Jumaat, 26 Ogos 2011

JANGAN BUAT BODOH...BERDIAM DIRI...TAKUT MELONJAK2 DALAM NERAKA ALLAH..SAPE PENYANGAK...ALLAH AJE TAHU....

Pemohon bantuan pejabat zakat bukan pengemis
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 26, 11
11:56am

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak.

Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa 'amat sederhana'. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi.

Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

azlanSaya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat.

Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik.

Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya.

Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Mesra dan sayang


Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya.

Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan 'mesra dan sayang'.

Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya?

Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat.

Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu.

Kekal keislaman

Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja.

Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

NONEDia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya.

Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini.

Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.

Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut 'semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.

Semasa saya menziarahinya - tanpa notis awal - dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih.

Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan.

Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan sarjana dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salahkan gereja

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan 'dakwah'.

Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.

NONECubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.

Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita.

Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu bilion. Itu setiap tahun.

Cari, bukan tunggu penerima zakat


Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tetapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah.

Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatah lagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

azlanJika program "Bersamamu" boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat.

Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan.

Firman Allah (maksudnya): "(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya". (Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan.

Kata Saidina 'Umar RA: "Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka."

Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): "Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini." (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-'ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas.

Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Ustaz2.. Org yg Kerja Kat Pejabat Agama - Duduk melenggang kat Office.. sembang2.. bersilang Kaki atas Kerusi Empuk.. Hujung Bulan Pergi Check kat Mesin ATM tengok Duit Gaji dah Masuk ke belum.. ORG MISKIN susah susah datang dari jauh..kena bayaq Tambang BAS.. tambang Teksi.. Tunggu No Giliran.. Kena Pulak Isi Borang..Sampai Kaunter Nasib baik kalau tAkde pegawai yg Cuti.. Lepas Isi Borang kena Tunggu Siasatan.. Siasatan kena tunggu 3 Bulan kut! MACAM NI ORG AGAMA.. Kerja atas Nama AGAMA.. inilah dikatakan dalam Hadis bukan meletak Org bukan pade Ahlinya.. PADERI yg Kristian tu Pergi Ceruk2 Kampung.. Pergi Hospital Jenguk Org Sakit... Org Takde Duit.. Pegawai jabatan Agama ka Hospital pasal Sedara Sakit.. atau Memang Takde org nak urus Jenazah kut..Kah kah kah.
  • Mahyuddin Jamal
    Seorang professor di UIA pernah bercerita bahawa beliau dijemput oleh lembaga zakat untuk memberi syarahan di hotel 5 bintang. Beliau termasuk semua peserta menginap di hotel tersebut.

    Kata professor tersebut, beliau terkejut dengan cara lembaga zakat tersebut 'menggunakan' wang zakat. Perlu ke sampai hotel 5 bintang untuk kursus staf pengurusan? Beliau juga berkata, memang haram duit yang digunakan.
    • Fahim Kun · Pengulas Tertinggi · 岩手大学
      pihak atasan zakat tu macam tak tau halal haram je, panas aku. Ataupun ni mesti atas kelulusan jamil yang dah hilang songkok haram tu. Rosak malaysia ni bila bedebah2 yang perintah.
  • Pauzi Ibrahim · Pengulas Tertinggi · AHLI MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH - BUSINESS CONSULTANCE & MOTIVATOR di NOSGLOBAL SDN BHD
    itulah bertuahnya negara ku malaysia....bila agama hanya duk kat pejabat agama....dan bila agama diperintah oleh puak sekular haramjadah....itulah puncanya.....ISLAM SEPATUTNYA MEMERINTAH NEGARA...TAPI BILA DAPAT PADA AMNO DIA BUAT ISLAM IKUT SUKA HATI DIA......dia yang perintah islam...itu boleh, ini tak boleh....ikut suka2 dia....itulah pemimpin yg bangsat namanya.....
  • Zamri Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Techical engginering di Engineering
    Salam Buat Dr,
    Saya rasa sangat terharu atas usaha Dr. Tapi apa yang saya terkilan adalah cara pengurusan zakat yang sepatutnya dipermudahkan. kakitangan pejabat Zakat yang berkerja bukanlah kerana Hati ingin membanatu org yang dalam kesusahan tetapi kerana GAJI. Sikap org kitalah yang membuat Islam dipandang serong. Sebenarnya Islam ini mudah dan senang. tetapi apasalahnya kita cuba cara dan pendekatan yang digunakan oleh agama lain. banyakkan sukarelawan untuk membantu org yang dalam kesusahan. Janganlah menyusahkan org yang sudah susah. Saya ni kalau dengar bab-bab ni memang tak boleh tahan, Geram dan marah pada pihak yang berwajib. Ingatlah Allah rtahu apa yang kita buat tak perlulah kita mencanangkan kebaikan kita, ALLAH S.W.T Maha mengetahui.
  • Neo Ziff
    sebab tue islam anjukkan poligami dari ramai jutawan habiskan duit kat judi dan GRO baik sumbangkan pada janda2 nie atau kahwin dgn mereka demi membela agama dan maruah mereka.... serta umat islam di malaysia sangat perlu mendalami serta mempraktikkan Islam... belajar dan beramal... bukan sebagai islam topengan sahaja
    • Mohd Syakirin Ismail
      unlike. tak setuju cerita poligami dgn cara tu.. tapi aku tak menyalahkan pendapat ini..
    • Namia Aiman · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologies
      Setuju 100%..tapi selepas kawin perlu menjaga family dengan lebih erat lagi...poligami ada baik dan buruk tapi dah ada dalam Al-Quran so secara logiknya lebih kepada kebaikkan dari keburukan...islam itu agama fitrah...apa yang islam anjurkan adalah baik secara semulajadi...
  • Mohamad Ismail · Top Commenter
    macam dikuala terengganu, nak dapatkan zakat, sesetengah orang miskin disuruh datang pejabat ugama. nak pergi dah lah jauh, tambang dan belanja makan termasuk bawa orang tukang tunjuk pejabat ugama saja puluh-puluh ringgit, tinggal berapa sen lah sangat dia dapat. negeri kaya kononnya, tapi yang minta sedekah terutama dekat raya ni memang payah nak jumpa kat negeri lain. yang pejabat MAIDAM tiap-tiap tahun umum hasil zakat makin bertambah, nak tunjuk konon mereka cekap buat kerja nak keluar pulak susah. kalau nak bagi pula kena tambah satu lagi syarat mesti ahli UMNO, kalau pas atau anak beranak kuat Pas mampus tak dapat, maklumlah yang menentukan golongan tu miskin adalah JKKK. Inilah satu punca ada golongan atau amir sendiri wujud, kutip sendiri dan bagi-bagikan sendiri. benda ni memang salah dari segi peraturan, masalahnya yang diberi amanah tidak pula melaksanakan amanah dengan betul.
  • Shamil Damai · Teacher at SKSU
    Pandangan yang bernas. jabatan zakat perlu direformasikan. Tahniah Prof.
  • Ahmad Daeng
    dah lama dah macam tu. Nama guna Islamik (Pusat Zakat) tapi macam setan.
  • Farid Shamshuddin · Top Commenter
    kerenah birokrasi!
  • Hanif Harun · Top Commenter
    Tabiat kedekut dan bermegah-megah dengan jumlah tabungan besar ! Kalau masih ada saidina Omar aku rasa pegawai zakat nie kena perang dulu daripada orang tak bayar zakat
  • Sezali Salleh · Top Commenter · Mech. clerk of work at PE Associates Sdn Bhd
    Perkara seperti ini dh lama brlaku...sejak org Islam melantik Munafiq jadi pemimpin.. kenapa org Islam melantik pemimpin dikalangan Munafiq. Sbb nasihat dan kekeliruan yg diberi oleh Ulama2 Anjing.. Bila ditanya dipihak manakah kamu? lalu di jawab mereka kami tak memihak kpd sesiapa, kami di pihak Islam... mereka itu lah Syaitan yg nyata.
  • Abd Rahman Jaafar · Head of Avionics at Malaysian Aviation Training Academy (MATA)
    zakat berbilion tapi rakyat islam miskin kedana melarat tanpa bantuan...rupanya duit zakat diguna untuk bayar guaman pak menteri...kalau pengurus zakat gagal biar lah rakyat terbanyak membayar zakat terus kepada golongan yang berhak menerima zakat....
  • Pauzi Ibrahim · Top Commenter · AHLI MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH - BUSINESS CONSULTANCE & MOTIVATOR at NOSGLOBAL SDN BHD
    apa kata pak menteri amno....banyak sangat main-main politik ..rakyat terabai....terbiar....
  • Akmal Izzuddin · Top Commenter
    ya Allah ya Tuhanku..aku bersyukur kepadamu kerana mempunyai saudara bukan islam yang baik hati..limpahkanlah berkatmu kepada mereka ya Allahku..ampunilah umatku kerana mempunyai tanggapan yg buruk kepada mereka ya Allah...berikanlah kesedaran dan keinsafan kepada umatku agar lebih memahami amanatmu ya Allah..
  • Muhammad Azuwan · Works at Allah (c.c)
    mmg celaka la puak2 ni.. org bayar zakat bukan untuk hg bodo...
  • Zulkifli Marzuki · Top Commenter
    hendak seribu daya.. taknak beribu dalih..
  • Md Razif Razif · Mpihk
    Pegawai pusat zakat jgn dok kat pejabat sj. Turun kekampong untuk mencari orang miskin dan mereka yang perlukan bantuan.Pejabat zakat bukan main cantik. Pakaian pegawai2 zakat hebat2.Kenapa perlu tunggu kat pejabat untuk org minta bantuan? Org miskin mcm mana nak dtg pusat zakat. Setengah mereka tak tahu pun kat mana pusat zakat. Setengahnya pula tak ada kenderaan nak pergi. Tambang tak ada. Dan mcm2 lagi. Orang2 pusat zakat fikirlah sikit. kamu diamanahkan bukan setakat kutip zakat tp juga diamanahkan untuk memberi zakat tadi kepada mereka yang memerlukannya.Islam itu indah.
  • Sidu Eddin · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Diharap selepas ini pihak zakat tidak lagi membutakan mata dan tenaga. Carilah mereka yg miskin bukan saja umat islam tapi semua manusia yg miskin di sekeliling mereka.
  • Mat Rahim Ibrahim · Top Commenter
    Ya Allah! Permudahkanlah urusan agama kami. Kesihan belaslah kepada orang-orang fakir dan miskin diantara kami.
  • Khairuddin Besut · Top Commenter
    Kerajaan perlu ambil inisiatif buat sistem potongan automatik pada slip gaji sebagaimana potongan cukai berjadual (PCB) LHDN....baru orang tak liat bayar zakat pendapatan....Pusat zakat juga perlu adakan kerjasama dengan ahli politik samada BN atau PR supaya dapat mengenalpasti orang2 miskin di kawasan2 mereka...buat satu sistem key in nama2 orang miskin agar tidak bertindih bantuan dan kalu boleh buat lawatan ke rumah2 mereka....apa pandangan korang???????
  • Ahmad Daeng
    Saya pernah buat aduan tentang orang miskin yg sangat memerlukan pertolongan. Action Pusat Zakat dia siasat pun tidak jangankan nak bagi bantuan. Inilah contoh Setan di Malaysia.
  • Md Kay · Top Commenter · Clifford kuala kangsar
    Kadang-kadang terdetik juga di hati, adakah potongan zakat sampai kepada yang memerlukan?
  • Jebat Dok Derhaka · Top Commenter · KULI SAHAJA at Sendirian berhad
    sy sokong dr mohd asri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan