Sabtu, 11 Oktober 2014

BILA DOSA TAK PENDULIKAN LAGI...PIHAK KUASA AGAMA HANYA MEMBISU...KURANG MENEGUR ATAU TAK TEGUR LANGSUNG...MUNGKIN TONTON JUGA

Isteri lari ikut kekasih gelap
  • Sheikh Mahathir berharap anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Sheikh Mahathir berharap anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
1 / 1
SEREMBAN - Akibat jatuh cinta dengan lelaki lain yang dikenali menerusi internet, seorang wanita sanggup meninggalkan suami dan tiga anak berusia 2 hingga 6 tahun.

Wanita berusia 30 tahun itu bukan saja hilang tanpa berita sejak setahun lalu, malah tidak pernah ambil tahu keadaan suaminya, Sheikh Mahathir Hassan, 33, yang dikahwini sejak 11 tahun lalu.

Sheikh Mahathir tetap berusaha mencari walaupun harapan untuk berjumpa tipis, bagi memastikan anak mereka, Saifuldin Hakimie, 6, Saifuldin Nazamie, 4, dan Saifuldin Azimanamani, 2, mendapat kasih sayang ibu sendiri.

Sheikh Mahathir yang berasal dari Melaka berkata, hidup mereka sekeluarga berubah selepas dia mendapati isterinya sering bercakap di telefon dan melayari internet.

“Saya pernah bertanya kepadanya tetapi dia menafikan. Sehinggalah saya menemui dua kad sim telefon bimbit yang rupa-rupanya digunakan untuk berhubung dengan kekasih gelapnya itu,” katanya.

Menurutnya, paling menyedihkan apabila isterinya terus menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu menjenguk bapanya di rumah.

Sheikh Mahathir berkata, kehidupannya kini tidak lagi terurus sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik kerana perlu menjaga tiga anaknya itu.

“Saya pernah beberapa bulan tinggal dalam kereta bersama anak-anak kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah,” katanya.

Sejak berpindah di rumah baru, dia juga tidak pernah membayar sewa kerana tidak mampu, bagaimanapun tuan rumah memahami masalah dihadapinya.

Bagi meneruskan hidup, Sheikh Mahathir berkata, dia mengambil upah mengambil buah kelapa dan sesekali bekerja kampung untuk menyara diri dan anak-anaknya.

“Kalau boleh saya mahu bekerja tetap tetapi saya buntu memikirkan siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Mahu mencari orang, saya sendiri tidak mampu.

“Macam sekarang pun kalau saya pergi kerja, saya bawa mereka sebab risau jika tinggal sendirian di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman NZ, Jalan Senawang -  Paroi, di sini semalam.

Kejadian Yang Pasti Menejutkan Ramai Berlaku di Lebuhraya Elite


Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dia terpaksa membidankan isterinya yang bersalin dalam kereta di Lebuhraya Elite tanpa sebarang bantuan perubatan.


Dalam kejadian pada jam 6 petang semalam, lelaki berkenaan hanya menerima bantuan dari petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar yang diberikan itu, lelaki itu berjaya mengikuti tunjuk ajar yang diberikan dan beliau mendapat seorang bayi lelaki yang sihat.

Bagaimanapun, 15 minit kemudian Ambulans Putrajaya tiba di lokasi kejadian. Ibu dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan lanjut.







Pastinya ini mejadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya bagi pasangan ini terutama si suami yang menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tahniah kepada pasangan terbabit.


SUMBER
#SUBHANALLAH

SISTEM MISIL CHINA YANG MENAKUTKAN ARMADA LAUT SELURUH ASIA : DONG FENG 21



China semakin hari semakin mengembangkan kekuatan ketenteraannya. Negara yang terkenal sebagai kilang dunia ini menggunakan kekayaannya untuk menambah baik kesemua aset ketenteraan milik mereka. Antara sistem ketenteraan yang meresahkan tentara laut seluruh Asia ialah sistem misil anti kapal Dong Feng 21 .
Dong Feng 21 ialah variant sistem misil ini yang direka khas untuk menyerang kapal pengangkut kapal terbang milik Amerika Syarikat. Dengan kelajuan Mach 10
, tidak ada sistem penangkis misil milik Amerika Syarikat mampu menangkis serangan Dong Feng 21 sekiranya ia berlaku. Sistem pelancar Dong Feng 21 yang boleh bergerak memastikan ianya sukar untuk diserang oleh musuh. Ianya  juga boleh dilengkapkan dengan senjata nuklear sekiranya perlu. Dengan adanya Dong Feng China tidak perlu risau dengan kehadiran armada musuh yang cuba menyerangnya.Jadi apbila China mula menuntut pulau-pulau dan perairan Laut China Selatan dalam masa terdekat, tidak ada kapal milik jiran yang akan berani melawan China. Sekali tembak habis tenggelam. Yang menarik tentang sistem Dong Feng 21 ini ialah ianya juga dibeli oleh Arab Saudi secara rahsia. Ianya dibeli untuk mempertahankan Arab Saudi dari serangan misil dari Iran. Amerika Syarikat yang selama ini menjual senjata kepada Arab Saudi sudah mula menghadkan penjualan kerana risau senjata buatan mereka akan jatuh ke tangan "pengganas".

Bajet: Dr Asri bawa kisah nasihat Nabi Shu‘aib

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu berkongsi apa yang Nabi Shu‘aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.

Beliau menyatakan tidak mahu mengulas bajet secara detil menerusi tulisan dalam facebooknya, sebagaimana di bawah.

Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu‘aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.

Nabi Shu’aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu’aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu’aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.

Penipuan Harga

Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan’ ataupun ‘timbangan’ yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu‘aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya) “dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu’aib, dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi.” (Surah Hud ayat 84).

Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy’ yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas’. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.

Mengurangi Hak

Ingatan Nabi Shu’aib yang lain ialah: (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya.

Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut’ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut: “..hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan”. (Surah al-Baqarah, ayat 236).

Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut’ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan’ dan ‘atasan’ menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.

Keberkatan

Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu’aib a.s: (maksudnya) “Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu". (Surah Hud, ayat 86).

Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.

Good Governance

Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan characteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh mendetilkannya.

Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu’aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah sebut: “Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”

“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.

Sambung Ibn Taimiyah lagi: “Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]

Dataran Putra dicemari maksiat
  • Pondok rehat yang dijadikan tempat pasangan berdua-duaan. Pondok rehat yang dijadikan tempat pasangan berdua-duaan.
1 / 1
KULIM - Pengunjung di Dataran Putra, dekat sini meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat pemantauan terhadap masalah gegala sosial dan maksiat yang dilakukan di sekitar kawasan itu terutama pada waktu malam.

Dari tinjauan yang dibuat, ramai dalam kalangan pasangan kekasih tanpa segan silu menjadikan tangga dan pondok rehat di situ tempat melempiaskan nafsu mereka di khalayak ramai.

Pengunjung, Akmar Mansor berkata, Dataran Putra selalunya menjadi lokasi kunjungan orang ramai terutamanya keluarga untuk melihat keindahan lampu berwarna-warni di sekitar kawasan itu.

Menurutnya, pembinaan Dataran Putra merupakan satu tindakan bijak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) bagaimanapun ia disalah gunakan oleh pihak tertentu.

“Sebelum ini ramai remaja menjadikan Taman Tasek Kulim tempat mereka berdua-duaan, bagaimanapun setelah rondaan dijalankan oleh PBT di kawasan itu secara berterusan, mereka berpindah ke sini.

"Apa yang menyedihkan, ramai dalam kalangan pasangan terlibat merupakan pelajar bawah umur. Mereka akan duduk di dataran sehingga lewat malam dan kemudiannya berpindah ke pondok rehat disediakan,” katanya.

Akmar mencadangkan supaya pengawal keselamatan ditugaskan pada waktu malam untuk mengelakkan kawasan Dataran Putra terus menjadi lokasi maksiat.

Ketua Unit Penguatkuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, sehingga kini lebih enam pasangan kekasih telah ditahan kerana melakukan perbuatan kurang sopan di khalayak ramai.

Menurutnya, kesemua terlibat ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum mendakwa mereka di Mahkamah Syariah Kulim.

"Ini merupakan antara tugas rutin dijalankan oleh PADK untuk memastikan Dataran Putra bebas dari sebarang perlakuan maksiat.

“PADK tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya melakukan maksiat di dalam Kulim. Pasangan yang ditahan akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Malah katanya, dia menasihatkan semua pasangan terlibat supaya jangan sesekali melakukan maksiat di kawasan itu atau mana-mana tempat.

"PADK sentiasa mendapat aduan daripada orang awam tentang pasangan yang melakukan khalwat dan sebagainya.

"Untuk mengelakkan melakukan sebarang kemungkaran, saya menasihatkan pasangan terlibat menikah” katanya.
Hanya mampu beri bayi air gula
  • Muhammad Nazmir (Kiri), Nurul Nadia (dua, kanan), Fatimah (kanan) serta Zakian Anuar yang terlantar sakit akibat kemalangan. Muhammad Nazmir (Kiri), Nurul Nadia (dua, kanan), Fatimah (kanan) serta Zakian Anuar yang terlantar sakit akibat kemalangan.
1 / 1
GEORGETOWN - Akibat dihimpit kemiskinan, seorang ibu di Green Garden Paya Terubong, di sini, hanya mampu memberi air gula kepada bayinya yang baru berusia setahun.

Lebih menyedihkan, rumah mereka sekeluarga hanya diterangi cahaya lilin sejak dua bulan lalu apabila gagal melunaskan bil elektrik yang tertunggak malah terpaksa mengangkut air dari luar rumah untuk keperluan harian.

Nurul Nadia Zulkifli, 25, berkata, setiap kali memberi minuman kepada anaknya, hatinya merintih dan menangis kerana bayinya itu tidak selesa seperti bayi lain.
“Gaji suami hanya RM25 sehari, jadi cukup untuk beli makan sahaja, nak beli susu anak pun tidak cukup duit.

“Dalam kesempitan hidup kami, ada saudara membantu,” katanya.

Nurul Nadia berkata, akibat terpaksa minum air gula setiap hari, badan bayinya, Mohd Nizar Muhammad Nazmir, kian susut dari hari ke hari, selain dua lagi anaknya Mohd Nizam Muhammad Nazmir, 3, dan Nazim Arfan Muhammad Nazmir, 5, juga kurus kerana setiap hari mereka sekeluarga menikmati nasi berkuah air kosong sahaja.

Suaminya, Muhammad Nazmir Abdullah, 27, merupakan seorang mualaf yang bekerja sebagai buruh terpaksa berhenti kerja kerana tamat perkhidmatan sejak seminggu lalu.

Malah, tugasnya tidak terhenti setakat itu sahaja, Nurul Nadia dan suami turut bertanggungjawab menjaga anak saudaranya, Zakian Anuar Mohd Abbas, 17, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, dan kakaknya, Fatimah Zulkifli, 33, seorang ibu tunggal.

“Meskipun sedar akan risiko penggunaan lilin setiap hari, kami tiada pilihan bahkan kesemua anak juga sudah lali serta memahami keperitan hidup ditanggung serba kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan keluarga terbabit.

“Saya meminta pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) memantau mereka yang susah terutama melibatkan mualaf,” katanya.

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Dalam Filem


Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu. Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan..!!

1 – Zizan Raja Lawak




Zizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

2 – Ana Dahlia




Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.

3 – Arja Lee




Bagi pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin popular apabila aksi bogelnya untuk salah satu adegan dalam filem tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia menganggap itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta kebenaran daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya ituggambaran itu dilakukan dari sudut tepi dan Benda itu “Alat Sulit” saya tak nampak.

4 – Fasha Sandha 




Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.

5 – Remy Ishak




Remy Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita pendek”Comolot” yang memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara, pasangan songsang itu kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas.

6 – Nabila Huda




Filem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan). Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.

7 – Maya Karin




Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

8- Nurul Ain




Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem berjudul “Suatu Malam Kubur Berasap” tersebar luas di internet.Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.

9 – Zul Handy Black




Lakonan Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu adegan menuntut ilmu hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang.

Isu Pil Kuda Untuk Desak Hadi Berundur Presiden PAS

“Seterusnya, perlu pula dibuktikan bahawa plaintif benar-benar berniaga pil kuda dengan ada bukti transaksi pembela dan penjual dengan resit atau bukti konkrit yang lain.
“Hukum hudud mana pula yang Hj Hadi nak gunakan ke atas kes ini.?
“Sebab itulah kami menyeru kepada Presiden yang tidak faham erti merendah diri lalu memohon maaf di atas kekhilafan beliau, bukanlah itu lebih mulia, Islamik dan tawadhuk serta mengelakkan mudharat yang lebih besar kepada diri serta jemaah sekaligus memelihara ukhuwah Islamiyyah?
“Sejujurnya, kami juga berniat hendak menyelamatkan maruah Presiden sementara waktu masih ada. Jangan sampai sudah disaman berjuta-juta baru hendak merendahkan ego.
“Presidenku..! Berundurlah..
“Dah banyak yang Tuhan Zahirkan terkeluar dengan sendirinya daripada percakapan dan perbuatanmu untuk menunjukkan bahawa dikau bukanlah lagi layak memimpin jemaah ini. Berundurlah selagi ada waktu untukmu…,” gesanya.
Post by Rakyat Bangkit.

Rakyat Bangkit turut mendakwa Abdul Hadi gagal menghadirkan diri semasa perbicaraan selama dua hari, 8-9 Oktober di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
“ADMIN: Kenapa Hj Hadi gagal hadir ke Mahkamah untuk memberikan kenyataan beladiri.?
“Bukankah beliau beranggapan ada bukti yang mensabitkan kesalahan pihak plaintif.?
“Mana maklumat yang Hj Hadi dapat sehingga sanggup untuk membuat pertuduhan di atas pentas ceramah.?,” soalnya.

Dalam masa sama Rakyat Bangkit turut mendakwa Mahkamah telah memerintahkan Abdul Hadi untuk membela diri pada 28 Oktober ini :
Hj Hadi wajib kena hadir pd 28.10.14. Sekiranya Hj Hadi tidak hadir, mahkamah akan memutuskan kemenangan di pihak Shamsul. 5 peguam kini bersama Shamsul, 2 Melayu dan 3 India. Mereka dengan penuh keyakinan akan menang dalam kes ini.
Walaupun Hj Hadi tidak menyebut nama siapa pengedar pil kuda, calon komunis dan calon tangkap muat tetapi Hj Hadi ada menyebut ianya berlaku dikawasan pertindihan kerusi.
Dimana. ..? 6 DUN iaitu:
1. Sg Acheh
2. Labuan
3. Kota Damansara
4. Kota Putera
5. Bukit Besi
6. Seberang Takir
Walaupun Hj Hadi menyebut secara umum, jangan lupa hanya 6 DUN sahaja yang terlibat. InshaAllah..! 3 calon PKR akan hadir pada 28.10.14 akan datang. Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi. Kesemuanya dari Terengganu.
Bukti video sudah ada ditangan Shamsul malah video ucapan Hj Hadi di satu majlis tertutup di Alor Limbat, Terengganu ada menyebut calon berumur 20 tahun keatas.
Ini senjata terakhir di mahkamah rayuan sekiranya keputusan disebalik. 5 peguam Shamsul sudah tidak sabar untuk bertanya soalan kepada Hj Hadi pada 28.10.14 ini.
“Siapakah diantara keenam-enam calon ini yang Hj Hadi tuduh.?! Hj Hadi WAJIB kena jawab….”

Saturday, October 11, 2014


Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut..

SAYA kata Umno pembuli Pas sejak dulu. Maka DAP janganlah jadi macam Umno selepas boleh kuasa. Buli. Anda pula kata Nik Abduh tuduh Pas sentiasa kena buli dalam PR?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Bukti yang amat jelas kat bawah ni...masih tak nak ngaku?

 
 Dulu, saya kata UG adalah pakatan semua parti perintah Malaysia. Itu maksud saranan presiden Pas. Anda pula kata Nik Abduh sokong kerajaan campuran Umno-Pas?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

2.29 ~ Dan sebenarnya Unity Government kita bincang dalam, dalam  dialog politik dikalangan kepimpinan PAS.Kita telah membincang dalam semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah Unity Government.Ini juga menjadi perbincangan. Termasuklah aspek Undi Tak Percaya.
2.47 ~ Dan Unity Government yg saya kemukakan , masa err.. Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP!
2.57 ~ Dan err…DAP dan PKR bersetuju! Dan saya telah memaklum kepada DAP!  KLIK UNTUK TRANSKRIP PENUH
 Kenyataan 2.29 / 2.47 / 2.57 Adalah amat jelas pembohohongan besar. PAS sendiri tidak pernah mendapat penjelasan mengenai UG lontaran idea Hj Hadi.

PKR dan DAP tidak pernah di rundingi mengenainya dan tidak pernah menyatakan bersetuju dengan idea UG Hj Hadi ini. Bukti-buktinya seperti berikut :
Boleh ikuti beritanya di sini

10 wakil PAS tolak k'jaan perpaduan

Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini di lobi Parlimen. 

Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Baca lagi di sini
Saya kata 2 Adun itu pengkhianat, mengkhianati parti sendiri selepas keluar daripada pendirian parti yang jelas. Anda pula kata, Nik Abduh ajak keluar PR?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Kalau benar 2 Adun itu pengkhianat parti, apasal sampai sekarang mereka ini masih tidak diambil tindakan yang sewajarnya?



Nik Abduh, kamu adalah umpama melontar batu sembunyi tangan....
 Saya kata wujud konspirasi antarabangsa jatuhkan TGHH atau Presiden Pas dan para ulama dalam Majlis Syura Ulama Pas. Ahli Pas harus ada kesedaran yang tinggi. Anda pula kata, Nik Abduh menghentam dan merugikan partinya sendiri!?

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Ramai yang kata kamu tu mengarut dan tidak berasas kerana kamu tidak sertakan apa-apa bukti. Salah satu komen di Malaysian Insider mengenai konspirasi yg Nik Abduh sebut :
Pakngah Rock: Semakin banyak kenyataan Nik Abduh maka semakin beliau dilihat tidak cerdik. Peribahasa Inggeris kata "seseorang itu dilihat kebodohannya apabila membuka mulut". Sebagai seorang ulama muda beliau seharus mengemukakan bukti2 yg kukuh dahulu sebelum membuat kenyataan. Saya takut nanti ada orang kata beliau mengidap sindom Skizoferinia ialah penyakit jiwa yang membayangkan ada orang lain yang mengganggu dirinya. Sedangkan perkara itu hanya ilusi sahaja. Harap2 Nik Abduh dapat pergi ke mana2 darul syifak untuk mendapatkan terapi.
Apakah kerana Hj Hadi dan MSU menerima "serangan" dan kritikan sejak kebelakangan ini, maka ia didalangi negara luar? Baca lagi di sini
 Anda kata, saya tak kata pun. Anda salah. Saya pula anda salahkan.Janganlah jadi 'anda' yang seperti di atas. Jadilah macam saya yang macam anda, yang benar, berani dan berterus terang. 

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

 Orang PAS Pasir Mas sendiri pun dah tahu maka suruh dia berundur ......




Korang jangan jadi macam Nik Abduh yang semakin kuat mengarut.Dia ingat korang ni ayam ke apa? Kah! Kah! Kah!
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul AzizAhli Parlimen Pasir MAS, AJK Pas Pusat SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan