Khamis, 6 November 2014

ISLAM ...BERIYA-RIYA MANGAKU ISLAM...CAKAP ISLAM BIJAK SAKAN...BINCANG AGAMA PUN HEBAT TAPI BANYAK TINGGALKAN AJARAN ISLAM...ADA YANG TAK SOLAT PUN...HISAB ROKOK JANGAN CAKAPLAH








Remaja gadai nyawa selamat ayah
KUALA TERENGGANU - Demi menyelamatkan nyawa si ayah, seorang remaja lelaki sanggup menggadai nyawa dengan cuba menahan tetakan parang yang dihayunkan seorang lelaki dikenali ke arah ayahnya, dalam satu kejadian di Kampung Cacar, Paka, Dungun, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, remaja berusia 14 tahun itu bertindak berani cuba menahan tetakan parang yang dilibas suspek semasa bertengkar dengan ayahnya berusia 36 tahun.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku semasa ayah mangsa berada di kawasan rumah, sebelum tiba-tiba dihampiri seorang lelaki dikenali yang tinggal berhampiran rumah mereka dalam keadaan marah-marah.

“Sejurus menghampiri ayah mangsa, suspek tidak semena-mena memarahi ayah mangsa dan ahli keluarga yang lain dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Ayah mangsa yang terpinga-pinga dengan tindakan suspek itu cuba bertanya bagi mendapatkan punca kemarahan suspek terhadap dia dan ahli keluarga yang lain.

“Namun, pertanyaan ayah mangsa itu dijawab suspek dengan hayunan parang dan mangsa yang secara kebetulan berada berhampiran tempat kejadian cuba menahan serangan suspek itu menggunakan tangannya,” katanya.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan mangsa luka di jari telunjuk dan jari hantu tangan kirinya sementara suspek beredar sejurus kejadian itu.

Jelasnya, difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan ada berselisih faham dengan suspek ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Namun, perselisihan faham itu berpanjangan apabila suspek yang dipercayai penagih dadah itu datang ke rumah mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara ayah mangsa dan suspek,” katanya.

Susulan kejadian itu, ayah mangsa yang bimbang akan keselamatan mereka sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Paka untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan gerakan memburu lelaki terbabit giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
Artikel Berkaitan
Polis: Punca kematian Ahmad Rafikin akibat lemas
  • Ahmad Rafikin Ahmad Rafikin
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.
"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya kepada Bernama.
Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini dilaporkan hilang pada Sabtu setelah dia tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom, sebelum bapanya Azman Othman memaklum kepada pihak penganjur dan kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang tersepit antara celah batu di kawasan yang terdapat sungai mengalir, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Sementara itu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa diadakan siasatan dan dikeluarkan laporan lengkap oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan penganjur pertandingan berhubung kematian pelajar tersebut.

"Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.

"Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Razif mahu penjelasan secepat mungkin sebelum sebarang keputusan diambil keraj
aan negeri berhubung kejadian itu. Mayat Ahmad Rafikin dikebumikan awal pagi tadi. - Bernama


TERKEJUT BESAR !!! Status Panas Gadis Bertudung Di FB Yang Sangat...

hasim 13:29

Terkejut juga melihatkan status seorang gadis di akauan Facebook yang menulis 
'kawan2 saya semua nak b*rit saya..betul ke bohong?'.

Nak dikatakan akaun palsu, rakannya sudah mencecah 5000 orang. Yang followernya
pulak hampir 2500 orang.Jika benar status tersebut dibuat oleh gadis tersebut, makin 
hancurlah moral remaja pada masa kini. Walaupun bertudung, belum boleh menjamin
kehebatan akhlak seseorang.

'Ujian ini begitu berat'
  • Azman menemani isterinya, Rashidah Abdul Wahab, 50, menyiram pusara Allahyarham anak bongsu mereka di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Berang, awal pagi semalam. Azman menemani isterinya, Rashidah Abdul Wahab, 50, menyiram pusara Allahyarham anak bongsu mereka di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Berang, awal pagi semalam.
1 / 2
KUALA BERANG - “Walaupun ujian ini berakhir dengan berita duka dan bukannya seperti diharapkan, saya tetap bersyukur kerana dapat kembali anak saya setelah empat hari kami sekeluarga menunggu tanpa khabar berita,” luah Azman Othman, 50.

Menurut Azman, walaupun begitu terasa kehilangan anak bongsunya, Ahmad Rafikin yang disahkan lemas setelah dilaporkan hilang Sabtu lalu ketika menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, dia reda atas segala ketentuan Ilahi.

“Kejadian ini berakhir tidak seperti yang kami harap dan jangkakan, namun ALLAH SWT lebih menyayanginya. Sebagai bapa, saya turut bersyukur kerana dapat kembali anak saya ini setelah empat hari menanti dengan penuh pengharapan.
“Sekurang-kurangnya kami dapat lihat dan selesaikan urusan pengebumiannya dengan tertib. Ujian ini begitu berat dan saya benar-benar terasa kehilangannya, apatah lagi Ahmad Rafikin seorang anak yang baik sentiasa hormati orang tua," katanya.

Kata Azman, anaknya turut dikenali sebagai seorang yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal, selain cukup menggemari aktiviti lasak terutamanya larian.

"Dia jarang melepaskan peluang menyertai sesuatu program atau perlumbaan berlari yang diadakan,” katanya.

Azman yang bertugas sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berkata demikian ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Ahmad Rafikin selesai kira-kira jam 1.30 pagi semalam, di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara.

Terdahulu, jenazah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) Kuala Terengganu itu disembahyangkan di Surau Jalan Pusara, Kuala Berang sebaik tiba di surau berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam dari Hospital Hulu Terengganu.

Seramai 200 individu menunaikan solat jenazah yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, wakil rakyat dan ketua jabatan.

Azman berkata, beliau benar-benar terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak berhubung kejadian menimpa anaknya dan berterima kasih kepada semua termasuk kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Nampak tangan Ahmad Rafikin selepas azan ]


Video Buli di Perlis Sudah Lama Selesai, Pembuli Tunggu Tarikh Pertuduhan


Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel tentang kes buli rujuk SINI
Kangar, 5 Nov - Polis hari ini mengesahkan video buli 'Perlis' yang tersebar baru-baru ini adalah kes yang sudah diselesaikan dan pembuli-pembuli yang berkaitan sedang menunggu tarikh pertuduhan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, kes yang berlaku di sebuah rumah anak yatim di negeri ini sudah dilaporkan pada 6 Jun lalu oleh pihak asrama. 
"Kes lama, kita sedang menunggu tarikh pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," menurut Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar yang lain di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.
"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ." katanya memetik laporan dari Harian Metro. 
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan dua video buli yang tersebar dengan meluas di Internet. Satu dari video itu dikenali sebagai 'buli Perlis' yang mana sudah diselesaikan manakala satu lagi video yang dikenali sebagai 'geng singlet hitam' yang mana statusnya masih belum diketahui.
sedutan dari video buli geng singlet hitam
Sedutan dari video buli Perlis
Terdapat percanggahan di dalam laporan Berita Harian dan juga Harian Metro mengenai kes mana yang yang telah diselesaikan tetapi kami pasti kes buli di Perlis adalah kes yang sudah diselesaikan hasil dari pemerhatian loghat yang digunakan dan juga keterangan dari pihak polis. Bagi bagi kes geng singlet hitam pula polis masih mencari lokasi kejadian.



Gambar: Fesyen Jillboobs Yang Dipakai Adira Cetus Kontroversi!

Adira mangsa terbaru fesyen Jilboobs? 
menerusi akaun Instagramnya, adira tampil dengan fesyen yang agak menjolok mata kerana baju yang dipakainya agak ketak sehingga menampakkan bentuk buah dadanya...
diharap adira lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian lepas ni..

Tag : Adira, Hiburan
 


Kecoh di kuburan Mayang


Mayang1
Jenazah transgender Indonesia, Febri Adriansyah atau Mayang Prasetyo akhirnya tiba di kampung halamannya di Kelurahan Sukemenanti, Lampung hujung minggu lalu.
Sebagai mana dirancang jenazah dikebumikan di Taman Pemakaman Umum (TPU) Griliyo yang berjarak kira-kira 700 meter dari rumahnya. Jenazah Mayang dikebumikan sebagai lelaki dengan batu nisan diukir nama sebenarnya, Febri Ariansyah.
Liang lahad sudah pun digali 15 hari sebelum jenazah tiba, namun berlaku sedikit kekecohan ketika keranda mahu diturunkan apabila liang lahad didapati sempit lalu terpaksa dilebarkan terlebih dahulu.
Sebelum itu, turut berlaku kekecohan apabila seorang penduduk kampung nyaris tergelincir ke dalam liang lahad yang amat licin gara-gara hujan lebat kebelakangan ini.
Kubur
Sepanjang proses pengebumian, kawasan perkuburan dipenuhi esak tangis keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan mangsa termasuk puluhan transgender yang ikut hadir.
Usai segalanya ibu mangsa, Nining Sukami melafazkan syukur kerana anaknya dapat dikebumikan seperti sepatutnya setelah penantian yang agak panjang. Di atas kubur, keluarga meletakkan foto Mayang saat masih menjadi Febri Adriansyah.
39
Febri Adriansyah, 27, atau dikenali sebagai Mayang Prasetyo ketika hayatnya, dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya, Markus Peter Volka, 28, warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, 9 malam, 4 Oktober lalu.
Pembunuhan ini mencetuskan kegemparan kerana mayat Mayang diperlakukan dengan kejam apabila dikerat dan direbus di dalam periuk oleh suspek yang bekerja sebagai tukang masak. Suspek bagaimanapun telah membunuh diri sendiri selepas kejadian dengan mengelar lehernya sendiri.
Mangsa baru enam bulan berpindah ke Brisbane, bagaimanapun Mayang dan Marcus didakwa sudah berkahwin tahun lalu. Konsulat Jeneral Republik Indonesia masih menyiasat kesahihannya, lapor Mynewshub.

Banjir lumpur CH: Seorang dilaporkan masih hilang
  • Keadaan banjir lumpur di Cameron Highlands semalam apabila hujan lebat tidak berhenti yang mengakibatkan paras air empangan Ringlet penuh. - Foto Ihsan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Keadaan banjir lumpur di Cameron Highlands semalam apabila hujan lebat tidak berhenti yang mengakibatkan paras air empangan Ringlet penuh. - Foto Ihsan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
1 / 2
CAMERON HIGHLANDS - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki dipercayai warga Nepal maut, manakala seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disyaki hanyut arus deras dalam kejadian banjir lumpur di pusat peranginan itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, empat lagi dilaporkan cedera akibat tanah runtuh di beberapa lokasi antaranya pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.

Jurucakap bomba Cameron Highlands berkata, mangsa yang meninggal dunia ditemui tertimbus di Kampung Ulu Merah akibat tanah runtuh.

Dalam pada itu juga, pihaknya telah memindahkan seramai 150 penduduk kawasan berdekatan yang berisiko melibatkan 37 keluarga.

"Sehingga jam 10 malam semalam, jumlah penduduk yang dipindahkan semakin meningkat.

"Manakala paras air di pekan Ringlet agak meningkat ekoran hujan lebat yang berterusan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Manakala seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kuala Kelah turut dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.

Morni berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam10 malam tadi berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.

"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Sementara itu Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Cameron Highlands berkata hujan lebat sejak lewat petang tadi menyebabkan air mula naik di sungai sekitar Pekan Baru Ringlet dan berlakunya banjir kilat kira-kira jam 7 malam tadi.

"Bagaimanapun kawasan di Lembah Bertam yang pernah berlaku banjir besar tahun lalu masih tidak terjejas setakat malam ini," katanya.

Pada Oktober tahun lepas, air dari empangan Ringlet di Lembah Bertam melimpah menyebabkan banjir lumpur dan mengakibatkan lebih 100 buah rumah rosak dan tiga maut.

Banjir lumpur Cameron Highlands, mayat mangsa kedua ditemui

Banjir lumpur Cameron Highlands, mayat mangsa kedua ditemui
PLAY Click to Expand & Play
Hujan lebat berterusan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur. - Foto Twitter intan@ZNazifaa
KUALA LUMPUR: Mayat mangsa kedua yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia ditemui sekitar pukul 9 pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di Lembah Bertam, lokasi tumpuan banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands petang Rabu.

Mangsa ketiga seorang kanak-kanak India berumur 13 tahun masih belum ditemui.

Usaha untuk mengesan mangsa yang dipercayai tertimbus sedang dilakukan pihak bomba dan penyelamat yang dikenali sebagai STORM bermula jam 7 pagi dengan kekuatan bantuan seramai 20 orang.

GALERI FOTO BANJIR LUMPUR CAMERON HIGHLANDS

Perkara itu disahkan Ketua Operasi Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir.

Foto pertama di Cameron Highlands awal pagi tadi

Terdahulu, seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands, Pahang petang Rabu.

Kejadian turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat ketika dihubungi oleh Astro AWANI, turut cedera beberapa orang  penduduk.

Hujan lebat berterusan dikatakan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.


Cameron Highlands
Banjir lumpur mengakibatkan rumah dan kenderaan dihanyutkan - Foto Twitter intan @ZNazifaa

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.

Cameron Highlands
Seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kuala Kelah turut dilaporkan hilang dalam kejadian itu - Foto Twitter intan @ZNazifaa
Cameron Highlands
Kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan - Foto Twitter intan @ZNazifaa

Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat itu, manakala seorang pekerja kebun sayur dilaporkan maut akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Kesemua mereka daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet, Cameron Highlands dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya.

Manakala seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kuala Kelah turut dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.

Morni berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam tadi berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.

"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/banjir-lumpur-cameron-highlands-mayat-mangsa-kedua-ditemui-47792?cp

Mungkinkah duit rakyat RM215 juta akan lesap ditangan kroni UMNO? Inilah pendedahannya!!

pen buruk online ™ menconteng ...

1. Kerajaan bagi pinjam RM250 juta kepada NFC. Duit tu bukan anak beranak Najib dan pemimpin UMNO ppunya. Tapi duitrakyat.

2. Selepas pendedahan demi pendedahan dari pakatan rakyat (terima kasih kepada Rafizi Ramli) akhirnya kroni ini kantoi. Nak harapkan penyokong UMNO sampai khiamat tak akan ada bunyi punya.

3. Selepas kutipan semula selama dua tahun dan selepas diberi peluang kerajaan hanya dapat kutip balik duit pinjaman tu sebanyak RM34.9 juta sahaja.

4. Selebihnya RM215 juta belum pasti dapat balik ke tidak sebab kerajaan dah bercadang nak batalkan kontrak dengan NFC.

5. Selepas itu kerajaan akan ambil tindakan undang-undang.

6. Nilai harta kalau declare muflis pun aku rasa tak cukup nak cover RM215 juta tu balik. Tak taulah kalau ada harta tersorok ke apa ke yang boleh bayar balik.

7. Persoalannya jenis undang-undang apa akan dikenakan kepada keluarga Menteri ni?

8. Persoalan lain, bila bicara kes akan dimulakan?

9. Kalau ambil contoh Khir Toyo sampai sekarang tertangguh lagi. Apa punya banyak tangguh dah. Jadi ambil contoh tu, boleh tak kita ragu kes ini akan berpanjangan?

10. Yang perlu kita ketahui, kerajaan UMNO gagal urustadbir dengan baik. Pemimjam PTPTN dikejar dan dihambat macam penjenayah. Yang krooni tak tau istilah apa.

11. Dengan itu, segeralah hapuskanriwayat UMNO. Biar orang lain pula memerintah.


Kerajaan pusat akan batal kontrak NFC


Kerajaan Persekutuan akan membatalkan kontrak dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka ekoran mungkir membuat pembayaran.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata NFC gagal mememenuhi kemajuan pembayaran semula kepada kerajaan, pinjaman sebanyak RM250 juta bagi organisasi itu bagi 2014, dan juga telah gagal untuk mematuhi permintaan untuk membuat pembayaran.

"Kerajaan akan membatalkan penjanjian itu dengan NFC dan akan mengambil tindakan undang-undang," jawapan bertulis itu dipetik sebagai menjawab kepada Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, NFC telah membayar RM34.98 juta daripada pinjaman yang diambil.

Merokok Dari Pandangan Islam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak Muzakarah Khas 17 Jul, 2013
Fatwa Negeri Berkaitan: 
Bil Tajuk Negeri Penwartaan Tarikh Keputusan
1 Merokok Menurut Perspektif Islam Melaka Tidak Diwartakan 17 Oct, 2003
2 Merokok Kedah Tidak Diwartakan 1 Jan, 1970
3 Fatwa Rokok Perlis Tidak Diwartakan 1 Jan, 1970
4 Fatwa Tentang Rokok Pulau Pinang Diwartakan 18 Nov, 2004
5 Merokok Pada Pandangan Islam Sarawak Tidak Diwartakan 9 Dec, 1995
6 Fatwa Tentang Merokok Selangor Diwartakan 25 Oct, 1995

Tiada ulasan:

Catat Ulasan