Khamis, 6 November 2014

DAH 57 TAHUN DIKIRA MASIH GELOJOH...JANGAN KITA ROSAKKAN IMAN






Jual Tubuh Untuk Sara Dua Anak

hasim 14:21


PARIT BUNTAR : Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil 
dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan
tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.

Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka 
gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan
lelaki yang melanggannya.
Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada
keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak
mendapat pendidikan sempurna.Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.
“Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah
saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan 
sesuap nasi.
“Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan 
seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang 
sering memaki hamun saya sejak itu,” katanya sewaktu ditemui media di sini.
Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja ‘haram’ itu seperti 
biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia 
setahun setengah.
Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai 
‘port’ maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya 
dengan membawa anaknya sekali.“Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita 
tentang keluarga angkat dan anak saya.
“Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya
berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu,”
katanya.Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat 
melarikan anaknya tanpa khabar berita.
Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka
seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah
dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.“Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya 
melakukan kerja terkutuk ini.
“Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu 
memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima 
saya walaupun bersikap liar.
“Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak
ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata,”
katanya.Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan 
sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.

“Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu
 dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.
“Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena 
Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak,” katanya.
Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja 
yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman 
kepada semua masyarakat.
“Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu 
dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum
mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.
“Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk 
menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.
“Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang 
seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya. – SinarHarian
 6:16PM - 6 Nov 2014

S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud


Seorang ahli akademik pengajian Islam menggesa Selangor agar menjauhi sikap terburu-buru dan tidak cermat kerajaan Kelantan dan kerajaan PAS Terengganu suatu masa dahulu yang dianggapnya "gelojoh" dalam melaksanakan hudud.

Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata Undang-undang Kanun Jenayah Syariah itu tetap akan gagal dilaksanakan sekalipun jika PAS dan Umno bersepakat untuk melaksanakannya.

"Kalau kita laksana hudud di Kelantan dan Terengganu, sekiranya kerajaan Umno dan PAS laksana hudud berasaskan draf di Kelantan dan Terengganu, insya-Allah gagal.

"Saya nak kata kalau nak laksanakan hudud, mulakan satu-satu.

"Jangan gelojoh macam Kelantan dan Terengganu," kata dekan Institut Peradaban dan Pemikiran Islam Antabangsa (ISTAC) UIA itu.

Beliau bercakap pada forum Kanun Jenayah Syariah dari Perspektif Perlembagaan dan Masyarakat Majmuk di Malaysia anjuran kerajaan Selangor di Shah Alam petang ini.

Menjelaskan kenyatannya itu, Mahmood Zuhdi berkata undang-undang hudud perlu diasaskan kepada kefahaman tentang hukum Islam (fiqh) yang bersifat semasa.

"Kitab yang digunakan di Kelantan adalah berdasarkan kitab lama.

"Yang ada (hudud) di Kelantan dan Terengganu berdasarkan fiqh beratus tahun dahulu.

Bukan hudud 'bengis'

"Realiti semasa, kita terbitkan semula hudud dalam wajah yang berseri dan bukan dalam wajah yang bengis.

"Daripada segi fiqh, saya cadangkan kepada universiti supaya mewujudkan fiqh-fiqh baru.

"Jadi sekarang ini, kita benarkan satu fiqh yang betul-betul semasa, realitinya berasaskan Malaysia," katanya.

Mahmood Zuhdi yang juga bekas pengarah Akademi Pengajian Islam Univeriti Malaya berkata pelaksanaan hudud juga menuntut masyarakat yang berdisplin serta kebijaksanaan pemerintah.

Memberikan contoh, Zuhdi berkata kesaksian dalam hudud menuntut seorang individu yang tidak bercakap bohong dan juga tidak secara suka-suka mengendap orang yang berzina.

"Kalau masyarakat belum ada hati, nurani dan budi untuk melaksanakan hudud, maka ia akan gagal.

"Bolehkah kita laksanakan undang-undang hudud dalam keadaan ia akan timbulkan kontroversi dalam masyarakat?

"Ia akan menyebabkan masyarakat berpecah-belah dan tidak ada perpaduan dalam ummah.

"Saya bukan menentang hudud tetapi saya tidak percaya kepada kebijaksanaan kita untuk melaksanakan hudud," katanya. 

2:28PM - 6 Nov 2014

Shafee mahu Anwar disabit hina mahkamah


Ketua pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau menerima arahan untuk memohon mahkamah memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan rayuan kes Liwat II.

Shafee berkata beliau menerima arahan daripada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan memaklumkan kepada panel hakim yang dipengerusikan ketua hakim Tan Sri Ariffin Zakaria sebaik selepas prosiding bermula hari ini.

 Beliau memetik dua laporan yang disiarkan Malaysiakini dan satu lagi yang disiarkan portal The Malay Mail Online.

Peguam kanan itu memetik dua perenggan terakhir dalam laporan Malaysiakini bertajuk ‘Go back to lawschool’.

Beliau bagaimanapun tidak membacakan laporan The Malay Mail Online.

Shafee mendakwa Anwar sebelum ini menyeret Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke ruang skandal dengan kenyataannya dan kini membuat perkara sama ke atas Mahkamah Persekutuan.

Ekoran itu, beliau memohon agar Anwar diseret ke mahkamah atas kesalahan itu.
Mayat wanita tanpa kaki ditemui
  • Pasukan forensik melakukan siasatan di tempat kejadian. Pasukan forensik melakukan siasatan di tempat kejadian.
1 / 3
GEORGETOWN - Mayat seorang wanita tanpa kaki dan kepala disumbat dalam beg sebelum dicampakkan ke kawasan belukar berhampiran Surau Al-Aslah, Kebun Bungah di sini pagi semalam.

Beg pakaian yang dihurung lalat dan berbau busuk ditemui seorang pekerja Taman Botani kira-kira jam 11 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sepasukan polis ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, polis menemui mayat seorang wanita tanpa identiti yang dipenggal kepala dan dipotong kaki dalam beg berkenaan.

Menurutnya, wanita berkenaan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan berkenaan.

"Setakat ini kita tidak dapat mengenal pasti identiti wanita berkenaan tetapi akan dapatkan cap jarinya untuk mengenal pasti mangsa warga tempatan atau asing.

"Polis juga tidak menerima sebarang laporan mengenai individu hilang setakat ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 hingga 36 jam lalu berdasarkan keadaan mayat.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Anwar imamkan solat di depan mahkamah
  • - Foto Sinar Harian Online oleh FATHIN ATHIRA - Foto Sinar Harian Online oleh FATHIN ATHIRA
1 / 1
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran  bangunan Mahkamah Persekutuan.

Beliau dilapor mengimamkan solat jemaah tersebut sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam sebentar tadi.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum senang ketika menemui penyokongnya yang setia menanti keputusan prosidingnya sejak pagi.

Sebelum itu, anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 7.07 malam sebelum menemui penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yang ketujuh diadakan sejak minggu lalu.

Anwar menemui penyokongnya hari ini dengan diiringi Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ), Dr Afif Bahardin.

 

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh  membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.
Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ } (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)
Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang  yang telah mati, bernazar dan  menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’)  ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian,  ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk  yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam;
  • atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.
·        atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.
·        atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ  }
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)
 Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah  swt:
{ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ، لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ } (التوبة: 65-66)
 “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. (At-Taubah: 65-66)
Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ } (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)
Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ  }  (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 51)
Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ  } (آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).
Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
{ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ } (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)
Firman Allah swt:
{ وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ  } (الأحقاف: 3)
 “Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).
Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.
20 Oktober 2011 – 22 Zulqa’dah 1432H.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/10/10-perkara-yang-membatalkan-islam.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan