Ahad, 11 Januari 2015

DIMANA MARUAH ISLAM....ADAKAH LELAKI ITU BERIMAN ATAU USTAZ...KALAU BERIMAN PUN SERTA SOLEH HUKUM DAN SYARIAT TAK MEMBENARKAN....MALAH MEREKA NON MUSLIM.....MUNGKINKAH INI BOLEH MENGHINA ISLAM....MAKA PIHAK BERWAJIB@MUFTI DLL....KENA BERSUARA DAN MEMBERI KENYATAAN AGAR PERKARA INI TAK BERULANG....NI LAH SEBAB KEMARUK SANGAT HINGGA LUPA HUKUM...PERBUATAN BOLEH MEMALUKAN IBUBAPA DAN ISLAM

Mohd Nizam shared his photo to the group: Pejuang Tegar (PAKATAN RAKYAT).



PerempuanMelayu-dicabul K-PopTersebar hari ini rakaman video persembahan “live” kumpulan K-Pop “B1A4″ di KL Live semalam (10 Jan 2015) yang memaparkan beberapa anak gadis Melayu BERTUDUNG dipeluk artis-artis K-Pop di khalayak ramai di atas pentas dengan tepuk sorak.
Pelbagai komen dan respons yang dikeluarkan. Ada yang mengatakan perempuan Melayu dicabul di atas pentas. Tetapi jika diperhatikan, sebenarnya anak-anak gadis ini yang gatal sudi merelakan dicabul.
Inilah budaya hedonisme hasil pengaruh liberalisme pasca modernisme yang sudah tidak lagi mengambil pakai budaya dan susila ketimuran dan batas-batas agama. Ianya bukan baru-baru ini sahaja yang timbul tetapi ianya semakin galak meresapi di kalangan orang Melayu. Kita bicarakan soal Liberalisme Agama dan pengaruh pemikiran pasca modernisme ini dalam ruang lain.
Kiriman kali ini kita ingin bicarakan tentang pengaruh K-Pop dan ancaman halus dari penyebaran budaya ini.
Mungkin ramai dari kalangan kita yang tidak tahu bahawa:

1. Negara Korea Selatan (dahulunya semasa Korea yang satu) mempunyai penganut Kristian kurang dari SETENGAH peratus sahaja (0.5%) dari keseluruhan penduduknya. (pada tahun 1905). Selepas 100 tahun berlalu, hasil dari gerakan dakyah Kristian besar-besaran sekitar tahun-tahun 70an dan 80an (berlanjutan ke 90an) penganut Kristian menjadi kelompok agama yang terbesar di Korea Selatan pada tahun 2006. Malah, negara itulah satu-satunya negara di Asia Timur yang mempunyai penduduk Kristian majoriti.
Korea Selatan-pengeksport mubaligh Kristian2. Pada tahun 2006, Korea Selatan telah menjadi negara pengeksport mubaligh Kristian kedua teramai selepas Amerika Syarikat, menggantikan United Kingdom sebelum itu. Mubaligh Kristian dari negara Korea Selatan berkeliaran seluruh pelusuk dunia. Mereka di Iraq dan di Afghanistan menyamar (baca MENIPU) untuk misi bantuan kemanusiaan dan ada yang menjadi “penterjemah” (?) – ingat yang disembelih dalam youtube dulu? Kumpulan mubaligh dari Korea Selatan juga pernah ditangkap oleh kumpulan Taliban dan dibunuh 2 orang dari 23 mereka.
3. Kajian rambang yang dibuat mendapati, hampir 80% dari artis K-Pop beragama Kristian (tidak kira kumpulan lelaki mahupun perempuan). Selebihnya adalah terdiri dari golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animisme.
4. Ramai dari artis K-Pop ini adalah aktivis gereja dan terlibat langsung dalam dakyah agama Kristian. Sebahagian besar dari mereka adalah ahli kumpulan nyanyian gospel di gereja masing-masing semasa kecil/remaja – sebelum popular menjadi artis K-Pop. Malah ada yang mengatakan bahawa genre K-Pop adalah evolusi dari Korean Contemporary Christian Music (KCCM) yang bermula pada dekad 1970an sebelum K-Pop menjadi popular.
Kembali kepada isu yang kita bincang, berkaitan gadis-gadis Melayu lengkap bertudung yang merelakan diri dicabul di khalayak ramai, mungkin adalah suatu penghinaan yang disengaja dan mungkin inilah agenda jahat terselindung pelampau evangelis Kristian yang telah memurtadkan anak-anak muda Melayu melalui percintaan yang terlanjur. Kisah Aishah Bukhari dan Azlina Jailani masih kita ingat!
Ya Allah peliharalah umat ini dari fitnah akhir zaman dan budaya hedonisme ini. Para ibu bapa – waspadailah gejala ini. Wahai anak muda – jangan terlalu mudah terpedaya.
Jika mengikut jadual yang telah diaturkan, hampir setiap minggu akan ada kumpulan K-Pop yang datang ke Malaysia mengadakan persembahan live mereka. (Saya tidak mahu kongsi senarai jadual mereka di sini kerana tidak mahu terlibat mempromosikannya)
Difahamkan, gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.
Perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab memberi kebenaran persembahan ini dijalankan di Malaysia.
P/S : kerajaan perlu lebih tegas dalam melaksanakan hukum islam.



























Bicara Indah added 2 new photos.
Difahamkan, gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.
Perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab memberi kebenaran persembahan ini dijalankan di Malaysia.





VIDEO: Peluk Dan Cium Artis KPop, Gadis Bertudung ‘Kepam Neraka’ – Azwan Ali

azwan ali insta 2

Kuala Lumpur – Konsert K-Pop B1A4 yang berlangsung semalam menimbulkan kontroversi hebat di kalangan masyarakat.

Ia ekoran tersebarnya gambar dan rakaman video yang memaparkan kumpulan pop-idola dari Korea Selatan itu yang menyentuh, memeluk dan mencium gadis-gadis bertudung di atas pentas.




Gambar dan rakaman video berdurasi 3.20 minit yang tersebar di laman-laman sosial Facebook menerima kecaman dan kutukan hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Melalui rakaman video tersebut, bintang K-Pop tersebut dilihat memeluk seorang gadis dari belakang dan menyentuh bahagian dadanya.

Walaupun gadis-gadis yang dipanggil ke atas pntas itu kelihatan guguo dan teruja namun mereka juga dilihat rela diperlakukan sedemikian rupa.

Malah dalam satu rakaman yang lain, seorang daripada ahli band tersebut turut dilihat mencium dahi seorang gadis bertudung.

Berikut adalah komen-komen daripada para penguna media sosial yang marah dengan aksi dan tindakan tersebut:

Musemmil Genjuro berkata, “Maaf, bukankah ia pelik? Semua gadis-gadis yang sedang menyentuh memakai tudung. Anda boleh melihat kebodohan dan kelemahan iman mereka “.

Pija Pija TRW berkata, “Bodoh, bangsa lain mentertawakan Melayu”.

Ikhwan Shafiq berkata, “dicabul di tempat terbuka, yang ada mengapa tidak mereka berbuat apa-apa? Oh yeah semua orang di sana adalah sama, mereka bukan boleh bersorak untuk mereka “.

Azreen Yeen berkata, “Jarak anak-anak anda dari jenis ini perkara, walaupun ada semangat untuk muzik itu, jangan terlalu taksub. Semasa saya remaja juga obses tentang perkara tetapi mereka tidak pernah diuji seperti ini. Jika anak-anak anda taksub atas K-Pop bagaimanapun jangan biarkan mereka berasa bertuah untuk bangun di atas pentas seperti ini. Harap tuhan melindungi anak-anak anda.

Tinjauan SuaraTV mendapati majoriti yang memberi komen menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan meminta agar gadis-gadis tersebut membuang tudung yang digunakan kerana mereka seperti tidak dapat membezakan perkara yang dilarang oleh agama.

Salah seorang peminat K-Pop yang enggan namanya disiarkan berkata, tindakan gadis bertudung ity tidak boleh dikatakan sebagai dosa namun mengakui ia tidak sesuai.

“Apabila anda memakai tudung, anda memakai simbol Islam, oleh itu menyentuh, memeluk dan mencium bukan perkara yang wajar dilakukan.

“Bagaimanapun, ia hanya berdosa jika kanak-kanak perempuan ini telah mencapai akil baligh. Kita tidak tahu sama ada mereka telah mencapai akil baligh atau belum”katanya.

Sementara itu pengacara selebriti, Azwan Ali turut lantang menyuarakan rasa kurang senang atas tindakan itu.

Melalui laman Instagramnya Azwan Ali melahirkan rasa kecewanya dan menyifatkan tindakan gadis-gadis bertudung itu sebagai “betina busuk” dan kepam neraka”.

azwan ali insta 2

Share this:

 

Pelukan, ciuman K-Pop dikecam


AKSI yang paling mengejutkan apabila ahli B1A4, Baro bertindak mengucup dahi seorang penonton wanita bertudung.


KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak mengecam aksi panas ciuman dan pelukan erat antara ahli kumpulan K-Pop lelaki terkenal dari Korea Selatan, B1A4 dengan sekumpulan peminat wanita Islam pada konsert B1A4 Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Life Centre di sini malam kelmarin.
Tingkah laku yang dianggap mengaibkan kerana berlaku di hadapan khalayak dalam sebuah konsert besar itu mula menjadi kecoh selepas video rakaman persembahan tersebut dimuat naik menerusi YouTube dan tersebar melalui laman media sosial sejak malam.
Video berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan empat remaja perempuan memakai tudung bukan sahaja merelakan diri mereka dipeluk oleh ahli kumpulan B1A4, bahkan turut teruja membalas pelukan tersebut dengan dakapan erat.
Malah, dalam salah satu aksi ketika pengacara konsert meminta seorang peminat wanita bertudung itu membuat aksi kononnya sedang memvakum rumah, salah seorang ahli B1A4 datang dari arah belakang untuk memeluk gadis berkenaan.
Dalam satu lagi aksi lebih panas, ahli kumpulan B1A4 bertindak mencium dahi seorang gadis lain yang difahamkan turut menyambut hari lahirnya pada hari itu.
Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia, Abdul Ghani Samsudin berkata, perbuatan peminat dengan ahli kumpulan K-Pop B1A4 itu bertentangan dengan ajaran Islam kerana melampaui batas antara seorang wanita dan lelaki bukan muhrim.

 

sape gatal...sape jemput naik kepentas....akhirat jawab....bukan kes ringan ni kes berat...penganjur kena bertanggung jawab

Abu Hashim Jalal added a new photo.
1 hr ·
Like · ·








Apa sudah jadi...

Oleh Siti Fatimah Hassan
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 3:48 PM


PETIKAN dari klip video yang tersebar luas di internet.



Zon Kuliah Agama Islamic Thinking











Gadis Melayu Dipeluk Dan Dicabul Diatas Pentas Konsert K-Pop

 

Nisa' Tambun feeling sad
1 hr ·
Alhamdulillah negara kita makin maju, makin luas teknologi di era globalisasi..kini hiburan juga semakin menjadi2...Akan tetapi sahabat-sahabat sekalian...jgn lah trlalu taksub hingga lupa & abai syariah Islam sebagai pendokong utama kita...Astaghfirullahalazim...moga saudara2 kita ini disuntik kesedaran...amin
Like · ·

  Peng'koreaan' gadis Melayu bertudung yg memalukan
Posted on Sunday, January 11 @ 19:22:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

Saya tak kenal langsung dengan artis Korea, K-Pop, dan tak minat langsung. Tapi bila isu gadis Melayu bertudung dipeluk, dicium dan melalak seperti dirasuk syaitan serta membiarkan tubuh mereka disentuh oleh artis Korea sehari dua ini, saya juga merasai seolah-olah maruah anak bangsa sendiri seperti dirobek-robek. Saya ringkaskan komen saya seperti di bawah:-Anak siapakah itu? Diajarkah tentang adab dengan bukan mahram oleh ibubapanya? Bukan salah ibu mengandung tetapi salah didikan ibubapa yang membesarkan tanpa memperkenalkan mereka dengan syariat.
-Anak gadis itu pula, kamu bertudung tetapi kamu membiarkan tubuh kamu dipeluk lelaki bukan mahram? Kalau sudah terlalu terujapun dengan artis, janganlah gadaikan maruah diri walaupun hanya dipeluk. Atau yang kamu faham 'menggadai maruah' itu hanya apabila diserahkan 'mahkota'? 
-Melalak seperti dirasuk syaitan bukan budaya anak gadis Melayu yang lemah lembut, beradab Islam dan timur, atau kamu sudah dihisteriakan oleh artis kesayangan kamu?

-Kerajaan bersekongkol kerana menggalakkkan budaya 'kurang ajar syariat' ini. Konon bercakap tentang 'patuh syariah' tetapi menyuburkan budaya engkar syariah.

-Wahai ibubapa, anda tersilap mendidik anak anda kerana mereka jauh dengan hukum dan akhlak Islam
-Wahai guru, anda tidak mendidik murid anda dengan akhlak islam dan sensitif dengan hukum syarak.
-Wahai media, anda yang menanam budaya tak kisah syariat ini kepada anak gadis ini.
ia juga memberi persepsi kepada artis Korea bahawa perempuan bertudung di Malaysia rupanya senang dipeluk dan dicium walaupun di tengah khalayak ramai. Dan alangkah ramainya mereka yang seperti ini rupanya di atas motosikal di bonceng oleh lelaki bukan mahram sambil memeluk erat. Bukankah itu juga aksi peluk?
Saya hanya menunaikan sebahagian dari tanggungjawab amar makruf nahi mungkar dengan tulisan ini. Yang lain terserah kepada pihak berwajib yang lain.
La Haula wa la quwwata illa billah 
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Sunday, January 11 @ 19:22:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

 

 

Oleh: EDITOR | 11 January 2015 BERITA| Add Comment »

Untitled


OLEH MZN
KUALA LUMPUR- Laman Facebook Sukan Star hari ini menyiarkan satu klip video berdurasi 3.21 minit yang sememangnya mencetuskan rasa mual dan tidak senang dikalangan pengguna media sosial.

Dalam klip video berkenaan, tiga hingga lima orang gadis melayu bertudung dipanggil diatas pentas untuk bersama artis K-Pop berkenaan untuk menjawab beberapa soalan.

Dalam pada itu, artis berkenaan dilihat seperti mengambil kesempatan dengan memeluk gadis berkenaan tanpa segan silu termasuklah cubaan mencium salah seorang gadis berkenaan.

Berikut antara respon pengguna media sosial diatas klip video berkenaan.

“Saya mahu pihak berkuasa siasat konsert berkenaan, kenapa artis berkenaan tidak hormat norma-norma adat budaya melayu di negara ini” Azhar Ibrahim, Dengkil.

“Runtun jiwa saya melihat anak melayu dipeluk layu seolah-olah mereka lupa agama mereka”. Azlina Aziz, Ipoh.

“Gadis bertudung zaman sekarang ditewas ditangan lelaki Korea”, Azrul , Kuala Lumpur.

Tak pelik ke ? Kenape semua perempuan yg di sentuh semuanye bertudung ? Disitu kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman”, Musemmil Genjuro.

Qaireen Izzaty Abu

Isu video gadis peluk cium K-Pop: orang agama yang dilantik tidak bersuara lantang

| January 11, 2015 | 0 Comments
peluk-artis-kpop-600x470

 Isu video gadis peluk cium K-Pop: orang agama yang dilantik tidak bersuara lantang | Pendedahan yang dibuat oleh media massa berhubung perkara itu harus segera disiasat dan diambil tindakan mengikut cara Islam agar akhlak generasi muda pada masa ini tidak bertambah parah gara-gara dirosakkan oleh budaya kafir yang sangat memalukan.
Penguatkuasa agama di negara ini perlu bertindak tegas terhadap individu yang didapati cuba mempersendakan Islam secara halus bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan yang boleh memusnahkan akhlak generasi muda pada masa akan datang.
Pendakwah bebas, Datuk Daud Che Ngah berkata ketidaksungguhan pihak berkuasa agama dalam menguatkuasakan undang-undang Islam di negara ini menjadi penyebab anak-anak muda khususnya yang tinggal di bandar besar mudah terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merendahkan diri mereka sekaligus mencemar kemurnian martabat Islam.
“Kita ambil contoh apa yang telah berlaku tahun lepas apabila ada pihak cuba menganjurkan program menyentuh anjing yang turut disertai oleh orang Islam hingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat kita. Orang itu (penganjur) tidak dihukum sebagaimana yang sepatutnya dibuat berlandaskan undang-undang Islam.
“Ini kerana orang-orang agama seperti mufti yang dilantik tidak bersuara dengan lantang serta gagal untuk menghukum pesalah mengikut tatacara Islam. Mereka kena berfikir untuk itu,” tegasnya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.
Kata Daud, kesungguhan kerajaan dalam mempromosikan program-program yang bercirikan agama sama ada di televisyen atau sebagainya belum tentu mampu menegah umat Islam untuk tidak melanggar larangan Allah S.W.T sekiranya undang-undang Islam tidak dikuatkuasakan sama sekali.
Daud berkata demikian ketika mengulas tentang video aksi beberapa gadis Melayu bertudung berusia lingkungan 20-an merelakan diri mereka dipeluk dan dicium dia atas pentas pada satu persembahan K-Pop yang diadakan di ibu negara petang semalam.
Jelasnya, pendedahan yang dibuat oleh media massa berhubung perkara itu harus segera disiasat dan diambil tindakan mengikut cara Islam agar akhlak generasi muda pada masa ini tidak bertambah parah gara-gara dirosakkan oleh budaya kafir yang sangat memalukan.
“Jangan ada alasan lagi untuk laksana perkara yang ada hubung kaitnya dengan agama dan umat Islam.
“Negara sudah ditimpa pelbagai musibah dan itu sebenarnya peringatan dari yang Maha Esa. Jangan timbulkan lagi kemurkaan Allah dengan melakukan kemungkaran yang sememangnya kita sedari,” ujarnya.http://bm.therakyatpost.com/
4 hrs ·
anak siapa la nie...Pas, Umno, Pkr Dap ??
Like · ·
8 hrs ·
Teringin Benar Nk Dgr Apa Kata Mashitah,Jamil Khir,Ulama Muda Umno Farthul Bari,Hasan Ali,Ibrahim Ali,Zul Nordin, Harussani Dan Noh Gadut Ttg Apa Yg Berlaku Dlm Konsert Kumpulan K Pop B1A4 di KL Semlm?Ingatkan Budaya Rosak Yg Dibawa Oleh Group2 K Pop Sdh Pun Diharamkan,Setelah Mndapat Kecaman Yg Hebat Semasa Sambutan Hari Belia Thn 2012, Tapi Rupa2nya Budaya dan Group K Pop Masih Lagi Dibenarkan Di Bumi Msia?
-Sedih dan Hiba,Bila Artis2 Msia Yg Ingin Berubah Kpd Jln Yg Betul Dan Benar,Mereka Dicaci,Diperli Dan Dimomok2kan Dgn Berbagai2 Gelaran..Ustaz dan Ustazah Ekpress,Kononnya..Akhirnya "Ustaz Dan Ustazah" Drp Korea Yg Dibenarkan Dan Diberi Laluan Utk Dtg Mengadakan "Tazkirah dan Kuliah" Kpd Anak2 Muda Msia..
-Mngkin Sikap Mereka2 Yg Dikelaskan Sebagai Bijak Pandai Agama Itu,Mampu Melahirkan Anak2 Muda Yg Berakhlak Mulia Dan Berbudi Pekerti Yg Tinggi..
-Ok lah..Cuaca Dah Baik,mkk Nak Pergi Menoreh Getah Kejap..
Like · ·
Naela Al Farafisyah with Ct Aishah and 19 others
1 hr ·


Like · ·

6:00PM - 11 Jan 2015

Aksi gadis tudung peluk artis K-pop undang cemuhan


Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas menimbulkan cemuhan masyarakat.

Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut tampil menyindir perbuatan itu, walaupun tanpa menyebut secara langsung acara dirujuk itu.

“Banyak dikatakan tentang K-pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelakii tinggi, gelap dan 'hensem' (tampan).

“Bukan putih pucat, kurus dan cantik. Itu bukan lelaki sejati,” tulisnya di Twitter.

Beliau merujuk sebuah sebuah yang disebar meluas di Internet memaparkan aksi mesra dalam pertemuan kumpulan B1A4 dengan peminat di pusat hiburan KL Live di ibu negara malam tadi.

Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil disambut sorakan penonton.

Walaupun kelihatan ada yang malu-malu, berdasarkan video itu, mereka kelihatan rela dirangkul penyanyi yang tampil dengan sut kasual dan bertali leher gelap itu.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Kumpulan lima anggota itu melibatkan Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.

Penampilan sulung B1A4 dibuat pada tahun 2011 dengan single berjudul "OK"

Perjumpaan bersama peminatnya malam tadi meletakkan harga tiket daripada RM199 hingga RM799.

Sementara itu, Twitter turut dibanjiri dengan hashtag #menentangkejahatankpop.

Pengguna maya bagaimanapun tidak keseluruhannya menyalahkan artis K-pop itu kerana mereka mungkin tidak memahami ajaran Islam yang sebagai agama rasmi dan majoriti penduduk negara ini.

Bagaimanapun lebih banyak kecaman dihamburkan kepada gadis-gadis terlibat. 

Biarlah ustaz dan ustazah alim ulama tegur.....selain mrk jangan tegur nanti melenting...
"ROSAKNYA RAKYAT DISEBABKAN ROSAKNYA PEMIMPIN" - Imam Al-Ghazali r.a.
Apa kata ulama2, ostaj2, ostajah2, mufti pro-UMNO..
Mashitah, Jamil Khir, Fathul Bari, Hasan Ali, Harussani, Noh Gadut.. ANDA DIBAYAR GAJI OLEH CUKAI2 RAKYAT UNTUK APA !!!
TERBUKTI LAGI JELAS... Sambutan Hari Belia Thn 2012 di Putrajaya dgn K-POPnya mmg sesuai itulah BUDAYA UMNO...
p/s: JANGAN LUPA BERSYUKUR. Tanpa Najib & Rosmah kita xdpt berhibur dgn K-Popnya
[ SEBARKAN ].. agar rakyat tahu siapa UMNO, NAJIB & ROSMAH yg sebenarnya.
Like · ·


INDAH KHABAR DARI RUPA
Umno martabatkan islam sejak dulu, kini dan selamanya......
KUALA LUMPUR - Cerita seorang penceramah (Al Kazim kot) mengenai ada orang Melayu malu-malu untuk melaungkan takbir kerana takut dianggap penyokong sebuah parti pembangkang, menunjukkan kekeliruan sudah tertanam bahawa yang berhak melaungkan takbir di dalam majlis hanyalah penyokong pembangkang.
Ia adalah gambaran pemikiran lama dan salah, kononnya hanya penyokong parti pembangkang bertakbir. Salahnya, kerana takbir bukan hak eksklusif sesiapa, malah mana-mana umat Islam berhak untuk bertakbir.
Begitu juga hak memakai kopiah putih mahupun semutar. Sesiapa pun boleh memakainya dan ia tidak melabelkan pemakainya sebagai penyokong pembangkang.
Menurut penceramah itu, dalam sebuah majlis yang disertai anggota Umno juga, keadaan serupa terjadi di awalnya apabila mereka malu-malu apabila diajak bertakbir.
Mungkin kerana menyedari adanya kekeliruan seperti itulah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali menjelaskan bahawa perjuangan kerajaan persekutuan yang ditunjangi Umno adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah.
Perjuangan Umno berlandaskan Islam, malah memartabatkan Islam, bukanlah baharu kerana ia sudah berlangsung sejak dulu, sehingga kini dan berterusan selamanya, biar sekuat mana pun percubaan pembangkang menidakkannya.
Dasar itu, yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasa Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk orang Islam mahupun bukan Islam.
"Jauh sekali kita meminggirkan Islam ataupun ketepikan Islam tetapi perjuangan kita ialah perjuangan yang dituntut oleh Islam," kata Najib Rosak.
http://www.sinarharian.com.my/…/umno-martabatkan-islam-seja…
Like · ·

Respon KJ Berkenaan Isu Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Mat Kpop

KJ (gambar kecil) dan salah saktu aksi ketika ketika salah seorang ahli kumpulan B1A4 memeluk seorang gadis semalam(gambar belakang)
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.

Baca : Gadis Melayu bertudung dipeluk, dicium oleh Kpop terima kritikan dari Netizen

KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."


Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.


Ramai pengguna laman sosial mengkritik perbuatan tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai memalukan negara dan agama. - Siakapkeli.com.my




Ikatan Muslimin Malaysia added 3 new photos.
1 hr ·
Apakah yang berlaku semalam?
Di manakah malu seorang muslimah?
www.ismaweb.net


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Gambar & Video : Gadis Bertudung Dicium Artis Kpop Dapat Kritikan Teruk Dari Netizen



Beberapa gambar dan video yang memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi di internet. Gambar dan video tersebut telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata mengkritik perbuatan tersebut.

Difahamkan,  gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.

Jika dilihat pada Twitter, aksi tersebut telah mendatangkan respon yang negatif dari netizens. Ramai yang melihat aksi itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu gadis bertudung tersebut dan juga artis Kpop itu.

Antara kritikan yang diberikan netizens terhadap aksi tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar yang tersebar di Internet yang mencetuskan perdebatan mengenai perkara ini.




Satu video yang memaparkan aksi yang sama juga turut tersebar secara meluas di Internet.




Rasanya perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab memberi kebenaran persembahan ini dijalankan di Malaysia. Bukan apa, tapi, kegilaan terhadap Kpop dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan muda-mudi Malaysia terutamanya golongan wanita. - Siakapkeli.com.my


Post by Sukan Star TV.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan