Sabtu, 10 Mei 2014

BIJAK PADA PANDANGAN MANUSIA TAPI JAHIL AGAMA DAN HUKUM2 DALAM ISLAM....KERJANYA HANYA UNTUK DUNIA TIDAK UNTUK AKHIRAT...AGAK MEREKA NI PANDAI ATAU BANGGANG

Intelektual Inggeris Memeluk Islam Kerana Puasa
Posted on Saturday, May 10 @ 07:02:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Kisah untuk tatapan bila Ramadhan dah hampir

Kisahnya pada suatu hari, seorang intelektual dan sasterawan berbangsa Inggeris, Sir Rowland George Allanson, menyaksikan kaum muslimin di Pakistan sedang berpuasa. Ketika itu kebetulan sedang musim panas yang sangat terik.

"Sungguh gila orang-orang ini" kata hatinya. "Di cuaca panas terik sebegini mereka tidak minum dan tidak makan!".

Setelah menyaksikan mereka yang berpuasa tidak menampakkan mereka lemah dan letih, malahan nampak lebih segar dan tetap menjalani kehidupan dalam bahagia. Maka tergeraklah hatinya ingin mencuba untuk merasakan nikmatnya berpuasa itu.

Maka, diapun mulai berpuasa, bukan karena iman, melainkan sekadar ingin mencuba. Pada hari pertama dan kedua, dia merasakan satu kepayahan yang luar biasa: tangan dan kakinya merasa menggeltar.

Ketika meneruskan berpuasa sampai hari ketiga dan seterusnya, dia mulai rasa terbiasa dengan keadaaa itu. Dan pada hari-hari berikutnya dia sudah dapat merasakan nikmat berpuasa. Tubuhnya terasa ringan, fikirannya tenang, dan rasa bebas dari rangsangan serta keinginan yang bukan-bukan.

Kerana rasa ingin tahu yang amat mendalam dengan ajaran berpuasa ini, dia pun menyelidiki hakikat puasa sebagaimana diajarkan Islam. Sebagai ilmuwan, dia tidak puas hati jika tidak mendalami sesuatu sampai selesai sepenuhnya. 

Maka diapun mempelajari dan meneliti Al-Quran. Pada akhirnya, kepuasannya mengkaji dan menyelidikan sebagai ilmuwan telah lengkap : dia telah bertemu dengan kebenaran sejati. Hidayah Allah S.W.T pun meresap masuk kedalam qalbunya, hatinya melonjak bahagia setelah dapat mengkaji puasa dengan lebih mendalam.

"Inilah agama yang selama ini aku cari-cari," kata hatinya.

Akhirnya, pada 16 November 1913, dia pun telah mengucapkan dua kalimah syahadat, dan mengganti namanya menjadi "Syaikh Rahmatullah Al-Farooq",  sementara panggilan sehari-harinya "Lord Headly AlFarooq".

Pengetahuan dan kekagumannya terhadap Islam dia abadikan dalam tulisannya pada sebuah buku yang sangat laris, iaitu A Western Awakening to Islam (Fajar Kebangkitan Barat Menyambut Islam).
 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
omar
Posted on Saturday, May 10 @ 07:02:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 
TG Nik Abdul Aziz bidas pensyarah kata hudud gaga

Posted on Saturday, May 10 @ 07:06:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan pensyarah yang mengatakan hukum hudud gagal ekoran kegagalan pelaksanaan hukum jenayah syariah itu di beberapa buah negara.

Bagi beliau, tindakan pensyarah seperti itu bukannya mahu menghidupkan Islam sebaliknya mematikan agama itu.

"Ni pensyarah macam ni, para hadirin semua, pensyarah yang orang panggil nak perhidup Islam dak, nak mapuh Islam," ujarnya ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, pensyarah yang menyatakan demikian kerana dia berfikir 'cara orang' dan tidak memikirkan 'cara Allah'. 




"Para hadirin semua, kalau hudud ni gagal, sembahyang ni, kerana apa kita sembahyang?" tanya beliau kepada para hadirin.

Jelasnya, sembahyang boleh menyekat manusia daripada melakukan perkara keji.

Bagaimanapun, katanya dalam suasana orang mengerjakan sembahyang tetapi perkara yang keji seperti berjudi, rasuah dan masalah dadah berlaku juga.

"Sembahyang, sembahyang berjudi, berjudi, ertinya sembahyang ni gagal. Bila sembahyang ni gagal kerana benda keji, judi, dadah, rasuah berlaku jugak, tak usah duk sembahyang banglah. Sembahyang pun ada jugak benda mungkar. Bodoh pensyarah macam ni," ujarnya sinis.

Beliau juga mengambil contoh di negara ini ramai yang djatuhi hukuman gantung kerana kesalahan berkaitan dadah dan senjata api.

Bagaimanapun, kata beliau kesalahan kes dadah dan membawa lari senjata api masih berlaku yang menunjukkan hukuman tersebut telah gagal.

Sehubungan itu, katanya, pensyarah agama hanya boleh menjelaskan mengenai hukum hudud tetapi tidak boleh melaksanakannya.

Di Kelantan, jelasnya ada kerajaan negeri yang mana exco terdiri daripada pensyarah, peguam, korporat dan lain-lain untuk melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, penentangan terhadap hukum hudud kerana tiada pengisian takwa akibat kelemahan dasar negara sekular.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu mengulangi penegasan tidak timbul PAS dan Umno bersatu berhubung isu hukum hudud.
Katanya, walaupun tarikh bulan Rejab dan Mei hari ini adalah sama bermula 1 haribulan Khamis lalu, namun bulan Hijrah tidak sama dengan Masihi.
"Hari ni hari Jumaat, 9 Rejab dan bulan ni tarikh dia serupa di antara bulan Hijrah dengan bulan Masihi, sama-sama 9.
"Oleh kerana sekarang timbul masalah hudud, sibuk sokong hudud, Umno sama dengan PAS, adakah bermakna PAS nak masuk Umno?
"Hari ni 9 haribulan, bulan Masihi 9 jugak, adakah bulan Hijrah sama dengan bulan Masihi, adakah bulan Masihi jadi bulan Hijrah, bulan Hijrah jadi bulan Masihi? Tak jadi, Rejab duk Rejab situ jugak, Mei duk Mei situ jugak," ujarnya. - HARAKAHDAILY 


 Kalimah Allah kurun ke 2 Masihi antara keajaiban di N.Sembilan
Posted on Saturday, May 10 @ 14:50:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Artikel "Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui bahawa kalimah Allah dalam tulisan Arab telah terdapat di Negeri Sembilan sejak tahun 137 Masihi lagi iaitu kira-kira 500 tahun sebelum Hijrah. Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang terletak antara jalan utama Port Dickson – Linggi terdapat satu-satunya rangkaian batu megalitik atau batu hidup yang mempunyai bentuk ukiran serta tulisan kalimah Allah yang wujud sejak tahun 137 Masihi.


Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini juga terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun yang dipercayai wali Allah.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang menggunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab.
Pihak penjajah Inggeris telah memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke Tanjong dan memberi nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang bertanggungjawab ketika itu Sir John Frederick Dickson
Nama lama untuk Port Dickson ialah Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga ialah Arang dimana dulu terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port Dickson.
Adalah sewajarnya Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas ini diisytiharkan sebagai salah satu keajaiban yang terdapat di Negeri Sembilan dan Malaysia.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Saturday, May 10 @ 14:50:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Penumpang AirAsia X meninggal dunia dalam pesawat dari Jeddah
Posted on Saturday, May 10 @ 07:12:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Air Asia X, penumpang, meninggal dunia, Jeddah
Situasi dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 - Foto dikongsi oleh salah seorang penumpang kepada Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang disahkan meninggal dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah pada Jumaat



AirAsia X Berhad dalam satu kenyataan ringkas kepada Astro AWANI mengesahkan laporan ini serta memberitahu bahawa ahli keluarga penumpang tersebut serta pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Air Asia X, penumpang, meninggal dunia, Jeddah
Situasi dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 - Foto dikongsi oleh salah seorang penumpang kepada Astro AWANI

“Kami sedang menyediakan segala jenis bantuan yang diperlukan ketika ini,” kata kenyataan tersebut.

Punca kematian belum dapat dikenal pasti.

ASTRO AWANI


Empat pelajar Universiti Malaya terima surat tunjuk sebab kerana bantah Obama
Posted on Saturday, May 10 @ 07:09:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Empat pelajar Universiti Malaya (UM) yang mengadakan bantahan semasa kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke universiti itu mempersoalkan tindakan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka.

Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Fahmi Zainol berkata surat tunjuk sebab sewajarnya diberikan kepada pelajar yang mengajukan soalan kepada Obama kerana perbuatan mereka memalukan universiti.
"Kami beranggapan UM iaitu timbalan naib canselor silap menghantar surat tunjuk sebab tersebut yang sepatutnya diberikan kepada mahasiswa yang mengajukan soalan.

Peserta demonstrasi berkumpul di Universiti Malaysia ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke universiti itu bulan lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Peserta demonstrasi berkumpul di Universiti Malaysia ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke universiti itu bulan lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.
"Tindakan merekalah ternyata memalukan nama UM dengan soalan yang tidak melambangkan keintelektualan mahasiswa UM," katanya pada sidang media di Kompleks Perdanasiswa UM di Kuala Lumpur, hari ini.
Semasa sesi soal jawab Obama bersama pelajar Asean di Dewan Tuanku Canselor UM pada 27 April lalu, sekumpulan pelajar mempamerkan plakad membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan isu pergolakan Mesir.
Berikutan tindakan provokasi itu, seramai empat mahasiswa menerima surat tunjuk sebab yang memerlukan mereka menjawab surat berkenaan dalam tempoh tujuh hari, jika tidak tindakan tatatertib akan diambil.
Fahmi berkata apa yang dilakukan pihak UM dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab berkenaan merupakan tindakan ‘lebih sudu dari kuah’ kerana kedutaan Amerika Syarikat sendiri tidak mengambil tindakan terhadap mereka.
Katanya, HEP juga menyalahgunakan kuasa dengan menghalang kebebasan bersuara, berpersatuan dan hak mahasiswa.
“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman setelah mendapatkan nasihat dari pihak peguam terhadap UM.
“Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) perlu dikaji semula sama ada masih relevan atau sebaliknya. Kerajaan tidak perlu takut dengan mahasiswa. Kami bukan penjenayah,” katanya kepada pemberita yang hadir.
Ketika ditanya bagaimana jika pihak universiti mengambil tindakan lebih drastik selepas ini, Fahmi berkata: “Tiada masalah kerana kami memperjuangkan konsep keadilan dan kami rela digantung jika ribuan mahasiswa lagi masih disekat suara.
“Perjuangan lebih penting daripada kepentingan peribadi. Biarlah mahasiswa bebas bersuara untuk menjamin masa depan negara,” katanya. – 9 Mei, 2014.

HASBULLAH AWANG CHIK
THE MALAYSIAN INSIDER

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan