Khamis, 25 Disember 2014

BANJIR...ROSAK AKHLAK...MAKSIAT SAMA NAIK




[VIDEO & GAMBAR] Banjir Semakin Buruk, Rakyat Semakin Menderita, Darurat Belum Diisytiharkan
http://greenboc.blogspot.com/…/video-gambar-banjir-semakin-…

KAUM YANG DIMUSNAHKAN ALLAH S.W.T

Di dalam Al-Quran sendiri telah banyak menceritakan mengenai kisah bagaimana umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari ajaran oleh utusan-Nya dan melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh ALLAH. Sebagai umat Islam , kita sewajibnya mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan yang dimurkai oleh ALLAH S.W.T.




1. Kaum Nabi Nuh 



Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14). 



2. Kaum Nabi Hud 



Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QSAttaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13). 



3. Kaum Nabi Saleh 



Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12). 



4. Kaum Nabi Luth 



Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu melakukan hubungan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Walaupun sudah diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12). 



5. Kaum Nabi Syuaib



Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44). 



Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14). 



6. Firaun



Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di musium mumia di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92). 



7. Ashab Al-Sabt



Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163). 



8. Ashab Al-Rass



Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12). 



9. Ashab Al-Ukhdudd 



Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah mengandung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9). 



10. Ashab Al-Qaryah 



Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13). 



11. Kaum Tubba’



Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air (QS Addukhan: 37). 



12. Kaum Saba 



Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).
Like · ·


Banjir makin buruk, Jawapan Najib dari Hawaii!!


U.S. President Barack Obama and Malaysia's Prime Minister Najib Razak get in their golf cart after playing on the 18th green in KaneohePost terkini PM, Najib Razak di akaun Facebook beliau, serahkah kepada TPM katanya…
Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.
Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu.
Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.
Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.
Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.
Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.
Dato’ Sri Mohd Najib
25 Disember 2014

( 3 Foto) Gadis Bertudung Selak Buah Dada Di 

Restoran Makanan Segera


Kurang ajar betul minah tudung nie, bergambar dalam keadaan 
yang memalukan di tempat awam. Pakai saja tudung tetapi perangai 
macam apa!! Kalau tidak salah gambar ini dirakamkan di sebuah 
restoran makanan segera.


Kalaulah tempat terbuka sudah macam ini, apa lagi kalau 
tempat yang tertutup. Kenapalah perempuan sanggup buat
apa saja demi teman lelakinya? Bukan tunang…jauh sekali 
suami. Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Fikir-fikirkanlah

(14 Gambar) Lelaki Mengamuk Guna Lori, 

Rempuh 8 Buah Kereta di Puchong


PUCHONG, 25 Dis - Seorang lelaki bertindak merempuh beberapa buah kenderaan di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lelaki tersebut dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan terbabit dengan menggunakan sebuah lori pengangkut sampah setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.


Menurut kenyataan sumber yang menghubungi Siakapkeli, penduduk pangsapuri yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.

Lelaki itu pada mulanya bertindak merempuh dua buah kereta milik abang iparnya iaitu sebuah Iswara dan sebuah Avanza menggunakan lori tersebut.



Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain yang berada berhampiran turut menjadi mangsa amukan lelaki terbabit.

Menurut sumber itu lagi lapan buah kereta dan dua buah motosikal menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Selain itu beberapa struktur pangsapuri tersebut juga dilihat rosak disebabkan perbuatan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berbadan gempal itu sudah ditangkap oleh polis yang tampil ke tempat kejadian. - Siakapkeli.com.my


Gambar Kejadian















Gambar Gadis Bertudung Dah Semakin Gila 

Sampai Selfie Macam Ni sekali


secara jujurnya gadis melayu ini memang cantik pasti setiap lelaki akan
jatuh hati melihat wanita ini dengan wajah yang putih,hidung yang mancung
badan agak berisi ia adalah impian kaum lelaki 

Namun agak malang apabila wajah yang cantik tersebut mencerminkan sikap
yang tidak senonoh tapi agak musykil siapakah yang sebarkan gambar selfie 
punggung beliau? mungkin dia sendiri tidak tahu gambarnya telah disebarkan
oleh rakan atau kekasihnya sendiri apapun semoga anda sentiasa berhati-hati 
walaupun dengan kawan baik sendiri 

Untuk makluman anda gambar ini admin perolehi daripada sebuah fanpage 
xxx gambar tersebut tidak ditutup bahagian muka agak real muka gadis ini.
apapun supaya anda jadikan gambar ini sebagai pengajaran

Pengajaran Buat Semua.. Patut Gambar Guru 

Wanita Ini Menjadi Viral di Laman Sosial

beritahariann.org - tiada niat untuk mengaibkan dan tiada niat untuk memalukan guru ini jadi admin tutup wajah beliau supaya anda tidak kenali beliau.

Perkongsian ini bertujuan sebagai peringatan tambahan pula jika anda seorang guru. Guru merupakan pemimpin jika inilah cara pakaiannya pasti membuatkan tidak disenangi kaum lelaki. Mohon para guru bersopan ketika di sekolah jangan tunjukkan diri anda seorang yang seksi dan menyakitkan mata pelajar lelaki

jadi inilah kesannya jika cikgu pakai pakaian berahi tersebut

http://www.beritahariann.org/2014/12/waw-besarnye-patut-gambar-guru-wanita.html


http://www.beritahariann.org/2014/12/waw-besarnye-patut-gambar-guru-wanita.html


Sumber Asal: beritahariann.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan