Rabu, 27 Julai 2011

HAJI KAHAR MENGAKU RASUL MELAYU...KHUATIR TAK MENGAKU RASUL TAPI BERTINDAK MELEBIH RASUL....DIMANA ISLAM DIATUR DAN DALAM CENGKAMAN KUASA...INI BAHAYA

Polis belum putuskan permit perhimpunan anti-Taib
Jul 27, 11 1:03pm

Polis masih belum membuat sebarang keputusan terhadap permohonan oleh pertubuhan Movement For Change Sarawak (MoCS) untuk mengadakan perhimpunan "A Walk For Democracy and Reforms" di Kuching pada 13 Ogos nanti.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong, berkata ketika ini permohonan permit oleh MoCS masih dalam kajian dan keputusan mengenainya akan mengambil kira pelbagai faktor, seperti penganjurannya yang dirancang di bulan puasa, sentimen orang ramai dan keselamatan.

"Kami akan lihat kepada pelbagai aspek, tapi ketika ini kami masih mengkaji permohonan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah di Kuching hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila keputusan mengenai permohonan itu akan diberikan.

NONESebelum ini ketua MoCS, Francis Siah, dilaporkan berkata perhimpunan baju merah yang dirancang itu akan bermula sama ada di Padang Merdeka atau Tebingan Sungai Kuching sebelum berakhir di Reservoir Park atau dekat Muzium di Kuching.

Katanya, perhimpunan itu tidak bermotif politik kerana ia tidak pernah meminta sokongan dari mana-mana parti politik.

Rancangan MoCS itu bagaimanapun mendapat bantahan beberapa pihak, antaranya 24 pemimpin pemuda peringkat akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mendesak beliau membatalkann hasrat itu bagi menghormati bulan Ramadan, manakala Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menggambarkan ia sebagai usaha mengenepikan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada beliau dan BN untuk mentadbir negeri.

- Bernama

Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan
Hafiz Yatim
Jul 27, 11
11:05am

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

NONEHemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.


GSTT ancaman atau keperluan?
Abdul Rahman Usman
Jul 27, 11
3:23pm

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) merupakan individu yang berminat jadi guru namun tidak mempunyai sjil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan.

Kebiasaannya mereka akan menjadi guru ganti bagi memenuhi kekekurangan guru di sekolah. Merekta tertakluk bawah kontrak tertentu dan boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Perkembangan semasa menyaksikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakashi mengeluarkan kenyataan berhubung penyerapan 13,000 GSTT kepada guru berjawatan.

Dilaporkan surat penawaran jawatan telah mula diedarkan kepada GSTT yang sedia ada dari bulan lepas lagi. Tindakan ini dilihat terlalu tergesa-gesa selepas rungutan GSTT tidak mendapat sambungan kontrak.

Apabila kenyataan ini dikeluarkan, ia memberi keuntungan kepada GSTT. Tahniah saya ucapkan.

Tetapi bagaimana dengan nasib bakal-bakal guru terlatih atau digelar sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) yang menamatkan pengajian pada Disember 2010 dan Mei 2011.

Apakah penempatan mereka akan diumumkan dalam masa yang terdekat?

Penulis menanti dengan penuh harapan, dari Disember 2010 sehingga penghujung Julai 2011. Hanya satu penempatan sahaja diumumkan pada bulan Jun untuk mereka yang mengisi borang pada bulan Januari 2011.

Penulis yang baru menamatkan pengajian pada bulan Disember 2011 tidak layak mengisi borang akibat kelewatan surat tamat pengajian dikeluarkan.

Sehingga kini, sudah tujuh bulan berlalu. Penantian untuk mendapat penempatan amat memeritkan. Jika hanya penulis seorang sahaja tidak mendapat penempatan, itu tidak mengapa.

Namun bagaimana dengan nasib graduan-graduan pendidikan daripada pelbagai universiti awam dan institut pengajian tinggi awam swasta (IPTS) yang menawarkan kursus sama jika tiada penempatan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Sepanjang tempoh penungguan, jawapan yang diterima berbunyi: “Kami tidak dapat memberi tarikh tepat tentang bila borang penempatan akan dikeluarkan dan selalulah semak di laman web KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).”

Selalunya juga tiada orang yang menjawab panggilan telefon sekiranya kami menghubungi talian KPM.

Memang benar ada yang menyatakan, carilah kerja lain dulu. Tapi satu persepsi berkumandang di telinga penulis apabila pergi temuduga, susah bagi majikan sektor swasta mengambil graduan jurusan pendidikan atas anggapan kumpulan ini tidak akan lama berkhidmat.

Kami bakal warga pendidik tiada hasrat untuk menyalahkan pihak KPM mahupun pihak menteri yang berkenaan. Cuma kami berharap jika warga GSTT mendapat pembelaan sewajarnya, kami graduan pendidikan terlatih wajar mendapat penempatan dan keadilan.

Janganlah jadi seperti “kera di hutan disusukan, anak di rumah menangis kelaparan”.


Abdul Rahman Usman merupakan Graduan Fakulti Pendikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Wahabi, terorisme: Mufti gesa k'jaan segera perjelas
Jul 27, 11 11:20am

dikemaskini 11.39am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Katanya, beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa "tuduhan liar" tersebut dalam majlis di Putrajaya itu.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Berlengah dalam memberikan respons hanya mengundang keraguan dan kesangsian pada pihak yang dituduh tanpa sebab," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini.

Kenyataan Dr Juanda (kiri) itu dipercayai ekoran tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang mengelak mengulas berhubung taklimat MKN itu walaupun beberapa kali ditanya pemberita.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Taklimat yang diserta mufti dan wakil majlis agama Islam negeri turut mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu. Malah, negara teluk lain seperti Kuwait dan Bahrain turut dikaitkan sama.

Malaysiakini difahamkan, kecuali Dr Juanda, semua mufti negeri lain diundang menghadiri taklimat yang antaranya disampaikan penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

azlanDr Juanda menegaskan bahawa keadilan kepada rakyat merupakan asas sebuah pemerintahan dan tidak wajar tidak diberikan sama rata, terutamanya kepada "pemimpin agama yang memandu kebaikan dunia dan akhirat".

Dr Juanda juga berkata, beliau, ulama dan anggota majlis fatwa negeri sedia berdialog dengan MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berhubung perkara itu.

"Kerajaan perlu bagi keutamaan perkara ini kerana ia soal agama," katanya lagi.

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Rakyat terkejut bila bekas mufti DR Asri di kategori sebagai pengganas/ maka pun jumpa lah Dr Asri tanya sedikit pendapat.
    Pemberita : Kenapa tak tangkap DR Asri sekali , kenakan ISA , dan OE?
    - Dr Asri : Tiada bukti , mereka minta saya jadi perlakon.
    Pemberita: Macam ini kah? perlakon utama, hero tak mati punya.
    - DR Asri : Biasa lah dalam wayang hindustan , hero tak mati punya walaupun kena dera..seksa. tapi belakang hero lawan balik.
    ...See More
    • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
      Mari boikot puak umno . click `like' .
      - kita ketawakan puak umno sebagai kaldai tepi jalan , ditarik 40 pencuri masuk sarang pengganas. Pengganas besar , second besar semua duduk di putrajaya ....... kah kah kah
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Payah nak cari kebenaran kerna perjlnan UMNO kepala kebawah. Wlpun dlm hal agama, menteri agama kena rujuk PM, wlpun mufti lebih alim dr PM. PM entah2 rujuk kpd isteri yg tak bertudung pun
    • Tocamba Bryan
      kesian......kesiann...
  • Kami sayang pada saudara kami
    dr juanda melenting la...dah selama nnie die duk back up kerajaan..alih2 dibalas tuba oleh kerajaan...nasib badan la dr juanda.....kami dh taw lama dh sifat kerajaan nie....
    • Nur Atika Binti Atan · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      betol..betol..betol...angg​ ap shjlah ini amaran dr Allah spy jgn bersekongkol dgn KERAjaan yg ZOLIM...akhirat tak dapat..dunia lg la...terlepas. Meh ler..duduk sama2 bwh PAS.. martabat ulama' diangkat, tp kemewahan dunia, tak akan dapat la.
    • Hakim Aqil · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      MUFTI PERLIS ni nak suruh kerajaan perjelaskan kaitan tuduhan liar sebagai pengganas yg kena pada btg hidung sendiri.dia pun pernah syorkan Anwar Ibrahim bersumpah.kemudian dia kata kerajaan mengundang keraguan dan sangsi pada pehak yg dituduh tanpa sebab(saksi).--dah kena kat diri sendiri baru kata (lebih kurang macam kena fitnah la jugak) wallahualam
  • Seroja Baiduri · Top Commenter
    so dr juanda, how does it feel to be on the other side of the fence? dulu beria-ria benor menyokong kerajaan dan kini anda 'sebakul' dengan orang-orang yang anda tentang dahulu. sekarang orang yang anda sokong telah menjadikan anda 'mangsa tuduhan lair'...
  • Ghazi Johar · Top Commenter · Samttaj shah alam
    komen mufti Perlis"kerajaan perlu bagi keutamaan perkara ini kerana ia soal agama" komen saya "Ingat kerajaan peduli ke soal agama?"
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Mufti Perlis ni masih buta maklumat sbnr rupanya. Dia ni terlalu naif dan percaya pemimpin UMNO(BN) begitu mendengar kata2 ulama. Padahal mrk hanya berpura2 je..
    • Rosdi Ismail · Top Commenter · Universiti Malaya
      Jangan kuti dia ... dia telah memberi nasihat yang baik. Kutuk, sindir dan perli bukan ajaran Islam.
  • Sin Taq · Top Commenter · Lyon, France
    pelbagai masalah lg yg wujud tanpa d tangani yg berstatus menggugat keselamatan negara......tak tutup aurat pun seharusnya MKN kena bincang dan bertindak....memudaratkan negara dgn byknya terhasil anak luar nikah..berapa byk lg pusat pengumpulan anak2 ini nak d wujudkan, yg kita peduli sgt mrk yg bercakap agama....arahan siapa sebenarnya atau nak tunjuk hebat utk pangkat dan darjat. Berlumba lah utk suburkan agama dari memangkas pucuk2 kebangkitan...
    • Arshad Nawab · Top Commenter · Vok.k.kangsar
      wakeup mufti seluruh m,sia follow Dr Asri.i follow!!
    • Amir Saidin · UTM
      aku setuju banngat...
      Muhammad Fauzi · Top Commenter
      sabarla abg mufti..mungkin ini balasan atas perbuatan kite sendiri.. sy personally tak nampak ape perubahan yg telah dicapai..roh Islam tak sama naik dgn pembangunan..kluar je la ajak kawan2 tu same2..vote for change!!
Kes Umno kafir: NSTP-Lim selesai 'luar mahkmah'
Hafiz Yatim
Jul 27, 11
12:12pm

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini bersetuju membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan New Straits Times Press (M) Bhd berhubung saman fitnahnya yang mendakwa akhbar itu salah memetiknya pada pilihan raya kecil Galas yang lalu.

Bagaimanapun jumlah pampasan yang dipersetujui tidak dinyatakan.

Perkara itu didedahkan oleh peguam Lim, Sangeet Kaur setelah perjumpaan dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

NONE"Pihak-pihak berkenaan diminta hadir semula pada 17 Ogos bagi merakamkan kenyataan dan syarat-syarat yang dipersetujui,” kata hakim.

"Berikutan kenyataan yang dirakamkan itu nanti, saman berkenaan akan ditarik balik.”

NSTP diwakili oleh peguam Liew Teck Huat.

Lim pada November tahun lalu menfailkan saman fitnah terhadap NSTP kerana mendakwa ia menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian, pada 2 November lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim berkata NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyiarkan artikel bertajuk "Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau" yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian.

Menurutnya, artikel itu antara lain melaporkan bahawa beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir.

Katanya artikel itu membawa maksud beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Lim berkata penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .


Kematian Teoh: BN patut dipersalahan, kata Lim
Jul 27, 11 1:59pm

BN harus memikul tanggungjawabnya yang mencipta raksasa di kalangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

NONELim berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diumumkan baru-baru ini dengan jelas menghuraikan betapa gerunnya cerita di sebalik pencabulan kuasa yang dimiliki SPRM ketika Teoh dalam tahanan mereka.

"...kita yang membiarkan Parlimen meluluskannya (Akta SPRM 2009), beri mereka tambahan kuasa dan dana, serta segala sokongan. Apa yang terjadi? Ia menjadi raksasa,” katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Lim, yang mencatatkan pembabitan 45 tahun aktif dalam politik tahun ini juga menuduh BN memperkudakan SPRM, khususnya SPRM Selangor dalam agenda politik untuk merampas kembali negeri itu daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.

Katanya laporan suruhanjaya itu adalah dokumen pertama yang dibacanya sejak menjalani pembedahan pada mata kirinya April lalu. Hasil rumusannya, Lim berkata tindakan pegawai dan anggota SPRM itu jelas “menghina mahkmah” dan mencabuli kuasa bagi menjalankan operasi ke atas wakil rakyat Pakatan yang dipilih oleh rakyat tanpa sebarang asas.

NONESasaran Lim ditujukan kepada timbalan pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim, yang didakwanya berkhidmat mengikut telunjuk BN melalui anggotanya yang dibawa bagi menyiasat dan menyerbu bos Teoh - ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Katanya, Hishamuddin, yang kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan selepas mengetuai “operasi besar-besaran” dengan “melanggar undang-undang demi undang-undang, bukan sahaja SOP (standard operating procedures) tetapi semua undang-undang".

"Ini amat jelasa. Hishamuddin adalah timbalan pengarah tetapi beliau bertindak seolah-olah beliau lebih berkuasa daripada pengarah dan malah bertindak tanpa merujuk arahan ibu pejabat.

"Ini bukan setakat operasi anti rasuah. Ini pasti agenda politik untuk tumbangkanPakatan di Selangor dengan menyerang ADUN DAP, Pakatan.

NONE"Jika tidak, macam mana seseorang timbalan pengarah mempunyai kuasa sebegitu besar? Bertindak dan mempercyai dirinya kebal dan boleh terlepas daripada hukuman? Dan dia bukan orang baru. Dia ada 19 tahun (pengalaman) dalam SPRM dan tiba-tiba bertindak sebegitu angkuh.

"Saya pasti beliau menjalankan agenda politik dan ini hanya boleh membawa maksud ia agenda BN untuk gulingkan (Pakatan),” kata Lim.

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Matlamat LKS nak beritahu kerajaan sperti huraian dibawah.
    Kalau lah kau bela anjing , tiba tiba anjing anda menggigit seseorang , apa kau mesti buat? tak kan lah kau biarkan dia menggigit?
    - Jawapannya , anjing ini dibawah terpelihara anda.
    kau bagi dia makan, tidur , menyalak....
    - sekiranya ia menggigit orang , tuannya mesti bertanggungjawap.
    simangsa yang kena gigit itu tak mungkin akan saman anjing naik mahkamah, dan anjing pun tak baca perlembagaan , tapi tuannya kena bertanggung jawap atas kes ini.
    - Kesimpulannya.... anjing umno sprm itu melakukankesalahan, umno harus bertanggungjawap. jangan buat bisu.
    • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
      serupa lah kalau anjing umno puak umno ini datang mengiggit kita di FB , maka kita hentam umno lah , hentam anjing umno buat apa?? kalau tuannya membisu, kita hentam lagi kuat ....
      - tanda sokong `like ' bermaksud, boikot umno . marilah kita boikot puak umno di FB..
  • Hashim Hassan · Top Commenter · Works at Engineering, Consulting Firm
    100% sokong. Nyawa manusia tetap dihormati walau apa bangsa sekalipun. masih ternanti2 kes Khir Toyol yang punya la SLOW, punya la LAMBAT, dan punya la LEMBUT. TBH vs Khir Toyol = rm2400 vs rm 3.5 JUTAAAAAAA...(mungkin lg besar)....mentang2 orang dia....hai..nasib la Malaysia oh tanah airku....
  • Norhasimah Ismail · Smkj2
    Di Malaysia ni segalanya mudah. Apa sahaja kelemahan yang wujud boleh disalahkan kepada kerajaan terutama BN. Jalan lopak, musim kemarau, banjir, jalan sesak, gejala sosial, dadah dan segala-galanya. Memang inilah yang diharapkan oleh parti pembangkang supaya dengan itu mereka boleh menang dalam pilihan raya kelak. Yang peliknya kenapa dengan begitu mudah kita menerima apa sahaja isu yang dipaparkan dari perspektif mereka. Tidak terfikirkah bahawa dalam isu teoh beng hock misalnya kes ini bermula dengan satu siasatan berhubung dakwaan terhadap penyelewengan dan salah laku pemimpin DAP di Selangor. Kenapa fakta ini tidak ditimbulkan atau dipertikaikan tetapi kita hanya nampak sudut yang memfokus kepada kematian teoh. Saya pun hairan, dalam kes ini semua keputusan yang dibuat telah ditolak. mula-mula sprm, lepas tu polis, lepas ...See More
  • Asmoe Asidin · Works at Pernah bertugas di HTAA Ktn dan Hospital Raub. pahang.
    Pandai Lim Kit Siang pusing pusing, yang DAP salah guna kuasa peruntukan Kerajaan Selangor untuk kepentingan politik DAP tak salah ka?.....
    • Riwan Mohd Saad · Top Commenter · UTM Skudai
      Abg, Asmoe.. Memang kita dengar DAP salah guna wang peruntukan Selangor.. Mcm mana kes2 dinegeri lain dibawah pimpinan BN.. xdak kah salah urus tadbir wang peruntukan.. Kita kena BERANI.. BUKAN SAJA TEGUR PEMBANGKANG tetapi PEMIMPIN KITA SENDIR.. maaf ye..
    • Anwar M Seh · University of Massachusetts Amherst
      AS: Nama pun kaki kelentong, nasib baik ada 360 darjah. kalau ada 1000 dajah pun dia pusing. punca KES DIA TAK AMBIL PUSING. BILA MATI SALAHKAN ORG. takda kerja lain yg bengong org islam pergi mengiyekan..., dia dah tentu kafir mana tau dosa dan pahala. yg islam tak pasal-2 dosa kering dan basah dia campur sekali.. hhahahahhahahaaaa yg bes tu siap buat tuduhan lain utk mengaikkan yg tak sahih dan bukti kukuh... Astagfirullah.........
    • Rizal Man · Seri Kembangan
      Yang dia salah guna permit bumiputra. dia x sebut?sepatutnya DAP la yang salah sebab dia dah tipu dalam pembahagian tender?jangan dok salahkan org lain kalau parti sendiri yang korup?
  • Riwan Mohd Saad · Top Commenter · UTM Skudai
    suruhanjaya dah buat keputusan.. Kita kena terima.. Walaupun banyak pihak yg xsetuju..

    CADANGAN SAYA:

    MINTAK SPRM DI LETAKKAN DI BAWAH PARLIMEN.. KUASA MELANTIK DAN MENGEMUDI SPRM HANYA PARLIMEN SAHAJA YANG BERHAK.. KERAJAAN SENDIRI PUN XBERHAK MENGGANGGU GUGAT KERJA SPRM.. BILA KEADAAN INI WUJUD.. SPRM BOLEH MENJALANKAN AMANAH DENGAN LEBIH BAIK.. XKAN ADA SUARA2 YG AKAN MEMPERTIKAIKAN KREDIBILITI SPRM.. SPRM BERHAK MEMANGGIL SIAPA SAHAJA WALAUPUN PM YG ADA UNTUK SIASATAN..

    SPRM.. ANDA ADALAH SATU BADAN UNDANG2 YG BESAR.. JALANKAN AMANAH YG ALLAH BERIKAN SEBAIK2 MUNGKIN.. INGATLAH IKRAR KAMU DENGAN ALLAH..
    • Ahmad Johari · Top Commenter · UITM
      masaalah jugak majoriti parlimen dikuasai B End, B End lah yg salah, PAS kena bertanding 130 kerusi parlimen kalo nak dapat majoriti 2/3
    • Anwar M Seh · University of Massachusetts Amherst
      buat kok mana pun sama je kedua-2 belah pihak. masing-2 tetap tak mengaku salah dan gila kuasa. dunia akhir zaman....., yg jd mangsa rakyat.....
    • Agaknya La · Top Commenter
      SPRM kan suruhanjaya, jd perlu bebas daripada mana-mana parti politik.. siasatan akan dilakukan sekiranya ada laporan kpd SPRM..

      Klu di bwh parlimen, maka ikut majoriti parlimen la melantik pengemudi SPRM.. bermakna juga di bwh parti politik yg majoriti..dan akhirnya sama juga..dimana persepsi yg akan wujud ialah SPRM di bwh parti politik tertentu..

      Sebaiknya kesemua suruhanjaya ini di bwh kuasa YDP Agong sepenuhnya dan dgn hal tersebut, maka semestinya suruhanjaya ini akan dilihat bebas drpd mana-mana parti politik..

      Jd takkan wujud istilah 'tiada kuasa', 'tertakluk pd akta rahsia rasmi'..etc

      Suatu tindakan yg baik tlh berlaku dimana SPRM tlh mengadakan perubahan antaranya terdpt bilik khas di bhg bawah utk disoal siasat drpd 2 kes yg mmbabitkn nyawa yg sememangnya merugikan SPRM sendiri kerana ketiadaan bukti yg sahih bhw tertuduh itu melakukan rasuah..

      Tindakan ini mungkin antara terbaik krn dilihat pegawai SPRM sendiri seolah2 cuai dan lalai ketika mnjalankan tugas sehingga terjadinya 2 kes 'kehilangan nyawa' ini...

      Mungkin juga menambah lg pembaikan SPRM, mana-mana saksi yg dibawa perlu berada dibawah pegawai yg akan diletakkan namanya sebagai petanggungjwb serta dipersaksikan oleh peguam saksi samada hendak mnyoal sendirian atau beserta peguam.. jd sekiranya saksi 'hilang nyawa' ketika disoal sendirian, maka pegawai itu akan dipertanggungjawab sepenuhnya..

Bordon: Suaram dijadikan 'hantu' bagi usir saya
Susan Loone
Jul 27, 11
9:37am

William Bourdon, peguam hak asasi Perancis yang diusir dari Kuala Lumpur minggu lalu tidak memandang ringan dakwaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya beliau “dipergunakan dan dijadikan mangsa” oleh NGO hak asasi - Suaram.

NONEMenurut Bourdon, beliau hanya bertindak sebagai peguam untuk NGO berkenaan dan tidak melihat bagaimana Suaram mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Malah katanya, hak anak guamnya untuk mendapatkan perwakilan perundangan dinafikan apabila pegawai imigresen menahannya di pesawatnya ketika mendarat di Lapangan Terbaang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu.

"Penjelasan rasional yang dapat saya rumuskan berhubung kenyataan pihak berkuasa ialah mereka cuba menjadikan Suaram sebagai 'hantu' dalam usaha memberi justifikasi arahan yang tidak dapat dijelaskan bagi mengusir saya,” katanya kepada Malaysiakini dari Paris.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen mendakwa tindakan itu diambil kerana peguam berkenaan mencabuli syarat pas lawatan sosialnya ke Malaysia.

Dalam responnya ke atas pengusiran Bourdon, Ahmad Zahid pada Ahad lalu berkata jika peguam Perancis itu mahu meneruskan kes itu, beliau sepatutnya berbuat demikian di Perancis dan bukannya di Malaysia.

NONETegasnya urusniaga pembelian dua kapal selam oleh Malaysia itu adalah sesuatu yang telus sebagaimana yang telah dinyatakannya di Parlimen dan berkata beliau sanggup memberi keterangan di mahkamah.

Beliau turut memberi amaran terhadap pihak yang didakwanya mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrivalBayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis.



Dapur ibu seisi rumah
SM Mohamed Idris
Jul 27, 11
9:05am

Makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Salah satu perkara yang menyenangkan hati suami apabila pulang ke rumah ialah menikmati hidangan yang dimasak sendiri oleh isterinya. Begitu juga dengan anak-anak.

NONETidak ada perkara yang lebih membahagiakan daripada menikmati hidangan hasil air tangan ibu mereka. Malah makan bersama merapatkan lagi hubungan antara seisi keluarga.

Tetapi kini keadaannya sudah jauh berubah. Memasak makanan di rumah dan kemudian makan bersama sudah tidak menjadi amalan keluarga zaman sekarang. Memandangkan semakin ramai wanita bekerja di luar rumah, memasak untuk keluarga sudah jarang dilakukan.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang murah dan mudah diperolehi. Terdapat makanan dijual di pasar malam, gerai penjaja dan restoran makanan segera, sementara tempat-tempat makan yang dibuka 24 jam yang menjual capati dan teh halia boleh dinikmati oleh sesiapa saja yang lapar selepas tengah malam.

NONESebenarnya, hidangan yang dikomersialkan ini mendedahkan ancaman kesihatan yang serius kepada pengguna. Misalnya makanan seumpamanya mengandungi terlalu banyak lemak, gula dan garam, malah kadangkala disediakan dalam keadaan yang tidak bersih.

Penduduk Malaysia sepatutnya berusaha mengurangkan lemak dan gula dalam makanan tempatan kerana Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes, strok dan penyakit jantung antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Gaya hidup

Pada tahun 2000, 7.6 peratus atau 1.82 juta penduduk Malaysia yang melebihi usia 20 tahun adalah penghidap diabetes dalam negara yang mempunyai sekitar 24 juta penduduk, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

overweight fat malaysian 290906 fat personPakar-pakar menyalahkan kemewahan, gaya hidup yang santai dan trend semasa di mana semakin ramai ibu bekerja menyumbang kepada masalah kesihatan yang semakin meningkat. Pada amnya penduduk Malaysia semakin banyak mengambil makanan yang tinggi kalorinya.

Menurut perangkaan kerajaan, lebih dua pertiga daripada penduduk yang berusia 18 tahun ke atas tidak bersenam. Kira-kira 54 peratus penduduk dewasa pula sama ada obes atau mempunyai berat badan yang berlebihan, berbanding cuma 24.1 peratus dalam tempoh 10 tahun lalu. Akibatnya, tujuh daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit-penyakit yang kronik.

Diabetes dan kegagalan ginjal tahap akhir merupakan masalah kesihatan yang serius di Malaysia. Adalah dianggarkan terdapat 13,000 pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis dan setiap tahun terdapat 2,500 pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir.

Satu lagi hal yang membimbangkan ialah 4 dari 5 penghidap diabetes akan mati akibat penyakit jantung (pembunuh utama di negara ini). Enam kes baru strok pula berlaku setiap sejam di Malaysia.

NONETinjauan mendapati bagi setiap penghidap diabetes yang dikenal pasti, terdapat sekurang-kurangnya seorang lagi yang tidak mengetahui dirinya menghidap penyakit ini (oleh itu tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya) sehinggalah berlaku komplikasi yang sukar diubati.

Lebih buruk lagi, diabetes Jenis 2 bukan sekadar membabitkan golongan usia pertengahan atau tua, malah kanak-kanak semuda 10 tahun yang menderitai diabetes (jenis 1 dan jenis 2) sudah menjadi satu kelaziman di sini.

Biasanya obes

Doktor mendapati kanak-kanak penghidap diabetes biasanya obes, yang berpunca daripada memakan terlalu banyak makanan yang tidak sihat dan menjalani gaya hidup santai. Menurut tinjauan tersebut, diabetes Jenis 2 lebih ketara di kalangan mereka yang berusia di antara 18-29 tahun, namun terdapat juga kanak-kanak yang menghidapnya.

overweight fat malaysian 290906 kidMenurut seorang perunding kanan kanak kanak, amalan makan kanak-kanak yang buruk seperti suka memakan burger, naget, ayam goreng, kentang goreng dan minuman berkarbonat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada obesiti. Melakukan kerja sekolah di rumah berjam-jam lamanya, menonton TV dan bermain permainan komputer memburukkan lagi keadaan.

Pengambilan gula yang tinggi (yang juga menyebabkan obesiti) di kalangan penduduk turut menjadi salah satu penyebab diabetes. Kita mengambil 26 sudu teh gula sehari dan merupakan pengguna gula kelapan tertinggi di dunia.

Di sebalik kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk mendidik orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat, taraf kesihatan penduduk negara ini semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Bilangan penghidap bukan penyakit-penyakit berjangkit seperti diabetes terus meningkat di kalangan penduduk.

NONESudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang bersifat kerohanian untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jawapannya terletak kepada dapur dalam setiap rumah. Tidak ada makanan yang boleh menyaingi makanan yang dimasak sendiri di rumah, kerana seseorang itu berpeluang memilih ramuan yang menyihatkan.

Kelas memasak

Sehubungan dengan tahap kesihatan yang semakin merosot di Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pendidikan supaya memperkenalkan kelas memasak di sekolah-sekolah tanpa mengira jantina. Pelajar perlu diajar cara memasak agar mereka mempunyai kebolehan memasak hidangan yang menyihatkan untuk keluarga mereka.

Mereka yang jarang memasak mungkin akan merasakan ia satu tugas yang berat. Bagaimanapun terdapat beberapa panduan untuk memudahkan kerja memasak dan lebih enak untuk dijamah.

Rancang hidangan
Penting untuk merancang menu terlebih dahulu. Ia mungkin cuma mengambil masa beberapa hari atau seminggu dua lebih awal. Ketahuilah apa yang akan dimasak pada keesokan hari. Pastikan masakan anda mudah disediakan serta menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi.

Sediakan senarai barang belian
Sesudah anda merancang hidangan mudah menggunakan bahan ramuan yang mudah diperolehi, anda boleh memenuhkan kabinet di dapur dengan bahan-bahan ini. Simpanlah senarai barangan ini dan periksalah berapa yang masih tinggal. Cuba beli barang keperluan ini ketika jualan murah tetapi perhatikan juga tarikh tamat tempoh penggunaannya.

Sediakan senarai belian runcit

Sungguhpun pada mulanya ia akan memakan masa namun ia menjimatkan masa pada masa depan. Buat senarai barangan yang biasa dibeli secara mingguan atau bulanan. Apabila tiba masa untuk berbelanja, catatkan senarai barangan yang hendak dibeli.

Simpan senarai harga
Ketahui apa yang dibelanjakan ke atas barang makanan. Gunakan buku nota kecil untuk mencatatkan harga ketika membeli dan simpan senarai itu di dalam komputer. Ini penting untuk mengetahui bajet anda.

Gunakan petak penyejuk beku
Ketika memasak, cubalah agihkannya kepada dua bahagian. Simpanlah satu bahagian dalam petak penyejuk beku untuk dimakan apabila anda kesuntukan waktu untuk memasak. Ini boleh menghalang anda dari berkejar ke tempat makan atau restoran makanan segera.

Jaga kebersihan dapur
Memasak dalam dapur yang bersih dan tersusun rapi lebih menyeronokkan daripada memasak dalam keadaan dapur yang berselerak. Biasakan membersih dapur sambil anda memasak.


SM Mohamed Idris merupakan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan