Khamis, 29 Januari 2015

GIGIH PUTIH BAGUS...ALLAH SUKA BERSIH/SUCI DAN CANTIK...JANGAN GIGI PUTIH TAPI AKIDAH TAK PUTIH...GELAP ATAU KELABU...RAGU2




6 Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan

6 Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan
Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan | Gigi yang putih pasti menjadi idaman semua. Boleh senyum dengan penuh keyakinan, betul tak? Menggosok gigi sahaja belum tentu gigi akan putih dan berseri. Lebih-lebih lagi kalau korang suka minum minuman berkafein atau seorang perokok tegar.

Namun ada beberapa tips memutihkan gigi yang boleh korang cuba. Antaranya.

Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan

1) Letak sedikit soda bikarbonat di atas berus gigi untuk mengurangkan hidrogen peroksida. Ini sebenarnya petua tradisional untuk memutihkan gigi.

2) Campurkan beberapa titis jus lemon dengan secubit garam. Sapukan campuran tersebut ke gigi secara lembut. Kemudian gosok gigi seperti biasa.

3) Campuran cuka putih dan buah epal yang telah diparut juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan karat pada gigi. Tapi cari ini tidak boleh dilakukan setiap hari kerana akan merosakkan lapisan enamel pada gigi.

4) Buah-buahan seperti anggur, beri dan ceri juga memberi kesan kekuningan pada gigi sama seperti minuman berkafein. Jadi pastikan korang berus gigi atau berkumur ataupun sekadar minum segelas air suam selepas makan buah-buahan.

5) Amalkan menggosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Ia dikatakan mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut yang dapat menghilangkan kesan karat pada gigi. Dan yang penting kulit limau tidak membahayakan lapisan enamel gigi.

6) Pengambilan keju dikatakan boleh melindungi gigi kerana mengandungi lactidc acid. Keju juga mengandungi kalsium yang berguna untuk pembentukkan enamel gigi.

Ini antara beberapa Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan yang boleh korang amalkan. Selain itu jangan lupa berjumpa doktor gigi untuk mendapat rawatan pergigian sekurang-kurangnya dua kali setahun.










14 Kemuliaan Wanita Mengandung

Wanita yang hamil atau mengandung sememangnya dimuliakan Allah. Selain daripada penambah umat Islam di dunia, Allah guna memberikan kemuliaan kepada wanita-wanita yang mengandung. Berikut adalah 14 Kemuliaan Wanita Mengandung yang dikurniakan kepada wanita sebagai saham untuk ke syurga.

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

14 Kemuliaan Wanita Mengandung2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan dari pada
susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun s0lat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan kabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

Subhanallah… Mudahnya wanita solehah ke syurga.

Betapa mulianya “status” wanita hamil, tentunyadengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan