Jumaat, 2 Mei 2014

GEGARAN ITU BUKAN ALLAH TEST...TAPI AMARAN....JANGANLAH BUAT MAKSIAT ATAU CUBA NAK MENOLAK HUDUD....TAK NEGARA...NEGERI....TAK NEGERI ....DAERAH....TAK DAERAH...KAMPUNG....TAK KAMPUNG....INIVIDU2 YANG MENENTANG HUDUD....JANGAN MENCABAR ALLAH SWT....LU TU SAPE....MAKHLUK JER

Kisah Kadir jumpa guru dengan pencapaian Najib

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, guru itu katakan kepadanya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu.

"Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu lagi.

Berikut ialah tulisan penuh beliau.

DEMIKIAN masa berlalu. Perjalanan kita mengikut ukuran masa dan jarak semakin jauh. Nenek moyang kita berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.

Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit.

Dia katakan kepada saya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu. Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka.

Pembahas Awang Batu Burok pula, dalam komennya berkata: “Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita berakhlak dengan islam. Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah."

Pembahas MSH pula, antara lain, mengulas: “Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah yg.mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.

"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap...bijak...amanah.serta.berwawasan.”

Pembahas OKJ pula, antara lain, berkata: “Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

"Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut.”

Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai mana-mana tajuk yang mereka dan pembahas lain sebutkan.

Kepada cikgu dari Kuantan yang hadir graduation anak perempuannya di negara kafir itu, saya ulangi kenyataan yang saya buat banyak kali sebelum ini, iaitu:

“Kalau pada suatu pagi yang berakah penduduk New Zealand dan Switzerland bangun dan mendapat hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadat maka dua negara kafir itu serta-merta menjadi negara dan tamadun Islam seperti yang dikehendaki al-Quran – maju, berdisiplin, timbang rasa dan sama rata.”

Sebaliknya, saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita kerana beberapa hari lagi iaitu pada pada 6 Mei genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013.

Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan komitmen para pembaca serta pembahas untuk membuat analisis dan kesimpulan mengenai pencapaian Mohd Najib sebagai Perdana Menteri sejak 2009, khususnya selepas PRU2013.

Saya yakin ramai pembaca dan pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan serta banyak lagi slogan dan motto.

Pembaca dan pembahas bolehlah memberi penarafan (rating) kepada Perdana Menteri menggunakan ukuran-ukuran di atas.

Terpulanglah kepada pembaca dan pembahas untuk menyatakan sama ada puas hati atau tidak puas hati dengan pencapaian Mohd Najib dan apa yang berlaku kepada negara sejak beliau jadi Perdana Menteri lebih lima tahun lalu.

Terima kasih.

Malaysia digesa prihatin situasi mendesak di Syria

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam keras keganasan di Syria yang terbaru yang melibatkan serangan ke atas sebuah sekolah.

"Delegasi Mapim misi kemanusian yang berada di lokasi itu hampir menjadi mangsa pengeboman di Allepo yang diserang oleh tentera Bashar Assad," ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Dalam serangan udara itu, 35 orang pelajar dan 5 guru telah syahid di sekolah Ain Jalut, Aleppo.

Menurut Azmi, delegasi Mapim seramai empat orang dan MLLFS dua orang terselamat dalam serangan yang ditujukan khas kepada delegasi itu.

Katanya, keadaan sangat meruncing walaupun sudah lebih 3 tahun konflik berterusan.

Jelas, ujarnya peperangan yang tercetus di Syria sudah merentas sebarang batas kemanusiaan.

Justeru, katanya Bashar Asad mesti dipertanggungjawabkan ke atas serangan tersebut dan kini dunia tidak boleh mendiamkan diri.

Tambahnya, tindakan segera menghentikan konflik di Syria mesti dilakukan jika tidak nyawa orang awam yang tidak berdosa terutama kanak-kanak akan terus menjadi sasaran.

"Kami menuntut tentera UN mesti dihantar segera supaya bantuan kemanusiaan tidak terbantut akibat keganasan yang tidak mengenal orang awam," tegasnya.

Katanya lagi, Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dikeluarkan untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan 2 bulan yang lalu jelas tidak berkesan.

Seterusnya ujar beliau, situasi di Syria kini mencecah tahap melebihi krisis kemanusiaan dan kesengsaraan orang awam terus meningkat, malah jenayah peperangan dilakukan tanpa henti .

Menurutnya lagi, Mapim masih terus melancarkan bantuan kemanusiaan walaupun keadaan sangat merbahaya.

Namun, katanya keadaan yang semakin meruncing sangat merumitkan mangsa keganasan untuk mendapat bantuan.

"Kami mendesak kerajaan Malaysia berperanan lebih jelas untuk menggerakkan Majlis Keselamatan PBB supaya melakukan operasi menyelamat dan menghentikan konflik itu serta-merta," katanya.

Justeru, beliau berkata, Malaysia perlu menunjukkan keprihatinannya dengan lebih jelas dan nyata supaya dunia tidak mengalih tumpuan dan keadaan mendesak di Syria diselesaikan segera.

SAMM nafi terlibat pergaduhan dengan Unit Amal

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan berita yang tersebar di dalam laman sosial bahawa anggotanya terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Unit Amal PAS pada Himpunan Turun 501 semalam.
Menurut Penyelaras SAMM Kelantan, Haji Osama, kehadiran anggota SAMM dengan baju hitam menyamai kumpulan tidak dikenali yang juga berbaju hitam di tempat dan waktu yang sama mungkin menyebabkan kekeliruan.
“Memetik beberapa kenyataan online tentang pergaduhan antara SAMM dan Unit Amal PAS pada hari ini (semalam) saya dengan ini menegaskan bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan Unit Amal PAS.

“Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam,” jelas beliau.

Menurut Osama, perarakan kumpulan SAMM bermula dengan baik dari KLCC ke Dataran Merdeka manakala kenderaan milik aktivis SAMM diletakkan di kawasan yang dibenarkan.

SAMM ujar beliau, menghargai dan menyanjung tinggi tugas Unit Amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan himpunan semalam.

“Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan dengan segera kerana SAMM dengan PAS dan Unit Amal sering bekerjasama dalam hampir kesemua program untuk menumbangkan kerajaan (BN) yang zalim pada hari ini.

Menurut Osama, selaku NGO yang bukan bersifat kepartian, ramai ahli SAMM turut menyertai PAS.  - HARAKAHDAILY, 2/5/2014

SAMM nafi terlibat pergaduhan dengan Unit Amal

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan berita yang tersebar di dalam laman sosial bahawa anggotanya terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Unit Amal PAS pada Himpunan Turun 501 semalam.
Menurut Penyelaras SAMM Kelantan, Haji Osama, kehadiran anggota SAMM dengan baju hitam menyamai kumpulan tidak dikenali yang juga berbaju hitam di tempat dan waktu yang sama mungkin menyebabkan kekeliruan.
“Memetik beberapa kenyataan online tentang pergaduhan antara SAMM dan Unit Amal PAS pada hari ini (semalam) saya dengan ini menegaskan bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan Unit Amal PAS.

“Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam,” jelas beliau.

Menurut Osama, perarakan kumpulan SAMM bermula dengan baik dari KLCC ke Dataran Merdeka manakala kenderaan milik aktivis SAMM diletakkan di kawasan yang dibenarkan.

SAMM ujar beliau, menghargai dan menyanjung tinggi tugas Unit Amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan himpunan semalam.

“Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan dengan segera kerana SAMM dengan PAS dan Unit Amal sering bekerjasama dalam hampir kesemua program untuk menumbangkan kerajaan (BN) yang zalim pada hari ini.

Menurut Osama, selaku NGO yang bukan bersifat kepartian, ramai ahli SAMM turut menyertai PAS.  - HARAKAHDAILY, 2/5/2014

Gegaran turut dirasai di Perak dan Selangor

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Perak dan Selangor malam tadi turut merasai gegaran ekoran gempa bumi sederhana yang berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara malam tadi.

Gegaran berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku 408km dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada pukul 10.35 malam, lapor  Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," katanya. - HARAKAHDAILY 2/5/2014

Kementerian Pengangkutan dedah senarai kargo MH370

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Sebanyak 200 biji bateri lithium ion, dibawa oleh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, adalah mematuhi peraturan barangan bahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ini dinyatakan dalam senarai kargo yang disertakan bersama-sama laporan awal MH370 yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Pengangkutan.
Menurut ruangan maklumat pengendalian Air Waybill, nota konsainan udara, menyatakan: "Perisytiharan penghantaran bagi DGD (barangan bahaya) tidak diperlukan. Bateri lithium ion adalah mematuhi seksyen II P.I.965."
Seksyen II peraturan itu terpakai kepada sel lithium ion dengan rating jam-Watt tidak melebihi 20 Wh dan bateri lithium ion dengan rating jam-Watt tidak melebihi 100 Wh, dibungkus dalam kuantiti tidak melebihi had dibenarkan mengikut Seksyen II, Jadual 965-II.
Arahan berkenaan digariskan dalam peraturan barangan bahaya IATA.
Penerbangan MH370 juga dilaporkan membawa 4,566 kilogram manggis segar, yang dihantar oleh Poh Seng Kian dari Muar, Johor untuk Beijing Guangchangming Trading Co.
Baki kargo terdiri bungkusan dan barangan kurier seberat 2,934 kilogram.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Lautr China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama

Polis nafi peserta Himpunan Bantah GST ditikam

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Tiada peserta perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.'
   
Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo  menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.
  
 Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."
   
Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.
  
Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.
      
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan CBP, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya.

Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

"Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. - Bernama

Himpunan aman, polis ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Atas kerjasama dan sikap toleransi yang ditunjukkan penganjur dan peserta Himpunan 501 Bantah GST semalam, pihak polis turut memuji dan mengucapkan terima kasih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, biarpun ada yang melanggar syarat yang ditetapkan namun secara keseluruhan himpunan dapat dikawal dengan baik.

Beliau berkata berkata, keadaan kembali seperti biasa selepas peserta beredar kita-kira pukul 5.30 petang.

“Malah kawasan yang dipenuhi peserta perhimpunan juga berada dalam keadaan terkawal selepas peserta beredar.

“Walaupun terdapat insiden kecil melibatkan tolak-menolak antara peserta namun keadaan masih terkawal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada himpunan semalam, puluhan ribu peserta himpunan yang berbaju merah membanjiri jalan Raja bersebelahan Dataran Medeka. Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka juga ditutup sementara dan lalulintas dipesong ke jalan lain.

Dianggarkan lebih 50,000 rakyat menyertai himpunan yang berlangsung secara aman itu, manakala penganjur menganggarkan jumlah kehadiran mungkin mencecah 100,000.

Peserta yang turut dikawal pasukan Unit Amal PAS turut memberi kerjasama untuk sama-sama mematuhi arahan polis agar tidak memasuki kawasan padang.

Biarpun terdapat satu kumpulan berbaju hitam cuba merempuh benteng Unit Amal untuk masuk ke padang, namun tindakan mereka berjaya disekat. - HARAKAHDAILY 2/5/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan