Selasa, 14 September 2010

JANGAN KITA TIDOR

DENGAN RASA RENDAH DIRI MOHON PIHAK MUFTI2...PENCERAMAH2 HEBAT DAN TERKENAL..PAKAR2 MOTIVASI YANG HEBAT@TERKENAL...PEMERINTAH@PIHAK BERKUASA..AHLI2 POLITIK ...ULAMAK2...PAKAT2LAH LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...TAKUTLAH KITA SEKSAAN ALLAH SWT...JANGAN KITA BERLAGAK PADA ALLAH...INGATLAH SEGALA NIKMAT KITA KECAPI ADALAH PEMBERIAN ALLAH...AKHIRNYA KITA AKAN MENEMUINYA....SEDARLAH JANGAN TIDOR DISEBABKAN KEMEWAHAN...NI SEMUA UJIAN ALLAH DAN HASUTAN SYAITAN...


Polis rungkai kes pembunuhan ustazah dan anak



2010/09/14

SEREMBAN: Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.

Jirannya iu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.


Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh.


"Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.


Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit.


Suspek kemudian ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 September lalu.


Osman berkata, lelaki itu memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa.


"Lelaki terbabit dikatakan memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudian membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya. "Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan," katanya.


Osman berkata, kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air.


Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas.


Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa



Pengurus didakwa cabul



2010/09/14

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus bank dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan pekerja bawahannya, dua tahun lalu.

Shahrin Othman, 36, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Nom Phot Prackdit, manakala tertuduh diwakili peguam bela Jason Reginald.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 25 tahun dengan meramas buah dada dan punggung serta memeluk mangsa dari belakang di pejabatnya di Tingkat 25, Treasury & Capital Market Department, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Jalan Melaka, Dang Wangi di sini pada jam 7 malam, 20 Februari 2008


Laman sembang sosial jerat gadis ke kancah zina



2010/09/14

KUALA LUMPUR: Laman sembang sosial yang popular untuk mencari rakan, menyalur maklumat dan tempat bersembang menerusi maya dikesan turut disalah guna segelintir lelaki sebagai alat menjerat gadis termasuk masih di bangku sekolah rendah terjebak dalam kancah perzinaan.

Lebih mengejutkan ada mangsa yang terjerat itu seawal usia 11 tahun selepas terperangkap dengan kata-kata manis menerusi laman terbabit.


Mendedahkan barah sosial yang menakutkan itu, seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Elin, 13, berkata dia didedahkan dengan sembang Internet sejak dari kecil oleh keluarganya.


“Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun makan. Balik sekolah terus menghadap komputer, berjam-jam pun tak menjadi masalah.


“Seronok ada ramai kawan sebab di rumah selalu sunyi. Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster itu yang kebanyakan tak pernah jumpa bersemuka pun.


“Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa lelaki cuba mengurat dengan menghantar ayat cinta dan saya akui seronok,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.


Menurutnya, tanpa disedari kekerapan bersembang dengan imaginasi yang membuai itu menyebabkan perasaan mahu berjumpa lelaki terbabit membuak-buak.


Pertemuan demi pertemuan selepas itu daripada bermulanya aksi ringan-ringan hinggalah terjadinya perbuatan sumbang yang akhirnya menyebabkan Elin terjebak dengan kehidupan liar.


Seorang mangsa lain, hanya mahu dikenali sebagai Maimun, 16, berkata dia tidak menyangka pergaulan bebas di ruang maya turut dijadikan tempat merancang aktiviti maksiat dengan rakan sealiran.


“Kami bebas meluahkan apa saja tanpa sekatan. Malah saya turut ‘join’ (masuk) dalam kumpulan gadis lain yang menubuhkan kelab sayang balak (teman lelaki).


“Bersembang dengan mereka lebih baik daripada memikirkan masalah keluarga. Saya duduk dengan emak selepas ayah ceraikan emak.

“Emak kerap bawa balik lelaki dan dia juga minum arak. Saya fikir, kalau emak boleh buat macam itu, maknanya saya pun boleh melakukan perkara yang sama. Malah, kali pertama saya masuk ke disko ialah bersama emak,” katanya.


Disebabkan itu Maimun menyatakan dia mula berjinak-jinak dengan laman sembang sosial sebagai satu cara melepaskan tekanan, di samping mencari rakan.


Kali pertama dia terperangkap dalam aktiviti seks bebas menerusi laman sosial ialah dengan kenalan lelaki berusia 22 tahun, manakala Maimun ketika itu masih belajar dalam tingkatan dua atau 14 tahun.


Apapun, Elin dan Maimun yang kini dalam proses pemulihan di Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) berharap masih ada sinar kepada mereka untuk bertaubat.

Cuma apa yang ditakutkan mereka ialah bagaimana mahu menghadapi dugaan sebaik saja keluar daripada rumah pemulihan itu kelak, lebih-lebih lagi menerima tiga ancaman moden terbesar dalam hidup mereka sebelum ini iaitu komputer, telefon bimbit dan televisyen.


Pengerusi Sidim, Hanafi Abdul Malek berkata sesuatu perlu dilakukan dalam kes zina berkaitan dengan laman sembang sosial yang nampaknya disalahguna untuk menggalakkan aktiviti seumpamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan