Ahad, 28 Mac 2010

MACAM2 ADA.......



Pengemis makan orang

Susunan MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
2010/03/14

DIHENTAK hingga mati sebelum badan dipotong kepada beberapa bahagian kecil. Itulah nasib 10 lelaki yang menjadi mangsa seorang pengemis kanibal yang memburu mereka sebagai makanan.

Semuanya gara-gara dia dikatakan terlalu lapar kerana tidak mempunyai wang untuk makan dan melihat daging manusia antara menu paling lazat untuk dinikmati.


Kes pembunuhan dan selera ‘gila’ lelaki itu dilaporkan terbongkar apabila polis daerah San Cristobal, Venezuela terjumpa cebisan daging serta tulang kaki manusia yang berulat di rumah kosong yang menjadi tempat Vargas berlindung.


Polis yang menyelongkar rumah usang itu kemudian menjumpai tiga mayat dipercayai baru dua hari dibunuh, longgokan tulang serta tengkorak manusia ditanam di kawasan rumah Vargas, selain beberapa bahagian tubuh yang dipotong dan disimpan dalam bekas kecil.


Ketika siasatan, Vargas menyatakan kebanyakan mayat mangsa yang dimakannya diberi oleh segelintir individu termasuk anggota polis, namun ada pihak menyatakan lelaki itu memerangkap sendiri semua mangsanya.

Dia menjerat lelaki yang tiada tempat tinggal dengan menawarkan tempat untuk tidur, termasuk buruh binaan, sebelum menghentak kepala mangsa dengan tiub besi.


Dalam satu temubual oleh sebuah akhbar di Brazil, Vargas menyatakan dia mula ‘terliur’ untuk merasa daging manusia pada satu hari sekitar Jun 1997, apabila dia langsung tidak berduit untuk membeli makanan.


Selepas empat hari mengalas perut dengan meminum air hujan yang ditadah, dia tidak dapat menahan selera barunya untuk menikmati daging manusia.


“Memang pada waktu itu perut terasa sangat lapar, walaupun berkali-kali saya meminum air hujan, namun saya terdengar seperti perut ini meminta supaya diisi dengan makanan.


“Jadi bila terpandang saja seorang lelaki yang kebetulan menikmati sebiji hotdog, saya terus berselera untuk menikmati dagingnya dan ia memang tidak boleh ditahan langsung, terutama apabila membayangkan lelaki itu makan makanan berkenaan,” katanya.


Vargas berkata, seleranya bertukar kerana daging manusia sudah sebati dengan pelbagai jenis makanan yang dimakan manusia.


“Manusia bukan saja memakan sayuran, sebaliknya turut memakan pelbagai jenis daging haiwan yang dikatakan enak.

Berikutan kenyataannya, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat tahap mental Vargas, dan mengejutkan apabila mereka bukan saja mendapati lelaki itu mempunyai masalah mental yang teruk, malah menemui bukti dia sebenarnya pernah ditahan di hospital jiwa.


Namun yang menjadi pertikaian panel penyiasat berkenaan, bagaimana lelaki yang pernah mendapat rawatan mental itu boleh dibebaskan oleh pihak hospital tanpa pengawasan, selain tidak memaklumkannya kepada pihak berkuasa Venezuela.


Lelaki kanibal berkenaan kini ditahan di Hospital Mental San Cristobal, Tachira, Venezuela, sekali gus terlepas daripada dikenakan hukuman mati secara mandatori walaupun semua pertuduhan yang dilakukannya dikategorikan sebagai pembunuhan kelas pertama.


Bagaimanapun, hukumannya dikuat kuasa seumur hidup, di mana Vargas tidak dibenarkan mendapat hak untuk bebas walaupun dengan bantuan guaman.

>Info
NAMA: Dorangel Vargas
USIA: 53 tahun
LAHIR: 1957 di San Cristobal, Tachira, Venezuela
PEKERJAAN: Pengemis
FAKTA KES: Didakwa atas kesalahan melakukan 10 pembunuhan. Vargas bukan saja membunuh, malah turut memakan daging semua mangsa yang dibunuhnya
STATUS KES: Ditahan pada 1999 dan dilaporkan kini dimasukkan ke wad perhatian Hospital Mental di San Cristobal berikutan dikesan mengalami masalah mental



LAGI


Isteri kedua Sultan Kelantan dihalang lagi



2010/03/14

KOTA BHARU: Isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, sekali lagi dihalang ketika cuba melawat suaminya di Istana Mahkota, Kubang Kerian, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Elia Suhana melahirkan rasa kecewa apabila tidak dibenarkan masuk dan dihalang pengawal peribadi di istana terbabit, menyebabkan mereka beredar 15 minit kemudian.


“Sebagai isteri, saya sepatutnya berada di sisinya ketika baginda sakit. Bagaimanapun, saya akan terus berdoa untuk kesihatan baginda. Saya terpaksa mendapatkan perintah mahkamah memandangkan tiada jalan lain,” katanya.


Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu mengeluarkan perintah membenarkan Elia Suhana sebagai plaintif melawat suaminya setiap Sabtu sehingga Isnin setiap minggu, namun perintah itu gagal dilaksanakan kerana halangan tiga individu yang juga responden dalam kes itu.


Selain Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dua lagi responden yang dinamakan adalah pengawal peribadi baginda, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussien Merican.



LAGI


Polis tahan pengurus kerana tahan perompak



2010/03/14

LONDON: Seorang pengurus restoran yang menahan dua remaja kerana menceroboh dan cuba mencuri barangan di setornya terkejut besar apabila beliau pula yang ditahan polis.

Bapa lima anak itu ditahan di lokap lima jam dan DNA, cap jari dan gambarnya dirakamkan polis.


Miah yang menguruskan Restoran Raj Poot di Crowborough, East Sussex, sejak 14 tahun lalu dibebaskan lima jam selepas ditahan, dengan rekod polis menunjukkan beliau memukul remaja.


“Sistem ini pelik kerana individu yang menghalang jenayah dilabel sebagai penjenayah. Hakikatnya, masyarakat bimbang dengan keganasan kumpulan remaja seperti ini tapi jika kita menentang mereka dan mempertahankan harta, kami pula menghadapi masalah.


“Polis percaya kepada mereka yang mendakwa saya menumbuk mereka sedangkan saya memiliki pelbagai saksi untuk membuktikan merekalah penjenayah.

“Negara ini kini semakin teruk. Kumpulan samseng remaja kini mengancam masyarakat tapi mereka tidak dihukum. Siapa pula yang akan mempertahankan hak saya? Jurucakap polis Sussex berkata, Miah sepatutnya tidak berbuat apa-apa.


“Tindakan mungkin menyebabkan keadaan lebih buruk,” katanya.


Seorang remaja 13 tahun kini ditahan polis. - Agensi



LAGI


Bahana setubuhi haiwan peliharaan



2010/03/15

KUWAIT: Seorang pengawal keselamatan warga Asia dirawat di hospital selepas mengalami kesakitan akibat melakukan hubungan seks dengan haiwan yang dikawalnya.

"Saya terkejut apabila melihat beliau menjerit kesakitan dan kemudian membawanya ke hospital di Farwaniya.

"Doktor kemudian mengesahkan kemaluannya bermasalah," kata pemilik ladang ternak.

Lelaki yang tidak dikenali itu mengaku melakukan perlakuan seks dengan haiwan di ladang ternak itu dan tindakannya itu mungkin menyebabkan beliau dijangkiti penyakit berbahaya.

Pemilik ladang ternak mendakwa pengawal itu menangis berterusan dan berasa amat letih.


Pembaca laman web akhbar Al Rai memberi pelbagai komen mengenai kejadian itu dan ramai yang mempersoal sama ada haiwan yang disetubuhi pengawal itu layak untuk dimakan. - Agensi



buang anak



Mayat bayi dalam beg plastik sampah

15/03/2010 11:31am

KLANG – Mayat bayi lelaki dengan dibalut kain tuala dan dimasukkan ke dalam beg plastik sampah ditemui penduduk tempatan berhampiran sebuah surau berdekatan stesen minyak di Bukit Tinggi di sini pagi tadi.

Polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi lelaki itu pada jam 7 pagi tadi.

Mayat bayi yang dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam itu diletakkan di atas rumput di hadapan surau berkenaan. – Utusan


lagi lanjutan cerita


Mayat bayi dalam plastik sampah



2010/03/16

KLANG: Menyayat hati apabila mayat bayi yang dibalut dengan tuala berwarna putih ditemui dalam beg plastik sampah hitam, dibuang di sebuah stesen minyak, berhampiran pusat beli-belah, di Bukit Tinggi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mayat bayi dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dengan keadaan tali pusatnya masih berdarah ditemui seorang pekerja stesen minyak terbabit sebelum memaklumkan kepada penyelianya.


Seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh, Kazol Izuddin, 40, berkata mayat bayi itu ditemui rakannya, warga Nepal yang bekerja shif malam ketika hendak membuang sampah sebelum menemui satu bungkusan aneh.


“Dia curiga ketika mengangkat satu plastik berwarna hitam yang diletakkan di atas rumput berhampiran surau dan cuba membukanya.


“Sebaik beg sampah itu dibuka, dia melihat mayat seorang bayi lelaki dibalut dengan kain tuala putih yang masih berdarah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Kazol yang sudah tiga tahun bekerja di pam minyak itu mendakwa kejadian pembuangan bayi di pam minyak itu adalah pertama dan menyifatkan ia amat menakutkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7 pagi dan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang dan dari Unit Forensik dikejarkan ke tempat kejadian untuk siasatan. “Mayat bayi lelaki ini berkulit cerah, bangsa tidak pasti dan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum dibuang.


“Berdasarkan keadaan tali pusat yang masih berdarah, bayi ini sudah meninggal sebelum dibuang kerana mangsa sudah dibersihkan ketika ditemui,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, pemeriksaan ke atas bayi malang ini tidak menemui sebarang kecederaan lain, manakala di tempat kejadian tiada rakaman litar tertutup (CCTV) sekali gus menyukarkan kita mengesan suspek.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya berhubung dengan balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.


Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.


lagi


Ribuan lelaki tawar jadi kekasih


SEBAHAGIAN ribuan lelaki hadir untuk menjadi kekasih Mengqian di Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, China.


CHENGDU, China - Seorang gadis yang menjadi pelajar di sebuah universiti di China, Zhang Mengqian terkejut apabila ribuan lelaki menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ribuan lelaki tersebut menunggu di perkarangan asrama pelajar wanita itu selepas dia menyatakan sedang mencari kekasih yang sesuai menerusi satu mesej pada kad sempena Hari Wanita.

Namun, respons yang diterimanya amat mengejutkan.

Ribuan lelaki bujang memenuhi kampus Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Sichuan pada

Khamis lalu selepas Mengqian mendedahkan hasratnya itu.

Kejadian itu berlaku di universiti yang mempunyai nisbah 25 orang lelaki bagi setiap wanita.

Pada mulanya, setiap pelajar wanita di universiti itu diminta menulis hasrat yang dikehendaki mereka.

Pelajar wanita itu kemudian menulis hasratnya iaitu : "Nama saya ialah Zhang Mengqian, pelajar gred satu. Saya fikir saya seorang yang menarik tetapi anehnya saya tidak mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, saya percaya kepada takdir.

"Jika anda mempunyai impian yang sama, sila datang ke bangunan asrama saya dan jeritlah nama saya antara pukul 12.30 hingga 12.50 tengah hari pada 11 Mac 2010.

"Saya akan melihat anda dari asrama. Jika anda sesuai dengan citarasa saya, saya akan turun dan berjumpa dengan anda."

Mungkin kerana terkejut melihat ribuan lelaki yang hadir, pelajar wanita itu langsung tidak keluar dari biliknya. - Agensi


lagi


Alahan bawa maut

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my
2010/03/16

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang gemar mendapatkan ubat daripada orang perseorangan atau yang dijual di kedai tepi jalan diingatkan bahawa pengambilan ubat tanpa preskripsi doktor bertauliah boleh menyebabkan alahan kronik sehingga membawa maut.

Pegawai Perubatan Am Mediviron TTDI Jaya, Dr Sharifah Abd Ghaffar, berkata setiap pesakit perlu diperiksa terlebih dulu dan sejarah perubatan termasuk alahan kepada jenis ubat perlu diambil kira bagi mengelak kesan sampingan. Beliau berkata, setiap ubat perlu diketahui jenis, kandungan bahan, kesan sampingan dan dos sesuai supaya tidak menyebabkan alahan dan jika berlaku alahan, doktor perlu tahu cara merawatnya. “Apa yang paling ditakuti doktor adalah alahan kerana jika sekadar reaksi alahan biasa tidak mengapa, tetapi jika teruk, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti paru-paru bengkak hingga membawa maut. “Orang ramai perlu berhati-hati mengambil ubat kerana setiap ubat yang dihasilkan secara sah melalui pelbagai kajian juga mampu memberikan alahan kepada sesetengah pesakit, inikan pula ubat yang dihasilkan mengikut ramuan sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau mengulas laporan Harian Metro, semalam, mengenai seorang warga emas berlagak ala profesor apabila dikesan merumus ribuan botol ubat sakit sendi dan pil rangsangan seks walaupun langsung tidak mempunyai pendidikan dalam bidang perubatan. Kegiatan ‘profesor gila’ itu cukup berbahaya kerana kebanyakan ubat dihasilkannya menggunakan resipi pelbagai campuran bahan kimia berbahaya yang boleh mengancam nyawa penghidap sakit sendi dan mati pucuk.


Hasil kegiatan haramnya, warga emas terbabit mampu memiliki rumah dan deretan kereta mewah dipercayai hasil kegiatan menjual ubat beracun berkenaan. Kegiatan lelaki berusia lewat 60-an itu terbongkar apabila sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu rumahnya di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.


Dalam operasi jam 9.30 pagi itu, pegawai penguat kuasa farmasi melakukan serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat selepas pemiliknya dikesan menjadi dalang penjualan pelbagai ubat-ubatan tradisional dan rangsangan seks. Dr Sharifah berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira apabila seseorang itu diberi ubat antaranya usia dan penyakit dihidapi pesakit terbabit kerana kebiasaannya golongan yang menghadapi masalah sendi atau mati pucuk adalah golongan berusia, jadi perhatian lebih perlu diberikan supaya keadaan mereka tidak mudarat.


LAGI



Jiwa kacau punca kekasih Elton John lompat depan lori



2010/03/16

LONDON: Elton John mendakwa, bekas pasangan gaynya membunuh diri kerana gagal mengawal perasaan apabila amalan homoseksual itu bercanggah dengan keyakinan agamanya.

Menurut penyanyi berusia 62 tahun itu, kesan kematian lelaki yang tidak didedahkan namanya itu amat menghantui hidupnya.


Lelaki terbabit, katanya, melompat ke tengah jalan supaya dilanggar lori.


John menjalin hubungan songsang itu sebelum ‘berkahwin’ dengan pengarah filem yang muda 15 tahun daripadanya, David Furnish, pada 2005.


Kata John, dia tidak menyangka langsung pasangannya itu akan membunuh diri.


“Saya amat sedih kehilangannya,” katanya.

Sementara itu, Furnish berkata, lelaki terbabit membunuh diri kerana tersepit di antara kepercayaan terhadap Kristian dan desakan naluri songsangnya.


“Dia amat terseksa sehingga memilih untuk membunuh diri,” katanya. - Agensi


LAGI


Ibu mengaku bunuh 6 bayi sendiri



2010/03/16

COUTANCES: Seorang wanita mengaku membunuh enam anaknya yang baru lahir dalam permulaan perbicaraan di barat laut Perancis, semalam.

Celine Lesage, 38, didakwa selepas pihak berkuasa menemui mayat semua anaknya itu dalam beg plastik di tingkat bawah rumahnya di Valognes pada 2007.


Selepas didesak berkali-kali oleh hakim, Celine mengakui semua bayinya itu masih hidup ketika mereka dibunuh.


Sejumlah pakar psikologi dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan itu nanti. - AP



LAGI



Diperangkap diari ghairah



2010/03/16

BEIJING: Seorang pegawai kerajaan ditahan kerana disyaki mengambil rasuah sebulan selepas catatan harian mengenai aktiviti seks, parti dan rasuah dipercayai ditulisnya, tersebar di Internet.

Han Feng, 53, didakwa mengambil RM234,300 di antara 2002 dan 2010 ketika bekerja untuk biro tembakau di wilayah Guangxi.


Akhbar China Daily melaporkan, Han ditahan Sabtu lalu berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.


Media China menggelar kes Has sebagai Diarygate.


Penahanan itu dianggap lanjutan daripada perang Parti Komunis China ke atas amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan.


Setakat ini sejumlah kes berprofil tinggi dicatatkan dalam perang berkenaan dan dilaporkan media, namun kerajaan teragak-agak melaksanakan pembaharuan sistem bagi mengatasi sepenuhnya amalan itu.

Dalam kes Han, media tempatan melaporkan, suami seorang daripada wanita simpanan pegawai kerajaan itu mengirim catatan harian mengghairahkan di Internet untuk membalas dendam.


Awal bulan ini, China Daily memetik catatan pada Disember 2007 yang menyatakan: “Kegiatan meniduri wanita ini berlangsung mengikut perancangan. Ia adalah tahun bertuah untuk memikat wanita. Saya perlu memberi perhatian kepada kesihatan kerana meniduri begitu ramai wanita.” Diari itu menceritakan pengalaman asmara seorang lelaki bersama lima rakan sekerja dan aktiviti mereka berfoya-foya dengan pegawai kerajaan, polis dan pengarah syarikat tembakau. - AP



lagi



Masih ada yang tertinggal


Jamilah Said bersama anak bongsu di hadapan rumahnya di satu kawasan setinggan di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.-UTUSAN/Aizzul A.Majid


KUALA LUMPUR 15 Mac - Setinggan adalah antara masalah asas di ibu negara. Kewujudannya disedari dan pelbagai langkah sudah diambil dari semasa ke semasa untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada masalah itu.

Antara pendekatan yang paling berkesan ialah membina banyak rumah untuk rakyat yang dinamakan Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Akhirnya, masalah itu dianggap selesai apabila hampir semua kawasan setinggan di ibu negara dikenal pasti dan penghuninya ditawarkan rumah yang lebih selesa dan tersusun.

Namun, di sebalik kejayaan menghapuskan setinggan itu, tiada siapa menyangka masih ada segelintir golongan itu yang terlepas daripada perhatian pihak berkuasa.

Lebih memilukan apabila mengetahui yang mereka sudah menghuni rumah itu sejak 43 tahun yang lalu.

Melangkah kaki ke kawasan setinggan itu pasti meruntun hati sesiapa sahaja lantaran keadaan rumah yang serba daif dan tiada kemudahan asas hatta bekalan air bersih dan elektrik.

Walaupun hanya terdapat lapan buah rumah setinggan sahaja di situ yang dibina di celah-celah kilang-kilang dan bengkel tetapi tidak sewajarnya mereka terlepas daripada mendapat bantuan kerajaan.

Penghuninya terdiri daripada ibu tunggal dan warga tua.

Bukan mereka tidak menyimpan hasrat untuk mendiami rumah yang lebih sempurna tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap dan bilangan ahli keluarga yang ramai memaksa mereka memendam sahaja hasrat tersebut.

Mereka mendakwa pernah dijanjikan rumah PPR oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetapi sehingga kini mereka masih menunggu jawapan daripada pihak berkuasa tempatan itu.

Seorang penghuni yang juga ibu tunggal, Jamilah Said, 43, berkata, dia tidak mampu mencari rumah yang lebih selesa kerana tiada pendapatan tetap dan perlu menyara tujuh orang anak.

"Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk memiliki rumah yang lebih selesa.

"Rumah yang kami duduki ini sudah cukup walaupun hanya menggunakan pelita pada waktu malam kerana tiada bekalan elektrik serta menumpang air di bengkel berhampiran untuk kegunaan harian," katanya.

Dia kini menetap di Seksyen 92A, Jalan Sungai Besi berhampiran pekan Salak Selatan.

Menurutnya, walaupun keadaan rumah papan itu semakin usang dan atapnya bocor di sana-sini tetapi anak-anaknya sudah biasa dan tidak pernah merungut.

"Saya bersyukur kerana masih mempunyai tempat berlindung.

"Kalau hujan pada waktu malam, anak-anak saya tetap boleh tidur seperti biasa walaupun basah kerana mereka sudah biasa dengan keadaan itu," katanya sambil memberitahu perabot yang ada juga adalah sumbangan orang.

Jamilah menambah, dia pernah memohon bantuan daripada Baitumal tetapi tidak diketahui statusnya permohonan itu, malah sehingga kini pihak terbabit tidak pernah menjenguk keadaan rumahnya.

Sementara itu, anaknya, Nor Halili Mazlan, 17, berkata, keadaan rumah yang tiada bekalan elektrik bukan penghalang untuknya terus belajar bersungguh-sungguh bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Setiap malam saya sentiasa bertemankan pelita untuk membuat kerja sekolah bersama-sama dua orang adik dan ini bukan penghalang untuk kami belajar bersungguh-sungguh.

"Ada waktu terluang saya akan melakukan kerja sambilan untuk membantu keluarga," ujarnya.

Seorang lagi penghuni setinggan di situ, Lee Ah Kow, 86, meminta disegerakan untuk dia memiliki rumah PPR kerana sudah tidak mampu untuk menanggung kos membaiki rumahnya itu.

"Saya berharap pihak DBKL dapat menyegerakan urusan rumah PPR yang dijanjikan kerana kami memerlukan rumah yang selesa dan dilengkapi kemudahan," ujarnya.

Dia juga berharap semua penghuni setinggan di situ ditempatkan di satu kawasan perumahan yang sama kerana selama ini mereka saling bantu-membantu.




lagi




Tak pinjam tapi ‘hutang’ RM10j

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/03/20

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa menanggung hutang lebih RM10 juta akibat diperangkap seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri yang menggunakan nama mereka sebagai pengarah lebih 100 syarikat ketika membuat pinjaman daripada institusi kewangan.

Malah, pasangan terbabit kini buntu apabila kemungkinan diisytihar muflis jika gagal melunaskan wang kononnya dipinjam mereka.


Lebih malang apabila mangsa, Zainuddin Yakkop, 31, dan isteri, Salasiah Saidon, 30, mendakwa mereka tidak pernah membuat pinjaman daripada mana-mana instutusi kewangan.


Difahamkan, pasangan terbabit hanya menyedari mengenai pinjaman itu selepas menerima notis pengisytiharan muflis yang dihantar lebih lima bank memaklumkan status mereka.


Tersentak dengan itu, Zainuddin segera berjumpa ahli perniagaan terbabit yang juga majikannya sebelum mengetahui namanya digunakan untuk urusan pinjaman bank membabitkan lebih 100 anak syarikat milik ahli perniagaan itu.


Zainuddin membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Shah Alam, dekat sini, namun pegawai polis bertugas didakwa enggan menerima aduan berkenaan.



Difahamkan, laporan polis itu hanya diterima selepas Zainuddin membawa peguam untuk menemaninya.


Menurutnya, dia bekerja sebagai kerani di syarikat milik Tan Sri itu pada 2007 sebelum ditawarkan menjadi ‘pengarah’ sebuah anak syarikat milik ahli perniagaan berkenaan.


“Namun, selepas beberapa bulan berkhidmat, saya mengetahui dia menggunakan nama saya untuk memohon pinjaman bank.


“Perbuatannya itu pun diketahui selepas menerima surat guaman daripada beberapa bank, malah ada antara bank terbabit menyatakan hasrat mendapatkan perintah perisytiharan muflis terhadap saya dan isteri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Lebih menghairankan, kata Zainuddin, walaupun isterinya bukan pekerja syarikat terbabit, namanya masih boleh digunakan Tan Sri itu ketika memohon pinjaman bank.


Dakwanya, sepanjang bekerja dengan Tan Sri terbabit, dia tidak pernah menandatangani sebarang surat permohonan pinjaman.


“Lagipun dengan gaji RM1,500 sebulan, mustahil saya membuat pinjaman mencecah jutaan ringgit. Ini pula pinjaman itu dilakukan untuk lebih 100 anak syarikat...langsung tak masuk akal.


“Apa yang menjadi persoalan sekarang, bagaimana bank boleh meluluskan pinjaman berkenaan walaupun tidak pernah berjumpa atau memiliki tandatangan saya. Jadi kemungkinan besar ada orang dalam bank terbabit yang bersubahat dengan Tan Sri,” dakwanya.


Dia berkata, selepas melakukan siasatan, pihaknya mendapati semua pinjaman itu dilakukan syarikat yang ada antaranya dia tidak tahu menahu mengenai kewujudannya.


“Jadi, bagaimana pinjaman berkenaan boleh diluluskan sesuka hati,” katanya.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkuasa termasuk Bank Negara tampil membantu dalam melakukan siasatan terperinci mengenai kes penipuan itu.


“Saya dan isteri bersedia mengemukakan bukti selain bekerjasama dengan pihak berkenaan dalam menyelesaikan masalah itu.


“Walaupun agak kecewa kerana pihak berkuasa enggan menerima laporan saya buat kali pertama, saya masih yakin mereka (polis) akan melakukan siasatan dengan lebih telus walaupun ia membabitkan tokoh atau individu terkemuka,” katanya.


Sementara itu, ahli perniagaan terbabit ketika dihubungi menafikan pembabitannya dalam dakwaan dibuat pasangan suami isteri berkenaan dan mendakwa tuduhan itu fitnah semata-mata.


“Mustahil saya menggunakan nama mereka, sebaliknya mungkin ada individu lain terbabit perbuatan itu.


“Lagipun, perkara ini sudah diselesaikan pada 2008 melalui satu deklarasi yang pernah dibuat antara kami berdua yang mengatakan tuduhan itu tidak berasas selain dipengaruhi orang ketiga.


“Saya tak tahu motif Zainuddin dan percaya ada agenda di sebalik dakwaan itu. Malah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika dia terus memburukkan nama saya,” katanya


lagi



Dakwaan Zahrain tak betul



2010/03/20

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau didampingi pembangkang untuk keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membolehkan Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Persekutuan menjelang September 2008.

Penjelasan itu sekali gus menafikan Ketua Umno Gua Musang itu seorang daripada lapan Ahli Parlimen BN yang disebut-sebut sepatutnya menyertai PKR menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih Putrajaya dalam tempoh kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.


“Itu tidak betul,” katanya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim di Dewan Rakyat kelmarin, yang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen kerajaan yang disebut-sebut akan melompat ke PKR bagi menjayakan rancangan PR untuk mengambil alih Kerajaan Pusat ketika itu.


“Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan,” katanya pada sidang media selepas majlis Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di sini, malam kelmarin. Bekas Pengerusi Petronas itu juga berkata, beliau tidak pasti sama ada Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, berbohong ataupun tidak dengan kenyataannya itu, tetapi menjelaskan yang pastinya beliau tidak terbabit dalam perkara itu.


“Ya, ini baru saya dengar,” katanya dan apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahrain, Tengku Razaleigh berkata: “Buat apa?” sambil mengakui beliau terkejut dalam kenyataan Zahrain itu. Selain Tengku Razaleigh, nama yang turut disebut Zahrain ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar) serta seorang Timbalan Speaker yang juga dikatakan akan menyertai PKR.





Bapa, anak bertembak



2010/03/24

ABHA: Seorang lelaki dan anaknya dilapor berbalas tembakan di sebuah sekolah menengah di Dhahran Al-Janub, semalam.

Remaja itu yang menduduki peperiksaan akhir di Sekolah Al-Bukhari, Al-Rafgha didakwa ponteng sekolah.


Pengurusan sekolah memaklumkan tindakan pelajar itu kepada bapanya yang datang ke sekolah itu keesokan harinya dan memukul anaknya itu di hadapan rakan yang lain.


Remaja itu yang marah dengan tindakan bapanya itu kemudian lari keluar sekolah dan kembali ke rumahnya.


Beliau mengambil senapang Kalashnikov di rumahnya dan kemudian berkejar semula ke sekolah.


Ibu remaja itu menghubungi suaminya dan memaklumkan mengenai tindakan anak mereka yang membawa keluar senapang Kalashnikov itu.



Selepas memperoleh maklumat itu, bapa remaja itu mengambil pistol yang sentiasa disimpannya di dalam kereta dan berdiri di hadapan pintu pagar sekolah bagi menghalang anaknya. Namun, kehadiran bapanya di hadapan sekolah tidak dihiraukan remaja yang melepaskan tembakan ke bangunan sekolah dan juga kereta guru.


Pada masa sama, bapanya melepaskan beberapa tembakan amaran ke arah anaknya untuk menakutkannya.


Selepas melepaskan kira-kira 30 tembakan remaja itu kemudian lari meninggalkan kawasan sekolah.


Polis yang tiba tidak lama selepas itu berjaya menahan remaja terbabit beberapa jam selepas kejadian. Lelaki dan anaknya itu kini ditahan untuk disoal-siasat. - Agensi




DUNIA

Pelacur lelaki pertama bersara




LAS VEGAS - Pelacur lelaki pertama Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan negara itu akhirnya dilaporkan 'bersara' kelmarin dengan hanya mampu memperoleh 10 pelanggan wanita selama dua bulan bertugas sebagai pekerja seks sepenuh masa.

Dia yang cuma dikenali dengan nama komersial Markus, (gambar) 25, disahkan oleh pemilik rumah pelacuran Shady Lady Ranch, Jim Davis sebagai telah meninggalkan premis itu manakala seorang pekerja baru akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Davis bagaimanapun berharap pelacur yang berasal dari Alabama itu dapat kembali semula meneruskan kerjaya tetapi setakat ini, Markus tidak memberi sebarang ulasan berhubung keputusannya meninggalkan kerjaya pelacuran itu. - AP



Guna anak halau hantu

Oleh ADAM SALLEH dan NAZARALI SAERIL
metahad@hmetro.com.my
2010/03/28

KUALA LUMPUR: Sudahlah rumah tangganya porak peranda dan dia terpisah dengan anak perempuannya yang baru berusia dua tahun, lebih menyedihkan dia dimaklumkan anak tunggalnya itu kini direkrut atau dilatih sebagai penghalau hantu.

Lokman berkata, selepas berkahwin pada 2007 dia mendapati isteri dan keluarga mentuanya amat rapat dengan ‘Wanita Suci’ itu dan khidmatnya digunakan untuk mengubati seorang anggota keluarga yang sakit.


“Ketika itulah saya mula mengenalinya. Pada pandangan saya, dia dan seorang lelaki dari Timur Tengah yang dipanggil Tok Sheikh bagaikan pemimpin ajaran sesat. Namun, pengikut mereka tidak ramai, hanya terhad kepada beberapa keluarga, termasuk keluarga mentua saya.


“Tok Sheikh yang memberi gelaran kepada wanita itu sebagai ‘Wanita Suci’ dan semua pengikutnya juga memanggilnya dengan dengan gelaran itu,” kata Lokman dalam pertemuan dengan Metro Ahad, di sini, baru-baru ini.


Mengimbau detik bermula petaka dalam perkahwinannya, Lokman berkata ia berlaku selepas dia enggan mengikuti permintaan isteri serta mentuanya supaya percaya pada segala yang dikatakan oleh ‘Wanita Suci’ dan Tok Sheikh.

“Mereka kata Tok Sheikh mampu meramal masa depan dan ‘Wanita Suci’ pula ada kelebihan menghalau hantu. Bagaimanapun, saya enggan menuruti kehendak mereka dan tidak percaya langsung dengan perkara khurafat seperti itu,” katanya.


Lokman berkata, disebabkan enggan memberi kerjasama, ‘Wanita Suci’ serta Tok Sheikh mempengaruhi isteri serta keluarga mentua untuk menghalaunya daripada kehidupan mereka.


Pada hujung 2008, beberapa bulan selepas dianugerahkan anak perempuan, Lokman mengambil keputusan menceraikan isteri kerana tidak tahan lagi dengan kepercayaan khurafat mereka.


Sejak itu, Lokman dihujani lebih 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) cacian dan maki hamun daripada bekas isterinya.


“Antara perkara buruk berlaku terhadap saya selepas berpisah ialah dibelasah dua lelaki di depan bekas isteri serta seorang lelaki didakwa teman barunya hanya kerana saya mahu menyerahkan surat mahkamah kepada ‘Wanita Suci’ terbabit yang tinggal dengan mereka.


“Saya berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis. Saya turut diberikan hak penjagaan anak oleh mahkamah tetapi hingga kini gagal menuntutnya kerana dilarikan bekas isteri serta ‘Wanita Suci’ itu,” katanya.

Dalam masa sama, ‘Wanita Suci’ itu serta bekas isterinya juga pernah melarikan anak Lokman ke Timur Tengah untuk bersama-sama dengan Tok Sheikh dan mereka gagal dikesan hingga kini.

Dalam usaha menjejak anak kesayangannya, Lokman berkata dia secara kebetulan berjumpa dengan seorang perempuan yang mendakwa dirinya juga menjadi mangsa kegiatan ‘Wanita Suci’ dan Tok Sheikh.


Lokman berkata, perempuan itu memberitahu dia dan suaminya juga bercerai angkara ‘Wanita Suci’ dan lebih menyedihkan ‘Wanita Suci’ turut merampas suaminya.


“Perempuan itu turut memaklumkan berita mengejutkan mengenai anak saya. Katanya, anak saya digunakan oleh ‘Wanita Suci’ untuk mengesan dan menghalau hantu di rumahnya.


“Kata perempuan itu, anak saya dibawa oleh ‘Wanita Suci’ ke rumahnya dan dia melihat anak saya merangkak seperti kucing mengelilingi rumah sebelum menuding jari ke beberapa bahagian rumah sambil menyebut hantu.


“Apabila selesai, ‘Wanita Suci’ mula menjalankan upacara menghalau hantu sebelum keluar dari sana dan mengatakan kediaman itu sudah bebas daripada hantu yang berkeliaran,” katanya.


Lokman bagaimanapun tidak tahu bagaimana anaknya direkrut hingga mampu melakukan tugasan tidak masuk akal itu.


Menurut eksekutif sebuah syarikat swasta di Sabah itu, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk berhubung dengan anak kesayangannya tetapi gagal. “Bagaimanapun, menjelang Aidilfitri tahun lalu, bekas mentua menghubungi saya untuk bertemu serta menunjukkan gambar terbaru anak yang dihantar bekas isteri.


“Bekas mentua turut berpesan supaya saya memujuk kembali bekas isteri supaya kembali ke pangkal jalan serta mendapatkan anak dan jika masih berpeluang, bersatu kembali sebagai suami isteri,” katanya yang memberitahu sudah membuat tujuh laporan polis di Sabah mengenai salah laku ‘Wanita Suci’ dan kehilangan anaknya.


Dalam masa sama, ‘Wanita Suci’ itu serta bekas isterinya juga pernah melarikan anak Lokman ke Timur Tengah untuk bersama-sama dengan Tok Sheikh dan mereka gagal dikesan hingga kini.

Dalam usaha menjejak anak kesayangannya, Lokman berkata dia secara kebetulan berjumpa dengan seorang perempuan yang mendakwa dirinya juga menjadi mangsa kegiatan ‘Wanita Suci’ dan Tok Sheikh.


Lokman berkata, perempuan itu memberitahu dia dan suaminya juga bercerai angkara ‘Wanita Suci’ dan lebih menyedihkan ‘Wanita Suci’ turut merampas suaminya.


“Perempuan itu turut memaklumkan berita mengejutkan mengenai anak saya. Katanya, anak saya digunakan oleh ‘Wanita Suci’ untuk mengesan dan menghalau hantu di rumahnya.


“Kata perempuan itu, anak saya dibawa oleh ‘Wanita Suci’ ke rumahnya dan dia melihat anak saya merangkak seperti kucing mengelilingi rumah sebelum menuding jari ke beberapa bahagian rumah sambil menyebut hantu.


“Apabila selesai, ‘Wanita Suci’ mula menjalankan upacara menghalau hantu sebelum keluar dari sana dan mengatakan kediaman itu sudah bebas daripada hantu yang berkeliaran,” katanya.


Lokman bagaimanapun tidak tahu bagaimana anaknya direkrut hingga mampu melakukan tugasan tidak masuk akal itu.


Menurut eksekutif sebuah syarikat swasta di Sabah itu, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk berhubung dengan anak kesayangannya tetapi gagal. “Bagaimanapun, menjelang Aidilfitri tahun lalu, bekas mentua menghubungi saya untuk bertemu serta menunjukkan gambar terbaru anak yang dihantar bekas isteri.


“Bekas mentua turut berpesan supaya saya memujuk kembali bekas isteri supaya kembali ke pangkal jalan serta mendapatkan anak dan jika masih berpeluang, bersatu kembali sebagai suami isteri,” katanya yang memberitahu sudah membuat tujuh laporan polis di Sabah mengenai salah laku ‘Wanita Suci’ dan kehilangan anaknya.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan