Ahad, 28 Mac 2010

MACAM2 ADA.......2

Mahu cepat sembuh

Laporan dan foto RAMLI IBRAHIM
am@hmetro.com.my
2010/03/28

GUA MUSANG: “Saya hanya berdoa supaya cepat sembuh untuk memulakan kehidupan baru dan meneruskan hasrat belajar di sekolah agama,” kata remaja berusia 16 tahun yang mengalami kecacatan teruk di muka dan badannya akibat disimbah cuka getah oleh bapa tirinya pada Ogos tahun lalu.

Katanya, dia cuba bersabar menghadapi penderitaan itu dengan semangat yang diberi oleh nenek dan ibunya.


“Kejadian itu amat pedih apatah lagi memberi penderitaan seumur hidup. Saya berharap boleh pulih seperti biasa. Saya baru saja selesai pembedahan mata kanan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, bulan lalu.


“Mata sebelah kiri masih boleh melihat tetapi samar dan perlu bantuan ahli keluarga sekiranya ingin berjalan di luar rumah,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di sini.


Dalam kejadian Ogos tahun lalu, remaja itu menjadi mangsa rakus bapa tirinya sendiri apabila dibawa membonceng motosikal sebelum dirogol serta disimbah cuka getah di sebuah kebun dekat Rancangan Tanah Felda Aring Enam.

Kejadian ngeri itu menyebabkan mukanya melecur teruk serta mengalami kecacatan kedua tangan serta badan manakala bapa tirinya mati selepas membunuh diri. Kejadian itu menyebabkan dia terlantar lebih empat bulan di HUSM dan kini tinggal dengan neneknya untuk memudahkan berulang alik bagi mendapatkan rawatan tiga hari sekali di Pusat Kesihatan Bandar Ciku.


Katanya, kecederaan teruk yang dialami menyebabkan dia terpaksa melupakan persekolahan.


“Saya terpaksa menumpukan terhadap rawatan pemulihan termasuk pembedahan plastik pada hidung dan telinga kanan.


“Saya bersyukur kerana setiap hari diberi semangat dan galakan oleh ibu dan nenek yang mengajar supaya menerima hakikat bahawa saya kini cacat,” katanya.



10 wanita paling kaya



2010/03/14

PEWARIS syarikat peruncit terbesar dunia ini mengaut keuntungan ketika pembeli yang berdepan dengan masalah kewangan mencari barangan harga murah pada permulaan kemelesetan ekonomi.

1. CHRISTY WALTON
Nilai bersih: RM74.7 bilion
Sumber: Walmart
Negara: Amerika Syarikat


Walmart diasaskan oleh Sam Walton bersama adiknya, James pada 1962.


Hari ini, jualan tahunannya mencecah RM1.34 trilion dan mempunyai dua juta pekerja, lebih 8,400 pasar raya.


2. ALICE WALTON
Nilai bersih: RM68 bilion
Sumber: Walmart
Negara: Amerika Syarikat

ALICE, seorang lagi anggota keluarga Walton, membiayai pembinaan lapangan terbang di Betonville pada 1990, membina Muzium Seni Amerika Crystal Bridges. Tidak banyak yang diketahui mengenai wanita ini kecuali sikapnya yang sukan menderma.


3. LILIANE BETTENCOURT
Nilai bersih: RM66 bilion
Sumber: L’Oreal
Negara: Perancis

PEWARIS syarikat mekap L’Oreal ini menjadi kaya dengan peningkatan harga saham syarikat. L’Oreal yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun lalu diasaskan oleh bapanya. Satu-satunya anak dan pewaris syarikat itu, Liliane tahun lalu meminta mahkamah menyiasat pemberian wang tunai dan hadiah berjumlah RM4.64 bilion yang didakwa diberikan ibunya, Francoise Bettencourt-Meyers kepada jurugambar, penulis dan pelukis terkenal, Francois-Marie Banier, 61. Liliane menuduh Banier mempergunakan ibunya yang menjadi janda pada 2007. Banier yang menafikan tuduhan itu diarah menjalani pemeriksaan psikologi sebelum perbicaraan pada 2007. Francoise, pada 2008, mengumumkan, dia tidak lagi mengaku Liliane anak. Kedua-dua masih tidak bercakap hingga ke hari ini.


4. BIRGIT RAUSING
Nilai bersih: RM43 billion
Sumber: Pembungkusan
Negara: Sweden

SELEPAS kematian suami, Gad Rausing pada 2000, Birgit bersama-sama tiga anaknya mewarisi syarikat pembungkusan, Tetra Laval. Syarikat berkenaan diasaskan oleh bapa mentuanya pada 1994 yang melakukan pembaharuan besar-besaran terhadap pembungkusan cecair seperti jus dan susu. Hari ini, jualan menjangkau RM51 bilion. Birgit melantik semua anaknya menjadi anggota lembaga pengarah Tetra Laval. Anak lelaki, Jorn, mengetuai bahagian perolehan dan penggabungan, Finn menjadi pengerusi lembaga pengarah Institut Ekonomi Gunaan RR Sweden.


5. SAVITRI JINDAL
Nilai bersih: RM40 bilion
Sumber: Keluli dan tenaga
Negara: India

SAVITRI adalah pengerusi bukan eksekutif OP Jindal Group, syarikat keluli dan tenaga yang diasaskan mendiang suaminya, Om Prakash Jindal pada 1952. Dia mengambil alih syarikat berkenaan selepas Jindal terbunuh dalam kemalangan helikopter pada 1952. Dia bagaimanapun menyerahkan operasi syarikat kepada anaknya, Prithviraj, Sajjan, Ratan dan Naveen. Urus niaga syarikat mencecah RM31.5 bilion tahun lalu dengan Jindal Steel & Power yang dikuasai Naveen menjadi penyumbang utama.

6. ABIGAIL JOHNSON
Nilai bersih: RM38 bilion
Sumber: Fidelity
Negara: Amerika Syarikat

BAPANYA menguasai syarikat pelaburan Fidelity, syarikat dana amanah terbesar Amerika Syarikat. Syarikat berkenaan juga menjalankan perniagaan broker dan insurans. Bapanya, Ned, menyertai syarikat datuknya sebagai penganalisis pada 1997. Abigail pula menyertai syarikat itu pada 1993 dan kini menguasai 24 peratus saham syarikat. Walaupun keluarganya menguasai 49 peratus Fidelity, saiz pemilikan individu tidak diketahui. Abigail bakal menggantikan tempat bapanya selaku presiden syarikat.

7. SUSANNE KLATTEN
Nilai bersih: RM37 bilion
Sumber: BMW
Negara: Jerman

MEWARISI saham dalam syarikat pembuat kereta BMW daripada mendiang bapa, Herbert Quandt yang menyelamatkan syarikat berkenaan daripada muflis puluhan tahun lalu. Susanne, ahli ekonomi terlatih juga mewarisi 50 peratus saham dalam syarikat pembuat bahan kimia, Altana. Sejak Februari lalu, dia yang menjadi anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan menguasai 95 peratus saham Altana.


8. IRIS FONTBONA
Nilai bersih: RM36.5 bilion
Sumber: Tembaga
Negara: Chile

ISTERI kedua dan kini balu bilionair, Andronico Luksic, yang mati akiba barah pada 2005. Keluarganya menguasai Antofagasta, syarikat melombong tembaga terbesar dunia. Saham syarikat melonjak 80 peratus tahun ini. Juga menguasai saham dalam Quinenco, syarikat pembungkus dan pembuat minuman dan Plava Laguna, rangkaian pusat peranginan tepi pantai di Croatia. Anak, Jean Paul menjadi pengerusi Antofagasta.


9. JACQUELINE MARS
Nilai bersih: RM36.5 bilion
Sumber: Gula-gula
Negara: Amerika Syarikat

PENGGUNA yang berdepan dengan masalah kewangan masih meminati produk keluaran keluarga Mars yang terbukti kalis kemelesetan: cokelat (Snickers, M&Ms), makanan binatang peliharaan (Pedigree). Syarikat itu menjadi pengeluar gula-gula terbesar dunia apabila menguasai syarikat, Wrigley tahun lalu setelah membelinya dengan harga RM76 bilion. Jualan digabungkan kini mengatasi RM99.6 bilion.

10. ANNE COX CHAMBERS
Nilai bersih: RM33 bilion
Sumber: Rangkaian komunikasi dan media
Negara: Amerika Syarikat

ANNE ialah Anak pengasas Cox Enterprises, James M Cox yang menamatkan pengajian sekolah menengah pada 17 tahun dan menjadi guru sekolah serta wartawan sebelum membeli syarikat akhbar Dayton Evening News dengan harga RM86,000 pada 1898. James Sr kemudian menceburi politik. Hari ini, anak syarikat Cox Enterprise termasuk syarikat rangkaian komunikasi, Cox Communications, 17 akhbar harian, 15 stesen televisyen, 86 stesen radio, syarikat jual kereta menerusi Internet.




10 lelaki terkaya



2010/03/14

MENURUT Majalah Forbes, terdapat 1,011 bilionair di seluruh dunia tahun ini. Mereka menguasai hampir keseluruhan ekonomi global, dari tenaga dan keluli hingga fesyen dan telekom.

1. CARLOS SLIM HELU

Nilai bersih: RM177.6 bilion

Sumber: Telekomunikasi

Negara: Mexico

HARTAWAN telekomunikasi ini berpendapatan RM61.4 bilion setahun.
> Baru-baru ini mendapat kebenaran untuk menyatukan aset dalam syarikat talian tetap dengan American Movil, syarikat telefon bimbit terbesar Amerika latin.
> Derma RM216 juta untuk membiayai projek kajian dan perubatan genomik dengan bilionair Amerika Syarikat, Eli Broad.


2. BILL GATES
Nilai bersih: RM176 bilion
Sumber: Microsoft
Negara: Amerika Syarikat

HARTAWAN perisian komputer memiliki nilai harta meningkat RM43 bilion setahun berikutan peningkatan harga saham Microsoft sebanyak 50 peratus dalam masa 12 bulan, nilai syarikat pelaburannya juga bertambah.


> Lebih 60 peratus hartanya adalah daripada pelaburan di luar Microsoft, termasuk Hotel Four Seasons, Televisa dan Auto Nation.


3. WARREN BUFFETT
Nilai bersih: RM156 bilion
Sumber: Pelaburan
Negara: Amerika Syarikat

HARTA pelabur kesayangan Amerika Syarikat ini yang meningkat RM33 billion dalam masa 12 bulan lalu berikutan peningkatan saham dalam Berkshire Hathaway berkata, negara itu berjaya menghadapi ekonomi ‘Pearl Harbour’ tetapi memberi amaran, pemulihan akan mengambil masa yang perlahan.

4. MUKESH AMBANI
Nilai bersih: RM96 billion
Sumber: Petrokimia, minyak dan gas
Negara: India

SYARIKATNYA, Reliance Industries, antara paling berharga di India, baru-baru ini membida sebanyak RM6.6 bilion untuk mendapatkan 65 peratus saham dalam sebuah syarikat minyak Kanada yang berdepan dengan masalah, Value Creations.


> Tawaran sebanyak RM49 bilion untuk membeli syarikat petrokimia, LyondellBasell, ditolak.


> Sejak September, syarikat itu menjual saham Perbendaharaan bernilai RM6.6 bilion untuk tujuan pemerolehan.


5. LAKSHMI MITTAL
Nilai bersih: RM95 billion
Sumber: Keluli
Negara: India

PENDUDUK London paling kaya ini menguasai ArcelorMittal, pembuat keluli terbesar dunia. Nilai keuntungannya bagaimanapun merosot 75 peratus pada 2009.


> Mittal memotong gajinya sebanyak 12 peratus ketika kemelesetan ekonomi. Keadaan ekonomi yang semakin pulih melonjakkan saham syarikat sebanyak satu per tiga tahun lalu.


> Memperoleh RM3.65 bilion selepas menjual kepentingannya dalam syarikat penapisan minyak di Kazakhstan Disember lalu.


6. LAWRENCE ELLISON
Nilai bersih: RM93 bilion
Sumber: Oracle
Negara: Amerika Syarikat

HARTA pengasas syarikat Oracle ini terus meningkat. Saham melonjak hingga 70 peratus sepanjang 12 bulan lalu.


> Syarikat pangkalan data komputer itu membeli 57 syarikat sepanjang lima tahun lalu.


> Menamatkan pembelian Sun Microsystems pada Januari dengan harga RM25 bilion. Membeli BEA Systems dengan harga RM28.2 bilion pada 2008.


7. BERNARD ARNAULT
Nilai bersih: RM91.28 billion
Sumber: Barang mewah
Negara: Perancis

IKON fesyen ini paling kaya di Eropah apabila saham dalam syarikat fesyen pakaian mewah, LVMH, pembuat pakaian berjenama Louis Vuitton, Moet & Chandon meningkat 57 peratus. > LVMH terbabit dalam membangunkan hartanah di Shanghai, L'Avenue Shanghai, bersama bilionair Macau, Stanley Ho.


> Memiliki syarikat pelancongan, Go Voyages, syarikat pembuat kapal layar, Royal Van Lent; mempunyai saham dalam syarikat pasar raya Perancis, Carrefour.


8. EIKE BATISTA
Nilai bersih: RM90 billion
Sumber: Perlombongan, minyak
Negara: Brazil

KEUNTUNGANNYA tahun ini mencecah RM65 bilion.


> Anak bekas Menteri Perlombongan Brazil ini yang syarikat gergasi perlombongan Companhia Vale do Rio Doce memulakan kariernya menerusi perniagaan emas dan perlombongan. Bertegas mendakwa tidak mendapat bantuan bapa. > Membiayai jawatankuasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro, membantu bandar raya itu memenangi pembidaan Sukan Olimpik 2016.


9. AMANCIO ORTEGA
Nilai bersih: RM83 bilion
Sumber: Perniagaan fesyen
Negara: Sepanyol

TERBABIT mengendalikan syarikat fesyen pakaian menjual pelbagai jenama, termasuk Zara, Massimo Dutti dan Stradivarius. Mempunyai 4,500 butik di 73 negara, termasuk kawasan baru di Mexico dan Syria.


> Mengadakan usahasama dengan cawangan Kumpulan Tata untuk menembusi pasaran India tahun ini.


> Membeli Cral Gables, menara pejabat yang kini menjadi ibu pejabat Bacardi USA.


10. KARL ALBRECHT
Nilai bersih: RM78 bilion
Sumber: Pasar raya
Negara: Jerman

MEMILIKI pasar raya Aldi Sud, antara yang terbesar dan ternama di Jerman dan Eropah.


> Mempunyai 1,000 cawangan di 29 negeri di Amerika Syarikat. Anggaran jualan: RM123 bilion.


> Bersama dengan adik, Theo, memajukan kedai runcit ibu mereka menjadi pasar raya selepas Perang Duinia Kedua. Theo mendapat cawangan di utara Jerman dan negara Eropah lain.





Lelaki 96 tahun kahwini wanita 30 tahun



2010/03/28

TAIPEI: Seorang penjaga kuil menjadi pengantin tertua Taiwan apabila berkahwin dengan wanita jauh lebih muda daripadanya, lapor media tempatan, semalam.

Dia menimbulkan kekaguman orang ramai apabila berjaya memikat wanita berusia 30 tahun untuk diperisterikan.


Wanita itu berasal dari Hunan, China.


Walaupun bujang, Lin membesarkan dua anak angkat.


Katanya, dia ‘diarah’ dewa pergi ke Hunan pada 2007 bagi mencari isteri.

Walaupun dibantah keras anak angkatnya yang berusia 68 tahun, Lin tetap mahu berkahwin.


“Saya tak pernah kahwin. Mengapa saya tak boleh berkahwin dengan dia?” katanya.





Tak logik

Oleh MOHD NASIF BADRUDDIN
mnasif@hmetro.com.my
2010/03/28

KUALA TERENGGANU: “Tak logik kalau kata suami saya pukul bapanya dengan kayu sepanjang itu, tetapi cedera sikit saja di dagu,” kata Kamsiah Ismail, 44, menantu kepada Muda Mat Zain, 72, yang mendakwa cedera dipukul anak sulung daripada sembilan beradik.

Katanya, ketika cuba mengelak tetakan, suaminya terlepas pegangan kayu itu lalu terjatuh di atas pagar sebelum terpelanting terkena dagu bapa mentuanya.


“Dakwaan suami saya hendak melanggarnya dengan lori juga tidak betul kerana sudah hampir sebulan dia berada di rumah dan tidak membawa lori, jadi bagaimana cerita itu boleh timbul,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro/Metro Ahad, di sini, semalam.


Menurutnya, perselisihan faham mereka bermula apabila bapa mentuanya memberi kebenaran kepadanya untuk mendirikan dua rumah di atas tanah Lot 464, Mukim Manir, dekat sini, menerusi satu surat akuan yang ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah pada 17 April 2005.


Katanya, dia kemudiannya membuat tawaran untuk membeli tanah 0.6 hektar itu daripada bapa mentuanya dengan harga RM7,000 dan menulisnya di bawah surat akuan itu.

Namun, selepas mengambil wang berkenaan, bapa mentuanya enggan menukar nama pemilik dalam geran tanah atas alasan hal dalaman keluarga dan semua anaknya sudah tahu serta tidak mahu melalui proses dokumentasi yang merumitkan.


“Tetapi selepas beberapa tahun, bapa mentua ‘buat hal’ apabila memberitahu tanah itu haknya. Dia sering memaki hamun dan merosakkan tanaman di rumah kami dan pernah mengugut hendak menetak suami saya.


“Berikutan itu, saya kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Manir pada 9 September 2009, tetapi diminta polis untuk menyelesaikan hal itu sendiri kerana ia membabitkan soal dalaman keluarga,” katanya yang mempunyai tiga anak.





Muzium Pengkhianat cari calon 100 kaki rasuah



2010/03/28

BEIJING: Pemilik muzium antirasuah yang bakal dibuka di Chengdu meminta orang ramai mencalonkan 100 pegawai kerajaan paling rasuah sejak 100 tahun lalu, lapor media semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Fan mula menerima sebarang cadangan nama tokoh negara itu daripada orang ramai untuk didokumentasikan di muziumnya.


“Mulai sekarang, kami akan menerima pencalonan dan orang ramai boleh mengundi di laman web muzium ini,” katanya.


Ketika ini, lapor Xinhua, kebimbangan utama Fan adalah sambutan melampau daripada orang ramai.


“Tentulah tempat terhad dan kami perlu memberi pertimbangan kepada tahap rasuah dilakukan tokoh terbabit,” katanya.

Antara kriteria ditetapkan Fan adalah, semua nama dicalonkan mesti mempunyai kedudukan dalam kerajaan, jumlah wang diseleweng, kaedah digunakan dan kesan rasuah kepada masyarakat.


“Pada masa sama, muzium ini akan menyediakan maklumat bagi mencegah amalan rasuah,” katanya.


Fan berkata, dia akan mendapatkan sokongan Jawatankuasa Disiplin Parti Komunis China bagi menjayakan muzium berkenaan.


“Saya berharap muzium ini menjadi pusat pendidikan kesedaran rasuah.


“Mungkin kerajaan boleh menyediakan jadual lawatan kepada banduan untuk datang ke sini,” katanya.


Tidak dapat dipastikan bila muzium itu dibuka.






Penulis Islam ditahan



2010/03/28

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka menahan seorang penulis atas alasan kabur, kononnya menjalankan aktiviti antinegara, selepas menerbitkan buku mengenai penghijrahannya daripada Buddha kepada Islam, kata polis semalam.

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut dibuat.


Media tempatan melaporkan, Malini - berasal dari Sri Lanka tetapi kini menetap di Bahrain - ditahan pihak berkuasa ketika bercuti di negara kelahirannya.


Dia didakwa cuba mengirim dua naskhah buku tulisnnya itu kepada penerima yang tidak didedahkan, di luar negara.


Walaupun mendakwa negara sekular, kerajaan Sri Lanka sangat sensitif terhadap sebarang isu Buddha.

Rakan Malini yang enggan dikenali berkata, buku itu cuma menceritakan pengalaman serta alasan wanita terbabit memilih Islam sebagai agama anutan.


“Malini menjelaskan mengapa dia memilih Islam tanpa menghina Buddha.


“Dia juga hanya bercakap mengenai perpaduan di kalangan penganut agama berbeza,” katanya.


Selain ditahan, katanya, Malini turut dihalang mendapatkan bantuan guaman.


Setakat ini, Malini tidak didakwa di mahkamah.


Baru-baru ini, kerajaan Sri Lanka turut menolak mengeluarkan visa kepada penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Akon, selepas sami Buddha dan hampir 12,000 ahli Facebook membantah tindakannya memaparkan imej wanita berbikini menari berhampiran patung Buddha dalam satu daripada klip videonya.







Pelajar pintar hilang SMS sudah kahwin


Oleh Safuri Kamarudin
bminggu@bharian.com.my
2010/03/28

pix_gal0
BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.



Bagaimanapun, menerusi siasatan yang dilakukan datuk saudaranya, Ahmad Omar, 43, nama Halimaton didapati tercatat dalam daftar perkahwinan di Golok, sempadan Kelantan-Thailand. Normah ketika ditemui turut menunjukkan SMS yang memaparkan kata-kata “Salam...dikton (Halimaton) minta maaf banyak-banyak kat mak dan ayah...ya, kami dah kahwin...”

Selain memaklumkan sudah berkahwin, Halimaton yang berasal dari Baling, turut meminta ibunya tidak risau kerana dia selamat.

Normah yang masih terkejut dengan SMS itu, sedih kerana usia anaknya baru mencecah 15 tahun dan bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

“Saya sedih dan amat terkejut apabila membaca SMS berkenaan. Namun, saya berharap dia pulang ke pangkuan keluarga demi masa depannya,” katanya.
Sementara itu, Ahmad mendakwa Halimaton dilarikan pemuda yang dikenali sebagai Md Nor Abdullah atau Adam dari Langkawi, sebelum berkahwin di Golok.

Berdasarkan maklumat, katanya, Halimaton dilarikan Adam ke Golok dan kini menetap di sekitar Kuala Krai selepas berkahwin.

Katanya, maklumat itu diperoleh daripada rakannya yang membantunya, termasuk ke Golok dan mendakwa melihat nama Halimaton tersenarai dalam daftar perkahwinan.

“Saya harap dia pulang kerana keluarganya merinduinya, apatah lagi dia satu-satunya harapan keluarga untuk mengubah masa depan mereka.

“Dia pelajar yang pintar dan pada usianya yang muda, sepatutnya dipenuhi dengan ilmu yang berguna dan bukannya dirosakkan dengan kata-kata manis lelaki,” katanya.

Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.

Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Halimaton dikatakan pulang ke rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sebelum disedari hilang dan gagal dikesan.



pecah aje...boleh pindah lain tempat....




Lebih 100 bilik pelacur dimusnah


SEBAHAGIAN daripada lebih 100 bilik untuk tujuan pelacuran dirobohkan oleh kakitangan DBKL di Brickfields semalam.


KUALA LUMPUR - Meskipun telah diserbu empat kali sejak 2007, 18 premis yang dijadikan sarang pelacuran di sekitar Brickfields di sini tidak serik dan terus menjalankan operasi.

Dalam operasi bersepadu terbaru pagi semalam oleh beberapa jabatan kerajaan, pihak berkuasa bertindak merampas pelbagai kemudahan di premis terbabit dan memecahkan sekatan-sekatan yang dijadikan lebih 100 bilik untuk tujuan pelacuran.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd. Rahman berkata kali terakhir premis itu diserbu adalah pada pertengahan tahun lalu.

"Dalam operasi hari ini (semalam) kami merampas kemudahan-kemudahan yang terdapat di premis itu seperti televisyen, kipas dan tilam," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Operasi itu melibatkan DBKL, polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Bekalan air dan elektrik ke premis terbabit dipotong oleh Syabas dan TNB.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana operasi semalam itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada penyewa premis terbabit.

"Kita beri notis kepada mereka kerana ini arahan daripada Datuk Bandar, Datuk Ahmad Fuad Ismail sebab penyewa membina sekatan untuk dijadikan beberapa bilik dan juga menggunakan premis itu untuk tujuan yang tidak dibenarkan," katanya.

Rolan berkata, pihaknya akan mengesan pemilik premis terbabit untuk menasihatkan mereka agar menyewakan premis bagi tujuan perniagaan lain dan bukannya untuk pelacuran.

- Bernama




Peniaga dakwa ditipu deejay radio


SEORANG mangsa, Seri khairunnisa menunjukkan tapak bazar Ramadan yang dijanjikan oleh deejay Isma Halil Hamzah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Seramai 47 peniaga mendakwa kerugian RM105,000 ekoran kegagalan deejay radio, Isma Halil Hamzah menyediakan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini tahun lalu.

Bagaimanapun mereka gagal menjalankan perniagaan kerana deejay itu gagal menyediakan tapak tersebut seminggu sebelum Ramadan.




Dadah skim ansuran mudah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/31

KUALA LUMPUR: Skim ansuran mudah. Itu taktik digunakan dua lelaki untuk menarik pelanggan membeli dadah dengan cara berhutang sebelum perbuatan terbabit terbongkar apabila mereka ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Kuching, dekat sini, Jumaat lalu.

BUKTI...Kang menunjukkan dadah yang dirampas.
BUKTI...Kang menunjukkan dadah yang dirampas.
RAMPAS...barangan dan wang yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS...barangan dan wang yang dirampas daripada suspek.
Dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun diberkas selepas polis menerima maklumat orang awam dan pemeriksaan di rumah itu menemui pelbagai dadah dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggan.


Mereka menjual dadah kepada pelanggan secara hutang dan menyediakan buku nota kecil mempunyai senarai nama serta tarikh bahan terlarang terbabit diambil pelanggan.


Difahamkan, pelanggan tetap yang dikenali dan dipercayai itu akan mendapat layanan istimewa dengan mereka boleh membayar ansuran jika mahu mengambil dadah.


Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata hasil serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah iaitu heroin, ganja, syabu dan Eramin 5.


“Semua nilai dadah terbabit dianggarkan RM120,000 dan kami percaya kedua-dua lelaki terbabit turut menjadikan pangsapuri itu sebagai tempat membungkus dadah sebelum dijual,

“Hasil ujian air kencing, kedua-dua suspek didapati positif syabu dan ganja,” katanya.


Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM2,473, lima telefon bimbit, buku cek, alat pembungkus dan alat penimbang.


“Selain itu, kami menemui buku nota kecil mengandungi senarai nama dipercayai pelanggan mereka yang mengambil dadah secara hutang.


“Siasatan awal mendapati mereka aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lalu,” katanya.


Menurut Kang, kedua-dua suspek tidak mempunyai pekerjaan dan seorang daripadanya baru keluar daripada pusat pemulihan akhlak Disember lalu.

“Suspek berusia 32 tahun itu duda dua anak manakala rakannya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.


“Seorang daripadanya mempunyai tiga rekod jenayah manakala rakannya pula satu rekod jenayah lampau berkaitan dengan kes dadah,” katanya. Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit kini direman enam hari bermula Sabtu lalu hingga esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.




Pemandu asyik SMS

Oleh Zulfa Mohamad dan Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my
2010/04/03

BANDAR BAHARU (KEDAH): “Pemandu itu asyik hantar SMS walaupun sedang memandu laju menyebabkan bas bergerak ke kiri dan ke kanan.

MAUT...anggota bomba dan penyelamat mengusung mayat V Ponnamal  (gambar) yang maut dalam kemalangan itu.
MAUT...anggota bomba dan penyelamat mengusung mayat V Ponnamal (gambar) yang maut dalam kemalangan itu.
REMUK...Sabarudin menunjukkan keadaan bas yang remuk.
REMUK...Sabarudin menunjukkan keadaan bas yang remuk.
“Sebaik sampai berhampiran simpang Bandar Baharu, dia tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan bas terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dalam longkang,” kata Aidi Efendey Abdul Razak, 30, seorang daripada 18 penumpang bas ekspres yang terbabas di Kilometer 168.8 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi, seorang wanita maut manakala 12 penumpang lain cedera termasuk dua parah. Penumpang yang terbunuh dikenali sebagai V Ponnamal, 56, manakala penumpang yang cedera dirawat di Hospital Parit Buntar.


Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah.


Aidi Efendey berkata, dia berasa tidak sedap hati sejak bas berkenaan tiba di Sungai Buloh lagi sebaik melihat gelagat pemandunya, selain ragu-ragu kerana tiada pemandu kedua.


“Apabila saya bertanyakan pemandu kedua, dia kata tak ada kerana hanya dia seorang memandu dari Kuala Lumpur ke Butterworth,” katanya yang tinggal di Guar Perahu, Bukit Mertajam.


Katanya, dia nampak pemandu terbabit asyik membelek telefon bimbit sebelum kemalangan berlaku.


Menurutnya, selepas berhenti mengambil lima lagi penumpang di Simpang Pulai, Perak, pemandu terbabit meneruskan perjalanan sambil menghantar SMS.


Katanya, kemalangan itu menyebabkan ada penumpang tersepit di bawah bas dan parah di kepala selain ada yang tercampak keluar melalui tingkap.


Aidi Efendey yang cedera di tangan serta kaki terpaksa merangkak keluar melalui pintu hadapan.


“Saya hanya mampu melihat penumpang lain minta tolong kerana saya sendiri menahan kesakitan berikutan kaki terseliuh.

“Kira-kira lima minit selepas kejadian, orang ramai muncul dan membantu mangsa. Mangsa yang tersepit hanya dapat dikeluarkan selepas anggota bomba tiba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Bandar Baharu, Cif Inspektor Sabarudin Salleh, berkata sebelum kejadian, pemandu bas berkenaan disaman polis dalam satu operasi kerana memandu melebihi had laju di Kilometer 327 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah kira-kira jam 10.39 malam.

“Bas berkenaan dipercayai dipandu laju hingga gagal dikawal sebelum terbabas dan kebanyakan mangsa yang parah dipercayai akibat hentakan kuat selain terkena serpihan cermin yang pecah.


“Polis menerima maklumat kira-kira jam 1.15 pagi dan siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain.


“Bas berkenaan bertolak pada jam 8.30 malam di Hentian Puduraya dan dipercayai berhenti beberapa kali, sebelum pemandu bas terbabit disaman dalam satu operasi polis di Tapah,” katanya.


Sabarudin berkata, sehingga kini pemandu terbabit masih tidak hadir untuk membuat laporan polis.


Katanya, pemandu bas yang dipercayai berusia 34 tahun dan tinggal di Bagan Jermal, Butterworth, itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.


“Kita akan keluarkan waran tangkap jika pemandu terbabit gagal melaporkan diri kepada polis,” katanya.


Beliau berkata, sehingga kini lima laporan polis dibuat penumpang yang terbabit kemalangan itu.






Hospital beri ubat haram


HANAFIAH menunjukkan ubat cirit-birit yang didakwa mengandungi gelatin babi.


KUALA LUMPUR – Sebuah cawangan hospital swasta di Hulu Klang dekat sini didakwa menjual ubat cirit-birit mengandungi gelatin babi.

Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Hanafiah Omar, 65, berkata, ubat itu diberi kepadanya selepas beliau ke hospital tersebut pada 29 Mac lalu kerana mengalami cirit-birit.



















Alasan isteri baru lari

Laporan dan foto MD FUZI ABD LATEH
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/04/04

RAWANG: Penangan amah manja bukan saja membuatkan seorang lelaki cair hingga rela melepaskan isterinya, malah sanggup melangsungkan perkahwinan di kampung halaman warga Indonesia itu di Karhwang, Jawa Timur.

pix_middle

“Saya mempunyai isteri dan dua anak lelaki berusia 17 dan 20 tahun. Isteri tidak merelakan perkahwinan saya dengan amah itu hingga masalah kami dibawa ke Mahkamah Syariah di Ipoh.


“Belum pun selesai tuntutan fasakh bekas isteri yang dilakukan beberapa bulan lalu, saya ditinggalkan isteri baru,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Metro Ahad.


Saiful mengakui ketika masih bergelar suami, dia menjalin hubungan cinta secara senyap dengan amah berkenaan dan apabila perasaan cinta tidak boleh dibendung lagi, dia mengambil keputusan melamarnya dengan berkunjung ke Indonesia untuk bertemu ibunya.


“Dia gadis baik, manja dan pandai mengambil hati. Saya terpikat dengan kelembutan tutur kata yang lebih istimewa daripada isteri.

“Tindakan sentuhan kasih sayang yang diberi dalam senyap itu menyebabkan saya sanggup berbuat apa saja mengikut hatinya. Saya lebur dan cair dengan mainan perasaan gadis berketurunan Sunda itu yang berada di sini lebih lima tahun,” katanya.


Saiful yang mengakui sanggup ‘memungut’ Ely yang mendakwa melarikan diri daripada seorang majikan kejam berkata, dia melangsungkan perkahwinan di kampung halaman amah itu di Karhwang pada 29 Januari 2003 dengan perbelanjaan lebih RM5,000.


Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Saiful ditinggalkan dengan alasan Elly mahu keluar daripada ‘sangkar kemiskinan’.


Walaupun ditatang penuh kasih sayang, Elly tergamak melakukan tindakan berani meninggalkannya kerana mahu mencari pendapatan tambahan menyara ibunya dan enam adik-beradik di Indonesia.


“Sebelum lari dari rumah kami di Kampung Setia di Kuang, dia sering mengeluh tidak cukup wang dan mahu melakukan kerja lain seperti pembantu rumah.


“Petang hari kejadian, saya mendapati dia tidak muncul apabila dijemput pulang daripada kerja tukang cuci di pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sungai Dua, Rawang walaupun saya menunggu lebih tiga jam.


“Saya kemudian mendapat kiriman SMS daripada Elly menyatakan tidak perlu mencarinya lagi dan dia bekerja dengan orang tempatan di negara ini. Namun lokasi dan apa pekerjaan dilakukan tidak dinyatakan,” katanya.

Tanpa berselindung, Saiful turut mengakui Elly pernah ‘buat hal’ apabila melarikan diri pada awal tahun lalu dan pulang semula pada September.


Bagaimanapun, kerana perasaan sayang menebal, Saiful masih setia menerimanya.


“Saya faham perasaannya yang sering bertindak sendiri tanpa mengambil kira status seorang isteri dan ibu kepada anaknya. Walaupun saya memberinya RM200 sebulan, dia tetap mahu mencari kerja sampingan bagi menyara keluarga di Indonesia.


“Bagaikan tidak memahami tanggungjawab sebagai isteri, dia keras kepala suka melakukan kerja dengan keluar rumah bersendirian. Saya bimbang dia terperangkap dan menjadi hamba kepada majikan.


“Dia juga sering berbohong dengan memburukkan saya yang didakwa gagal memberi kebahagiaan kepadanya yang memilih penduduk tempatan ini (Saiful) sebagai pasangan hidup,” katanya yang mendakwa Elly menjalin hubungan dengan seorang pekerja Indonesia apabila kerap menyebut nama lelaki itu serta menyimpan gambarnya dalam beg duit.


Elly juga didakwa memberi alasan berhutang RM2,000 dengan majikan tempat kerja asal ketika bekerja sebagai pembantu rumah dan dengan kakak angkatnya, seorang warga Indonesia, di Ipoh, Perak.


Atas faktor itu juga, kata Saiful, Elly mengambil tindakan keluar dari rumah untuk membayar hutang itu.


“Saya yakin dia tidak akan bertahan lama di sesuatu tempat kerja berdasarkan pengalaman lalu. Apapun yang berlaku, saya tidak akan berpisah dengannya. Kasih sayang saya tidak berbelah bahagi hanya kepadanya seorang,” katanya.


Hasil perkahwinannya dengan amah manja itu, mereka dikurniakan seorang anak, Nor Shafiqah, 6, yang kini turut berkongsi penderitaan apabila sering merengek menyebut nama ibunya setiap hari.


“Saya masih sayangkan dia. Pulanglah ke rumah segera.... kasihanlah anak yang masih kecil ini. Saya sanggup korbankan cinta isteri pertama melalui fasakh di mahkamah syariah demi menumpahkan cinta suci terhadapnya.


“Justeru, saya merayu kepada majikannya supaya memberi maklumat tempat dia berada. Saya sanggup tebus dia dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan, asalkan mereka memulangkan isteri kesayangan,” katanya.


Saiful juga tidak menolak kemungkinan Elly menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.


Namun dia tetap pasrah kepada takdir Allah dan sedia menerima Ely semula seikhlas hati.


Dia juga membuat laporan polis di Balai Polis Rawang pada 30 Mac lalu selepas isterinya gagal pulang ke rumah lebih sebulan lalu.


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Elly boleh menghubungi Saiful di talian 019-2053407.




'Seks bising' punca kena halau


2010/04/04

BERLIN: Sepasang suami isteri di Zwickau di negeri Saxony, Jerman dilaporkan ketagih membuat bising ketika melakukan hubungan seks menyebabkan mereka diarah keluar dari apartmen yang disewa pasangan itu.

Akhbar harian Bild melaporkan, jiran pasangan terbabit membuat aduan mengenai bunyi bising ketika mereka melakukan aktiviti berkenaan yang menyebabkan ramai penduduk terganggu pada waktu malam.

Bunyi bising yang kerap dan berterusan daripada jeritan dan suara mengerang boleh kedengaran di seluruh rumah dan ia menjadi gangguan yang sudah tidak dapat diterima lagi, kata pemilik rumah berkenaan.

Michael Krug, 25, dan pasangannya, Nicole Khn, 25 bersama dua anak kecil mereka diminta keluar dari apartmen itu pada pertengahan April, lapor akhbar.

Kami sebenarnya menikmati seks yang lebih baik dan bertahan lebih lama, kata Khn kepada Bild.

Pasangan itu kini sudah menemui tempat baru untuk disewa yang mempunyai dinding lebih tebal berbanding flat sekarang. Agensi.



Restoran tidak halal berlakon pakai kopiah, tutup aurat
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 April: Ustaz Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata, masih terdapat banyak kedai makan dan restoran yang cuba mengaburi mata umat Islam dengan menggunakan logo halal palsu dan mempamerkan imej Islam untuk melariskan jualan mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan tindakan khususnya dari segi mekanisme yang digunakan dalam pemantauan penguatkuasaan bagi memastikan tidak berlaku lagi penyalahgunaan pensijilan halal oleh pihak-pihak tertentu.

"Sejauh mana persiapan pihak Jakim dalam pemantauan penguatkuasaan iaitu mekanisme yang digunakan selepas ini supaya tidak berulang lagi penyalahgunaan pensijilan halal oleh pihak tertentu dan sekaligus menipu umat Islam.

"Begitu juga difahamkan, ada kedai makan dan restoran yang tidak halal tapi berlakon seolah-olah halal dengan menggunakan wanita memakai tudung dan begitu juga ada tauke pakai kopiah walaupun bukan Islam. Ada pula yang guna kalimah Allah dan Nabi Muhammad untuk mengaburi mata orang Islam. Perkara itu berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam jawapannya bagaimanapun berkata, perkara itu bergantung kepada kesedaran pengguna untuk memastikan kedai makan tersebut halal atau pun tidak.

Beliau juga memberitahu, kerajaan telah mewujudkan kempen satu halal satu Malaysia secara besar-besaran bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan itu.

Sebelum itu, Taib Azamudden meminta Perdana Menteri menyatakan bahawa bidang kuasa pensijilan halal telah dikembalikan di bawah kuasa Jakim sepenuhnya dan beliau ingin tahu mengenai perbelanjaan yang telah diperuntukkan dalam jumlah yang besar kepada Halal Development Corporation (HDC) sebelum ini, dan adakah HDC akan diberhentikan operasinya.

Menteri memberitahu, Jakim mengambil alih kuasa pensijilan halal daripada Jakim pada 1 Ogos 2009 dan sejak itu kuasa pensijilan halal hanya kepada Jakim dan HDC bertumpu kepada promosi dan peningkatan industri halal di peringkat antarabangsa.

Kini HDC diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sementara itu, Datuk Lilah Yassin (BN-Jempol) senada dengan Taib Azamudden mahukan Jakim menggunakan kuasa mereka untuk memantau aktiviti penipuan menggunakan sijil halal Jakim.

Mashitah berkata, Malaysia belum mewajibkan semua kedai mendapatkan sijil halal Jakim kecuali untuk tujuan komersial sahaja.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pengguna untuk membuat pilihan.


Lelaki temui ajal dipukul menantu

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/08

SHAH ALAM: Satu keluarga yang menempuh perjalanan lebih 300 kilometer dari utara ke ibu kota semata-mata mahu berjumpa anak bongsunya berakhir dengan tragedi apabila ketua keluarga berkenaan maut selepas berlaku pergaduhan dengan menantunya di sebuah rumah di Subang Jaya, dekat sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, Isnin lalu, mangsa, Mohamed Nasir Abdullah, 54, mati ketika dikejarkan ke sebuah hospital selepas tidak sedarkan diri, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.


Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa, isteri dan anak perempuannya datang dari Pulau Pinang untuk bertemu dengan anak bongsunya yang berusia 20-an yang tidak pulang ke kampung halaman selepas berkahwin tahun lalu. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, sebaik sampai di rumah terbabit, keluarga itu dihalang menantunya untuk berjumpa anaknya sebelum berlaku perang mulut yang membawa kepada pergaduhan.


“Kemudian berlaku tumbuk menumbuk antara lelaki terbabit dengan menantunya sebelum mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.


“Dia dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran, tetapi disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.


Omar berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang peniaga rojak berusia 29 tahun dan bapanya berusia 52 tahun bagi membantu siasatan.





Cari duit seluk coli

Oleh Kharirulmizan Yahya
am@hmetro.com.my
2010/04/08

PEKAN: “Saya terpaksa menyimpan wang saku dalam kasut kerana mereka pernah menyeluk ke dalam coli saya untuk mencari wang,” kata Norizan Janal Abidi, 15, pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang menjadi mangsa buli empat pelajar lelaki sebaya, semalam.

Kejadian malang itu menimpa pelajar tingkatan tiga terbabit hampir tiga bulan lalu sejak dia bertukar ke sekolah berkenaan pada pertengahan Januari lalu.


Kemuncaknya apabila empat pelajar berlagak samseng itu menumbuk serta melibas punggung mangsa dengan kerusi apabila mangsa mengadu perkara itu kepada pengetua selepas waktu rehat, semalam.


Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa bercuti tiga hari berikutan lebam di pangkal leher dan bengkak urat pinggul menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis. Menurut Norizan, dia bukan satu-satunya mangsa kepada empat pelajar terbabit, malah beberapa lagi pelajar lain turut menjadi mangsa buli mereka termasuk dipukul dan meminta duit.


“Mereka turut mengugut kami supaya jangan berani melawan Geng Kapak iaitu kumpulan yang disertai mereka menyebabkan kebanyakan mangsa tidak berani membuat aduan kepada pihak sekolah.


“Kejadian menimpa saya itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari selepas mereka tiba-tiba menyerang dan memukul saya kerana berang dengan tindakan saya mengadu kepada pengetua mengenai kegiatan mereka,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.


Ibu mangsa, Jelamah Abdullah, 40, pula berkata, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan polis selain berjumpa pihak sekolah untuk memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.




Ibu mangsa, Jelamah Abdullah, 40, pula berkata, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan polis selain berjumpa pihak sekolah untuk memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.





JKM selamat pelajar hamil



2010/04/08

MASJID TANAH: Tindakan pantas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah menyelamatkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun hamil tujuh bulan, semalam, akibat dirogol.

Gadis berkenaan disorok keluarganya di sebuah kampung di sini, selepas mangsa muntah-muntah di kelas sekolahnya sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran. Gadis berkenaan yang belajar di sebuah sekolah menengah dekat sini, disahkan mengandung tujuh bulan oleh doktor ketika pemeriksaan.


Ketika pegawai JKM mengunjungi rumah pelajar itu, keluarga remaja terbabit cuba mengalih tumpuan memaklumkan gadis berkenaan berada di rumah saudaranya di Johor, namun gagal memperdaya pegawai JKM yang menerima maklumat kejadian berkenaan.


Pegawai JKM Daerah Alor Gajah, Shahwati Shahbudin, berkata pihaknya membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah dan memberi mangsa perlindungan sewajarnya sementara siasatan dijalankan. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Air Shaifuddin Saharuddin, yang dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan daripada JKM berhubung kes berkenaan.





Pelajar saman kolej RM5 juta



2010/04/08

KOTA BHARU: “Tindakan saman ini sebagai pengajaran berikutan kecuaian pengurusan kolej menyediakan aspek keselamatan kepada pelajarnya hinggakan anak saya trauma,” kata seorang bapa di luar Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Berikutan itu, seorang pelajar sebuah kolej kejururawatan di sini, memfailkan saman berjumlah RM5 juta untuk menuntut ganti rugi berikutan kecuaian kolej terbabit hingga menyebabkannya menjadi mangsa rogol di sebuah asrama Tanjung Mas, Februari lalu.


Berdasarkan saman yang difailkan peguamnya, Mohd Zubairi Salleh, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi jam 2.30 petang semalam, pelajar berusia 24 tahun itu menamakan Masterskill (M) Sdn Bhd sebagai defendan.


Plaintif menuntut ganti rugi teladan RM3 juta, ganti rugi am, faedah ke atas penghakiman pada kadar lapan peratus setahun dari tarikh 10 Mac 2010, selain kos dan ganti rugi yang dianggap sesuai oleh mahkamah.


Mengikut tuntutan terbabit, kejadian rogol itu berlaku jam 8.15 pagi pada 9 Februari lalu ketika plaintif yang juga pelajar tahun pertama Diploma Kejururawatan berada di sebuah bilik asrama kolej di Tanjung Mas.


Dia yang tinggal bersama lima rakannya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menceroboh asrama itu dan memasuki biliknya sebelum keluar selepas gagal mencari pelajar bernama Serena.


Plaintif kemudian menuju ke bilik air untuk mandi dan tiba-tiba lelaki terbabit menolak pintu bilik air dan masuk ke dalam serta mengacukan pisau sebelum merogol mangsa di situ.





Cubaan berzina

Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my
2010/04/08

SHAH ALAM: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pasangannya yang juga pelajar tingkatan empat mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan persiapan melakukan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh lelaki yang berumur 19 tahun, manakala pasangannya berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka semalam.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai persiapan melakukan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, pada jam 5 petang, 2 Mac 2008.


Bagi pertuduhan itu, pasangan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 26 Enakmen Jenayah Selangor 1995 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau sebatan sehingga enam kali atau kombinasi ketiga-tiga hukuman berkenaan.


Pihak pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Muhammad Nazri Basrawi, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Justeru, Hakim Syarie, Abu Bakar Mohd Daud menetapkan 19 Mei depan bagi sebutan semula selepas kedua-dua tertuduh memohon menangguhkan kes itu bagi membuat rayuan secara bertulis kepada mahkamah.

Selain itu, mahkamah menetapkan setiap tertuduh dikenakan jaminan RM3,000.




'Tengku’ kaki belit

Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my
2010/04/08

KUALA LUMPUR: Mengaku cucu sultan, seorang lelaki bijak menggunakan kata-kata menipu rakan dikenalinya melalui laman sembang Facebook menginap di hotel mewah dan mengadakan parti hinggakan semua mangsa kini menjadi buruan hotel bertaraf lima bintang berkenaan kerana gagal membayar bil.

Bagaimanapun, ‘Cucu Sultan’ putar belit berusia awal 20-an itu akhirnya tumpas apabila dia yang menjadi buruan polis kerana kesalahan menipu dipercayai membabitkan wang lebih RM300,000 ditahan di sebuah kedai makan di Shah Alam, baru-baru ini.


Lelaki terbabit dipercayai menggunakan taktik di menjadikan rakan dikenalinya dalam laman sembang Facebook sebagai mangsa penipuan.


Menurut seorang mangsa dikenali sebagai Zul, 28, dia pada mulanya mengenali lelaki berkenaan dalam laman Facebook dan lelaki terbabit mendakwa kerabat diraja dan sejak itu mereka menjadi rakan.


“Secara kebetulan, saya dan 13 lagi rakan menganjurkan satu percutian di Kota Kinabalu, Sabah Oktober tahun lalu dan lelaki berkenaan yang mengetahui rancangan kami mahu turut serta,” katanya.


Menurutnya, pada mulanya dia hanya menganggap lelaki digelar ‘Tengku’ itu bergurau, namun terkejut apabila dia keesokannya menghubungi memberitahu turut berada di Sabah.

“Saya menerima panggilan Tengku yang mengatakan berada di Sabah dan menginap di sebuah hotel mewah.


“Selain itu, dia turut menjemput saya dan 13 rakan lain ke parti sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya kebetulan jatuh pada hari sama,” katanya.


Katanya, ketika tiba di hotel itu, mereka terkejut kerana parti dianjurkan itu sangat meriah dan mewah, menambahkan keyakinan mereka kepada lelaki berkenaan.


“Kami dilayan seperti orang kenamaan dan ‘Tengku’ mengatakan dia akan menanggung segala kos selain meminta kami tidak perlu bimbang.


“Tidak cukup dengan itu, dia minta kami berpindah dari hotel lama ke hotel terbabit dan mendakwa segala kos ditanggungnya,” katanya. Menurutnya, kerana terpengaruh dengan kata-kata itu, dia dan rakan mengikut kehendak lelaki terbabit kerana menyangkakan dia benar-benar ikhlas.



Sheila mahu besarkan sendiri anak luar nikah



2010/04/14

JAKARTA: Walaupun Sheila Marcia lega apabila vokalis kumpulan Drive, Anji, mengaku menjadi bapa anak dilahirkannya, aktres itu bertegas enggan berkahwin dengan lelaki terbabit.

“Saya dan ibu lega akhirnya Anji mengaku menjadi bapa kandung anak saya, Leticia, tapi ingin ditegaskan di sini, saya yang mengandungkan bayi ini sembilan bulan dalam penjara.


“Justeru, jangan ada sesiapa menyangka boleh mengambil Leticia daripada saya,” katanya semalam.


Sheila dibebaskan dari penjara awal Februari lalu selepas didapati memiliki dadah dalam serbuan polis di sebuah apartmen di Jakarta tahun lalu.


Anak luar nikahnya, Leticia Charlotte Agraciana , dilahirkan pada 24 Februari.


Walaupun didesak, Sheila enggan menyatakan siapa bertanggungjawab menghamilkannya sehinggalah minggu lalu Anji tampil membuat pengakuan.


Kata Sheila, kini Leticia adalah segala-galanya.


“Ada suami atau tidak, ia bukan masalah selagi Leticia ada di sisi saya,” katanya.


Menurut Sheila, bayi itu dinamakan Leticia yang membawa maksud ‘kemaafan’.

“Saya memang memaafkan Anji sejak lama dulu dan tak pernah memintanya membuat pengakuan terbuka,” katanya. - Agensi.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan