Jumaat, 7 Mei 2010

MENARIK COPY PASTE DARI FACEBOOK...BUAT RENUNGAN.....SEGALANYA ALLAHLAH YG LEBIH MENGETAHUI....NO KOMEN

KITA SERAH PADA ALLAH SWT UNTUK MENGADILI....XLEPAS JIKA BERSALAH.....CUMA LAMBAT ATAU CEPAT...


SALAM PERUBAHAN KAPADA WARGA P212 SIBU , SALAM PERJUANGAN KPD REFORMIS-REFORMIS, SALAM AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN...ESOK WARGA SIBU YG MENDAFT5AR SBG PENGUNDI AKAN MENGELUAR MENGUNDI...MRK DIBERI DUA PILIHAN..UNDI KERANA WANG ATAU UNDI UNTUK PERUBAHAN.....

Penduduk di Sibu tidak pernah menyaksikan hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat, termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu-Melanau.
Mereka
hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP?
Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.
Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini.

Meskipun dikuasai mendiang Datuk Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lima penggal sejak 1990, namun majoriti yang dimenanginya pada 2008 tidaklah begitu menggembirakan.
BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.
Setiap kaum mempunyai rungutan dan masalah masing-masing.
Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut tidak menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap.Iban hidup melarat
Menteri Persekutuan yang berjumpa dengan pengundi yang sebahagiannya miskin dan papa kedana terkejut melihat keadaan rumah panjang yang daif dan kehidupan sebahagian orang Iban yang melarat.
Melay
u-Melanau di kawasan DUN Nangka pula kecewa dengan sikap wakil rakyat sehingga gagal memahami aspirasi dan masalah mereka.
Manakala 36,494 pengundi Cina pula mempunyai persepsi yang negatif terhadap dasar kerajaan yang dianggap tidak adil sehingga merugikan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan di sektor swasta. Bagi mereka, kerajaan menganggap mereka seolah-olah anak tiri meskipun tinggal di bawah rumah yang sama.
Pada pillihan raya kecil parlimen Sibu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka dijangka menyokong DAP. DAP dilihat berani, lantang dan mampu menyuarakan kepentingan dan masalah mereka.

SUPP pula, yang dibelenggu oleh masalah dalaman yang belum selesai, dianggap gagal menyelesaikan masalah mereka. Malah, parti Cina Sarawak itu dikatakan tidak berani membangkitkan isu dan masalah yang dianggap sensitif, kerana takut menyinggung perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, yang telah berkuasa selama 29 tahun.
Tidak hairanlah, antara kata-kata yang terdapat di kain rentang di bandar 270,000 penduduk ini ialah 'Undi SUPP = Undi Taib'. DAP menyifatkan kepemimpinan Taib semarak dengan nepotisme, kronisme dan penyelewengan, khususnya dari segi agihan sumber kekayaan negeri.

Pengundi Cina sebanyak 66.7 peratus sudah mendahului rakan mereka di Semenanjung dari segi pola pengundian.
Pada pilihan raya negeri 2006, enam kerusi SUPP terlepas ke tangan DAP kerana isu kenaikan harga minyak dan isu tanah yang dianggap merugikan mereka.
Masalah banjir
Mereka kecewa dengan kerajaan kerana gagal menangani masalah banjir di Sibu. Banjir kerap melanda bandar ini setiap kali hujan lebat. Bagi memujuk hati pengundi, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek tebatan banjir.
M
anakala isu ketiadaan universiti ditangani dengan rancangan untuk menaikkan taraf Kolej Laila Taib menjadi kolej universiti menjelang 2012.
Tetapi DAP mengkritik SUPP kerana menjual kolej itu kepada pihak Yayasan Sarawak dengan harga RM1, tanpa mempedulikan perasaan dermawan Cina yang telah menyumbang kepada kewujudan kolej itu.
Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan.
Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?

Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen?
Namun, sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.
Melayu-Melanau kecewa
Alangkah hausnya pengundi di Sibu ini terhadap projek pembangunan walaupun slogan politik pembangunan Taib telah didendangkan sekian lama.

Hakikatnya, meskipun pengundi Iban dan Melayu-Melanau kecewa, mereka tetap merupakan pendukung kuat BN.
Dengan rekod yang tidak memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil selama ini dan sikap pengundi Bumiputera luar bandar yang begitu setia kepada kerajaan, dijangka sekitar 75 peratus daripada 40 peratus keseluruhan pengundi Bumiputera akan tetap menyokong BN.
BN begitu berjaya membenamkan ke dalam minda pengundi terbabit konsep kebergantungan sehingga minda mereka tertawan oleh BN. Golongan ini ialah pengundi tegar yang menganggap politik pembangunan masih relevan.

Politik penaungan masih mengambil tempat utama ketika mereka masih lagi memerlukan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, api dan jalan berturap. Sedangkan bagi pengundi Cina di bandar, isu berkaitan sudah lama diselesaikan.
Pengundi Cina lebih selesa bercakap tentang isu tadbir urus yang baik, ketelusan, rasuah, ekonomi, pendidikan dan isu nasional yang lain. Bagi pengundi Bumiputera di rumah panjang, isu ini terlalu abstrak dan tidak meninggalkan sebarang kesan.
Bergelut untuk hidup
Bagaimankah Pakatan Rakyat dapat mempengaruhi pengundi terbabit ketika sebahagian mereka masih bergelut untuk hidup?
Kem
iskinan dan kesukaran mencari pekerjaan di Sibu-lah yang menjadi punca anak muda mencari peluang pekerjaan sejauh Singapura dan Kuala Lumpur. Siapakah yang mahu memerah tulang empat kerat di ladang kelapa sawit dengan gaji kurang RM20 sehari?
Hanya buruh asing terutama dari Indonesia yang sanggup melakukannya. Ketiadaan golongan muda di Sibu menguntungkan BN, kerana rata-rata, kerana pendidikan dan pendedahan kepada media alternatif, mereka menjadi anti-BN.
Jentera BN terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada mereka, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP, saya meramalkan DAP akan memenangi kerusi P212 Sibu esok dgn majoriti antara 350 ke 500 undi...sahabat-sahabat pula meramalkan siapa yg menang dgn jumlah majoriti berapa....Mlm ini DS Najib turun lagi ke Sibu untuk kali ketiganya...belum pernah dlm sejarah pilihanraya kecil PM turun berkempen dgn begitu agresif sampai turun untuk kali ketiga.....gambaran betapa gerun dan kecutnya umno/bn kini....





SALAM KEADILAN SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN....APA KAITAN MEREKA DIATAS DGN KONSPIRASI II......SEORANG DIANGKAT SBG SENATOR..SEORANG DILANJUTKAN TEMPOH JAWATANNYA..SEORANG BOLEH MOHON BIASISWA WALAU PUN TERKANDAS DAN BOLEH BERJUMPA DGN TIMBALAN PERDANA MENTERI KETIKA ITU DIRUMAHNYA DI JALAN DUTA WAKTU MALAM TANPA PERLU BUAT TEMU JANJI....JUMPA 24 HB WAKTU JAM LEBIH KURANG 8.30 MLM.. LEPAS TU JUMPA DISEBUAH HOTEL.. BOLEH TALIPON.. PADA 26 HB KENA BALUN PUNGGONG DI KONDOMINIUM...ESOKNYA TERUS BERTUGAS SPT BIASA DLM KEADAAN CERIA DAN TANPA TAKUT DLM KEAADAAN TAK MANDI DAN BERAK.....LUSANYA PERGI SOLAT JUMAAT TANPA BASUH DUBUR DEMI MEMPERTAHANKAN DNA..TULAT JUMPA DOKTOR DAN BUAT LAPORAN POLIS... DOKTOR KATA MASIH TERUNA SUNTI...BERITAHU MAHKAMAH MUMTAZ JAAFAR SETIAUSAHA PERIBADI MY "FIRST LADY" KAWAN KELUARGA SEDANGKAN ANAKNYA TUNANG BELIAU..

MOHON SAHABAT-SAHABAT SAMBUNG MANA SAYA TERLUPA...MAKLUMLAH MELAYU MUDAH LUPA.....



SALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR SAHABT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN.... Ahli parlimen Kota Belud dan bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno M'sia zaman DS Hishamuddin Hussein Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.
Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.
“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.
"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.
“Kenapa mes
ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.
Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.
“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.
Rahman
berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.
Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.
“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.
Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu........

Saya mohon sahabat-sahabat semua mengulas komen yg jelas menampakkan kedengkelan dan kejengkelan Abdul Rahman Dahlan....mungkin inilah pandangan secara keseluruhan ahli-ahli parlimen umno/bn dlm isu ini.... KERANA WANG SEMUANYA HALAL...



"Pemimpin bukan Islam Pakatan Rakyat sokong haram judi".....Mei 13,.... Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.
"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.
Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.

Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.
"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya........
SALAM JUDI BOLA PIALA DUNIA APCO 1M'SIA......SIAPA LEBIH MEMAHAMI HUKUM HAKAM ISLAM YG ASAS ANTARA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YG MELAUNGKAN KETUANAN MELAYU YG SANGGUP MEMPERTAHANKANNYA HINGGA TERGADAI NYAWA DAN KE TITISAN DARAH YG TERAKHIR ATAU PEMIMPIN-PEMIMPIN BUKAN ISLAM DARI PAKATAN RAKYAT...KPD WARGA MALAYSIA.. BUKA MATA,BUKA MIND, BUKA IMAN DAN HATI..MEMANG DIAKUI UMNO MAKIN BERUBAH TAPI BERUBAH KELEBIH TERUK...APA BUKTI YG KAMU SEMUA MAUKAN LAGI...MASIH TAK NAMPAK DAN BOLEH MENILAI LAGI ANTARA KACA DAN INTAN?.. ANTARA POLITIK JUJUR DGN POLITIK MEMBAWA RAKYAT CEPAT KE KUBUR DAN NEGARA MENJADI HANCUR LEBUR....JOM KITA BERUBAH...JOM KITA REBAHKAN KERAJAAN MESRA JUDI UMNO /BN PADA PRU 13 NANTI..CUKUPLAH 52 TAHUN KAMI MEMBERI PELUANG...ENOUGH IS ENOUGH....



Salam perjuangan dan salam kebenaran sahabat-sahabat yg dikasihi dan dimuliakan.....Isu disini adalah mudah. Setiap calon yn bertanding dlm Pilihanraya Umum atau kecil sama ada di DUN atau Parlimen dikehendaki mengemukakan penyata akaun perbelanjaan kpd Suruhanjaya Pilhana Raya (SPR). Ini adalah untuk mempastikan tiada calon yg melanggari Akta Kesalahan Pilihanraya dgn berbelanja melebehi RM100,00 untuk DUN dan RM200,000 untuk Parlimen..Sekiranya gagal untuk berbuat demikian atau pun didapati berbelanjan melebihi had yg telah ditetapkan maka SPR berhak dan berkuasa untuk membatalkan kemenangan calon tersebut. Dgn bahasa mudahnya. Calon tersebut hilang kerusinya...YB Zulkifli Noordin calon PKR yg memenangi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Bahru telah tidak mengemukakan penyata perbelanjaannya untuk PRU tahun 2004 yg lalu dan calon umno Abd Aziz Sheikh Fadzir mempunyai bukti kukuh untuk menyokong pertuduhannya telah mengemukakan petisen di Mahkamah Tinggi untuk memohon supaya kemenangan Zul Noordin dibatalkan dan tidak sah..Demi memulihkan sahabat2 semua Aziz Sheikh Fadzir inilah yg terkenal mengenai insiden hendak membakar Dewan Perhimpunan Cina Selangor kira2 10 tahun yg lalu...Difahamkan Zul Noordin panik dan menggelabah telah bertindak kurang cerdik dgn memalsukan beberapa dokumen sbg bahan bukti kononnya beliau telah pun mengemukakan penyata akaun perbelanjaannya untuk PRU 2004 kpd SPR. Kegiatan dan perlakuan beliau ini telah dikesan oleh pihak tertentu dan kini ianya menjadikan nkedudukan Zul Noordin lebih rumit lagi kerana beliau telah melakukan kesalahan jenayah dgn memalsukan beberapa dokumen sbg dokumen sah. Ini membolehkan beliau merengkok dlm penjara. Kesempatan inilah telah diambil oleh pemimpin tertinggi umno/bn untuk dijadikan modal "bargaining chip"... beliau telah diminta berjumpa dgn PM dan akhirnya petisen dari pihak umno telah ditarik balik. Tetapi dgn bersyarat..Bila Zul Noordin tidak perlu menjadi penghuni penjara dan terus boleh memegang jawatan Ahli Parlimen beliau dikehendaki memainkan peranan untuk mengembalikan Kedah ke tangan umno/bn. ..PENDEK KATA YB ZULKIFLI NOORDIN ADALAH KUDA TROJAN UMNO DALAM PAKATAN RAKYAT.....Zul Noordi dikatakan bersetuju dan PM telah pun mengarahkan Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisen pilihanraya dlm keadaan protes kerana beliau begitu yakin yg beliau akan menang dlm perbicaraan nanti.. Tetapi beliau tetap akur dgn arahan tersebut...Maka selamatlah Zul Noordin dan mulai dari saat itulah beliau dikatakan berkhidmat untuk umno dan bukan PKR/Pakatan Rakyat.... Sudah nampak tak rentetan perjalanan hidup politik Zulkifli Noordin?.. Bila Kedah jatuh ketangan umno/bn maka beliau telah menjalakan tugas yg dipertanggongjawabkan maka bolehlah beliau masuk umno...Inilah akibatnya bila penipuan direka cipta untuk menimbus penipuan yg lain. ..Inilah yg dilakukan oleh Zul Noordin. . Hanya kesilapan beliau memalsukan dokumen tersebut yg membolehkan beliau menjadi penghuni penjara sdenagkan jika tidak beliau hanya kehilangan kerusi sbg Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru. Pemalsuan dokumen adalah kesalahan jenayah yg cukup serius ..Tempatnya adalah PENJARA..UMNO nampaknya dari dulu, kini dan selamanya amat berahi dan gemar pada pemimpin politik yg ada melakukan jenayah demi mudah dipergunakan dan dijadikan kuda tunggangan..kesalahan Zul telah digunakan dgn licik sekali oleh umno.. Kini Zul Noordin adalah kuda trojan tunggangan umno untuk merampas kembali Kedah dari PAS/Pakatan Rakyat......


kadang2 kita x tahu yang alam lebih taat dari kita, manusia..ego manusia terlalu tinggi sehingga mereka merasakan yang dunia ini untuk selama-lamanya…alpa.tapi harus diingat dunia x selalunya indah..renung2kanlah…

Ya, Allah…
Kau teguhkan iman ku
Seteguh gunung itu…
Kau lapangkanlah Islam ku
Selapang langit biru…
Kau lembutkanlah ihsan ku
Selembut bayu lalu…

salam
15/05/10-

nota/ rujukan :

Seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana keajaiban yg ditemuinya dlm penyelidikannya dimana beliau mendapati bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam
otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang...




SALAM MUHIBBAH DAN SALAM PERPADUAN SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN...AKHIRNYA SETELAH DIBANTAH DAN DIGERTAK,PROGRAM ANJURAN GERTAK "MELAYU BANGKIT" DIBATALKAN...MUHAHAHAHAHAHA.. BARU SIKIT KENA GERTAK DAH KECUT!!.. JGN NAK MAIN POLITIK PERKAUMAN SEMPIT WAHAI SAHABAT KU Satu Islam@HAJI RAZALI IDRIS..KITA SEKARANG SEDANG HIDUP DIALAF BARU.. POLITIK MENIUP SENTINMEN PERKAUMAN SEMPIT YG JIJIK SUDAH KETINGGALAN ZAMAN..LAUNGAN "HIDUP MELAYU" SAMBIL MENGHUNUS, MENCIUM DAN MELAMBAI2KAN KERIS SUDAH BERADA DIMUZIUM SEJARAH...BUKA MINDA, BUKA HATI WEH!!!....

KUALA TERENGGANU, 12 Mei: Dua hari selepas didedahkan oleh PAS, Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) menangguhkan program anjuran mereka "Melayu Bangkit" yang dijadualkan berjalan pada 13 Mei esok di Stadium Tertutup Kuala Terengganu.
Pengumuman pembatalan program ini dibuat oleh Pengerusi Institut Intergriti Malaysia (IIM) cawangan Terengganu yang menjadi penganjur bersama program ini.
Baner yang dinaikkan untuk program itu juga telah diturunkan sejak pagi tadi. Ia telah digantikan dengan banner lain. (gambar)
Ekoran itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyambut baik keputusan ini dan memberikan peringatan agar program sebegini jangan lagi diulangi.
Bagi Mustafa, motif penganjuran program sempena meraikan ulang tahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 merupakan isyarat yang salah bagi rakyat.
"Penangguhan program bermotif perkauman itu terbukti membawa isyarat (yang) salah pada rakyat Malaysia, baik orang-orang Melayu sendiri atau Cina, India dan sebagainya," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.
Dengan penangguhan program itu, menurut beliau, sepatutnya memberi pengajaran sendiri kepada Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris serta mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti tersebut.
Dalam pada itu, beliau, mewakili PAS Pusat turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Institut Integriti Nasional (IIM), Datuk Dr. Mohd Tab Sallleh kerana berani menyuarakan rasa kesal dan sedih atas niat penganjuran program tersebut yang membabitkan IIM Terengganu.
Beliau juga mengajak rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu supaya menolak politik perkauman sempit yang dicetuskan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti-parti tertentu di tanah air.Banner-banner yang dinaikkan untuk program juga telah diturunkan dan digantikan dengan banner lain.
Pada 11 Mei, PAS melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah mengadakan sidang media khas bagi membantah cadangan perhimpunan yang sangat sensitif ini.
Ekoran tu, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek turut mengadakan sidang media membantah program ini dan mendesak rakan-rakannya dalam BN agar jangan terlibat dengan program ini.
MIC melalui Setiausaha Agungnya juga membantah program yang akan disertai Tun Dr Mahathir Mohamad ini.
Ekoran itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid menyelar PAS kerana cuba mengaitkan Gertak dengan Umno.
Pengerusi Gertak, Razali Idris adalah Naib Ketua Umno Bahagian Marang. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau telah bertanding atas tiket BN melawan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dun Rhu Rendang.
Di Kuala Lumpur, Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal sekiranya IIM Terengganu terlibat dengan program perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu.
Ini kerana, IIM Cawangan Terengganu adalah penganjur bersama program ini di samping Gertak.
"Kalau betul program ini akan diadakan dan IIM terlibat, kami sedihlah," katanya selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berhubung penglibatan IIM Terengganu dengan program itu di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.
Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad.


NASIB BAIK WUJUDNYA PAS DLM NEGARA KITA.. NAK HARAPKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, PERKASA, PEKIDA, PPIM DAN MAGARAN JANGAN HARAPLAH...JADI TERSERLAH SIAPA YG MAIN POLITIK PERKAUMAN SEMPIT DAN SIAPA YG MAIN POLITIK AMAN, DEMOKRASI, ADIL DAN BERSIH.....



Salam muhibbah dansalam persaudaraan sahabat- sahabat yg dikasihi dan dimuliakan.....berita yg amat menyedihkan...mengapa tidak mau berjiwa besar?.. adakah ular menyusur akar akah hilang bisanya?.. mengapa begitu tinggi sekali ego kamu ?.. mengapa tidak mau menjernihkan kekeruhan yg kini terbit dari perbuataan anak buah anda sendiri.. jatuhkah mertabat anda?.....

Isu Aminul: IGP, CPO Selangor enggan mohon maaf... PUTRAJAYA, 12 Mei — Ketua Polis Negara Tan Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menolak permintaan keluarga Aminulrasyid Amzah agar kedua-dua mereka meminta maaf kerana melabelkan remaja berkenaan sebagai “penjenayah”.
Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Musa enggan memohon maaf kepada keluarga berkenaan atas alasan “jika berbuat demikian ia akan membawa implikasi perundangan.”
“Saya tidak akan menjawab, berbuat demikian akan membawa implikasi perundangan,” kata Musa pada sidang media di sini.
Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider mempertahankan bahawa remaja berkenaan merupakan “penjenayah yang disyaki” apabila polis mengejar kenderaan dipandu Aminulrasyid kira-kira enam kilometer.
Khalid memberitahu anggotanya mengejar kereta tersebut hanya kerana mereka disyaki sebagai “penjenayah disyaki.”
“Adakah salah untuk mengatakan dia sebagai penjenayah disyaki?” kata beliau ketika dihubungi.
Bagaimanapun Khalid menafikan polis melabelkan Aminulrasyid sebagai “seorang perompak” dan istilah yang digunakan hanyalah “penjenayah disyaki.”
“Kami tidak pernah mengatakan dia perompak. Pegawai-pegawai saya mengatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana kedua-dua remaja lelaki itu adalah perompak yang disyaki.
“Itu sebabnya mereka mengejar mereka dengan cara begitu. Sebenarnya, mereka tidak mengatakan mereka sebagai perompak yang disyaki.... yang digunakan penjenayah disyaki,” jelas beliau.
Semalam keluarga Aminulrasyid menuntut pihak berkuasa khususnya polis agar memohon maaf berhubung insiden menimpa pelajar berkenaan.
Bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan berkata keluarga itu mahukan permohonan maaf secara langsung daripada Musa, Khalid atau Kementerian Dalam Negeri yang telah mencemari nama pelajar berkenaan.
Malah tegas Kamarudin, keluarganya juga mahu pihak polis menarik balik kenyataan bahawa adanya parang dalam kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid pada hari kejadian.
Kelmarin, Koperal Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 April antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11.
Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.


Siapa MP dan ADUN PKR yang Zul Noordin maksudkan?
http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com/

Semalam saya dihubungi oleh seorang teman sekolah lama yang mahukan kepastian apakah ada kemungkinan akan berlaku lagi tragedi rampasan kuasa tidak bermaruah seperti mana yang berlaku di Perak tahun lalu.

Teman itu meminta saya membaca berita di The Malaysian Insider bertajuk 'Second ‘Perak’ on the cards, warns Zul Noordin' yang ditulis oleh Clara Chooi berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang ditalak tiga oleh PKR kerana keangkuhannya sendiri.

Zul Noordin dalam kenyataannya memberitahu ada dua Ahli Parlimen dan seorang Adun dari PKR akan bertindak meninggalkan parti kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan DS Anwar Ibrahim, alasan yang tidak berubah-ubah sejak bermulanya episod wakil rakyat melompat keluar.

Pada mulanya saya rasa teruja dengan berita itu, tapi bila direnung-renung dan ditilik-tilik, mana mungkin amaran tidak berasas itu menjadi realiti apabila wakil rakyat yang tidak dinamakan itu adalah dua orang MP dan hanya seorang Adun sahaja.

Bodohnya peguam yang berpaksikan agama dan bangsa itu membuat congakan asas matematik dalam politik. Pada masa sekarang Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi dan BN hanya memiliki 15 kerusi termasuk dua kerusi Bebas di DUN Kedah, manakala Kota Siputeh masih kekal tidak bertuan kerana ketakutan BN yang teramat sangat terhadap pilihan raya kecil di Kedah.

Kalau pun masin mulut Zul Noordin, berlaku apa yang dikatakannya, kerajaan PR Kedah masih utuh dan tragedi Perak tidak akan berulang di negeri jelapang padi ini. PR masih kekal menguasai kerajaan negeri kerana mempunyai 19 kerusi berbanding BN hanya 16 kerusi termasuk Bebas.

Pada ketika ini Adun PKR hanya ada 3 orang sahaja, Adun Bukit Selambau, S. Manikumar, Adun Sidam, Tan Show Kang dan Adun Kulim, Lim Soo Nee. Ketiga-tiganya menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Apakah salah seorang dari mereka akan mengikut jejak bodoh dan senget Adun Lunas dan Adun Bakar Arang yang meninggalkan PR hanya kerana ingin mendapat sedikit habuan yang hanya boleh dijadikan modal permulaan membuka sebuah restoren di KL?

Dua lagi MP, kemungkinan gandingan MP Padang Serai dan MP Sungai Petani @ MP Padang Serai dan MP Kuala Kedah @ MP Sungai Petani dan MP Kuala Kedah tidak akan menjejaskan penguasaan PR dalam DUN Kedah.

Persoalannya siapakah dua orang MP dan seorang Adun PKR yang Zul Noordin maksudkan dalam kenyataan bodohnya itu?

Saya cuba menghubungi salah seorang dari Adun untuk penjelasan dan kesudahannya kami mencapai satu keputusan untuk diaturkan satu ceramah penjelasan isu lompat melompat pada 19/5/2010 di Bedong.

Ketiga-tiga Adun PKR dan ketiga-tiga MP PKR akan dijemput untuk memberikan penjelasan dan Zul Noordin juga akan dijemput untuk mendedahkan siapakah Adun dan MP PKR yang dikatakan akan melompat dari Pakatan Rakyat.

Mohd Firdaus Jaafar,
Ahli Parlimen Jerai.



Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat-sahabat ku yg dikasihi dan dimuliakan,...Seorang Pegawai kanan polis bepangkat Assisten Supritenden Polis dari Unit Udara PDRM telah ditahan kerana mengacukan pistol secara biadap dgn tujuan memberikan ketakutan disebuah hotel di Puchong kira-kira 4 hari yg lalu. Pegawai polis itu mengacukan pistolnya yg terselit dipinggang apabila diminta menunjukkan kad penganalan diri bagi tujuan pendaftaran oleh salah seorang kaki tangan hotel tersebut. Lantas kakitangan itu menghubungi polis dibalai polis yg berhampiran dan pegawai polis itu terus ditangkap. Insiden berlaku kira-kira jam 8.30 mlm 12/05/10 hari Rabu ketika pegawai polis berkenaan dtg untuk bermalam dihotel bersama-sama dgn temannya.. Ketua Polis Selangor sendiri mengesahkan penangkapan tersebut dan suspek didapati positif dadah...... PERSOALANNYA....
1)..SYABAS PDRM...INI BARU KELIHATAN YG TIADA SESIAPA PUN MENGATASI UNDANG-UNDANG...
2)..PDRM DILIHAT MENGIKUTI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG APABILA MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG..
3).. MANA PERGI WARGA MALAYSIA TERUTAMANYA PEMUDA UMNO,PERKASA DAN PEKIDA.. TIDAKAH KAMU SEPATUTNYA MENUNJUKKAN KEMARAHAN KERANA SEORANG PEGAWAI POLIS TELAH DITANGKAP HASIL LAPORAN SEORANG KAKITANGAN HOTEL SAJA....
4)..MOHON PANDANGAN SAHABAT-SAHABAT DLM ISU INI YG BOLEH KITA KONGSINGKAN BERSAMA DEMI KEBAIKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA....
5).. RAKYAT MENYOKONG INSTITUSI POLIS DIRAJA MALAYSIA TETAPI TENTANG HABIS-HABISAN SEGELINTIR PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YG BERLAGAK DAN BERPERANGAI SPT POLIS RAJA DIMALAYSIA....


Wajah-wajah pemimpinku yang 'BUDIMAN,BISTARI,BERSIH,BERAKHLAK DAN BERANI......doaku semoga disihatkan tubuh badan mereka dan dilanjtkan usia.. kami warga yg dahagakan keadilan,kebebasan, kemakmuran dan kesejahteraan akan tetap bersama mu...TAKBIR!!!!... ALLAHHUAKHBAR...........


Polis siasat pegawai kanan tunjuk senjata kepada pekerja hotel

SHAH ALAM - Polis masih menjalankan siasatan terhadap seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan yang dikatakan menunjukkan senjata kepada pekerja di sebuah hotel di Puchong Rabu lalu sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan polis tidak akan menyembunyikan apa sahaja fakta dan siasatan akan dijalankan secara telus kerana perkara itu serius.

“Kita memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan pegawai polis sebab itu kita telah menahannya pada hari kejadian sejurus menerima laporan daripada pekerja hotel yang bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

“Setakat ini, kita tidak menggantung tugasnya, bagaimanapun kita merampas senjata berkenaan untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, pegawai itu dikatakan datang ke hotel berkenaan bersama seorang rakan dipercayai untuk menempah bilik.

Namun ketika diminta menyerahkan kad pengenalan diri, dia dikatakan naik angin sebelum mengangkat bajunya dan menunjukkan senjata kepada petugas di kaunter pendaftaran hotel itu.

Difahamkan, bimbang sesuatu perkara buruk terjadi, petugas kaunter menghubungi polis sebelum unit peronda datang beberapa minit kemudian.

Namun sekali lagi kekecohan berlaku apabila pegawai polis berkenaan berang sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Khalid berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan, menunjukkan beliau positif menggunakan dadah dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 506 kanun Keseksaan dan di bawah Akta Penagihan Dadah 1983.

“Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika beliau didapati bersalah,” katanya.



SALAM HORMAT DAN SALAM PEGANG JANJI SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN SEMUA,...Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.
Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.
Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.
“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.....lebih teruk lagi.. hari ini Najib ckp beliau sedang memikirkan untuk tidak meneruskan janji2nya....aduh!!!!.. kenapa dong!!... sudah janji mesti dilunaskan.....kerbau dipegang pada talinya.. manusia pada janjinya.. kalau tidak org akan ckp kita lebih teruk dari kerbau.......

APA PANDANGAN DAN KOMEN SAHABAT-SAHABAT SEMUA....





Assalamualaikum kepada sahabt2 FB ,moga anda semua dalam keadaan sejahtrera.. Mungkinkah apabila PM menyebut "Dunia Islam perlu wujudkan model ekonomi negara Islam"..... Adakah Lesen Judi Bola yang telah diluluskan itu juga salah-satu ciri utk mewujudkan model baru yang telah Beliau ucapkan ....????

Wujudkan model baru ekonomi negara Islam - Najib
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mencadangkan negara-negara Islam mewujudkan model baru ekonomi yang
dibangunkan untuk memenuhi kehendak khusus dunia Islam.
Beliau mencadangkan model itu diperkukuhkan dengan kerangka kerja
yang mengikut teorinya bukan sahaja inklusif dan progresif, malah
praktikal terutama yang membabitkan formula dasar dan pelaksanaannya.
"Selari dengan konsep 'Gearan untuk Kemunculan Semula Ekonomi'
sebagai tema Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) keenam, saya mencadangkan
supaya kita merancang sebuah ekosistem yang menyeluruh.
"Kita perlu berfikiran baharu dan bergerak melepasi kerangka kerja
konvensional. Ia mungkin memerlukan model baru ekonomi untuk rantau
ini, jika perlu, yang disediakan untuk memenuhi keperluan khusus dunia
Islam," katanya pada ucaptama perasmian forum itu di sini semalam.


Pemuda Pas kalau berani cabarlah pimpinan mereka di Selangor,
Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menarik semula lesen premis judi yang
berada di negeri-negeri ini. Sungguhpun semua lesen
judi diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, namun lesen membuka premis
perniagaan termasuk judi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh
kerana PBT di kelima-lima negeri ini di bawah Pakatan Rakyat maka kita
cabar mereka menarik semua lesen kelulusan berniaga bagi premis judi
ini.Jom kita tenguk negeri ini bersih dari kegiatan judi, jangan hanya pandai bau taik di jubur orang saja , taik di jubur sendiri bau busuk tak pula disedari.Menteng menteng Nuar suka bau taik jangan lah nak hidu taik orang lain saja. hidu lah taik sendiri juga.





GEJALA MURTAD ; IMPLIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM DAN MASYARAKAT MUSLIM DI MALAYSIA

BAB 1: MURTAD MENURUT PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

1.1 Pendahuluan


Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif kepada masyarakat muslim khasnya di Negara ini. Orang-orang Islam yang murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap agama dan umat Islam. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar orang-orang Islam yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes-kes yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, gejala ini sememangnya adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian.

Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan asasi secara jelas memberi isyarat bahawa kedudukan Islam dan masyarakat muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang yang ada, meskipun tindakan mereka itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat muslim. Gejala ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa kepada berbagai implikasi negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian masyarakat muslim di Malaysia.


1.2 Pengertian Murtad

Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah.

Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576).

Seksyen 23 (1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Negeri Kelantan mentakrifkan irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan akidah agama islam; Dengan syarat perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan.

Seksyen 23 (2) pula menyatakan; Perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan yang menjejaskan akidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang dianggapkan mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.


1.3 Dalil-dalil larangan Murtad

Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.

Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :

Dan firmannya;

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106) :


1.4 Perkara-perkara yang boleh menyebabkan Murtad

Secara umumnya, murtad boleh berlaku melalui amalan hati (iktikad), perkataan dan perbuatan. Menurut ulama, seseorang itu boleh menjadi murtad atau terkeluar daripada Islam dengan salah satu daripada tiga perkara, iaitu;

Pertama: Mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengengkari kewajipan zakat, puasa,haji, minum arak, makan riba dan sebagainya. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkara tersebut adalah sama dari segi pengetahuannya di antara golongan ulama dan orang awam. (Mustafa al-Khin. 1996 : 466)

Manakala mengingkari hukum yang tidak diijmakkan padanya, atau hukum yang diijmakkan padanya tetapi tersembunyi pengetahuannya daripada kebanyakan manusia, maka keengkarannya terhadap perkara tersebut tidak menyebabkan seseorang itu menjadi kufur, seperti mengengkari pensyariatan solat duha, mengingkari haramnya berkahwin dengan perempuan yang diceraikan sebelum tamat tempoh eddahnya dan lain-lain lagi (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).


Kedua : Melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan khusus bagi orang-orang kafir seperti sujud kepada berhala, melakukan sesuatu yang merupakan ibadah khusus orang-orang kafir atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pegangan seorang muslim seperti melemparkan al-quran dengan sengaja ke tempat yang kotor, melemparkan kitab-kitab hadis dan tafsir. Walaubagaimanapun hukum ini tertakluk dengan syarat seseorang itu melakukannya dengan sukarela dan bukan dengan paksaan (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).

Ketiga : Mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah, mencela salah seorang Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan seperti; Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu berkata kepada orang yang menasihatinya : jikalau kamu masuk ke dalam syurga, tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).

Keempat : Murtad kerana meninggalkan sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perbuatan ini dianggap murtad apabila seseorang itu meninggalkan perintah Allah SWT dengan tujuan mengingkari dan menzahirkan penentangan terhadap perintah tersebut. Sebagai contoh : Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menjelaskan ayat :
(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ) ; menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kerana menolak al-Quran dan menentang sabda Nabi SAW maka dia adalah kafir. Ibn Masud menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum bagi sesiapa sahaja yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT samada dari golongan orang Islam, orang Yahudi dan orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak berhukum dengannya tetapi tidak mengingkarinya maka dia telah melakukan perkara yang haram dan dia tetap tergolong dalam golongan orang-orang fasik dan urusannya terserah kepada Allah SWT (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 313-314)


1.5 Kesan-kesan ke atas orang yang Murtad

Apabila seseorang muslim telah murtad, maka beberapa kesan akan timbul (Mustafa al-Khin. 1996 : 469) iaitu;

Pertama : Ditegah sepenuhnya dari menggunakan hartanya. Sehubungan itu, harta tersebut diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dan digunakan untuk memenuhi keperluannya yang daruri. Sekiranya dia kembali kepada Islam, maka tegahan tersebut tidak dilaksanakan lagi dan dikembalikan harta tersebut kepadanya. Sekiranya tidak bertaubat, harta tersebut dianggap bukan miliknya sejak permulaan tarikh murtad.

Kedua : Terputus hak pewarisan di antaranya dengan kaum kerabatnya. Sekiranya mati salah seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi SAW : Tidak mewarisi orang muslim akan orang kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim.

Ketiga : Terpisah dengan isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung. Sekiranya orang murtad itu kembali kepada Islam dalam tempoh eddah maka dia boleh bersama semula dengan isterinya tanpa akad yang baru dan tanpa rujuk. Sekiranya dia berterusan murtad sehingga tamat eddah, maka akad perkahwinan terfasakh bermula tarikh murtadnya. Sekiranya selepas itu, dia ingin kembali kepada isterinya, maka hendaklah dengan akad dan mahar yang baru.

1.6 Hukuman ke atas orang-orang yang Murtad

Hukuman ke atas orang murtad adalah merangkumi lelaki dan wanita tanpa ada perbezaan antara keduanya (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Walaubagaimanapun, menurut pandangan mazhab Hanafi wanita yang murtad tidak boleh dibunuh tetapi hendaklah dipenjarakan dan diminta bertaubat pada setiap hari. Sekiranya wanita tersebut bertaubat, maka dia dibebaskan daripada penjara. Tetapi sekiranya dia tetap ingkar maka dia akan dipenjarakan semula dan begitulah yang akan dilakukan sehinggalah dia mati (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 315). Apabila seseorang lelaki atau wanita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekufuran, maka hukum-hukum berikut adalah terlaksana ke atas mereka;

Pertama : Wajib meminta supaya bertaubat dengan segera, kerana berkemungkinan seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan kufur kerana syubhah, ataupun kerana kemarahan yang amat sangat, maka kewajipan pemerintah ketika itu ialah menasihatinya supaya bertaubat dan kembali kepada kebenaran (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Berdasarkan pandangan mazhab Syafie, hendaklah bertaubat dengan segera dan sekiranya tidak bertubat terus dibunuh (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 322). Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanafi meminta untuk bertaubat hanyalah sekadar sunat dan diberi tempoh untuk bertaubat selama tiga hari (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 320)

Kedua : Memberikan amaran kepada orang yang murtad tersebut tentang hukuman berat yang akan menimpanya sekiranya dia berterusan dalam kekufurannya itu (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).

Ketiga : Wajib dibunuh orang yang murtad itu sekiranya masih berdegil dan enggan bertaubat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW : Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia. Dalam hadis yang lain, sabda Nabi SAW : Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan dengan tiga sebab : membunuh manusia, orang yang telah berkahwin dan melakukan zina dan orang yang meninggalkan agamanya (meninggalkan jamaah) (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).


1.6.1 Syarat-syarat Pelaksanaan Hukuman ke atas Orang yang Murtad

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa orang yang murtad wajib dihukum bunuh dengan segera. Tetapi hukuman murtad tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan syarat-syarat berikut ;

Pertama : Baligh dan berakal, maka kanak-kanak dan orang gila tidak dianggap murtad kerana mereka tidak dipertanggungjawabkan (tiada taklif). Walaubagaimanapun, hendaklah bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan pengajaran kepadanya dan memintanya bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469)

Kedua : Meminta orang yang murtad itu bertaubat. Tidak boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya sebelum diminta bertaubat, tetapi hendaklah dibunuh dengan segera sekiranya tidak mahu bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469).

Ketiga : Sabit perbuatan murtad tersebut samada dengan ikrarnya atau dengan kesaksian (Mustafa al-Khin. 1996 : 469). Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa kesaksian mestilah dialkukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil (Abdul Karim Zaidan 1994 : 324).

1.6.2 Kesan Hukuman Bunuh ke atas orang yang Murtad

Terdapat beberapa kesan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad (Mustafa al-Khin. 1996 : 470) iaitu:

Haram memandikannya, mengkafankannya dan menyembahyangkannya kerana dia telah terkeluar daripada Islam.


Kedua : Haram dikebumikan di perkuburan orang Islam. Mayatnya hendaklah ditanam di satu tempat lain yang jauh dari perkuburan orang Islam.

Ketiga : Tidak boleh mewarisi harta peninggalannya.


1.7 Rumusan

Berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan,dapatlah difahami bahawa para ulama Islam telah bersepakat bahawa murtad merupakan antara kesalahan yang besar di dalam Islam. Ini bermakna, orang-orang yang murtad boleh dikenakan hukuman menurut undang-undang Islam. Ulama juga bersepakat bahawa murtad boleh berlaku sama ada melalui amalan hati (iktikad), perkataan atau perbuatan. Meskipun begitu,dalam konteks undang-undang takrif bagi kesalahan murtad hanya merangkumi perkataan dan perbuatan sahaja. Hal ini adalah kerana undang-undang tidak mungkin dapat membuktikan iktikad atau amalan hati seseorang yang sifatnya tersembunyi di dalam diri. Namun kedudukan ini sama sekali tidak menafikan hukum murtad yang tetap meliputi orang-orang yang berpegang dengan iktikad yang salah di sisi agama Islam.

Dalam menentukan bentuk hukuman kepada orang-orang yang murtad, para ulama telah berselisih pendapat mengenai pelaksanaan hukuman bunuh ke atas golongan wanita, adakah mereka turut dikenakan hukuman sepertimana yang dikenakan ke atas golongan lelaki. Tidak begitu jelas apakah sebenarnya perkara yang menjadi asas kepada perbezaan pendapat ulama dalam hal ini. Namun secara prinsipnya, ulama telah bersepakat bahawa orang-orang yang murtad sama ada lelaki atau wanita akan tetap dihukum setelah syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi. Apabila seseorang itu telah didapati murtad, maka beberapa kesan akan berlaku ke atasnya seperti terputusnya ikatan perkahwinan, hilang hak mempusakai dan sebagainya.

Demikianlah beberapa penjelasan mengenai kedudukan dan hukum Islam ke atas orang-orang yang murtad atau keluar daripada Islam.




BAB 2 : GEJALA MURTAD DAN IMPLIKASINYA TERHADAP MASYARAKAT MUSLIM

2.1 Latarbelakang


Gerakan memurtadkan orang-orang Islam di bumi Malaysia ini dikatakan telah bermula setelah kejatuhan kerajaan Melaka. Kedatangan Portugis pada 1511 di Melaka yang diketuai oleh Alfonso de Albuqurque membawa bersama para pendakwah kristian dalam misi 3G (Goal, Gospel and Glory) di bumi yang dinamakan ´Semenanjung Emas´. Ekoran itu, terbina A Famosa sebagai kota tempat berlindung bagi orang-orang Portugis. Portugis meninggalkan kesan ´kristianisasi´ ke atas alam Melayu dan dianggap berjaya menyebarkan ajaran Kristian secara halus kepada penduduk ketika itu. Di dalam kota A Famosa, iaitu sebuah binaan bercirikan Portugis itu terdapat sebuah kubur milik Ketua Paderi Kristian di Melaka. (http://www.amos.yadim/. com.my/Sosial/ )

2.2 Keseriusan gejala murtad

Gejala murtad di Malaysia dikatakan menjadi semakin serius. Menurut Peguam Zulkifli Nordin, murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi suatu ancaman yang perlu diberi perhatian. Berdasarkan Indeks Pencemaran Akidah yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik dan Perangkaan pada tahun 1989 sahaja, seramai 4776 orang Melayu memohon untuk menukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Kes Aisyah Bukhari bukanlah kes pertama yang murtad di Malaysia, bahkan sebelumnya beratus kes dikatakan timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, 40 fail murtad pernah dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin (www.harakahdaily.net) 30 Mei 2007.
Berdasarkan laporan oleh Malaysiakini.com yang bertarikh 25 Mei 2005, seramai 50 000 orang remaja Melayu sedang memohon untuk murtad di Lembah Kelang sahaja.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dilaporkan berkata, terdapat lebih kurang 3 000 orang Islam memohon untuk keluar Islam di Wilayah Persekutuan sahaja, dan pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa kerana ketiadaan undang-undang yang menyekatnya. (Utusan Malaysia, Julai 1997)
Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria dilaporkan berkata, terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Melayu Islam yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian. Manakala 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan untuk murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.
Beliau juga dilaporkan menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak membenarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian (www.harakahdaily.net)

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, menjelaskan bahawa berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu mendapati gejala murtad di kalangan orang Melayu kini berada di tahap yang membimbangkan.
Menurut beliau, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan. Menurutnya;
“Walaupun kebanyakan orang yang murtad ini daripada saudara baru.. masuk agama Islam dan kemudian kembali ke agama asal, ada juga orang Melayu yang mula (memilih untuk murtad).
“Saya tak kata sedikit (jumlahnya), tetapi ia membimbangkan,” katanya yang tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad,” katanya. (Harian Metro, 28 Julai 2008)


2.2.1 Kes-kes Murtad

Terdapat beberapa kes yang berkaitan murtad di Malaysia antaranya;

a) Kes Natrah

Kes ini berlaku dalam tahun 1950. Natrah telah dipelihara oleh ibu angkatnya, Che Aminah sejak dari kecil lagi. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam dan tinggal di Kemaman, Terengganu sehingga berusia 13 tahun. Bapa Natrah telah membuat perancangan sehingga Che Aminah terpaksa pergi ke mahkamah Singapura. Setibanya di Singapura, Che Aminah diperintahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan Natrah kepada Konsul Jeneral Belanda. Bagaimanapun masyarakat Islam menentang keras. Akhirnya Natrah diserahkan kembali kepada Che Aminah. Kerana takut peristiwa ini berulang, Natrah telah dikahwinkan ketika berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi. Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Isunya dikatakan bermulanya, sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Akhirnya mahkamah membuat keputusan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes tersebut , mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
Secara kesimpulannya bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya.
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Masyarakat orang Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati syahid dalam pertempuran dengan tentera British (http://forum.ekpkm.com/viewtopic. php?f=88&t=1003).


b) Kes Azlina Jailani @ Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan carahidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. Beliau telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

Mengikut fakta kes, selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana di dalam Kad Pengenalannya masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan dikemukakan di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, hinggalah Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi Pertubuhan bukan Kerajaan (NGOs) yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah dan bersuara, dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat.

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah tetapi memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGOs non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Ini adalah kali pertamanya dalam sejarah Malaysia, dikatakan penghujahan yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam. (www.peguampembelaislam.com)


c) Kes Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi daripada laman web, http://blog.limkitsiang.com/ dan Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.

Pada 23 Jun 2006, suatu permohonan untuk keluar daripada agama Islam oleh Siti Fatimah Binti Ab Karim telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka (Kes Mal Bil. 04200-043-
0005 Tahun 2006). Permohonan tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Tuan Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka dengan kehadiran
pemohon dan wakil Majlis Agama Islam Melaka.

Berikutan daripada permohonan tersebut, Mahkamah pada 8 Januari 2007 telah memerintahkan seperti berikut:

(i) Pemohon (Siti Fatimah Binti Abd Karim) K/P: 780615-04- 5118 ditahan di Pusat Bimbingan Islam yang di bawah seliaan Majlis Agama Islam Melaka selama 100 hari/ Pusat Pemurnian Akidah, Jabatan Agama Islam Selangor, Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Hulu Selangor. Pemohon dibolehkan membawa anak Pemohon sekali selama pemohon berada di sana.

(ii) Pemohon tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapapun melainkan kedua ibubapa Pemohon dan Pegawai Jabatan Agama Islam Melaka.

(iii) Majlis Agama Islam Melaka boleh menggunakan apa sahaja cara demi menyelamatkan aqidah pihak Pemohon ini. MAIM juga perlu memantau keadaan pesalah ini semasa berada di sana.

Berdasarkan perintah tersebut, Siti Fatimah binti Ab. Karim telah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Majlis Agama Islam Selangor. Walaubagaimanapun, beliau tidak menunjukkan perkembangan positif dalam pemulihannya. Oleh itu, pada 2 April 2007, Mahkamah Tinggi Syariah Melaka telah melanjutkan tempoh pemulihannya selama 80 hari lagi.

Puan Zaleha binti Mohamad Ali, ibu kepada Siti Fatimah telah memfailkan permohonan mendapatkan hak penjagaan sementara di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan permohonan tersebut telah didengar pada 6 Mac 2007 di hadapan Yang Amat Arif, Datuk Mahamad Bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Mahkamah telah membenarkan permohonan tersebut dengan membuat perintah antara lain seperti berikut:

(i) Ibu kepada Siti Fatimah (Pemohon) diberikan Hak Jagaan Sementara ke atas bayi tersebut (anak Siti Fatimah).

(ii) Siti Fatimah (Responden) atau wakilnya diperintah untuk menyerahkan anaknya kepada ibunya (Zaleha).

(iii) Ibu kepada Siti Fatimah dibenarkan menguruskan urusan pendaftaran sijil kelahiran dan bertindak sebagai penjaga kepada anak tersebut sehingga Perintah Kekal Hak Jagaan dikeluarkan.

Perintah Mahkamah tersebut berkuatkuasa mulai 6 Mac 2007 sehingga 6 April 2007 atau sehingga Tuntutan Hadhanah dibuat di Mahkamah tersebut. Dalam melaksanakan perintah tersebut, Puan Zaleha bersama-sama peguam beliau dan pihak polis daripada Balai Polis Daerah Melaka Tengah telah mengambil bayi tersebut daripada teman lelakinya.


d) Kes Nor Aishah Haji Bokhari

Nor Aishah dan Joseph Arnold Lee dikatakan bercinta dan bercadang melangsungkan perkahwinan. Namun ianya ditentang oleh bapa Nor Aishah iaitu Haji Bokhari. Kedua-duanya kemudiannya telah melarikan diri. Hj Bokhari akhirnya dapat mengembalikan Nor Aishahke pangkuan keluarganya dan ini sekaligus menyebabkan Joseph Arnold Lee cuba mengambil semua Nor Aishah agar dapat berkahwin semula dengannya.

Permohonan dibuat ke Mahkamah melalui seorang peguam iaitu Lee Min Choon. Dia adalah peguam kepada Joseph Arnold Lee. Secara tiba-tiba peguam Leonard Teoh (peguam lain) yang muncul membuat permohonan tersebut. Sepatutnya setiap permohonan melalui peguam mestilah menggunakan nama pemohon dan bukannya nama peguam.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Walhal Lee Min Choon & Co sepatutnya melakukan perintah tersebut ke atas nama Joseph Arnold Lee. Tetapi permohonan ini dilakukan atas nama Leonard Teoh. Dalam permohonan ini, isu perkahwinan tidak disentuh langung, sebaliknya mengatakan Nor Aishah hendak memeluk agama Kristian. Inilah pertama kali seorang bukan Islam membuat permohonan ke mahkamah menyuruh seorang bapa beragama Islam menyerahkan anaknya supaya dengan itu anaknya dapat dikristiankan. (http://forum.ekpkm.com/viewtopic. php?f=88&t=1003).


e) Kes Jamaluddin @ Yoshua bin Othman

Jamaluddin @ Yoshua bin Othma Vs Menteri Dalam Negeri (Malaysian Current Law Journal, 1988, Vol1, muka surat 448 -451) Dalam tahun 1987, seorang berbangsa Melayu bernama Jamaluddin, dia bukan sahaja murtad, tetapi berusaha menyebarkan agama Kristian kepada remaja-remaja Melayu. Enam remaja Melayu telah berjaya dimurtadkan. Apabila kes berkenaan dirujukkan kepada polis, ia dianggap sebagai kes keselamatan dalam negeri dan Jamaludin telah ditahan di bawah peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act- ISA).

Jamaluddin kemudiannya mengemukakan permohonan habeas corpus, yang antara hujahnya, pihak polis tiada hak untuk menahannya daripada mengamalkan agamanya sendiri kerana ia dijamin oleh perlembagaan berdasarkan Artikel 1 (11) Perlembagaan Persekutuan (kebebasan beragama). Akhirnya mahkamah membuat keputusan, memandangkan kebebasan untuk beragama Kristian diberi dalam Perlembagaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak boleh digunakan, dan beliau akhirnya dibebaskan. (http://forum.ekpkm.com/viewtopic. php?f=88&t=1003).


f) Kes Siti Fatimah Tan

Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39 tahun, telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Beliau memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Manakala untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah
Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang. (http://www.malaysianbar.org.my/ berita/komen_undang_undang)


2.3 Faktor-faktor berlakunya gejala Murtad

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala murtad di kalangan umat Islam (http://al-ulum.com/sinar-jun07-kurang.html) antaranya;


2.3.1 Jauh dari ajaran Islam yang sebenar

Umat Islam sendiri merasakan bahawa ajaran yang terkandung dalam Quran sebagai sumber hidup manusia adalah pelik dan tidak realistik mengikut peredaran zaman. Terdapat sebilangan umat Islam yang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar, bahkan tidak dapat membezakan antara sistem yang ada dalam Islam dan yang datang dari Barat sehingga mencampuradukkan kedua-duanya. Perkara ini mendatangkan kerosakan pada akidah umat Islam tersebut yang tidak lagi dapat membezakan antara kesahihan ajaran yang ada dalam Islam dan kebatilan kebanyakan teori yang digunapakai oleh golongan bukan Islam.

Umat Islam yang bersungguh-sungguh mempertahankan ajaran Islam dan menegakkan syiar adalah menjadi musuh kepada mereka disebabkan kepelikan ajaran yang diamalkan dalam suasana yang menuntut kepada ketamadunan dunia. Maka, berlakulah perpecahan yang mengakibatkan lahir pemuka-pemuka yang merosakkan Islam. Sungguh benar apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis yang bermaksud: Permulaan Islam itu dagang dan akan kembali dagang (di mata manusia) maka beruntunglah kepada orang-orang yang dagang.


2.3.2 Kejahilan umat Islam tentang keunggulan peraturan yang terkandung dalam agama Islam

Umat Islam tidak menyedari bahawa Islam diturunkan untuk menghapuskan penyembahan manusia terhadap manusia dalam segala bentuk manifestasinya, juga untuk mengesahkan penyembahan mereka hanyalah kepada Allah SWT. Sistem hidup yang lahir daripada agama Islam bukanlah sistem yang bersifat sejarah iaitu satu sistem yang terbatas pada satu period tertentu, ia juga bukanlah sistem yang bersifat kedaerahan yang hanya digunakan oleh sekumpulan generasi manusia tertentu, juga bukanlah sistem yang bersifat kaku danyang dipraktikkan dalam satu suasana atau keadaan tertentu, malahan ia merupakan satu sistem yang teguh dan utuh, diredhai Allah s.w.t. untuk dipraktikkan dalam seluruh kehidupan manusia di setiap tempat dan masa. Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kehidupan manusia di dunia agar berlegar di sekitar paksi yang diredhai Allah. Sistem ini juga bertujuan untuk mengekalkan kehidupan agar sentiasa dihiasi dengan nilai-nilai yang tinggi, yang dianjurkan oleh Allah s.w.t.

2.3.3 Lahir idealisme Barat yang menyesatkan dalam pemikiran umat Islam seumpama Sekularisme dan Orientalis

Faham sekular dari sudut politiknya telah mula dilaksanakan di Turki selepas penghapusan sistem Khilafah Islamiah Othmaniah pada tahun 1924. Fahaman ini seterusnya manjadi kaedah politik yang diamalkan di tanah air umat Islam. Doktrin ini jika difaham dari pentakrifannya iaitu satu doktrin yang menolak atau memisahkan agama, ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti pentadbiran awam dan lain-lain serta menganggap perkara keagamaan adalah satu tugas yang dilaksanakan oleh manusia untuk Tuhannya sahaja. Maka setiap manusia yang berpegang dengan doktrin ini yang menyokong dan mempertahankan keabsahan amalan yang tidak berkait dengan agama dipanggil manusia sekular.

Dengan ini, dapat kita lihat bahawa bahaya fahaman ini adalah merosak seterusnya menanggalkan aqidah umat Islam. Mereka yang menganut doktrin ini, secara automatik tidak mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT yang Maha Pentadbir dan Penguasa seluruh alam.

Sementara fahaman nasionalisme adalah doktrin yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, dengan meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan lain. Fahaman ini bertitik tolak dari andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Akibatnya, perkara akidah dan agama yang paling asas diabaikan demi mengejar tuntutan bangsa dan negara.


2.3.4 Penyebaran Media Massa Barat Yang Bertebaran

Kini bertebaran media masa Barat yang bertujuan merosakan Islam dengan membuat tohmahan yang maha dahsyat kepada ajaran yang murni ini. Antara majalah dan artikel yang tersebar di Barat dan juga dibeberapa buah negara umat Islam mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah pereka kepada cerita-cerita dongeng, manakal masyarakat Arab adalah golongan yang terlalu kuat seks. Oleh itu, ramai dikalangan mereka yang bertebaran diseluruh negara kerana ingin memuaskan nafsu syahwat mereka.

Islam juga dikatakan agama yang menganjurkan keganasan memandangkan di dalam perintah supaya umat Islam berjihad memerangi orang-orang kafir, selain syariat yang terkandung dalam Al-Quran dilabelkan sebagai zalim kerana padanya terdapat hukuman bunuh seumpama merejam orang yang berzina bagi yang telah berkahwin juga membunuh orang yang keluar dari agama Islam (murtad).
Hal ini sebenarnya tidak lain hanyalah untuk meragukan-ragukan seterusnya memesong fikiran umat Islam dari ajaran mereka sendiri.


2.3.5 Dakyah daripada Bukan Islam di Negara Umat Islam

Terdapat kalangan bukan Islam yang bernaung di negara umat Islam bersikap dengki dan berniat jahat terhadap agama Islam dan penganutnya. Setelah itu, mereka mula merancang beberapa strategi jahat untuk memurtadkan umat Islam daripada semua lapisan, sehingga didapati ramai penganut Islam yang keluar dari ajaran mereka.

2.3.6 Kurang Pentarbiahan dan Pendidikan Berasaskan Agama

Di antara kekuatan umat Islam terdahulu adalah hasil dari asas didikan dalam perkara agama. Generasi sahabat Rasulullah SAW, tabi’en dan salafussoleh yang melalui pendidikan dan tarbiah keimanan yang mantap sanggup menggadaikan diri mereka demi Islam. Kisah sahabat Nabi SAW yang bernama Khabbab ibnu Al-Arat, yang disiksa sehingga luruh daging-daging dari tubuhnya, Bilal bin Rabah yang dijemur ditengah panas terik dengan diletakan batu besar atas dadanya, kesemuanya adalah kerana mempertahankan aqidah dan ajaran Islam merupakan contoh tauladan dan ikutan untuk generasi sekarang dan akan datang.

Didikkan keimanan sepertimana golongan terdahulu kini kelihatan telah hilang sedikit demi sedikit dalam diri umat Islam. Akibatnya mereka mula meringan-ringankan perkara agama. Maksiat menjadi tabiat biasa untuk dilakukan disebabkan tidak adanya didikan dan tarbiah yang cukup tentang Islam. Inilah kekurangan juga kelemahan umat Islam yang menjadi punca hilang kekuatan pada diri mereka.


2.3.7 Rosaknya Akhlak Para Pemimpin dan Penguasa

Penguasa menggunakan kuasa sewenang-wenangnya terhadap masyarakat dan beranggapan bahawa golongan yang diperintah adalah hamba mereka semata-mata. Kerana itu, mereka berlaku zalim, menghukum orang-orang yang menentang mereka tanpa usul periksa dan cuba mengembalikan mereka agar akur di bawah kekuasaan mereka.

2.3.8 Ahli Agama Yang Menentang Pembaharuan

Terdapat kalangan ahli-ahli agama yang bersifat jumud lantas menentang pembaharuan kerana kejahilan mereka, selain ada pandangan yang membataskan Agama adalah semata-mata untuk ibadah dan bukannya memandu kearah pembaharuan dan mencapai kemajuan. Perkembangan teknologi yang serba canggih dianggap sebagai medan keseronokan ahli dunia semata-mata. Tanggapan sebegini sebenarnya adalah jauh daripada sifat dan tabiat yang ada pada Islam itu sendiri sebagai agama yang merangkumi keseluruhan perkara dunia dan akhirat.

2.3.9 Lahir Ulamak Jahat

Kefasadan yang ada pada ulamak yang mencari keuntungan untuk diri mereka sendiri dan sikap mengampu mereka kepada golongan pemerintah. Ulamak seperti ini bertindak mempertahankan golongan penguasa dari ditohmah oleh masyarakat dengan pengetahuan agama, walaupun pemerintah dengan jelas melakukan maksiat. Disamping ulamak pengampu ini juga menjadi orang suruhan pemerintah yang jahil dalam mengeluarkan hukum dan fatwa demi kemaslahatan mereka dan mengaut keuntungan duniawi.

2.4 Strategi memurtadkan Umat Islam

Ketua Gereja Presbiterian yang berasal dari Ghana, Dr. John Azumah (asalnya seorang Islam dan kemudian memeluk Kristian) telah membentangkan beberapa cara bagi memurtadkan umat Islam dalam satu Persidangan Antarabangsa Bagi Penganut Evangelis di California, Amerika Syarikat pada 20 Ogos 2008. Persidangan ini teah dianjurkan oleh US Presbiterian Global Fellowship. Menurutnya terdapat empat cara yang utama bagi memurtadkan umat Islam (http://www.eramuslim.com/berita/int/8821143817) iaitu:

Strategi pertama : berusaha mengetahui selok belok mengenai ajaran Islam dan masyarakat Islam. Tunjukkan minat untuk mengetahui apa yang menakutkan mereka, apa yang menggembirakan mereka dan ajaran-ajaran mereka.

Strategi kedua : Bagi menarik minat dan hati orang-orang Islam, para missionaries mesti bertindak sebagi “sinar” dan bukan sebagi lampu suluh. Saat ini ramai missionaries yang bertindak seperti lampu suluh. Mereka menyuluh terus ke dalam mata orang Islam yang akan menyebabkan mereka melindungi matanya dan mengalihkan pandangan mereka ke arah yang lain. Maksudnya jangan terus menggunakan ayat-ayat al-Kitab tetapi bertindaklah dengan menunjukkan bahawa anda menyayangi mereka dan mencintai mereka dan seterusnya mulalah dengan menggunakan ayat al-Kitab.

Strategi ketiga : Sentiasa menceritakan pengalaman peribadi bagaimana keyakinan kita terbina terhadap agama yang dianuti kepada orang muslim.

Strategi keempat : Setelah berusaha, tunggulah perubahan yang akan terjadi. Anda mempunyai keupayaan dan pengetahuan tetapi tunggulah sehingga Ruh al-Kudus datang.
Seterusnya beliau menambah, orang Kristian perlu lebih banyak berinteraksi dengan umat Islam dan sehubungan itu beliau menyarankan supaya missionaries pergi ke Negara umat Islam dan pelajarilah bahasa dan budaya mereka, jangan paksa mereka pelajari budaya dan bahasa anda.

Pada kesempatan tersebut, Setiausaha Agung European Evangelican Alliance (EEA), Gordon Showell Rogers menyeru supaya gerakan pemurtadan umat Islam seluruh Eropah diteruskan dan beliau menambah bahawa penghijrahan umat Islam ke benua Eropah adalah merupaan kesempatan yang paling utama bagi menjalankan gerakan pemurtadan ini.
Selain itu satu kajian telah mendapati bahawa terdapat beberapa strategi yang lain digunakan bagi tujuan memurtadkan umat Islam (http://www.pmium.org/v100/modules. php?name=News&file=print&sid=229) ialah :

Pertama : Berusaha memikat wanita melayu bagi tujuan perkahwinan. Bagi tujuan tersebut wanita itu perlulah terlebih dahulu murtad dari agama Islam.
Kedua : Berusaha melalaikan umat Islam dengan dadah, mat rempit, bohsia dan sebaginya.
Ketiga : Memecahbelahkan institusi masjid dan surau.
Keempat : Memecahbelahkan masyarakat Islam di antara yang berfahaman Islam fundamental, tasawwuf dan sebagainya.

Terdapat juga beberapa strategi yang digunakan oleh kumpulan memurtadkan umat Islam sepertimana yang dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Surau Garden Homes, Seremban, Azman Basra pada 14 September 2006 (www.harakahdaily.net ) iaitu:

a) Kumpulan ini menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kerana bagi mereka kelompok remaja lebih mudah didekati berbanding golongan dewasa yang lebih kuat pegangan akidahnya, kata Azman dalam satu pengumumannya di surau tersebut baru-baru ini.

b) Golongan Kristianisasi ini menawarkan ganjaran berupa wang saku kepada remaja yang mahu murtad, malah mereka juga ditawarkan khidmat seks (bagi yang lelaki akan mendapat perempuan, dan yang perempuan akan mendapat pasangan lelaki) dan telefon bimbit.


2.5 Gerakan Antarabangsa Memurtadkan Umat Islam di Malaysia
(http://www.amos.yadim.com/. my/Sosial/SosialFull.asp?offset=125&Id=436)

Berdasarkan kajian terhadap perisian ´Windows 10/40´ yang merupakan sesuatu yang amat asing bagi masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Islam, angka 10/40 yang tertera di belakang perkataan ´Windows´ itu terkandung satu rahsia yang harus dilihat secara ilmiah oleh semua umat Islam di Malaysia.

Pada peta dunia, Malaysia terletak pada garis lintang latitud dan magnitud 10 dan 40 . Majalah ´The Minaret´ yang diterbitkan oleh California Islamic Centre, Malaysia tersenarai dalam salah sebuah lokasi gerakan Kristianisasi terancang. Matlamat utama gerakan di sekitar latitud dan magnitud 10/40 itu untuk memesongkan akidah umat Islam supaya bertunjangkan ajaran Kristian dan inilah yang termaktub dalam gerakan 'Window 10/40'.

´Windows International Network´ (WIN) yang ditubuhkan pada 1999, bercadang menggerakkan 40 juta penganut Kristian untuk menyebarkan ajaran itu ke 67 buah negara. Sisters Beverly Pegues, pengarang ´WindoWatchman 1´ dan editor WindoWatchman II´ merupakan pengasas, Presiden dan CEO kepada gerakan ini. Pegangan utama Sisters Beverly Pegues dalam mentafsirkan gerakan ini berpandukan kepada Bible Genesis ayat 1:26; Rasul tertinggi yang dinyatakan kepada umat manusia bukanlah seperti yang dinyatakan umat Islam iaitu Nabi Muhmamad s.a.w sebaliknya adalah Jesus Christ (Isa Al-Masih) sebagai pembawa kebenaran.

Keinginan untuk menghapuskan Islam yang muncul sebagai agama paling dominan di dunia (penganut paling ramai) di samping agama Hindu dan Buddha menjadi teras perlaksanaan gerakan Windows 10/40. Menurut Bryant L Myers, faktor kemiskinan yang melanda di negara-negara sekitar 10/40 merupakan satu kelebihan untuk melebarkan gerakan Kristianisasi sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan.

´Windows 10/40´ menggariskan empat panduan khusus kepada semua masyarakat Kristian di dunia. Matlamat utama mereka adalah menyebarkan dakyah Kristian kepada populasi bukan Kristian (majoritinya penganut Islam) di garisan latitud dan magnitud 10/40 seperti Afrika, benua Arab dan Asia. Antara panduan yang terkandung dalam manifesto ´Windows 10/40´, masyarakat Kristian seluruh dunia harus bersembahyang dan berdoa kepada Jesus supaya penduduk di kawasan sasaran menerima ´hidayah´ dan Kristian sebagai agama. Bagi melaksanakan impian tersebut, mereka disarankan supaya mendekati masyarakat di negara-negara yang terlibat melalui pelbagai cara seperti melancong ke negara-negara ´Windows 10/40´.

Justeru, untuk memudahkan penerimaan masyarakat yang majoritinya Muslim, penganut-penganut Kristian menggunakan pendekatan bijak dalam mendekati golongan sasaran. Berselindung atas nama badan-badan kebajikan dan seterusnya menghulurkan bantuan kemanusiaan, mewujudkan rumah-rumah kebajikan adalah cara terbaik yang diberikan oleh pengasas ´Windows 10/40´. Secara tidak langsung, individu yang menerima ´bantuan´ dan terpedaya dengan helah sedemikian rupa mudah dipujuk untuk beralih pegangan sekaligus dimurtadkan.

Golongan Misionaris Kristian merencanakan ´Windows 10/40´ secara terancang dan amat halus. Strategi utama yang ditancapkan pada setiap gerakan adalah berusaha memesongkan umat Islam daripada agama Islam melalui penyebaran risalah berbahasa Melayu, melodi dan irama hiburan yang pelbagai serta membuat agama palsu sebagai perbandingan antara Islam dan Kristian. Fokus utama dalam gerakan ´Windows 10/40´ ini adalah menghancurkan kesatuan umat Islam supaya terus menjauhkan diri daripada ajaran Islam yang sebenar.


2.6 Cabaran Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) terhadap Masyarakat Muslim di Malaysia
(www.harakahdaily.net. 30 Mei 2007)

Interfaith Commission yang nama asalnya ialah Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
IFC digagaskan penubuhannya oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism - MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Pada 17 Mac 2003, satu bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam (SIS) termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam (SIS) kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini. Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IFC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam. Antara tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC ialah;

a) Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

b) Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

c) Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

d) Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

e) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

f) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

g) Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

h) Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

i) Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

j) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

k) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

l) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

m) Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


2.7 Undang-undang berkaitan Murtad

Mengenai murtad, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, Seksyen 119, ada membuat peruntukan;

(1) Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada Agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh suatu perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Suatu permohonan bagi perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara ex parte kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mahkamah terbuka oleh orang yang berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya.

(3) Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong oleh suatu afidavit yang menyatakan semua fakta yang menyokong alasan permohonan itu.

(4) Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen (2), Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah—

(a) menasihati orang itu supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati orang itu telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hendak merekodkan taubat orang itu; atau

(b) jika orang itu enggan bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah terhadap orang itu, menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90 hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara dan bimbingan bagi maksud menasihati pemohon untuk menimbang semula Agama Islam sebagai agamanya.

(5) Jika pada bila-bila masa orang yang dikehendaki menjalani sesi runding cara dan bimbingan itu telah bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.

(6) Jika Hakim berpuas hati bahawa orang yang dikemukakan di hadapannya mengikut subseksyen (5) telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, Hakim itu hendaklah merekodkan taubat orang itu.

(7) Jika setelah habis tempoh 90 hari yang disebut dalam perenggan (4)(b), orang itu masih enggan bertaubat, maka pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.

(8) Jika setelah diterima laporan yang disebut dalam subseksyen (7), Mahkamah berpendapat bahawa harapan masih ada untuk orang itu bertaubat, maka Mahkamah boleh menangguhkan pendengaran permohonan orang itu di bawah subseksyen (2) dan pada masa yang sama memerintahkan orang itu supaya menjalani sesi runding cara dan bimbingan yang selanjutnya selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun.

(9) Jika selepas perintah di bawah subseksyen (8) dibuat, orang itu bertaubat, maka subseksyen (5) dan (6) terpakai.

(10) Jika setelah habis tempoh yang diperintahkan di bawah subseksyen (8) dan orang itu masih enggan bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh membuat keputusan untuk mengisytiharkan bahawa orang itu meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya.

(11) Sebelum Mahkamah mengiytiharkan bahawa orang itu telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya, Mahkamah hendaklah membuat perintah mengenai perkara yang berikut:

(a) pembubaran perkahwinan;

(b) pembahagian harta sepencarian;

(c) hak perwalian;

(d) hak pusaka; dan

(e) hadhanah.

Manakala Seksyen 48, Enakmen Jenayah Syariah, Negeri Sembilan ada membuat peruntukan seperti berikut;

Mana-mana orang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam untuk mengelakkan dirinya dari diambil apa-apa tindakan di bawah Enakmen ini atau mana-mana Enakmen yang berkuatkuasa adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985, Negeri Kelantan, seksyen 24 (1) dan (2), ada memperuntukkan;

(1) Sesiapa yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada bertutur atau tulisan, atau melalui isyarat, atau melalui gambaran yang boleh dilihat atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelola, mengalak atau memperaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa jua cara bahawa mana-mana orang yang menganuti Agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang-orang yang menganuti Agama Islam-

(i) adalah orang kafir, atau
(ii) telah berhenti menganuti Agama Islam, atau
(iii) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau
(iv) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam Agama Islam,

adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya;

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi; -

(a) apa-apa perkara yang dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa Agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana-mana Undang-undang bertulis dan yang diberikan oleh Undang-undang yang bertulis dengan kuasa memberi atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau keputusan atau apa-apa perkara mengenai Agama Islam;

(b) apa-apa perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan yang diberi atau dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama itu, sama ada fatwa atau keputusan itu adalah secara bertulis ataupun tidak, atau jika secara bertulis, sama ada ianya disiarkan dalam Warta ataupun tidak.

(2) Sesiapa yang mentafsir secara menyeleweng mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988, juga mempunyai peruntukan yang hampir sama dengan peruntukan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985.

Manakala Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, 1995, Bahagian II, Kesalahan yang berhubung dengan aqidah, seksyen 6, memperuntukkan;

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada secara lisan atau tulisan, atau dengan isyarat, atau dengan gambaran tampak, atau dengan apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelolakan, menganjurkan atau mengaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa-apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang yang menganuti agama Islam;

(a) adalah orang kafir;
(b) telah berhenti menganuti agama Islam;
(c) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima sebagai menganuti agama Islam; atau
(d) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi-

(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi oleh undang-undang bertulis kuasa untuk memberikan atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau keputusan tentang apa-apa perkara mengenai agama Islam; atau
(b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan yang diberikan atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa agama itu, sama ada atau tidak fatwa atau keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika bertulis, sama ada atau tidak disiarkan dalam Warta.


2.8 Implikasi gejala Murtad terhadap Agama Islam dan Masyarakat Muslim

Dr. Yusof al-Qardawi dalam tulisannya “khuturah al-riddah wa muwajahah al-fitnah” telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa implikasi murtad kepada masyarakat Islam, antaranya (http://www.islamonline.net/arabic/contemporary/2002/02/article2a.shtml):

Pertama : Murtad merupakan ancaman utama kepada survival dan kewujudan agama Islam itu sendiri. Ini kerana orang yang murtad bukan sekadar dianggap keluar daripada Islam sahaja tetapi dia sebenarnya telah cuba untuk menyerang agama Islam itu.

Kedua : Murtad menghapuskan identiti masyarakat muslim. Ini kerana seorang yang murtad sebenarnya telah masuk ke dalam identiti ummah yang lain, telah menukar ketaatannya dan telah mencabut identiti Islam darinya.

Ketiga : Murtad akan menyebabkan agama Islam dianggap seperti barang mainan semata-mata, iaitu boleh masuk apabila dikehendaki dan boleh keluar pada bila-bila masa apabila dikehendakinya. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi mementingkan identiti agama seseorang atau identiti sesuatu ummah. Kesan yang lebih besar akan timbul apabila masyarakat menganggap semua agama adalah sama dari segi identitinya

Selain itu, perbuatan murtad dari agama Islam akan menyebabkan golongan muslim yang lemah imannya akan merasa syak dan ragu-ragu tentang kebenaran Islam. Senjata “al-tasykik” inilah yang sedang digunapakai oleh golongan musuh Islam untuk merosakkan identiti masyarakat muslim dan umat Islam. Ini telah dijelaskan melalui kata-kata seorang pemimpin Yahudi : “berlakonlah seolah-olah kamu beriman di pagi hari dan kemudian keluarlah dari agama tersebut (Islam) pada waktu petangnya supaya golongan muslim berkata dalam hati mereka, keluarnya mereka dari Islam adalah bukti bahawa agama Islam itu tidak sesuai, ini kerana mereka adalah golongan yang telah diturunkan kitab dari langit terlebih dahulu dari kita dan sesungguhnya mereka lebih mengetahui” (http://www.alminbar.net/ malafilmy/3okobat/2.htm).

Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, salah satu ciri khusus orang melayu seperti yang ditakrifkan dalam perlembagaan ialah beragama Islam. Peruntukan ini walaupun bukanlah menunjukkan hakikat yang sebenar, namun dari sudut yang positifnya dapat menjadi salah satu benteng daripada berleluasanya gejala murtad di kalangan orang Melayu. Justeru itu, kecenderungan orang-orang melayu untuk murtad atau meninggalkan Islam dibimbangi akan menyebabkan identiti Islam akan terhakis dan imej Islam akan dipandang negatif oleh kalangan orang bukan Islam di Negara ini.


2.9 Rumusan

Secara umumnya, gejala murtad yang berlaku di Malaysia telah menunjukkan satu trend peningkatan yang amat membimbangkan. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar umat Islam yang murtad, namun kes-kes yang dilaporkan oleh media massa, selain yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah ternyata semakin bertambah. Sehingga kini boleh dikatakan belum ada satu penyelesaian yang benar-benar konkrit bagi membendung gejala murtad ini walaupun sesetengah negeri telah memasukkan peruntukan yang khusus mengenainya di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang terdapat di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri lain.


Mahir Danial






Masih tak cukup?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan