Sabtu, 22 Oktober 2011

DIPERCEPATKAN SIASATAN...DI AKHIRAT TERASA LAMBAT@DILAMBATKAN...AMAT KERAS HISAB ALLAH...MEREKA YANG MENENTANG ALLAH SERTA KEADILAN ALLAH...TUNGGUUUUU

Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari

GALERI FOTO

Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

NONEPerhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.

Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.

Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

NONETindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

Cabul kebebasan pensyarah

Dalam bantahan hari ini, sebelum bergerak untuk menyampaikan memorandum kepada Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamaruddin, kedua-dua pemimpin mahasiswa itu menyampaikan ucapan ringkas membantah keras penggantungan Abdul Aziz.

NONE"Itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana mancabul hak kebebasan pensyarah," kata Mohd Hilman yang disambut dengan laungan "Hidup Mahasiswa" dan "Bantah Kezaliman dari hadirin.

Ahmad Syukri pula menuntut pihak universiti memberikan kebebasan akademik kepada pensyarah.

Bahkan beliau juga mempersoalkan apakah Dr Abdul Aziz membuat fitnah sehingga beliau dikenakan tindakan gantung tugas.

"Kalau ilmu lawan dengan ilmu, bukan dengan tindakan menggantung," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Profesor Datuk Zainal Kling dari UPSI tidak dikenakan sebarang tindakan susulan kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah.

NONESelepas ucapan ringkas itu, Ahmad Syukri mengajak mahasiswa berarak bersama-samanya ke pejabat Zaleha untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu berarak, berlaku kekecohan apabila pengawal keselamatan universiti dan beberapa anggota polis cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak.

Hal demikian menyebabkan berlakunya pergelutan antara mahasiswa, pengawal keselamatan dan beberapa anggota polis di situ.

Ketika kejadian, mahasiswa lain pula, terus melaungkan "Hidup Mahasiswa" beberapa kali.

Tolak menolak

Tolak menolak selama kira-kira 10 minit itu menyebabkan beberapa pemimpin mahasiswa yang lain termasuk Mohd Hilman cuba menenangkan keadaan dan berbincang dengan pihak keselamatan.

NONEHasilnya, beliau bersama Ahmad Syukri dibenarkan menyerahkan memorandum berkenaan kepada timbalan rektor UIA di pejabatnya kira-kira jam 2.15 petang.

Bercakap kepada hadirin selepas itu, Ahmad Syukri berkata perjuangan mahasiswa masih belum selesai kerana Abdul Aziz masih belum dibebaskan.

"Kita jangan (cepat) berpuas hati, kita akan tampil pada masa akan datang kalau (isu) ini tidak selesai.

"Kita jangan mengeluh dan jangan mengalah," katanya yang disambut dengan sorakan mahasiswa.

Menurutnya, sekiranya tidak selesai, perkara itu akan dilanjutkan pada 25 Oktober ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat universiti berkenaan.

NONESehubungan itu, beliau menggesa pentadbiran universiti menyelesaikan perkara ini sebelum "perkara lebih besar" akan berlaku.

Sementara itu, Mohd Hilman berkata perhimpunan mereka hari ini adalah untuk menghantar "mesej yang jelas" kepada UIA.

"Kalau mereka tekan mahasiswa, kita lawan. Kalau mereka tekan pensyarah, lagi kita lawan," tegasnya mendapat sorakan gemuruh mahasiswa yang lain.

Beliau juga menggesa rakan-rakannya meneruskan perjuangan "selagi universiti tidak menarik balik" penggantungan Abdul Aziz.

'Turun lebih besar'

Kata-katanya itu disambut dengan laungan setuju oleh mahasiswa yang lain.

NONE"Dengar khabar ada pemimpin negara akan datang, kita minta UIA jangan sampai kita turun lebih besar," katanya.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah beberapa pemimpin PKR. Antara mereka, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu) dan Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves).

Mereka hadir memberi sokongan kepada perjuangan mahasiswa yang menuntut penggantungan ahli akademik itu ditarik balik.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

NONE"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Sokongan SMM

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

NONEMemondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).




Rektor: Aziz Bari digantung tugas untuk cepatkan siasatan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

Rektor UIAM Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Abdul Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan gaji turut ditahan.

Beliau berkata UIAM tetap membayar gaji Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.

"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Zaleha berkata Abdul Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung kenyataannya berhubung btitah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Beliau berkata jika Abdul Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

"UIAM tidak pernah menyekat mana-mana ahli akademik untuk mengeluarkan kenyataan, tetapi kenyataan tersebut mestilah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.

Beliau berkata setakat ini, Abdul Aziz belum menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya Rabu lepas.

Tindakan Abdul Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai 'kurang ajar'.

- Bernama


Ketua Pemuda PKR diangkut dan ditarik dari masjid UIA
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

NONE“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Beliau berkata mereka yang tidak berpakaian seragam itu juga tidak menunjukkan sebarang kad pengenalan diri dan bertindak dengan cara yang kasar.

“Apa yang menyedihkan, di UIA yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIA 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

“Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr Aziz ini,” katanya.

NONEMenurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di sebuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat Jumaat.

Beliau percaya tindakan menahannya bertujuan menghalangnya yang pernah menjadi pemimpin pelajar di UIA daripada mengetuai bantahan di universiti tersebut.

  • Msgba Ahmad · Pengulas Tertinggi · Sek Keb Sura Dungun
    saya cuma nak kongsi sikit lah, masa ketua polis dungun, cik ripin naik dan masuk dalam surau tok guru haji zainal abidin nak tangkap Tuan guru haji hadi dahulu , naik tak cabut kasut namun begitu kekuasaan allah telah memberi pengajaran buat anak anaknya. dimana beliau menderita lama. kalau kawasan masjiid dan tengah ambil wuduk tu rasanya lagi berat , kita doa kan mudahan allah bayar cash pada mereka ini. kerana wuduk itu syarat sah sembahyang, pening pening aku tak tahu apa nak jadi dengan malaysia ku.
  • Ddy Fahmin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berniaga
    inilah bahasa dan tindakan ; arahan terus dari pimpinan UMNO.Mereka tidak pernah belajar tentang bagaimana jatuh kota melaka dan terbaru kematian Gadaffi.
    • Wan Kasni · Pengulas Tertinggi · Kolej telekom
      kalau nafsu dan harta dunia menguasai diri manusia...beritahu apapun tidak berkesan...
    • Zul Majid · Pengulas Tertinggi
      Anwar Ibrahim tu lah Gaddafi. terlalu rakus nak jadi perdana menteri sehingga menghalalkan semua cara. Siapa dalang demo tu? Bukan ke PKR? Aziz bari kesayangan saudara tu bukan ke org PKR?
    • Mohd Rejab Ahmad · Pengulas Tertinggi · ICTC
      Zul Majid tayang lah body kebanggaan kau tu.Demi Allah kau perhati tengok bodi kau sekarang dengan waktu itu.Aku nak tengok geng umno tolong kau sembuhkan penyakit kau.
  • Mohd Zulhilmi · Top Commenter
    nk sembahyang jumaat pon xdibenarkan..inikah yg dikatakan negara Islam?
  • Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra Malaysia
    PEGAWAI KESELAMATAN UIA BERTINDAK MACAM HARAMJADAH KERANA TAATKAN TUANNYA..CUMA YG KESIAN KAN MEREKA TAK TAKUT KP ALLAH YG MAHA ESA......
  • Zakwan Zahari · Harvard University
    Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).

    Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok!
    Description
    Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
  • Hafizaen Abdul Rahman · Sale Advisor at Proton Edar Sdn Bhd
    Dashyat nya.. nk solat Jumaat pun tak di benar dlm negara sendiri, apa pun tak boleh... apa punya arahan daa..
    • Ummi Mida · Works at I'm Not at Work, Inc.
      ...sedih sungguh menyedihkan berita begini...! apa la nak jadi negara ku Malaysia yg dicintai..nak bagi sokongan pun dihalang lebih-lebih lagi waktu hampir nak solat dihalau!..Ya Allah Ya Tuhan ku jauhi lah segala bala dari Mu bagi umat-umat Mu yang tidak berdosa..AMIN!
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      tu la..malu pulak rasanya.. pak guard uia ni kdg2 mcm pelik sikit perangai dorag... sedih pun ada.. UIA..UIA.. hope the new reactor jgn ikut telunjuk org luar je.. ini campur tgn ni
    • A Hadeeq Saai · Top Commenter · Works at Own business
      sabarlah... semoga perjuangan ikhlas kita memertabatkan islam akan dimakbulkan Allah. Lambat laun Alah akan membaasnya sebagaimana apa yang berlaku kepada Ghadafi, Saddam, Idi Amin dll....
  • Rozan Azen Mat Rasip · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    bagi pihak pimpinan AMK MALAYSIA serta teman-teman alumni UIAM, kami mengucapkan terimakasih kpd semua hadirin-hadirat seluruh negara penyokong terutama MAHASISWA-SISWI yg terus bersama dgn BERANI dan demi PRINSIP melawan kezaliman. Moga kita teruskan usaha hingga berjaya. KEHADIRAN SEMUA terutama MAHASISWA BERANI TGHARI TADI AMAT DIHARGAI. LAWAN TETAP LAWAN!
  • Kamarul Ariffin · Top Commenter · Junior Cleaner at Kampung Edinburgh
    rasa kat dalam satu dunia ni, ada juga tempat2 yg terpilih diharamkan untuk org Islam bersolat selain daripada Baitul Muqaddis(sebab org Malaysia tak boleh masuk Israel) rupa nye kat Malaysia pun dah ade.
    Apa2 pun tahniah la kepada pak guard UIA yg berjaya menyekat mereka2 ni. Manalah tahu dia ikat c4 kat badan tiba2 letupkan diri. Buat yg kena tahan, tolong lah faham, mereka ini hanya ingin menjaga keamanan, niat mereka baik mcm askar2 yg menjaga keamanan di sekitar masjid Al Aqsa. Alhamdulillah.
    • Hafiez Mind Sick · Top Commenter
      KA- Sapa kata org msia tak boleh pergi ka israel? kurang maklumat tu
  • Pakatan Haram Yang Haram · Top Commenter
    padan muka kau kemetot....byk tempat lain kau boleh sembahyang...kau bekas pelajar jer..bukannya masih belajar lagi....tak perlu la kau nak campur....sbb niat kau x baik maka mmg patut pun kau diperlakukan cam tu...kalau ngan aku baik baling jer kau tu kat luar pagar....jadi perosak tak abis2.....
    • Muhd Syham Abd Malek · Technician at Industri Electronics
      mmg patut pn... mntang2 anuar terlibat dlm penubuhan UIA swaktu dlm kerajaan... jd PKR nk perguna UIA.. mmg dsar ikut kafir harbi seolah anuar tu dewa!
    • Pakatan Haram Yang Haram · Top Commenter
      sam kemetot ni jenis x kenang budi....lupa daratan...masa baru buka legal firm ngan Yusmadi dulu terhegeh2 datang Bank Bumi mintak kes..byk gak dapat...Bank Bumi tu milik kerajaan....skrg kutuk kerajaan ....jenis takde maruah punya org.....
    • Mohd Ayub Harun · Top Commenter
      Barisan Neraka (BN)
      “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113). Semoga Allah melaknat ke atas BN serta sekutu2nya di atas kezaliman yang telah mereka lakukan....amin..
  • Teratak Damai · Top Commenter · Kuantan
    Wahai semua mahasiswa ......bangkitlah kamu ..ayuh ganyang kerajaan malaysia yang zalim dan kejam......ayuh.....inilah masa untuk mahasiswa bangun mnentang kezaliman yang maha dasyat di malaysia sejak 50 tahun ini
  • Kee-Keat Teh · Top Commenter · 41 years old
    Eh, orang nak solat jemaah bkn saja halang masuk masjid, malahan ditangkap & diheret terus! Tak rosak aqidah orang Islam kah ni? Mana pi puak-puak yg nak HIMPUN membela aqidah SEJUTA UMAT? Mana pi Jabatan Ais yg handal menyerbu gereja yg dituduh merosakkan aqidah orang Islam?
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      petanda awal kejatuhan KERAjaan Umngok Be End....!!
      ayuh seluruh rakyat Malaysia,... kita tumbangkan KERAjaan zalim Be End pada PRU 13.....!!!!
    • Mohd Ayub Harun · Top Commenter
      Barisan Neraka (BN)
      “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113). Semoga Allah melaknat ke atas BN serta sekutu2nya di atas kezaliman yang telah mereka lakukan....amin..
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    DALAM DUNIA NI.. YANG MENGHALANG ORANG ISLAM LAIN MEMASUKI MASJID DAN MENUNAIKAN IBADAT SOLAT HANYALAH REJIM ISRAEL LAKNATULLAH... JADI SUDAH ADAKAH JELMAAN REJIM ISRAEL DI MALAYSIA SEKARANG?
  • Suhairy Nor · Top Commenter · UPSI
    smoga tangan ghaib itu akan dapat balasan dalam masa terdekat.
    dan yang pasti PRU 13 nati, tgn tersebut tidak ghaib lagi.....akan digari dan dihumban ke dalam jel....aminnnn...
    • Mohd Ayub Harun · Top Commenter
      Barisan Neraka (BN)
      “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113). Semoga Allah melaknat ke atas BN serta sekutu2nya di atas kezaliman yang telah mereka lakukan....amin..
  • Rezal Syadanie Abd Rani · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    adakah mereka ini yang menghalang orang hendak solat dikategorikan sebagai musuh Allah? berani menyerang Allah?
  • Tamsun Hamimun · Top Commenter
    Pemimpin sekarang BN kesemipitan kuasa. UIA sepatutnya bersih drpd penganiayahan masalah itu. beri kebebsan kepada para pemimpin di UIA. kalau masih lagi diragui bakar saja UIA buat Universiti untuk Penjahat, itulah tren BN sekarang. Macam mana kita ikut kalau pemimpin kita melakukan yg bukan2 untuk rakyat Malaysia.
  • Mohd Norhisham Ghazali · Top Commenter · Works at IKIP advanced skills cantre
    Islam apa ni??? Nak solat Jumaat pun tak boleh. Negara ni akan punah akibat tindakan biadap, sombong, angkuh UMNO/BN. Hari ni merupakan sejarah hitam buat UIA. Mereka2 yg zalim ni akan menerima balasan azab dari Allah. tunggulah janji Allah akan tiba.
  • Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Apa pandangan "Himpun". Mereka hanya pandai kata pertahan akidah tapi isu begini mesti senyap punya......
  • Kamarudin Rahmat · Top Commenter
    Dia bukan nak gi sembayang cuma nak suruh budak budak demo je.....kalau dia orang yang berilmu tinggi takan buat gitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan