Khamis, 25 Disember 2014

ADAKAH MASIH NAK LAWAN ALLAH SWT....SEPIKAN HUDUD...BUAT MAKSIAT....TINDAS RAKYAT...HUTANG LUPUS TAK BAYAR....CEKIK DUIT RAKYAT...ULAMAK JUAL AGAMA....ULAMAK BISU...ULAMAK KAKI BODEK...ULAMAK SUKA DISANJUNG2 DAN BLA...BLA...BLA...DAN LAGI KEJAR KUASA DAN PANGKAT...KEJAR KEMEWAHAN ....BERSERONOK2 DENGAN WANITA....BUAT MAKSIAT DIRADIO DAN TV



Bantuan tak sampai, terpaksa masak guna air sungai
  • Pasukan bantuan menghantar bekalan makanan untuk kegunaan mangsa dari Kampung Keroh yang terjejas akibat limpahan air Sungai Nal dekat Kuala Krai hari ini.- Foto Bernama Pasukan bantuan menghantar bekalan makanan untuk kegunaan mangsa dari Kampung Keroh yang terjejas akibat limpahan air Sungai Nal dekat Kuala Krai hari ini.- Foto Bernama
1 / 1
SHAH ALAM – Paras air semakin meningkat, manakala bantuan yang dinanti pula tidak kunjung tiba berikutan cuaca buruk melanda daerah Kuala Krai, Kelantan.
Terkandas di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan, rata-rata mangsa banjir di Sungai Durian, Kuala Krai mengakui semakin resah dan bimbang terhadap keselamatan diri masing-masing.
Seorang mangsa banjir, Sumariya Ibrahim, 35, berkata, dia terpaksa menggunakan air sungai yang keruh untuk memasak makanan yang ada untuk keluarga dan mangsa banjir yang lain.
“Pada hari pertama, kami hanya diberikan beras, air mineral sekotak untuk satu keluarga, biskut kering dan empat tin sardin. Kesemua mangsa banjir terpaksa mencatu makanan, bekalan air bersih sudah tiada! Kami terpaksa berjimat cermat kerana bekalan makanan semakin kurang.
“Saya terpaksa gunakan air sungai yang keruh mengalir untuk menyediakan makanan untuk keluarga. Kami tiada pilihan lain lagi. Keadaan di sini menghimpit kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Menceritakan pengalamannya menempuh tragedi ini, dia yang merupakan tenaga pengajar di Tadika Kemas Mengkebang, Kuala Krai menyifatkan fenomena banjir kali ini merupakan bencana terburuk pernah dialami.
“Sebelum ini saya pernah berhadapan dengan situasi seperti ini, namun sejak 10 tahun lalu, inilah banjir paling buruk pernah dialami oleh saya dan penduduk lain.Kami berlindung di sini (pusat pemindahan) sejak hari pertama rumah kami ditenggelami air. Kini sudah tiga hari saya bersama suami dan anak-anak berada di sini.
“Saya tinggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang, hanya anak-anak dan suami bersama saya. Kami mengharung air setinggi paras pinggang bersama enam anak-anak kami dalam keadaan gelap, hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya,” rintihnya.
Difahamkan, lebih kurang 500 mangsa banjir termasuk bayi, kanak-kanak dan warga tua mendapat perlindungan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kampung Tok Bok, Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
“Kesihatan segelintir mangsa banjir di sini mulai terjejas. Bekalan ubat pula sudah tiada. Kami cuba hubungi talian kecemasan namun talian selalu sibuk lebih-lebih lagi dengan keadaan seperti ini.
“Hujan sudah mula berhenti, tetapi paras air terus meningkat. Setiap jam kami dapati paras air meningkat sehingga dua inci,” jelasnya lagi.
Sehingga kini, mereka masih menunggu pelbagai bantuan khususnya makanan, minuman dan bekalan ubat-ubatan daripada pihak berkuasa.
Banjir: Empat buah kampung di Dun Tendong lumpuh
  • Penduduk kampung meredah banjir untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi. Penduduk kampung meredah banjir untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi.
1 / 1
PASIR MAS - Limpahan air Sungai Kelantan melumpuhkan empat kampung di Dun Tendong iaitu Tepi Sungai Tendong Hilir, Tendong Hulu, Tendong Tengah dan Paloh yang dilanda banjir, menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit mula berpindah, semalam.

Kesemua jalan yang menghubungkan kampung-kampung terbabit ditenggelami banjir dan tinjauan Sinar Harian mendapati, peningkatan paras air berlaku dalam keadaan luar biasa, menyamai kejadian banjir besar pada 1967.

Perkara tersebut turut diakui seorang penduduk, Raja Yaakob Raja Mamat, 70, yang memberitahu kali terakhir banjir besar melanda kawasan Dun Tendong adalah pada 10 tahun lalu.

"Banjir kali ini lebih besar daripada tahun 2004, yang mana paras air Sungai Kelantan naik mendadak," katanya.

Pemimpin turun padang

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui kejadian banjir tahun ini lebih besar daripada kebiasaan apabila ketiga-tiga Dun di bawah Parlimen Pasir Mas dilanda banjir.

"Saya bersama seluruh jentera Pas Kawasan Pasir Mas telah meninjau keadaan rakyat dan turut menghulur bantuan. Insya-ALLAH kita cuba bantu mereka yang terlibat dengan banjir sedaya upaya," katanya.

Sementara itu, Adun Tendong, Rozi Muhamad menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik berdepan situasi tersebut.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang, penduduk harus bertenang dan mengutamakan keselamatan, serta segera berpindah sekiranya mendapat arahan untuk berbuat demikian.

"Saya harap ibu bapa tidak membiarkan anak-anak bermain air ketika banjir kerana ia berbahaya," katanya ketika meninjau kawasan banjir bersama Ketua Pemuda Pas Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat juga turun padang meninjau keadaan dan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1.

Lebih 100 keluarga dipindahkan

SK Othman Talib 1 dan Pusat Asukan Kanak-Kanak Tarbiah Islamiah (Pasti) Paloh menjadi pusat pemindahan banjir di kawasan Dun Tendong yang menempatkan hampir 100 keluarga sehingga jam 4 petang, semalam.
Berdasarkan situasi semasa, jumlah keluarga mangsa banjir di kedua-dua pusat pemindahan itu dijangka terus meningkat berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Peningkatan paras ketinggian air Sungai Kelantan juga mengakibatkan beberapa kawasan di bandar Pasir Mas mula dinaiki air dan lokasi menyukat paras air di Dataran Air Muleh menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan banjir.

Sehingga jam 3 petang kelmarin, paras air di Sungai Kelantan telah mencecah ketinggian 10.8 meter iaitu melebihi paras bahaya.
Artikel Berkaitan
1 Malaysia kena batalkan sambutan tahun baru! Sultan kami dah istihar dah..
Sultan Perak titah sambutan Tahun Baharu dibatalkan
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua acara sambutan bagi menyambut Tahun Baharu 2015 di negeri ini dibatalkan berikutan banjir yang melanda.
Dalam satu kenyataan baginda menitahkan agar semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok, memohon agar Allah melindungi rakyat daripada musibah buruk berikutan kejadian banjir.
Baginda juga bertitah, Yayasan Sultan Azlan Shah akan menyumbangkan dua pasang baju kepada semua kanak-kanak yang menjadi mangsa banjir di Perak.
Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi tadi, baginda hadir bagi mendengar taklimat mengenai situasi banjir di Perak di bangunan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di sini.
Prihatin dengan musibah yang menimpa rakyat, baginda kemudian berkenan turun padang meninjau sendiri kawasan yang dilanda banjir sekitar negeri ini sebaik selesai mendengar taklimat berkenaan.
Baginda yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, melawat lokasi kawasan yang dilanda banjir sekitar Kuala Kangsar termasuk menggunakan bot meninjau ke kawasan yang sukar dilalui melalui jalan darat.
Baginda dan rombongan kemudian menggunakan jalan darat melawat pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Lasah di Sungai Siput dan sempat bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di situ.
Seterusnya, baginda dijadualkan melawat Empangan Chenderoh dekat Lenggong dan kawasan penempatan banjir di Lenggong.
Like · ·
'Tolong kami, air makin tinggi'
Wartawan Sinar Harian
December 25, 2014
Keadaan air di Sungai Kelantan bagaikan lautan, semalam
KOTA BHARU - “Tolonglah kami, kami terperangkap dan air semakin tinggi dalam rumah, tiada bantuan dan kami menuju ke bukit berhampiran untuk menyelamatkan diri.”
Itu rayuan seorang mangsa banjir yang menghubungi wartawan Sinar Harian apabila rumah mereka di Manek Urai, Kuala Krai, dilimpahi arus deras banjir.
Wanita yang dikenali sebagai Wan Amina memohon bantuan Sinar Harian untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana keadaan sekitar kampung mereka lumpuh sepenuhnya tanpa mendapat bantuan sebarang pihak.
“Kami sangat takut, anak kecil menangis, ada orang tua yang sakit, tolonglah kami supaya dapat keluar dari sini," katanya sambil menangis teresak-esak.
Keadaan genting itu adalah sebahagian daripada kisah banjir melanda hulu Kelantan, yang dianggap terburuk dalam sejarah negeri ini.
Hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama di negeri ini, malah kenaikan paras air yang mendadak di beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu bagaikan mengimbau kembali pengalaman bencana alam yang sama pernah berlaku pada 1962.
Walaupun dalam kawalan, pihak berkuasa mengakui beberapa lokasi di daerah ini, mangsa tidak dapat dipindahkan berikutan arus deras yang membahayakan anggota penyelamat.
Malah, beberapa helikopter bantuan makanan tidak dapat mendarat, ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu.
Bandar Kuala Krai juga hampir lumpuh sepenuhnya apabila banjir memenuhi bandar itu termasuk beberapa pejabat kerajaan.
Pintu masuk ke Kelantan juga turut terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, air melimpah di Sungai Durian, sementara Simpang Pulai-Cameron Hinglands ditutup kerana tanah runtuh. Selain itu pintu masuk dari arah utara juga lumpuh berikutan tanah runtuh banjaran
Titiwangsa di laluan lebuh raya Timur-Barat.
Sementara itu di Kota Bharu, setakat jam 7 petang, air dari hulu Kelantan mula melimpah, malah pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) telah memindahkan beberapa pesakit ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Berdasarkan laporan portal e.banjir kerajaan negeri, sehingga jam 6 petang semalam, sebanyak 126 pusat pemindahan banjir dibuka iaitu pertambahan 30 pusat pemindahan melibatkan 26,749 mangsa banjir daripada 8,101 keluarga yang dipindahkan berbanding kelmarin, hanya 21,600 mangsa.
Jajahan Pasir Mas masih lagi mencatatkan jumlah keluarga dipindah paling ramai iaitu 2,294 keluarga melibatkan 21 pusat pemindahan untuk menempatkan 6,641 mangsa .
Manakala jajahan Gua Musang pula sebanyak 18 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan 7,285 mangsa daripada 1,880 keluarga dan ditempatkan di tiga daerah utama iaitu Galas, Chiku serta Bertam.
Selain itu, beberapa jalan utama beberapa jajahan di sini turut terjejas kesan daripada limpahan air sungai yang mula memasuki bandar dan kawasan perumahan.
Jajahan Machang catatkan angka paling tinggi apabila tujuh jalan utama kini ditutup kepada semua kenderaan.
Like · ·
....terkini hosp di KB air sampai lutut...peha dah ni... semoga mentari bersinar...Allah menguji kita
Banjir di Kelantan semakin buruk
  • Keadaan banjir di Kelantan Keadaan banjir di Kelantan
1 / 1
KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307),  Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan.
Artikel Berkaitan

Angkasawan Wanita Sunita Williams memeluk Islam

Written By canang on Khamis, 25 Disember 2014 | 12/25/2014 12:26:00 PTG

Sunita Williams, seorang wanita India pertama yang pergi ke bulan pada tanggal 9-07-2011.
Kembalinya dari Bulan langsung masuk dan memeluk Agama
Islam .
Dia berkata :
”Dari Bulan seluruh Bumi kelihatan hitam dan gelap kecuali dua tempat yang terang dan bercahaya. Ketika aku lihat dengan Teleskop, ternyata tempat itu adalah Mekkah dan Madinah.
” Di Bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi, Tapi aku masih mendengar suara Adzan.
Prof Lawrence E Yoseph :
Sungguh kita telah berhutang besar kepada umat Islam dalam Encyclopedia Americana menulis :
“…Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun shalat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, karena rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memencarkan gelombang elektromagnetik .
Menurut hasil penelitian dari 15 Universitas :
Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada.
Beberapa astronot yang mengangkasa melihat suatu sinar yang teramat terang mememancar dari bumi, dan setetlah diteliti ternyata bersumber dari Bait Allah atau Ka’bah. Superkonduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.
Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis :
“…Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, shalat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”
Para astronot telah menemukan :
bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi.Radiasi yang berada di sekitar ka’bah ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi denganKa’bah di alam.Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi.
Sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Makkah juga merupakan pusat bumi. Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman :
‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (ar-Rahman:33).
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan.
Sekiranya Allah subhanahu wata’ala tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya. Dalam penelitian lainnya, mereka mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air.
Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tatasurya kita.
Dalam salah satu sabdanya,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :
Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar
Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji dan Umroh.
Ini adalah jawaban fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak didasari ilmu pengetahuan ;
yaitu mengapa kaum Muslimin shalat ke arah kiblat dan bahwa umat Islam di anggap menyembahHajar Aswad.
Hanya Allah YangMaha Kuasa Dan Segala-Galanya ;;;;;;
Subhanallah ..
Kalau sedang on sebarkan kesesama muslim. (Berarti andatelah membelanjakan hartamu di jalan Allah).SUMBER

Ridhuan has put his foot in his mouth again!

QUICK TAKE: Controversial lecturer Ridhuan Tee Abdullah has stirred the hornet’s nest yet again for claiming that there is no such thing as a ‘moderate Muslim’, insisting the religion is solely “fundamental in nature”.
Brickbats flowed freely following his remarks with Sisters in Islam (Sis) researcher Afiq Mohamad Noor lashing back at the lecturer and arguing that ‘Moderation’ in Islam, or in Arabic, ‘Al Wasathiyah’ was an important element and departing from it meant, ‘Irhab Al Fikri’ or ‘terrorism in thought’.
What was Ridhuan implying here? Is he endorsing extremism and terrorism? This is the same guy, who never fails to stoke racial hatred.
Now, he seems to be hinting that it is actually alright to kill and rage war in the name of religion.
Afiq warns that ‘terrorism in thought’ could result in ‘physical terrorism’, meaning the breakdown in law and order.
According to Afiq, ancient Islamic scholars like Al Imam Ibnu Taymiyah, Ibnu Al Qayyim, Al Syathibi and Ibnu Atheer had promoted ‘moderation’.
“Ridhuan probably never read the works of the great scholars who argue that moderation (Al Wasathiyah) is an integral part of Islam,” said Afiq in a news report.
Does Ridhuan realise what he is actually saying? Is he blind towards Islamic State’s (IS) terror? Or the rise of extremism in recent years?
Has he failed to see that the IS threat is slowly sweeping its way to the country?
Last year, IS militants in the country threatened to attack the Carlsberg brewery in Shah Alam and several night clubs in the city.
Just a week ago, self-proclaimed cleric Man Haron Monis held siege Sydney’s Lindt Chocolate Café and took hostages lasting nearly 16 hours which ended in police storming the café and killing the gunman.
Also among the dead were a lawyer and the café manager while several others were seriously injured. Hostages were forced to hold the black flag with the shahadah (statement of faith in Islam) in Arabic, a flag similarly flagged around by IS militants.
This man was an extremist who was angry with Prime Minister Tony Abbott for Australia’s military presence in Afghanistan and with former PM Kevin Rudd on changing immigration laws.
Recognising the threat of religious extremism, the group of 25 influential Muslims in Malaysia called on the federal government to review Syariah laws on crime offences and assert the supremacy of the Federal Constitution over Islamic state laws.
Ridhuan might want to rethink before he shoots his mouth off on the call by the group. After all, what would a man who holds extreme views know about “moderation in Islam” when he claimed Malaysia is losing its status as an Islamic country due to the increasing number of churches and temples.
This is the same man, a Chinese by birth, who has asked all those “unhappy people in the country” to migrate.
Ridhuan, next time, before making idiotic, insensitive and racist remarks, take some time and examine yourself.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan