Salam amar makhruf nahi mungkar sahabat-sahabat yg dikaihi dan dimuliakan...akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi bapa mertua Khairy Jamaluddin pun bersuara........... Pak Lah: "Judi bola tak dapat diterima"..... Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka. "Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan. "Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat. Lagi kata beliau tiada agama pun dlm dunia ini menggalakan perjudian....huhuhuhuhuhuhuhu.. baru sedar dari tidor ke?...muhahahahahaha.. masa kamu menjadi PM kenapa tak katakan sebegitu?...judi Toto, Kuda dan Magnum mcm mana pulak?...bukankah sudah wujud semasa rejim kamu lagi...ada apa2 ke tetiba boleh bersuara dan terjaga dari tido dan mimpi ni....dulu ckp tak mahu kritik pentadbiran DS Najib sebab kamu dah serik bagaimana dikritik pedas dan teruk oleh Tun M dulu...baru masuk setahun pentadbiran DS Najib dah mula nampak kepincangannya?...atau sbg ugutan halus supaya lantik menantu kamu KJ sbg Menteri Kabinet dalam rombakan yg dijangka akan berlaku pada awal bulan Jun ini sebelum sambungan persidangan Parlimen...apa pandangan dan komen sahabat-sahabat semua...perlakuan yg mengamit satu mcm tanda tanya dan persepsi.....
Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi sebarang penjelasan mengenai judi bola sepak Piala Dunia 2010 mengesahkan lagi bahawa beliaulah ‘kepala besar’ kepada tindakan kerajaan melesenkan judi tersebut. Najib enggan mengulas kecaman pelbagai pihak termasuk golongan agama umno terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya.
“Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah akhbar harian yang menjadi penyebar fikiran Umno hari ini.
Tindak-tanduk Najib itu boleh menyebabkan beliau dikenang sebagai Bapa Judi selepas bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan
"Tetapi, kita tidaklah terkejut kalau akhirnya Perdana Menteri digelar Bapa Judi sebab dalam kabinet hari ini pun ada dua orang cucu tauke judi.
"Orang yang sudah biasa dengan duit judi tentu tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi lesen kepada judi bola sepak Piala Dunia itu.
Kebanyakan dicopy paste dari fb...Judi Bola: Di mana kamu sahabat lamaku? http://tuanibrahim.blogspot.com/ |
(Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku?)
Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,
Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.
Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap Umno lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.
Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman, tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman Umno yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.
Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.
Wassalam.
Sahabat Lama, TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |
Judi haram biarpun berlesen Ekmal Yusof |
KUALA KANGSAR, 22 Mei: Pejabat Agama Islam Perak difahamkan turut membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia yang kan berlangsung Jun ini.
Dalam satu risalah yang diedarkan kepada masyarakat di sini, merayu kepada masyarakat supaya tidak terkeliru dengan tindakan kerajaan kerajaan BN dan menegaskan bahawa judi tetap haram dalam apa juga keadaan.
Risalah bantahan tersebut telah pun diedarkan keseluruh masjid dinegeri ini yang menyatakan bahawa judi bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung Jun ini, itu adalah tetap hukumnya haram walaupun ianya diberi lesen oleh kerajaan BN.
Inaya turut dibaca oleh khatib, ketika menyampaikan khutbah Jumaat semalam.
”Umat Islam dinegara ini jangan terkeliru iaitu bahawa judi bola itu adalah tetap haram tiada alasan untuk meluluskanya walaupun diberi lesen oleh kerajaan.”
Menurut khatib, kerajaan digesa kembali kepada ajaran Al-quran dan Hadis jika hilang punca tentang menentukan sesuatu hukum.
”Bahawa jika kita tengelam punca tentang hukum maka berbaliklah kepada Al-quran dan hadis maka didalamnya dengan terang dan nyatakan menyatakan dengan apa alasan sekali pun judi bola sepak Piala Dunia dan judi-judi yang lain adalah tetap haram disisi hukum Allah.
Menurutnya, tiada satu pun hukum dunia atau manusia didunia ini yang boleh menghalalkan sebarang perjudian kerana ianya adalah dikutuk dan dilaknati Allah.”
“Kerajaan kita adalah dikatakan sebuah negara maju dan kaya dengan kewangannya maka tidak semestinya bergantong harap kepada wang judi.
"Ia sekaligus menjerumuskan ramai orang menjadi kaki judi bola sehingga kehidupan menjadi papa.
Khutbah itu semalam juga trut menasihatkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akar menilai kembali kelulusan yang telah diberi kerajaan itu |
Khir Toyo akui lulus lebih 4,500 pusat judi? Angkasanuri |
Tindakan meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri! Itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang semalam mendesak Menteri Besar Selangor kini Tan Sri Khalid Ibrahim agar menutup lebih 4500 tempat perjudian yang kini terdapat di Selangor.
Pada zaman siapa pusat perjudian tersebut dibina dan diluluskan? Pakatan Rakyat baru memerintah tak sampai pun tiga tahun. Siapa lagi kalau bukan zaman Umno@BN memerintah Selangor! Memang patut pun pemimpin Umno digelar 'Raja Judi'.
Tindakan Khir Toyo bukan sekadar baling batu sembunyi tangan tetapi umpama orang berak tengah jalan kemudian tuduh orang lain!Malah suruh orang lain sapu dan bersih!
Patutlah dulu Khir Toyo dulu hadiah penyapu kepada Pegawai daerah di Hulu Selangor. Rupa-rupanya sebagai simbolik membersihkan segala kekotoran dan najis yang kini ditinggalkan oleh Umno sebelum ini sekian lama memerintah Selangor.
Kena siasat juga mana le tahu rumah Khir Toyo di Syeksen 7 Shah Alam yang khabarnya bernilai puluhan juta ringgit datang dari duit judi.
Malang sekali nasib rakyat di Selangor yang dibangunkan selama ini bergelumang dengan hasil judi!!!
Rakyat fikir sendirilah inilah antara contoh pemimpin yang mendakwa pejuang bangsa dan Melayu di negara ini. Malah dengan muka tak malu mengaku Umno sebagai pembela Islam.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |
Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes |
| Salhan K Ahmad, Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli Mei 21, 10 3:04pm | | |
Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.
Perhimpuna
n berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.
Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.
Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis.
Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.
Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.
Presiden PAS kurang sihatKetua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.
Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat".
Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut.
Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.
Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah.
Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".
Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali.
Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.
"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.
'Yes bola, no judi'Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.
Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi".
Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.
Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.
Di Kajang, penganjurnya Mohd Shah Mior Kosim berkata kumpulan tersebut berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.
Per
himpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.
Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."
13 orang sahaja di Hulu Selangor"Kita akan anjurkan satu lagi protes sama minggu depan, kita harap akan ada penyertaan lebih besar," katanya lagi kepada
Malaysiakini.Sementara itu di Kapar pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.
Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.
Sementara di Masjid As-Syukriah, Kampung Desir Tengah di Hulu Selangor keadaan 'menyedihkan' apabila difahamkan hanya 13 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 15 minit.
Nazir masjid itu, Sukurillah Ri berkata, anak kariah kampung itu kelihatan membawa sepanduk bertulis 'Kami ajk masjid membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi oleh kerajaan persekutuan'.
Berhubung 'kelesuan' bantahan di sekitar Selangor, ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kelewatan memberi arahan mungkin menyebabkan kurangnya sambutan daripada para penyokongnya.
"Insya-Allah, minggu depan akan lebih baik dari hari ini dengan persiapan yang lebih lengkap," katanya.
Nota: Gambar-gambar di atas dirakamkan di sekitar masjid di Pulau Pinang dan Perak sahajaJudi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.
Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
"Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?
"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.
"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.
Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad.
Sikap membisu tokoh-tokoh agama Umno, menteri agama dan mufti juga katanya bakal mengukuhkan lagi tanggapan tersebut.
"Paling sedih bagi kita, kemana perginya tokoh agama dalam Umno dan Bariosan Nasional, menteri agamanya di mana, ulamak-ulamak mereka di mana, mufti-mufti kenapa tidak bersuara? soalnya lagi.
Dalam pada itu, Pemuda PAS katanya tidak menolak kemungkinan pemberian lesen judi kepada kumpulan Berjaya secara tergesa-gesa adalah kerana membalas jasa Vincent Tan.
Ini kerana menurutnya, Vincen Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.
"Kita mengesyaki bahawa tindakan cepat dan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group ini sebagai membalas budi.
"Ini jelas menunjukkan Umno terdesak mendapatkan dana dati tauke judi ini seperti mana kita didedahkan sebelum ini," tambahnya lagi.
Mengulas bantahan Pemuda PAS di seluruh negeri, beliau memberitahu lima lagi himpunan bantahan serupa akan berlangsung Jumaat, 28 Mei ini.
Himpunan tersebut akan di adakan di semua masjid negeri di Selangor, Melaka, Pahang dan Pelis.
Manakala kemuncak bantahan zon pantai timur akan diadakan di Kelantan pada tarikh yang sama.
Ianya akan dibuat di Masjid Kampung Repek, Bachok iaitu kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang membuat pengumuman meluluskan jesen judi tersebut baru-baru ini.
Kemuncak kepada bantahan itu, himpunan 100 ribu rakyat bantah judi akan diadakan di ibu negara 3 Julai ini bermula di Perkarangan Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong.
Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain |
Spa peraga gadis bercoli
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/05/22
PETALING JAYA: Sebuah pusat spa dikesan mempamerkan gadis bertubuh montok yang hanya berseluar dalam dan bercoli bagi memikat pelanggan berkunjung dan melanggan gadis terbabit untuk memuaskan nafsu di dalam bilik yang disediakan.
TAHAN...pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.
Kegiatan licik pemilik terbabit terbongkar apabila pusat itu yang beroperasi di Sri Damansara di sini, diserbu awal pagi semalam.
Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu menahan 12 wanita warga China berusia 20 tahun hingga 25 tahun dipercayai pelacur.
Dua lelaki tempatan berusia 32 tahun dan 37 tahun dipercayai pengurus dan kapten spa terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan, dua daripada wanita terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala selebihnya memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Katanya, spa di tingkat tiga bangunan kedai itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dikesan berselindung di sebalik perniagaan hotel.
Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut menemui beberapa peket kecil serbuk dadah dipercayai syabu digunakan wanita terbabit.
“Spa yang terletak dalam sebuah hotel itu tidak mempunyai lesen, malah menawarkan khidmat seks lima bintang kepada pengunjung hotel di situ.
“Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh menempah wanita di spa terbabit manakala pengunjung spa hanya perlu membayar RM208 bagi mendapatkan khidmat seks di 10 bilik yang disediakan,” katanya.
Jurucakap polis berkata, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya
Remaja lari rumah dirogol kekasih
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/05/22
KUALA LUMPUR: Pengorbanan cinta seorang gadis berusia 15 tahun yang sanggup menempuh perjalanan dari utara tanah air hingga ke ibu kota untuk menemui kekasih hati bertukar menjadi satu mimpi ngeri buat dirinya apabila dia dijadikan mangsa pemuas nafsu teman lelakinya itu.
Malah, perbuatan keji terbabit turut dirakam teman lelakinya itu sebelum dia mengugut akan mengedarkan gambar bogel berkenaan membuatkan mangsa mula gelisah.
Bagaimanapun, mangsa yang tidak keruan itu akhirnya cuba melarikan diri sebelum ditemui anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan Ulu Klang, Ampang sebelum pemeriksaan mendapati dia pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Perlis sejak tiga bulan lalu.
Menurut sumber, selepas siasatan dilakukan, gadis berkenaan mendakwa sepanjang tempoh dia menghilangkan diri itu, dia sebenarnya mengikut teman lelakinya itu.
“Gadis berkenaan turut memberitahu yang sepanjang tempoh itu, dia menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki berkenaan dan akhirnya mula menyesali perbuatan itu.
“Difahamkan, dia akhirnya mula jemu hidup bergelumang dengan maksiat sebelum mengambil tindakan nekad melarikan diri,” katanya.
Menurut sumber terbabit, gadis itu turut bimbang apabila cubaan dia melarikan diri daripada kekasihnya itu disusuli dengan satu ugutan lelaki berkenaan yang mahu mengedarkan gambar bogel dan juga aksi ghairah mereka berdua di ranjang.
“Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengakui yang dia sebenarnya melakukan seks dengan teman lelakinya puluhan kali sepanjang mereka tinggal bersama di sebuah rumah di Balakong, Kajang.
“Remaja terbabit turut mendakwa, dia sebenarnya sudah jemu dengan kehidupan sebegitu, namun tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada kongkongan teman lelakinya itu,” katanya.
Beliau berkata, selain takut melarikan diri daripada teman lelakinya, dia juga bimbang kerana lelaki berkenaan mengugut akan menyebarkan rakaman aksi ghairah mereka yang dirakam melalui telefon bimbit.
“Dia kemudian mula kehilangan arah dan fikirannya mula bercelaru sebelum nekad melarikan diri dan ditemui di tepi jalan di kawasan Ulu Klang, kelmarin.
“Mangsa akhirnya dibawa menjalani pemeriksaan dan dia turut membuat satu laporan berhubung kejadian itu,” katanya.
Sumber terbabit berkata, susulan daripada laporan yang dibuat, polis menahan seorang lelaki berusia awal 20-an bagi membantu siasatan.
“Lelaki terbabit yang juga anak kepada seorang anggota polis ditahan di rumahnya di Ampang sejurus mangsa membuat laporan,” katanya.
Guru penolong kanan dipenjara 10 bulan
2010/05/22
SEREMBAN: Seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Harith Mohd Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di pejabatnya di sebuah sekolah rendah, di sini, antara jam 3 hingga 4 petang penghujung Mac 2007.
Bagi kesalahan itu, Mohd Harith didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara lima tahun dan sebatan.
Tertuduh turut menghadapi dua lagi pertuduhan memaksa seorang murid lelaki lain melakukan kelucahan melampau dalam dua kejadian berasingan.
Majistret Noralis Mat bagaimanapun membebas dan melepaskan tertuduh daripada dua pertuduhan berkenaan.
Mohd Harith yang berasal dari Taman Arowana Impian, di sini, sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.
Penjara 28 tahun kini jadi 60 tahun
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/05/22
MELAKA: Seorang pencari barangan terpakai yang sedang menjalani hukuman penjara 28 tahun dan 12 sebatan atas empat kesalahan merogol gadis bawah umur yang juga anak teman wanitanya pada November tahun lalu terpaksa meringkuk lebih lama iaitu selama 60 tahun dan 20 sebatan.
Ini berikutan Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan oleh pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan hukuman Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam penghakimannya bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain pada 11 Disember 2009 tidak memadai dengan kesalahan keji dilakukan tertuduh, Omar Osman, 50.
Pada tarikh itu, responden mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan dan berjalan berasingan. Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu kerana mendapati ia rendah berbanding kesalahan dilakukan tertuduh.
Ahmadi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan hukuman Mahkamah Sesyen diketepikan dan tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan bagi setiap kesalahan.
Beliau menetapkan hukuman berjalan berasingan bagi setiap pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama, Omar didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah kosong di Lorong Pandan, dekat sini, antara jam jam 9 pagi hingga 11 pagi pada 23 November 2009.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh merogol mangsa sama di laut Pantai Puteri Tanjung Keling, kira-kira jam 2 petang hingga 4 petang, hari yang sama.
Seterusnya bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa merogol mangsa sama kira-kira jam 11.30 malam hingga 12 tengah malam dan pada 24 November 2009, kira-kira jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di bilik No 504, Hotel New Livo, Jalan Tun Ali, dekat sini.
Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Fakta kes menunjukkan tertuduh teman lelaki kepada ibu kepada mangsa (pengadu) dan sering menemani ibunya keluar bertemu tertuduh sejak Mac 2009.
Pada hari kejadian, tertuduh mengajak mangsa menaiki motosikal pergi menjual botol yang dikutip.
Mangsa bersetuju mengikut sebelum tertuduh membawanya ke sebuah rumah kosong lalu merogolnya sebelum pergi semula mencari botol terpakai.
Apabila tiba di kawasan Pantai Puteri kira-kira jam 2 petang selepas makan di sebuah gerai, tertuduh mengajak mangsa ke dalam laut sebelum merogolnya di kawasan air paras dada.
Selepas itu, mereka beredar dari kawasan Pantai Puteri dan pergi mencari kotak untuk dijual di sekitar Bandar Melaka dan kira-kira jam 7.30 malam, tertuduh membawa mangsa pergi mengambil ibunya dari tempat kerja.
Mereka bertiga menaiki motosikal lalu pergi makan dan bersiar-siar sebelum menginap di Hotel New Livo dan di situ tertuduh merogol mangsa dua kali.
Pada 25 November 2009, mangsa menceritakan kejadian kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis pada hari sama kira-kira jam 3.15 petang dan menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka hingga tertuduh ditangkap 1 Disember 2009.
Serbu ‘pusat urut’
Oleh Suraya Roslan
2010/05/20
KAJANG: Berselindung di sebalik kegiatan urut tradisional dan refleksologi, sebuah pusat urut dikesan turut menyediakan khidmat seks.
Ini terbukti apabila 15 orang termasuk tiga lelaki ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan ke atas sebuah pusat urut di daerah ini, baru-baru ini.
Mereka termasuk 11 wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia berusia 20 hingga 30-an manakala tiga lelaki terbabit yang juga warga tempatan berusia 30-an dipercayai penjaga premis berkenaan.
Kebanyakan pekerja seks ini mengenakan caj antara RM80 dan RM150 sejam. Namun, terdapat juga yang meminta bayaran berlipat kali ganda bergantung kepada pelanggan. Difahamkan, permintaan menggalakkan pelanggan membuatkan tauke rumah urut berkenaan membiarkan kegiatan tidak bermoral itu berlaku.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood berkata, hasil maklumat awam, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menyerbu premis berkenaan.
“Kami percaya semua wanita berkenaan menawarkan khidmat seks kerana mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan yang datang berurut,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabatnya di IPD Kajang di sini, semalam. Menurutnya, semua mereka kini ditahan dan direman 14 hari kerana menyalahgunakan visa lawatan ke negara ini dengan melakukan kegiatan tidak bermoral. Dalam kes berlainan, D7 turut melakukan serbuan di sebuah premis rumah kedai yang menjalankan kegiatan perjudian haram. Mohd Shakaruddin berkata, sebanyak 98 set komputer dirampas dan enam lelaki ditahan kerana menjalankan operasi judi dalam talian secara haram. “Ops Dadu ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa. Saya memberi amaran polis akan terus membanteras kegiatan perjudian dan pelacuran sehingga ke akar umbi,” katanya.
Buruh ‘romen’ kekasih direman tujuh hari
2010/05/19
GEMAS: Seorang buruh yang dibelasah selepas ditahan dalam sebuah kereta bersama kekasihnya di Felda Jelai 2, dekat sini, pagi kelmarin, direman tujuh hari bermula semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu dikenakan perintah tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Rembau mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin, seorang buruh yang kepenatan dipercayai selepas memadu asmara dalam kereta dengan teman wanitanya berusia 18 tahun tersentak selepas diserbu bapa gadis itu bersama penduduk kampung.
Sumber berkata, lelaki itu cedera di muka dan bibir selepas dibelasah bapa gadis dan orang ramai yang berang dengan perbuatannya itu.
Kejadian itu dikatakan disedari seorang penduduk kampung yang kemudian memaklumkannya kepada bapa gadis berkenaan dan penduduk kampung yang lain.
Menurut sumber itu lagi, bapa gadis dan penduduk kampung kemudian menyerbu kenderaan berkenaan sebelum menemui pasangan kekasih itu berada dalam keadaan keletihan dipercayai selepas ‘bertarung’ dalam kereta terbabit.
Datuk saudara setan
2010/05/19
TEMERLOH: Datuk saudara setan. Itu gelaran kepada seorang buruh binaan tergamak mencabul cucu saudaranya.
Kejadian itu berlaku sejak November 2009 hingga Februari 2010 sepanjang mangsa berusia enam tahun tinggal bersama datuk saudaranya, di Kampung Busut Jin, Mentakab, dekat sini.
Sebelum kejadian, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Lumpur dijemput bapanya sebelum bertandang ke rumah lelaki berkenaan untuk bercuti.
Sepanjang tinggal di rumah itu, lelaki terbabit melakukan perbuatan jijik berkenaan ketika bapa kanak-kanak itu tiada di rumah.
Difahamkan, rahsia perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada ibunya selepas pulang ke Kuala Lumpur mengadu sakit di kemaluan.
Suri rumah terbabit bersama anaknya membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, semalam mengesahkan menerima laporan.
Nenek ‘kehausan’ selepas bercerai
Oleh Irma Ernany Mohd
2010/05/18
ALOR SETAR: Dia sudah bergelar nenek, namun gelagatnya mengalahkan gadis muda apabila mendakwa pernah melayan lebih 20 pemandu lori yang ‘kehausan’ sejak diceraikan suami empat tahun lalu.
Janda berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, dari Jeniang, mengaku tidak kekok melakukan perbuatan terkutuk berkenaan kerana pernah bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di Kuala Lumpur ketika muda.
Menurut Ain, dia mula terjebak dengan aktiviti itu pada 2007 ketika salah seorang daripada pemandu lori kuari berkunjung di gerai makannya, sebelum masing-masing bertukar nombor telefon bimbit.
Katanya, pemandu lori berkenaan yang dikenalinya sebagai Zul (bukan nama sebenar) 38, mengajak Ain untuk menemaninya menghantar batu kuari di Pendang sebelum hubungan mereka menjadi ‘panas’.
“Pada mulanya, saya hanya mahu berkawan kerana kesunyian, namun pujuk rayu Zul membuatkan saya cair dan mula melangkah lebih jauh apabila Zul memperkenalkan rakan-rakannya yang lain kepada saya, termasuk Awang yang pernah disiarkan dalam Harian Metro sebelum ini.
“Suami menceraikan saya kerana mengesyaki saya mempunyai hubungan dengan lelaki lain memandangkan ketika muda saya pernah bekerja sebagai GRO,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sabtu lalu, akhbar ini mendedahkan pengalaman seorang pemandu lori yang mengaku pernah beberapa kali melanggan janda dan isteri orang yang menemani mereka ketika menghantar barang ke destinasi yang dituju.
Dengan bayaran serendah RM30 hingga RM100, segelintir janda berusia lingkungan 40-an sanggup menjadi teman sosial atau ‘pelacur lori’ kepada pemandu lori tanah atau kontena dan lebih memeranjatkan, terdapat perempuan berstatus isteri orang yang ‘berkhidmat’ kepada pemandu lori tanpa diketahui suami mereka.
Malah, jika sedang memandu, ‘pelacur lori’ berkenaan akan melakukan aksi seks oral bagi mengelakkan pemandu mengantuk dan menjadi penghibur sepanjang perjalanan.
Sementara itu, Ain berkata, daripada kalangan 20 pemandu lori berkenaan, hanya enam menjadi pilihan kerana mereka banyak menaburkan wang dan pelbagai barangan lain seperti telefon bimbit, pakaian, minyak wangi dan juga wang untuk menyara anak-anaknya yang masih bersekolah.
Dia turut mempunyai ‘geng janda panas’ sendiri yang sebaya dengannya serta sudah mempunyai cucu dan mereka dikenali sebagai Som dan Linda yang turut sama melayani pemandu lori ke mana saja destinasi dituju.
Malah, jika pemandu lori tidak dapat ke Jeniang atau menghantar barang ke utara Kedah, Ain sanggup menunggang motosikal sejauh lebih 60 kilometer (KM) ke tempat kerja pemandu lori itu untuk menemani mereka.
Katanya, soal bayaran tidak menjadi masalah dan terpulang kepada pemandu lori berkenaan, malah dia sanggup mengeluarkan wang untuk bersama di motel atau rumah tumpangan dalam kadar masa dua jam.
“Kalau di lori pun buat (melakukan hubungan seks) juga, tapi saya lebih selesa melakukannya di motel murah kerana keadaan lebih luas dan tidak perlu rasa takut-takut walaupun berdepan risiko ditangkap pencegah maksiat.
“Selalunya, kadar sewa motel murah adalah RM30 untuk dua jam dan ‘port’ paling selamat ialah di Beris, Sik,” katanya.
Malah, lebih mengejutkan, katanya, dia bersama dua rakannya serta lima pemandu lori yang lain pernah menyewa sebuah chalet di Langkawi dan menonton video cakera padat (VCD) lucah sebelum melakukan seks beramai-ramai.
'Bos...mau Amoi murah RM200'
2010/05/17
KUALA LUMPUR: Pertanyaan ringkas ‘Bos! mau Amoi...murah RM200 sahaja’ adalah antara ayat pelaris digunakan sekumpulan ‘bapa ayam’ yang giat mencari pelanggan di kaki lima kawasan tumpuan ramai.
Kumpulan bapa ayam yang bergerak secara solo ini dikesan menjadi pengantara kepada kegiatan pelacuran membabitkan pelacur warga asing antaranya dari China, Indonesia dan Thailand.
Namun, kewujudan kumpulan bapa ayam ini mula berkurangan apabila polis kini giat melakukan operasi membanteras golongan itu melalui penyamaran dan tindakan penahanan setiap hari.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, sepasukan anggota polis dikatakan melakukan risikan terhadap kegiatan ‘ulat ayam’ dikesan bergiat aktif terutama pada waktu malam di Jalan Bukit Bintang, di sini.
Menurutnya, selepas beberapa minit tinjauan dilakukan, pihak polis melihat seorang lelaki berdiri tidak jauh dari sebuah hotel sambil menegur beberapa lelaki yang melintas di hadapannya dipercayai menawarkan perkhidmatan pelacur.
“Susulan itu, seorang pegawai polis menyamar sebagai pelanggan sebelum sengaja menghampiri lelaki itu yang segera mendekatinya untuk menawarkan perkhidmatan seks.
“Bapa ayam berkenaan yang langsung tidak menyedari lelaki berkenaan anggota polis segera menyapa sebelum bertanya sama ada anggota polis yang menyamar itu mahukan gadis cantik untuk ditiduri,” katanya.
Menurutnya, tanpa berselindung lelaki berkenaan menawarkan anggota polis terbabit gadis pelacur dari Thailand, China atau Indonesia disediakan dengan harga istimewa.
“Suspek tanpa berselindung memberitahu semua gadis pelacur ditawarkan cantik-cantik belaka dan pelanggan hanya perlu membayar RM200 bagi sekali perkhidmatan.
“Pegawai polis terbabit akhirnya menunjukkan kad kuasa sebelum memberkas suspek dikenal pasti sebagai bapa ayam di kawasan terbabit. Hasil pemeriksaan lanjut suspek berusia 49 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki separuh abad turut diberkas oleh pihak polis selepas dikesan turut menjalankan kegiatan menawarkan perkhidmatan seks kepada orang ramai berhampiran Jalan Bukit Bintang di sini.
Dalam operasi jam 1.15 pagi itu, anggota polis melihat seorang wanita berpeleseran di bahu jalan sambil menarik lelaki yang lalu lalang di hadapannya ke satu lorong sunyi.
“Pihak polis yang yakin suspek menjalankan kegiatan menawarkan perkhidmatan seks kemudian bertindak menghampiri suspek. Sebaik salah seorang anggota polis menunjukkan kad kuasa, suspek sempat melarikan diri sebelum dikejar.
“Pihak polis yang mengejar suspek kira-kira 50 meter kemudian berjaya menahan lelaki berkenaan yang berusia 53 tahun selepas berlaku pergelutan kecil,” katanya,.
Melalui soal siasat, polis yakin suspek terbabit dengan aktiviti pelacuran dan dibawa pulang ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.
120 tahun penjara
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
2010/05/20
MELAKA: Perogol bersiri yang juga bekas peniaga putu piring di sebuah pasar raya di Bachang, dekat sini, Rashidi Omar, 29, dijatuhi hukuman penjara 120 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam, selepas menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap 15 pertuduhan termasuk dua kes cubaan rogol, rogol (enam kes) dan samun bersenjata (lima kes) bagi tempoh antara 24 Mei 2007 hingga 21 November 2009.
Bagaimanapun, tertuduh bernasib baik apabila Hakim Zaharah Hussain, menetapkan hukuman bagi lima daripada 15 pertuduhan dihadapinya berjalan serentak sekali gus dia hanya perlu menjalani 50 tahun penjara dan 24 sebatan.
Zaharah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti keseluruhan fakta kes dan rayuan tertuduh serta hujahan pendakwa raya.
Dalam penghakimannya itu, beliau turut memberi peringatan kepada tertuduh supaya insaf dan bertaubat atas kesalahan dilakukannya dan tidak mengulangi pada masa depan.
“Saya harap kamu benar-benar insaf dan bertaubat. Kamu lebih tahu apa yang kamu lakukan,” katanya ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh kira-kira jam 4.45 petang semalam.
Bagi kesalahan rogol, Rashidi yang berasal dari Batu 13, Beringin, Durian Tunggal, Alor Gajah, dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.
Bagi kesalahan merompak menggunakan senjata ke atas mangsanya, dia didakwa mengikut Seksyen 372/379 KK.
Manakala, bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dengan memaksa mangsa melakukan seks oral dan cubaan merogol dia didakwa mengikut Seksyen 377C KK dan 376 KK dibaca bersama Seksyen 511 akta sama.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun penjara dan 12 sebatan bagi kesalahan kes pertamanya iaitu merogol murid tahun satu di Ladang Kelapa Sawit Hailam Estate, Cheng pada 24 Mei 2007, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Bagi kes kedua, dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana cuba merogol seorang pelajar tingkatan satu di Ladang Kelapa Sawit Beh Kim, Lendu, Alor Gajah pada jam 6.30 pagi pada 20 Oktober 2009.
Seterusnya bagi kes ketiga, merogol dan merompak seorang wanita di sebuah pusat kecantikan di Batang Tiga pada jam 3 petang, 21 November lalu, dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagi kes keempat, dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan serta lima tahun bagi kesalahan merogol seorang mak andam berusia 24 tahun di sebuah kedai di Jasin pada jam 5.40 petang pada 21 Oktober 2009.
Hakim menetapkan hukuman bagi keempat-empat kes itu berjalan berasingan setiap satu dan juga berasingan dengan hukuman bagi lima lagi kes lain.
Bekas guru dijel 30 tahun
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
2010/05/21
MELAKA: Seorang bekas guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di sebuah sekolah rendah di Jasin, dekat sini, dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah merogol dua muridnya dalam bilik rehat guru dan sebuah stor di sebuah sekolah di Jasin, tujuh tahun lalu.
Hakim Sabariah Othman membuat keputusan hukuman itu selepas meneliti dan menimbang keseluruhan keterangan dan hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan dan mendapati tertuduh bersalah di akhir kes pembelaan.
Menurutnya, mahkamah mendapati tertuduh, Aswan Muhamad, 33, dalam keterangannya dan disokong saksi pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.
Sebaliknya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah, justeru mahkamah tiada pilihan melainkan mensabitkannya terhadap dua kes membabitkan tiga pertuduhan merogol.
Sabariah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh hukuman kelmarin dan memerintahkan hukuman berjalan serentak bagi semua pertuduhan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail melakukan pendakwaan manakala peguam Hanif Hassan mewakili tertuduh.
Bagi kes pertama, Aswan didakwa atas dua tuduhan merogol mangsa berusia 11 tahun 11 bulan ketika kejadian dalam sebuah bilik rehat guru sebuah sekolah di Jasin kira-kira jam 5.30 petang iaitu pada awal dan akhir Mei 2003.
Bagi kes kedua, dia didakwa merogol seorang lagi mangsa berusia 11 tahun lapan bulan pada awal Mei di stor sukan sekolah terbabit kira-kira jam 5 petang
Wanita bawa kekasih ke rumah sewa dicekup
2010/05/21
Pasangan membabitkan wanita berusia 25 tahun dan lelaki 26 tahun itu dicekup kira-kira jam 8.25 pagi di Pangsapuri Taman Hilir, Bandar Hilir, dekat sini.
Berdasarkan aduan, lelaki terbabit seorang warga tempatan sering datang ke rumah bujang kekasihnya itu yang turut dihuni dua lagi rakannya.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, sepasukan anggotanya ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.
Katanya, sejurus tiba dan pintu rumah diketuk, ia dibuka seorang wanita berusia 20 tahun dan selepas memperkenalkan diri, pihaknya terus masuk untuk membuat pemeriksaan.
“Apabila kita memeriksa sebuah bilik didapati ada lelaki dan wanita berkurung di dalamnya dan apabila pemeriksaan dilakukan terhadap pengenalan diri serta soal siasat didapati kedua-dua mereka bukan muhrim.
“Pasangan terbabit terus ditahan untuk siasatan lanjut berikutan didapati berkhalwat dalam bilik disewa wanita terbabit. Turut ditahan adalah rakan serumah wanita berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.
Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sering berkurung dalam satu bilik sejak wanita berkenaan menyewa rumah itu beberapa bulan lalu.
Katanya, wanita berkenaan yang juga penganggur mengenali teman lelakinya sejak dua tahun lalu serta mengakui pernah terlanjur.
“Malah, wanita terbabit juga bagaikan tidak serik melakukan kesalahan sama apabila sebelum ini pernah ditahan khalwat di Johor. Bagaimanapun dengan pasangan lain. “Lelaki terbabit datang ke rumah wanita berkenaan sejak malam sebelum dia ditahan pada pagi itu dan terus tidur serta berkurung bersama teman wanitanya sehinggalah mereka ditahan,” katanya.
Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.
“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya
Gelora nafsu guru
Oleh Alias Abd Rani
2010/05/21
SIBU: Gelora nafsu seorang guru yang terpaksa ‘berpuasa’ kerana isterinya sarat mengandung anak sulung membuatkannya buta hati kerana tergamak mencabul kehormatan lima murid termasuk adik iparnya sendiri selepas mengumpan mereka menonton filem lucah.
Malah, guru berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di Dalat di sini itu dikatakan turut menggugut mangsa supaya menyimpan rahsia untuk memastikan perbuatan terkutuknya tidak terbongkar.
Perbuatan harapkan pagar, pagar makan padi itu bermula apabila guru berkenaan didakwa mencabul adik iparnya di kuarters kediaman guru pada tengah hari antara Mac hingga 8 Mei lalu ketika isterinya tiada di rumah.
Dia dikatakan memanggil mangsa ke bilik sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian satu persatu sambil menayangkan cakera padat video (VCD) lucah yang dimuatkan dalam komputer ribanya sebelum mencabul mangsa.
Tidak cukup dengan darah daging isteri sendiri, lelaki hidung belang itu meneruskan kerja hinanya ke atas empat lagi muridnya di makmal serta perpustakaan sekolah berkenaan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, setiap murid yang dipanggil guru terbabit ke makmal tidak dibenarkan melalui bilik guru, sebaliknya diarah menggunakan laluan belakang bagi mengelakkan perbuatan sumbangnya disyaki.
Difahamkan, guru subjek Sains berasal dari Sarikei itu sudah melakukan perbuatan tidak senonoh sejak sekian lama sehinggalah diketahui pihak sekolah sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, kelmarin.
Kebanyakan mangsanya difahamkan tinggal di asrama sekolah berkenaan dan suspek dikatakan tinggal di kuarters guru di situ sejak 10 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, berdasarkan laporan diterima pihaknya, adik ipar suspek mendakwa dirogol ketika dibawa ke kuarters kediaman guru berkenaan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan kesihatan ke atas mangsa mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan polis menganggap kes ini sebagai cabul.
“Kami menerima laporan daripada guru besar sekolah terbabit petang semalam (kelmarin) dan polis sudah merekodkan kenyataan kelima-lima mangsa.
“Mangsa terdiri empat murid tahun enam dan seorang tahun lima. Adik ipar suspek yang juga murid tahun enam seorang daripada mangsa dalam kejadian ini,” katanya.
Shafie berkata, polis sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Berita Terhangat !!!!! MCA,GERAKAN,MIC,DAP TOLAK JUDI.....macam mana ini...jgn kita kebelakang...sekarang semua orang tau judi itu membinasakan hidup....yang kaya taukeh judi....di akhirat mereka xtrlepas.....di dunia mereka juga kena bahang2nya.
Kerajaan BN galak judi
BalasPadamX pelik. Judi tu sinonim dengan pemimpin2 UMNO. PM ke1 introduced loteri. Noh Omar (datuk najib & hishamudin) applied tanah 12,000 ekar (dengan sokongan menantunya/tun razak) untuk lim goh tong bina kasino!
Kerajaan BN galak judi
BalasPadamX pelik. Judi tu sinonim dengan pemimpin2 UMNO. PM ke1 introduced loteri. Noh Omar (datuk najib & hishamudin) applied tanah 12,000 ekar (dengan sokongan menantunya/tun razak) untuk lim goh tong bina kasino!