Ahad, 11 Mei 2014

TAK ABIS2 NAK SABOTAJ....TAK ABIS2 NAK PE KENA KAT ORANG....NI AKHLAK APA....MALU LAH SIKIT....TAK ABIS2 BERNIAT JAHAT

AHLI PAS KENA FAHAM....APA YANG DIPERJUANGKAN......BERJUANG UNTUK INDIVIDU....ATAU PARTI......

KP Pas Tambun, Ust Hafez Sabri berkesempatan menghadiri liqa fikri pusat pagi tadi.
Berikut merupakan rumusan dari pengisian oleh yb ust idris ahmad.
Ciri2 keberkesanan tarbiyah :
1) Ahli faham islam, teguh dgn dasar perjuangan. Berjuang krn islam bkn krn tokoh. Tokoh boleh pergi tetapi ahli kekal dgn perjuangan krn dasar islam. Pas ditinggalkn oleh ust ahmad fuad hasan, tokoh cerdik anak murid sheikh abu bakar baqir, ahli tak ikut dia. Pas ditinggalkan oleh hasan adli, dato asri yg hebat, tetapi ahli tak ikut dia.
2) sbb tu org masuk pas, dia kena diperkenalkn dgn islam dan aqidah dulu.. bukan kita perkenalkan tahaaluf dulu. Dia kena tahu abjadiyyat (abc) berjuang dlm pas.
3) bersama dgn manhaj pas yg bersumberkan alquran, sunnah, ijmak, qias, perlembagaan pas dan pengalaman gerakn islam sedunia. Kita manfaatkn mana2 yg baik utk disesuaikn dgn waqie' negara kita.
4) kepimpinan yg minat dgn tarbiyah. Jika kepimpinan tdk berminat dgn tarbiyah, maka tdk akan berkesan tarbiyah.
5) murobbi, mesti cakne dgn peningkatan ahli tdk semata2 jadi tok guru
6) persekitaran. Sbb tu kena bentuk biah solehah. Kejayaan mendidik keluarga utk berjuang. Berkawan dgn orang2 yg rajin.
7) husnu atthiqah billah. Bersangka baik dgn Allah. Yakin dgn pertolongan Allah.
Like · ·

Ramkarpal mahu sambung legasi bapa

HARAKAHDAILY | .
BUKIT GELUGOR: Anak ketiga kepada mendiang Karpal Singh, Ramkarpal didum secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK)  Bukit Gelugor.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pusat operasi Bukit Gelugor di sini hari ini.

Hari penamaan calon PRK kerusi tersebut ditetapkan pada 12 Mei manakala tarikh pengundian pada 25 Mei.

DAP melalui mendiang Karpal menang dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon MCA pada Pilihan Raya Umum Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, difahamkan sekurang-kurangnya lima lagi calon turut akan merebut kerusi dun tersebut.

Selain MCA, beberapa lagi calon termasuk dari Parti Cinta Malaysia dan Penang Front Parti (PFP) juga telah mengumumkan akan bertanding.

Turut dijangka bertanding beberapa lagi calon bebas yang mahu mencuba nasib. - HARAKAHDAILY 10/5/2014
bukan aku kata, tapi ulama yang kata.. baca dan hadamkan dalam kepala, fikir dan renungkan sejenak...
‪#‎Dr_Yusof_al_Qardawi‬
Playboy tua kutuk hudud, UMNO dayus diam pada MCA

Mohamad Nabi bukan ahli PAS

MOHD SABRI SAID | .
BUKIT GLUGOR: PAS Pulau Pinang menafikan Mohamad Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, 68, yang menyuarakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada 25 April ini  ialah ahli PAS.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Bukhori Ghazali menyifatkan, Mohamad Nabi Bux sekadar mahu mengambil kesempatan mencari publisiti murahan dengan mengakui ahli PAS.

"JPN dah cari maklumat dan akhirnya menemui jawapan. Semasa mesyuarat dengan PAS Kawasan Sungai Glugor malam tadi nama beliau tiada dalam senarai ahli mana-mana cawangan sebaliknya maklumat diperoleh beliau ahli Umno bernombor 02700360 Bahagian Gombak manakala keahlian di Cawangan Kampung Banjar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia," tegasnya.

Pada mulanya pihak JPN jelas beliau, tidak mahu melayan isu ini tetapi terpaksa menjawab kembali untuk mengelakan prasangka atau kekeliruan yang bakal timbul.

Tambah Bukhori lagi, hasil siasatan tersebut, sah beliau bukan ahli PAS dan tidak timbul kenyataan yang mahu bertanding.

Sebelum itu, Mohamad Nabi Bux menyeru Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bertanding mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Glugor yang ditinggalkan ekoran kematian Karpal Singh dan jika tidak beliau akan bertanding sebagai calon bebas. – HARAKAHDAILY 10/5/2014


dah mula drama pilihanraya
Osman Aziz added a new photo.
34 mins ·
Like · ·
Admin nak sahabat semua pilih yang mana lebih melayu kikiki
Like · · · 1274228
KESAN MAKSIAT
Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya Al-Taubah Ilallah telah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:
- Terhalang dari mendapat ilmu.
- Terhalang dari rezeki yang murah.
- Merasa jauh dari rahmat Allah.
- Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
- Segala urusan menjadi sukar dan sulit.
- Hati menjadi gelap.
- Terhalang dari melakukan ketaatan.
- Boleh memendekkan umur seseorang.
- Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
- Melemahkan ransangan ketaatan.
- Merasa bangga dengan maksiat.
- Mendapat penghinaan dari Allah.
- Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah.
- Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
- Menyebabkan kehinaan di kalangan manusia.
- Boleh melemahkan akal fikiran.
- Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
- Boleh mengundang banyak laknat.
- Terhalang dari mendapat doa Nabi dan malaikat.
- Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
- Boleh menghilangkan banyak nikmat.
- Boleh mengabaikan diri sendiri.
- Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit.
Like · · · 215184

PDI-P menang Pemilu Parlimen Indonesia

ELMI RIZAL ELIAS | .
JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputeri secara rasmi disahkan sebagai pemenang dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen yang diadakan bulan lepas.
  
Pada pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) tengah malam Jumaat, PDI-P meraih 18.95 peratus atau 23.68 juta undi daripada keseluruhan 124.97 juta pemilih berdaftar.
  
Keputusan rasmi tersebut tidak banyak berbeza dengan kiraan awal yang dilakukan pelbagai badan kaji selidik sejurus selepas pilihan raya tersebut pada 9 April lepas.
  
Parti Golongan Karya (Golkar) yang dipimpin Aburizal Bakrie kekal di kedudukan kedua apabila meraih 14.75 peratus atau 18.43 juta undi.
  
Parti yang diterajui Prabowo Subianto iaitu Gerakan Indonesia Raya atau Gerindra pula di tempat ketiga dengan memperoleh 11.82 peratus atau 14.76 juta undian.
  
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula berada pada kedudukan keempat setelah meraih 10.19 peratus atau 12.72 juta undi.
  
Dalam pada itu, daripada 12 parti politik yang bertanding pada pilihan raya itu, dua parti iaitu Parti Bulan Bintang (PBB) serta Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) gagal memperoleh jumlah undi minimum sebanyak 3.5 peratus untuk membolehkan kedua parti itu mendapat kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia.
  
Pada kiraan pusingan pertama Pemilu yang diadakan bulan lepas itu, PBB memperoleh 1.46 peratus manakala PKPI meraih 0.91 peratus undi.
  
Sementara itu, Pemilu Presiden akan diadakan pada 9 Julai depan.
  
Berdasarkan keputusan rasmi tersebut, tiada satu pun parti politik yang meraih undi minimum untuk membolehkan mereka menamakan calon presiden masing-masing.
  
Justeru, parti-parti politik berkenaan perlu membentuk pakatan untuk bertanding dalam Pemilu Presiden tersebut.
  
Mengikut sistem demokrasi Indonesia, sebuah parti politik perlu meraih sekurang-kurangnya 25 peratus daripada keseluruhan undi atau minimum 20 peratus daripada 560 kerusi DPR sebelum boleh menamakan calon presiden dan naib presiden. - BERNAMA

Tak sesuai istilah 'harta karun'

FADZLI RAMLI | .
MELAKA: Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Khamis Abas berkata istilah 'harta karun' tidak sesuai digunakan bagi menjelaskan berhubung isu harta di Pulau Nangka kerana ia mempunyai istilah yang khusus berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Malah beliau berkata dalam akta tersebut selain harta karun terdapat istilah lain yang boleh diletakkan kepada harta itu antaranya 'objek bersejarah', namun beliau menegaskan tiada istilah khusus dapat diletakkan kepada harta di Pulau Nangka pada masa ini kerana ia masih belum ditemui.

"Istilah ini mempunyai spesifikasi khusus yang perlu dipenuhi sesebuah objek itu dan kita kena pastikan objek itu memenuhi spesifikasi ini terlebih dahulu baru boleh beri istilah seperti harta karun atau objek bersejarah.

"Tetapi hingga sekarang harta di pulau itu masih belum ditemui..jika masih belum jumpa (harta itu) bagaimana hendak dikajiuntuk menentukan sama ada ia memenuhi spesifikasi itu atau tidak," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut tafsiran dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005, harta karun ialah wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek bernilai dijumpai tetapi tuan punya tidak diketahui atau tidak dijumpai, namun ia tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara.

Objek bersejarah pula ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah ini termasuk manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai.

Memberikan contoh menentukan spesifikasi kepentingan sejarah dalam artifak yang ditemui berdasarkan tafsiran objek bersejarah, Khamis berkata artifak itu perlu dikaji dengan mendalam antaranya dengan menghantarnya ke makmal dan Jabatan Warisan Negara.

"Seperti penemuan dua keping artifak (di Pulau Nangka) baru-baru ini kita tidak terus label harta karun atau objek bersejarah, malah saya tidak yakin ia syiling untuk mata wang kerana ia terlalu besar dan nampak seperti medalion (pingat).

"Jadi kita hantar dulu kepada pihak berkenaan untuk dikaji sebelum buat tafsiran atau tindakan berdasarkan akta itu...saya tegaskan biar kita jumpa harta yang sahih benar dahulu, kemudian kita ambil dari situ," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata harta di Pulau Nangka itu tidak sepatutnya dilabel sebagai harta karun yang bakal menjadi sumber kekayaan kepada sesiapa yang menemuinya.

Ini kerana berdasarkan pengalaman dan penelitian yang dijalankanya, harta di Pulau Nangka itu sekiranya ditemui dipercayai akan mempunyai nilai sejarah yang tinggi terutamanya dalam perkara berkaitan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Antara teori yang menyokong pendapat beliau ialah Pulau Nangka merupakan satu daripada tempat simpanan rizab kerajaan Kesultanan Melayu Melaka antaranya berbentuk syiling emas zaman tersebut, selain dua lagi tempat iaitu Bukit St Paul dan Pulau Besar.

"Harta itu jika ditemui ialah artifak bersejarah berharga tetapi generasi sekarang kurang menghargai objek yang mempunyai nilai sejarah, ramai lihat dari aspek kebendaan kerana inilah bila timbul cerita harta karun itu tidak ramai yang lihat (harta itu) sebagai objek nilai sejarah," katanya.

Ditanya apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya harta itu ditemui, beliau berkata ia perlu diserahkan kepada Pegawai Daerah terbabit berdasarkan prosedur dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Beliau berkata Pegawai Daerah akan mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa seterusnya menentukan spesifikasi harta itu bagi mengenal pasti harta itu adalah harta karun, objek bersejarah atau istilah lain dalam akta tersebut.

"Setiap satu jenis atau istilah harta ini mempunyai cara tertentu dalam akta itu untuk diuruskan, ini termasuk pemberian ganjaran, faktor lesen pencarian juga memainkan peranan tentang berapa banyak ganjaran patut diberikan," katanya. - BERNAMA

Maut ditembak ketika sedang makan di restoran

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala lima rakannya cedera selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Ipoh di sini awal pagi ini (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, keenam-enam lelaki tersebut sedang makan di sebuah restoran sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki Perodua Myvi.

"Suspek kemudiannya melepaskan tujuh das tembakan ke arah semua mangsa menggunakan pistol jenis semi-auto sebelum melarikan diri menaiki kereta tersebut yang dipandu seorang lagi suspek.

"Setakat ini, jumlah suspek yang berada di dalam kereta itu tidak dapat dipastikan," katanya kepada pemberita.

Katanya, keenam-enam mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun seorang daripada mangsa berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HKL manakala lima lagi dimasukkan ke unit kecemasan HKL.

Kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 51 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki, bahu dan pipi.

Polis turut menjumpai tujuh kelongsong peluru dipercayai daripada pistol yang digunakan oleh suspek dan motif kejadian itu masih disiasat.

Zakaria berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh.-- BERNAMA

Gambar Wanita ditikam oleh perompak...

Written By canang on Sabtu, 10 Mei 2014 | 5/10/2014 11:11:00 PTG


IPOH, May 9 - Seorang pemilik salun rambut telah cedera di bahagian abdomen apabila dia ditikam oleh seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan di Jalan Silibin di sini hari ini.
Mangsa, seorang wanita dalam 40-anaknya yang enggan dikenali berkata pada tengah hari, di datangi lelaki dalam lingkungan umur 20 tahun. dan terus mendapatkan pemotong rambut.

"Selepas mendapatkan pemotongan rambut tersebut, dia tiba-tiba mengugut saya menyerahkan wang hari dan kita bergelut sebelum dia mengeluarkan pisau dan menikam saya di dalam perut," katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut beliau, lelaki itu panik dan melarikan diri apabila dia menjerit meminta pertolongan.

Dia telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Anuar Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.sumber

4 Gambar Susu Dutch Lady Mengandungi BENDASING Yang Sangat MELOYAKAN Tersebar




Seorang pengguna Facebook 'Nazlinda Mashtuki' telah memuatnaik empat keping gambar Susu Dutch Lady yang didakwanya mengandungi bendasing yang tidak sepatutnya ada.

Dari gambar, dapat dilihat didalam kotak minuman tersebut ada benda yang kenyal tetapi telah mengeras. 

Jika dilihat pada kotak minuman itu, tarikh luputnya 01.06.2014. Kurang dari sebulan dah tarikh luputnya. Gambar pula disebarkan semenjak 5 Mei dan telah mendapat 15 ribu SHARE dari facebook Nazlinda Mashtuki.

Menurut Nazlinda, sudah menjadi kemestiannya setiap bulan membeli 4-5 susu kotak Dutch Lady untuk keluarga kerana dia yakin kandungan susu itu yang berkhasiat. Susu yang dibeli itu pula disimpan dalam peti sejuk.






Namun, perkara yang tidak disangka pula terjadi apabila salah satu kotak susu yang dibelinya itu mengandungi bendasing yang sangat meloyakan.

Susu kotak itu telah dibuka sehari selepas dia membelinya dan telah disimpan di dalam peti sejuk yang bertutup rapat. Namun, setelah 4-5 hari, kotak susu berkenaan telah mengandungi bendasing yang meloyakan. 


Nazlinda telah menghubungi pihak Dutch Lady untuk membuat aduan, namun tidak diendahkan sangat. Jadi, jalan terakhir, dia menghebahkan perkara itu di Facebook.

10 May 2014

Penyanyi Brian McKnight Cium Bibir Pembaca Berita TV3 [2 Gambar]

SEWAKTU di sidang media pada Khamis lalu, MalaysiaDigest (MD) sempat bertanyakan kepada Brian McKnight kalau-kalau ada kejutan yang akan diberikan kepada peminat-peminat pada konsertnya nanti. Tapi jawab bintang sensasi antarabangsa kelahiran Buffalo, New York, Amerika Syarikat ini, beliau hanya akan menyanyi saja selama dua jam dan tidak ada apa-apa kejutan untuk penonton- penontonnya.


Namun penyanyi R&B ini ternyata ‘berbohong!’. Sebab, pada konsertnya yang berlangsung di PWTC pada Jumaat (malam tadi), Brian bukan saja berjaya memukau seramai 2000 penonton malah penyanyi berusia 45 tahun ini turut memberikan beberapa kejutan kepada peminat-peminatnya.

Memulakan persembahan pada jam 8.45 malam, Brian mendendangkan lagu ‘Find Myself’, ‘Dont Stop’. Suasana terus hangat apabila dia yang muncul di tengah pentas sempat menarik dan bergelek seksi bersama gitaris dan basist-nya sebelum memulakan nyanyian. Aksinya itu nyata membuatkan seluruh dewan merdeka gamat dengan sorakan para penonton.

Terus buat peminat tidak keruan apabila terus dipersembahkannya lagu ‘Love of My Life’, ‘Only One’. Saat ini, ramai penonton yang ikut sama menyanyi sambil bertepuk tangan.

“Hai Kuala Lumpur!!! Lama tidak ke sini sejak menjejakkan kaki pertama kali pada tahun 2000. Ketika itu, saya dapat rasakan yang saya akan kembali lagi ke sini satu hari nanti. Ya! saya yakin saya akan kembali semula ke sini untuk persembahan yang lebih besar. Dan hari ini saya kembali, di hadapan anda semua. Saya cukup gembira dan teruja. Kepada anda ingat juga pada yang mungkin tak ingat, nama saya… Brian McKnight”, sapa Brian sambil tersenyum lebar sebelum meneruskan persembahan.

Tidak cukup membuai penonton dengan vokalnya yang lunak, dalam pada dia menyanyi, sesekali Brian tanpa segan silu mempamer gelagat-gelagatnya yang melucukan. Sekaligus mengundang gelak-tawa audience. Bukan saja Brian, pemuzik iringannya juga turut membuat aksi-aksi melucukan.
‘Kejutan’ seterusnya, Brian mempelwa seorang penonton naik ke pentas dan MD difahamkan peminat bertuah yang terpilih itu bernama Anita, pembaca berita Nightline, TV3.

Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, “sudah”. Lalu Brian berkata, “kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?”, “Boleh”, jawab Anita sambil tersenyum.

Kemudian Brian terus mendedangkan lagu Another You sambil bersungguh-sungguh dengan gaya seperti dia melamar personaliti TV3 itu sambil memberikan sejambak bunga. Tersipu-sipulah Anita dibuatnya. Dalam keasyikan penonton melihat aksi Brian ‘mencairkan hati ‘ Anita, (dengan gaya gentleman) tiba-tiba suasana dewan bertukar gamat apabila Brian bertindak mencium bibir Anita. Terkejut dengan tindakan penyanyi itu, Anita bagaimanapun dilihat cuba mengelak.

Dan kemudian malam konsert yang diberi nama ‘More Than Words- An Intimate Evening with Brian McKnight’ anjuran Jag Live Concert ini diteruskan dengan dendangan lagu seperti ‘Crazy Love’, ‘My Kind Girl’, ’6,8,12′. Pada konsertnya itu, penghibur yang berkebolehan memainkan lapan alat muzik ini turut mempamerkan kebolehannya bermain gitar dan piano.

Antara lagu lain yang turut diperdengarkan seperti ‘Rest Of My Life’, ‘Back at One’, ‘Fall’, ‘Made For Love’ dan Brian mengakhiri persembahannya pada jam 10.30 malam dengan lagu ‘Still’.

Turut kelihatan pada konsert ini, barisan artis popular tempatan seperti Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha (Elite) Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.

Kredit foto-foto : Selebriti Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan