Harakahdaily | ||||||||
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan syabas dan tahniah serta syukur atas perlantikan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar bermula 4 Syawal 1431 (13 September 2010) semalam. "Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak sama-sama menghayati hakikat kehidupan beragama sebagai resepi mencapai keredhaan di dalam menegakkan keadilan di negara ini.
Tahniah saya buat Tan Sri Ismail Omar. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar atas perlantikan beliau selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. Saya sebagai rakyat bawahan yang lemah meletakkan harapan yang tinggi terhadap kewibawaan Tan Sri. Pemilihan Tan Sri sebagai satu kejayaan dalam kerjaya Tan Sri, di samping satu ujian besar daripada Allah yang akan menghitungkannya pada hari kiamat kelak. Namun apa yang lebih penting segalanya akan tercatat di sisi Allah; adil atau zalim, amanah atau khianat, berjasa atau menganiaya. Tan Sri, keadilan itu tetap tercatat dengan mulia di sisi Allah, walaupun ada yang menentangnya. Saya percaya Tan Sri akan berusaha sedayanya melaksanakan prinsip-prinsip keadilan itu. Rakyat marhaen seperti saya tentu sahaja akan selalu berdoa agar Tan Sri adil dan berjaya melaksanakan keadilan. Saya percaya Tan Sri seorang yang berwibawa dan profesional, apatah lagi Tan Sri seorang muslim yang beriman tentang hari akhirat. Tan Sri, dosa manusia ada yang bersifat peribadi antara dia dengan Allah, dan ada pula yang membabitkan hak-hak makhluk Allah yang lain. Dosa peribadi mudah untuk dilangsaikan; taubat dan istighfar antara dia dengan Allah sahaja. Adapun kezaliman terhadap orang lain; ia membabitkan hak hamba-hamba Allah yang tidak mudah untuk diselesaikan. Ada tuntutan yang lain yang mesti bayar, dan Allah juga ada hukuman-Nya yang setimpal. Tan Sri, hak dan keadilan itu buta warna perbezaan. Adil itu prinsip yang merentasi batasan perasaan dan kepentingan. Merentasi batasan bangsa dan agama sekalipun. Zalim melahirkan kemurkaan Allah, sekalipun pemerintah itu muslim. Inilah yang sedang kita lihat dalam dunia hari ini. Kami mendoakan agar Tan Sri berjaya meneruskan jihad menegakkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat. Harapan kami agar Tan Sri dapat melaksanakan prinsip-prinsip yang dititahkan Allah dan RasulNya. Semoga Allah memberkati negara ini kerana keadilan insan-insan yang diberikan amanah. Rakyat mengadu kepada penguasa tentang kezaliman orang lain terhadap mereka. Namun, jika penguasa itu yang zalim, rakyat mengadu kepada Allah tentang kezaliman penguasa mereka. Nabi bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi kerana ianya dibawa atas lindungan awan dan Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan keagunganKu, akan Aku menangkan engkau sekalipun selepas beberapa lama" (Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, dinilai hasan/ al-Sahihah:870). Tan Sri, selamat bertugas sebagai KPN yang baru. Bersama Tan Sri jutaan harapan rakyat. Jika saya boleh meminjam wasiat bertulis Abu Bakr al-Siddiq ketika amat uzur dan mencadangkan Umar al-Khattab sebagai penggantinya, antaranya beliau menyebut: "Sekiranya 'Umar berlaku 'adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. "Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka" Wa al-Salam 'alaikum wa rahmatulLah". (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr). Semoga Allah merahmati tugasan Tan Sri, amin. Rakyat bawahan yang dhaif, Dr Mohd Asri Zainul Abidin |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 14 September 2010
JAWATAN NI SATU AMANAH....MAKA KUASA YANG ELOK DIGUNAKAN UNTUK KEREDAAN ALLAH...AGAR SYURGA BALASANNYA JIKA TIDAK...SEBALIKNYA IAITU NERAKA
PAS ucap tahniah kepada KPN, timbalan yang baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan