaily, 14 Apr 2012
JELEBU, 14 April: PAS merakam takziah kepada keluarga Mohd Nordin Bakri, peneroka Gatco yang meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan pintu masuk ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Khamis lalu.

Perkara itu dizahirkan ketika wakil PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) bersama pimpinan Negeri Sembilan termasuk Pesuruhjaya Taufek Gani, timbalannya Abdul Rahman Ramli serta Yang Dipertua PAS Jelebu Katiran Marman, berkunjung ke rumah Allahyarham di Kampung Serampang Indah di sini.

Turut serta pada rombongan itu, hampir 20 pimpinan negeri di pelbagai peringkat yang lain.

Kehadiran mereka disambut isteri allahyarham, Irani Mohamad Yusof serta lima orang anak mereka.

Di samping itu, rombongan mereka turut mengadakan tahlil disamping menghulur sedikit sumbangan bagi meringankan beban Irani yang kini terpaksa memikul tugas suami menanggung anak-anaknya yang tiga dari mereka masih bersekolah.

Dalam kejadian 12 April lalu, Nordin dilaporkan rebah ketika menyertai himpunan di hadapan komplek JPM sebelum meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily, Mazlan turut melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan pusat mahupun negeri yang dakwanya langsung tidak menunjukkan sikap prihatin kepada keluarga mangsa.

"Hari ini dah dua hari kejadian yang berlaku di hadapan pejabat Perdana Menteri itu berlaku. Tapi sampai sekarang belum ada wakil kerajaan pusat mahupun negeri yang datang melawat keluarga mangsa.

"Tak kan sebegini layanan mereka kepada rakyat yang menuntut hak mereka sejak 53 tahun," katanya.

Mengulas kejadian Khamis lalu juga Mazlan turut melahirkan rasa kesal dengan kelewatan bantuan perubatan sehingga allahyarham terpaksa menunggu hampir 30 minit.

"Kita tak tolak takdir, tapi bayangkan di pusat pentadbiran kerajaan, bantuan boleh lambat sampai, sampai Tanggam (kawan mangsa) terpaksa menendang bilik pengawal untuk dapatkan pertologan.

"Kalau kat kampung kita faham la, ini kat pusat pentadbiran kerajaan. Sekiranya bantuan awal sampai, mungkin natijahnya berbeza," kata Mazlan kesal.

Bola sepak kita di takuk 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'

Syed Abdullah Jamalullail,
Apa lagi hendak diluahkan perasaan kecewa apabila pasukan bola sepak negara kini berada di ranking ke-156 dunia berdasarkan senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di mana dengan kedudukan sebegini Malaysia kini berada di kedudukan di bawah Pasukan Bola Sepak Bangladesh dan juga di bawah negara kerdil seperti Samoa, New Caledonia dan juga pasukan yang satu ketika dulu pasukan yang dianggap lemah seperti Pasukan Bola Sepak Filipina atau pun Pasukan Bola Sepak Singapura yang tidak mempunyai banyak padang bola sepaknya sendiri itu.

Apa sudah jadi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan apa pula alasan yang logik hendak direkakan untuk menjawab segala persoalan ini. Kalaulah begini jawabnya jangan hendak mimpi atau jangan cuba hendak mimpi untuk pasukan bola sepak kita memakai jersi negara dikejohanan di peringkat antarabangsa seperti sukan Olimpik, Piala Asia atau pun Piala Dunia.

Pasukan bola sepak negara hanya layak digelar jaguh kampung sahaja dimana hanya bermain sesama sendiri sahaja mampu menang dan bersoraklah peminat sesama sendiri bagi meraikan kemenangan diri sendiri.

Selagi sikap tidak berubah dan selagi tidak diubahkan pegawai-pegawai dalam persatuan selagi itulah kita akan berada di takuk 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'.

Persoalannya mengapa Kementerian Belia dan Sukan tidak ambil alih sahaja pasukan bola sepak negara untuk pastikan pasukan bola sepak kita bersaing kembali dengan Jepun, Korea  Selatan sepertimana berlaku 30 tahun yang lalu?


Ampangan, Seremban.

PAS jangan cemburu tapi kena bertindak

Mohd Sayuti Omar, 14 Apr 2012
Tulisan ringkas Wan Nik Wan Yusuf yang mendedahkan taktik jahat Umno Kelantan untuk menjatuhkan Pas mengutir cuping hati saya untuk memberi sedikit respons. Apa didedahkan Wan Nik itu memang benar berlaku di Kelantan hari ini. Saya bersetuju tektik itu menyanggahi kemurnian demokrasi yang dijanji dan diharapkan.

Tiga perkara penting dilakukan UBN Kelantan. Pertama, ialah menggunakan Teknologi Maklumat (IT) sebagai senjata ampuhnya bagi menyerang Pas. Senjata ini adalah amalan pada hari ini. Menerusi senjata ini UBN menggerakkan seluruh ruang dalam IT untuk menghentam Pas.

Pemilikian lebih sembilan saluran tv dan ratusan media cetak seperti tidak mencukupi. UBN sedar kebebasan dan penggunaan IT oleh pembangkang dalam pilihan raya ke-12 lalu memberi kesan baik buat oposisi.

Bendera BN di stesen komuter jadi bahan ketawa

Harakahdaily, 14 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 14 April: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melahirkan kekesalan jika benar stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi tempat bendera parti politik digantung.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, ia bukan sahaja tidak wajar malah ia akan menjadi bahan ketawa pengamat politik dari luar.

“Apakah kempen parti politik harus mencemari kawasan awam?” soalnya dalam satu kenyataan mengulas laporan portal berita Malaysiakini mengenai perkara itu.

Justeru, katanya, Teras mempersoalkan apakah peraturan yang telah ditetapkan dalam hal menggantung bendera termasuk membenarkan tempat awam seperti stesen KTM dilibatkan.

Katanya, kempen parti politik dengan perang bendera seharusnya mempunyai batas.

Beliau menambah, rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang  memenuhi bendera di tempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan.

Kata Azmi lagi, setelah Pilihan raya Umum dilaksanakan sebanyak 12 kali, apakah rasional kempen seperti itu perlu dilakukan.

Baginya, perlakuan seperti itu menunjukkan kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat.

“Jangan sampai rakyat menjadi mual dan muak dengan keghairahan yang melampau dari gelagat parti BN,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, tegasnya Teras menuntut agar pihak berkuasa serta pihak SPR mengawal mana-mana parti politik dari mencemari kawasan awam digantung bendera sesuka hati supaya ia tidak mengganggu keselesaan orang awam.

“Cukuplah bendera parti digantung di tepi-tepi jalan raya, itupun harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Membenarkan semua tempat dipenuhi dengan bendera parti amat mencemarkan pemandangan dan menunjukkan ketidakmatangan di pihak parti yang berkenaan,” katanya.

Langsung dari itu Umno telah menubuhkan pasukan penyangak cyber troopernya sendiri. Pertemuan Mustapa Mohmed dengan cyber toopers UBN itu menunjukkan kesungguhan BN manfaatkan dunia IT yang berleluasa hari ini dan juga keseriusan untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.

Anih sedikit oposisi yang menjadi pelopr dan perintis dalam menggunakan kemudahan ini nampaknya sikit ke belakangan mutakhir ini.

Kedua, ialah Umno menganjurkan ceramah, menggunaakan para ustaz jelmaan dan upahan yang janggut sejmput dan serna renyuk untuk mencaci Tok Guru Nik Aziz serta menuduh dengan tuduhan jelek. Mereka cuba merendahkan martabat Nik Aziz dan mendedahkan perkara-perkara buruk mengenainya termasuk mempersoalkan mazhab dan akidah Nik Aziz. Walhal apa yang perlu di persoalkan pegangan mereka sebelum ini.

Tidak cukup itu diupahkan ustaz untuk memburukkan watak dan batang tubuh para pemimpin Pas. Walaupun mereka tidak ada kredibiliti sebab orang Kelantan kena mereka, tahu sekuat mana hancingnya kencing mereka tetapi kehadirannya bagaikan biawak gila yang membelit di kaki.

Ketiga, menurut Wan Nik UBN menggunakan buku dan vd yang diedar kepada umum. Menerusi instrumen ini ia cuba memburukan watak (charater assassination) pemimpin Pas. Buku ini sudah lama beredar ia diedarkan bersama pemberian wang rakyat kepada rakyat baru-baru ini. Di dalam majlis-majlis pertemuan yang berselindung di sebalik program akdemik buku ini diberikan kepada guru-guru.

Buku ini bukan dihasilkan oleh penulis nyata tetapi satu penal yang menggunakan pelbagai nama Arab dan ada nilai komersial dalam konteks Melayu. Jangan tanya apa yang mereka dapat keuntungan dan upahan dari kerja-kerja ini. Ia memberi pendapat lumayan kepada mereka dalam setiap empat atau lima tahun sekali.

Keempat menggunakan Ngo upahan Umno untuk ikut sama menghentam Pas dan menimbulkan kekacauan. Ada pun kekecauan dimainkan Ngo ini tidak seberapa kerana mereka adalah jelmaan dari roh jahat seorang manusia saja.

Pendedahan Wan Nik itu baik. Tetapi apa yang kena faham setiap apa dilakukan Umno itu bukan kesalahan dalam politik sekular yang penuh dengan fitnah, adu domba, memutar belitkan fakta dan berdasarkan politik Michiavelli.

Perbuatan itu termasuk dalam rukun-rukun politik yang juga diterima Pas. Kenapa saya kata Pas juga menerima politik sebegitu kerana Pas bersedia untuk berpilihan raya atas maslahat darurat. Walhal lebih 70 peratus rukun-rukun atau elemen yang ada dalam politik demokrasi itu adalah bathil dan tidak menempati ajaran Islam.

Kalau begitu dan itu realiti yang diakui Pas, maka Wan Nik dan Pas tidak perlu bersedia atas apa yang berlaku. Wan Nik dan Pas bukan saja perlu setakat mendedah, tetapi Pas juga harus bertindak melawan dengan senjata yang sama. Ketiga-tiga senjata digunakan Umno itu harus diguna sama oleh Pas.

Misalnya sejauh mana Pas Kelantan menggunakan ruang media sosial hari ini? Umno katanya sudah lama mewujudkan unit Sosial Media mereka sendiri. Para cyber trooper mereka katanya terdiri dari pelbagai lapisan orang dan termasuknya juga mahasiswa yang dilatih khas. Apakah Pas juga mempunyai unit yang sama. Kalau ada sudahkah digerakkan seoptimunya untuk berlawan dengan Umno.

Secara ikhlas saya katakan peranan cyber trooper Pas seperti tidak fokus. Seperti tidak ada pengarah dan strategis. Isu-isu yang berlaku di sekitar para pemimpin Umno tidak diolah dan disorot secara lebih berkesanan. Tidak ada kesenimbungan. Ini menyebabkan tektik menyerang batang tubuh pemimpin kurang menjadi.

Justeru lebih baik kalau Wan Nik bersama Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN), Pusat Kajian Strategi (PKS) dan Badan Perhubungan Pas, memikirkan bagaimana untuk mengerakkan segala jentera Pas secara 'semakan' bagi mengatasi UBN. Tidak ada guna setakat mendedah kerja-kerja ataun pun gerak saraf UBN kalau Pas tidak bertindak dengan mewujudkan pasukan yang sama bagi melawan atau membendungnya.

Sebaliknya cara Wan Nik mendedahkan itu, menceritakan kekuatan musuh dan tipu muslihat musuh boleh menyebabkan pihak Pas merasa lemah kerana mereka tidak ada skuad atau unit-unit seperti itu.Tidak perlu kepada pendedahan seperti itu kalau tidak disertai dengan tindak balas melawannya dengan senjata yang sama.

Perjuangan tidak dapat diatasi dengan bercerita atau mengeluh kesah. Pejuangan akan menang kalau kita smart melatih tentara kita supaya berketrampilan untuk berhadapan dengan musuh. Kekuatan dan peranan dimainkan oleh cyber trooper Pas dalam dua pilihan raya - 1999 dan 2008 cukup kuat. Rasanya elok kalau Pas mengembalikan kekuatan itu bagi digunakan pada pilihan raya kali ini. - http://www.msomelayu.blogspot.com/



Iklan Teks

Gambar pemimpin PAS yang bermewah-mewah

http://naimnikmat.blogspot.com, 14 Apr 2012

GAMBAR PEMIMPIN PAS YANG BERMEWAH-MEWAH.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/576697_389081434455633_100000613380318_1225476_303379643_n.jpg

Korang fikirlah sendiri..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan