Ahad, 11 Januari 2015

BENARLAH KATANYA....SEBAB IA NON MUSLIM...TAPI BUKAN SATU LESEN BOLEH MENGHINA AGAMA LAIN ATAU KEPERCAYAAN ORANG LAIN...NI JUGA MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA YANG DILAUNG2KAN

‘Saya bukan nak jadi hero’
  • Raja Shamri bersiap sedia memulakan misi membantu mangsa banjir bersama KCPP. Raja Shamri bersiap sedia memulakan misi membantu mangsa banjir bersama KCPP.
1 / 1
PASIR PUTEH -  Cacat anggota tidak pernah dianggap sebagai halangan untuk dia menyertai misi membantu mangsa banjir seluruh Kelantan.
Raja Shamri Raja Husin, 39, berasal dari Kampung Wakaf Bunut di sini, berkata, dia tidak berminat untuk berlagak sebagai hero tetapi hasratnya iklhas membantu mengurangkan penderitaan mangsa banjir.

Orang kurang upaya (OKU) yang dilahirkan tanpa kaki kanan serta cacat jari kaki kiri dan tangan kanan ini mempertaruhkan nyawanya apabila dia sendiri nyaris mati lemas ketika cuba mengharungi arus deras di Sungai Durian, Kuala Krai ketika berusaha menghantar bantuan
kepada kakitangan dan pesakit Hospital Kuala Krai pada 26 Disember lalu.

Katanya, dia bernasib baik kerana diselamatkan penduduk kampung sebelum dibantu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menaiki bot mereka ke destinasi terbabit.
Raja Shamri yang kian popular di laman sosial Facebook kerana usaha tersebut berkata, pengalaman cemas melalui cerun bukit yang agak sempit di Kampung Kemubu selepas tebing runtuh dihakis arus deras masih menghantuinya.

“Dikerumuni dan diasak oleh mangsa banjir untuk mendapatkan makanan termasuk warga emas dan ibu mengandung adalah satu situasi memilukan,” katanya.

Dia menyertai misi membantu menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir yang digerakkan Komuniti Cakna Pasir Puteh (KCPP) berpusat di Masjid Ibrahimi sejak 26 Disember lalu.

Katanya, dia berterima kasih kepada dua individu penting dalam KCPP iaitu Dr Abdul Hadi Hafiz Abd Aziz dan Imam Satu Masjid Ibrahimi, Mohd Rosman Che Harun yang memberi kepercayaan kepadanya.

Bapa kepada dua anak berusia enam dan tujuh tahun itu menyokong misi kemanusiaan KCPP yang merangkumi tiga fasa iaitu misi bantuan banjir ke seluruh Kelantan, misi membersihkan semua masjid dan rumah orang miskin dan sesi kaunseling serta rawatan kesihatan
percuma kepada semua mangsa.

“Saya tak kesah dapat tidur tiga jam sehari asalkan dapat membantu mangsa yang melalui keperitan khususnya mereka yang menderita rumah dihanyutkan banjir.

“Saya menulis di Facebook kerana mahu mengajak orang ramai menjadi sukarelawan tetapi niat saya disalah anggap, saya dituduh sengaja mencari publisiti,” katanya.
Charlie Hebdo: Jolok sarang tebuan
  • Charlie Hebdo
1 / 1
SERANGAN di pejabat akhbar Charlie Hebdo Rabu lalu yang menyebabkan 12 orang terbunuh itu masih diselubungi dengan tanda tanya.
Motif serangan ke atas pejabat akhbar itu belum disahkan, namun umum mengetahui majalah mingguan itu sentiasa mengundang kemarahan umat Islam kerana kerap menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, di samping agama lain dan individu.

Sejak bertahun-tahun, Charlie Hebdo turut menjadikan ahli politik, selebriti serta pemimpin agama sebagai modal melariskan jualannya.

Mangsa terbaharu mereka adalah Presiden Perancis, Francois Hollande serta pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Bekas pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI tidak pernah terkecuali.

Sebelum serangan Rabu lalu, majalah itu pernah menerbitkan karikatur dengan tajuk 'Masih belum ada serangan ke atas Perancis'.

Ia merujuk kepada serangan kumpulan pengganas di Sydney Australia yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS), Disember lalu.

Pada 2006, Charlie Hebdo mencetuskan kontroversi apabila mencetak semula 12 kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW terbitan akhbar Denmark, Jyllands-Posten.

Tindakan majalah itu mencetuskan protes ganas di beberapa buah negara Islam.

Lima tahun selepas itu, Charlie Hebdo kembali mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menerbitkan pula karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai editor undangan bagi majalah tersebut.

Akibatnya, pejabat Charlie Hebdo dibom. Charlie Hebdo ternyata kebal kerana setiap kali menyiarkan karikatur kontroversi, mereka pasti terlepas daripada tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, nasib tidak selalu menyebelahi mereka. Setelah bertahun-tahun menjolok sarang tebuan,  akhbar itu terpaksa membayar harga yang tinggi di atas keceluparan mereka.12:43PM - 11 Jan 2015

Pemuda PAS: Peguam Paulsen hina Muslim

Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan aktivis peguam Eric Paulsen mungkin menghina umat Islam jika tweet kontroversinya merujuk kepada khutbah Jumaat.

“Apakah maksud beliau apabila menyatakan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) promoting extremism every friday (Jakim promosi ekstrimisme tiap Jumaat)?” soal anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Sekiranya beliau (Paulsen) memaksudkan khutbah Jumaat, ini satu tindakan penghinaan terhadap umat islam keseluruhannya. ”

Menulis di Facebook pagi tadi, Khalid mendesak tweet itu dipadamkan dan Khalid pula digesa memohon maaf kepada seluruh umat Islam “yang terguris dengan penghinaan ini”.

Semakan Malaysiakini mendapati tweet kontroversi itu telah tiada. Paulsen ketika dihubungi mengesahkan memadamnya.

Tweet kontroversi Paulsen pada Jumaat lalu berbunyi:

“Jakim is promoting extremism every Friday. Goverment needs to adress that if serius about extremism in Malaysia."

(Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia.)

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, kenyataan Paulsen itu antara yang wajar disiasat bawah Akta Hasutan 1948.

Utusan: Pemikiran Paulsen 'ekstrem'

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini turut mengkritik kenyataan Paulsen yang dikatakan “terlalu ekstrem kerana datangnya dari pemikiran yang ekstremisme”.

“Beliau sudah melampau dan salah.

"Buatlah kajian, khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jakim selama ini sentiasa menyeru umat Islam kepada kesederhanaan, perpaduan, saling menghormati sesama agama dan kaum serta nilai-nilai murni sejagat biarpun kerap menyentuh soal menjaga kesucian Islam dan akidah.

“Bagi beberapa sarjana Islam tempatan, khutbah Jakim dilihat agak 'lembut' dan adakalanya tidak reflektif kepada tekanan yang dihadapi oleh umat Islam,” tulis Awang Selamat.

Presiden Prancis: Tidak Ada Hubungan antara Islam dan Para Penyerang Charlie Hebdo

Sabtu 19 Rabiulawal 1436 / 10 Januari 2015 16:45


FRANCOIS_hollande

PRESIDEN Prancis François Hollande menegaskan, para pelaku serangan di Paris tidak mempunyai hubungan dengan Islam.
Pernyataan ini disampaikan Jumat sore waktu Paris, (9/10/2014) terkait dengan serangan yang ditujukan terhadap majalah mingguan satire Charlie Hebdo. Aksi ini disusul dengan berbagai peristiwa lanjutan, termasuk tewasnya terduga pelaku serangan dan penyanderaan di sebuah mini market di Paris.
“Mereka adalah kaum fanatik yang tidak punya hubungan dengan Islam,” tegas Hollande seperti dikutip dari aljazeera.
Menurut politisi berusia 60 tahun ini, harus ada “pemisahan antara mereka dengan Islam” dalam rangka menjaga nilai-nilai negara Prancis.
Hollande juga mengucapkan selamat kepada aparat keamanan dan kepolisian Prancis yang berhasil menewaskan para tersangka pelaku serangan dan juga membebaskan sejumlah sandera. Menurutnya, Prancis berhasil mengatasi berbagai ancaman yang ada, meski “semua ancaman itu belum selesai”.
Mantan Walikota Tulle ini juga menyerukan kepada warga Prancis untuk “bangkit dan bersatu melawan terorisme” dan menggalang aksi solidaritas pada Ahad pekan ini dalam rangka mengecam peristiwa berdarah yang berlangsung selama tiga hari. Ia menyatakan, Prancis berhasil menghadapi berbagai ancaman yang menantinya, namun semua ancaman itu belum selesai.
Seperti dilaporkan, berbagai operasi keamanan yang digelar aparat keamanan Prancis Jumat kemarin, telah menewaskan dua bersaudara Kouachi, tersangka pelaku penyerangan berdarah terhadap kantor majalah satire Charlie Hebdo yang menewaskan 12 orang. Selain itu, sejumlah sandera dan pelaku tewas dalam sebuah toko makanan Yahudi Kosher di Paris Timur. [MNR]


Kontroversi hina Nabi di seluruh dunia
  • Charlie Hebdo
1 / 1
INSIDEN serangan maut di ibu pejabat Charlie Hebdo di Paris, 7 Januari lalu meragut nyawa 12 orang. Penyerang didakwa bertindak balas terhadap kartun kontroversi yang diterbitkan akhbar itu yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Berikut adalah antara kontroversi lain yang juga pernah menimbulkan kemarahan umat Islam dan langkah diambil untuk mengelakkan sebarang tindak balas berbahaya.

Kartun Denmark
Pada 2006, kartun yang disiarkan dalam akhbar harian Jyllands-Posten dan dicetak semula majalah Norway, Magazinet, mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan keganasan.
Kartun itu mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan menyebabkan bantahan di seluruh Timur Tengah.
Susulan kejadian itu, Arab Saudi memanggil pulang Dutanya di Denmark, manakala Libya bertindak menutup kedutaannya di Copenhagen.

Opera Mozart di Berlin
Setahun setengah selepas kemarahan umat Islam berhubung kartun Denmark, artis Sweden Lars Vilks memaparkan lakaran kasar pada seminar Stockholm yang menghina Nabi.
Lakaran tersebut menyebabkan pemimpin al-Qaeda mengumumkan ganjaran untuk membunuh Vilks serta editor akhbar Sweden lain yang menerbitkan kartun berkenaan.
The Met tarik semula tiga lukisan
Dalam langkah berjaga-jaga, Metropolitan Museum of Art menarik balik tiga lukisan awal Nabi sebelum imej itu dipamerkan sebagai sebahagian daripada koleksi Islamik, menurut New York Post.

Penapisan South Park
South Park, sebuah rancangan animasi sitkom dewasa lebih dikenali dengan gambaran biadab Yahudi, Katolik, Scientologists dan Nabi.
Pada 2010, rancangan itu cuba memaparkan watak Nabi Muhammad SAW dalam filem animasi, namun cubaan itu gagal walaupun program itu pernah menampilkan watak itu dua kali.
Selepas menerima ancaman daripada puak pelampau, Comedy Central mula menapis semua program yang cuba paparkan imej Nabi.

Molly Norris dan Everybody Draw Mohammed Day
Pada 2010, kartunis berpangkalan di Seattle, Molly Norris mencadangkan agar semua orang menghasilkan imej Nabi Muhammad SAW dalam lukisan. Ia sebagai tindak balas ancaman bunuh terhadap mereka yang terlibat dalam segmen South Park yang cuba memaparkan imej Nabi. Difahamkan, Norris melukis pelbagai objek yang bertujuan untuk menghina Nabi.
Selepas dia mengumumkan tentang Everybody Draw Mohammed Day, pemimpin al-Qaeda di Semenanjung Arab, Anwar al-Awlaki, mendedahkan wanita itu telah dimasukkan dalam senarai orang yang akan dibunuh.

Innocence of Muslims
Sebuah video berdurasi 14 minit bertujuan menghina Nabi yang disiarkan di laman YouTube pada 2012 mencetuskan bantahan umat Islam di seluruh dunia.
Tunjuk perasaan di beberapa negara telah mengakibatkan berpuluh orang terbunuh, beratus lagi cedera dan terdapat laporan bahawa klip video berkenaan mencetuskan serangan di bandar Benghazi di Libya, yang meragut nyawa duta AS. - Washington Post.

Agensi perisikan AS dalang serangan?
  • Charlie Hebdo
1 / 1
MOSCOW - RUSIA. Seorang penganalisis politik mendakwa serangan Charlie Hebdo sebenarnya didalangi agensi perisikan Amerika Syarikat (AS)menerusi satu segmen khas disiarkan saluran berita televisyen Rusia.

Alexei Martynov memaklumkan risikan AS melancarkan serangan itu bagi mensabotaj usaha global untuk menentang keganasan Islam, selain memberi tekanan kepada Presiden Perancis, Francois Hollande dalam mengekalkan sekatan ekonomi terhadap Rusia.

"AS berusaha meningkatkan kebimbangan Eropah terhadap keganasan supaya pemimpin rantau itu sentiasa meletakkan kebergantungan mereka kepada AS, sekali gus mengukuhkan penguasaan Washington di Barat.

"Tindakan itu jelas ditujukan kepada Rusia dan ia bertujuan menghalang negara Eropah daripada menolak pengaruh AS dan menjadi sekutu Rusia," katanya.

Kebelakangan ini, media Rusia sering menulis tentang teori konspirasi AS dan menuduh negara itu merancang untuk merampas Siberia dari Rusia serta sengaja menembak jatuh pesawat MAS, MH17 dengan tujuan memalukan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Teori tersebut cenderung menekankan kebenaran dari Rusia manakala AS pula sengaja  memburukkan imej negara Barat.

Apa yang dilakukan AS dilihat mungkin sengaja ingin meningkatkan Islamophobia di negara Barat dan memecahbelahkan penduduk dunia. - VOX
'Saya bukan hidup bawah undang-undang al-Quran'
  • Stephane Charbonnier Stephane Charbonnier
1 / 1
KETUA editor majalah Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier pernah mengeluarkan kenyataan bongkak berhubung tindakan majalah berkenaan menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Charbonnier atau lebih dikenali sebagai Charb adalah kartunis yang mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau.

Malah dia kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Dalam satu temu bual yang diterbitkan majalah itu pada 2012, Charb menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.

“Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran,” katanya.

Charb, 47, antara yang terbunuh dalam serangan berdarah di pejabat majalah itu di Paris, Rabu lalu.
Charlie Hebdo: Majalah satira penuh kontroversi
  • Antara karikatur yang pernah digunakan pada muka hadapan Charlie Hebdo. Antara karikatur yang pernah digunakan pada muka hadapan Charlie Hebdo.
1 / 1
MAJALAH satira Perancis, Charlie Hebdo yang menjadi sasaran tiga lelaki bersenjata minggu ini tidak asing dengan kontroversi.

Charlie Hebdo yang mula diterbitkan pada 1970, menjadi terkenal kerana kerap menerbitkan karikatur bersifat biadab dan menghina terhadap ahli politik, tokoh masyarakat serta semua agama termasuk Islam dan Kristian.

Meskipun motif serangan Rabu lalu masih belum jelas, namun karikatur mempermainkan dan menghina Nabi Muhammad SAW yang kerap diterbitkan  menimbulkan kemarahan umat Islam dan menjadikannya sasaran untuk serangan.

Pada November 2011, pejabat Charlie Hebdo telah dibakar pada hari sama majalah berkenaan menerbitkan karikatur yang menghina undang-undang Islam.

Muka hadapan majalah tersebut memaparkan karikatur lelaki Arab dengan dialog: "100 kali rotan jika anda tidak ketawa terbahak-bahak."

Pada September 2012 pula, majalah itu tidak mempedulikan bantahan masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims apabila menerbitkan empat karikatur yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW.

Susulan itu, Kedutaan, konsulat, pusat kebudayaan dan sekolah antarabangsa Perancis di sekitar 20 negara diarah tutup.









Hukum Melabur dalam ASB

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Berikut adalah Lembaga Penasihat Shariah PNB.
mpsasnb

Berikut adalah artikel dari website Prof. Dr Mahmood Zuhdi yang merupakan seorang pensyarah di UIAM yang juga merupakan salah seorang ahli panel Shariah PNB dan juga terlibat menjadi panel Shariah dan fatwa di beberapa institusi fatwa, instusi kewangan di dalam dan luar negara.
Tulisannya bertajuk Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya salin semula tulisan beliau dalam blog ini untuk bacaan kalian. Sekiranya ada permasalahan, komen dan sebagainya saya sarankan agar terus disalurkan kepada beliau sendiri melalui website beliau. Saya tidak menjawab bagi pihak beliau.
Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Oleh: Prof. Dr Mahmood Zuhdi
Pendahuluan:
Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.
Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.
Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.
Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.
Permasalahan
Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.
Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.
Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.
Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah “ ??? ????? ??? ?????? ??????? ???? ??????“ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.
Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.
Kekeliruan
Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.
Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.
Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.
Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.
Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.
Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.



Cadang Abdul Hadi tidak dicalonkan semula
  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
ALOR SETAR - [DIKEMASKINI]  Bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada muktamar 2013 berkata, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

“Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur.

"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas,” katanya.

Kenyataan terbuka Zulhazmi itu turut dimuat naik di Facebook miliknya dan mengundang pelbagai reaksi.

Selain Abdul Hadi, nama lain yang dicadangkan untuk tidak dicalonkan dalam pemilihan kepimpinan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut disenaraikan.

Zulhazmi berkata, kesemua yang disenaraikan itu memegang jawatan dalam institusi paling tinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan mereka tidak wajar mempunyai apa-apa jawatan lain di peringkat lebih rendah.



“Majlis Syura adalah institusi tertinggi berperanan memantau Pas supaya tidak tergelincir dari landasan perjuangan serta dasar parti iaitu Islam. Ia juga merupakan institusi tertinggi yang bertindak memutuskan sebarang rayuan tatatertib ahli parti,” katanya.

Menurutnya, keadilan dalam Islam bukan sekadar ungkapan tetapi perlu dipraktikkan.



“Sebarang pertindihan kepentingan, pertindihan kuasa yang boleh menimbulkan keraguan dan fitnah hendaklah dielakkan lebih awal,” katanya.

Sehubungan itu juga, Zulhazmi mencadangkan Pas kawasan di seluruh negeri tidak mencalonkan nama-nama disenaraikan itu untuk sebarang jawatan dan sekiranya dicalonkan, disarankan mereka menolak pencalonan.

Nilai Ringgit Makin Menyusut. Ini 40 Cara Selamatkan Wang Anda Di Tahun 2015!

Ramai kini yang mula gusar bila melihat nilai ringgit yang makin menjunam jatuh berbanding US Dollar. Yang paling terkesan adalah mereka yang menjalankan urus niaga mengimport barang dari luar negara kerana nisbah keuntungan yang makin berkurang.
Secara tidak langsung para pengguna juga pasti terasa tempiasnya apabila harga barang dinaikkan oleh peniaga meski pun hakikatnya harga minyak kini menurun.
BACA : Berapa Simpanan Bulanan Anda? Pandangan Lelaki Ini Mungkin Buat Anda Merenung Jauh Ke Dalam Diri
Hari ini kami ingin kongsikan 40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.
Kita ikut tips beliau di bawah.
azizul azli ahmad
SELAMATKAN WANG ANDA
Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :
1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu
Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. Wallahu A’llam
Credit : Azizul Azli Ahmad, dengan izin.
Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas ;)
Like page The Vocket di Facebook

Penyerang Charlie Hebdo ditembak mati
Posted on Saturday, January 10 @ 18:54:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Pasukan antipengganas Perancis menembak mati dua beradik yang dikehendaki kerana menyerang pejabat akhbar satira Charlie Hebdo dalam operasi ke atas tempat persembunyian mereka di timur laut Paris.

Sementara itu empat orang tebusan terbunuh dalam satu operasi berasingan di sebuah pasaraya di bandar Paris.

Presiden Perancis, Francois Hollande mengesahkan kejadian tersebut, lapor agensi berita Reuters.

Beliau menyifatkan serangan oleh kumpulan bersenjata beragama Islam itu sebagai tindakan “antisemitik” dan perkauman dan menggesa warganya agar tabah menghadapi serangan tersebut.

Kumpulan bersenjata tersebut menahan tebusan di pasar raya Hyper Cacher di daerah Vincennes. Beberapa orang tebusan dilihat bergegas meninggalkan pasar tersebut apabila pasukan polis membuat serbuan.

Perancis merancang untuk mengadakan perhimpunan besar esok sebagai bantahan ke atas serangan tersebut.

Ia dijangka akan disertai Canselor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri Britain David Cameron, Matteo Renzi (Itali), Mariano Rajoy (Spain) dan presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker.

Presiden Amerika Syarikat juga menyatakan sokongan negaranya. - MK

Presiden Kongres Yahudi Sedunia Ronald Lauder turut mengutuk serangan tersebut dan berkata "nyawa Yahudi di Perancis diancam sekiranya keganasan tidak dihentikan”.

Rakaman video di kawasan pasar raya tersebut menunjukkan berpuluh orang anggota polis dengan kelengkapan antipengganas berkawal di luar dua pintu utama.

Serangan bermula dengan tembakan dan letupan di pintu. Para tebusan seterusnya meluru keluar daripada pintu terbabit.

Rakaman Reuters antara lainnya menunjukkan seorang lelaki yang membawa seorang bayi diiring ke sebuah ambulans oleh polis manakala yang lain dengan pengusung.

Polis Perancis menggerakkan hampir 90,000 anggotanya selepas serangan ke atas Charlie Hebdo, akhbar mingguan yang sering meraih kontroversi kerana menyindir Islam serta agama dan pemimpin politik lain.

Seorang saksi menyebut, salah seorang daripada penyerang tersebut didakwa melaungkan: “Kita sudah bunuh Charlie Hebdo! Kita sudah membela Nabi!”

Dua beradik tersebut dipercayai penyerang yang menembak mati 12 orang, termasuk kartunis dan dua orang anggota polis.

Pasukan keselamatan menyebut, dua beradik tersebut yang dilahirkan di Perancis berada bawah pengawasan dan diletakkan dalam senarai larangan terbang di Eropah dan Amerika Syarikat.

Peristiwa keganasan itu menimbulkan persoalan baru mengenai pengawasan ke atas kumpulan radikal, politik berhaluan kanan, agama dan penapisan di negara yang bergelut dengan masalah integrasi sejumlah kira-kira lima juta warga Islamnya.


Tanda Kiamat: Budak Wanita Melahirkan Majikannya, Maksudnya?
Posted on Saturday, January 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Assalamualaikum ustadz, Saya mau tanya salah satu hadist yang membahas masalah tanda-tanda kiamat. Seingat saya ada hadist yang mengatakan bahwa salah satu tanda-tanda kiamat adalah ketika budak wanita melahirkan majikannya, itu maksudnya apa ustadz?

Terima kasih.
Wassalamualaikum,



Jawaban:
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hadits yang anda tanyakan itu merupakan hadits yang mashyur baik di kalangan muhadditsin maupun orang awam kebanyakan. Salah satu versi lafadznya dimuat didalam kitab Al-Arba’in An-Nawawiyah susunan Al-Imam An-Nawawi rahuimahullah.
Kitab kecil ini pun tidak kurang populernya di kalangan umat Islam. Adapun lafadz asli merupakan teks hadits yang lumayan panjang.
Lelaki itu berkata lagi,”Beritahukan kepadaku kapan terjadinya Kiamat.” Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.” Dia pun bertanya lagi,”Beritahukan kepadaku tentang tanda – tandanya!” Nabi menjawab, “Jika budak wanita telah melahirkan tuannya , jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta penggembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.” (HR Muslim)
Salah satu ciri akan terjadinya hari kiamat sughra adalah bila budak wanita telah melahirkan tuannya. Kalimat ini memang agakaneh terdengar, bahkan untuk para ahli hadits sekalipun.
Tentunya lafadz ini adalah kalimat yang bisa punya makna sesungguhnya, tetapi bisa jadi sebuah idiom atau ungkapan khas, yang barangkali di masa nabi SAW cukup dipahami dengan mudah maknanya. Namun buat kita yang tidak hidup di sana, cukup bingung juga memahaminya.
Para ulama ahli hadits dalam banyak karya mereka menuliskan beberapa penafsiran yang berbeda.
Kalau kita kumpulkan, paling tidak ada 4 makna yang saling berbeda yang seringkali diungkapkan oleh para ulama. Satu versi melihat dengan positif dan tiga versi melihat dengan pandangan negatif.
1. Sudah semakin tersebarnya agama Islam
Kalau dikatakan bahwa para budak wanita telah melahirkan orang-orang yang jadi tuannya, maka maksudnya adalah perbudakan telah hilang dari muka bumi. Karena para budak itu tidak lagi melahirkan budak, melainkan telah melahirkan orang-orang yang merdeka. Dan ini menunjukkan bahwa Islam adalah agama yang telah berhasil membebaskan perbudakan. Karena Islam, perbudakan menjadi hilang dari permukaan bumi ini. Karena Islam, manusia pada akhirnya tidak lagi mengalami perbudakan. Maka ungkapan bahwa budak melahirkan tuannya dalam pendapatini menjadi sesuatu yang bersifat positif.
2. Tersebarnya sikap durhaka kepada orang tua
Dalam pandangan yang lain, ungkapan bahwa budak telah melahirkan tuannya lebih merupakansekedar ungkapan. Maksudnya, anak-anak akan menjadi durhaka kepada orangtuanya, terlebih kepada ibunya.
Seolah-olah ibunya dijadikan budak, dan anak telah berubah menjadi tuan yang memperbudak ibunya sendiri.
Dalam pandangan ini, gambarannya malah terbalik, bukan gambaranyang bersifat optimis melainkan bersifat apatis. Tanda-tanda kiamat dihiasi dengan semakin hilangnya rasa hormat kepada orang tua.
3. Tersebarnya kebodohan dan hinanya syariah Islam
Dalam pandangan ini, gambaran bahwa budak telah melahirkan tuannyamenjadi simbol dari kebodohan yang dialami oleh umat Islam. Selain kebodohan tentu saja juga terhinanya umat Islam.
4. Tersebarnya zina dan nikah syubhat
Penafsiran lain tentang budak yang melahirkan tuannya adalah sebuah gambaran tentang tersebarnya zina. Kiamatdigambarkan akan didahului dengan tersebarnya zina di mana-mana, sampai para wanita budak melahirkan anak dari orang yang merdeka, tentunya lewat perzinaan yang melanggar syariah Islam. Atau zina sudah menjadi sebuah fenomena massal dan kebiasaan masyarakat sehari-hari. Di mana-mana kita temuizina, bahkan di kampung sendiri. Sesuatu yang di masa lalu masih tabu kita dengar, tapi hari ini dilayar kaca, sinetron kita selalu menayangkan bagaimana selingkuh danperzinaan berubah dari tontonan menjadi tuntunan.
Demikianlah sekedar penjelasan darurat dan singkat, untuk lebih luasnya kajian seperti ini anda bisa langsung menelusuri kitab-kitab syarah hadits yang cukup banyak tersedia di berbagai perpustakaan.
Wallahu ‘alam bishshawab wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ahmad Sarwat, Lc.
Sumber : FP Kata Kata Mutiara, Motivasi,dan Renungan Islam Terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan