Khamis, 25 Disember 2014

DUIT BUKANNYA SEGALA2NYA...DUIT TAK BOLEH BELI SYURGA DAN TAKWA



Petronas Kuala Krai..

 


Banjir: Penduduk Kg. Laloh kelaparan, pecah pintu kedai runcit

Banjir: Penduduk Kg. Laloh kelaparan, pecah pintu kedai runcit
Tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya. - Gambar Fail
KUALA KRAI: Penduduk Kampung Laloh di Jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa memecah pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tiga hari tidak menerima bekalan makanan.

Mangsa banjir, Faizal Ab Rahim berkata, sehingga jam 4.00 petang tadi (Khamis) tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2500 lagi mangsa dari 500 keluarga yang berpindah ke SK Laloh.

"Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan."

Begitupun, tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya.

"Pusat perpindahan pertama kami di SMK Laloh turut dinaiki air sehingga ke aras dua. Mangsa kemudian berpindah ke penempatan kedua iaitu di SK Laloh."

Kampung Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air tiga hari lalu.



Selain itu, bekalan air bersih dan elektrik turut terputus.

Sementara itu makluman mengenai nasib penduduk Kampung Laloh hanya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berikutan gangguan talian telefon dan data mudah alih.

Faizal juga bimbang, pihak penyelamat menghantar (airdrop) bantuan makanan di lokasi yang salah, memandangkan hanya satu sahaja lokasi yang sesuai untuk tujuan "airdrop".

"Sekarang lokasi yg paling sesuai utk menghantar bantuan ialah kawasan perkuburan yang bebas air," jelas Faizal lagi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/banjir-penduduk-kg-laloh-kelaparan-pecah-pintu-kedai-runcit-50920?cp
Pemandangn Dari atas kota bharu, klate


Pengguna Jalanraya "Berpesta" Kutip Duit RM7 Juta Bertaburan Atas Jalanraya..


HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila berebut-rebut mengutip duit kertas berjumlah hampir HK$16 juta (RM7 juta) yang berteraburan di jalanraya selepas terjatuh daripada van keselamatan. 

Kejadian tersebut berlaku semasa van tersebut dalam perjalanan menuju kesebuah bank dan secara tiba-tiba pintu van tersebut terbuka sehingga menumpahkan beberapa kotak yang berisi wang tunai. Pemandu van tersebut mendakwa dia tidak sedar bila dan bagaimana pintu belakang van tersebut terbuka.

“Kami sedang siasat bagaimana pintu van boleh terbuka sendiri sama ada faktor teknikal, kecuaian pemandu atau memang dirancang penjenayah lain yang berjaya umpil pintu itu,” kata supritendan polis Hong Kong, Wan Siu-hung kepada pemberita tempatan.

Sewaktu kejadian masa perjalanan dari tempat duit tersebut bertaburan dengan bank terbabit dalam lebih kurang setengah jam untuk sampai. Kejadian berkenaan telah menyebabkan kesesakan teruk di laluan sibuk tersebut.

Stesen tempatan menunjukkan ramai pejalan kaki turut menyerbu kawasan itu manakala keadaan mula terkawal sejurus puluhan anggota polis lengkap bersenjata berat bergegas mengepung laluan terbabit dan mengutip semula baki wang yang tinggal.

Jurucakap polis meminta orang ramai yang mengambil wang berkenaan supaya menyerahkan kembali duit tunai terbabit di balai polis untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan mencuri harta awam. Pakar-pakar perundangan berkata, polis boleh menahan pencuri wang tersebut jika membuat transaksi di bank kerana rekod nombor siri wang hilang itu sudah pun dimaklumkan kepada semua institusi perbankan bagi tujuan rujukan keselamatan. – Agensi

"Alhamdulillah kami selamat menaiki bot,"

 pesanan terakhir pasangan hilang

"Alhamdulillah kami selamat menaiki bot," pesanan terakhir pasangan hilang
Suhaimi mengirimkan pesanan tersebut berserta gambar mereka suami isteri menerusi aplikasi Whatsapp.
KEMAMAN: "Alhamdulillah kami selamat menaiki bot," itulah pesanan ringkas terakhir yang dikirimkan kepada anggota keluarga sebelum bot yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik di Kemaman, semalam.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, mangsa Nur Hayati Sulong dan suaminya, Suhaimi Awang, kedua-dua berusia 37 tahun, hilang dibawa arus deras setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik lalu karam di Kampung Geliga Che Akob.

Keluarga mangsa Wan Zahari Wan Abu Bakar, 51, berkata kira-kira 1.05 tengah hari, Suhaimi mengirimkan pesanan tersebut berserta gambar mereka suami isteri menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata sebaik menerima pesanan itu, mereka sekeluarga berasa lega kerana mangsa sebelum itu terpaksa meredah banjir pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan anak-anaknya.

"Bagaimanapun tidak sampai sejam, saya terkejut selepas dimaklumkan bot yang dinaiki pasangan itu terbalik dan mereka hilang dibawa arus dan sehingga kini mereka gagal dikesan," katanya kepada Bernama di sini.

Wan Zahari berkata Suhaimi bersama keluarganya sudah dua hari berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geliga.

"Saya berharap agar pasangan ini dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Hanafi berkata operasi mencari pasangan berkenaan diteruskan meliputi jarak pencarian sejauh lima kilometer sepanjang muara sungai Kuala Kemaman.

"Operasi pencarian ini akan terus diperluas dan dipertingkatkan dan jika  keadaan air tidak begitu deras, kita akan arahkan anggota penyelam melakukan operasi selaman di kawasan sekitar," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/alhamdulillah-kami-selamat-menaiki-bot-pesanan-terakhir-pasangan-hilang-50932?cp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan