Isnin, 13 Oktober 2014

BILA CANTIK KURNIAAN ALLAH DISALAH GUNAKAN...TUA AKAN KEREPOT...MATI MASUK KUBUR SORANG2 JADI BAHAN MAKANAN ULAT2





Fesyen Anak Gadis Melayu Masa Kini Katanya...



Fesyen Anak Gadis Melayu Masa Kini Katanya... - Inilah fesyen terkini anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni, banyak betul fesyen dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah remaja melayu kita terutamanya wanita.

Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat, k-pop dan macam-macam lagi..

Lihat sahaja fesyen dan pakaian yang mereka pakai semakin seksi dan melampau...

Andai kata ada Pak Aji yang membaca artikel ini mau berdarah hidung orang tua tu agaknya kihkihkih... #darahidung




Gambar Dan Biodata Salima Habibi AF4

Gambar Dan Biodata Salima Habibi AF4  - Inilah wajah Salima Habibi iaitu seroang bekas peserta AF4 yang cantik dan menawan.
Baru-baru ini beliau telahpun bergelar isteri kedua yang sah kepada pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre di kampung halamannya di Chemor, Perak.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Salima Habibi dan suaminya. Berikut ialah sedikit biodata mengenai Salima Habibi yang sememangnya terkenal dengan imej bertudung. 
Biodata Salima Habini:
Nama : Nor Salima binti Habibi
Umur : 25 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Kerjaya : Penyanyi dan Model
Tinggi : 165cm
Berat : 54 kg

Gambar Mengejutkan Yang Tak Masuk Akal Lelaki!

Gambar Mengejutkan Yang Tak Masuk Akal Lelaki! - Dengan kegawatan ekonomi yang melanda negara kita masa ini menyebabkan ramai penjawat awam hidup tertekan dengan kenaikan harga sayur-sayuran terutama timun dan sebagainya. Lihat sahaja wanita dibawah ini berfikir dua kali nak beli or tak... 


GAMBAR: Flat Di Jalan Loke Yew Tercabut Dinding Gara-Gara Ribut


SEMALAM hujan lebat dan ribut melanda ibu kota sememangnya agak menakutkan apabila banyak pokok yang tumbang. Turut dilaporkan kematian dua anggota polis yang bertugas di Brickfileds yang mana maut selepas dihempap pokok.

Selain itu rumah flat yang dipercayai terletak di Jalan Loke Yew juga turut terkena tempias sehingga menyebabkan dinding bilik salah sebuah rumah di situ tercabut.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden tersebut. - Siakapkeli.com



Wanita Orang Asli Mexico Lahirkan Anak Di Taman

 Seorang wanita Orang Asli di Mexico telah mengejutkan ramai orang apabila beliau melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Oaxaca, Mexico.

Laporan mengenai wanita daripada suku Orang Asli itu mencetuskan kemarahan di media sosial.



Menerusi gambar yang diterbitkan di akhbar dan media sosial itu menunjukkan keadaan Irma Lopez, 28, berlutut sambil menangis di taman bersama seorang bayi yang masih bertali pusat di luar pusat kesihatan awam di Oaxaca.

Kejadian berkenaan telah mencetuskan kemarahan rakyat di rangkaian laman media sosial.

Mereka mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang tidak berkualiti dan melakukan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu
12:14PM - 13 Oct 2014

PKR: Lebih baik cukaikan 15% orang kaya

Kira-kira10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini, dakwa Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata hal ini menyebabkan cadangan cukai keuntungan modal (CGT) yang dicadangkan belanjawan alternatif mereka jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Justeru beliau bertegas sekiranya CGT dilaksanakan hanya kira-kira 15 peratus rakyat yang memperoleh keuntungan dari segi penjualan aset kewangan dan mampu memberi pendapatan baik tanpa mengusik rakyat majoriti.

"Adalah baik sekiranya hanya mereka yang menguasai kekayaan perlu membayar cukai ini.

"Lebih baik kita cukaikan paling ramai ikut statistik kita, 15 peratus yang kaya ini dulu sebelum kita kutip cukai dari semua orang miskin," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa tidak mesra perniagaan dan merugikan negara.

Media arus perdana melaporkan Najib dalam ucapan ketika merasmikan Konvensyen MCA semalam berkata CGT lebih baik dari GST kerana cukai alternatif itu akan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi negara dan menjadikan Malaysia kurang kompetitif.

Sementara itu MP Kelana Jaya Wong Chen turut menafikan dakwaan Najib  bahawa pelaksanaan CGT akan meruntuhkan pasaran modal dan saham serta membuat pelabur lari.

Beliau yang juga pengerusi biro pelaburan dan perdagangan PKR berkata pasaran saham runtuh bukan kerana CGT sebaliknya kerana spekulasi terhadap modal.

Manakala pelabur pula tidak yakin dengan pasaran saham bukan kerana cukai sebaliknya ketirisan, rasuah dan campurtangan politik, tambahnya.

"Kita tahu banyak negara termasuk Amerika Syarikat serta Jepun sudah melaksanakan CGT dan pelabur tidak lari malah bertambah.

"Ini kerana CGT mampu mengurangkan permainan spekulasi dan menggalakkan pelabur melabur dan membeli saham untuk jangka panjang," katanya.

13 October 2014

Kisah Hidangan Dari Langit

Abu Ja'far bin Jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa dia menceritakan tentang Isa Alaihis Salam. Isa Alaihis Salam berkata kepada Bani Israel, "Maukah kamu berpuasa tiga hari karena Allah. Kemudian, jika kamu memohon sesuatu kepada-Nya, niscaya Dia memberi apa yang kamu pinta, sebab pahala orang yang beramal itu bagi orang yang beramal karena Dia."

Mereka pun melakukannya, lalu berkata, "Hai pengajar kebaikan, kamu mengatakan kepada kami bahwa pahala orang yang beramal itu diberikan kepada orang yang beramal karena Dia, kamu pun menyuruh kami berpuasa selama tiga hari lalu kami melakukannya, dan tidaklah kami bekerja pada
seseorang selama 30 hari melainkan
dia memberi kami makanan tatkala
persediaan makanan kami habis.

Apakah Tuhanmu mampu menurunkan hidangan dari langit?" Maka Isa Alaihis Salam berkata, "Bertakwalah kepada Allah, jika kamu merupakan orang-orang yang beriman." Mereka berkata, "Kami ingin memakannya sehingga hati kami menjadi tenteram dan kami pun yakin bahwa kamu telah berkata benar kepada kami, lalu kami akan menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu."

Isa Alaihis Salam putra Maryam berdoa. "Ya Allah Tuhan kami, turunkanlah suatu hidangan dari langit yang akan menjadi tanda yang menunjukkan kekuasaan-Mu; anugerahkanlah rezeki kepada kami dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama."

Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu. Barangsiapa diantara kamu kamu yang kafir sesudah itu, maka sesungguhnya Aku akan mengazabnya dengan suatu azab yang belum pernah Kutimpakan kepada seorang makhluk pun."

Ibnu Abbas melanjutkan: maka malaikat terbang membawa hidangan dari langit. Hidangan itu berisi tujuh jenis ikan dan tujuh jenis roti. Malaikat meletakkannya di hadapan mereka. Orang yang terakhir memakannya seperti halnya orang yang pertama memakannya.

Demikian pula kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Ammar bin Yasir dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Hidangan itu diturunkan dari langit. Ia berisikan roti dan daging. Mereka diperintahkan supaya jangan berkhianat dan menyisakan untuk esok. Lalu mereka berkhianat dan menyimpannya. Maka mereka dialih rupakan menjadi kera dan babi."

**********************************************************

(Ingatlah), ketika pengikut-pengikut Isa berkata: "Hai Isa putra Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?"

Isa menjawab: "Bertakwalah kepada Allah jika betul-betul kamuorang yang beriman". Mereka berkata; "kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami
yakin bahwa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu".

Isa putra Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langi (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama"

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barang siapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia".
( al-Maa-idah:112-115)

Makcik ni patah tulang belakang dibelasah suami ketika dia sedang membaca al-Quran

ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa dipukul oleh suaminya yang terjaga dari tidur ketika dia sedang membaca al-Quran dan Yassin.

Fadzilah Ismail, 50, akhirnya mengalami patah tulang dalam pengalaman pahit itu.

"Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka," dakwanya sambil dilinangi air mata di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Sabtu.
Fadzillah, yang bekerja di sebuah kedai percetakan juga mendakwa suaminya yang berusia 59 tahun itu telah memukulnya selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.

Tetapi pengalaman pahit terbaharu yang dilaluinya, di mana suaminya menderanya tanpa henti selama tiga jam dari pukul 4.15 pagi pada hari Isnin, adalah keterlaluan.

Fadzillah, yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji di Kangar, berkata sepupunya menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas dipukul selepas mengalami kesakitan yang teramat.

"Kemudian saya membuat laporan polis di Arau. Keesokan harinya, saudara-mara saya menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah di mana saya diberitahu saya mengalami patah tulang," katanya, sambil menambah dia perlu menjalani pembedahan minggu depan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mereka sedang menyiasat kes.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini di mana kita memerlukan perintah mahkamah.

"Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu," katanya ketika dihubungi Sabtu.
-mstar- CIRI-CIRI WANITA CALON PENGHUNI NERAKA.
Dalam beberapa hadith, Rasulullah telah menegaskan bahwa wanita adalah penghuni neraka yang paling banyak jumlahnya di bandingkan laki-laki.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah orang-orang fakir, dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)
Agar kita bolih cerminkanpada diri sendiri, inilah cirri-ciri wanita calon tetap penghuni neraka:
1. Wanita yang tidak menutup rambutnya ( tidak berhijab ), di neraka kelompok wanita ini akan digantung dengan rambutnya sendiri
2. Wanita yang suka menyakiti hati suaminya dengan kata-kata, di neraka kelompok wanita ini akan digantung dengan lidahnya sendiri.
Roasulullah bersabda : "Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."

Dari Uthman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang wanita yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa dan siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."
3. Wanita yang tidur dengan laki-laki bukan suaminya dan menyusui anak orang lain tanpa izin dari suami, di neraka kelompok wanita ini akan digantung dengan payudaranya sendiri.
4. Wanita yang suka keluar rumah tanpa izin dari suaminya, dan tidak pernah mandi hadas setelah haid atau nifas, di neraka kelompok wanita ini akan diikat kaki tangannya dengan rantai api neraka.
5. Wanita yang suka berhias bukan untuk suaminya, dan suka membicarakan aib orang lain, dineraka kelompok wanita ini akan memakan badannya sendiri sehingga meraung2 kesakitan.
6. Wanita yang suka pamer perhiasan dan menyombongkan diri, di neraka kelompok wanita ini akan memotong payudaranya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bolih sholat tapi tidak menjalankannya, tidak mau mandi junub, tidak mau berwudhu, di neraka kelompok wanita ini akan diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun dan dibelit beberapa ekor ular dan kalajengking
8. Wanita yang suka melaga2, suka berbohong dan membenci suami, di neraka kelompok wanita ini akan berbadan seperti keledai tetapi kepalanya babi.
9. Wanita suka memfitnah dan memarahi suaminya, di neraka kelompok wanita ini akan berbentuk seperti anjing.
10. Wanita yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suami, di neraka kelompok wanita ini akan menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya.
HADISH-HADISH YANG BERKAITAN :
1. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Neraka diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Lalu, surga diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat syurga kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir.” (HR. Ahmad)
2. Diriwayatkan dari Abu Sa’id al Khudriy ra, ia berkata:
“Suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada hari raya Idul Adha atau Idul Fitri menuju tempat shalat dan melalui sekelompok wanita. Beliau bersabda,’Wahai kaum wanita bersedekahlah, sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahwa kalian adalah teramai penghuni neraka.’ Mereka bertanya,’Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab,’Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum laki-laki yang setia daripada salah seorang diantara kalian. Mereka bertanya,’Apa yang dimaksud dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab,’Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh dari kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab,’Benar.’ Beliau berkata lagi,’Bukankah apabila wanita mengalami haidh maka dia tidak melakukan shalat dan puasa?’ Mereka menjawab,’Benar.’ Baginda saw berkata, itulah (bukti) kekurangan agamanya.’ (HR. Bukhari)

3. Di dalam kisah gerhana matahari yang mana Rasulullah saw dan para shahabatnya melakukan shalat gerhana padanya dengan shalat yang panjang, beliau melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para shahabatnya:
“ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Para shahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah, Mengapa (demikian)?” Beliau menjawab: “Karena kekufuran mereka.” Kemudian mereka bertanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab:“Mereka kufur (durhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur (ingkar) terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas ra)
4. Di dalam hadith lainnya, Rasulullah saw menjelaskan tentang sifat wanita penduduk neraka, beliau bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka karena sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk onta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wanginya Surga padahal wanginya bisa didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah ra)
Itulah Ciri-ciri Wanita Calon Penghuni Neraka yang bersumber dari Rasulullah saw, semoga kita senentiasa terjaga dari azabnya api neraka. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan