Jumaat, 26 Ogos 2011

JIKA TELAH GUNA DAKWAH KEKAL...KITA TAK TANGGUNGJAWAB KALAU ADA MENIPU...BIAR YG MENIPU TU MASUK NERAKA...SYABAS PENGERUSI SPR..JIKA BENAR2 BERLAKU

PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.

Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.

"PAS menerima jika SPR bercadang mahu melaksanakan dakwat kekal sebagaimana dinyatakan SPR.

"Bagaimanapun itu hanya satu daripada tuntukan kita dan juga Bersih yang berjumlah lapan kesemuanya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi.

Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat.

Sehubungan itu, beliau yang kini berada di tanah suci Mekah berkata, SPR perlu melihat kesemua tuntutan itu bagi menjamin pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.

Kesemua tuntutan yang dikemukakan katanya, bersifat mendesak dan perlukan pembaharuan segera khususnya dalam aspek pendaftaran pemilih yang kini berdepan pelbagai keraguan yang didedahkan.


Buang biometrik, guna dakwat kekal
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sistem biometrik banyak kelemahan berbanding dakwat kekal membuktikan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini adalah tepat.

Exconya, Suhaizan Kaiat berkata, PAS sudah lama membangkitkan perkara itu dan kini ianya diakui sendiri oleh SPR.

"Kita sebut benda ini awal-awal dulu lagi bahawa waktu sekarang memang tidak sesuai untuk laksanakan biometrik.

"Akhirnya SPR sudah memahami selepas mereka membuat simulasi," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi.

Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat.

Mengulas perkara itu lebih lanjut, Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Mobilisasi & Demokrasi Dewan Pemuda PAS berkata kenyataan pengerusi SPR itu memberi gambaran jelas bahawa dakwat kekal adalah terbaik buat masa ini.

"Sebelum ini SPR akui ada pengundi klon, sekarang akui biometrik tak boleh halang undi dua kali jika ada dua kad pengenalan.

"Jadi saya harap kembali kepada gesaan kita selama ini untuk guna dakwat kekal yang terbukti boleh selesai masalah tersebut," ujarnya lagi.

Sehubungan itu juga gesanya, SPR perlu menggunakan masa yang ada sebelum PRU ke-13 ini untuk memastikan dakwat kekal dapat digunakan pada pilihan raya nanti.

Ianya termasuklah bersedia untuk menggesa kerajaan melakukan pindaan perlembagaan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Oktober ini.


Kelantan rai tiga ikon kanak-kanak Al-Quran
Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 26 Ogos: Tiga ikon kanak-kanak dalam membaca al-Quran, Ahmad Najid Datuk Nassuruddin, Qayyim Nizar Sharimi dan tetamu dari Iran, Reza Golshahi, menjadi perhatian pada majlis khatam al-Quran Anak Muda Tamu Ramadan semalam.

Program julungkali diadakan oleh kerajaan negeri itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Ahmad Najib merupakan Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Sekolah-Sekolah Rendah 2010, Johan Peringkat Asean 2010.

Manakala Qayyim, naib johan program realiti tv Adik-Adikku dua tahun lalu dan Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Sekolah-Sekolah Rendah 2011 dan Reza johan pertandingan al-Quran kanak-kanak di Iran tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka menjadi perhatian peserta lain apabila berjayan memukau penonton dengan alunan suara yang begitu lunak.

Lebih 5,000 golongan belia hadir untuk menjayakan program khatam selepas mereka mula mengikuti program itu sejak awal Ramadan lalu di 225 buah masjid terpilih.

Tuan Guru ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas sambutan luar biasa golongan muda di negeri ini tentang membaca al-Quran.

Menurutnya, melalui program itu akan lahir benih-benih generasi akan datang yang cintakan al-Quran dan seterusnya menyuburkan bumi Kelantan dengan syiar Islam.

“Alhamdulillah dengan usaha semua pihak kita telah sama-sama berjaya mendukung hasrat ini dan marilah kita berdoa kejayaan ini akan berlipat ganda lagi,”ujarnya.

Terdahulu pengarah program Mohd Khir Zahri Abdul Ghani ketika berucap pada majlis itu memberitahu langkah kerajaan negeri menganjurkan program itu semata-mata untuk mendidik generasi muda cintakan al-Quran.

“Dengan penyakit social yang semakin tenant melanda negara, diharap ianya menjadi pengubat terhadap penyakit tersebut,”ujarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan