Jumaat, 10 Oktober 2014

SETENGAH BULAN JER...MINYAK NAIK 20 SEN SELITER JER...

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam
  • bajet2015
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
  
"Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
  
Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.
  
Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
  
Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada.
  
Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.
  
"Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya. - BERNAMA

07 Oktober 2014


BELANJAWA 2015: Najib perlu jelaskan hutang RM36 bilion 1MDB,Berisiko bangkrapkan negara


Belanjawan 2015: Berisiko bangkrapkan negara, Najib perlu jelaskan hutang RM36 bilion 1MDB



KUALA LUMPUR, 7 OKT: Perdana Menteri perlu menjelaskan kesan hutang mega RM36 bilion yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad yang berisiko membangkrapkan negara, menjelang pembentangan Belanjawan 2015 Jumaat ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, dalam tempoh lima tahun penubuhannya, badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu telah mengumpul hutang setinggi itu, dan sebahagiannya sudah sampai tempoh pembayaran.

“Jika ia tumbang dengan membawa hutang itu – satu kebarangkalian yang semakin dibimbangi masyarakat kewangan – Najib akan dikenang sejarah sebagai Perdana Menteri yang mungkin membangkrapkan kerajaan Malaysia.

“Maka, beliau perlu menjelaskannya Jumaat ini. Sebarang pengumuman (belanjawan) tanpa menyentuh isu ini menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laman Kinibiz, 1MDB merancang untuk meraih RM8.4 bilion sukuk untuk mendanai kegiatannya tahun ini.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri menyerang Najib melalui isu ini, apabila berkata wang untuk badan itu hasil daripada hutang negara, dan Malaysia yang mengalami belanjawan defisit setiap tahun tidak mungkin membayar hutang sebesar itu.

Mengulas lanjut, Pua mengecam tindakan kerajaan yang menganugerahkan pelbagai kontrak kepada 1MDB yang merugikan rakyat, demi menyelamatkan badan itu.

Antaranya, katanya lagi, adalah mengenepikan komitmen untuk menjalankan tender terbuka bagi kontrak penjana tenaga bebas (IPP), sebaliknya memberikannya secara terus kepada 1MDB walaupun ia bukanlah pembida terendah, serta projek tenaga solar 50 megaWatt di Kedah pada Mac dan stesen jana kuasa gas 2,400 megaWatt pada Ogos lalu – yang sebenarnya tidak pun diperlukan sehingga tahun 2021.

“Tindakan ini secara jelas ‘bail-out’ yang amat mahal oleh kerajaan. 1MDB amat terdesak untuk mendapatkan hasil mencukupi untuk membayar hutangnya, yang antaranya berpunca daripada pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran ke atas syarikat IPP yang hampir tamat tempoh dua tahun lalu,” katanya lagi.

“Ironinya, 1MDB memiliki aset cair RM7.18 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, yang terkenal sebagai tempat mengelakkan daripada cukai. Tahun lalu, ia hanya memberi pulangan 5.76 peratus walaupun kos dana tersebut melebihi 6 peratus,” katanya lagi.

Justeru itu, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi, Najib tidak boleh lagi mengelak daripada menjelaskannya, apatah lagi ‘projek peliharaannya’ (pet project) itu boleh secara sendirian menghancurkan sistem kewangan negara.

“Ia termasuk pembelian tanah seluas 238 ekar di Pulau Pinang dengan harga RM1.38 bilion, di mana ia menjanjikan untuk membina 9,999 buah rumah mampu milik, enam hari sebelum Pilihanraya Umum lalu. Lebih setahun, tiada apa yang berlaku terhadap projek yang dibayar melalui hutang dengan institusi kewangan itu.

“Hutang langsung dan tidak langsung sebanyak RM36 bilion ini menggelapkan peluang penambahbaikan dalam belanjawan defisit yang akan diumumkan Najib Jumaat ini,” katanya lagi. – Sumber

10 Oktober 2014


TERKINI! DUA PESAWAT MAS BERLANGGAR DI LANDASAN KLIA



Dua Pesawat MAS Berlanggar Di Landasan KLIA

Tragedi masih mengekori MAS. Kali ini ianya tidaklah seteruk MH370 dan MH17. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 6.30pm tadi.

Berlaku satu perlanggaran diantara 2 buah kapal terbang milik MAS di Bay 5 ( no pendaftaran 9M-MSF) dan Bay 7 (no pendaftaran 9M-MLS)

Kejadian ini dipercayai berpunca dari kecuaian staf yang bertugas untuk towing kapal MH1158 di Bay 5 (KUL-PEN etd 1820hrs) berlepas sehingga terlanggar sayap pesawat yang berhampiran kapal MH1276 (KUL-KUA etd 1835hrs).

Penumpang kedua-dua destinasi diarahkan untuk bertukar kapal untuk ke destinasi masing-masing. - Sumber




SUMBER VAT69
Wanita ditemui mati dibunuh
  • Lokasi kejadian di mana mayat seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemui mati dibunuh. Lokasi kejadian di mana mayat seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemui mati dibunuh.
1 / 1
SUNGAI PETANI – Seorang wanita ditemui mati bersama pakaian dalam miliknya di leher dipercayai dijerut, di sebuah kawasan ladang kelapa sawit terpencil dekat Sungai Division, Bukit Selambau.

Wanita dipercayai lingkungan 30-an tersebut dikatakan ditemui seorang penggembala lembu yang menjalankan kegiatan rutin membawa haiwan ternakan di kawasan terbabit kira-kira jam 7 pagi semalam.

Penggembala lembu kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, siasatan mendapati, berkemungkinan mayat mangsa yang lengkap berbaju dan seluar itu dibunuh di kawasan lain dan dibuang di ladang berkenaan.

Mangsa dipercayai dibunuh awal pagi semalam berdasarkan kesan darah mangsa yang masih baru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Mohd Sabri Muhammad@Ahmad berkata, punca dan individu yang terlibat dalam kejadian masih dalam siasatan.

“Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan namun polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya.

Mayat  dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.

BILA HUDUD DIABAIKAN

[TERBONGKAR] Wanita Bersekedudukan Sehingga Lahirkan 5 Orang Anak


.Rahsia terbongkar di Pulau Besar

BANDARAYA MELAKA - Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat sini, kelmarin.

Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.

“Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu, sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah, Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar.

“Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan lanjut.

“Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).



“Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

“Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah oleh Mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga hari lalu mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada kubur-kubur di kawasan tersebut.

ULASAN GB

Mujurlah rahsia tersebut terbongkar. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib mereka, lebih-lebih lagi nasib kelima-lima anaknya yang tiada pengenalan diri dan tidak bersekolah.

Dengan penghantaran anak-anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kita berharap sesuatu dapat dilakukan untuk masa depan anak-anaknya itu.

Anak sulung SRK terlibat skandal video seks?


aryan11
Sebuah berita mengejutkan datang dari anak sulung Shahrukh Khan, Aryan Khan apabila sebuah video perlakuan seks mirip wajah pemuda berusia 17 tahun itu tersebar meluas di seluruh India.
Lebih mengejutkan, wanita yang turut terlibat dalam skandal video tersebut adalah cucu Amitabh Bachchan iaitu Navya Naveli Nanda. Mereka sememangnya dikhabarkan mempunyai hubungan yang istimewa baru-baru ini.
Dalam video tersebut menunjukkan wajah mirip Aryan dan Navya yang tidak memakai baju dan mereka sedang asyik bercumbuan.
Video tersebut menimbulkan kekecohan di seluruh India dan kemungkinan mereka berdua akan dihadapkan ke mahkamah kerana mereka masih di bawah umur.

Siasatan telah dijalankan pihak berkuasa secara mendalam, namun ada pihak menafikan sekeras-kerasnya pasangan di dalam video tersebut adalah Aryan dan Navya sedangkan wajah mereka sangat mirip.
Masih tidak jelas motif penyebaran video tesebut dan apakah tujuan individu yang tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan video skandal seks mereka berdua. Mungkin ianya satu usaha untuk menjatuhkan nama Shahrukh Khan dan Amitabh Bachchan.
Arya Khan dan Navya sendiri dikhabarkan sangat mesra dan menjalinkan hubungan cinta sewaktu mereka sama-sama belajar di sekolah yang sana di London.
Sehingga kini, kedua-dua pihak keluarga masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai penyebaran skandal video seks itu, lapor Astro Gempak.

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda iaitu:

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan

5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau
memang kita bersalah.

13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.

18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

Gambar Artis Bertudung Tanggal Hijab, Tampil Panas Selepas Bercerai

 

Pelakon terkenal era 1990-an ini makin seksi selepas suaminya dikatakan berkahwin 

lagi. Itulah berita mengejutkan yang Sha terima.

Kalau tak salah, penampilan terakhirnya manis berselendang. Walaupun tidak bertutup

penuh, ramai memuji perubahan positif itu, sesuai dengan statusnya bersuamikan VIP.

Bagaimanapun, dia kini tampil berani menggayakan baju menampakkan bahagian tidak 

sepatutnya dan diletakkan sebagai gambar profil laman sosial miliknya.

Begitu juga gayanya jika keluar bertemu rakan di luar. Lari jauh dari imej yang dipapar

kan selepas berumah tangga.Mungkin itu caranya meluahkan rasa hati. Yelah, bila sedih,
macam-macam boleh jadi. Ada yang reda dengan ketentuan takdir, tetapi ramai juga 
yang sukar menerima ujian yang hadir lalu hanyut dalam perasaan sendiri.

Kata sumber rapat pelakon ini, barangkali sampai masanya pelakon ini muhasabah diri. 
Apabila mengambil hak orang lain, dia sewajarnya bersedia berdepan miliknya diambil 
orang.

Walaupun pedih, dia kena terima seadanya sepertimana madunya sebelum ini.
Apapun alasan perubahan pelakon ini, harap dia tenang dan tabah.

Benar, wanita mana yang sanggup berkongsi, tetapi jangan terlalu diikutkan amarah 
hingga melakukan perkara yang mengundang fitnah mata yang memandang.

5 SEBAB MENGAPA LELAKI SUKA WANITA KURUS



Sudah menjadi kelaziman, rata-rata kaum lelaki amat mengemari wanita yang bertubuh kurus dan seksi..Hal ini mungkin dipengaruhi oleh model iklan dan artis-artis wanita yang mempunyai bentuk badan kurus dan mengiurkan yang sering membuatkan lelaki sering berfantasi mengenai mereka..Menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini, telah terbukti bahawa sebahagian besar kaum lelaki suka pada wanita berbadan kurus dan dibawah ini merupakan alasan mereka.. 

1. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi 

Ketika anda melihat bahagian pinggang ke pinggul, seorang wanita yang kurus akan kelihatan mempunyai rupa ukuran badan (curve) yang sempurna. Semakin sempurna ukuran bentuk badan mereka, mereka akan terlihat lebih seksi. 

2. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi Dalam Soal Berpakaian. 

Wanita berbadan kurus akan kelihatan seksi dan mempunyai daya tarikan sensual yang kuat sekiranya mereka mengenakan pakaian yang sesuai. Kaum lelaki suka berdampingan dengan wanita kurus sekiranya wanita tersebut mempunyai payudara yang besar dan mempunyai pinggang yang kecil. 

3. Wanita Kurus Mudah Untuk Diangkat 

Kaum lelaki merasakan wanita berbadan kurus lebih mudah untuk diangkat atau didukung. Ini merupakan salah satu alasan utama kaum lelaki mengapa mereka lebih sukakan wanita kurus, berbanding wanita gemuk. 

4. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Langsing. 

Terdapat garis perbezaan antara kurus dan langsing. Wanita yang kurus mempunyai berat badan yang kurang untuk mempamerkan aset mereka seperti payudara dan punggung, manakala, wanita yang langsing mempunyai badan yang sihat dan memiliki ukuran badan yang sempurna seperti seorang model. 

5. Wanita Kurus Lebih Fleksibel Di Tempat Tidur. 


Wanita kurus dan langsing mudah di atur ditempat tidur berbanding wanita gemuk. Jika anda inginkan wanita anda nampak mengancam di tempat tidur, cari lah wanita yang berbadan kurus.

Budak yang sudah mati mengejutkan orang ramai


Kanak-kanak
Ini kisah pelik yang berlaku di Utara Brazil , apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang sudah mati mengejutkan orang ramai apabila meminta air ketika upacara pengebumiannya dan meninggal dunia semula.
Kanak-kanak yang bernama Kelvin Santos ini disahkan meninggal dunia di Hospital Belem akibat penyakit pneumonia (radang paru- paru).
Ketika upacara pengebumian, Kelvin secara tiba-tiba bangun daripada kerandanya hingga menyebabkan tetamu menjerit ketakutan. Kelvin kemudian, berkata “ayah, saya mahu air minum ,” mengejutkan para tetamu yang hadir.
Pada mulanya ayah kepada kanak-kanak ini ,Antonio Santos menganggap keajaiban berlaku dan anaknya dapat hidup kembali. Namun, Kelvin kembali terbaring seperti sebelumnya hingga menyebabkan ayahnya berusaha mengejutkan anaknya itu lagi tetapi tiada tindak balas yang berlaku.
Selaku bapa, pastinya Antonio tidak berputus asa dan segera membawa anaknya ke hospital bagi berharap berlaku keajaiban ke atas anaknya itu.
Malangnya, doktor yang memeriksa Kelvin tetap memberitahu bahawa anaknya sudah meninggal dunia kerana tiada tanda-tanda kanak-kanak itu masih hidup.
Keluarga Kelvin yang masih berharap kanak-kanak itu dapat bernafas semula, menunda pemakaman Kelvin selama 1 jam dan masih menunggu keajaiban agar anaknya sedar semula.Tetapi perkara itu tidak berlaku dan mereka terpaksa mengebumikan Kelvin di tanah perkuburan tempatan.
Antonio yang berasa aneh kejadian yang menimpa anaknya itu telah membuat laporan polis dan menuduh anaknya menjadi mangsa penyelewengan perubatan dan pihak polis telah memulakan siasatan bagi kes ini.
Bagaimana pun, pihak berkuasa mengesahkan kanak-kanak berusia 2 tahun itu sudah dalam keadaan kritikal dan telah diisytiharkan mati selepas mengalami kegagalan jantung (pernafasan). Sabarlah Antonio, mungkin ada hikmah yang berlaku, lapor MyNewsHub.

VIDEO Menyentuh Hati Luahan Banduan Wanita Sebelum Ke Tali Gantung


Sebak melihat video ini. Jika dihayati bait-bait pertuturan wanita ini, jelas terpancar rasa keinsafan yang mendalam di dalam diri beliau. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Ikuti kisah penuh luahan hati banduan wanita ini sebelum ke tali gantung.
Semua orang diberi peluang,tetapi lebih istimewa insan seperti Sofea ini kerana beliau sudah mengetahui tarikh kematian(Gantung Sampai Mati) . Sofea dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh salah seorang ahli keluarga beliau.Individu seperti ini berpeluang untuk bertaubat sebelum ajalnya.
Soal taubat diterima atau tidak itu bukan soal kita tetapi lebih kepada soal antara Sofea dan Allah SWT.
 
VIDEO LUAHAN HATI BELIAU!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan