Khamis, 25 Disember 2014

BAGI LAGI PELUANG....YANG RAKYAT BILIS...PERLU CAGARAN....JERUNG2 TAK PAYAH...KADANG2 HUTANG2 ITU MANSUH/LUPUS GITU AJE...APA TAK SEDAR DAN TAK NAMPAK LAGI KE

Bomba Gadai Nyawa, Mangsa Masak Air Lumpur

Keadaan banjir di Kelantan
Kota Bharu: Kira-kira 500 mangsa banjir yang terperangkap di SMK Manek Urai sejak kelmarin kini dalam keadaan terkawal selepas empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di sana, 10 malam tadi.

Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman berkata, empat anggota itu mengambil masa hampir lapan jam untuk tiba di pusat pemindahan sementara itu berikutan menempuh beberapa halangan termasuk arus deras.

"Mereka menggunakan bot beroda dan bertolak dari Kota Bharu pada 2 petang semalam.
"Memang agak sukar untuk ke sana disebabkan ada kawasan yang tidak berair dan ada pula kawasan yang tenggelam, perjalanan mereka tersekat-sekat.

"Tetapi akhirnya mereka berjaya dan kini masih berada bersama mangsa banjir di sana untuk membantu terutama beri kaunseling dan sokongan moral yang sangat diperlukan ketika ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Kisah pilu mengenai mangsa banjir di pusat pemindahan berkenaan yang dianggarkan 500 orang menjadi perhatian sejak semalam dan dilaporkan Harian Metro.

Ini berikutan gambar 'mengerikan' air banjir menenggelamkan bangunan di situ sehingga tingkat tiga menyebabkan mereka berlindung di tingkat empat, malah tersebar di laman sosial rintihan mereka.


Azmi berkata, mengikut laporan diterimanya juga, mangsa tidak lagi ketakutan seperti awal kejadian sebaliknya mereka lebih rasa selamat apabila anggota keselamatan tiba.

"Laporan diterima juga dapati trend air di situ menunjukkan penurunan sejak pagi tadi.

"Kemungkinan besar mereka tidak berpindah ke tempat lain," katanya.

Beliau turut menasihati mangsa lain yang berada di kawasan tanah tinggi mahupun bukit supaya bertahan di situ kerana ia tempat paling selamat ketika ini selepas kebanyakan lokasi tenggelam.

Sementara itu, seorang mangsa banjir di situ yang dihubungi Harian Metro memaklumkan, mereka terpaksa memasak air lumpur untuk minum menggunakan dapur gas yang sempat dibawa dan kelaparan kerana tiada bekalan makanan sejak dua hari lalu.

"Anak kecil menangis, orang tua ada yang sakit, malah kami tidur bergelap kerana terputus bekalan elektrik," kata Mohamad Daniel Mohamad, 26,



Menurut Mohamad Daniel , anggota bomba sudah tiba di situ kira-kira 10 malam tadi menggunakan bot.

"Mereka sedang berusaha menyelamatkan kami," katanya. - Harian Metro


Ustaz Azhar Idrus
Hospital Kuala Krai sedang kritikal.
.
Bekalan elektrik sudah terputus dan banyak nyawa hanya bergantung kepada mesin.
.
Kami sedang berusaha untuk membawa pesakit ke hospital berdekatan bagi teruskan rawatan.
.
Mohon sumbangan segera untuk menampung kos helikopter pesakit.
.
Masukkan sumbangan ke akaun
MAYBANK : FAWA ENTERPRISE
562731108836.
Emelkan ke aisyahanas1@gmail.com
.
Terima kasih atas jasa baik semua.
.
Sebarang pertanyaan, hubungi Natrah 011-27016822/0192682710
.
Utk mula heli bgerak min rm25k
.
So berapa kali shutte trip depend on berapa byk dana.
.
tak perlu berikan rm1000 seorang
.
bangun sekejap start motor@kereta, bank in Rm10 seorang dah memadai
..
bayangkan jika diderma oleh 1juta pembaca fb yang tengok post ini.
.
hari ini mereka susah, esok lusa mungkin hari kita?
Like · · · 1

Wang simpanan 17 tahun lebur
  • Kok Keong (kiri) dan isteri (dua, kiri) menunjukkan barang diterima daripada syarikat gores dan menang selepas menyerahkan RM100,000. Kok Keong (kiri) dan isteri (dua, kiri) menunjukkan barang diterima daripada syarikat gores dan menang selepas menyerahkan RM100,000.
1 / 1
SEREMBAN - Selama 17 tahun menyimpan wang, namun malang bagi seorang warga emas di sini, apabila simpanannya itu lesap angkara sindiket gores dan menang.

Pasangan suami isteri yang tinggal di Taman SE, Rahang itu kerugian RM100,000 apabila ditipu sindiket yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan.

Mangsa, Lai Kok Keong, 77, berkata, dia tidak sangka boleh terpengaruh dengan janji manis ejen sindiket terbabit sehingga sanggup menyerahkan wang yang disimpan sejak bertahun-tahun lamanya.

Menurutnya, kejadian bermula kira-kira 11 pagi kelmarin, apabila dia dan isterinya,  71, berada di sekitar Pasar Besar Seremban untuk membeli barang basah.

“Ketika kami di dalam kereta dan mahu pulang ke rumah, datang dua lelaki dan meminta saya dan isteri menggores kad diberikan mereka.

“Lelaki itu memberitahu isteri saya bernasib baik kerana memenangi hadiah utama dan menyuruh kami datang ke pejabat syarikat mereka di Senawang,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri pergi ke pejabat dan bertemu salah seorang pekerja syarikat itu untuk menuntut hadiah dimenangi.

“Pekerja itu mendakwa isteri saya akan menerima 29 hadiah utama iaitu katil berserta tilam berjenama, penyaman udara, dapur gas elektrik, periuk, penapis air dan pelbagai lagi hadiah yang keseluruhannya mencecah RM200,000.

“Tapi, mereka minta kami bayar RM100,000 bagi tujuan membayar cukai kerajaan yang dikenakan ke atas barang itu sekiranya kami mahu kesemua hadiah itu,” katanya,
semalam.

Tambahnya, tanpa berfikir panjang, mereka segera ke bank berdekatan bagi mengeluarkan wang untuk mendapatkan hadiah berkenaan.

Malah, katanya, pekerja itu turut menasihatkannya supaya tidak memberitahu kakitangan bank yang duit dikeluarkan untuk membayar cukai kerajaan, sebaliknya untuk ubah suai rumah.

“Saya mengikut apa yang disuruh dan menyerahkan wang kepada mereka sejurus keluar dari bank,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia kecewa apabila barang yang dihantar ke rumah tidak seperti dijanjikan.

“Saya berasa ditipu apabila harga barang dihantar itu  tidak nampak macam RM200,000.

“Saya menyesal kerana percaya kepada mereka sehingga sanggup menyerahkan duit disimpan sejak 17 tahun dulu,” katanya membuat laporan di balai polis berhampiran.
InfoBanjirPantaiTimur
IBU PEJABAT KONTIJEN 15990 KOTA BHARU, KELANTAN
IPK KELANTAN 097455622
GERAKAN IPK 097455555
IPD KOTA BHARU 097752200
IPD PASIR MAS 097932222
IPD TUMPAT 097257222
IPD KUALA KRAI 099666222
IPD GUA MUSANG 099121222
IPD PASIR PUTEH 097867222
IPD MACHANG 099751222
IPD TANAH MERAH 099556222
IPD JELI 099440222
IPD BACHOK 097788222

TALIAN KECEMASAN DCC (DISTRICT CONTROL CENTRE) POLIS KELANTAN
DCC KOTA BHARU 097741022
DCC PASIR MAS 097904299
DCC TUMPAT 097252482
DCC GUA MUSANG 099121722
DCC KUALA KRAI 099605507
DCC PASIR PUTEH 097862005
DCC BACHOK 097780218
DCC MACHANG 099758141
DCC TANAH MERAH 099558429
DCC JELI 099440173
P/s: Gambar di Bandar Kuala Krai hari ini.
Like · · · 4
Rantau Panjang Post added 2 new photos.
Gambar dr HRPZ... Allahu
Tak tertulis admin xtw nok kato gpo . Moga Allah SWT lindungi kite semua .
Cc Ridzuan Primer
HENTIKAN SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU.
Like · ·
Tikam belakang leher adik
  • Nasib Tuan Mohd Shuhaidi ditentukan 27 Januari depan selepas dia mengaku salah cuba membunuh adik kandungnya. Nasib Tuan Mohd Shuhaidi ditentukan 27 Januari depan selepas dia mengaku salah cuba membunuh adik kandungnya.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan bermain tarik tali di Mahkamah Sesyen, semalam, apabila menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah, atas dakwaan cuba membunuh adik kandungnya.

Tuan Mohd Shuhaidi Tuan Salleh, 26, menukar pengakuan dengan mengaku salah menikam di belakang leher adiknya, Tuan Mohd Suhairi Tuan Salleh, 25, menggunakan sebilah pisau.

Dia mengaku salah melakukan jenayah itu di kediaman mereka di Chendering, 13 Disember lalu, kira-kira jam 5.30 petang.

Tuan Mohd Shuhaidi mengaku mengetahui perbuatannya itu boleh menyebabkan kematian adiknya dan boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh, bagaimanapun mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu fakta kes.
Pemohon perlu sediakan cagaran
  • Hasan (belakang, sembilan, kiri) bersama para penerima surat tawaran program Ar-Rahnu Flexi di Majlis Pelancaran Program Ar-Rahnu Flexi di Menara Kembar Bank Rakyat, semalam. Hasan (belakang, sembilan, kiri) bersama para penerima surat tawaran program Ar-Rahnu Flexi di Majlis Pelancaran Program Ar-Rahnu Flexi di Menara Kembar Bank Rakyat, semalam.
1 / 1
INDIVIDU atau organisasi yang memohon pinjaman kewangan dari bank perlu bersedia mengemukakan cagaran atau jaminan bagi membolehkan permohonan pinjaman mereka diluluskan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata,  ini bertujuan mengurangkan kadar Pinjaman Tidak Berbayar (NPL)  dialami bank dan institusi kewangan.

“Bank boleh bagi pinjaman tetapi perlu ada cagaran atau jaminan yang kukuh bagi membolehkan mereka meluluskan pinjaman yang dipohon kerana mereka juga berniaga dan memerlukan kembali bayaran pinjaman untuk beroperasi.

“Oleh itu, bila ada cagaran dan jaminan dari peminjam, saya rasa bank tiada masalah untuk meluluskan permohonan tersebut dan NPL dapat dielakkan,” katanya selepas merasmikan Program Ar-Rahnu Flexi oleh Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Hasan apa yang penting bank dan peminjam perlu bekerjasama dalam memudahkan proses pinjaman di mana mempunyai situasi menang-menang.

Sementara itu,  Bank Rakyat menyasarkan pembukaan 30 cawangan koperasi Ar-Rahnu X’Change baharu hingga hujung tahun depan.

Naib Presiden Kanan, Perbankan Korporat Bank Rakyat, Abdul Razak Abu Bakar berkata buat masa ini Bank Rakyat mempunyai 90 cawangan Ar-Rahnu X’Change dalam negara dengan 48 cawangan di usahakan oleh koperasi dan 42 cawangan adalah milik bank tersebut.

“Kami juga menyasarkan pembiayaan sebanyak RM150 juta bagi pembukaan cawangan koperasi Ar-Rahnu X’Change yang baharu dengan setiap satu secara purata memerlukan pembiayaan sebanyak RM5 juta.

“Sejak 2008 hingga 2014 kami telah beri pinjaman RM370 juta kepada 48 koperasi Ar-Rahnu X’Change  yang diuruskan oleh 28 buah koperasi dalam negara,” katanya.

Ar-Rahnu Flexi merupakan kemudahan khas untuk badan koperasi mendapatkan modal pusingan perniagaan Ar-Rahnu X’Change.

Menurut Abdul Razak, Ar-Rahnu Flexi ditawarkan dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun had pengeluaran sehingga 80 peratus nilai marhun (emas yang digadai).

“Ia dibuka pada semua badan koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan pemegang francais Ar-Rahnu X’Change di bawah  syarikat subsidiari Bank Rakyat  iaitu Rakyat Management Services,” katanya.

Rakyat dilanda banjir, Najib main golf dengan Obama?

http://greenboc.blogspot.com | .

Tatkala Negara Sedang Ditimpa Bencana, Najib Boleh Main Golf dengan Obama


Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sedang berada di Hawaii tatkala rakyat negara ini sedang menderita akibat dilanda banjir di beberapa buah negeri.

Ini dilaporkan oleh lamanweb thewashingtonpost.com di mana dinyatakan Obama yang sedang bercuti di Hawaii menemui beberapa rakan dan para petugas di Rumah Putin dan pada hari semalam, pertemuan itu disertai oleh "orang baru" iaitu PM Malaysia Najib Razak. 

Ikuti laporan asalnya: 


In Hawaii, Obama golfs with Malaysian Prime Minister Najib Razak


HONOLULU — President Obama has generally refrained from mixing business and pleasure on the golf course. On vacation here in Hawaii, he has mostly hit the links with the same circle of longtime friends and White House aides he usually pals around with. Until Wednesday, when a newbie joined the First Foursome — Malaysian Prime Minister Najib Razak. 

The White House said Najib, along with aides Joe Paulsen and Mike Brush, was playing with the president on the course at the Marine Corps base at Kanehoe Bay. Turns out Najib was in town on his own getaway, and it is not unprecedented for Obama to do a golf summit with a world leader. Last year in Hawaii, he played with New Zealand Prime Minister John Key. (In 2011, Obama famously played a round with House Speaker John A. Boehner at Andrews Air Force Base that did not exactly lead to a good working relationship off the course.) 

Obama has established perhaps a better working relationship with Najib, after making the first visit by a sitting U.S. president to Malaysia in nearly half a century last spring. It was unlikely they discussed their foreign policy agendas on the course, however, but perhaps focusing instead on trying to avoid the sand traps. 

On the 18th hole, reporters were allowed onto the course briefly. Obama missed a putt to the left off the hole, then tried to tap in but "picked the ball up before it missed again," according to a pool report. Razak also missed a second putt, but Obama consoled him with a pat on the shoulder. 

Wall Street Journal reporter Carol Lee asked Obama if he planned to watch "The Interview," the Sony movie that will be released on Christmas after the studio initially canceled the release in the wake of the company being hacked, allegedly by North Korea. 

"I'm glad it's being released," replied Obama, who had criticized the studio last week for its initial decision. 

The president wished the reporters a Merry Christmas, according to Lee, then offered: "Be careful about those fruity drinks. You never know they might have a little kick." 

Lee reports that she asked him if he'd been drinking fruity drinks, but he didn't respond.
 -washingtonpost



Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

KUANTAN 24 Dis. - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat kepada 10,825 orang daripada 2,768 keluarga di lapan buah daerah hari ini. 
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga, Maran (2,542 orang, 623 keluarga), Lipis (722 orang, 177 keluarga) dan Pekan (553 orang, 123 keluarga). 
Di Jerantut seramai 487 orang daripada 89 keluarga dipindahkan, Rompin (268 orang, 63 keluarga) manakala dua lagi daerah baharu mula dilanda banjir iaitu diTemerloh yang melibatkan 14 orang daripada tiga keluarga dan Bera (lapan orang daripada satu keluarga).
 -UM



Banjir: Penonton Astro AWANI rayu bantu selamatkan ibu dan adik

KUALA LUMPUR: Sejak awal pagi, Astro Awani tidak henti-henti menerima panggilan daripada penonton bagi mendapatkan berita terkini mengenai banjir. 

Bagaimanapun, ada juga penonton yang buntu tidak tahu pihak mana harus diminta tolong untuk mencari orang tersayang yang terjejas kerana musibah ini. 

Antaranya adalah Mohamad Nizam Ghazali dari Machang, Kelantan yang terputus hubungan dengan ibu dan adiknya yang berada di Kuala Krai. 

Kata Nizam, waktu terakhir dia bercakap dengan ibunya adalah pada jam 2 petang dan sehingga jam 7 petang tadi masih belum diketahui status di mana ibunya, Nafisah Mustafa dan adiknya, Muhamad Hafiz Ghazali di tempatkan. 

Dalam perbualan awal dengan Nizam, Astro AWANI difahamkan bahawa begitu ramai mangsa banjir ditempatnya berebut menaiki bot mahu diselamatkan.
 astroawani

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Najib yang sering menghamburkan kata-kata "haramjadah" dan "bangsat" ...

Kini terbukti kata-kata itu kembali kepada dirinya... siapa sebenarnya yang haramjadah dan bangsat kini?

Tatkala rakyat sedang tiga suku mati berjuang untuk menyelamatkan diri dari bencana banjir di beberapa buah negeri termasuk di negeri kelahirannya, Pahang, beliau begitu bersahaja bercuti untuk bertemu Obama bermain golf...

Banjir di Lipis semakin buruk
  • Keadaan banjir di beberapa kawasan di Lipis dinaiki air antaranya melibatkan kawasan Padang Tengku dan bandar Lipis, semalam Keadaan banjir di beberapa kawasan di Lipis dinaiki air antaranya melibatkan kawasan Padang Tengku dan bandar Lipis, semalam
1 / 1
KUALA LIPIS - Keadaan banjir di Lipis semakin buruk dengan 1,916, orang membabitkan 412 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terjejas banjir.

Sehingga jam 3 petang semalam, jumlah terbanyak yang dipindahkan itu adalah di Masjid Kampung Bertang, 350 orang diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah (269), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapoh (256), SMK Padang Tengku (175), Dewan Serbaguna

Kuala Medang (109), SK Batu Yon (109), Balai Raya Jeram Bungor (89), Masjid Kuala Telang (81), SK Kerambit (77), SK Mela (74), Surau Kampung Dusun (44) dan Dewan Agropolitan Tanjung Gahai (43).

Selain itu, mangsa di Dewan Orang Ramai Aur Gading adalah seramai 39 orang, SK Keledek (33), Balairaya Lentang (31), SK Limau Purut (27), SK Teluk Gunung (24), SK Kuala Lanar (20), rumah saudara Kampung Dusun (16), rumah saudara Bukit Kota (11), Balairaya
Kampung Kuala Kechau (10), SJKC Chong Hwa (7), Balairaya Jeram Landak (89), SK Clifford (4) dan Masjid Tanjung Bulu (3).
Masjid Seberang Jelai yang sebelum ini menempatkan 25 mangsa terpaksa ditutup ekoran air banjir melimpahi kawasan berkenaan dan kesemua mangsa telah ditempatkan di SMK Padang Tengku.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati paras air Sungai Jelai di bandar Kuala Lipis semakin tinggi dan kian menghampiri jalan raya.

Peniaga di sekitar Jalan Jelai juga telah bertindak segera memindah keluar barang dari premis perniagaan mereka kerana dibimbangi air bah masuk ke dalam kedai sekaligus merosakan barangan.

Selain itu, beberapa batang jalan di sekitar bandar Lipis termasuk jalan berhadapan Dataran Lipis, Institut Pertanian dan Pejabat Pertanian telah digenangi air dan ditutup kepada semua kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana, Datuk Ahmad Daud berkata, bekalan makanan dan peralatan untuk mangsa banjir yang kian bertambah di pusat penempatan juga telah diedar dan dijamin mencukupi.

“Buat masa sekarang kita menghantar bantuan kepada mangsa banjir melalui bot di kawasan yang terputus hubungan.

“Sekiranya keadaan semakin meruncing kita tidak menolak kemungkinan untuk meminta khidmat  helikopter bagi menghantar bantuan makanan terutama di kawasan pedalaman seperti Kampung Chegar Perah,”katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan