Sabtu, 22 Oktober 2011

TAAT BUKAN SEX SEMATA2...BAGAIMANA DAH TUA SUAMI TENGOK PUN TAK SELERA(RAMBUT DAH PENUH UBAN)...BAGAIMANA AKIDAH ISTERI...SAH KE TIDAK IBADAH ISTERI....NI JUGA PERLU DIAMBIL KIRA@AMBIL BERAT...BANYAK LAGI CARA...UNTUK TAAT PADA SUAMI...DIKHUATIRI PEMBACA BAYANGKAN WAJAH DAN TUBUH PENULIS SEMASA BERSAMA ISTERI...KAN NAYA...ISLAM TAK GALAKKAN WANITA TERDEDAH DIKHALAYAK RAMAI...ITU SEBAB PEREMPUAN DILARANG JADI IMAM DAN MELAUNGKAN AZAN....MASALAH IMAM TU...KECUALI IMAM MENJADI DIKALANGAN PEREMPUAN2 SAJA NI DIBOLEHKAN...

Hatijah Aam pertahan 'Seks Islam'

Penulis buku kontroversi Seks Islam, Hatijah Aam hari ini tampil mempertahankan penerbitan buku panduan yang didakwa menampilkan ajaran untuk melakukan hubungan seks di antara suami isteri secara kerohanian.

Hatijah berkata, beliau setentunya telah ditahan pihak berkuasa sekiranya ajaran yang dibawa dalam buku dengan tajuk kecil Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia itu tidak sah di sisi Islam.

"Patutnya bila pihak berkuasa tahu, sebab kami bercakap dengan (polis) Bukit Aman, dengan cawangan khas (polis). Sepatutnya bila mereka tahu (Seks Islam diterbitkan) tentu dia kata 'ha, ini mesti nak buat hiruk pikuk, buat kesesatan lagi.'

obedien wife club book sex islam"Tangkap sajalah. Tapi tak tangkap pun. Dia pun seronok tentang seks. Memang seronok, nak tahu macam mana nak goda isteri sampai gilakan suami," kata Hatijah yang juga isteri kepada pengasas kumpulan al-Arqam, allahyarham Ashaari Muhammad.

Bukan sebilik, serentak

Hatijah juga menjelaskan laporan akhbar sebelum ini yang mendakwa bahawa kelab pro-poligami itu menganjurkan supaya suami melakukan seks secara serentak bersama para isteri mereka melalui buku berkenaan.

"Serentak itu bukan keempat-empat (isteri) duduk sebilik, (para) isteri melakukan (seks) bersama. Kalau pelacuran, memang ada orang tempah dua, empat (wanita) sekali.

"Tapi dalam Islam tidak boleh, bukan sunnah Nabi duduk semua isteri sebilik, serentak. Bukan. Itu satu penipuan, satu salah faham," katanya lagi dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Bercakap kepada wartawan melalui panggilan Skype, Hatijah yang berada di Mekah berkata, perlakuan seks tersebut bukanlah secara fizikal tetapi secara "kerohanian."

"Yang dimaksudkan adalah bila manusia ini sudah mampu mencapai taraf perkembangan perasaannya, roh itu disuburkan (dan) terjadilah aktiviti roh yang sangat berlaku di kalangan orang-orang tuhan atau orang yang sangat mendalami perkara ini," katanya lagi.

Satu petikan di kulit belakang buku tersebut menyebut: "Selaku pemimpin roh, kebolehan yang Allah izinkan kepada mereka ialah boleh serentak dengan semua isteri-isteri melakukan hubungan jenis. Manakala kalau isteripun orang roh, lagilah hebat.

“Ke mana-mana terbang untuk atau sambil melakukan hubungan sulit itu dalam keadaan lebih nikmat dan lebih ringan dibanding dengan perlakuan yang menggunakan fizikal. Untuk itulah Abuya sedang proses isteri-isterinya ke arah roh."

Salinan buku panduan seks yang menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut diedarkan kepada wartawan yang membuat liputan sidang media berkenaan.

Dilaporkan, Jakim sedang menimbang untuk menyekat pengedaran buku yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.

Kelab Taat Suami mengehadkan jualan buku kecil setebal 115 halaman itu kepada anggota Kelab Taat Suami yang telah berkahwin dengan harga RM50.


Kelab Taat Suami kembang sayap
Kelab Taat Suami yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu kini melebarkan sayapnya ke pelbagai negara lain, termasuklah Jordan, Thailand dan Singapura.

NONEKelab yang ditubuhkan Global Ikhwan - syarikat bekas pengikut al-Arqam - itu sedang meraih populariti, terutamanya di negara dengan kepadatan umat Islam yang tinggi, lapor Reuters.

Bagi seorang rakyat Indonesia Gina Puspita, beliau sanggup meninggakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan pesawat untuk memenuhi misi menyampaikan ajaran Islam dan membantu wanita muda membina perkahwinan yang bahagia melalui amalam seks yang baik.

Ibu berpendidikan Perancis itu menganjurkan program keagamaan melalui kelab itu, berdasarkan kepercayaannya bahawa memenuhi tuntuhan seks merupakan penawar kepada masalah sosial "gaya Barat" seperti penceraian dan penderaan rumah tangga,

"Isteri mesti taat kepada suami dalam segenap aspek kehidupan, seperti menyediakan makanan dan minuman, menenangkan dan memberi sokongan kepada suami, termasuk juga dalam hubungan seks," Puspita dilaporkan sebagai berkata kepada agensi berita antarabangsa itu.




JAKIM sekat buku panduan seks di ranjang KTS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat.

NONE"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.

Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci.

Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif.

Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.

azlanBerita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu “sebagai mengarut dan memalukan” kerana mencemar Islam.

Ini bukan kali pertama KTS mencetuskan kontroversil. Pada Jun lalu, naib presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.



Bukan ketaatan membuta tuli

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan baru-baru ini.

Pada dasarnya sebagai pertubuhan dakwah, dan kebajikan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat, Wanita IKRAM mengalu-alukan usaha pelbagai pihak termasuk Kelab ini yang ingin mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.

Namun Wanita IKRAM begitu kesal dengan kenyataan Dr. Rohaya Mohamad, Naib Presiden kelab tersebut yang mengumpamakan isteri sebagai objek seks dan perlu menjadi pekerja seks bagi suami sebagai tanda ketaatan kepada suami disamping mengelakkan suami daripada berlakucurang.

Dalam majlis pelancaran itu juga, Dr Rohaya dilaporkan sebagai berkata isteri harus baik dan taat kepada suami walaupun didera sebagai tanda ketaatan kepada suami.

Kenyataan seperti ini sebenarnya tidak tepat, menghina dan merendahkan martabat wanita serta boleh mengakibatkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap kedudukan dan peranan sebenar wanita sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam.

Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 juga menunjukkan faktor utama perceraian ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan, tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, disebabkan ketagihan dadah atau alkohol, masalah kewangan, terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan serta didera.

Wanita IKRAM ingin menegaskan bahawa:

1. Ajaran Islam selaku sistem hidup yang lengkap, adil dan menyeluruh serta rahmat bagi sekalian alam telah memartabatkan wanita sebagai rakan kongsi lelaki yang mempunyai hak-hak yang sama walaupun mungkin berbeza peranan dalam pelbagai bidang kehidupan baik dari sudut individu, berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.

2. Ketaatan wanita kepada suaminya adalah dalam rangka dan batasan ketaatan kepada Allah. Ini bukanlah suatu ketaatan membuta tuli sehingga merelakan segala perbuatan suami walaupun ternyata suami telah berbuat kedurhakaan terhadap Allah.

Rasulullah SAW bersabda “Tiada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf” (Sahih Bukhari dan Muslim).

Peringatan Allah dalam surah An Nisa 4:34 wajar menjadi ingatan bagi kita semua:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.

"Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukul mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

"Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

3. Meletakkan kesalahan semata-mata kepada isteri dalam memberikan layanan seksual kepada suami sebagai punca lelaki berlaku curang adalah satu pandangan yang amat dangkal. Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab, masalah akhlak dan sosial, masalah ekonomi dan masalah seksual adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam.

Kajian dibuat syarikat Pfizer pada tahun 2008 pula menunjukkan 62 peratus lelaki dan 73 peratus wanita di negara ini yang tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka.

Dengan itu, kepentingan untuk para suami menjalankan peranan mereka dengan sempurna dan memberikan perhatian yang lebih teliti dalam memenuhi keperluan lahir dan batin isteri mereka juga perlu ditekankan.

4. Wanita IKRAM menerima dan menyedari bahawa poligami dibenarkan dalam Islam sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai hikmah dan kebaikan sekiranya dijalankan dengan betul berlandaskan syarat yang digariskan syara’ dalam semua peringkat perlaksanaannya.

Persepsi masyarakat perlu diperbetulkan selain pengamal poligami terutama golongan lelaki perlu mendapat pendidikan dan latihan sebelum mengamalkannya.

5. Semua pihak lelaki dan wanita, suami dan isteri haruslah kembali berpegang dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadisnya yang masyhur; “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Al Quran menunjukkan kita “ Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” At Taubah 9:71

Semoga dengan ini kita dapat membetulkan persepsi kita tentang peranan wanita dalam Islam disamping memperbaiki kehidupan berkeluarga dalam usaha kita untuk mempertahankan institusi keluarga ini sebagai unit asas dalam pembinaan masyarakat yang harmoni dan sejahtera


Penulis, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim adalah Timbalan Ketua Wanita-wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Pengulas Tertinggi · umur 104 tahun
    SOKONG ISTERI JGN PERCAYA MEMBUTA TULI...TAK SEMUA suami BAIK...tak semua suruhan suami baik...guna akal bpandukan quran.
  • Cikgu K TutorPro · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Principle of Professional Tutor Academic
    setuju matlamat kelab ini ditubuhkan, cuma sedikit 'tounge slip' jadikan kelab ini bahan sasaran, walhal byk wanita yg dijadikan objek seks seperti dlm filem, iklan, model, majalah, akhbar tabloid, majalah lucah, ratu cantik dll.Mereka dibuat umpama 'pameran dan sarkas'.., siapa endah? bahkan menyokong wanita2 ini dihina darjat kewanitaan & martabatnya tanpa disedari...
    Ya, mereka dibayar lumayan..mmg betul.., dan pelacur juga dibayar lumayan..apa bezanya?
    Namun sandaran terbaik sbg rujukan-baca dan rujuk lah juga tulisan di atas oleh Datin Paduka kerana ianya lengkap dgn hujah dan nas. Semoga kita perbuat sesuatu keputusan yg baik utk ummah.., saya terima pakai ulasan penulis di atas yg tersebut.Terima kasih.
  • Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
    SUAMI SOLEH TAK AKAN MINTA ISTERINYA JADI PELACUR MALAH DIA AKAN BINA ISTERINYA JADI WANITA SOLEHAH. Kelab Isteri Taat patut ditubuhkan tetapi kenyataan yang seperti meremehkan martabat wanita tak diperlukan.
  • Mona Fendi · Top Commenter · 54 years old
    ini lah akibat ny bila belajar islam cara umno, cakap ikut sedap mulut tp akal letak kat lutut, camne wanita umno nk bersuara sbb diaorang pun same cam dr ni.
  • Daiyiimpi Dilla
    Amirul Othman baca sendiri gak laa.. nanti discuss ok? hehe
  • Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
    Mertabat kaum wanita cerdik pandai dikotori dan dicemari oleh Dr.Rohaya Mohamed Naib Presiden Taat Suami sepatutnya memdapat tentangan hebat dari kaum wanita sendiri atau NGO, kemana hilangan wanita UMNO yang tidak berani bersuara, kemana hilang sharizat... dengan kata-kata Dr.Rohaya menganggap wanita sedemikian rupa, semuga Allah s.w.t melanati Dr.Rohaya yang berpelajaran tinggi tetapi dianggap bodoh macam baldi.
    • Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
      Kalau takat cakap je...semua orang boleh tapi mungkin cakap berdasarkan pengalaman kot? Kalau berdasarkan pengalaman la, tak ada WANITA SOLEHAH sanggup jadi objek seks sebab SUAMI SOLEH tak akan minta isterinya jadi macam pelacur. Cuba beri komen tentang pendapat saya ni.

Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

musa awang syarie lawyers association pgsmTimbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohaya itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohaya dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

NONEKatanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

prostitution, desa mentari, police raidSehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan