Jumaat, 6 Mac 2015

HATI2 BERWALA'....BETULKAN NIAT KITA...JANGAN KITA TAKBUR AKHIR MASUK KUBUR GAK...JANGAN LEBEL2KAN ORANG...KITA BAIK SANGAT KE...AKAN DATANG KITA TAK TAHU....JANGAN PULAK KITA MENDAHULUI TAKDIR PULA

Kelantan Dalam Sejarah: Dari Batu Asas Kepada Batu Nesan, PAS Kecundang PRN Kelantan 1978

Lawan Gang 16
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah melalui detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato  ‘tangan keramat yang menyelamatkan Kelantan dari tergadai’ oleh Haji Muhamed Nasir sambil menggenggam penumbuknya dalam Pilihan Raya Negeri  Kelantan 1978. Ini kisah di sebalik pidato itu.
Pada 12hb Februari 1978, perintah darurat di Negeri Kelantan telah ditarik balik oleh Yang DiPertuan Agong. Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed selaku Timbalan Perdana Menteri dalam satu perhimpunan di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu.
Kelantan telah diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) melalui Akta Kuasa-Kuasa Darurat Negeri Kelantan (1977) sejak 8 November 1977, setelah berlaku rusuhan politik di beberapa jajahan di Kelantan.





Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Rusuhan politik itu berpunca dari perpecahan dalaman parti PAS yang memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1959.Pada 1 Julai 1974, Barisan Nasional didaftarkan dan PAS bertanding dalam pilihan raya umum ke empat pada 24hb Ogos 1974 sebagai komponen BN. PAS menang 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, UMNO 13 dan MCA satu. Muhamed Nasir yang mewakili PAS telah dipersetujui oleh BN sebagai Menteri Besar Kelantan ke tiga sejak pilihan raya 1959.Bagaimanapun, menjelang September 1977, perasaan tidak puas hati pimpinan PAS Kelantan terhadap Muhamed Nasir memuncak. Ini berpunca dari beberapa tindakan Muhamed Nasir yang menimbulkan rasa tidak senang hati ‘gang 16’ termasuk Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri bin Muda dan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ishak Lotfi bin Omar. Kedua-dua, Asri dan Ishak Lotfi adalah bekas Menteri Besar Kelantan.
Muhamed Nasir mendakwa ‘gang 16’ menerusi pentadbiran terdahulu bertindak tanpa memperdulikan kepentingan rakyat Kelantan dan beliau berazam untuk memperbetulkan kesilapan lampau PAS itu.





Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Antara tindakan Muhamed Nasir ialah, menarik balik pajakan tanah hutan seluas 350,000 ekar yang diberikan kepada Syarikat Timber Mines dari Singapura dan juga membekukan pemberian tanah seluas 240,000 ekar kepada syarikat dari Kanada. Kedua-dua pajakan ini telah diluluskan oleh Menteri Besar PAS terdahulu sebelum mereka menyertai BN.Pada awalnya, PAS Kelantan telah mengarahkan Datuk Haji Muhamed bin Nasir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebelum 20hb September 1977. Bagaimanapun akibat dari keengganan Muhamed, beliau telah dipecat sebagai ahli PAS dan satu undi tidak percaya telah dibawa oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS ke atas beliau selaku Menteri Besar.Ini menimbulkan ketegangan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Beberapa siri rapat umum dan perhimpunan raksasa telah dibuat di sekitar Kelantan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi menunjukkan kekuatan masing-masing dan juga bagi mendapat simpati serta sokongan.
Pada 15hb Oktober 1977, DUN Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya kepada Muhamed Nasir. 20 ADUN PAS menyokong manakala 13 ADUN BN dan seorang ADUN MCA bertindak keluar dewan.
Muhamed Nasir sendiri bertindak keluar Dewan dan kemudiannya telah mengadap Pemangku Sultan Kelantan di Istana Mahkota Kubang Kerian. Beliau difahamkan telah menasihatkan supaya DUN Kelantan dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya negeri di adakan. Pihak PAS juga difahamkan memohon mengadap bagi meminta seorang Menteri Besar baru dilantik dari kalangan ADUN PAS.
Dalam pada itu rusuhan telah tercetus di Kota Bharu. Pihak Polis dengan bantuan Pasukan Pencegah Rusuhon terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan. Empat hari kemudian perintah berkurung di isytiharkan.





Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Bagaimanapun perintah berkurung itu tidak dapat meredakan keadaan. Kedua-dua pihak terus mengambil kesempatan untuk mengadakan provokasi terhadap satu sama lain. Pada malam 22hb Oktober 1977, rumah bekas Timbalan Menteri Besar telah diserang perusuh menyebabkan beliau terpaksa melepaskan tembakan amaran.Pada 8hb November 1977, YAB Perdana Menteri, Datuk Hussein bin Onn telah membentangkan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 di Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut telah dibahaskan selama hampir tujuh jam oleh lebih 20 orang ahli Yang Berhormat. Akhirnya ia dibawa untuk pengundian dan diluluskan dengan 118 menyokong manakala 18 ahli menentang.Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di letakan dibawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana Menteri telah melantik Encik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN. Perdana Menteri juga meminta Datuk Haji Muhamed bin Nasir untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Muhamed Nasir telah menubuhkan sebuah parti politik baru bernama BERJASA yang turut disertai oleh penyokong-penyokongnya dari PAS.
Dengan penarikan balik perintah darurat pada 12hb Februari 1978, Encik Hashim bin Aman telah menandatangani surat perletakan jawatannya sebagai Pengarah MAGERAN dan menyerahkan tangungjawab mentadbir negeri sepenuhnya kepada Haji Muhamed Nasir, selaku Menteri Besar.
Pada 13hb Februari 1978, Pemangku Sultan telah berkenan membubarkan DUN Kelantan atas nasihat Menteri Besar. Suruhanjaya pilihan raya kemudiannya menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya negeri Kelantan pada 11hb Mac 1978.BH 14Feb1978-1
Pilihan raya Negeri Kelantan melihatkan pertandingan sengit di antara PAS, BN dan BERJASA.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan bahawa BN dan BERJASA akan bergabung untuk menubuhkan kerajaan campuran sekiranya PAS gagal mendapat majoriti.
Seramai 321,669 penduduk Kelantan layak membuang undi. Pilihan raya negeri ini amat penting untuk PAS dan juga UMNO. PAS Kelantan yakin akan dapat mempertahankan kerajaan dan percaya krisis dalaman parti ini tidak akan menjejaskan peluang parti tersebut. Sebaliknya PAS mengharapkan keputusan cemerlang bagi membantu mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri Kedah, Perlis dan Terengganu.
UMNO pula berdepan dengan ujian yang akan menunjukkan sikap orang-orang Melayu terhadap parti itu terutamanya setelah kes pecah amanah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun bin Idris dan pergolakan politik yang melibatkan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. UMNO mensasarkan BN akan memenangi 18 kerusi, penambahan 4 kerusi dari yang dimenanginya dalam PRU 1974, ketika PAS bersama BN. Bagi menubuhkan kerajaan, UMNO amat bergantung kepada prestasi BERJASA.
Akhirnya pengundi-pengundi di Kelantan telah membuat keputusan yang melihat PAS tersingkir dari tampuk kuasa setelah 20 tahun memerintah Kelantan. Keputusan pilihan raya negeri 11hb Mac 1978 menyaksikan BN memenangi 23 kerusi dan Berjasa 11 di dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi.NST 13mac1978-1
PAS hanya memperolehi dua kerusi seolah batu nesan untuknya, satu untuk kepala dan satu untuk kaki jenazah parti PAS.
Pengerusi BN, Datuk Hussein Onn mengumumkan BN akan menubuhkan kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob atau lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Datuk Haji Mohamed bin Nasir pula telah di lantik sebagai senator dan menjadi Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.
Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri pula mengumumkan perletakan jawatan enam pimpinan PAS Kelantan termasuk pesuruhajaya PAS Kelantan, Datuk Ishak Lotfi.
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah melalui detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato Haji Muhamed Nasir sambil menggenggam penumbuknya,





Datuk Muhamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan, 1974 - 1978.
Datuk Muhamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan, 1974 – 1978.
“Tangan keramat inilah yang selamatkan Kelantan dari di gadai…” kata Muhamed Nasir merujuk kepada kerakusan pentadbiran PAS terdahulu memberikan pajakan tanah hutan dan lombong kepada orang asing.“Saya adalah sebahagian dari rakyat, dan bersama dengan rakyat kita akan hancurkan anasir-anasir jahat ini,“Setiap inci Negeri Kelantan adalah milik rakyat Kelantan dan hendaklah digunakan untuk manfaat rakyat,” kata bekas Menteri Besar itu.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi pengarang, ia tidak semestinya mewakili pandangan Sokmo.Net. Sebarang pandangan/artikel balas boleh dihantar ke admin@sokmo.net. Terima kasih.


 

FB klon: Wanita trauma dimaki dan diancam bunuh



KUALA LUMPUR: Segalanya dikatakan bermula pada 22 September 2013, selepas seorang penasihat usahawan, Siti Hajar Aladin menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook.

Di dalam surat itu, Siti Hajar meluahkan perasaannya mengenai keperitan kehidupan rakyat di negara ini terutama kepada golongan anak muda selepas pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada waktu tersebut.

Surat terbuka kepada Najib yang dikatakan menjadi permulaan segala masalah kepada Siti Hajar - Gambar Facebook Siti Hajar

Ketika meluah masalahnya kepada Astro AWANI, Siti Hajar memberitahu, hidupnya selepas itu mula terganggu selepas menyedari kewujudan akaun Facebook klon yang menulis pelbagai catatan negatif yang menyentuh isu perkauman, negara termasuk hal melibatkan pasukan bola sepak yang boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif masyarakat kepadanya.

"Macam-macam ancaman sudah saya terima. Akaun palsu itu mula disedari selepas saya menulis surat terbuka berkenaan.

"Pada mulanya akaun itu menghantar beberapa mesej lucah kepada beberapa lelaki dan memburukkan saya, hairannya pemilik akaun klon itu mempunyai semua butiran mengenai saya," katanya.

Pada mulanya kata Siti Hajar, dia membiarkan sahaja situasi itu walaupun beberapa sahabat sudah menasihatinya untuk membuat laporan kepada agensi berkuasa.

Akaun palsu Siti Hajar yang banyak membuat provokasi dan menyebabkan Siti Hajar diancam - Gambar Facebook Siti Hajar

"Akaun palsu itu pada mulanya hanya mencatat status biasa-biasa sahaja sehinggalah ada ketika menulis catatan yang melibatkan keharmonian semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

"Mula-mula saya malas melayan tetapi nampaknya status akaun ini semakin kritikal sehingga saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada April tahun lepas," jelasnya.

Katanya lagi, dia mula menerima pelbagai ancaman selepas akaun palsu berkenaan mula mencatat status mengenai Sabah dan Sarawak.

"Pada masa itu saya menerima serangan yang sangat teruk, orang ramai tidak dapat membezakan akaun asli atau palsu.

"Saya buat satu lagi laporan polis pada September tahun lepas namun malangnya saya dimaklumkan apa yang terjadi adalah di luar kuasa mereka," ujarnya.

Kehidupan semakin terancam

Siti Hajar memberitahu, dia semakin trauma selepas menerima jawapan menyedihkan daripada polis dan paling menyedihkan apabila Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) sendiri menyatakan kes itu di luar bidang kuasa mereka.

"Semua memberi jawapan di luar bidang kuasa. Aduan kepada SKMM sudah, aduan kepada polis pun sudah.

"Laporan pertama, polis meminta saya ke SKMM, apabila ke SKMM mereka kata ini di luar bidang kuasa, kata mereka Facebook ini di Amerika Syarikat (AS)," jelasnya.

Ujarnya, dia mengambil inisiatif untuk menghantar e-mel kepada Facebook namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

"Saya takut. Banyak kali saya hubungi polis dan pernah dinasihatkan untuk menutup akaun Facebook sebagai penyelesaian jika tidak tahan diancam.

"Saya pernah tutup akaun Facebook namun akaun palsu itu semakin mengganas dengan pelbagai catatan baharu yang menyakitkan hati pembaca serta boleh menimbulkan gangguan ketenteraman," katanya.

Catatan terbaharu Facebook palsu Siti Hajar yang menimbulkan provokasi kepada ketenteraman kaum di negara ini - Gambar Facebook Siti Hajar

Kata Siti Hajar lagi, kali terakhir dia membuat laporan polis adalah pada Ahad lepas selepas akaun palsu berkenaan mencatat status yang memprovokasi kaum India.

"Saya takut, saya terpaksa buat laporan lagi walaupun tahu mungkin tidak ada sebarang tindakan daripada polis. Saya diancam bunuh dan saya mohon mendapat sedikit perhatian.

"Saya tidak mahu jadi apa-apa kepada saya dan keluarga, saya kini buntu, tidak tahu apa yang perlu di buat dan mengharap segalanya berakhir dengan segera tanpa berlakunya sebarang kejadian yang tidak diminta," jelasnya. - Astro Awani

 Duta AS cedera dikelar di Korea Selatan
  • Duta AS cedera dikelar di Korea Selatan Keadaan Mark Lippert yang berlumuran darah - Foto AP
1 / 1
SEOUL - KOREA SELATAN.  Duta Amerika Syarikat ke Korea Selatan, Mark Lippert, 42, cedera dikelar oleh seorang penyerang ketika menghadiri majlis sarapan pagi di sini, hari ini.

Paparan gambar menunjukkan Mark sedang dikejarkan keluar dari bangunan terbabit dengan sebelah tangan di bahagian pipi kanannya manakala sebelah lagi tangannya berlumuran darah.

Menurut jurucakap Jabatan Negera Amerika Syarikat, kecederaan tersebut tidak mengancam nyawa duta berkenaan.

Penyerang yang dipercayai seorang lelaki berusia 55 tahun itu berjaya ditangkap pihak berkuasa.

Memetik laporan media tempatan, serangan itu berlaku kira 7.40 waktu tempatan semasa duta berkenaan menghadiri majlis sarapan pagi di pusat bandar Seoul Korea selatan.

Penyerang itu dilaporkan menjerit "Selatan dan Korea Utara perlu bersatu" sebelum mengelar duta berkenaan.

Sementara itu, Jabatan negeri Amerika Syarikat berkata: "Kami amat mengutuk perbuatan  keganasan ini," katanya dipetik BBC

Mark ialah bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan telah dilantik sebagai Duta Besar ke Korea Selatan pada tahun 2014.

Ibu muda ditemui mati sebelah bayi
PETALING JAYA - Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini malam tadi.
  
Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu kassim berkata, suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira 8 malam. 

Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya. 

Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh.

Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. 

Beliau berkata bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya. - Bernama


ISLAM ADALAH AGAMA HUJAH YG TIDAK MENUNTUT KETAATAN SECARA MEMBUTA-TULI
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata."
(Surah Yusuf Ayat 108)
Like ·
·
Ibu lega dapat jumpa Sirul

pada 04-03-2015 05:03 Ditulis Oleh Nurshakira Buang
Post Pic
KUALA LUMPUR: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen (IDC), Villawood, Sydney menyatakan kelegaannya selepas dipertemukan anaknya itu.
Piah Samad, 74, ketika berada di Australia sempat menyediakan makanan kegemaran untuk anaknya.
Kata Piah, sewaktu dipertemukan dengan anaknya itu Sirul ada meminta untuk beliau menyediakan masakan makanan kegemarannya iaitu rendang.
"Lega sikitlah dah tak bimbang sangat bila dah jumpa. sebelum ini tertanya mana dia (Sirul) pergi. Dia (Sirul) pun cakap macam mana keadaan saya (mak) di Malaysia. Saya cakap mak sihat.
"Dia pesan belikan biskut, keropok-keropok bagi pada dia, dia pesan juga buatkan rendang tapi ikut mak lah nak buat daging ke apa," kata Piah dipetik melalui video yang dimuatnaik di Youtube.
Dikesempatan itu juga Piah turut berpesan kepada Sirul agar tidak meninggalkan solat serta jangan berhenti berdoa.
"Sembang-sembang dengan dia tak ada (cakap) apa, cuma makcik pesan suruh dia sembahyang. Dia pun cakap tak berhenti solat di sini sebab duduk dengan orang Arab, solat sunat ini semua dia buatlah," jelasnya.
"Mak cik kata tak apalah banyakkan berdoa kepada Allah," tambah ibu tua itu.
Sementara itu adik perempuan beliau, Noriatin Umar, 37, juga turut berpesan sedemikian.
"Alhamdulillah Allah permudahkan jalan untuk kami bertemu dengan dia, dimana pun dia duduk ingat pada Allah," katanya.
Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar kini dilaporkan ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia atas sabitan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.
Sirul Azhar ditahan di Brisbane selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadap anggota UTK itu yang dijatuhi hukuman gantung atas sabitan kes bunuh pada 2006.
Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan