Rabu, 24 Ogos 2011

ALLAH JANJI BAHAWA QURAN ALLAH YANG JAGA...TAPI KENAPA HUKUM TAK LAKSANAJAN LAGI...TAKUT HUDUD TU KENA BATANG HIDUNG...TU TAK LAKSANA LAGI..CARI NAHAS

Tunjuk kemaluan: Peniaga dipenjara 20 bulan
Ogos 23, 11 3:14pm
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang gadis dan sekumpulan pelajar sekolah Julai lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman itu terhadap Lim Jin Yoong, 32, dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Lim didakwa menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis berusia 15 tahun di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah St Mary, Sentul, di Kuala Lumpur pada 4 petang 28 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menunjukkan kemaluannya kepada sekumpulan pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul di hentian bas di hadapan sebuah restoran di Sentul Raya antara 5 dan 6 petang pada 15 Ogos lalu.

Terdahulu dalam rayuannya Lim yang bekerja sendiri memohon agar dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan terpaksa menanggung ibu bapa yang sudah berusia.

- Bernama


Peniaga dituduh bunuh wanita Perancis
Ogos 23, 11 12:45pm
Seorang peniaga kecil-kecilan dari Pulau Tioman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Pekan hari ini kerana dituduh membunuh pelancong wanita warga negara Perancis, Stephanie Foray.

Asni Omar, 36, menyatakan faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Emma Shahriana Ali. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

NONEDia dituduh membunuh Foray (kiri), berumur lebih kurang 30 tahun, di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman antara 8 malam 10 Mei dan 12 tengah hari 12 Ogos lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Emma Shahriana kemudian mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar.

Foray yang berasal dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas, dan susulan laporan polis oleh keluarga wanita itu menerusi wakil kedutaan Perancis, siasatan mendapati Foray ke Pulau Tioman pada 10 Mei dan tidak pernah mendaftar keluar.

Mengikut laporan media, siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan rangka manusia yang dipercayai Foray, ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di kampung itu pada 8 Ogos lepas.

- Bernama


Beli hanya al-Quran berhologram, dilulus KDN
Ogos 23, 11 3:40pm

Umat Islam dinasihatkan hanya membeli al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor, berkata konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lalu yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.

NONE"Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram.

"Banyak al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di Puutrajaya, hari ini.

Menurutnya semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu.

Sehubungan itu, beliau berkata pengedar dan pengeluar al-Quran diberi masa sehingga Oktober ini untuk menyertakan pelekat hologram pada Al-Quran yang ingin dijual.

Sehingga kini Abd Aziz berkata, sambutan agak menggalakkan dengan lebih 30,000 pelekat hologram terjual.

Katanya, mereka juga boleh mendapatkan pelekat itu di ibu pejabat Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Putrajaya atau melalui negeri-negeri, kata beliau.

- Bernama















Tiada ulasan:

Catat Ulasan