Jumaat, 28 November 2014

SEMUA YANG BAIK DARI MEREKA...YANG TAK ELOK DARI PUAK LAIN...KITA TENGOK SAPE GULUNG TIKAR...YANG BENAR2 BAIK IALAH PENILAINYA ADALAH DARI ALLAH SWT



5:33PM - 28 Nov 2014

'Kenapa persoal 1MDB hantar imam naik haji?'


Seorang perwakilan tampil menyelar pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mengkritik syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wakil Kelantan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Pakatan juga tidak menghargai sumbangan 1MDB yang didakwanya menghantar lebih 1,000 orang imam untuk menunaikan ibadah haji sejak ia ditubuhkan.

"Ia mampu menghantar 1,000 orang imam masjid dan surau untuk menunaikan ibadah haji.

"Kenapa semua ini tak dipersetujui pembangkang?" tanya Ikmal sewaktu membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno petang ini.

Menurutnya,  Pakatan Rakyat tidak wajar berterusan mengkritik badan "pelaburan strategik" itu kerana ia bukanlah menggunakan wang kerajaan untuk membiayai keseluruhan operasinya.

Dakwa Ikmal, 1MDB hanya menggunakan RM1 juta dari kerajaan sebagai dana sokongan permulaan dan jaminan bon sebanyak RM5.8 bilion dari kerajaan.

"Adilkah syarikat seperti ini didesak dan ditekan seolah-olah mereka menggunakan wang kerajaan semata-mata," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM20 bilion.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan kerahsiaan operasi 1MDB yang dakwanya turut mempunyai operasi di pusat bebas cukai Kepulauan Cayman.

Kerja dah siap, duit tak dapat
  • Mat Marzuki menunjukkan surat akujanji dan tuntutan yang dibuat untuk mendesak bayaran baki yang sehingga kini masih gagal dilangsaikan. Mat Marzuki menunjukkan surat akujanji dan tuntutan yang dibuat untuk mendesak bayaran baki yang sehingga kini masih gagal dilangsaikan.
1 / 1
TANJONG KARANG - Tuntutan bayaran RM146,120 masih gagal dilangsaikan meskipun kerja pemasangan pendawaian elektrik untuk projek agro bazar, di sini sudah disiapkan seperti yang diarahkan.

Bukan sahaja menanggung kerugian, sub kontraktor tempatan terpaksa berdepan liabiliti yang ditanggung untuk membayar upah pekerja, kos barang dan pemasangan malah surat akujanji sebagai jaminan pembayaran diteruskan tidak bermakna apa-apa.

Sub kontraktor, Mat Marzuki Kadiran, 50, mendakwa, bukan sahaja diugut untuk dihentikan kontrak malah tuntutan bayaran kos bagi kerja yang disiapkan pada 7 Ogos lalu masih belum diterima sehingga kini.

Dakwanya, kebanyakan sub kontraktor lain terpaksa ‘beralah’ kerana tidak sanggup lagi menanggung kerugian selepas bayaran yang dijanjikan tidak dilangsaikan sehingga menyebabkan projek itu terhenti.

“Saya terpaksa beranikan diri desak bayaran bagi kerja yang sudah siap malah pihak klien janji pastikan bayaran terus dibuat melalui surat akujanji yang ditandatangani sebelum ini.

“Tindakan ini dibuat apabila kontraktor utama gagal melangsaikan bayaran kepada sub kontraktor meskipun kerja sudah siap, malah pihak klien memberi jaminan untuk menyalurkan terus bayaran kepada saya.

“Tapi baki RM146,120 sehingga kini masih gagal dilangsaikan,” katanya.

Mat Marzuki yang juga Pengarah Urusan Amat Electrical yang bertapak di Bagan Tengkorak menjelaskan, projek pembinaan 24 unit gerai dan medan selera yang dimulakan pada 2010 itu sepatutnya siap pada 2013 lalu.

“Sebelum ini projek sama terhenti disebabkan kontraktor pertama gagal melaksanakan kerja sehingga dihentikan kerja dan pihak klien melantik kontraktor baru namun masalah sama masih berulang.

“Saya difahamkan denda yang dikenakan pihak kontraktor utama akibat kelewatan projek menjadi punca utama bayaran terhenti sedangkan kerja di pihak saya sudah selesai pada tarikh yang diminta,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, bayaran terus daripada pihak kontraktor utama berjumlah RM50,000 hanya diterima 11 Februari lalu sebelum pembayaran disalurkan oleh pihak klien pada Jun lalu berjumlah RM47,626.
Manakala bayaran terakhir diterima pada Julai lalu berjumlah RM28,951 dan sehingga kini mendakwa masih gagal menerima bayaran baki yang dijanjikan.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor, Dr Mat Sani Hassan menjelaskan, pihaknya tidak menafikan projek terbabit terhenti berikutan kegagalan pihak kontraktor menyiapkan lima peratus baki kerja iaitu pembinaan Loji
Rawatan Kumbahan Pantai (STP) untuk premis terbabit.

“Sepatutnya sub kontraktor menuntut bayaran terhadap kontraktor utama dan bukannya pihak klien memandangkan bayaran dibuat terus kepada kontraktor utama,” katanya yang tidak tahu menahu mengenai aku janji yang didakwa sub kontraktor.10:57AM - 28 Nov 2014

'Cina P Pinang kuat kerana kegiatan haram'


Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.

Oleh itu, penguatkuasaan perlu ditingkatkan bagi membanteras kegiatan berkenaan, katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2014 hari ini.

"Kita tahu kekuatan orang Cina dijana dari kekayaan bersumberkan kegiatan haram, perjudian, pelacuran.

"Tetapi di mana tindakan penguatkuasaan kita?

"Saya percaya kalau kita bersungguh basmi kegiatan haram ini, orang Cina di Pulau Pinang juga akan takut dan hormat pada Melayu," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh itu.

Menurutnya, Umno di Pulau Pinang sebenarnya kuat dan "memerintah dua pertiga negeri itu" kerana ia menang 10 daripada 15 kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu.

Umno juga memenangi tiga daripada lima kerusi Parlimen yang ditandingi, namun BN masih gagal menguasai Pulau Pinang kerana pengundi Cina tidak menyokong BN.

"Umno ini dua pertiga sudah memerintah Pulau Pinang... Bertandinglah macam mana pun BN tidak akan menang kerana orang Cina tidak menyokong BN," katanya.
5 hrs ·
Kalau mu kata PAS tak boleh diharap membela melayu...
INI MEMBUKTIKAN APA ?
INI BARU SATU !

5:54PM - 28 Nov 2014

Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka.
Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu".
Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan.
Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan kesihatan.
Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau.
DAP hanya membeli sebuah bangunan di Rangoon Road di George Town untuk dijadikan ibupejabat parti itu di Pulau Pinang, katanya.
Lim berkata demikian sebagai menjawab perwakilan Wanita Umno, Rohaya Abu Ismail yang mengecam DAP dan kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa "menindas orang Melayu" di negeri ini, terutama dalam soal tanah dan rumah.
Rohaya mendakwa DAP mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau.
Lim kemudian memberikan satu contoh kes di Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah telah dibeli pada 31 Januari 2012 pada harga RM8.6 juta.
Plot itu telah dibeli dari lebih 31 pemilik tanah oleh Maison Height Sdn Bhd, katanya.
Tiga bulan kemudian, katanya, pada 16 Mei, plot tanah yang sama, telah dijual pada harga RM13.5 juta, dengan keuntungan sebanyak RM5 juta, kepada pihak ketiga.
Lim mendedahkan bahawa Maison Height dimiliki ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar.
Katanya, kedua-dua pemimpin Umno itu perlu dikecam kerana mengaut keuntungan daripada penjualan tanah Melayu di Balik Pulau.
"Sebaliknya, saya telah dipersalahkan walaupun saya tak dapat satu sen pun," katanya.

Selangor catat jenayah indeks tertinggi

 | October 29, 2013
Daripada jumlah itu, curi motosikal menunjukkan kekerapan tertinggi dengan 9,698 kes, diikuti kes pecah rumah dan curi (5,682).
KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan indeks jenayah tertinggi berbanding negeri lain dengan jumlah 32,348 kes sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Daripada jumlah itu, curi motosikal menunjukkan kekerapan tertinggi dengan 9,698 kes, diikuti kes pecah rumah dan curi (5,682), samun berkumpulan tanpa senjata api (4,583) dan curi motokar (4,370).
Manakala 293 kes rogol dicatatkan, kes bunuh (124), ragut (698), dan mencederakan (868).
Selepas Selangor, Kuala Lumpur mencatatkan indeks jenayah kedua tertinggi dengan 16,784 kes, diikuti Johor (13,170), Sarawak (6,923), dan Kedah (6,424), manakala Perlis mencatatkan negeri terendah jenayah dengan 621 kes.
Kedudukan Selangor dicatatkan sebagai tertinggi sejak lima tahun berturut pada tahun 2008 (57,752 kes), 2009 (54,994), 2010 (49,469), 2011 (44,302) dan 2012 (40,629).
Kenyataan itu dikemukakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan lisan kepada Ahli Parlimen DAP-Bakri Er Teck Hwa dalam Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Selangor juga dicatatkan sebagai negeri paling tinggi kesalahan narkotik sepanjang tempoh 9 bulan dengan 18,602 tangkapan; manakala 18,063 sudah ada dalam kes polis.
Ia membabitkan kes pengedaran, pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah.
Kemudiannya diikuti Kuala Lumpur (15,591), Johor (14,051), Pulau Pinang (11,309), Kelantan (11,026), Kedah (10,342) dan paling rendah Perlis dengan hanya 1,695 kes.
Secara keseluruhannya, sebanyak 129,608 tangkapan narkotik diseluruh negara dengan manakala 119,817 fail kes sudah dibuka.
“Dari tahun 2008 sehingga September 2013, pihak polis berjaya menangkap 857,252 orang atas pelbagai kesalahan narkotik,” kata Zahid.4:30PM - 28 Nov 2014

Ibrahim Ali ancam saman CEO The Star


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mengancam untuk menyaman pengarah urusan kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai sebanyak RM500,000 atas satu tulisan wartawan veteran tersebut yang didakwa memfitnah dirinya.

Laporan The Star menyebut, peguam Wong menerima surat tuntutan daripada peguam Ibrahim pada hari Selasa lalu, yang menuntut agar tulisan yang disiarkan pada 2 November lalu ditarik balik.

Ibrahim juga menuntut agar Wong berjanji untuk tidak menulis kenyataan seperti itu lagi di masa hadapan, serta gantirugi RM500,000 untuk kerugian yang didakwa dialaminya.

Tulisan bertajuk 'A mind-boggling spin' yang disiarkan di pojok Wong mempersoalkan pertimbangan peguam negara atas keputusan tidak mendakwa Ibrahim mengikut Akta Hasutan.

Wong dalam reaksinya berkata, peguamnya sudah diberi arahan untuk mengeluarkan jawapan kepada surat tuntutan Ibrahim.

“Pendirian saya tetap sama. Golongan moderat akan terus bersuara,

“Katakan tidak pada tindakan pelampau. Jika kes ini berlarutan di mahkamah, kita akan terus lawan,” katanya.

Tulisannya itu berhubung kontroversi yang timbul susulan kenyataan Ibrahim pada awal 2013, yang menyatakan bahawa bible berbahasa Melayu dengan kalimah 'Allah' perlu dibakar.

Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimanapun memutuskan bahawa kenyataan Ibrahim tidak cenderung pada hasutan kerana hanya merujuk kepada pelajar Islam yang didakwa diberikan naskhah Bible tersebut berdekatan SMK Jelutong, dan juga kerana Ibrahim hanya mempertahankan Islam.

Makan nasi lauk kicap
  • Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya
1 / 1
PENDANG - Nasi berlaukkan kicap sering jadi hidangan sebuah keluarga dari Kampung Batu 20/2, di sini, akibat kesempitan hidup.

Zainab Mat Isa 46, berkata, dia dan suami, Amran Awang Muhammad, 49, bekerja sebagai penoreh, namun pendapatan yang diperoleh sedikit akibat faktor cuaca.

Menurutnya, pendapatan seminggu hanya sekitar RM70 dan ia untuk membeli keperluan harian sahaja.

"Lebih menyedihkan, kami tidak mampu untuk bayar bil elektrik dan air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zainab berkata, anak kedua dari tujuh beradik, Fatin Syamimi, 19, terpaksa bekerja di sebuah kilang bagi menyara keluarga berkenaan.

"Fatin pernah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian tapi disebabkan terpaksa menanggung persekolahan lima adik beradiknya yang lain, dia kini bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, dua anaknya yang masih bersekolah rendah mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebanyak RM200 setahun.

Sementara itu, Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Padang Pusing, Maziah Masri berkata, dia melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut.

“Kami pihak sekolah mengambil berat masalah yang dihadapi setiap murid dari segi kebajikan dan sebagainya," katanya.
Cara meREMAJAkan
Parti??????





























Syed Khairi Amier added 2 new photos.
‪#‎mashitahibrahim‬ cara kamu pakai tudung pun tak betul ada hati nak kata kepada orang yang telah allah berikan hidayah..sepatutnya kamu memberikan semangat kepada orang yang telah allah berikan hidayah.
Kamu sememangnya tak layak digelar pendakwah!!! Selayaknya kamu patut diberi gelar PENCACAI!!

Kekal Akta Hasutan, bukan makna mungkir janji
  • Fathul Bari Mat Jahaya Fathul Bari Mat Jahaya
1 / 1
KUALA LUMPUR - "Bagi saya tidak timbul soal mungkir janji kerana keputusan itu (kekal Akta Hasutan 1948) bukan daripada Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Abdul Razak seorang," demikian respon Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya berkenaan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan PM sudah memungkiri janji dalam soal tersebut.

Fahtul berkata, keputusan itu adalah hasil keputusan dalam Parlimen yang mana persetujuan itu merujuk kepada suara orang ramai.

"Suara ramai itu mendahlui suara individu dan cadangan Perdana Menteri pada peringkat awal tentang Akta Keharmonian Nasional, ia hanya pada soal penamaan, namun Akta Keharmonian Nasional  ada empat perkara yang di fokuskan.

"Demikan juga Akta Hasutan yang telah kekalkan, disamping ada penambahbaikan kepada dua perkara asas pertama kesucian Islam dua hasutan gerakan keluar  Sabah Sarawak ke luar daripada Malaysia, jadi saya kira tidak timbul masalah.

"Jadi saya rasa dia hanya pada perkataan hasutan dan  harmoni itu sahaja perbezaan perkataan maka tidak timbul janji PM untuk hapuskan beliau, berbicara soal mengantikan, itu sahaja," katanya kepada Sinar Online di PWTC di sini hari ini.

Mengulas lanjut Fahtul berkata, apabila Perdana Menteri berbicara soal mengantikan, maka cadangan ia dibuka kepada perbincangan.

"Dan hasil perbincangan selepas  mendengar suara rakyat itulah hasilnya...  tak kan kita hendak dahulukan soal pendangan peribadi kita sahaja.

"Kalau Nabi Muhammad SAW dalam perangan Uhud sebagai ketua tentera boleh terima suara minoriti untuk berperang diluar bandar Madinah... sedangkan Nabi orang awal mencadangnkan peperangan dibuat dalam bandar Madinah jadi cadangan nabi kesampingkan semata-mata mendahului suara  sahabat nabi untuk berperang diluar Madinah, kalau nabi sendiri ketepikan pandangan dan kepentingan beliau semata-mata  meraikan suara ramai dalam kalangan sahabat dalam hal yang tidak bercanggah dengan syariat pun...saya kira tiada masalah PM ketepikan pandangan dan kepentingan  sendiri semata untuk utamakan suara rakyat.

Semalam Anwar di Parlimen dilaporkan sebagai berkata Najib disifatkan sebagai mungkir janji apabil membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Alasan digunakan Najib kekalkan akta itu juga tidak berasas kata Anwar.
Najib perlu jawab kenapa mungkir janji
  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai mungkir janji apabila membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan digunakan Najib untuk mengekalkan akta itu juga tidak berasas.

“Dia kena jawab. Perdana Menteri buat janji dan dimungkiri. Apa faktor yang menyebabkan beliau batalkan jaminan itu? Sekarang (Najib) gunakan alasan untuk menyelamatkan Melayu.

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu,” katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, kegagalan Najib mengotakan janjinya amat dikesali dan Anwar turut mendakwa Najib tunduk pada tekanan golongan berhaluan kanan yang mahu akta itu digunakan bagi mengekang kebebasan dan menekan pembangkang serta pihak lain.

“Apa yang dicadangkan (Najib semalam) bukan sahaja (Akta Hasutan) tidak dimansuhkan, tetapi diperketatkan pula atas alasan menjamin keselamatan negara dan Melayu,” katanya.

Menurut Anwar, perpecahan yang berlaku hari ini bukannya soal tekanan daripada masyarakat bukan Melayu, tetapi berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran negara.

Mengenai tindakan Najib mengumumkan perkara itu di Perhimpunan Agung Umno, beliau berkata, perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepimpinan Umno menggunakan platform itu untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan.


PM contohi Nabi, dahulukan suara majoriti
  • Fathul Bari Mat Jahaya Fathul Bari Mat Jahaya
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tidak timbul isu mungkir janji jika hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional tidak menjadi kenyataan.

Pengerusi Biro Pendidikan Tinggi Pemuda Umno Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya bagaimanapun berkata hasrat Presiden Umno itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tindakannya itu telah mendahulukan kepentingan suara majoriti.

"Soalnya sekarang ini, cadangan Perdana Menteri itu adalah pandangan peribadi beliau, setelah mendengar suara rakyat, suara majoriti dan ketetapan dalam Parlimen, maka sudah tentu kena dahulukan suara majoriti.

"Dalam konteks negara kita, pembangkang atau kerajaan, mempromosikan demokrasi, hak bersuara, hak memberikan pendapat dan pandangan, suara majoriti itu perlu didahulukan," katanya kepada Sinar Online pada Persidangan Agung Umno 2014, di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Najib dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2014, semalam.

Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan malah beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk memasukkan dua perkara baharu.

Antaranya ialah melindungi kesucian Islam dan larangan menghina agama lain serta mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Najib sebagai seorang yang mungkir janji.

Beliau berkata lagi, tindakan Najib juga tidak menyalahi Sunnah Nabi Muhammad SAW di mana baginda sendiri meraikan pendapat umum ketika berdepan dengan suasana peperangan.

"Nabi bagi cadangan berperang dalam peperangan Uhud di dalam bandar Madinah, oleh kerana majoriti sahabat Nabi tidak bersetuju.

"Mereka (sahabat) mahu berperang di luar bandar Madinah, jadi Nabi meraikan majoriti dan mengetepikan pendapat peribadi baginda.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan dasar terbuka dan sentiasa berusaha untuk berubah setelah menerima nasihat dan teguran," katanya lagi.

Akta Hasutan bukan alat kekal kuasa UMNO - Pak Lah

Akta Hasutan bukan alat kekal kuasa UMNO - Pak Lah
ABDULLAH: Akta Hasutan bukan alat kekal kuasa UMNO
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna bagi mengekalkan kekuasaan UMNO.
Dalam catatan terbaharu di dalam blog paklah.net, Abdullah menegaskan, tiada rang undang-undang yang akan menyelamatkan parti dari kehilangan kuasa seandainya rakyat sudah tidak memberi sokongan kepada UMNO.
"Dalam keghairahan kita menyambut baik pengekalan Akta Hasutan, saya ingin mengingatkan, kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat," jelasnya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan dasarnya mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam.
Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.

Jelas Abdullah, ucapan Najib disifatkan menarik kerana menekankan pentingnya solidariti dan tidak melupakan sejarah perjuangan UMNO selama ini.
"Beliau (Najib) juga sangat prihatin dengan keresahan, kerisauan dan juga keinginan orang Melayu secara amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya.
"Keprihatinan ini terserlah apabila beliau mengumumkan pengekalan Akta Hasutan yang disambut dengan ghairah oleh ahli-ahli UMNO yang berada di dalam dan di luar dewan PWTC," katanya.
Abdullah turut menyatakan sokongan kepada ucapan Najib berhubung Akta Hasutan yang dilihat jaminan keharmonian yang menegakkan perlembagaan negara.
"Ia menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong," jelasnya.
Pada Rabu, persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan.
Malah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan perasmian sayap UMNO pada Selasa turut menegaskan keperluan mengekalkan Akta Hasutan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/akta-hasutan-bukan-alat-kekal-kuasa-umno-pak-lah-49294?cp
Jumaat, 28 November 2014 Pemimpin Umno yang jual tanah orang Melayu di Pulau Pinang penang_ferry GEORGE TOWN, 28 NOV: Kenyataan perwakilan Umno Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri dan DAP membeli tanah di Balik Pulau walau betapa mahal pun harganya untuk menghalau orang Melayu adalah fitnah dan penipuan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Beliau merujuk ucapan perwakilan Wanita Umno bahagian Batu Kawan, Rohaya Abu Ismail bahawa kerajaan negeri bertindak ‘mencekik darah’ orang Melayu khususnya melibatkan isu perumahan dan tanah orang Melayu di Balik Pulau, seolah-olah mempunyai ‘agenda tersembunyi’ untuk menghalau orang Melayu di kawasan itu. “Ini adalah suatu penipuan kerana DAP tidak membeli walau satu inci pun tanah Balik Pulau. DAP hanya membeli bangunan ibu pejabatnya di Ranggon Road di George Town, kata Guan Eng dalam kenyataannya. Rohaya menuduh kerajaan negeri cuba menghalau orang Melayu dengan membeli tanah mereka untuk dibina perumahan mahal, dan menempatkan orang Melayu di Seberang Perai mengakibatkan penurunan populasi Melayu di Pulau Pinang daripada 41 peratus menjadi 40 peratus pada tahun 2013. “Ini adalah tidak benar kerana populasi orang Melayu sebenarnya telah bertambah. Umno sendiri boleh memeriksa data-data Jabatan Statistik Kerajaan Persekutuan. “Pemimpin Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah-tanah orang Melayu demi keuntungan, tegas Guan Eng. Guan Eng mendedahkan pemimpin Umno di Pulau Pinang membeli tanah orang Melayu dan menjualnya kepada pihak ketiga untuk meraih keuntungan segera. “Ini jelas dapat dilihat dalam pembelian 10 ekar tanah orang Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau pada 31 Januari 2012 untuk RM8.6 juta daripada 31 pemilik tanah Melayu oleh Maison Height Sdn Bhd. “Tiga setengah bulan kemudian, pada 16 Mei 2012, tanah yang sama dijual demi keuntungan sebanyak RM5 juta pada harga RM13.5 juta kepada pihak ketiga. “Bukan DAP, tetapi pemimpin-pemimpin Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka,” tegas Guan Eng. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 11/28/2014 05:17:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Tiada ulasan:

Catat Ulasan