Rabu, 18 Jun 2014

DI SARAWAK SELAMA 20 TAHUN...SYABAS/TAHNIAH CIKGU

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?

KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..
“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.
“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61891

Wednesday, 18 June 2014


EDISI RAFIZI KASI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... KONSESI PENSWASTAAN UiTM KAMPUS CAWANGAN PUNCAK ALAM ... CEO SYABAS KEBAS!!!! ... MACAI-MACAI UMNO SEKADAR SERONOK SYOK SENDIRI GIGIT JARI!!!!



Konsesi penswastaan UiTM Kampus Cawangan Puncak Alam telah dianugerahkan kepada TRIplc Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat 100% milik penuh TRIplc Berhad seperti yang disahkan oleh Perdana Menteri di dalam jawapan Parlimennya kepada saya bertarikh 10 April 2014.

TRIplc adalah sebuah syarikat awam yang saham-sahamnya secara majoriti dikuasai oleh Tan Sri Rozali Ismail, keluarga beliau serta individu-individu yang berkait rapat dengan beliau. Hubungan beliau dengan individu-individe lain yang memegang saham minoriti di dalam TRIplc adalah seperti berikut:

1. Individu-individu itu mengawal syarikat-syarikat yang menjadi kontraktor utama kepada syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail seperti Puncak Niaga atau Syabas; atau

2. Individu-individu itu merupakan pemegang jawatan atau penggerak utama di dalam NGO-NGO Felda yang dinaungi atau ditubuhkan oleh Tan Sri Rozali Ismail

Saya menganggarkan sekurang-kurang Tan Sri Rozali Ismail mengawal sekurang-kurangnya 43% pegangan di dalam TRIplc melalui syarikat-syarikat milik beliau dan keluarga beliau serta syarikat-syarikat yang berkaitan dengan beliau seperti yang saya terangkan di atas. Ini menjadikan Tan Sri Rozali Ismail sebagai pemegang saham terbesar di dalam TRIplc dan pemegang konsesi penswastaan UiTM Puncak Alam iaitu TRIplc Ventures Sdn Bhd.

Semakan saya dengan Laporan Tahunan TRIplc Berhad 2013 (boleh didapati di laman web) menunjukkan pegangan Tan Sri Rozali Ismail dan individu-individu yang berkaitan dengan beliau yang dianggarkan sekurang-kurangnya 43% itu adalah melalui syarikat-syarikat berikut:

1. 12.31% pegangan peribadi atas nama beliau sendiri

2. 5.15% melalui Central Plus (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha

3. 4.93% melalui Corporate Line (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha

4. 0.77% pegangan peribadi atas nama anak lelaki beliau iaitu Azlan Shah Rozali

5. 5.5% pegangan peribadi atas nama adik beliau iaitu Dato’ Mat Hairi Ismail

6. 6.25% melalui Minat Bakti Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh kontraktor utama beliau (diterangkan di bawah)

7. 4.69% melalui Formasi Simbolik Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)

8. 4.35% melalui Embun Edar Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)


Minat Bakti Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Aidil Abdul Aziz dan Ruzlan Rahmat. Mereka adalah pengarah di dalam MRPI Pipes Sdn Bhd dan Jalur Cahaya Sdn Bhd iaitu syarikat-syarikat pembekal utama kepada Syabas dan Kumpulan Puncak Niaga yang dikawal oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Aidil Abdul Aziz juga adalah anak kepada Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, Pengerusi SPR yang secara kebetulannya merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semasa proses penswastaan industri air kepada Tan Sri Rozali Ismail berjalan.

Formasi Simbolik adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Borhanuddin Ramli dan Datuk Abdullah Abu Bakar. Datuk Abdullah Abu Bakar adalah Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sementara Borhanuddin Ramli adalah Bendahari GWGF. Pengerusi GWGF adalah Tan Sri Rozali Ismail sendiri.

Embun Edar Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Mohd Roshidi Hassan dan Amran Mohamad. Mohd Roshidi Hassan adalah Pengerusi, Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda Malaysia sementara Amran Mohamad adalah Pengerusi, Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda. Kedua-dua NGO dinaungi oleh Tan Sri Rozali Ismail.


Pegangan-pegangan melalui pelbagai syarikat ini menguatkan pendirian saya bahawa UiTM Puncak Alam telah diswastakan kepada syarikat yang dikuasi oleh Tan Sri Rozali Ismail, seorang ahli perniagaan yang memegang jawatan di dalam Umno dan terkenal sebagai antara orang yang paling mendapat manfaat dari Umno.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

18 Jun 2014

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS MALAYSIA
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR ANGKUH DAN BIADAP
(18 Jun 2014)
Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LTPB PPM ) merasa terkilan dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tetap berkeras mahu kesemua rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dirobohkan walaupun penduduk telah mendapat perintah injunksi dan kes masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
LTPB PPM melihat kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal sebagai sombong, angkuh, biadap serta tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Jun 2014 yang telah memberikan perintah Injunksi menghalang sebarang tindakan perobohan rumah oleh pihak DBKL. Sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya faham dan menghormati keputusan mahkamah yang telah membenarkan penangguhan perobohan perkampungan tersebut sehingga kes mahkamah yang difailkan oleh 58 orang penduduk itu selesai sepenuhnya.
Tindakan Datuk Seri Ahmad Phesal tidak kena pada masa dan tempatnya dan berlagak seolah-olah beliau berkuasa melakukan apa sahaja terhadap penduduk, sedangkan seharusnya kesemua masalah ini boleh diselesaikan dengan baik di meja rundingan. Kekerasan dan ketegasan sikap beliau melambangkan keangkuhan beliau sendiri sehingga mengenepikan perintah mahkamah dan tanpa pertimbangan yang wajar terhadap penduduk Kampung Chubadak Tambahan.
LTPB PPM menegaskan, jika Datuk Seri Ahmad Phesal masih berkeras untuk merobohkan rumah sehingga melanggar perintah Injunksi Mahkamah Tinggi tersebut, maka para peguam tidak akan teragak-agak untuk memfailkan prosiding komital menghina mahkamah (contempt of court) terhadap Datuk Bandar KL. Ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati undang-undang negara. Sesiapa sahaja termasuk penjawat awam tertinggi sekalipun tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. LTPB PPM juga mengingatkan kesemua pihak bahawa dalam isu Kampung Chubadak Tambahan ini, perbincangan dan dialog adalah kaedah terbaik dengan membuka ruang penyelesaian yang seluasnya dan memuaskan hati kesemua pihak, bukannya dengan cara merobohkan rumah rakyat ala-Zionis seperti ini.
AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar
Pemuda PAS Malaysia
‪#‎solidariti4kampungchubadak‬
LikeLike · ·

Wednesday, June 18, 2014


Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?.. Kirim salam laaa...


Walaupun aku ahli Keadilan tapi terus terang aku akui dah lama aku tak jenguk portal Keadilan Daily ni.. bukan apa.. cuma beritanya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan lain-lain portal..

Kadang-kadang bila aku baca, aku jadi keliru sebab apa yang aku baca tu rasa macam aku dah baca..

Hari ni aku jenguk.. dan aku terbaca laporan ni... laporan yang kelihatan tak masuk akal..

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini? 
KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat. 
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Najib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno. 
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini. 
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal. 
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya. 
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu. 
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 
“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein.. 
“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO. 
“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya ~ KeAdilanDaily

Muhyiddin Yassin nak letak jawatan?.. kirim salamlaaaa...

Bukannya kita tak tahu dalam UMNO/BN ni selagi ada nyawa kalau boleh kuasa yang dipegang tak mahu dilepaskan mereka..

Selain selagi ada nyawa.. selagi mereka rasakan diri mereka msih belum cukup kaya jangan mimpilah nak diletakkan jawatan...

Kecuali kalau ada tekanan atau ada salah laku ianya akan digugurkan, itupun biasanya digugurkan bila nak tiba pilihanraya.. lepas pilihanraya dilantiklah semula..

Tujuannya cuma nak memperbodohkan rakyat dengan berbuat begitu supaya kabinet atau pimpinan mereka kelihatan berwibawa kononnya..

Sebab itulah kita menyaksikan hanya Khairy yang boleh dianggap sebagai pemimpin pelapis yang ada.. yang lain semuanya dah bertaraf warga emas.

Bukannya tak ada orang muda yang menyokong UMNO/BN.. ada.. tapi nak buat macam mana.. yang ada tu cuma sesuai dijadikan macai saja...

[PANAS] Muhyiddin Letak Jawatan TPM, Hishamuddin Pengganti?


Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.

Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.

Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.

Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.

Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..

“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.

“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya. -KD


'MENDERITA' SELAMA 20 TAHUN DI SARAWAK IKUTI LUAHAN HATI SEORANG GURU


on Wednesday, June 18, 2014


Kerjaya sebagai seorang guru semakin mendapat minat dari orang-orang muda termasuklah penulis. Iyalah, minat berhadapan dengan ragam pelajar sekolah, minat mengajar, minat bersoaljawab, minat menyumbang ilmu dan bermacam-macam lagi jawapan yang diberikan jika ditanya kenapa minat nak jadi cikgu.

Namun, selalunya cita-cita menjadi guru itu terbantut bilamana penempatan seseorang guru baru itu ditempatkan di kawasan pendalaman Sarawak. Ini realiti, tolong jangan melenting dulu. Baca dan fahami sedalam-dalamnya.

Apa sebenarnya yang berada di pemikiran anda bila mendengar 'pendalaman Sarawak'? Daif? Bahasa kaum yang pelbagai menyukarkan pemahaman mengajar? atau lain-lain?

Ikuti luahan seorang guru yang berasal dari negeri Perak bertugas di Sarawak di bawah:

Saya bukan orang Sarawak. Asal dari Perak tapi sudah bermastautin di Sarawak lebih 20 tahun.

Saya melihat Sarawak'lah yang paling mengamalkan toleransi kaum.

Semasa saya bersekolah di Perak, bila makan, orang melayu duduk dengan orang melayu, cina duduk dengan cina, india duduk dengan india. Kalau ada budak melayu duduk dengan cina dan india, esoknya kena kutuk.

Dalam kelas pun begitu, melayu sebaris, cina sebaris, india sebaris.

Bila saya bertugas sebagai guru di Sarawak, saya tak nampak perbezaan kaum.

Kalau di dewan makan, Azmi boleh pinjamkan cawan pada Dunggat. Khairul duduk sebelah Bong Guan. Di asrama, katil Alex Kloni di atas. katil Ahmad Jerawi di bawah.

Kalau Micheal kena tumbuk, Kiprawi akan pertahankan Micheal. Bila bulan puasa, yang melayu bangun sahur, kawan yang iban ikut sekali. Kalau berbuka, yang melayu berbuka yang iban pun berbuka sama.

Balik kampung cuti sekolah (ini benar-benar berlaku dan membuat saya insaf sangat) kawan iban tolong kawan melayu jinjit tilam dan tunggu bas sama-sama. Kongsi baju sama-sama.

Saya belajar erti hidup toleransi hanya di Sarawak. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk saya.

Sampai bila saya balik Perak, saya jadi benci bila dengar kawan melayu kutuk bangsa lain. Apatah lagi mengutuk Sarawak sebagai negeri miskin. Memang rasa nak pelempang je.

Kesimpulannya Sarawak dan Sabah adalah model terbaik. Orang semenanjung, bukalah mata.

Akhir-akhir ini NGO memainkan sentimen perkauman hanya untuk memecahkan perpaduan kaum di Sarawak. Ingat, pelihara perpaduan kita semua.

Kamek orang Perak tapi kamek jiwa Sarawak. Hidup mati di Bumi Kenyalang bertuah ini. Hoo Haaaa. - Emmet Fayzal

Semoga kisah Cikgu Emmet ini dapat membuka mata anda semua. Rata-rata orang semenanjung yang menetap di Sarawak, enggan kembali ke semenanjung.



Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan