Isnin, 21 Disember 2015

KEPENTINGAN TIDUR WAKTU MALAM

10 KEBAIKAN CUKUP TIDUR WAKTU MALAM


10 KEBAIKAN CUKUP TIDUR WAKTU MALAM
10 KEBAIKAN CUKUP TIDUR WAKTU MALAM
Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam setiap malam berisiko mendapat banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.  Mungkin ini adalah salah satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit dan mudah jatuh sakit
antara 10  kebaikan cukup tidur ialah:
1. Jantung sihat
Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat dan cergas.
2. Mencegah kanser
Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

3. Kurangkan stres
Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.


10 KEBAIKAN CUKUP TIDUR WAKTU MALAM

4. Kurangkan keradangan
Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.
5. Menyegarkan badan
Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.
6. Menguatkan ingatan
Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.
7. Membantu menurunkan berat badan
Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.
8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif
Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam bagi mengembalikan tenaga.
Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.
9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)
Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.
10. Membantu memperbaiki sistem badan
Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

Jadi Ubah Sikap Anda Jika Suka Mengamalkan Tidur Lewat!!! Kerana Ia Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda Dan Untuk Jangka Masa Panjang , Amalkan Tido Yang Secukupnyaa Hargailah Kesihatan Anda!! =)
Sumber Masalahwanita
KEPENTINGAN TIDUR MALAM
Tidur yang paling penting ialah tidur pada waktu malam. Allah berfirman: ?Dan Dia telah menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki).? (Al-Furqan 25:47)
Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia untuk menerima tekanan yang berlebihan di waktu malam. Hal ini disebabkan, hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam justeru, melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam, di samping membebankan jantung.
Pakar-pakar dari Yayasan Jantung Britain bersetuju dengan pandangan ini kerana secara dasarnya, tekanan akan membebankan jantung dan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung. Gangguan tidur disebabkan oleh perubahan syif kerja merupakan sebahagian daripada tekanan yang boleh mengganggu fungsi jantung.
(Dari buku 'Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin) 



TAUTAK? - Kebaikan Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi

TAOTAUAJER - Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu diantara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit.
Di dalam kehidupan yang serba moden dan ditambah pula dengan kepadatan jadual hidup, agak sukar bagi kita untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
Mari kita lihat kebaikan tidur yang mencukupi:
Jantung yang sihat
Kajian menunjukkan serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurangnya tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam diantara 7 hingga 9 jam adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.
Mencegah kanser
Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja secara syif khususnya sangat berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.
Mengurangkan stres
Apabila tidak cukup tidur di waktu malam, keesokanya badan akan cepat merasa letih dan secara tidak langsung akan meningkatkan tekanan darah. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Kesan stres pula akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.
Kurangkan keradangan
Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan di dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.
Menyegarkan badan
Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.
Mengurangkan risiko kemurungan
Tidur malam yang cakup juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7 hingga 9 jam setiap malam.
Menguatkan memori
Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa kita sedang tidur, otak akan memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.

Tidur sebentar di waktu siang lebih sihat dan produktif
Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR Ibnu Abbas) 

Kepentingan Tidur Yang Mencukupi

TIDUR mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar merehatkan tubuh sahaja. Seseorang yang kurang tidurnya boleh menyebabkan memori otak terganggu, bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain. Hasil kajian yang pernah dijalankan oleh beberapa kaji selidik menunjukkan tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tetapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang tidur lebih lama akan mengeluarkan hormon stress yang tinggi dikenali sebagai kortikosteron sehingga mengganggu pembiakan sel di otak orang dewasa.
Umumnya, waktu tidur normal seseorang adalah antara tujuh (7) jam sehari. Namun, ramai orang yang hanya menghabiskan waktu istirehatnya hanya lima (5) jam sahaja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh menambahkan lagi risiko masalah kardiovaskular. Kardiovaskular merujuk kepada risiko besar terhadap gangguan jantung dan pembuluh darah sehingga menyebabkan denyutan jantung berfungsi secara tidak normal.
Oleh itu, tidur merupakan penyembuh yang baik dalam menangani masalah ini. Pertumbuhan organisme tubuh mulai berlaku semasa kita sedang tidur. Contohnya, tidur boleh mempertingkatkan hormon pertumbuhan dan menggantikan sistem imune kita. Orang dewasa yang mengalami keadaan kurang tidur akan menyebabkan berlakunya depresi berat. Depresi merupakan gangguan mental yang setiap manusia di muka bumi ini berpeluang mengalaminya. Dalam keadaan kurang tidur yang teruk akan menyebabkan depresi semakin bertambah. Ini ditambah pula dengan keadaan otak yang tidak boleh berfikir dengan baik menyebabkan banyak kes bunuh diri terjadi.
Tahukah anda? Tidur dalam keadaan lampu terpasang atau menyala juga akan memudaratkan kesihatan anda. Pelbagai penyakit yang menakutkan boleh terjadi kepada orang yang suka tidur dengan lampu menyala. Antara penyakit paling kronik adalah PENYAKIT LEUKIMIA dan KANSER. Sememangnya kita sering menganggap perkara tersebut adalah satu perkara remeh kerana kadang-kadang kita juga akan terlupa untuk menutup lampu bilik semasa kita tidur.
2Hasil kajian para ilmuwan menunjukkan tubuh memerlukan suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan penyakit. Penyalaan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin di dalam tubuh badan. Melatonin adalah hormon yang dibuat oleh kelenjar pineal iaitu kelenjar kecil yang terdapat di otak. Melatonin membantu mengendalikan kitaran semasa tidur dan bangun dari tidur. Hormon ini dapat menghentikan atau melambatkan penyebaran kanser, menyebabkan sistem kekebalan tubuh lebih kuat atau melambatkan proses penuaan atau dengan kata lain mampu menjaga kekebalan tubuh daripada pelbagai jenis serangan penyakit.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan sekaligus mencegah pertumbuhannya. Menurut Prof. Russle Reiter dari Universiti Texas, beliau menyatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama satu (1) minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
3Selain itu, jumlah anak-anak yang menghidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir, di mana sekitar 500 remaja di bawah umur 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan dianggarkan 100 orang meninggal dunia. Sebuah persidangan berkaitan dengan anak penderita leukimia telah diadakan di London, di mana mereka menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu semasa waktu tidur berbanding dengan yang tidur pernah memasang lampu. Ini menunjukkan penghasilan melatonin secara normalnya berlaku antara jam 9.00 malam sehingga 8.00 pagi. Hasil kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan golongan yang paling mudah diserang penyakit adalah para pekerja shif yang berpotensi terkena kanser payu dara berbanding golongan buta yang tidak terdedah dengan cahaya menyebabkan golongan ini mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap kanser.
4Dari Abu Salim r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu”. Risau bukan bila mengetahui tentang risiko berbahaya yang akan menyerang tubuh kita apabila memasang lampu semasa tidur. Selama ini bagi mereka yang sememangnya takut pada kegelapan mungkin merasa selamat apabila memasang lampu semasa tidur tetapi kesan jangka panjangnya lebih membahayakan kesihatan anda semua. Oleh itu, kepada golongan yang tidak boleh tidur dalam keadaan gelap, disarankan agar mereka memulakannya dengan menggunakan lampu yang suram atau malap terlebih dahulu. Setelah biasa dengan keadaan tersebut, bolehlah mencuba untuk memadamkan terus lampu tersebut. Ini bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang baik pada tubuh tetapi juga menyebabkan tidur anda lebih nyenyak dan selesa. Secara tidak langsung dapat menjimatkan bil-bil elektrik anda dan menyahut seruan kerajaan mengamalkan langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah.
Sekian, wallahualam.
Coretan:
NORZAHRIYATI AINI BINTI ABDUL MAJID
BAHAGIAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
Kredit to:
1. Laman web: http://sihatceria.com/info/2013/03/bahaya-tidur-dalam-keadaan-lampu-menyala;
2. Laman web: http://logilmu.blogspot.com/2012/10/manfaat-tidur-malam-tanpa-lampu.html

Kebaikan Tidur: Kanser, Hati, Usus, dan Peparu?


Kebaikan TidurTidur adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bagi yang gila kerja ini adalah satu kekurangan. Bagi yang sukar tidur atau menghadapi insomnia, keupayaan untuk tidur adalah satu dambaan. Tidur merupakan satu aktiviti yang boleh membantu kesihatan tanpa kita perlu berbuat apa-apa.
Saranan yang biasa kita dengar adalah untuk tidur 8 jam sehari. Namun begitu, ada kajian menunjukkan tempoh optimum untuk tidur adalah daripada 6 hingga 6.5 jam sehari, disertakan sekali dengan setengah jam pada waktu tengah hari. Lebih mahupun kurang daripada saranan akan menyebabkan tubuh berasa lesu dan minda hilang fokus.
Tanpa kita sedari, tubuh kita melakukan proses pemuliharaan dan pembakaran bahan dalam tubuh semasa kita tidur. Seperti mana sebuah komputer sering melakukan maintenance apabila tidak melakukan apa-apa atau membuka aplikasi penting, begitu juga pentingnya waktu tidur.
Tidur yang secukupnya adalah penting bagi memastikan organ-organ berfungsi dengan baik. Jika tidak, racun-racun toksin dalam tubuh tidak dapat dicerna dan dikeluarkan.

Apa yang berlaku sementara kita tidur?

Banyak yang sedang dilaksanakan organ-organ tubuh pada masa yang kita sangka tidak ada apa-apa lagi sedang berlaku. Pada masa tidur,, proses nyahtoksin sedang berlangsung di bahagian hati, hempedu, dan paru-paru. Ketika proses nyahtoksin berlaku di paru-paru, kita akn terasa ingin batuk yangagak kuat. Elakkan mengambil ubat batuk pada waktu ini kerana ia boleh mengganggu proses nyahtoksin. Akhir sekali akan berlakunya proses nyahtoksin di usus besar. Ini antara punca ramai sering ingin membuang air selepas bangun tidur.
Selain proses nyahtoksin, pada waktu tidur juga berlakunya proses sum sum tulang menghasilkan darah.

Keburukan tidur lewat

Perkara ini sering dianggap remeh, terutama sekali jika tersangkut dengan sebuah cerita menarik di televisyen, sedang berada di babak kemuncak pada permainan video, serta mempunyai acara dan perjumpaan penting keesokan harinya.
Namun begitu, ia sepatutnya tidak dianggap remeh. Hal ini kerana jika dijadikan amalan, keburukan lewat tidur ini akan memakan diri si pengamal dan memberi kesan buruk pada kesihatan serta tubuh badan mereka.Amalan lewat tidur dan bangun lambat juga antara punca berlakunya kerosakan organ hati (liver) selain pemakanan.
Tambahan itu, jam biologi badan akan menjadi keliru. Ia akan mengkucar-kacirkan sistem lain, justeru tidak perlu hairan apabila pemakanan menjadi tidak seimbang dan diserap dengan baik, glukosa dalam darah meningkat serta berlaku kerosakan pada tahap metabolisma. Seperti sebuah kilang, setiap proses mempunyai waktu-waktu optimum untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Apabila waktu-waktu tersebut menjadi tidak menentu, maka proses-proses tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisien.

Kebaikan tidur awal

Berat badan yang seimbang

a) Tidur awal memungkinkan unutk bangun awal, justeru pasti akan bersarapan dan mengelakkan makan lewat malam. Makan lewat malam tidak elok kerana metabolisma badan berada pada kadar yang rendah pada waktu malam berikutan tubuh memikirkan malam sebagai waktu untuk berehat dan memulihara, bukan untuk ‘bekerja’ dan membakar tenaga.

Kurang risiko kanser

b) Amalan bekerja hingga lewat malam bermakna tubuh lebih terdedah kepada cahaya bukan sahaja siang tetapi hingga ke malam. Pendedahan kepada cahay untuk tempoh yang lama akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin berperanan membantutkan pertumbuhan tumor kanser disamping menyebabkan rasa mengantuk. Oleh itu, amalkan tidur tanpa membuka lampu agar tubuh boleh menghasilkan melatonin secukupnya.

Menguatkan daya ingatan

c) Tidur yang berkualiti boelh menguatkan daya ingatan. Hal ini disebabkan mimpi pada kelazimannya adalah ulangan apa yang telah terjadi. Semasa tidur, walaupun badan tidak bergerak atau bekerja, otak masih lagi menjalankan tugas memproses pengalaman dan pembelajaran.

Kebaikan tidur mengiring ke kanan

Bagi para muslimin dan muslimat, terdapat satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang menyatakan adalah sunnah untuk berbaring mengiring ke kanan.Antara hikamh-hikmah yang dikatakan adalah:

Merehatkan bahagian kiri otak

Ini bergantung kepada bahagian mana lebih dominan untuk manusia. Bagi yang dominannya kanan, bahagian kiri otak yang mengawal pergerakan motor tubuh kanan. Dengan tidak menghempap bahagian otak kiri, kita dapat mengelakkan daripada bahaya akibat perederan darah pada bahagian tersebut. Dengan itu, kita dapat mengelakkan pembekuan darah, lemak, sisa toksin, serta pengurangan risiko atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah pada bahagian dominan.

Melindungi kesihatan peparu.

Peparu disebelah kiri adalah lebih kecil daripada peparu disebelah kanan. Dengan mengiring ke kanan, ia tidak menjadi masalah dan tidak berlakunya tekanan. Lain pula sekiranya mengiring ke kiri, Peparu kanan akan menghimpap ke sebelah kiri, dan keadaan saiznya yang lebih kecil berbanding disebelah kanan emnyebabkan peparu sebelah kiri akan tertekan.

Merehatkan usus

Usus memegang peranan yang penting dalam tubuh sebagai pengkumuh serta penyerap nutrisi. Namun begitu, jarang sekali ia mempunyai masa untuk berehat dan pulih, hinggakan ramai yang menyimpan banyak toksin pada bahagian usus dan berlakunya kanser usus. Dengan berbaring mengiring ke kanan. Tidak berlakunya rembesan lebih kimia (yang boleh terjadi apabila tidur mengiring ke kiri)

Kesimpulan

Dengan itu, masalah sukar tidur haruslah dibendung dan amalan tidur yang sihat perlu dimulakan secepat mungkin. Sudah terbukti tidur bukan sahaja aktiviti untuk menghilangkan keletihan, malah menyimpan pelbagai kebaikan untuk kesihatan diri. Seperti mana-mana aktiviti, jangan dilakukan berlebihan, jangan pula terlalu kurang.

Sumber:

  • http://harianislam.com/2013/03/08/keburukan-tidur-lewat-dan-bangun-lambat/
  • http://sitik.wordpress.com/2012/12/02/10-kebaikan-cukup-tidur-malam/
  • http://psikotube.blogspot.com/2012/11/9-kebaikan-tidur-mengiring-ke-kanan.html

Kepentingan Tidur Malam


Penting sangatkah waktu tidur? Jawapannya YA. Tidur memanglah tersangatlah penting kerana badan kita perlukan rehat.  Rehat bagi tubuh kita adalah tidur. Tidur pada waktu yang normal yang biasanya 6 hingg 8 jam. Pada tempoh ini berlakunya banyak proses biologikal terutama detoksifikasi atau penyikiran toksin daripada abdomen-abdomen tertentu. Bayangkan jika kita tidak tidur, maka tiadalah toksin yang disingkirkan.
 

Pukul 9 - 11 malam
Masa sesuai untuk badan membungan segala toksin. Pada masa ini, kita seharusnya berada dalam keadaan yang relaks.

Pukul 11 malam - 1 pagi
Proses detoksifikasi berlaku dalam hati dan proses ini berlaku semasa kita sedang tidur.

Pukul 1 - pagi
Proses detoksifikasi dalam hempedu yang juga semasa kita sedang nyenyak tidur.

Pukul 3 - 5 pagi
Proses detoksifikasi dalam paru-paru dan biasanya pada waktu ini ada sesetengah orang akan mudah terbatuk.

Pukul 5 - 7 pagi
Proses detoksifikasi dalam usus besar pula berlaku.

Pukul 7 - 9 pagi
Penyerapan nutrien dalam usus kecil. Pada masa ini kita seharusnya mengambil sarapan pagi. Sarapan juga penting bagi permulaan pagi anda yang penuh ceria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan