Jumaat, 26 Ogos 2011

ADAKAH BERBALOI SENANG DUNIA..MEWAH DIDUNIA..KAYA DIDUNIA...DIHORMAT DIDUNIA...JIKA DIAKHIRAT ALLAH HUMBAN DALAM NERAKA....

Karpal: Pindaan akta gaji hanya untuk 'faedah Zaki'
Hafiz Yatim
Ogos 26, 11
11:00am

Ahli politik veteran, Karpal Singh bertegas bahawa pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 baru-baru ini adalah untuk faedah Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi.

NONEAhli parlimen Bukit Gelugor itu, yang juga pengerusi DAP, berkata beliau telah membangkitkan perkara itu semasa ianya dibahaskan di parlimen dan disokong oleh wakil rakyat pembangkang yang lain.

"Ya, saya membangkitkan isu di Parlimen sebelum pindaan tersebut diluluskan. Bagaimanapun, kita bercakap tentang Parlimen BN... Mereka enggan menimbang tentangan terhadap pindaan tersebut.

"Jelas sekali, undang-undang itu dipinda untuk faedah Zaki. Saya tak tahu sama ada ini adalah apa yang kita panggil 'ganjaran' untuk perkhidmatan beliau kepada Umno," tambah Karpal.

Pindaan kepada Seksyen 9 Akta tersebut, bertajuk Peruntukan Khas untuk Ketua Hakim Negara, Presiden dan Hakim Besar", menyatakan seseorang yang menyandang sama ada jawatan berkenaan atau semua jawatan lain, layak mendapat pencen maksimum jika berkhidmat untuk tempoh dalam agregat tidak kurang daripada tiga tahun.

Sebelum pindaan itu dibuat, Ketua Hakim Negara, atau CJ, mesti menjadi hakim tidak kurang daripada 10 tahun sebelum bersara untuk layak mendapat pencen penuh.

Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran pula menyifatkan pindaan tersebut sebagai hadiah kepada Zaki yang akan bersara bulan depan.

NONE"Saya masih ingat pembahasan hangat ahli parlimen pembangkang terhadap pindaan tersebut, tetapi ia tetap diluluskan. Itulah sebabnya kita mahu ditubuhkan jawatankuasa terpilih untuk isu-isu seperti ini, dan termasuk badan kehakiman. Ini adalah memalukan," katanya.

Zaki (kanan) yang dikenali sebagai peguam Umno, dilantik terus sebagai hakim mahkamah tertinggi negara - Mahkamah Persekutuan, pada 5 September 2007. Beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 11 Disember 2007 dan dilantik sebagai ketua hakim pada 18 Oktober 2008.

Beliau dijadual bersara bulan depan, apabila beliau mencapai usia 66 tahun.

Tajudin fail saman RM200j terhadap Malaysian Insider
Ogos 26, 11 12:12pm

Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli memfailkan saman RM200 juta terhadap Malaysian Insider minggu lalu atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan oleh portal berita tersebut.

Tajudin menamakan ketua eksekutif yang juga editor portal berita tersebut, Jahabar Sadiq serta wartawannya Shazwan Mustafa Kamal sebagai defenden.

Ia ekoran penyiaran satu artikel pada 31 Mei 2011 yang bertajuk 'MACC clears AG of graft allegation'.

Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal.

Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
MALAYSIA ni Negara Paling Pelik.. PERASUAH TEGAR BOLEH SAMAN PENGADU.. VK LINGAM YG TERANG2 RASUAH TU PUN.. Boleh SAMAN SURUHANJAYA.. Kebal Betui PERASUAH kt MALAYSIA.. Dulu RAHIM TAMBY Chick YG ROGOL budak bawah umur.. Yg Kena dakwa.. Kena Penjara Adelah Lim guan Eng yg Bela Anak melayu yg Di Rogol... kah kah kah..lawak.. Lawak..

PKR: Kenyataan mufti bukti Anwar tak pecah Melayu
Ogos 26, 11 11:33am

Kenyataan mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

NONEKetua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty sebaliknya mendakwa, perpecahan Melayu-Islam pada masa kini berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno.

Ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur (kanan).

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu.



Ranking universiti hanya 'penarafan palsu'
Syed Mohd Zakir Syed Othman
Ogos 26, 11
11:07am

Isu pengaliran keluar tenaga akademik daripada Universiti Malaya (UM) ekoran daripada dasar kenaikan pangkat yang terlalu ketat dan berkiblatkan bahasa Inggeris perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi khususnya.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) berasa terpanggil untuk memperkatakan isu ini kerana ada kaitannya dengan nasib bahasa Melayu yang menjadi salah satu tunjang perjuangan PENA.

131010 persatua penulis nasional pena logoPENA akan sentiasa mempertahankan bahasa Melayu yang telah diterima sebagai teras dalam sistem pendidikan kebangsaan dan dalam semua bentuk pelaksanaannya.

Sekiranya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak mahu melihat perkara sebenar dengan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak, nescaya masalah ini tidak akan selesai.

Amat malang kalau isu ini dianggap selesai dengan hanya mendengar penjelasan sebelah pihak sedangkan pihak yang lagi satu masih tidak berpuas hati, dan semakin ramai tenaga akademik berhijrah ke universiti atau organisasi lain.

Walaupun dikatakan oleh Naib Canselor Tan Sri Gauth Jasmon bahawa pihaknya mengiktiraf penerbitan bahasa Melayu terutama bagi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit universiti, penerbitan dalam jurnal bertaraf ISI masih menjadi keutamaan.

Difahamkan bahawa sesiapa sahaja yang memiliki penerbitan dalam jurnal bertaraf ISI dengan mudahnya akan disambung perkhidmatan walaupun namanya cuma tempelan pada makalah yang bukan hasil usahanya dan tidak pun berkaitan dengan bidangnya. Semua ini menjadi bahan ketawa dalam kalangan orang akademik.

Sumbangan belum tentu

Orang luar, terutamanya dari negara dunia ketiga juga, dengan mudahnya dapat menjadi warga UM seandainya mereka mempunyai penerbitan dalam kelas yang sama, sedangkan sumbangan mereka sebagai pensyarah dan pemberi ilmu belum tentu lagi.

Pensyarah anak tempatan yang sudah terbukti mempunyai kepakaran yang sesuai dan berfungsi dengan lebih baik sebagai pensyarah tetapi tidak mempunyai penerbitan ISI akan diancam oleh sindrom jumud pangkat.

bridget welsh penang lecture 140810 audienceMaka tidak hairanlah ramai yang telah bertindak keluar dari UM dan mencari nasib di universiti lain.

Malahan difahamkan ada juga pensyarah yang sudah mendapat tempat di universiti lain tetapi tidak memperoleh keizinan daripada UM. Jika dicampurkan bilangan yang tersekat ini nescaya angka itu akan meningkat.

Walaupun dikatakan berlaku kesilapan dari segi angka bilangan pensyarah yang menamatkan perkhidmatan di UM, perkara pokoknya tetap wujud, yakni mereka sudah putus asa dengan nasib di tangan pentadbir UM sekarang.

Syarat itu memperlihatkan seolah-olah penerbitan dalam bahasa Melayu yang lebih bermanfaat kepada pengajian tentang negara ini tidak ada nilainya. Bukankah isi lebih penting daripada bahasa?

Dalam dunia akademia telah banyak sarjana atau penuntut asing yang merujuk kepada bahan terbitan dalam bahasa Melayu untuk membuat penyelidikan yang berkaitan dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang sains sosial atau ilmu kemanusiaan.

Di School of Oriental and African Studies, Universiti of London; di Goethe University, Frankfurt; di Berkeley University; di Australian National University, Australia; di Universiti of Beijing; dan sebagainya, pengajian tentang dunia Melayu dilakukan dengan merujuk kepada buku dalam bahasa Melayu.

Sistem kacau bilau


Keperluan terhadap ilmu dan maklumat akan menyebabkan orang luar mempelajari bahasa Melayu. Begitulah akhirnya bahasa Melayu berkembang.

Sekiranya semua maklumat didedahkan bahasa Inggeris, siapakah yang mahu mempelajari bahasa Melayu lagi? Akhirnya bahasa Melayu akan terpinggir dan terperosok di sudut-sudut yang hina.

azlanWajar difahami bahawa kenaikan ranking (penarafan) UM tidak membawa maksud bahawa kualiti pendidikannya juga meningkat.

Kenaikan penarafan (jika benar naik sekalipun) yang disokong oleh angka jumlah penerbitan ISI, jumlah tenaga pengajar luar (yang entah apa manfaatnya), dan jumlah pelajar asing hanyalah berupa "penarafan palsu".

Kualiti sebenar terletak pada penyelidikannya, mutu penerbitannya, kurikulumnya, asas penilaiannya, dan kebebasan akademiknya, bukannya pada angka yang tiada makna.

Tidakkah pelik bagi sebuah universiti tertua yang digelar sebagai universiti perdana hanya mahu bergembira dan berseronok dengan penarafan sedangkan mutu sebenarnya terus merosot.

Umpama sebuah istana, kemegahannya tidak bermakna jika anai-anai sahaja yang mendiaminya.

Seorang profesor di Goethe University, Frankfurt, berkata, mereka tidak peduli pun tentang ranking. Oleh itu, kembalikan kegemilangan UM dengan asas penilaian yang benar, bukan asas yang palsu. Jangan biarkan UM diporak-perandakan oleh sistem yang kacau bilau.

Kembalikan semangat bekerja pensyarahnya dan berikan tempat yang sewajarnya kepada bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang dominan.


Syed Mohd Zakir Syed Othman merupakan Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan