Ahad, 23 Mei 2010

POLITIK DI MALAYSIA.....PERJUANGAN YG BERBEZA2...TAPI HARUS DIINGAT NIATLAH UNTUK ALLAH SAHAJA...KALAU TIDAK JADI S1A2 & HENDAKLAH BERLANDASKAN ISLAM

Penyokong Barisan Nasional & Penyokong Pakatan Rakyat.







'Wakil PR lompat kerana tak sanggup tipu rakyat'


Mei 23, 10 10:24pm
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.

"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.

"Sekiranya berlaku pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam masa terdekat Umno dan BN sedia menghadapinya," katanya.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Program Juara Rakyat peringkat DUN Kuala Ketil di Baling diminta mengulas desas-desus mengatakan empat ADUN Kedah dari PKR dan DAP akan melompat parti.

- Bernama

SALAM KEADILAN, KEBENARAN DAN KEBEBASAN SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN....RPK kembali muncul semalam, lebih setahun selepas berada dalam buangan kendiri. — Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin muncul di khalayak di sini semalam dengan mencabar pihak berkuasa Malaysia agar membawa segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah United Kindom (UK).
Dengan diapit dua lelaki yang berkaca mata hitam, Raja Petra Kamaruddin yang mesra dengan panggilan dengan “RPK” berkata, beliau sanggup berhadapan dengan tuduhan fitnah dan hasutan, malah rayuan terhadap pembebasan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika diberikan hak perundangan yang sama rata.
“Saya akan berhadapan dengan kerajaan dan saya akan lawan tetapi saya akan buat apa yang Sun Tzu berkata ‘lawan dia di wilayah anda’.
“Jadi wilayah saya ialah di sini di UK,” kata Raja Petra dengan menerima tepukan hadirin dianggarkan 300 orang, yang beg mereka diperiksa teliti sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan di BPP Law School di sini.
Kebanyakan daripada hadirin sanggup untuk berdiri kira-kira dua jam mendengar cerita Raja Petra.
Kemunculan semalam dilihat yang pertama selepas lebih setahun berada dalam buangan kendiri.
Pada November lalu, Raja Petra dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.
Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.
Keputusan itu dibuat selepas kesnya ditangguhkan tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Oktober.
Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web Malaysia Today pada 25 April 2008.
Ia salah satu kes dihadapi beliau.
Dalam ucapannya, Raja Petra menolak pandangan bahawa beliau harus pulang ke tanah air untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
“Pelajar tahun pertama jurusan undang-undang akan memberitahu anda bahawa ia bukan kerja pihak tertuduh untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Ia ada kerja pendakwa raya untuk membuktikan yang dia bersalah.
“Ada mahkamah UK di sini. Tidak perlu ada panggilan telefon ataupun panggilan telefon daripada isteri seseorang,” kata Raja Petra dengan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang beliau seringkali menuduh mencampuri institusi kehakiman.
Meskipun ada gesaan daripada pelbagai pihak kerajaan tidak menyahut desakan agar Raja Petra diekstradisikan untuk meneruskan tindakan perundangan di Malaysia.
Raja Petra juga menjelaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan liwat, yang Pakatan Rakyat mendakwa beliau diperangkap, berada di situasi yang berbeza.
“Anwar menerima hakikat bahawa beliau perlu kekal memandangkan beliau bercita-cita mahu menjadi perdana menteri akan datang. Saya tiada aspirasi politik,” kata beliau sambil menambah, “kemungkinan saya orang yang lebih bebas berbanding Anwar.”
Anggota kerabat diraja Selangor ini merujuk kepada beberapa kes bagi membuktikan dakwaannya bahawa bidang kehakiman di Malaysia tidak bebas.
Beliau juga mempersoalkan mengapa Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan berhubung rayuan terhadap pembebasannya dari ISA walaupun ia dibuat lebih setahun lalu.
Katanya, beliau juga cuba mendapatkan panel penuh sembilan hakim dan menjangkakan bahawa akan memperoleh tujuh tetapi berakhir dengan tiga sahaja. APA KOMEN DAN PANDANGAN SAHABAT-SAHABAT SEMUA....LONTARAN STATUS MENGAMIT PERBINCANGAN SECARA ILMIAH DAN BERTAMADUN...KITA REFORMAT MINDA KITA...

kebanyakkan copy dari fb


Salam keadilan dan ketelusan sahabat-sahabat yg dikasihi dan dimuliakan...ada berita baik tapi kurang menyakinkan........"You help me, I help you", SPRM siasat Najib......... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Ketua SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.
Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.
Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.
Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.
Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.
Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.
Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula......CUBA SAHABAT-SAHABAT MEMBUAT RAMALAN DAN ANDAIAN APAKAH KESUDAHAN HASIL SIASATAN NANTI APABILA KERTAS SIASATAN DIKEMUKAKAN KPD PEGUAM NEGARA...NFA?...NO FURTHER ACTION?...NOD.. NO OFFENCE DISCLOSED?...ATAU KIV SAJA....KEEP IN VIEW.?...ATAU APA-APA PUN LAH.....SPRM BUAT JULUNG KALINYA SEMENJAK MEEROLEHI KETUA PESURUHJAYA BARU MENJADI PEMERHATIAN DAN PENILAIAN RAKYAT TENTANG JANJI-JANJINYA SEMENJAK AMBIL ALIH KUASA...

"You help me, I help you", SPRM siasat Najib
Hazlan Zakaria
Mei 23, 10
1:45pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri, berdiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.


Aduan politik wang di pilihan raya Sibu, Hulu S'gor
Mei 23, 10 6:36pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima aduan mengenai politik wang ketika pilihan raya kecil parlimen di Sibu dan Hulu Selangor, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, SPRM akan menyiasat semua aduan itu dan apa saja yang berkaitan dengan rasuah.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku bertajuk "Reforming Political Financing in Malaysia" yang diterbitkan oleh Tranparency-International Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, semua aduan itu diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Kami akan mengambil tindakan mengenainya (aduan-aduan). Kami akan memanggil saksi untuk memberi keterangan dan sesiapa saja yang berkaitan kes dari kedua-dua pihak itu," katanya.

Bag

aimanapun, beliau berkata, sama ada terdapat kes untuk dibawa ke mahkamah, semuanya bergantung kepada keputusan Pejabat Peguam Negara.

Mengulas isu kerugian Sime Darby, Mustafar berkata, SPRM belum merekodkan keterangan daripada mana-mana pihak mengenai isu Sime Darby Bhd yang mengalami kerugian sebanyak RM964 juta.

- Bernama


Salam kebenaran sahabat-sahabat yg dikasihi dan dimuliakan..Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat ..... Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset. Keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini. Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka. Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan. Menteri Besar Kedah Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar. Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?” K atanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka. “Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya. Sehubungan itu, DS Azizan menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN sebagaimana dihebohkan kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit. DS Azizan berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan Umno yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Katanya, semua keempat-empat ADUN itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.....SATU LAGI PEMBOHONGAN DAN FITNAH YG JELAS DAN TERANGAN DARI PECACAI PICISAN YG MENGGELARKAN DIRINYA Tepak Bersulam..lebih seminggu berlalu namun ramalannya bukan saja meleset tetapi fitnah jijik lagi meloyakan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan