Khamis, 29 Januari 2015

INI CARANYA...KEMUNGKINAN....PANDAI ATAU BESOK DAH BESAR JADI SAMSENG











Ustaz Azhar Idrus
added a new photo.
2 mins ·
Like ·
· · 23343




Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat!

[fbcomments url="http://peadig.com/wordpress-plugins/facebook-comments/" width="375" count="off" num="3" countmsg="wonderful comments!"] 33

1MDB
Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat! : Berita Semasa sudah pun semak belum ada perkembangan berita berkenaan pinjaman hutang 1MDB Malaysia ini di mana-mana akhbar arus perdana seperti The New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro “lebih seronok cerita dalam kelambu” apatah lagi Utusan Malaysia jauh sekali, kerana tarikh 30 januari 2015 semakin hampir. Sudah jelaskan belum hutang?
Semakan Berita Semasa terhadap laporan berita terkini Bloomberg Business berkaitan perkembangan 1MDB mengatakan :

Laporan Berita Terkini Bloomberg Business : Status Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion?

Sepatutnya, 1MDb mesti bayar selewat-lewatnya hujung bulan januari ini. Tetapi sebaliknya telah berlaku di mana sekarang ini 1MDB sedang berusaha untuk mendapatkan satu lagi lanjutan pembayaran pinjaman iaitu sebulan lagi ke atas pinjaman hutang 1MDB bernilai RM2 bilion supaya 1MDB mempunyai cukup masa dan tempoh untuk menjual pegangan dalam unit tenaga yang dimiliki mereka pada ketika ini.
1MDB 2015
Jikalau diluluskan, ini bermakna 1MDB diberikan peluang dan lanjutan yang ketiga bagi pinjaman yang dibuat 1MDB melalui Malayan Banking Bhd dan RHB serta 3 peminjam yang lain.

Punca Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion Tidak Dijelaskan?

1MDB mencanang kepada seantero Malaysia bahawa anda, anda semua jangan risau, 1MDB tiada masalah untuk bayar pinjaman. Kata meraka aset yang dimiliki oleh 1MDB lebih daripada liabiliti mereka. Ok baik, anda berkemampuan, bayarlah. Tunggu apa lagi 1MDB? Mengapa masih terkial-kial bayar pinjaman hutang Maybank, RHB dan lain-lain?
Rakyat Malaysia tidak lupa apa yang terjadi kepada Renong / UEM / Timedotcom / Tri Resources semua “backed by assets” masa di puncak gawat 1998? Di mana mereka hari ini?
Tanyalah sesiapa kalangan yang berniaga waima apek di penjual ikan di Pasar Besar Selayang sekalipun, faktor paling penting untuk terus bertahan dalam perniagaan dan bisnes adalah…..
“Pengurusan modal kerja”
Nah….sekarang 1MDB sedang terpaksa mengemis tadah tangan minta tolong kepada taikun telekomunikasi negara, Tan Sri Ananda Krishnan. Apa sudah jadi 1MDB? Akhirnya yang untung siapa Ananda juga…..Selayaknyalah
BACA SINI : 
P/S : Minggu depan ini adalah minggu penting bagi ringgit Malaysia, sebab tempoh 1MDB bayar hutang pada 30 Januari 2015, jikalau tidak bayar juga, kemungkinan besar ringgit pun kena tempias.
PP/S : Ringgit Malaysia semakin sekarang sudah mula perlahan-lahan mendaki untuk menuju ke paras RM3.62 untuk setiap Dolar Amerika.

Penduduk Keramat tak iktiraf Badan Bertindak Datum Jelatek

Oleh: HAFIZAN TAIB
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Majoriti penduduk Taman Keramat dan sekitarnya tidak mengiktiraf Badan Bertindak Datum Jelatek yang ditubuhkan pihak tertentu bagi membantah projek dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di kawasan berkenaan.
Penduduk, Ismail Ibrahim, 52, berkata beliau sendiri tidak mengetahui berkenaan pertubuhan itu dan menganggap ia membelakangkan penduduk setempat yang mahukan pembangunan.
Katanya, dakwaan Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad, bahawa beliau mewakili sebahagian besar penduduk juga tidak boleh diterima kerana kebanyakan yang hadir dalam demonstrasi itu adalah orang luar.
Datum Jelatek“Kami penduduk tidak pernah melantik beliau sebagai wakil dalam hal ini. Saya sendiri tidak tahu berkenaan pertubuhan itu.
“Dari segi undang-undang, saya tak tahu kedudukan mereka. Saya rasa ia pertubuhan haram,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, andaian yang boleh dibuat hanya lebih kurang 10 peratus penduduk tempatan yang turut serta dalam demonstrasi itu.
Ismail berkata, pembinaan rumah mampu milik tidak lagi sesuai di Taman Keramat dan penduduk harus memikirkan kemajuan masa hadapan.
“Saya tak nampak kesesuaiannya, kita harus lebih maju. Rumah kami sendiri bertaraf tak mampu milik, buat apa nak minta pembangunan yang merendahkan diri.
datumjelatek02“Saya tidak menyokong atau membantah projek Datum Jelatek ini, tetapi apabila peluang datang mengapa dihalang, mungkin ada ruang untuk meraih peluang niaga di situ,” katanya.
Dr Ted Adzelan, 50, berkata penduduk menumpang tuah pembangunan Datum Jelatek melalui anak syarikat PKNS, DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) kerana nilai hartanah meningkat berlipat ganda.
“Datum Jelatek naik sahaja, hartanah yang kita ada akan naik tiga kali ganda daripada sekarang. Keramat sudah tiba masanya untuk diurbanisasikan dan projek ini sangat menarik,” katanya.
Faridah Khaidir Khan, 69, berkata sebagai penduduk asal Keramat, beliau menginginkan pembangunan itu diwarisi generasi akan datang dan menikmati hidup lebih maju serta berkualiti.
“Kalau buat rumah mampu milik, memang orang kita boleh beli empat atau lima tetapi disewakan kepada pendatang asing.
“Pemilik tidak akan tinggal di situ kerana mereka sudah maju dan berkerjaya. Maka, pembangunan ini tepat dan sesuai. Hanya mereka yang tidak faham sahaja membantah,” katanya.
-NFN-


13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.
Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.
Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.
Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.
Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.
Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.
Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.
Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut
Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai

1. “Hukum apa ini?” 2. “Hukum ini sudah lapuk.” 3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.” 4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.” 5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?” 6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?” 7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?” 8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.” 9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya. 10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Thursday, January 29, 2015


Ahmad Maslan kata harga minyak dijangka kekal di atas paras AS$40 setong tahun ini. Tapi..


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin harga minyak mentah dunia tidak akan jatuh ke bawah paras AS$40 setong pada tahun ini.

Beliau juga turut melahirkan keyakinan purata harga minyak mentah dunia bagi 2015 akan melebihi kajian semula unjuran purata yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini pada paras AS$55 setong. 

"Jika harga minyak jatuh di bawah paras AS$40 setong, syarikat pengeluar minyak tidak akan mampu menghasilkan minyak, kerana kos lebih tinggi daripada hasil.

"Saya yakin Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) juga tidak akan biarkan harga di bawah paras itu," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu bagi program 'Dalam Radar' Radio24, di Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad turut menyentuh kenyataan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan unjuran positif harga minyak mentah dunia pada separuh kedua tahun ini.

Mustapa yang menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini menyatakan para peserta forum itu bersependapat kejatuhan harga minyak dunia sekarang hanya bersifat jangka pendek dan mengunjur ia kembali pulih bermula separuh kedua tahun ini dengan unjuran harga sekitar AS$60-70 setong.

Justeru, Ahmad yakin unjuran semula harga minyak oleh kerajaan baru-baru ini adalah tepat, malah lebih rendah dari unjuran antarabangsa lapor The Malaysian Insider

Tapi itu.. Ahmad Maslan yang kata... kat bawah ni pulak apa yang 'Head of OPEC' kata..


DAVOS, January 21. /TASS/. The secretary-general of Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) Adballa Salem El Badri does not rule out a drop in oil prices below $40 a barrel.

“The oil market is oversupplied, while the demand is declining amidst weak economic growth forecasts,” he said at the World Economic Forum in Davos, Switzerland. He added that the crude oil prices might fall “to $40 a barrel and even below that level.”

The problem is that the plunge in oil prices was too sharp, and fundamental market indicators do not correspond to a 40-50% drop, Adballa Salem El Badri said ~ Itar TASS


Takkanlah Ahmad Maslan silap translate kot?



Apa sebenar terjadi kepada MH370?
  • MH370
1 / 1
KUALA LUMPUR - Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu?

Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan?

Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Kesemua soalan ini diajukan Bernama kepada pakar penerbangan, bekas kapten kapal terbang, ahli akademik dan pakar agama bagi merungkai misteri kehilangan pesawat ini yang masih lagi belum terjawab sehingga kini.

MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan kawasan pencarian, seorang pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, saiz sebuah pesawat B777 adalah sekitar 4,500 meter persegi, sementara luas kawasan pencarian adalah sekitar 59,600 kilometer persegi.

"Ini bermakna saiz pesawat tersebut hanyalah 0.078 peratus keluasan kawasan pencarian. Sedangkan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh pada kedalaman hanya 30m iaitu 0.5 peratus kedalaman pesawat MH370.

"Itu pun telah mengambil masa dua minggu untuk menjumpai bahagian ekor pesawat QZ8501 dengan banyak petunjuk seperti serpihan dan mayat yang terapung," katanya yang membandingkan operasi mencari MH370 dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Pesawat Airbus yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.
 4:32PM - 29 Jan 2015

Kesemua 239 orang diisytihar meninggal dunia


Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam pesawat penerbangan MH370 dianggap telah meninggal dunia.

Ketua Pengarah DCA,  Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan perkara itu melalui satu rakaman yang disiarkan melalui RTM jam 6 petang ini.

Menurutnya, perisytiharan itu akan dapat membantu para waris untuk mengemukakan tuntutan ganti rugi mereka.

Katanya, kerajaan Malaysia menganggap, para penumpang tersebut tidak mungkin akan dapat terus hidup di kawasan pencarian, di selatan Lautan Hindi, selepas 327 hari berlalu.

"Maka, dengan berat hati dan penuh dukacita, bagi pihak kerajaan Malaysia, kami dengan rasminya mengisytiharkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH370 merupakan satu kemalangan...

"...kesemua 239 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370 kehilangan nyawa mereka," katanya.

Menurutnya, perisytiharan itu dibuat mengikut piawai Konvensyen Chicago.

Sidang media anjuran Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu sepatutnya diadakan pada jam 3.30 petang di Putrajaya.

Ia bagaimanapun dibatalkan ekoran “kehadiran waris penumpang di majlis taklimat", kata DCA dalam kenyataannya petang ini.

Anggota keluarga semalam mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Malaysia tidak membuat kesimpulan melulu berhubung isu itu.

MH370, yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, pada Mac lalu.

Sehingga kini jejaknya masih belum dikesan.

Sidang media batal: Jenaka apa yang DCA cuba lakukan? - Waris MH370


WARIS MH370: Sidang media batal: Jenaka apa yang DCA cuba lakukan? - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Waris kepada seorang penumpang MH370 yang enggan dikenali menyatakan kekecewaan kerana sidang media berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang lebih 10 bulan yang lalu dibatalkan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Bagaimanapun jelasnya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) seharusnya memaklumkan secara peribadi kepada keluarga waris sebelum membuat keputusan untuk mengadakan sidang media berkenaan.

Ujarnya, situasi itu turut disifatkan 'jenaka' DCA yang tidak harus dilakukan pada saat semua waris menanti-nanti khabar terkini berkenaan pesawat malang berkenaan.

"Tidak tahu hendak cakap apa lagi. Sepatutnya maklum secara peribadi kepada keluarga baru adakan sidang media.

"What a joke (Jenaka apakah ini?)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Panggilan sidang media tergempar yang dijadual diadakan di Putrajaya itu dimaklumkan kepada media melalui satu e-mel yang dikirimkan pada pagi Khamis.

"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dijadual memberikan perkembangan mengenai insiden MH370," tulis e-mel berkenaan.

E-mel itu juga memaklumkan satu taklimat teknikal berhubung misi mencari pesawat yang hilang itu akan diadakan pada petang Jumaat.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

Dalam pada itu jelas waris berkenaan, dia juga tidak dimaklumkan apa-apa mengenai sidang media itu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan kepada seluruh waris penumpang lain.

"Tolonglah cari punca kenapa ia (sidang media) dibatalkan. Kami memang tidak tahu apa-apa dan mahu tahu apa yang sudah terjadi sekarang," ujarnya.

Sebelum ini, ada waris meluahkan perasaan kepada Astro AWANI mengenai kekaburan dari segi tanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian itu.

Tegas waris berkenaan, ada pihak harus tampil untuk menggalas bertanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian yang terjadi.

Sebelum ini juga, isteri pramugara penerbangan MH370 Mohd Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman masih menaruh harapan tinggi untuk menanti kepulangan suaminya sama ada masih hidup atau 'sudah tiada lagi'.

Ujarnya, keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 sentiasa menanti kepulangan insan tersayang walau apa terjadi kepada mereka sejak peristiwa malang 8 Mac lalu.



Wednesday, January 28, 2015


Visa naik dari RM15 jadi RM250, Agensi Indonesia Ugut Henti Hantar Pekerja Ke Malaysia


Manalah Agensi Tenaga Kerja Indonesia ni tak bengang tiba-tiba kos pemprosesan Visa untuk pekerja Indonesia dinaikkan dengan begitu tinggi sekali kenaikkannya.

Kalau naik 20 atau 30% mungkin mereka masih boleh menyerap kenaikkan itu tapi kenaikkannya adalah dari RM15 menjadi RM250..

Turut dipertikain ialah mengapa data-data peribadi pekerja perlu dikemukakan kepada Syarikat Swasta bukannya Kedutaan Malaysia?

Kenapa ya?

Risikonya ialah jika kemasukkan pekerja dari Indonesia ini dihentikan, sektor industri masih boleh mendapatkan tenaga kerja dari lain-lain negara..

Tapi yang membayar warga Indonesia sebagai pembantu rumah tu.. terutamanya orang Melayu.. akan menghadapi masaalah..


Laporan berkaitan..

Visa: Agensi Indonesia Berang Caj Naik Mendadak, Ugut Henti Hantar Pekerja 


Bayaran pemprosesan visa untuk pekerja Indonesia telah dinaikkan dari RM15 kepada RM250 sejak bulan lepas dan pengusaha agensi pekerjaan di negara itu yang marah telah mengancam untuk menghentikan penghantaran warga mereka ke sini.

Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati), yang mewakili lebih 500 agensi, telah menulis kepada Parlimen Indonesia dan Kementerian Luar dan Sumber Manusia di negara itu, meminta supaya penghantaran pekerja ke Malaysia dihentikan serta-merta.

Kenaikan ketara harga yuran pemprosesan visa dikenakan sejak bulan lepas.

"Kami dengan tegas menolak kenaikan yuran. Ia merupakan satu eksploitasi terhadap rakyat kita. Peningkatan seperti itu mesti dilakukan melalui persetujuan di antara kedua-dua kerajaan.

"Malaysia harus berunding dengan kerajaan kita terlebih dahulu. Tetapi tiada rundingan dilakukan," kata Presiden Apjati, Ayub Basalamah, pada Selasa.

Apjati adalah persatuan yang terbesar ditubuhkan oleh agensi pengambilan swasta di Indonesia.

Beliau berkata, kos tambahan bagi memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) adalah satu beban yang besar kepada rakyat Indonesia yang mahu bekerja atau belajar di Malaysia.

VDR diperlukan untuk mereka yang ingin mendapatkan permit kerja, permit belajar atau pas profesional di Malaysia.

Bayaran ditanggung oleh pekerja dan bukannya majikan di Malaysia, kecuali dalam kes pembantu rumah di mana ia akan dibayar oleh majikan pembantu rumah.

Dengan kenaikan itu, seorang pekerja Indonesia kini perlu membayar kira-kira RM230 hanya untuk yuran visa bagi memasuki Malaysia.

Kedutaan Malaysia di Indonesia bulan lalu mengeluarkan kenyataan kepada agensi pekerjaan di sana untuk mengumumkan struktur yuran baharu.

Ia berkata ini adalah sejajar dengan penubuhan cawangan Pusat Sehenti di Jakarta, Medan, Pekan Baru dan Pontianak untuk memproses permohonan visa.

Sebuah syarikat swasta dilantik oleh Malaysia bagi menjalankan operasi Pusat Sehenti ini.

"Apa yang lebih buruk, selain membayar yuran pemprosesan RM250 kita perlu memberikan butir-butir pekerja kami kepada sebuah syarikat swasta dan bukannya Kedutaan Malaysia," katanya.

Ketika dihubungi, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kedutaan itu telah diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Pusat Sehenti pemprosesan visa.

Beliau berkata, terdapat bantahan dan aduan mengenai kenaikan yuran secara bertulis sejak ia dilaksanakan pada Disember.

"Aduan bukan sahaja daripada kumpulan pekerja tetapi juga daripada ejen penghantaran pelajar ke Malaysia," katanya.

Walau bagaimanapun, Zahrain berkata beliau merasakan yuran tersebut adalah adil kerana syarikat itu mempunyai kos sendiri untuk ditampung.

"Syarikat itu menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap mereka yang memohon visa dan menghantar maklumat tersebut kepada Jabatan Imigresen yang kemudiannya meluluskan visa.

"Sebelum ini, kita mempunyai masalah dengan dokumen palsu yang dikemukakan, dan syarikat ini kini 'menjaga' masalah ini," katanya.

Beliau menambah negara-negara lain seperti Amerika Syarikat juga telah menaikkan caj visa lapo mStar
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam). Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini. "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia. "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja. "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi. Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad. Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri. "Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang. Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Tuesday, November 20, 2012 Ini kenyataan Tuan Guru Nik Aziz : " Boleh murtad jika perlekeh Islam ! " KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam). Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini. "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia. "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja. "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi. Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad. Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri. "Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang. Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam: 1. “Hukum apa ini?” 2. “Hukum ini sudah lapuk.” 3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.” 4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.” 5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?” 6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?” 7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?” 8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.” 9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya. 10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat. 11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya. 12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. 13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim. Sumber :- http://www.facebook.com/pas.selangor

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Tiada ulasan:

Catat Ulasan