Rabu, 24 Ogos 2011

MERENDAH DIRI MEMANG SURUHAN ALLAH...SERTA SIFAT MAHMUDAH YANG LAIN...TERPULANG ALLAH SAPE NAK ALLAH BERI FAHAM...ATAU SAPE NAK DIBERI HIDAYAH...

Lim tidak 100% yakin dapat pertahan Pulau Pinang
Nigel Aw
Ogos 23, 11


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya kekal merendah diri dan terus menunaikan janji-janji mereka kerana beliau sendiri tidak pasti negeri itu mampu dipertahankan.

"Tidak ada yang pasti dalam politik. Saya tidak 100 peratus pasti bahawa kita akan menang di Pulau Pinang sekali lagi. Saya ingin berfikir demikian, tetapi saya fikir kita harus berhati-hati.

NONE"Meskipun ramai yang berkata kita akan menang di Pulau Pinang, kita mesti berusaha lebih gigih, rendah diri dan jangan terbawa-bawa, pastikan kita menunaikan apa yang diharapkan oleh rakyat," katanya.

Lim berkata demikian pada majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk DAP Selangor di Petaling Jaya malam tadi yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan DAP dari negeri dan juga lebih seribu penyokong parti itu.

Hadir sama memberi sokongan adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli-ahli exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Dalam rayuannya untuk mendapatkan dana, Lim berkata sumbangan penyokong amat diperlukan kerana Pakatan Rakyat tidak menggunakan sumber negeri untuk tujuan parti.

"Walaupun kami adalah kerajaan (di Selangor dan Pulau Pinang), tetapi kami terpaksa meminta bantuan (sumbangan) dari kamu (untuk wang) kerana kita tidak mencuri dari kerajaan.

NONE"Jika kamu pergi ke majlis makan malam MCA, mereka tidak meminta wang daripada kamu, sebaliknya mereka membayar kamu untuk datang,” sindir Lim.

Lim, yang memendekkan ucapannya supaya sesi soal-jawab dapat diadakan menggunakan kesempatan itu untuk menjawap pertanyaan dari para hadirin yang ingin mengetahui dasar-dasar Pakatan jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan BN.


Sifat-sifat Mahmudah..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi ustazah menulis dan mencoret tinta buat tatapan semua pembaca dan dapat juga ustzah berkongsi ilmu di alam maya ini.

Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat-sifat Mahmudah(terpuji)”

Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan

2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT

3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw

4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu

5. Sabar

6. Syukur -

7. Ikhlas dan benar

8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha

9. Redha dgn Qadak dan Qadar

10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Semoga catatan ustazah kali ini dapat memandu diri kita semua (termasuk ustazah sekali le) untuk mengamalkan sifat2 yang terpuji ini, InsyaAllah.

-ustazah azimah-


CIRI2 AKHLAK MAHMUDAH

DALAM ISLAM, AKHLAK YANG MULIA AKAN DAPAT MENGHILANGKAN KEJAHATAN SESEORANG. DENGAN MENGUMPUL AKHLAK YANG MULIA, ILMU KEMANUSIAAN SESEORANG ITU DENGAN SENDIRINYA TURUT BERKUMPUL.
SABDA RASULULLAH SAW :

"BAHAWASANYA BAIK AKHLAK DAN BUDI PEKERTI ITU AKAN MENGHANCURKAN KESALAHAN, IAITU SEGALA KEJAHATAN SEPERTI MATAHARI MENGHANCURKAN AIR BEKU."

AKHLAK MEMPUNYAI TALI PERHUBUNGAN YANG AKRAB DENGAN IMAN DAN TAQWA. TANPA AKHLAK BERMAKNA IMAN DAN TAQWA MANJADI GERSANG. AKHLAK YANG BAIK DISARANKAN OLEH AL-QURAN BANYAK SEKALI SEPERTI IMAN, TAQWA, AMAL SOLEH, IKHLAS, SABAR, AMANAH, ZUHUD, ADIL, SUKA MENOLONG, SUKA MEMAAF, PEMURAH DAN SEBAGAINYA.

ANTARA SIFAT2 MAHMUDAH YANG DISARANKAN DALAM ISLAM BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG BAIK DAN BERAKHLAK TINGGI SEJAJAR DENGAN AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW IALAH :

1. KASIH SAYANG (AR-RAHMAN)
SIFAT KASIH SAYANG KEPADA SEMUA MANUSIA TERUTAMA ANTARA MANUSIA YANG SEAGAMA SANGAT DIPANDANG TINGGI DAN DIGALAKKAN OLEH ISLAM .

FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :

"MEREKA SALING BERPESAN DENGAN KESABARAN , MEREKA SALING BERPESAN DENGAN KASIH SAYANG ". (SURAH AL-BALAD :17)

NABI MUHAMMAD SAW JUGA PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD :

"SESIAPA YANG TIDAK BERSIFAT BELAS KASIHAN KEPADA YANG ADA DI BUMI, DIA PUN TIDAK DIKASIHI OLEH YANG ADA DI LANGIT ". (SURAH AT-TABRANI)

DALAM USAHA MENJALANKAN DAKWAH KITA SEHARUSNYA MEMPUNYAI HATI YANG LEMBUT YANG PENUH DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG, SABAR DAN BERSIFAT PEMURAH, SEMOGA MANUSIA YANG DISERU DENGAN RISALAH ITU TIDAK MELARIKAN DIRI.

FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :

"MAKA DISEBABKAN RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT KAMU BERLAKU LEMAH LEMBUT TERHADAP MEREKA. SEKIRANYA KAMU BERSIKAP KERAS LAGI BERLAKU KASAR, TENTULAH MEREKA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SEKELILINGMU." (SURAH AL-IMRAN : 159)

ANTARA HADIS YANG MEMBERI PENEKANAN SUPAYA MENGHAYATI SIFAT INI IALAH DARIPADA RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM YANG BERMAKSUD :

"ALLAH SWT TIDAK MENGASIHI MEREKA YANG TIDAK MENGASIHI MANUSIA ".

JUGA DALAM HADIS YANG BERMAKSUD :

"ORANG YANG BERKASIH SAYANG ITU DIKASIHI ALLAH SWT, MAKA KASIHANILAH ORANG YANG ADA DI PERMUKAAN BUMI NESCAYA KAMU DIKASIHI OLEH YANG DI LANGIT,"

2. ADIL
NILAI UTAMA AKHLAK IALAH BERLAKU ADIL. ADIL IALAH MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA, MEMBERI HAK KEPADA MEREKA YANG MEMILIKI HAK, MEMBEBANKAN KEWAJIPAN BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI KEWAJIPAN. HAK YANG DIBERIKAN ITU TIDAK LEBIH DAN JUGA TIDAK KURANG.

KETIDAK ADILAN ADALAH SUMBER DARIPADA KETIADAAN KESENANGAN DAN KETIADAAN KESEDARAN. KEZALIMAN MERUPAKAN SUMBER DARI KECELAKAAN, PENDERITAAN DAN SEKSAAN. KEADILAN MENEGAKKAN KESEJAHTERAAN YANG MENJADI RISALAH ISLAM.. KEZALIMAN MENCEGAH TERWUJUDNYA KESEJAHTERAAN ITU.

OLEH SEBAB ITU KEADILAN MENJADI KAEDAH UTAMA DALAM MASYARAKAT ISLAM , DAN WAJIB MENJADI PAKAIAN AKHLAK SEPERTI FIRMAN ALLAH SWT :

"SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MENYURUH BERLAKU ADIL DAN BERBUAT BAIK". (SURAH AN-NAHL : 90)

SETIAP MUSLIM DITUNTUT SUPAYA BERLAKU ADIL KEPADA DIRINYA SENDIRI DAN JUGA KEPADA MANUSIA LAIN. SIFAT ADIL INI HARUS DIAMALKAN DALAM SEMUA ASPEK PENGHIDUPAN . MISALNYA ADIL DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT, PENGAGIHAN KERJA, PEMILIHAN CALON UNTUK PEKERJAAN, MENJATUHKAN HUKUMAN, MEMBERIKAN KASIH SAYANG KEPADA ISTERI2 DAN ANAK2 DAN SEBAGAINYA.

3. BERANI DAN SABAR
KEBERANIAN IALAH MENGHADAPI BAHAYA DAN PENDERITAAN DENGAN TABAH. ORANG YANG BERANI IALAH ORANG YANG DAPAT MENGUSAI JIWANYA DAN BERTINDAK MENURUT SEMESTINYA. SYARAT BERANI IALAH SABAR IAITU TABAH MENAHAN PENDERITAAN (SAKIT , SUSAH), TIDAK PUTUS ASA, TENANG MENGHADAPI KEMUNGKINAN YANG MENGKHUATIRKAN DAN BERPENDIRIAN TEGUH. OLEH ITU SABAR JUGA ADALAH NILAI AKHLAK YANG UTAMA.

FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :

"SABAR DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT ADALAH PANGKAL KEMENANGAN" . (SURAH AN-NAJM: 121)

"ORANG YANG BERSABAR DALAM KESEMPITAN, PENDERITAAN DAN DALAM PEPERANGAN MEREKA ITULAH ORANG YANG BENAR DAN MEREKA ITULAH ORANG YANG MUTTAQIN ". (SURAH AL-BAQARAH l 177)

"HAI ORANG YANG BERIMAN, BERSABARLAH KAMU DAN KUATKANLAH KESABARANMU DAN TETAPLAH BERSIAP DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERJAYA ." (SURAH AL- IMRAN :200)

ORANG YANG SABAR MEMPERLIHATKAN SIKAP BERANI, KERANA NILAI AKHLAK INI DIDIDIK KEPADANYA. IMAN YANG DIMILIKINYA MEMBAWA DIA TAKUT KEPADA ALLAH SWT. IMAN YANG SEBENARNYA HANYA TAKUT KEPADA ALLAH SWT SEMATA-MATA DAN TIDAK TAKUT KEPADA SESUATU SELAIN DARIPADA ALLAH SWT.

4. KEJUJURAN
JUJUR IALAH MEMBERIKAN SESUATU YANG SESUAI DENGAN KENYATAANNYA. TIDAK MENAMBAH ATAU MENGURANGI FAKTA2 KENYATAAN SEHINGGA PENDENGAR MEMPEROLEHI GAMBARAN YANG BENAR TENTANG PERKARA YANG BERKENAAN.

BENAR IALAH PENGETAHUAN YANG SESUAI DENGAN OBJEKNYA. KEJUJURAN ITU BUKAN HANYA MENGENAI UCAPAN SAHAJA TETAPI JUGA TINDAKAN. PERBUATAN YANG JUJUR IALAH TINDKAN YANG SESUAI DENGAN KEBENARAN YANG DIYAKINI ATAU SESUAI DENGAN PENGETAHUAN YANG BERASASKAN FAKTA.
PERTAMA IALAH KEBENARAN MORAL, IAITU SESUAI DENGAN PENGETAHUAN ROHANIAH.
KEDUA IALAH KEBENARAN FAKTA (BERDASARKAN KENYATAAN), SESUAI DENGAN PENGETAHUAN PANCAINDERA.

FIRMAN ALLAH SWT :

"WAHAI ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH KAMU JADI ORANG YANG MENEGAK KEADILAH , MENJADI SAKSI KERANA ALLAH ." (SURAH AN-NISA' : 135)

JUJUR ADALAH KEWAJIPAN YANG DIBEBANKAN OLEH TUHAN PADA MANUSIA DALAM HUBUNGANNYA DENGAN TUHAN, DENGAN DIRINYA SENDIRI DAN DENGAN SESAMA MANUSIA. WALAUPUN MANUSIA ITU DIBENCINYA, MUSUHNYA, NAMUN KEWAJIPANNYA UNTUK JUJUR TIDAK TERHAPUS LANTARAN KEBENCIANNYA TERHADAP MANUSIA ITU.

FIRMAN ALLAH SWT :

"DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KEBENCIANMU TERHADAP SESUATU KAUM MENDORONG KAMU UNTUK BERLAKU TIDAK ADIL." (SURAH AL-MAIDAH : 8)

DUSTA MENIMBULKAN KEKELIRUAN, FITNAH DAN KEZALIMAN. SEMUANYA INI MENGAKIBATKAN KEROSAKAN. TIAP2 YANG MEROSAKKAN ADALAH DIHARAMKAN OLEH ISLAM, KERANA ITU DUSTA ADALAH DILARANG KERAS OLEH ISLAM. JUJUR MERUPAKAN PENCEGAH KEKELIRUAN , FITNAH DAN KEZALIMAN, KERANA ITU JUJUR DIWAJIBKAN SEBAGAI NILAI UTAMA AKHLAK.

5. KESYUKURAN DAN BERPUAS HATI
KEDAMAIAN DAN KETENANGAN FIKIRAN ADALAH MILIK ORANG YANG SENTIASA MENGERJAKAN SOLAT. ORANG YANG SEMPURNA SOLATNYA AKAN MENGALAMI KEPUASAN YANG HAKIKI. MEREKA AKAN TENANG DAN REDHA APABILA DITIMPA BENCANA, MASALAH ATAU SEBARANG KESUSAHAN .

BANYAK MASALAH TIMBIL DISEBABKAN MANUSIA TIDAK BERPUAS HATI DAN TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA. ORANG INI SENTIASA MEMANDANG KE ATAS ( KEPADA ORANG YANG BERJAYA, MEWAH DAN SEBAGAINYA). ORANG YANG BERPUAS HATI SERING MENJADIKAN ORANG LEBIH DAIF DARIPADANYA SEBAGAI PERBANDINGAN. ADALAH SUKAR BAGI ORANG TIDAK BERPUAS HATI ITU UNTUK BERKHIDMAT DENGAN JUJUR.


Sifat-sifat Mazmumah(tercela)..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat2 Mazmumah/ sifat2 yg tercela”

Sifat Mazmumah ialah sifat2 yg tidak baik dan tercela, juga sifat yg patut kita jauhi.

Menurut Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3. Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4. Hasad dengki, dan iri hat:

Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

Kesimpulannya dari catatan ini semoga kita semua termasuk ustazah dapat menghindarkan diri kita dari mempunyai sifat2 mazmumah ini.

Wassalam

-ustazah azimah-


Sifat-sifat Mazmumah

1. Syarrut ta‘am (banyak makan)

* Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
* Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
* Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.



2. Syarrul kalam (banyak bercakap)

* Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
* Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah)

* Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
* Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
* Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki)

* Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
* Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
* Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut)

* Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
* Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
* Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

* Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
* Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
* Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

* Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
* Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
* Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
* Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)

* Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
* Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
* Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri)

* Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
* Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
* Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

* Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
* Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
* Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.

rujukan: http://www.al-azim.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan