Selasa, 14 September 2010

BILA ANAK TERLALU BEBAS DAN BERANI..NI LAH KESAN SISTEM SEKULAR...PERGAULAN LELAKI TAK TERASA HARAM@TAK MIKIRKAN BAHAYA

HARLIZAH Samah, 44 (kanan) ibu pasangan kembar dan Che Norliah Chek Hat,47, (kiri) menujukkan gambar anak mereka Nurulashiqin Kamarazmi, kembarnya Nurulain serta Suhaili Abdul Razak di rumahnya di Taman Sentosa, Kampar, Perak.Mereka bertiga dikatakan keluar berziarah ke rumah kawan mereka pada hari raya kedua tetapi tidak pulang sehingga jam 11 malam pada hari sama. Foto:Muhaizan Yahya.

Dua beradik kembar hantar SMS kepada ibu pagi ini



2010/09/14

IPOH: Dua adik beradik kembar perempuan yang dilaporkan hilang selepas ke rumah kawan lelaki mereka di Parit, dekat sini pada hari raya kedua akhirnya mengirim SMS kepada ibu mereka pagi ini menyatakan mereka selamat.

Ibu berkenaan, Harlizah Samah ketika dihubungi berkata dia menerima SMS daripada anaknya itu pada 9 pagi.


"Mereka meminta maaf. Mereka juga kata 'mereka selamat'. Jangan risau dan jaga diri mama. Itu saja," katanya. "Mereka tidak pula menyatakan di mana mereka berada," kata Harlizah.


Dia merayu kepada anak-anaknya itu supaya pulang ke rumah dan jika ada apa-apa masalah ia boleh dibincangkan. Dua beradik itu dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan pada hari raya kedua, dikesan ke rumah seorang rakan lelaki mereka di Parit, dekat sini. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, pada 12 September iaitu hari raya ketiga, kesemua mereka turut dikesan pergi ke Teluk Intan dan dalam masa yang sama ada menghubungi rakan-rakan mereka yang lain, namun apabila dihubungi semula talian mereka dimatikan. "Bagaimanapun kita masih cuba mengesan di mana mereka berada. Mengikut keterangan ibu bapa kepada teman lelaki itu, kesemua yang dilaporkan hilang itu bermalam di rumah mereka di Parit dan anak lelaki itu juga (kini) tidak pulang ke rumah," kata Aziz.


Mereka yang hilang itu ialah Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya Nurulain bersama Suhaily Abdul Razak masing-masing berusia 14 tahun.


Mereka berasal dari Taman Sentosa di Kampar dekat sini. "Polis percaya kesemua mereka itu tidak dikurung atau ditahan. "Mereka ini dipercayai mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk keluar rumah berjumpa dengan kawan-kawan sehingga menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa," kata Abdul Aziz. -Bernama


KOMEN

LELAKI ITU JUGA TIDAK BERSOPAN@TAK BERADAB..MEMBAWA ANAK DARA ORANG SALAH SERTA HARAM DARI SEGI AGAMA...NI KESAN TERLALU MODEN FIKIRAN HINGGA HUKUM ALLAH TIDAK DIHIRAUKAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan