Isnin, 10 November 2014

PATUT BANYAK PERKARA2 YANG KITA BUAT ADALAH MENURUT HUKUM SYARAK MENJADIKAN KITA 'TERKEJUT'






Ir Bushro dedah amalan tidak sihat Umno
  •  Ir. Muhammad Bushro Mat Johor Ir. Muhammad Bushro Mat Johor
1 / 1
SHAH ALAM - Setelah 33 tahun bersama Umno, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan Umno Selangor.

Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

“Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

“Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.

“Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

“Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana,” katanya.

Dalam pada itu katanya, parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.

“Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.

“Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan,” katanya.
Artikel Berkaitan

Kenyataan disalah tafsir, kata Mujahid
  • Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
1 / 1
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kenyataan berkaitan fatwa liberalisme dan pluralisme sebelum ini telah disalah tafsir pihak-pihak tertentu, termasuk segelintir ahli Pas sendiri.

Sambil mempertahankan kenyataan itu, katanya, beliau tidak pernah mempertikaikan tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.

“Saya dan beberapa ahli Pas berpendapat ilmu syariat perlu dipandu disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas.

“Cuma, persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman perlu mendapat keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya lagi, pertikaian Pas terhadap proses pemfatwaan yang telah dibuat bukanlah perkara baharu malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sesat sentiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan.

“Mengapakah hari ini perkara yang sama kami pertikaian ke atas pertubuhan NGO Sisters in Islam (SIS) dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk segelintir ahli Pas sendiri?,” soalnya.
Sabtu, 8 November 2014 RM138.5 Juta hilang dari DBKL.. Siapakah syaitan yang dikenali itu? Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun. "Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini. Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya. "Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis. Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut. "Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya. Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal. Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau. "Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut. "Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau. PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia menyumbang kepada kelemahan dalam pengurusan dan kutipan hasil, menyebabkan DBKL kehilangan nilai kutipan kira-kira RM128 juta dalam tempoh 10 tahun. Lim juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor, serta menggesa beliau mengambil serius dalam isu kerugian dialami DBKL tersebut lapor The Malaysian Insider Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Perlakuan songsang remaja gugat keselamatan negara
  • PDRM
1 / 1
SINTOK - Perlakuan songsang di kalangan remaja hari ini perlu ditangani segera kerana dalam jangka masa panjang ia boleh menggugat keselamatan negara.
 
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Rosly Abas yang menjalankan kajian komprehensif mengenai permasalahan remaja mendapati trend yang semakin berkembang dan membimbangkan.
 
Kajian itu dilakukan di George Town, Pulau Pinang selama tiga tahun sejak 2011.
 
Rosly berkata kajian mendapati jika dahulu bohsia akan menjadi GRO di kelab malam tetapi kini mereka sanggup bertindak sehingga menjadi keldai dadah, yang diperalatkan sindiket antarabangsa. 
 
"Kajian saya mendapati perlakuan songsang remaja sekarang bukan terhenti setakat umur awal remaja sahaja," katanya.
 
Beliau berkata apa yang membimbangkan, gejala songsang di kalangan remaja ini kalau tidak terkawal, akan menyebabkan wujudnya satu kumpulan lain iaitu ekstremis.
 
"Kumpulan ekstremis ini pula melihat perlakuan songsang remaja ini perlu
dihentikan.
 
"Akhirnya akan berlaku pertembungan dua kumpulan pelampau, satu daripada kumpulan remaja itu, dan satu lagi yang ingin hapuskan kumpulan remaja. Dulu kalau kita cakap pasal mat rempit, setakat waktu sekolah je, lepas bekerja mereka tinggalkan.
 
"Sekarang, kajian mendapati mat rempit cuba bidang baru selepas mahir merempit. Mereka terlibat dengan sindiket dadah, jadi ketua sindikit atau "pusher", yang sampai ke peringkat antarabangsa," kata Rosly kepada Bernama pada majlis konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.
 
Pada majlis konvokesyen itu, Rosly menerima ijazah Sarjana Sastera (Kerja Sosial) kerana menjalankan kajian berkenaan.
 
Katanya, pengaruh rakan sebaya juga menjadi penyebab masalah di kalangan remaja berikutan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu.
 
"Nak cuba syabu, nak rasa jadi mat rempit, nak jadi hero di kalangan  rakan-rakan," kata beliau.
 
"Dua tiga hari ni kecoh dengan isu buli di sekolah. Ini semua masalah kerana keinginan remaja untuk bebas," tegasnya.
 
Rosly berkata perlakuan songsang remaja ini perlu ditangani segera sebelum ia menggugat keselamatan negara.
 
Pendidikan di sekolah adalah cara terbaik menangani permasalalah ini.
 
"Sekolah perlu memupuk nilai-nilai disiplin yang lebih tegas. Penting juga pendidikan di rumah.
 
"Namun, perhatian ibu bapa agak nipis, tumpuan kepada anak-anak kurang
berikutan cabaran hidup masa kini," katanya.
 
Rosly menarik perhatian bahawa remaja merupakan aset penting kepada negara dalam membina negara bangsa dan ia memerlukan komitmen semua pihak.
 
"Daripada 30 juta rakyat Malaysia, remaja membentuk lebih kurang lima atau enam juta," katanya. - Bernama






Keputusan Mahkamah Rayuan lelaki berpakaian wanita mengejutkan - TPM






PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan .
"Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.
"Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.
"Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya," katanya.
Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan itu selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.
- BERNAMA

Monday, November 10, 2014

Jangan undang bala dalam isu lelaki berpakaian perempuan

HARAKAHDAILY | 09 November 2014.
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyatakan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi golongan minoriti.

Beliau meyatakan demikian di hadapan kira-kira 100 orang peserta yang menghadiri Seminar Penulisan Berita dan Kenyataan Akhbar peringkat Wilayah Persekutuan di bangunan Kohilal, di sini petang tadi.

Tegas beliau lagi keputusan itu jelas bertentangan dengan batas syariat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah seperti mana yang terkandung di dalam ajaran Islam.

Beliau memetik mafhum hadis Rasulullah s.a.w. yang melaknat mereka yang menyerupai wanita dari kalangan lelaki dan juga sebaliknya.

Menurut beliau lagi, sekiranya maksiat dan mungkar itu berterusan, sudah pasti akan mengundang bala dari Allah SWT.

"Menjadi tanggungjawab umat untuk terus memperjuangkan undang-undang Islam di negara ini supaya kita diselamatkan daripada bala Allah Taala," ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 9/11/2014

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)

Tarikh Keputusan: 
18 Dec, 2008
Keputusan: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:     Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:      Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:           " Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.      Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan ,  tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"  
Keterangan/Hujah: 
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid). Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.



Keterangan/Hujah: 
  1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
     
  2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
     
  3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
     
  4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
     
  5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
     
  6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.
Fatwa Negeri Berkaitan: 
Bil Tajuk Negeri Penwartaan Tarikh Keputusan
1 Pengharaman Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Melaka Diwartakan 18 Dec, 2008
2 Fatwa Mengenai Pengkid Kelantan Tidak Diwartakan 14 Dec, 2008
3 Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Pahang Tidak Diwartakan 29 Dec, 2008
4 Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah) Perak Diwartakan 18 Dec, 2008
5 Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Johor Diwartakan 3 Dec, 2008
6 Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Sarawak Tidak Diwartakan 27 Nov, 2008
7 Fatwa Mengenai Pengkid Kedah Diwartakan 26 Apr, 2010

Golongan transgender mahu masyarakat lebih terbuka terima keputusan Mahkamah Rayuan

Golongan transgender mahu masyarakat lebih terbuka terima keputusan Mahkamah Rayuan
"Dengan keputusan tersebut diharapkan tidak wujud lagi diskriminasi untuk golongan seperti kami, hak dan keselamatan kami terutamanya lebih terjamin" Golongan transgender (Gambar Fail)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan pada Jumaat memutuskan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi lelaki transgender untuk berpakaian wanita.

Sehubungan dengan itu, beberapa golongan transgender yang dihubungi Astro AWANI mahu masyarakat lebih bersikap terbuka dengan keputusan tersebut.

Rahman Arzmi (bukan nama sebenar) yang bertugas sebagai Pegawai Komunikasi dari sebuah syarikat swasta berharap keputusan tersebut akan  menjadikan golongan sepertinya berasa lebih selamat selepas ini.

“Dengan keputusan tersebut diharapkan tidak wujud lagi diskriminasi untuk golongan seperti kami, hak dan keselamatan kami terutamanya lebih terjamin.

Keputusan ini juga diharapkan agar golongan transgender lebih berani menyuarakan pendapat” katanya yang mula menyedari lebih ke arah kewanitaan sejak di bangku sekolah menengah.

Rahman memberitahu, dia mula keliru dengan identiti diri ketika di alam persekolahan dan sering dibuli kerana dianggap berbeza dengan rakan yang lain.

“Apabila melanjutkan pelajaran di luar negara, di mana persekitarannya tidak menghakimi cara dan pemakaian saya, ia membuat saya mula mengenali diri dan lebih yakin untuk mengikut naluri wanita itu.

Balik ke Malaysia saya teruskan keyakinan dengan  berpakaian wanita di tempat kerja pula dan bernasib baik majikan tiada masalah dengan cara saya” cerita Rahman yang sudah 10 tahun menjadi transgender dan berpakaian seperti wanita ke tempat kerja.

Bagi Regina Ibrahim yang bekerja sebagai artis berkata, masyarakat perlu belajar menerima perbezaan seseorang individu.

“Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresi identiti diri dan itu yang perlu dihormati.

Ini dinamakan Sogie iaitu ‘Sexual Orientation, Gender Identity and Expression’  yang mana tidak semua masyarakat kita memahaminya” kata Regina.

Regina yang mengikut rapat kes Mahkamah Rayuan berkenaan berkata golongan transgender sering dianggap serong oleh masyarakat.

“Golongan transgender selalu dianggap mental (gila) oleh masyarakat dan bertentangan dengan hukum Tuhan, namun saya percaya setiap dari kita punya cara sendiri untuk berhubung dengan Penciptanya” kata Regina.

Sementara itu, bagi Rozz Ritzman seorang penyanyi kelab merasakan keputusan tersebut bagai memberi kelegaan bagi golongan transgender sepertinya.

“Bila mengetahui golongan seperti kami dapat pergi ke tempat kerja dan berkerja tanpa gangguan adalah satu kelegaan.

Majoriti golongan transgender yang berada di negara ini bukan pelacur atau penjenayah. Mereka adalah orang biasa yang mempunyai kerjaya, dan keputusan ini adalah bagi melindungi hak-hak golongan transgender  untuk meneruskan pekerjaan tanpa mengalami gangguan” kata Rozz yang turut merujuk kepada sebuah kes mak andam di Negeri Sembilan yang dicekup jabatan agama ketika bekerja.

"Tindakan menahan Mak Andam transgender ketika sedang bekerja ketika itu adalah keterlaluan" kata Rozz.

Rozz turut menyeru masyarakat agar tidak terus mencemuh golongan transgender dan lebih bersikap menerima.

Keputusan Mahkamah Rayuan dilakukan selepas rayuan tiga transgender yang beragama Islam iaitu Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani and Wan Fairol Wan Ismail yang menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah tidak sah dari segi perlembagaan.

Mereka dakwa seksyen itu mendiskriminasi hak bersuara, hak untuk bergerak dan hak mereka untuk hidup tanpa diganggu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang termasuk Hakim Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 tidak sah dari segi perlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan Artikel 5, 8,9 dan 10 lapor Malaysian Insider pada Jumaat.

Keputusan itu sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 yang memutuskan mereka perlu mematuhi enakmen itu kerana mereka adalah golongan Muslim dan dilahirkan lelaki.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/golongan-transgender-mahu-masyarakat-lebih-terbuka-terima-keputusan-mahkamah-rayuan-47939?cp
 

10 November 2014


Perjanjian Rasululah dengan Yahudi



KHALIFAH: Setelah Rasulullah berhijrah ke Yathrib atau pun Madinah, Rasulullah telah diangkat menjadi pemimpin di Madinah. Rasulullah telah membuat sebuah perjanjian dengan orang Islam dan dengan orang Yahudi supaya keamanan dan kedamaian negara Madinah dapat dijamin.

Baginda Rasulullah telah menggariskan peraturan2 yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah dinikmati oleh dunia yang penuh dengan kefanatikan dan ego. Ini adalah antara isi kandungan perjanjian Rasulullah dengan Yahudi:-

1) Kaum Yahudi dari bani Auf adalah satu umat bersana orang2 mukmin, mereka bebas dengan adama mereka, dan orang2 Islam dengan agama mereka, begitu juga yang bersekutu dengan mereka.

2) Orang2 Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang2 Islam juga hendaklah membiayai negara.

3) Maka hendaklah orang2 Yahudi sama2 menolong menentang siapa jua yang memerangi mereka yang menganggotai piagam ini.

4) Maka hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, saling buat kebajikan dan bukan dosa.

5) Mana2 orang tidaklah boleh dianggap salah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya.

6) Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

7) Orang2 Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang Islam selama mana tidak berada daam keadaan perang.

KHALIFAH LINK: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

8) Bahawa Kota Madinah adalah terpelihara sepenuhnya, tidak boleh diceroboh oleh mana2 pihak yang inenganggotai piagam ini.

9) Bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau apa jua pertelingkahan di antara sesama peserta piagam ini sekiranya dikhuatiri membawa kepada bencana maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad Rasulullah SAW.

10) Bahawa tidaklah boleh diberi perlindungan kepada Quraisy(musuh) begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang2 yang membantu.

11) Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu mempertahankan kota yathrib daripada mana2 pihak yang mencerobohnya. Setiap pihak adalah berkewajiban mengambil bahagian masing2 tentang satu2 perdamaian.

12) Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang2 ang zalim dan yang bersalah.

Alhamdulillah, itulah antara perjanjian Rasulullah dengan Yahudi. Kita dapat lihat disini bahawa Rasulullah mempunyai kebijaksanaan yang sangat hebat dalam mengendalikan keamanan dan kedamaian di kota Madinah. Sekiranya perjanjian ini digunai pakai di Malaysia, Insyaallah saya jamin Malaysia akan aman dan damai seperti kota Madinah dibawah kendalian Rasulullah SAW.

http://batusuci.blogspot.com

Thursday, July 2, 2009

Hukum-hakam tentang pakaian

Apakah fungsi pakaian menurut Syari’at Islam?

Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran;

“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang” (an-Nahl, ayat 81).

يَابَنِي ءَادَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ ءَايَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. (al-A’raf:26).

Dalam ayat 26 dari surah al-A’raf di atas, ada tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah;
1. Pakaian untuk menutup aurat
2. Pakaian untuk perhiasan
3. Pakaian takwa

Menurut ulamak; “اللباس” dalam ayat tersebut ialah pakaian untuk menutup aurat. Adapun “الريش” ialah apa yang diambil/dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu untuk perhiasan. Yang pertama (iaitu “اللباس”) adalah keperluan asas, sementara yang kedua adalah sampingan. Adapun pakaian takwa, menurut Ikrimah; maksudnya ialah pakaian orang-orang bertakwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu ‘Abbas pula; ia bermaksud amal soleh dan kelakuan yang baik. Menurut Ibnu Aslam; ia adalah pakaian yang dipakai oleh seorang yang takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya.[1]

Apakah syarat-syarat pakaian lelaki?

1. Hendaklah menutup kawasan aurat
2. Tidak jarang hingga menampakkan kulit tubuh (khususnya kawasan aurat)
3. Tidak sendat hingga menampakkan bentuk kawasan aurat
4. Tidak menyerupai pakaian perempuan
4. Tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan
6. Bukan pakaian syuhrah
7. Bukan diperbuat dari material yang diharamkan iaitu sutera.
8. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq.

Apakah syarat-syarat pakaian wanita? [2]

1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Apa dalil bahawa pakaian mesti menutup aurat?

Pertama, tujuan pakaian antaranya adalah untuk menutup aurat sebagaimana ayat di atas tadi.
Kedua, terdapat dalil yang cukup jelas dari al-Quran dan as-Sunnah yang memerintahkan orang-orang Islam supaya menutup aurat.
Ketiga, para ulamak telah sepakat atas kewajipan menutup aurat ini.
(*Kupasan tentang aurat akan kita lakukan dalam satu tajuk yang khusus, Insya Allah).

Apa dalil tidak harus memakai pakaian yang jarang atau sendat?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.;

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيلاَتٌ، رُؤُسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَتُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut;[3]
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Apakah dalil tidak harus pakain lelaki menyerupai pakaian wanita dan sebaliknya?

Kerana Rasulullah melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.;

لعن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

Bagaimana yang dikatakan meniru itu? Dan apa contohnya?

Iaitu setiap pakaian yang khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat bahawa ia sememangnya untuk lelaki, tidak harus untuk wanita memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk perempuan iaitu diketahui oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki memakainya. Contohnya; wanita yang memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai kain wanita.

Di dalam hadis diceritakan; suatu hari Nabi s.a.w. masuk menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Nabi berkata kepadanya;

لَيَّةً لا ليَّتَيْنِ
“Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744).

Menurut ulamak; tegahan Nabi di atas tujuannya ialah supaya cara pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan.[4]

Apakah dalil pengharaman sutera ke atas lelaki?

Iaitulah sabda Rasulullah s.a.w.;

حرَّمَ لباسُ الحريرِ والذَّهبُ على ذُكورِ أمَّتي وأحلَّ لأناثهِم
“Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan bagi wanita-wanita mereka”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Musa al-Asy’ari r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

Dalam hadis yang lain baginda bersabda;

من لبس الحرير في الدنيا لم يلبسه في الآخرة
“Sesiapa memakai sutera di dunia, ia tidak akan dapat memakainya lagi di akhirat”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abi Umamah r.a.).

Adakah sutera tiruan juga dilarang?

Sutera yang diharamkan oleh hadis ialah sutera asli yang diperbuat dari benang dari ulat sutera. Itu yang dimaksudkan oleh hadis. Adapun sutera tiruan (yang dibuat dari bahan lain dari sutera asli itu iaitu benang dari ulat sutera) ia tidaklah termasuk dalam larangan hadis. Sesuatu yang tidak termasuk dalam larangan Syarak ia kekal dalam hukum asalnya iaitu harus.

Namun jika sifat kain sutera tiruan itu adalah terlalu lembut iaitu menyerupai kain wanita, sebaik-baiknya orang lelaki tidak memakainya kerana tidak bersesuaian dengan penampilan seorang lelaki.[5]

Apa dalil dilarang pakaian yang menyerupai orang kafir atau orang-orang fasiq?

Iaitu sabda Nabi s.a.w.;

من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka ia dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).[6]

Bagaimana yang dikatakan meniru itu? Apa contohnya?

Setiap pakaian yang memberi gambaran kepada orang lain bahawa si pemakainya adalah kafir atau menunjukkan bahawa ia adalah fasiq (tidak menjaga agama, yakni suka melakukan maksiat), maka ia termasuk dalam pengertian meniru orang kafir atau golongan fasiq. Contohnya; memakai pakaian yang mempunyai lambing salib atau lambang-lambang agama lain. Saidina ‘Ali menceritakan; aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;

إِيَّاكُمْ وَلُبُوس الرُّهْبَان ، فَإِنَّهُ مَنْ تَزَيَّا بِهِمْ أَوْ تَشَبَّهَ فَلَيْسَ مِنِّي
“Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukanlah dariku” . (Riwayat Imam ar-Rhabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat. Menurut Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah La Ba’sa Bihi. Lihat; Fathul-Bari, bab al-Baranis).[7]

Apa dalil larangan berlebihan dan menzahirkan kesombongan dalam berpakaian?

Iaitu firman Allah;

وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“…dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan….”.

وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
“Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”. (al-Hadid: 23)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

من جر ثوبه خيلاء لم ينظر الله إليه يوم القيامة
“Sesiapa yang melabuhkan pakaian/kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Apa maksud pakaian Syuhrah? Apa dalil larangan terhadapnya?

Pakaian Syuhrah bermaksud pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain. Tujuannya sama ada untuk berbangga-bangga di hadapan orang lain dengan perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan perasan riyak dan nifak (berpura-pura). Dalil larangan pakaian Syuhrah ini ialah sabda Rasulullah;

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا، أَلْبَسَهُ اللهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، ثُمَّ أَلْهَبَ فِيهِ نَارا
“Sesiapa memakai pakaian kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Umar r.a.)

Ada seorang lelaki bertanya Ibnu ‘Umar r.a.; “Apakah pakaian yang baik untuk aku pakai?”. Jawab Ibnu ‘Umar; “Pakailah pakain yang sekira-kira kamu tidak akan diperlekehkan oleh orang-orang bodoh (as-sufaha’) (kerana buruknya pakain itu dan tidak ada nilai) dan tidak dikeji oleh orang-orang cerdik (hukama’) (kerana melampaui had kesederhanaan)”. (Riwayat Imam at-Thabrani).

Apakah dalil dilarang pakaian wanita mempunyai corak yang menarik perhatian lelaki?

Kerana ia termasuk di dalam pengertian tabarruj yang dilarang oleh al-Quran iaitu firman Allah;

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“dan hendaklah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

Menurut ulamak; at-Tabarruj bermaksud seorang wanita mendedahkan perhiasannya atau kecantikannya yang mendorong syahwat lelaki.[8] Pengertian tabarruj bukan hanya khusus kepada mendedahkan aurat sahaja, tetapi merangkumi semua perlakuan untuk menarik perhatian lelaki termasuk stail berpakaian, cara berjalan, cara bercakap, solekan dan sebagainya.

Adakah pakaian kanak-kanak juga perlu mematuhi cirri-ciri pakaian di atas?

Ya. Hukum bagi kanak-kanak juga adalah serupa. Dilarang ibu-bapa atau penjaga memakaikan kepada anak lelaki pakaian untuk perempuan dan begitu juga diharamkan memakaikan kepada anak perempuan pakaian untuk lelaki. Diceritakan bahawa suatu hari Saidina Umar r.a. melihat anak lelaki Zubair dipakaikan kepadanya pakaian dari sutera. Lalu Umar mengoyaknya dan berkata; “Janganlah kamu memakaikan kepadanya pakaian dari sutera”. Begitu juga, Ibnu Mas’ud pernah mengoyak pakaian sutera yang dipakaikan kepada anak lelakinya.[9]

Dikecualikan dalam masalah aurat. Kanak-kanak yang belum baligh tidaklah dituntut menutup aurat sebagaimana tuntutan ke atas orang dewasa. Namun ibu-bapa wajib melatih anak-anak dengan adab-adab Islam (termasuk adab berpakaian menutup) untuk membiasakan mereka apabila baligh nanti.[10]

Adakah Islam melarang berpakaian cantik?

Islam mengharuskan memakai pakaian yang cantik dan lawa tetapi janganlah melanggar had-had yang ditetap Allah, jangan membazir dan jangan takbur atau bongkak.

Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال حبة من كبر
“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Lalu berkata seorang lelaki;
أن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسنا و نعله حسنا
“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takbur?”.

Lalu jawab baginda;
إن الله جميل يحب الجمال ، الكبر بطر الحق و غمط الناس
“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

Apa makna jilbab?

Di dalam al-Quran Allah memerintahkan wanita-wanita beriman memakai jilbab sebagaimana firmanNya;

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal[11], karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. (al-Ahzab: 59)

Menurut Imam Abu Bakar ibnu al-‘Arabi; para ulama’ berikhtilaf dalam mentafsirkan jilbab. Namun lafaz-lafaz yang mereka gunakan hampir memberi pengertian yang serupa di mana asasnya ialah pakaian yang menutup/melitupi badan. Dengan pengertian ini, maka ayat di atas merupakan arahan kepada sekelian wanita Islam supaya menutup badan mereka. Jika digabungkan ayat di atas dengan ayat dari surah an-Nur (iaitu ayat 31), maka had yang mesti ditutup ialah dari hujung rambut hinggalah ke tapak kaki kecuali muka dan dua tangan. Di sisi sebahagian fuqaha’, dikecualikan juga dua kaki. Pakaian yang dipakai untuk menutup badan itu hendaklah tidak jarang hingga menampakkan bayangan kulit dan juga tidak ketat hingga mendedahkan bentuk tubuh….[12]

Adakah terdapat fesyen tertentu bagi pakaian dalam Islam?

Tidak ada fesyen tertentu yang ditetapkan Islam bagi pakaian. Ia terserah kepada manusia untuk menentukannya mengikut pengalaman dan kebiasaan masing-masing kerana hal ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya.

Syarak hanya menetapkan pakaian hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak ketat/sendat dan sebagainya tadi. Adapun bentuk, fesyen dan cara pemakaiannya, maka terserah kepada kebiasaan atau kehendak manusia selagi tidak bercanggah dengan ciri-ciri pakaian yang ditetapkan tadi.[13]

Apa hukum memakai pakaian labuh hingga melebihi buku lali?

Ada perbezaan antara lelaki dan wanita. Bagi wanita, digalakkan ia melabuhkan pakaiannya hingga menutupi keseluruhan kaki. Diriwayatkan dari Sofiyyah binti Abi ‘Ubaid r.a. yang menceritakan; Ummu Salamah (salah seorang isteri Nabi s.a.w.) semasa Nabi menyebutkan tentang celaan terhadap orang yang melabuhkan kain sarungnya, beliau bertanya; “Bagaimana dengan kaum wanita wahai Rasulullah? (yakni adakah mereka juga turut dilarang melabuhkan pakaian)”. Baginda menjawab; “Labuhkan sejengkal sahaja”. Ummu Salamah bertanya lagi; “Bagaimana jika masih terdedah kaki mereka?”. Nabi menjawab; “Labuhkan sehasta sahaja. Jangan lebih dari itu”. (Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmizi).[14]

Adapun bagi lelaki, ada perbezaan pandangan di kalangan ulamak;[15]

1. Menurut segolongan ulamak; haram melabuhkan pakaian di bawah buku lali secara keseluruhannya. Pengharaman ini berdalilkan beberapa hadis antaranya sabda Nabi s.a.w.;

مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
“Kain sarung yang di bawah dari dua buku lali adalah di dalam neraka” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.).[16]

2. Menurut sebahagian ulamak yang lain; diharamkan jika ada niat berbangga-bangga atau menyombong diri. Jika tanpa niat tersebut, tidaklah haram. Ini kerana terdapat hadis yang mengaitkan pengharaman melabuhkan pakaian itu dengan niat tersebut. Antaranya sabda Nabi s.a.w.;
لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَىَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ
“Allah tidak memandang[17] (yakni tidak akan memberi rahmatNya) kepada orang yang melabuhkan pakaiannya kerana menyombong (atau berbangga-bangga diri)”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Umar r.a.)

Lebih jelas lagi, ada hadis menceritakan tatkala Nabi s.a.w. berkata “Sesiapa melabuhkan pakaiannya kerana menyombong diri, Allah tidak akan memandang kepadanya pada hari kiamat”, Abu Bakar pun berkata kepada baginda; “Ya Rasulullah s.a.w., kain sarungku akan melabuh kecuali aku memegangnya”. Nabi berkata; “Engkau bukanlah dari golongan orang-orang yang melakukannya (yakni melabuhkan pakaian) kerana ingin menyombong”. (Riwayat Imam al-Bukhari, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Walaupun tidak haram, hukumnya adalah makruh. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim, tatkala menghuraikan hadis di atas beliau menyebutkan antaranya; “Tidak harus melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali jika dengan tujuan menyombong diri. Jika bukan dengan tujuan tersebut, hukumnya adalah makruh…Kadar yang disunatkan ialah hingga ke tengah betis. Jika dari tengah betis hingga ke buku lali (tanpa melepasinya), hukumnya adalah harus. Jika labuh hingga melepasi buku lali, hukumnya adalah makruh kecuali ada niat menyombong diri, maka hukumnya adalah haram”.[18]

Adakah disunatkan membaca doa ketika memakai pakaian?

Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila memakai pakaian baru, baginda akan menyebut nama pakaian baru itu sama ada serban, baju atau selendangnya, kemudian baginda membaca;

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنـِيْهِ أَسْأَلُكَ خَيْرَهُ وَخَيْرَ مَا صُنـِعَ لَهُ وَأَعُوْذُ بـِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ
Maksudnya; “Ya Allah! Untukmu segala pujian. Engkaulah yang memakaikanku pakaian ini. Aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan tujuan ia dibuat. Aku berlindung dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan tujuan ia dibuat”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini adalah hasan).

Adakah harus wanita memakai seluar?

Harus dengan syarat-syarat berikut;[19]

1. Seluar itu dibuat khusus untuk wanita. Tidak harus ia memakai seluar lelaki kerana diharamkan wanita menyerupai lelaki.
2. Ia memakainya di bahagian dalam, yakni dilitupi oleh pakaian lain yang tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
3. Jika tidak dilitupi dengan pakaian luar, tidak harus ia memakainya kecuali di hadapan suami atau mahramnya atau di hadapan wanita lain. Adapun di hadapan lelaki-lelaki ajnabi, tidak harus ia memakainya kerana pemakaian seluar sahaja (tanpa pakaian luar) menampakkan bentuk tubuh.

Digalakkan wanita memakai seluar di bahagian dalamnya (yakni di samping pakaian luar) kerana ia lebih menjaga aurat.[20]

Adakah Syarak menetapkan warna tertentu bagi pakaian wanita?

Syarak tidak menetapkan warna tertentu bagi pakaian wanita, begitu juga bagi pakaian lelaki. Namun hendaklah pakaian wanita tidak terlalu terang warnanya hingga menarik perhatian lelaki atau mempunyai corak yang boleh membangkitkan ghairah atau mencuri pandangan lelaki kepadanya. Kerana itu, para ulamak menyukai jika wanita memakai pakaian berwarna gelap kerana ia kurang menarik perhatian berbanding warna lain.[21]

Apakah warna yang paling baik bagi pakaian lelaki?

Warna putih. Dari Samurah bin Jundab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (Sunan at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad)

Hadis di atas menunjukkan keutamaan pakaian putih dari pakaian-pakaian berwarna lain. Disunatkan memakai pakaian berwarna putih dan mengkafankan jenazah dengan kain yang berwarna putih. Begitu juga, pakaian putih adalah paling baik dipakai untuk menghadiri solat Jumaat, solat Jamaah, bertemu ulamak atau pembesar.[22]

Adakah harus memakai pakaian berwarna lain dari putih?

Ya, Harus. Walaupun Nabi s.a.w. menyukai warna putih, namun dalam pemakaian baginda sendiri tidaklah baginda hanya memakai pakaian berwarna putih sahaja. Baginda juga memakai pakaian berwarna lain dari putih. Perhatikan hadis-hadis berikut;

1. Aisyah r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. keluar pada suatu pagi dengan memakai kain yang diperbuat dari bulu hitam”. (Riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan Abu Daud)

2. Qailah binti Makhramah r.a. menceritakan; “Aku melihat Nabi s.a.w. dan pada badan baginda terdapat dua kain sarung yang telah lusuh (buruk) yang dicelup dengan za’faran, namun warna za’faran itu telah pun pudar”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

3. Abi Rimsah menceritakan; “Aku melihat Nabi s.a.w. dan baginda memakai dua kain burdah berwarna hijau”. (Sunan an-Nasai, Abu Daud, Musnad Ahmad)

4. ‘Aun bin Abi Juhaifa’ meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Aku melihat Rasulullah s.a.w. memakai kain/pakaian berwarna merah dan aku lihat seolah-olah (putih) bercahaya dua betis baginda”. Berkata Sufyan (yang merupakan antara perawi hadis ini); “Kami berpandangan kain yang dimaksudkan itu ialah Hibarah”. (Riwayat at-Tirmizi, Imam Ahmad dan Imam at-Thabrani)

5. Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. menceritakan; “Aku tidak pernah melihat seorang pun dari manusia yang lebih kacak dengan pakaiannya berwarna merah dari Rasulullah. Rambut baginda panjangnya hampir mencecah dua bahunya”. (Sunan an-Nasai, Soheh Muslim, Musnad Ahmad)

Nota Hujung;

[1] Tafsir al-Jalalain dan Tafsir Ibnu Kathir.
[2] Al-Halal wa al-Haram, hlm. 161-162.
[3] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 127.
[4] Lihat; ulasan Imam Abu Daud dalam Sunannya (Kitab al-Libas, Bab Fi al-Ikhtimar). Lihat juga; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 186).
[5] Fatwa Syeikh al-Munajjid (http://www.islam-qa.com/ar/ref/30812/الصناعي).
[6] Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104.
[7] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 183.
[8] Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani.
[9] Tasyabbuh Yang Dilarang di Dalam Fiqh Islam, Jamil bin Habib al-Luwaihiq, hlm. 138-139.
[10] Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 748.
[11] Yakni mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita merdeka, bukan hamba. Atau mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita Islam, bukan wanita kafir. (Lihat as-Asas fi at-Tafasir).
[12] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).
[13] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).
[14] Syarh as-Sunnah, Imam al-Baghawi, 7/11.
[15] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 170-173.
[16] Maksud hadis ialah; kawasan kaki yang dikenai oleh kain sarung yang dilabuhkan melepasi dua buku lali, kawasan itu akan diazab di dalam neraka sebagai balasan kepada pemakainya (ulasan Imam al-Khattabi. Lihat; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 170).
[17] Yakni Allah tidak akan merahmatinya atau tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat (Lihat; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 169).
[18] Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah.
[19] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 130 dan 187. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 750.
[20] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 201.
[21] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 126. Fatwa Syeikh al-Munajjid (baca di; http://www.islam-qa.com/ar/ref/898).
[22] Raudhatul-Muttaqien, 2/314.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan