Isnin, 13 Oktober 2014

BIASALAH MANUSIA SUKA YANG TULEN DAN YANG SUCI

Rungkai : Isu Restoran Al-Ehsan Guna Daging Babi



Status : Tidak Benar (Dinafikan oleh pihak Al-Ehsan)

Beberapa hari yang lepas tersebar dakwaan Restoran Al-Ehsan menggunakan daging babi sebagai hidangan di dalam Chicken Chop mereka. Dakwaan yang dibuat oleh akaun Facebook bernama Syam Iz itu telah menjadi viral dan mendapat lebih dari 600 shares.


Hari ini, wakil Al-Ehsan telah menjawab pertuduhan tersebut serta telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan menuntut Syam Iz memadamkan status berkenaan dari Facebooknya.



Memetik dari jawapan Sulthan Alehsan dari Facebook, dia mengatakan Al-Ehsan menggunakan 'bacon beef' atau daging lembu dan membuat jaminan mereka menyediakan produk 100% halal.

"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih.", memetik jawapan berkenaan.



Jelas isu ini timbul kerana salah faham dengan perkataan "bacon". Bacon mempunyai banyak maksud. Jika disebut di negara bukan Islam, perkataan bacon ini menjurus kepada daging babi. Tapi perkataan bacon juga digunakan kepada daging lembu.



Diharap kedua-dua pihak boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana dari apa yang kami nampak ini adalah isu salah faham. - SiakapKeli.com

Ahad, 12 Oktober 2014

Bajet 2015: Penjawat Awam Kena Tipu Lagi Oleh Kerajaan Umno@Bn

Kumpulan mewakili kesatuan penjawat awam, Cuepacs menyambut dingin pembentangan Bajet 2015 walaupun bonus diberi dan pinjaman perumahan diperluaskan.Isu pokok, skim struktur gaji tidak disentuh sepenuhnya dalam bajet dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Cuepacs mewakili 70% daripada 1.5 juta penjawat awam berkata banyak permintaan mereka bagi bantuan perumahan dan kenaikan gaji tidak dipenuhi kerajaan.Walaupun mengalu-alukan langkah seperti memperbaiki kuarters polis dan kakitangan perubatan, kebanyakan penjawat awam lebih berharap bantuan berdepan dengan kenaikan kos sara hidup mereka.
"Banyak yang kami minta tidak dipenuhi," kata presiden Cuepacs, Azih Muda kepada The Malaysian Insider.Permintaan mereka adalah supaya tempoh pembayaran pinjaman perumahan mereka dipanjangkan.
Mereka juga meminta kenaikan elaun perumahan yang ketika ini hanya RM180 sebulan, kata Azih (gambar)."Harga minyak baru sahaja naik dan kami berharap elaun perumahan juga naik untuk menghadapinya."Kami kecewa tidak mendapat kenaikan elaun perumahan. 
Kami merayu kepada kerajaan supaya menimbang permintaan kami untuk menaikkannya," kata beliau.Di bawah Bajet 2015, kerajaan menaikkan kelayakan minimum bagi skim pinjaman perumahan kakitangan awam daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan had kelayakan maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000.
Tambahan 5,380 unit rumah dibawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) juga akan dibina di Bukit Jalil, Sabah dan Kedah.Pada masa sama, kerajaan berkata akan membelanjakan RM50 juta memperbaiki kuarters askar, polis, kakitangan perubatan dan guru seluruh negara.
Yang dialu-alukan dalam Bajet 2015 adalah inisiatif bonus separuh bulan untuk penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 pada Januari. Manakala pesara akan mendapat bayaran istimewa sebanyak RM250.
Mengenai gaji, kerajaan berkata akan terus memperbaiki skim gaji perkhidmatan awam tetapi tidak akan ada semakan pada tahun depan.Bagi Azih, pengumuman ini menyebabkan penjawat awam kecewa. Majoriti penjawat awam - kira-kira 60% atau 630,000 diwakili Cuepacs - menerima gaji RM3,000 ke bawah sebulan.
Mereka terdiri daripada polis, askar, jururawat dan guru - yang membentuk majoriti dalam sektor penjawat awam.Azih meragui kerajaan akan menunaikan janji menaikkan gaji melalui penambahbaikan dalam skim gaji perkhidmatan awam.
"Kerajaan berkata mereka hanya menambahbaik 81 daripada 252 skim. Tetapi daripada apa yang kami tahu, hanya enam daripada 81 itu sebenarnya dinaik taraf. Iaitu dalam bidang teknikal.
"Selebihnya (75 skim) tidak dinaik taraf atau tidak pernah ada kenaikan gaji."Mengenai pemberian bonus setengah bulan, Azih berkata: "Kami sebenarnya meminta dua bulan".

15 Kisah Kaabah Yang Tidak Diketahui Rama

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
sumber: matabulat.com

RICH KIDS OF TEHRAN : INSTAGRAM KEHIDUPAN GOLONGAN ELIT TEHRAN YANG MEWAH (14 GAMBAR)


Swag

Bila bercakap tentang Iran kita nampak wanita berhijab hitam, syiah dan potret Ayatollah Khomeini. Di Barat apabila nama Iran disebut benda pertama yang muncul di dalam kepala ialah Ahmadinejad dan terroris Islam.Akaun Rich Kids of Tehran cuba merubah persepsi orang ramai tentang kehidupan di Iran. 

Turns out if your are rich dan mempunyai ahli keluarga golongan atasan kehidupan anda tidak akan banyak berbeza dari kehidupan hedonis barat. 

Tiada polis moral akan menangkap apatah lagi memenjarakan anda walaupun adan melakukan perkara yang melanggar undang-undang syarak. Untunglah. Nasib baik di Malaysia semua rakyat adalah setaraf dan akan diadili dengan saksama. Thank god for Malaysia. Best country in the world for sure.


Sumber Rich Kids of Tehran

VIDEO!!! Bentang belanjawan bukan main.berapi- 

rapi..bila tiba perbahasan lari.. ucapan DSAI semasa 

Perbahasan Belanjawan 2015.

Written By canang on Isnin, 13 Oktober 2014 | 10/13/2014 11:31:00 PTG

 


Broadcast live streaming video on Ustream
Broadcast live streaming video on Ustream

Disebalik Cerita Sebenar Kasihnya 

Seorang Ayah

sekadar gambar hiasan

Aku ada abang.. Sudah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus sepucuk surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..

Abg,
Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,

Adik.”Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku buka..

“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..

Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,
Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..

Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..
Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..
Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku..

Mengapa Lelaki Suka Wanita Tanpa Mekap

0721
Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

lelaki suka wanita tanpa mekap
Gambar: forums.bizhat.com

Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan