Jumaat, 6 Mac 2015

JANGAN KITA BERSIKAP BEGINI...DAH BERSEDIAKAH UNTUK BERJUMPA DENGAN ALLAH SWT....BOLEH JAWABKE DAN BERDALIH KE

12:32PM - 5 Mar 2015

Dr Asri gopoh dan memalukan, kata Kazim


Penceramah popular Datuk Kazim Elias menyelar kembali Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari”.

Malah, Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Ini kerana, Kazim berkata, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Asri (kiri) sebagai mufti dan dibuat tanpa peluang memberikan penjelasan, lapor Utusan Malaysia.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Umno itu.

'Hanya perbandingan'

Sementara itu, Kazim juga menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” yang disampaikannya hanya perbandingan.

Menurut Kazim, perbandingan itu dibuat kerana di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," Kazim dipetik sebagai  berkata dalam akhbar Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Kazim melahirkan rasa kesal apabila surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Katanya, ia seolah-olah menggambarkan beliau sering terlibat dengan penyebaran hadis yang salah.

"Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa.

"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya lagi seperti dilapor akhbar itu.


  4:47PM - 5 Mar 2015

Kazim malu dituduh periwayat hadis palsu


Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias menyifatkan tindakan mufti Perlis yang tidak bersetuju beliau dipilih menganggotai panel forum perdana hal ehwal Islam sebagai tidak adil dan memalukan dirinya.

Beliau berkata  Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan) mengeluarkan surat melalui Jabatan Mufti Perlis kira-kira dua minggu lepas bagi membatalkan beliau sebagai ahli panel forum yang diadakan sempena Hari Keputeraan ke-72 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Mei depan.

"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini.

"Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

"Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini.

Mohamad Kazim, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, diminta mengulas penyebaran surat berkaitan di media sosial sejak pagi semalam yang menyatakan Jabatan Mufti Perlis tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel forum berkenaan atas alasan sering menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.

"Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial," katanya.

Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan 'kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.'

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

"Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat," katanya.

- Bernama

‘Roti jala cicah kari’ hanya perbandingan, kata Ustaz Kazim





Saya kesal dengan penyebaran surat itu kerana ia tidak adil apabila tidak diberi peluang menawab tuduhan, kata penceramah popular Datuk Kazim Elias. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2015.Saya kesal dengan penyebaran surat itu kerana ia tidak adil apabila tidak diberi peluang menawab tuduhan, kata penceramah popular Datuk Kazim Elias. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2015.Penceramah popular Datuk Kazim Elias kesal dengan tindakan Jabatan Mufti Perlis menuduhnya 'sering terlibat dengan pembacaan riwayat palsu' dan menggunakan ia sebagai alasan menolaknya sebagai ahli panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam pada Mei ini, lapor Utusan Malaysia.
Menurut penceramah bebas yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim itu, riwayat atau hadis palsu yang disampaikan melalui ceramahnya sepertimana dibangkitkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hanya merupakan satu perbandingan.
"Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam, untuk bagi orang faham," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
Semalam, susulan tersebarnya surat rasmi Jabatan Mufti Perlis kepada pejabat menteri besar yang tidak bersetuju dengan pemilihan Kazim sebagai ahli panel forum tersebut, Asri tampil membuat kenyataan di laman sosial.
Surat itu menyatakan penolakan pemilihan Kazim sebagai ahli panel kerana beliau sering dilihat menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.
Dalam kenyataannya, Asri yang baru dilantik semula sebagai mufti Perlis awal Februari lalu, turut memuat naik dalam akaun Facebook miliknya, teks ceramah Kazim yang didakwa menggunakan riwayat palsu itu.
"Maka kenduri Rasullah yang paling mahal pula ialah roti jala yang dicelup dengan kuah kari. Maka bandingkanlah dengan kita," demikian petikan ucapan Kazim.
Mengulas perkara tersebut, Kazim berkata tindakan Jabatan Mufti Perlis menyebut 'riwayat-riwayat' palsu seolah-olah menggambarkan dirinya banyak kali membacakan hadis yang tidak benar.
Kazim dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia berkata tuduhan tersebut bukan saja menjejaskan kredibilitinya, namun beliau mungkin berdepan risiko tidak lagi dijemput memberi ceramah.
"Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis palsu yang didakwa. Jika benar saya sedia memberikan penjelasan," katanya.
Beliau mendakwa mengetahui mengenai pembatalan tersebut dua minggu lalu, namun tidak mahu menghebahkannya demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
Kazim berkata kenyataan Asri melabelkannya sebagai penceramah yang menggunakan hadis palsu sebagai tindakan memalukan dan gopoh.
Malah, beliau juga kesal, apabila tidak diberi peluang menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
"Apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal, kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan," katanya. – 5 Mac, 2015.
 
 
 





Korang Pasti Terkejut Beruk Selepas Lihat 6 Jenis Makanan Harian Tiruan Di China, #2 Jika Berlaku Di Malaysia Pasti Sangat BAHAYA!!!



Anda jangan tidak tahu bahawa sebenarnya bukan sahaja kasut sneakers dan juga handphone sahaja yang boleh diklon di China malah bahan makanan juga tidak kurang hebatnya. Kami dapat tahu mengenai perkara ini pun sudah rasa cukup bimbang. Makanan harian anda juga berpotensi untuk diklon jika anda berada di China.


1. Kacang Walnut


Untuk bahan pertama ini mungkin tahap peniruan bukanlah hebat sangat tetapi memang rasa tertipu jika anda jadi pembeli. Bayangkan anda memang kemaruk makan kacang ditambah dengan si isteri mengidam kacang walnut.

Sekali bila anda beli dan cuba mahu pecahkan kulitnya, hanya ketulan simen konkrit yang anda dapat.


2. Daging Khinzir Menjadi Daging Lembu

Ini sangat bahaya jika perkara yang sama terjadi di Malaysia. Memang jijik habis ini. Di China, ada sindiket yang menukarkan daging khinzir kepada daging lembu. Proses memerap dan menukar rasa daging tersebut pula,hanya mengambil masa 90 minit.


Dengan melalui beberapa proses yang disertakan dengan bahan kimia, hasil akhirnya nanti membuatkan rasa daging khinzir itu terus mati dan digantikan dengan rasa lembu sebenar. Bahaya sungguh!

3. Beras!

Cuba bayangkan, beras pun boleh diciplak. Melampau betul. Antara bahan yang digunakan di dalam penghasilan berasa tersebut adalah berasaskan plastik industi.

Malah lebih mengejutkan, menurut kenyataan rasmi Chinese Restaurant Association di sana, memakan tiga mangkuk nasi tiruan tersebut bersamaan dengan makan satu beg plastik. Lama-lama nanti, ia akan merosakkan sistem penghadaman makanan anda.

4. Susu Formula Bayi

Susu tiruan merupakan salah satu industri terbesar yang pernah dicatatkan di China malah lebih mengejutkan, ada di antara susu tiruan ini sebenarnya berjaya menembusi pasaran antarabangsa.


Risau juga kami memikirkan perkara sebegini. Pada tahun 2004, 60 orang bayi meninggal dunia akibat susu tiruan ini.

5. Mee Lilin?

Anda suka makan mee goreng mamak? Pada 2011, sebanyak 5.5 tan mee yang dibuat di China dirampas oleh kerana menggunakan bahan kandungan yang digunakan di dalam dakwat printer dan juga beberapa elemen lilin (wax) yang semestinya membuatkan sistem penghadaman anda bakal menghadapi masalah.


Jadi, adakah anda masih lagi penggemar mee?

6. Telur


Ya, isu telur tiruan pernah kecoh sebentar di Malaysia satu ketika dahulu. Melalui beberapa campuran bahan kimia, maka anda boleh hasilkan telur dan antara kes yang paling menarik pernah ditemui China, telur kuning yang siap direbus sepenuhnya tidak mudah pecah malah melantun pula.


Kadang-kala kesesakan dan kesempitan hidup membuatkan seseorang individu itu sanggup melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan apa yang kesan terhadap orang lain. Namun jika dilihat pada kes yang berlaku di China ini, kebanyakannya melibatkan kuantiti yang banyak setanding industri sebenar. Teringin juga kami mahu review makanan di sana.



sumber
 



 

MEMANG WUJUD 'BARUA' DALAM PAS - NIK ABDUH

Bukan lagi rahsia PAS apabila umum kini mengetahui kewujudan 'barua' di dalam parti Islam itu yang mahu memisahkan kepimpinan golongan ulama dan profesional.
Ia kembali hangat diperkatakan akhir-akhir ini apabila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz menyelar golongan berkenaan yang semakin galak menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau tegas mendakwa usaha itu wujud sekian lama.
Bukan itu sahaja, Nik Abdul turut menempelak beberapa pimpinan PAS yang lain yang cuba menyembunyikan hakikat kewujudan 'barua' sebagaimana yang pernah disebut Hadi pada Muktamar PAS, pada September tahun lalu.
“Bukankah ‘barua’ itu daripada kalam Presiden? Bukan­kah sebahagian kita telah berkalam biadab di depan Presiden?
“Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita sendiri. 
"Kita yang di ataslah yang me­mulakan fitnah dan kemelut yang bermula daripada ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’ yang berusaha memisahkan Almarhum ayahanda Nik Abdul Aziz daripada Presiden PAS sejak bertahun dulu,” katanya melalui kenyataan di laman Facebooknya baru-baru ini.
Pemilihan PAS yang akan berlangsung Jun depan menyaksikan Hadi diserang bukan sahaja daripada golongan profesional di dalam parti, malah menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyusun langkah menggulingkan pemimpin tersebut sejak 1998.
“Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.
“Petunjuk Allah adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin anda dilitupi debu dan asap. Justeru ‘Takutilah fitnah..’ dengan kembali mentaati Allah, al Rasul dan ‘ulil amri minkum’. Sunnah al khulafa’ al Rasyidin adalah petunjuk sepanjang zaman,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan