Ahad, 11 Mei 2014

PENAT2 BERHIMPUN...PENAT2 MENENTANG GST...LAH NI SOKONG DAN SETUJU....DENGAN SYARAT...BANYAKKAH SYARAT2 TELAH PATUHI....SELAMA NI DAH BERJAYAKAH MEMBENTERAS RASUAH....ISTIQAMAHLAH SIKITLAH PENDIRIAN....KALAU TAK DAPAT BANYAK

Nabi Bux mengaku ahli, PAS rujuk peguam
Posted on Sunday, May 11 @ 09:50:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR: PAS akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Satar yang mengaku sebagai ahli parti itu.

Mohamed Nabi Bux yang mendakwa dirinya bekas Setiausaha PAS Cawangan Kampung Banjar telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi Harakahdaily berkata, pencarian telah dilakukan dan mendapati nama Mohamed Nabi Bux tidak terkandung di dalam sistem keahlian PAS.

"Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno.

"Kita akan mendapat nasihat dari peguam untuk tindakan undang-undang berhubung pengakuan palsu yang menjejaskan imej PAS," jelas beliau.

Carian turut mendapati, Mohamed Nabi Bux yang memegang nombor ahli 2700360 merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Banjar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan PAS memandang serius kesalahan tersebut yang merupakan kesalahan jenayah.

"Pengakuan palsu itu bertujuan untuk memecah belah PAS di dalam Pakatan Rakyat dan ia merupakan satu kesalahan jenayah.

"Tindakan itu bukan sahaja menjatuhkan maruah PAS tetapi turut mengelirukan ahli-ahli PAS dan juga rakan kita dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Mahfuz turut memberitahu perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat esok untuk tindakan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 10/5/2014

sumber



Penjenayah Serang Macam Aksi Koboi
Posted on Sunday, May 11 @ 09:55:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




ANGGOTA forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Kuala Lumpur: Bagaikan aksi filem koboi apabila seorang penjenayah bertindak melepaskan tembakan ke arah enam lelaki yang minum di depan sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini, menyebabkan seorang terbunuh manakala lima lagi parah, awal pagi semalam.

Difahamkan, lelaki menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hijau muda berhenti 80 meter sebelum keluar dan berpura-pura membuat panggilan telefon sambil berjalan menuju ke arah mangsa berusia 22 hingga 51 tahun.

Suspek melepaskan enam hingga lapan das tembakan ke arah mangsa yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dan cedera terkena tembakan, antaranya di bahu, pipi serta kaki.

Seorang daripada mereka, S Saravanan @ Joe, 38, yang terkena tembakan di belakang kepala, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala mangsa lain dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Lima yang dilaporkan cedera tetapi stabil dikenali sebagai A Vickneswaran, 30; A Murugan, 51; TP Deeriyan, 28; S Gugan, 22, dan TP James, 33.

sumber


  SPRM sedia bantu KKM siasat amalan jual sijil sakit
Posted on Sunday, May 11 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membantu Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan bahawa segelintir pengamal perubatan menjual sijil perakuan sakit kepada pekerja.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, "SPRM boleh menyiasat memandangkan ia melibatkan elemen pemalsuan dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan...terdapat unsur nilai kewangan".


"Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan sektor perubatan bebas rasuah atau salah guna kuasa.

"Pada masa yang sama integriti pengamal perubatan (dapat) dipertingkatkan," katanya.
Pengeluaran sijil palsu satu kesalahan di pihak pengamal perubatan dan pekerja terlibat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya, SPRM pernah mengambil tindakan ke atas doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan doktor menerima bayaran tertentu.
 
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pengamal perubatan yang terbukti menjual sijil sakit kepada pekerja yang sihat.
Pengamal perubatan terbabit akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang mempunyai hak untuk membatalkan sijil amalan perubatan, katanya. – Bernama, 10 Mei, 2014.

 Hujan lebat landa Makkah
Posted on Sunday, May 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





RIYADH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya dua maut dan puluhan yang lain cedera apabila hujan lebat melanda Makkah dan Hail, kelmarin.

Memetik laporan Arab News, banjir itu juga menyebabkan ratusan kenderaan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram selepas solat Maghrib hingga tengah malam.

Jurucakap Pertahanan Awam Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf berkata, beberapa kenderaan terbalik ketika cuba menyeberangi Al- Khafj Valley dengan  seorang daripada maut akibat lepas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam Saleh Al- Alyani melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap pokok.

“Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah, Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 23 helikopter 23 dan 16 pasukan penyelamat dikerah untuk operasi kecemasan.

“Kami berada dalam keadaan siap siaga terutama ketika jemaah umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir,” katanya.

Beliau berkata, Lebuh Raya Jeddah-Makkah ditutup sementara waktu akibat banjir dan Lebuh Raya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang petugas di Masjidil Haram berkata, kawasan King Abdulaziz Gate yang sebelum ini popular sebagai tempat berehat untuk jemaah kelihatan kosong.

SINAR HARIAN 


 Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, BN Juga Tak Perlu Tanding Di Teluk Intan
Posted on Sunday, May 11 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor akibat kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya 17 April lalu, bakal dimenangi secara percuma oleh DAP berikutan MCA yang sepatutnya meletakkan calonnya, mengambil keputusan tidak mahu bertanding di kerusi tersebut.

Dengan ini, anak Karpal Singh, Ramkarpal yang telah diumumkan sebagai calon DAP oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sudah boleh menarik nafas lega dan meraikannya kejayaannya lebih awal daripada yang sepatutnya, meskipun penamaan calon hanya akan diadakan pada 12 Mei ini.

Ini kerana jika ada pun calon Bebas yang turut bertanding untuk bersaing dengan Ramkarpal, mereka hanyalah ikan bilis dan bukannya pesaing yang sebenar kepada DAP.

MCA memutuskan tidak mahu meletakkan calonnya di Bukit Gelugor sebagaimana yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan, adalah untuk memberi tumpuan kepada isu hudud dan melindungi Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ong lagi, jika MCA bertanding mungkin akan menyebabkan beberapa isu lain timbul dan seterusnya memesongkan tumpuan parti itu dalam menghalang isu hudud daripada dibentangkan oleh Pas melalui usul persendirian di Parlimen.

MCA sebelum ini bukan saja menentang usul hudud yang mahu dibawa oleh Pas dengan menyediakan 100 peguam bagi tujuan itu, bahkan juga mengancam untuk mengkaji semula kedudukannya dalam BN jika UMNO mengambil sikap menyokongnya.

Dalam masa yang sama, MCA juga sedang berunding dengan Perdana Menteri mengenai jawatan dalam kabinet yang bakal diperuntukkan kepadanya berikutan keputusan parti itu mahu kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan.

Meskipun hudud dijadikan alasan tidak mahu bertanding di Bukit Gelugor, kemenangan Karpal dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti 42,778 undi juga turut menjadi pertimbangan MCA sebenarnya. Dengan majoriti sebesar itu bukan saja mustahil MCA untuk menang, bahkan jika undi yang diperolehinya lebih buruk atau lebih kurang sama, tentulah ia memalukannya untuk kembali semula menganggotai kabinet.

MCA akan dianggap sebuah parti yang tidak sedar diri kerana setelah ditolak oleh pengundi, tetapi masih juga mahukan jawatan dalam kerajaan. Maka, jalan paling selamat ialah tidak meletakkan calon dan pemimpin MCA boleh kembali memegang jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri yang sudah sekian lama diidam-idamkan tanpa banyak pertikaian.

Selain Bukit Gelugor, satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan pada 31 Mei nanti ialah di Teluk Intan berikutan kematian wakilnya, Seah Long Peng. Dalam pilihanraya lalu, wakil DAP itu menewaskan calon Gerakan, Mah Siew Keong dan seorang calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi.

Dalam pilihanraya kecil, Mah yang kini sudah menjadi Presiden Gerakan dikhabarkan akan dicalonkan sekali lagi. Tetapi memandangkan penamaan calonnya hanya pada 19 Mei, belum ada sebarang keputusan lagi dibuat ketika ini.

Namun demikian, jika hujah hudud digunakan oleh MCA untuk tidak meletakkan calonnya, Gerakan juga wajar berpendirian yang sama kerana kedua-dua parti itu sama-sama menolak hudud. Malah Gerakan turut membuat komen yang lebih menyinggung umat Islam mengenai hudud dengan mengatakan wanita dan kanak-kanak lebih menjadi sasaran jika hukum itu dilaksanakan.

Walaupun Gerakan tiada kerusi menteri atau timbalan menteri yang boleh diharapkan berikutan calonnya kalah dalam pilihanraya lalu, mereka wajar bersama dan bersatu hati dengan MCA dengan sama-sama melupakan kepentingan pilihanraya kecil Bukit Gelugor dan Teluk Intan demi perjuangan menentang hudud yang sedang dilalui.

Oleh kerana MCA dan Gerakan memikirkan menentang hudud itu lebih penting, maka biarkanlah DAP menang percuma di kedua-dua kerusi itu. Lagi pula, sama seperti MCA di Bukit Gelugor, peluang Gerakan juga agak tipis di Teluk Intan. (SH 10/05/2014)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com


  Nurul cadang pemilihan PKR balik ke format lama
Posted on Sunday, May 11 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Penyandang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan agar pemilihan parti itu kembali ke format lama iaitu mengundi dengan memangkah di sebelah nama calon.

Menurutnya, sistem undian mengikut nombor dan 'cai' yang diperkenal Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tahun ini di mana pengundi perlu menulis nombor setiap calon yang ingin diundi, agak menyusahkan dan menggunakan banyak masa.

"Saya fikir proses  (mengundi) itu sendiri (masalah yang nampak). Menggunakan nombor kerana ia lebih menyusahkan berbanding guna pangkah.

"Bila nama tiada dalam kertas undi, tiadalah ikatan emosi. Dulu ada muka dan nama di sebelah, jadi JPP kena fikir semula. Dan proses itu (nombor) juga ambil masa lebih lama," kata Nurul ketika ditemui di pejabat PKR Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa hari ini.

Menurutnya lagi, walaupun niat sistem itu baik namun beliau meminta JPP atau jawatankuasa yang tangunggjawab memperbaiki sistem pengundian dalam pemilihan parti akan datang.

"Kita lihat warga emas dan OKU agak susah.

"Tahun 2010 satu 'cai' pun saya tak pegang," katanya.

Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata proses pemilihan dwi-tahunan secara terus turut perlu dilihat semula lantaran peratus keluar mengundi yang rendah.

Beliau berkata walaupun Lembah Pantai merupakan antara cabang yang paling tinggi peratusan pengundi keluar, tetapi ia masih rendah.

"Adakah program (pengundian) ini akan diteruskan kerana perbelanjaan kewangan tidak setimpal dengan apa yang diperolehi," katanya. 


Anwar Sokong GST, Namun Gesa Banteras Rasuah
Posted on Sunday, May 11 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PUCHONG: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan boleh membanteras pelbagai jenis amalan rasuah seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun. 

"Kerajaan hanya boleh melaksankan GST sekiranya mereka menyelesaikan ketirisan yang berlaku," katanya dalam syarahan di Pusat Pembaharuan Demokrasi dan Inisiatif Sosial pada Sabtu.

Beliau berkata GS merupakan satu sistem percukaian yang efisien kerana ia sangat telus dan digunapakai di kebanyakan negara di dunia.

"Kenapa kita perlu ada GST. Untuk mengadakan sistem yang efisien. Kita harus mengelakkan ketirisan daripada berlaku. Inilah apa yang didedahkan dalam laporan ketua audit negara setiap tahun," katanya.

Anwar berkata tahap pendapatan perlu dinaikkan juga kerana beban cukai perlu ditanggung oleh kumpulan masyarakat yang lebih besar.

RASHVINJEET S. BED
THE STAR
 


 PM ulangi jaminan TPPA beri faedah kepada negara
Posted on Sunday, May 11 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengulangi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa negara akan mendapat faedah daripada pasaran lebih luas dengan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memandangkan 12 negara yang sedang berunding perjanjian itu berpotensi bertambah kepada 20 pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, jika Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan kerugian besar memandangkan Malaysia sebuah negara berorientasikan eksport yang membentuk sebahagian daripada rejim perdagangan bebas global.

Beliau berkata, TPPA berpotensi menawarkan akses pasaran yang lebih luas bukan sahaja kepada syarikat-syarikat yang sedang beroperasi di Malaysia, malah mampu menarik minat pelabur di seluruh dunia untuk membuka operasi perniagaan mereka di sini.




"Dengan itu, perkongsian TPP boleh menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik, sekali gus meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI)," kata beliau dalam rancangan Ruang Bicara Khas Bersama Perdana Menteri terbitan Bernama TV yang disiarkan melalui saluran Astro 502 malam ini.

Najib yang juga Presiden UMNO, ditemu ramah selama sejam di Pejabat Perdana Menteri oleh Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA TV, Datuk Ibrahim Yahaya; dan Penolong Pengarang, Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun UMNO ke-68.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah antara negara perdagangan yang besar di dunia, dengan jumlah nilai perdagangan negara adalah 167 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

"Syarikat-syarikat boleh eksport dari Malaysia tanpa dikenakan tarif ataupun dikenakan tarif yang rendah. Jadi kita ada kelebihan untuk menarik pelabur," katanya.
Perdagangan Malaysia tahun lalu berkembang sebanyak 4.6 peratus kepada RM1.36 trilion berbanding RM1.309 trilion pada 2012 dipacu oleh prestasi eksport yang lebih baik meskipun persekitaran luar yang sukar.

Negara bersedia untuk mencapai pertumbuhan jumlah dagangan antara lima dan enam peratus tahun ini dengan pemulihan dalam eksport elektrik dan elektronik.

Pelaburan yang diluluskan dalam negara mencecah paras tertinggi pada RM216.5 bilion tahun lepas, naik daripada RM167.9 bilion pada 2012.

Sementara itu, Najib berkata jumlah negara yang terbabit dalam rundingan TPP juga dijangka bertambah kepada 20 negara pada masa akan datang berbanding 12 negara setakat ini.

TPP, perjanjian perdagangan bebas abad ke-21 itu kini dirunding antara Malaysia, Singapura, Jepun, Vietnam, Brunei, Australia, New Zealand, Peru, Mexico, Chile, Amerika Syarikat dan Kanada.

Negara-negara ini menguasai sehingga 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia.

Taiwan dan Korea Selatan menyatakan minat dalam keanggotaan TPP pada tahun lalu.

Najib turut menyarankan seluruh rakyat supaya menilai pembabitan Malaysia dalam rundingan TPP yang masih berjalan secara menyeluruh.

"Kalau Malaysia terkeluar daripada TPP, apakah implikasinya? Mesti ada kosnya.
Kita tidak nampak hari ini kosnya, sebab itu kita perlu menilai penyediaan kita dalam TPP secara keseluruhan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Di samping itu, Najib mengulangai pendirian kerajaan akan memastikan pentadbirannya tidak menandatangani sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya tidak kata kita boleh untung semua, tetapi asalkan keuntungan kita itu melebihi apa yang mungkin kita terpaksa lepaskan. Asalkan keseluruhannya lebih baik untuk kita," jelasnya.

Semasa sidang akhbar bersama bersempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia bulan lalu, Najib berkata Malaysia komited kepada proses mendapatkan persetujuan daripada rakyat sebelum menandatangani TPPA dengan membabitkan orang ramai dan membentangkannya kepada Parlimen.

"Kami sedang berusaha dalam soal sensitif dan cabaran dan cuba untuk menyelesaikannya dengan hasrat untuk memuktamadkanya dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Obama berkata TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2020. 




Beliau percaya TPPA adalah perkara yang tepat kerana ia mewujudkan pekerjaan dan perniagaan yang akan memberi manfaat kepada negara-negara seperti Malaysia yang dalam peralihan daripada berintensif buruh kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi.

TPP adalah perdagangan untuk menguruskan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan dan mengintegrasikan ekonomi rantau ini yang mewakili pasaran yang besar daripada 800 juta orang.

Setakat ini, 19 pusingan rundingan formal TPP telah diadakan.

- BERNAMA 


 Cabaran Buat Ibrahim Ali dan Perkasam Supaya Buat Himpunan Sokong GST
Posted on Sunday, May 11 @ 00:21:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Sebenarnya Pengerusi Biro Kepengguaan PKR Hj Yahya Sahri tu tak cakap pun seperti apa yang gua tulis pada gambar beliau diatas tu, tetapi untuk memberi supaya lebih FAHAM BAHASA gua kena tulis dalam Bahasa yang lebih Mudah difaham oleh Ibrahim Ali. Sebab beliau sudah Terkenal dengan Tak Faham Bahasa Melayu di Campor dengan Muka Tak Malu... kah kah kah !.

Apa Macam... dan Jangan Pulak Macam-Macam Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASAM) Datuk Ibrahim Ali Al-Kataki... ada Berani ka lu sambut CABARAN dari Pengerusi Biro Kepengguaan PKR tu Brahim. Lu jangan buat MALU Brahim, walaupun gua tahu yang sememang nya lu mempunyai Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci beb... kah kah kah !.

Sesuatu yang boleh menambahkan lagi Tingginya Tahap Muka Tak Malu lu jika lu hanya membiarkan Cabaran dari Pengerusi Kepenggunaan PKR tersebut, oleh itu lu dan PERKASAM yang Mesti membuat Himpunan Sokongan GST dan bukan nya MENYURUHKAN Pihak lain supaya membuat Himpunan Sokong GST kecuali lah Telor lu sudah lu buat Roti Telor... kah kah kah k!.

Atau lu Takut yang sambutan terhadap Himpunan Sokong GST tersebut jika lu dan Perkasam yang AJURKAN ianya hanya boleh dilakukan didalam Dewan Orang Ramai atau pun di Balai Raya kerana kurang nya Sambutan. Kalau kerana itu lu Takut untuk mengadakan Himpunan Sokong GST ianya mudah untuk diatasi beb, Gua cadangkan lu buat CABUTAN BERTUAH... kah kah kah !.
Hadiah nya lu minta dengan Kerajaan yang lu jadi Penchacai Angkat Najis nya iaitu 1000 Kerakyatan Malaysia kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang menghadiri Perhimpunan pada hari tersebut, 1000 Kerakyatan Malaysia bukan nya banyak pun jika dibandingkan dengan Kerakyatan yang diberi oleh Tun Mahathir dalam Projek IC beliau di Negeri Sabah... kah kah kah !.
Gua JAMIN 101 peratus yang Himpunan Sokong GST tersebut akan dapat Sambutan HANGAT la Brahim, untuk lebih Umpppppsss lagi lu suruh pulak Tun Mahathir cakap dengan Anak beliau untuk MENDERMA Minuman Kesihatan SAN MAGUEL kepada Peserta Himpunan. Diwaktu tersebut Seluruh Pati-Pati akan Berhimpunan Menyokong GST lu tahu tak Brahim... kah kah kah !.
Rasa-rasa gua Tak Keberatan untuk Tun Mahathir menyuruh Anak beliau Tokey San Maguel untuk Menderma Miniuman Kesihatan pada hari Himpunan Sokong GST tersebut, setidak-tidak nya beliau dan Anak beliau sudah membuat AMAL JARIAH kepada Peserta-Peserta Himpunan Sokong GST. Apa macam Brahim dengan gua punya cadangan... kah kah kah !.
Soal Taat Setia Kepada Negara itu semua boleh pergi MAMPOS la Brahim... daripada Kerakyatan Malaysia diberi kepada PATI yang tak tahu hujung Pangkal seperti Projek IC Tun Mahathir di Negeri Sabah, baik diberikan kepada PATI yang sudah tentu Menyokong GST beb. Tak secara langsung lu dapat NAMA dan Kerajaan yang lu jadi Penchacai nya pun dapat Nama... kah kah kah !. sumber klik sini

hemmmmm..... ini lah yang biasa dilakukan oleh katak-katak beb... bila dengar saja hari nak hujan maka sibuk lah katak-katak berbunyi seolah-olah hujan tersebut turun kerana katak... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Sunday, May 11 @ 00:21:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Najib kata beliau sabar, bukan lemah
Posted on Sunday, May 11 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kerajaan berdiri teguh dengan keputusannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana yakin ia merupakan kehendak majoriti rakyat negara ini.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam keadaan masyarakat yang semakin terbuka dan matang, beliau percaya rakyat negara ini tidak mahu pendapat mereka dikongkong, atau hidup dalam ketakutan.

"Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahu ruang lebih luas dalam wacana politik tanahair.
  
"Kalau kita buat penilaian, tidak semua hendak balik kepada zaman ISA. Saya lihat ini sebagai satu perkembangan positif," katanya dalam rancangan Ruang Bicara Khas Bersama Perdana Menteri terbitan Bernama TV yang disiarkan melalui saluran Astro 502 malam ini.
  
Najib yang juga presiden Umno ditemubual selama sejam di Pejabat Perdana Menteri oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulangtahun Umno ke-68 Ahad ini.
  
Najib turut menepis tanggapan segelintir pihak, kononnya kesabaran beliau dalam mendepani suara-suara yang menentang, memperlihatkan 'kelemahannya' untuk bertindak.
  
"Saya tidak anggap itu (kesabaran) kelemahan. Kalau kita tanya apakah mereka mahu satu keadaan di mana ada saja yang mengeluarkan pendapat kita tangkap di bawah ISA?. Apakah itu yang kita hendak?.

"Tentu sekali majoriti rakyat Malaysia tidak mahu keadaan sedemikian. Mereka mahu kita merupakan masyarakat yang ada latitud atau ruang untuk mengeluarkan pendapat walaupun ia kontra atau berbeza," kata perdana menteri.
  
Bagaimanapun rakyat diingatkan agar tidak mengambil 'peluang' terhadap 'ruang' yang diberikan oleh kerajaan sehingga membawa kemudaratan kepada negara.

Kerajaan pada 2011 menunaikan janji untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam perundangan negara, antaranya membatalkan tiga Proklamasi Darurat yang membawa kepada pemansuhan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1971, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 serta meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis.
  
Susulan itu, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) diwartakan pada Jun 2012 bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan setelah pemansuhan ISA antaranya melibatkan penahanan tanpa bicara di bawah undang-undang lama itu.
  
Turut diperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan menjamin hak bersuara rakyat mengikut saluran sesuai di samping memastikan ketenteraman awam tidak terjejas bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain.
  
Menjawab desakan sesetengah pihak yang mahu ISA dikembalikan, Najib berkata kerajaan yakin undang-undang baharu yang diperkenalkan menyediakan kuasa yang cukup untuk kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba merosakkan keamanan dan keharmonian negara.
  
Katanya selain SOSMA, tindakan tegas juga boleh diambil di bawah Akta Hasutan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyentuh perkara sensitif, menghasut atau melakukan tindakan yang boleh membawa pergaduhan dalam negara.
  
"Kita memang ambil tindakan berdasarkan undang-undang negara tetapi bukanlah dengan cara tangkap ikut rasa kepada mana-mana individu kita tangkap bawah ISA. Saya percaya kalau buat macam itu, lagi ramai orang marah pada kerajaan," katanya yang mengambil perhatian kejatuhan rejim pemerintah di negara-negara Timur Tengah akibat mengamalkan dasar-dasar politik yang lebih keras.
  
Atas dasar itu juga, kata Najib, sebagai kerajaan, tidak boleh hanya mengambil pendapat sekumpulan tertentu kerana yang lebih penting ialah pandangan dan suara kumpulan majoriti masyarakat.
  
Najib berkata sebagai pemimpin, beliau bersedia melakukan apa sahaja yang difikirkan terbaik selepas mengambil kira penerimaan masyarakat, namun pada masa sama yakin apa yang dilakukan kerajaan selama ini adalah yang terbaik untuk negara.
  
- Bernama 


 HUDUD: Senario Politikus Gila
Posted on Sunday, May 11 @ 00:21:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Sejak detik pertama azan hudud bergema
belum pernah kudengar ,
Perompak menentangnya,
Penzina berdemonstrasi,
Pencuri membina tembok manusia di Parlimen,
Pemabuk menaikkan kain rentang ugutan,
Penjenayah menggayakan tarian punggung.
Sungguh,  belum pernah kudengar.

Sejak  detik pertama azan hudud dikumandangkan,
Belum pernah kudengar
Perompak mendiskusikannya,
Penzina membantahnya,
Pencuri mempertikaikannya,
Pemabuk memprotesnya,
Penjenayah mengejinya,
Sungguh belum pernah kudengar.

Yang telah kudengar adalah
UMNO bercakaran dengan PAS, kerananya
MCA mengancam keluar BN,  kerananya
Gerakan melapori polis, kerananya
DAP meminta PAS tinggalkan PR, kerananya

Lantas  kutertanya-tanya
Perompakkah UMNO, KATAKAN
Penzinakah MCA, KATAKAN
Pemabukkah Gerakan, KATAKAN
Penyamunkah DAP, KATAKAN.

Yang aku pasti adalah
Perompak, penzina, pencuri, pemabuk, penjenayah
Terus bermaharajalela di balik tabir-tabir hitam
Kerana
Sudah apa haiwan politik yang melindungi mereka
Di balik tabir-tabir putih.


KARYA,
BayangDiAir,
Kemaman, Terengganu. 
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
BayangDiAir
Posted on Sunday, May 11 @ 00:21:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 
Beri rakyat pilih MB baharu

Posted on Sunday, May 11 @ 00:26:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan Pas negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah menganggap isu pertukaran Menteri Besar yang kini sedang hangat diperkatakan tidak akan menyelesaikan masalah.

Menyifatkan perkara tersebut seolah-olah menyapu sampah ke bawah permaidani, Adun Bukit Payong itu berkata, tiba satu saat sampah berkenaan akan menimbun dan kembali kelihatan kerana pemimpin Umno tetap melakukan pembaziran wang rakyat.

“Melainkan pembubaran Dun dibuat dan rakyat diberi mandat untuk memilih semula kerajaan, sekali gus untuk menteri besar yang baru,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Nor, beliau mengikuti berita desas-desus pertukaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan berjanji dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemudikan kerajaan selama setahun sahaja selepas menang PRU13.

“Saya sebagai rakyat Terengganu, merasakan berhak untuk mengemukakan beberapa persoalan agar jelas, apakah masalah yang sedang melanda Kerajaan Negeri Terengganu ini.

“Sebagai wakil rakyat, saya telah pun menjalankan tanggungjawab saya dengan mengemukakan soalan di dalam Sidang Dun baru-baru ini berkenaan pertukaran MB ini. Malangnya soalan saya ditolak oleh Dun.

“Apakah kesalahan Ahmad Said sebenarnya, sehinggakan beliau hendak diturunkan dari takhta MB ini? Jika kerana berlaku masalah dalam pentadbirannya, rakyat tak boleh tidak, mesti dimaklumkan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Terengganu sudah muak dengan drama bersiri perbalahan dalaman Umno terutama antara ‘team utara’ dan ‘team selatan’ yang tidak berkesudahan sejak 2008.

Terbaharu, sebuah akhbar Bahasa Inggeris dalam laporannya Rabu lalu yang memetik sumber dari Putrajaya sebagai berkata, Putrajaya meminta dua Adun di Terengganu agar ‘bersiap sedia’ untuk menggantikan Ahmad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Dua nama yang disebut-sebut sebagai calon MB ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Seberang Takir iaitu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman serta Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.

Menurut sumber itu lagi, perkembangan baharu itu berikutan persetujuan Ahmad menandatangani tempoh selaku Menteri Besar yang tamat selepas setahun menyandang jawatan berkenaan dan peralihan kuasa mungkin berlaku antara tempoh antara 15 hingga 18 Mei ini.

Mengulas lanjut mengenai laporan itu, Ahmad yang juga Adun Kijal enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu dengan hanya mengatakan ‘no komen’.

RAHAYU MUSTAFA
SINAR HARIAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan