Jumaat, 2 Mei 2014

GST LAKSANA JUGAK....HUDUD CAMNA...JIKA TAK LAKSANA...PELIKAN...FIKIR2LAH BEB...BAGAIMANA STATUS ALLAH DISISI MEREKA YANG MENOLAK HUDUD

Delegasi Life Line 4 Syria hampir jadi mangsa bom

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Berikutan serangan yang disasarkan ke Sekolah Ain Jalut pada 30 April, jam 9.00 pagi yang dijangka akan dilawat oleh wakil Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) yang sedang berada di dalam rangka menghantar bantuan kecemasan untuk Misi Khas #SaveAleppo.                                                               

“Setakat ini dilaporkan dua anggota misi MLLFS telah selamat keluar daripada bandar Aleppo dan kini berada di sebuah lokasi yang tidak dapat dimaklumkan atas faktor keselamatan,” jelas Ketua Misi Khas #SaveAleppo, Syahrir Azfar Saleh dalam satu kenyataan petang tadi, sebagaimana di bawah.

Berikutan serangan yang disasarkan ke Sekolah Ain Jalut pada 30 April 2014, pukul 9.00 pagi yang dijangka akan dilawat oleh wakil Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) yang sedang berada di dalam rangka menghantar bantuan kecemasan untuk Misi Khas #SaveAleppo.                                                               

Setakat ini dilaporkan dua anggota misi MLLFS telah selamat keluar daripada bandar Aleppo dan kini berada di sebuah lokasi yang tidak dapat dimaklumkan atas faktor keselamatan.

Serangan dua buah roket yang berlaku 15 minit sebelum ketibaan delegasi misi yang sememangnya disasarkan kepada galeri lukisan dan sekolah tersebut telah mengakibatkan seramai 40 orang syahid di antaranya adalah 35 orang kanak-kanak dan juga 5 orang cikgu.

Galeri tersebut khusus dipersiapkan untuk menyambut ketibaan delegasi. Namun begitu, serangan zalim daripada rejim Bashar Assad ini telah memusnah malah meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.

Kami menyeru kepada semua kepimpinan dan juga seluruh rakyat Malaysia utk bersama menyatakan solidariti mengenang para syuhadak ini dengan menggunakan hash tag #ainjalutschooltragedy dengan  memaparkan gambar-gambar selepas kejadian berlaku.

Ayuh bersama hentikan kezaliman ini. Basyar Assad perlu meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pertukaran kepimpinan Syria yang lebih demokratik.

Dunia kemanusiaan perlu bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini.

Cukuplah kita menutup mulut dan mata dengan apa yang sedang berlaku di Syria kini.

200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa?

Sama-sama kita mendoakan agar tim bantuan kemanusiaan terus dilindungi oleh Allah. - HARAKAHDAILY 1/5/2014


Perbuatan Yang Mengejutkan Oleh Pramugari

Friday, 2 May 2014


Eddie Putera adalah seorang jurufoto yang terkenal dikalangan insan-insan yang berada dilapangannya. Beliau sering berkongsi pengalamannya ketika travel ke mana-mana lokasi pengambaran yang beliau singgah.

(GAMBAR) AKSI PANAS PRAMUGARI YANG MENGEJUTKAN DALAM PESAWAT

Eddie, yang juga suami kepada Nurfarahin Jamsari telah berkongsikan satu adegan yang amat istimewa baginya ketika menaiki sebuah pesawat (tidak pula dimaklumkan pesawat jenis apa...).

Menurut beliau, ketika berada di dalam pesawat, beliau sering duduk di bahagian belakang sekali, kononnya dengan harapan dapat mengorat pramugari yang berlegar di situ.

Namun, insiden kali ini amat istimewa sekali baginya. Pramugari yang disangkakan mahu ke bahagian belakang, disangkakan untuk mengambil pesanan rupa-rupanya mahu solat....beliau yang begitu terharu dengan situasi berkenaan telah berkongsinya di laman FB beliau...

Tetap laksana, k'jaan BN tak peduli bantahan GST

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Biarpun lebih 50,000 rakyat menghadiri himpunan membantah perlaksanaan  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara semalam, kerajaan tetap bertegas tetap melaksanakan cukai itu pada April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan telah membuat persiapan lebih 30 tahun untuk perlaksanaan itu.

Malah kata beliau, 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Beliau juga menyelar himpunan rakyat semalam yang disifatkan sebagai bertujuan mempolitikkan 'perkara baik' yang kerajaan mahu laksanakan.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya. - HARAKAHDALY 2/5/2014

KLIA2 beroperasi secara rasmi hari ini

BERNAMA | .

SEPANG: Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), terminal tambang murah terbesar dunia, memulakan operasi secara rasmi dengan ketibaan pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu, Sabah, pada 12.05 tengah malam ini.

Pesawat pertama dijadual berlepas daripada lapangan terbang tersebut adalah pesawat Cebu Pacific Airways 5J502 ke Manila, Filipina, pada kira-kira 3.15 pagi ini.

Sebanyak 110 penumpang tiba dengan penerbangan Malindo Air manakala 147 penumpang akan berlepas dengan penerbangan Cebu Pacific Airways.

Terminal klia2, yang mempunyai kapasiti mengendalikan 45 juta penumpang setahun, akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Peristiwa yang membuka lembaran baharu dalam sejarah pengangkutan udara negara itu turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Turut hadir Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman.

Abdul Aziz turut menyambut ketibaan dan pelepasan penumpang serta mengagihkan beg cenderahati kepada setiap penumpang.

Terdahulu, pada pukul 10.20 malam, proses pendaftaran masuk penumpang bermula dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Penumpang pertama yang mendaftar masuk pada hari pertama operasi klia2 ialah seorang pembantu rumah warga Filipina, Gemma Camarinta, 39, yang mahu pulang ke kampungnya di Bohol, Filipina.

Katanya beliau teruja untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah itu.

Gemma, yang sering menggunakan LCCT untuk balik ke kampungnya, berkata klia2 lebih selesa dan mudah untuk sampai dengan menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) terus ke terminal.

Seorang lagi penumpang, Ace Perez, 30 berkata klia2 adalah jauh lebih baik dari segi ruang, keselesaan dan bersih berbanding terminal LCCT.

"Saya suka laluan ke klia2 kerana lebih senang sampai daripada lebuh raya. Saya gembira dengan bangunan baharu ini kerana di LCCT, saya terpaksa berjalan jauh untuk menaiki pesawat," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas ketibaan pesawat pertama itu, Abdul Aziz berkata pembukaan terminal itu berjalan lancar seperti dirancang.

"Kami telah membuktikan semua berjalan mengikut jadual seperti diumumkan sebelum ini. Kami bangga terminal ini menjadi ikon terbaru negara," katanya.

Beliau berkata kos pembinaan klia2 dalam lingkungan RM4 bilion seperti diperuntukkan sebelum ini dan sejumlah 22 juta penumpang dijangka menggunakan terminal ini pada tahun ini.

Abdul Aziz berkata kerajaan optimis lebih banyak syarikat penerbangan akan menubuhkan operasi masing-masing di sini pada masa depan.

Sementara itu, MAHB dalam kenyataan berkata syarikat penerbangan yang memulakan operasi dari klia2 hari ini ialah Malindo Air, Cebu Pacific Airways, Lion Air dan TigerAir manakala AirAsia akan berpindah ke sini sebelum 9 Mei ini.

Menurutnya, pada peringkat permulaan operasi, sejumlah 7,000 penumpang akan menggunakan klia2 setiap hari dan akan mencecah 50,000 penumpang selepas 9 Mei ini.

MAHB berkata LCCT akan menghentikan operasi selepas 9 Mei dan bagi keselesaan penumpang, perkhidmatan bas ulang-alik antara klia2 dan LCCT akan disediakan secara percuma mulai 1 hingga 15 Mei ini dengan kekerapan perjalanan setiap 15 hingga 20 minit.

Kaunter imigresen, keselamatan dan kastam di LCCT akan meneruskan perkhidmatan masing-masing sehingga 9 Mei ini dan penumpang dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengesahkan butiran penerbangan bagi mengelak sebarang kesulitan. -- BERNAMA

Rakaman komunikasi MH370 antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.

1. 01:38:19 pagi : Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.

2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.

3. 01:46:46am : HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di "waypoint BITOD."

4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif".

5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.

6. 02:03:48am : KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.

7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.

8. 02:11:37 pagi : HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.

9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara] :(dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.

10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.

HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.

KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.

HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.

11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.

12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.

13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat N14.90000 E109 15 00 pada jam 1833 UTC.

14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.

15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan frekuensi kecemasan.

16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan adalah berdasarkan ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.

17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.

18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.

19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.

20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.

21. 05:20:17 :Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, "MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia".

22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.

23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.

24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.
-BERNAMA

Suhakam puji penganjur, peserta Himpunan 501

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji pengendalian aman bagi himpunan anti-GST di sekitar jalan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada hari ini.

“Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak berkuasa,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam ini.

Katanya, Suhakam turut memuji pihak polis dan penganjur atas hubungan kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang telah diadakan sebelum perhimpunan yang membawa kepada persetujuan kedua-dua pihak dalam beberapa aspek utama yang berkaitan dengan perhimpunan, terutamanya persetujuan polis untuk penganjur menggunakan jalan raya berhampiran Dataran Merdeka walaupun dataran tersebut ditutup untuk kerja naik taraf.

Beliau menambah, Suhakam berbesar hati memerhatikan bahawa tiada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) digunakan semasa perhimpunan tersebut dan jalan-jalan utama dan stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup.

Pihak polis, dengan bantuan marshal penganjur, telah berjaya memudahcarakan kawalan lalu lintas dan pergerakan orang ramai sepajang perhimpunan tersebut bagi memastikan peserta perhimpunan boleh bergerak dari semua lokasi tanpa banyak kesulitan.

“Suruhanjaya juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti-kenaikan harga serta perhimpunan hari ini,” ujarnya lagi.

Demikian juga, ujar beliau Suhakam memuji penganjur dan peserta atas hubungan kerjasama positif mereka dengan pihak berkuasa.

“Suruhanjaya mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman masa depan ke arah memastikan hak asasi rakyat untuk kebebasan berhimpun dapat dipelihara sepenuhnya pada setiap masa,” kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 1/5/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan