Jumaat, 30 Mei 2014

KENAPA HANYA FOKAS KEPADA HUKUM ALLAH/HUDUD...KENAPA TAK FOKAS PERBUATAN PENJENAYAH...LARIKAN...BUNUH DENGAN MENGELARNYA...TAK KENA BATANG HIDUNG MEMANG TAK RASA SANGAT

Kemenangan paling memalukan sejarah Mesir


KAHERAH - MESIR. Bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi dilaporkan meraih majoriti besar dalam Pilihan Raya Presiden Mesir selepas kiraan di 312 pusat mengundi daripada 352 pusat, selesai dijalankan semalam.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya 21 juta pengundi atau 96.2 peratus memilih bekas panglima tentera yang menyingkirkan Presiden Mohammed Mursi daripada Ikhwanul Muslimin, Julai lalu.

Pencabarnya, Hamdeen Sabbahi berhaluan kiri, menerima 3.8 peratus daripada undi yang dikira setakat ini.

Jurucakap penyokong Hamdeen berkata, kerajaan sementara banyak melakukan pembohongan apabila melanggar Perlembagaan dengan melanjutkan tempoh pengundian sehari selepas jumlah pengundi didapati kurang daripada 40 peratus.

“Kami mengecam kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya. Tempoh melanjutkan hari mengundi sengaja dibuat bagi mengelakkan Al-Sisi mendapat malu,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya menyasarkan sekurang-kurangnya 47 peratus pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab itu namun sehingga Selasa hanya 38 peratus berbuat demikian.

Selepas angka keluar mengundi didapati amat sedikit, pihak mereka dikatakan melanjutkan tempoh mengundi sehari lagi, laporan dipetik dari Al Arabiya.

 

Johari Ghani Dan UDA Jadi Boneka Towkay

Written By Abdullah Othman on Friday, May 30, 2014 | 5:10 AM

Oleh : Red Giant

Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan UDA Holdings dalam beberapa kes yang melibatkan hala tuju dan peranannya sejak ia ditubuhkan pada 1971.

Dari isu pembelaan terhadap peniaga kecil bumiputera dikawasan-kawasan bandar menerusi peningkatan sewa premis, mutu perkhidmatan, integriti tender-tender dan jual beli hartanah. Kesemua ini masih dibelenggu masalah integriti, ketelusan dan salahguna kuasa. 

Antara beberapa isu yang berkaitan adalah seperti :

1.      Isu pajakan tanah selama 75 tahun kepada syarikat bukan Bumiputera iaitu Central Market Management Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat KHA SENG GROUP. Namun, isu yang lebih penting adalah, kesan dari urusniaga ini, peniaga bumiputera di Central Market sudah tidak mampu menampung peningkatan kadar sewa premis perniagaan. Kes ini, seolah-oleh UDA telah lepas tangan terhadap masalah peniaga tempatan dengan menumpukan kepada keuntungan dari hasil pajakan tersebut.

2.      Rangkaian Pusat Membeli Belah seperti Angsana Johor, Angsana Ipoh dan Angsana Seremban juga menjadi keluhan peniaga bumiputera apabila mereka dilayan seperti melukut ditepi gantang apabila kos penyewaan terus meningkat dan membebankan peniaga. Sebaliknya, UDA sibuk menumpukan soal imej dan penjenamaan semula pasaraya milik mereka dan mengabaikan peniaga.

3.      Penjualan aset penting seperti tanah-tanah dilokasi strategik kepada syarikat milik Towkay-Towkay yang tidak memahami matlamat UDA. Penjualan tanah tersebut akan menguncupkan aset bumiputera yang sedia ada. Sebagai contoh penjualan tanah 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton Kuala Lumpur kepada Mutiara Goodyear Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta. Malah, beberapa kes lagi wujud seperti tanah di Bukit Lanjan dan Lembah Pantai. Pada masa yang sama, peluang perniagaan untuk usahawan kecil bumiputera terus diabaikan.

Dari senarai ini kita dapat lihat bahawa, UDA bukan sekadar mengabaikan nasib usahawan bumiputera dan menjual aset-aset penting, tetapi sebenarnya UDA telah menjual nasib dan masa depan usahawan bumiputera.

Peranan UDA untuk membantu penempatan semula masyarakat bumiputera bandar, terus dipersoalkan apabila kebanyakan projek perumahan berkos tinggi yang tidak mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat, sebaliknya rumah kategori mampu milik seakan-akan tidak menjadi keutamaan UDA.

Projek-Projek Perumahan di Lembah Klang

1.      Bandar Tun Hussein Onn  - kediaman mewah

2.      Gaya Bangsar – Kondo mewah

3.      Sinaran TTDI – Apartment mewah

Pembinaan Kediaman dikawasan Selatan

1.      Bandar Baru Uda – kediaman mewah

Pembinaan Kediaman dikawasan Timur

1.      Pelindung Height – kediaman mewah

2.      Taman Murni Perdana – 2 Fasa kediaman mewah – 1 fasa kediaman kos rendah.

Pembinaan dikawasan Utara

1.      Nilamria – kediaman mewah

2.      Taman Wakaf SeeTee Aisah – Mewah

Inilah hasil UDA sejak kebelakangan ini. Anda boleh nilaikan sendiri.

Berbalik kepada urusniaga UDA, kesemua urusniaga UDA ini adalah dengan Towkay kapitalis yang mana agenda mereka langsung tidak mempedulikan usahawan bumiputera. Yang ironiknya UDA telah mencanangkan bahawa mereka  akan mempertahankan hak ekonomi Melayu, namun yang untung hanya towkay yang terus menjadi kroni elitis dalam UMNO, bukan rakyat jelata.

Dibawah kendalian YB Johari Ghani, UDA telah membuka tender kepada pemaju dan GLC untuk sama-sama membangunkan tanah bekas penjara pudu. Namun pada awal tahun ini tender tersebut telah dibatalkan oleh Kerajaan. Siapakah yang telah memberi arahan?

Tanah strategik yang bernilai ratusan juta bukan sahaja mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada UDA. Malah akan membolehkan UDA membina ribuan rumah-rumah mampu milik bukan hanya kepada Bumiputera tetapi kepada seluruh rakyat yang berpendapatan rendah.

Jadi soalnya, apakah alasan pembatalan tender tersebut?

Syarikat manakah yang telah "dianugerahkan" projek tersebut?

Siapakah towkay yang membolot projek tersebut?

Siapakah yang memberi arahan untuk penganugerahan projek ini?



Semua ini akan didedahkan dalam artikel seterusnya..



-redgiantloyalist.

....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/

Belasungkawa - Sultan Berjiwa Rakyat, Diingati Rakyat

Friday, May 30, 2014
Sukar untuk menyembunyikan rasa hiba tatkala berita kemangkatan Almarhum Sultan Muhibbuddin Azlan Shah menjengah ke ruang udara. Tanpa diduga, berlalulah masa bagi setiap yang bernyawa. Inilah resam berbudi, sepanjang berdetiknya waktu, setiap jasa yang ditaburkan diimbau semula untuk dijadikan kenangan dan makna kehidupan.

Kemangkatan Almarhum Sultan Azlan banyak meninggalkan legasi di persada negara terutamanya dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sukan. Kehalusan pekerti, ketokohan, kebijaksanaan dan sikap mesra antara ramuan keperibadiannya yang terukir di benak rakyat.


Sepanjang tiga hari berturut-turut, tidak sunyi kita didendangkan dengan khabaran pengorbanan dan sumbangan baginda mewarnai persada negara. Tentunya, makalah kecil ini tidak dapat menitipkan segalanya, namun cukuplah sebagai garapan belasungkawa buat seorang sultan berjiwa rakyat. Harimau mati meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama.

Almarhum Sultan Azlan mempamerkan satu penanda aras seorang sultan yang versatil dan berwibawa. Baginda memiliki merit yang tinggi dalam bidang perundangan dan penghakiman. Dilantik sebagai Presiden Mahkamah Persekutuan Malaysia (kini Ketua Hakim Negara) yang termuda dalam sejarah. Malah, pelbagai rekod keputusan penghakiman baginda tercatat sebagai masdar penting samada di dalam mahupun di luar negara.

Baginda turut dikagumi dengan kesarjanaan ilmu. Lihat sahaja bagaimana baginda menumpahkan pelbagai usaha dan inisiatif sehinggakan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya merintis jalan menganjurkan The Sultan Azlan Shah Law Lecture Series (Syarahan Perdana Undang-Undang Sultan Azlan Shah) yang bertaraf dunia. Dedikasi dan semangatnya melambangkan kecintaan kepada ilmu dan budaya intelektual.

Almarhum Sultan Azlan gah dengan sandaran Bapa Hoki Malaysia. Empat puluh tahun baginda meniup semangat juang para atlet hoki untuk menjulang nama negara. Pelbagai posisi pertubuhan hoki di Malaysia, Asia dan antarabangsa digalas demi untuk memartabatkan hoki sehingga menjadi sukan pilihan utama rakyat selain bola sepak. Dalam tempoh itu, Kuala Lumpur berkesempatan menjadi tuan rumah penganjuran sukan hoki Piala Dunia pada tahun 1975 dan 2002.

Dikesempatan ini, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merafak jutaan tahniah di atas pertabalan Dr. Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke 35. Perwatakan baginda juga mirip dengan Almarhum Sultan Azlan. Kami berharap pemerintahan baginda disinari dengan cahaya keadilan dan kebenaran. Sesungguhnya ia mengundang keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

Buat akhirnya, dititipkan antara mutiara titah Almarhum Sultan Azlan, “Mahkota akan hanya mendapat tempat di muzium kalau institusi raja terkandas dalam menjalankan tugasnya yang sebenar”.     


Yang Benar,  
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

......
http://tkobloglist.blogspot.com/


 Askar ditembak di Lahad Datu angkara pertengkaran mengenai minuman
Posted on Friday, May 30 @ 11:01:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Menurut laporan akhbar NST, anggota tentera yang ditembak oleh rakannya di Lahad Datu berpunca apabila berlaku pertengkaran antara sekumpulan 4 orang tentera yang ingin masuk ke “Pub” membawa minuman mereka sendiri tetapi dihalang oleh “Bouncer”. Tak dinyatakan pula minuman apa yang dibawa dan “Pub” tersebut tempat apa.

Soldier shot dead after scuffle over drinks
30 May 2014

LAHAD DATU: An argument over drinks at a pub led to the death of an army commando who was shot after a scuffle outside a 24-hour shop here in the wee hours of Wednesday.

Lance Corporal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, was shot dead, while two bouncers, foreigners aged 31 and 38, were injured after being shot.

Sabah Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Omar Mammah yesterday said: "The suspects were at the scene where the scuffle broke out between two groups. A firearm and several items were recovered."

Omar said the argument was over a request by a group of four soldiers, who wanted to bring their own drinks into the pub.

"A bouncer stopped them from doing so, which may have started the argument at the pub, located above the 24-hour shop."

Komando maut, 2 cedera terkena tembakan

KOTA KINABALU
28 Mei - Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Muhamad Fiffixzafey Mat Hussin, 28, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, cedera di bahagian kiri dadanya sebelum meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kedua-dua orang awam yang cedera itu berusia 31 dan 38 tahun serta bekerja sebagai penjaga kelab malam.

Hamza berkata, semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) di daerah berkenaan.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Friday, May 30 @ 11:01:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Rakaman CCTV Warga Asing Melarikan Kanak-kanak Sebelum Dikelar (bersama video)
Posted on Friday, May 30 @ 19:36:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Mangsa di bawa lari oleh warga asing berkenaan disebuah pusat membeli belah di Pudu Sentral ketika ditinggal bersama rakan ibu berkenaan.

CCTV menunjukkan warga asing mengheret tangan mangsa keluar daripada pusat membeli belah berkenaan.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.



....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/


 

Ustaz Kazim menyesal tolak jadi MT UMNO

kazim1vvxxIni kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.
Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.
Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.
“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.
Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.
“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.
“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.
“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.
Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.
Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?
Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.
“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.-29/5/2014

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan