Sabtu, 17 Mei 2014

UMUM DA...MUDA...CANTIK...TERPELAJAR...SINGLE LAGI....JIKA PAKAI TUDUNG/TUTUP AURAT LAGI COMEL

Sabtu, 17 Mei 2014


Dyana Sofya diumum secara rasmi calon DAP di PRK Teluk Intan oleh Lim Guan Eng









Nuffnang Ads

Saturday, 17 May 2014


MANTAN MENTRI BESAR TERENGGANU, AHMAD SAID KENA PERDAYA OLEH NAJIB???????



Baru dua hari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diumumkan akan menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Kemaman hari ini, media menyiarkan Najib berlepas ke Dubai dalam lawatan rasmi tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini.
Turut serta bersama beliau ke sana adalah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas menteri besar Terengganu yang kini Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh, lapor My Metro, versi online kepada akhbar Harian Metro.

Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Ahmad Anwar Adnan berkata, pemergian ini adalah lawatan rasmi kedua Najib ke UAE atas jemputan Sheikh Mohammed.


Najib ketika memaklumkan krisis Terengganu selesai turut mengumumkan beliau akan menghadiri majlis perkahwinan anak Ahmad Said pada 17 Mei (hari ini) di Teluk Kalong, Kemaman.

Katanya, kemelut politik Terengganu yang bermula selepas bekas menteri besar negeri itu mengumumkan keluar Umno disifatkan berpunca daripada masalah komunikasi semata-mata.

"Memang tarikh kenduri kahwin anaknya (Ahmad Said) tidak dimaklumkan. Kami fikir kenduri 10 Mei selesai, kami tidak dimaklumkan ada satu lagi majlis pada 17 Mei.

"Ini semua masalah komunikasi. Semuanya sudah diatasi dan semua sudah memberi penjelasan. Sebenarnya Ahmad Said juga berkata dia terlalu cinta pada Umno dan tidak dapat melupakan Umno," katanya semasa sidang media selepas perasmian Auto Forum 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 15 Mei, dua hari lepas.

Ahmad Said juga memaklumkan Najib akan menghadiri majlis perkahwinan anaknya itu di samping memohon maaf kepada beliau.

"Kami saling meminta maaf... perdana menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei.

"Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar, perdana menteri juga akui sama ada sedar atau tidak," katanya.

"Kami saling meminta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai Adun Kijal Umno. Begitu juga Ghazali Taib," katanya merujuk kepada Adun Ajil yang turut meletak jawatan dalam Umno.

Pada 12 Mei lalu, kerajaan negeri Terengganu bergoncang apabila Ahmad Said serta Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno dan menjadi Adun Bebas.

Keesokannya, 13 Mei, Adun Bukit Besi Roslee Daud menyertai beliau dan menjadikan kerajaan negeri Terengganu kerajaan minoriti apabila hanya mempunyai 14 Adun sedangkan Pakatan Rakyat 15 (14 PAS dan 1 PKR) manakala Bebas ada tiga ahli.

Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin turun ke Terengganu dan semua Adun Terengganu dipanggil ke Putrajaya.

Selepas itulah, Najib mengumumkan krisis Terengganu selesai.

Kini, janji pertama yang dibuat Najib untuk Ahmad Said sudah tidak tertunai apabila beliau berlepas ke Dubai dua hari selepas berjanji iaitu ketika kenduri Ahmad Said berlangsung.

Najib pula ke Dubai dengan disertai Idris Jusoh, musuh ketat Ahmad Said dalam politik Terengganu. Ahmad mengambil alih jawatan menteri besar Terengganu daripada Idris selepas pilihan raya umum 2008 apabila istana Terengganu menolak cadangan Umno untuk meneruskan khidmat Idris di Terengganu. Sejak itu hubungan antara Idris dan Ahmad tidak baik sehingga kini.

Ketika mahu memujuk Ahmad Said,  menteri besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan cuti umum untuk negeri Terengganu bagi membolehkan semua rakyat negeri itu meraikan majlis kenduri Ahmad Said.

Kerajaan negeri juga menyediakan bas percuma dari semua daerah untuk membolehkan rakyat Terengganu menghadirinya.

MAT SAID TAK MERAJUK KE? .... TAK NAK KELUAR UMNO SEMULA JADI ADUN BEBAS KE? .. SEBAB ALASAN KELUAR KALI PERTAMA DULU SEBAB NAJIB TIDAK FIKIRKAN KENDURI KAHWIN ANAK PEREMPUANNYA .. NAH!! SEKARANG NAJIB MUNGKIR JANJI NAK CERITA APA PULOK????

ADUN BUKIT BESI TAK TERKEJUT KE???? .... KALAU TERKEJUT KENA KELUAR UMNO SEMULA ... LEPAS TU BILA DAH ADA PEMIMPIN TERTINGGI ATAU WAKILNYA DATANG MASUK UMNO SEMULA .. BERI ALASAN SAMA SEBAB TERKEJUT BERUK!!!!

KALAU BETULLAH CERITA INI ... JANJI DI TEPATI???? .. PANTANG TIDAK TUNAIKAN JANJI???

KALAU DENGAN PEMIMPIN UMNO PUN BOLEH MUNGKIRI JANJI .. APA JAMINAN DENGAN RAKYAT BIASA.

OMAK KAU SELALU CAKAP ... KALAU CAKAP PEMIMPIN UMNO BOLEH PERCAYA ... KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA!!!!

Kesan tapak kaki bersaiz besar jadi tanda tanya


JOHOR BAHRU: Sesuatu yang aneh apabila tiga pasang tapak kaki berlumpur, yang pertama kelihatan seperti tapak kaki harimau, kedua kelihatan seperti tapak kaki gajah dan yang ketiga menyerupai tapak kaki manusia tetapi dengan saiz besar ditemui.
Jejak dan kesan tapak kaki yang menjangkau hampir 1km berhampiran hutan simpan Endau Rompin membuatkan pesara Sia Chwee Khim, 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, hairan dan sangat teruja.
Mereka percaya kesan tapak kaki yang ketiga mungkin kesan tapak kaki ‘Bigfoot’ yang selama ini menjadi cerita mitos.
Pasangan itu, bersama dengan anak perempuan mereka Joanna, 30, dan sekumpulan rakan-rakan dari Singapura mengambil keputusan untuk menjejaki trek kesan tapak kaki yang ditemui sepanjang lebih dari 1km pada 10 Mei.
“Ia sangat mengejutkan. Makhluk itu telah berjalan di dalam tanah merah lembap dan kemudian ke jalan tar, meninggalkan jejak yang jelas untuk kita lihat,” kata Sia, sambil menambah kumpulan itu telah mengambil gambar banyak dan mengukur tapak kaki yang besar yang mempunyai ukuran kira-kira 48cm panjang dan 11cm lebar.
“Kami cuba untuk meniru langkah dan jangkauannya tetapi kaki kami tidak mampu disesuaikan dengan jarak langkah itu.
“Kami juga menolak kemungkinan kesan itu ditinggalkan oleh gajah kerana ia agak bujur, seperti kaki manusia, dan mempunyai empat jari kaki runcing yang menonjol,” katanya.
Kumpulan itu sedang menuju ke Endau Rompin apabila mereka menemui kesan aneh itu.
Sia menjelaskan bahawa apa yang membingungkan kumpulan itu apabila kesan tapak kaki yang dikatakan daripada ‘Bigfoot’ itu turut disertai kesan tapak kaki gajah dan harimau.
Pengarah Perhilitan Negeri Hasnan Yusop berkata sepasukan pegawai menjalankan pemeriksaan kesan tapak kaki dan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin kesan tapak kaki gajah.
“Boleh jadi gajah yang lembab berjalan dengan mengheret kaki meninggalkan kesan dan jangkauan yang panjang,” katanya.
Mengenai bekas tapak kaki gajah dan harimau, Hasnan berkata tidak semestinya haiwan itu bergerak bersama-sama tetapi boleh jadi menggunakan laluan yang sama pada masa yang berlainan.
Kali terakhir Bigfoot menjadi tajuk berita ialah pada yang tahun 2005 apabila sekumpulan pekerja mendakwa telah melihat makhluk berbulu yang besar di Kampung Mawai, Kota Tinggi.
Para pekerja cuba untuk mengejar makhluk itu tetapi gagal.
Mereka juga dilaporkan menemui tapak kaki yang besar berukuran antara 40cm dan 50cm di dalam lumpur.
Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Vincent Chow berkata beliau menerima berita mengenai tapak kaki Bigfoot pada hari yang sama sambil menambah adalah agak mustahil perkara ini adalah gurauan kerana tapak kaki ini mempunyai jarak lebih daripada 1km.
“Boleh jadi ia kaki primat berkaki dua tegak yang belum pernah ditemui sesiapa,” kata beliau sambil menambah terdapat banyak penemuan tapak kaki haiwan seperti ini terutama oleh penduduk tempatan, tetapi pihak berkuasa sering tidak mengambilnya sebagai perkara serius.
Sumber: mStar


 



8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia!


8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia! 
- Wow! cantik kan mata dia? Kali ini Cantikje Blog nak kongsikan 8 wanita cantik Islam yang paling kaya di dunia. Nak tahu? teruskan membaca...

Banyak orang yang kata jika seorang wanita dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya sekaligus memiliki paras cantik adalah sebuah keberuntungan. Jika memang demikian, maka 8 perempuan beragama Islam ini sangat beruntung. Kerana majoriti daripada mereka adalah seorang Puteri atau Ratu di negaranya masing-masing.


Kecantikan Muslimah yang mereka miliki bahkan membuat mereka setanding dengan pelakon Bollywood serta Hollywood. Status sebagai keluarga kerajaan membuat mereka tampak sempurna. Dipetik daily.bhaskar.com, ini dia perempuan beruntung itu.

1. Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
http://2.bp.blogspot.com/-P4iVTpJyIKc/UiX_RzwyAAI/AAAAAAAADIA/xSqmgCJIrcU/s1600/Richest+Women+of+World+Princess+Hajah+Majeedah+Nuurul+Bulqiah+of+Brunei.jpg
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 16 March 1976 (37). Kini perempuan satu putra ini telah menikah dengan Khairul Khalil, seorang pengarah sekaligus asisten eksekutif di pejabat Perdana Menteri.

Majeedah dan Khalil rasmi menikah pada Juni 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 silam dan dikenal akan kegemarannya akan logam emas yang berharga.
2. Lalla Salma

Yang Mulia Putri Lalla Salma adalah istri dari Raja Mohammed VI. Salma lahir pada 10 Mei 1978 (35) dari ayahnya yang seorang guru sekolah. Publik mengenal sosok Salma kali pertama sebagai Permaisuri Maroko sekaligus ibu dua anak. Meskipun demikian Salma tetap terlihat ramah sekalipun menjadi first lady Maroko.

Suami Salma, Raja Maroko memiliki anggaran kewangan operasional harian mencapai USD 960 ribu menurut Forbes. Disebutkan kekayaannya mencapai USD 2,5bilion

3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah


Si cantik Hajah Hafizah dalah putri dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 12 March 1980 (33). Seperti yang disebutkan, semenjak kecil Hafizah sudah hidup bergelimang harta karena ayahnya pernah menjadi manusia terkaya di dunia pada tahun 1997 versi Forbes.

Bolkiah disebutkan memiliki kereta mewah Rolls-Royce yang dilapisi emas 24 karat selain keretanya yang mencapai 7000 buah. Dia juga memiliki tempat tinggal terbesar di dunia, dengan 1700 bilik. Untuk pernikahan Hafizah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini, Bolkiah  wang mencapai USD 20 juta

4. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani
http://www.constructionmachineryme.com/wp-content/uploads/2012/10/Sheikha-Hanadi-Bint-Nasser-Al-Thani-CEO-of-Al-Wa%E2%80%99ab-City.jpg

Seorang banker, investor dan pengusaha real estate adalah pekerjaan dari Sheikha Hanadi yang kini menjadi salah satu pengusaha wanita tersukses dalam perekonomian Qatar. Dia juga menjadi penasihat khusus bank Standard Chartered. Seakan kurang, Hanadi adalah CEO dari projek pengembangan Al Waab City Real Estate.

Hanadi kini juga terdaftar sebagai wakil CEO dari grup Nasser bin Khaled Al Thani & Sons. Sekalipun tak pernah diungkapkan oleh Hanadi, pundi-pundi kekayaan keluarga Thani mencapai lebih dari USD 15 bilion

5. Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0a45NcxxnO25YCvBc_lpIjv_tigBYN1JKuSDU67eBb4M2g8V8lmSTN0p8L6e6NDHDBhqn-mTcGk8M-bzgxKk4o3vr5SJQ0iu63bh_PRGM-2cHfMCrOGC-XCbmM6GSABaGZFGGE8woDEk/s1600/Princess+Maitha+bint+Mohammad+bin+Rashid+Al+Maktoum.jpg

Sheikha asal Dubai ini sangat mempesona kerana di balik parasnya yang cantik dia adalah atlet karate dan taekwondo. Lahir pada 5 March 1980 (33), Maitha adalah putri dari Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri sekaligus Wakil Presiden Uni Emirat Arab dan monarki konstitusional Dubai.

Mohammed adalah pemegang saham terbesar di banyak perusahaan semenjak tahun 2006. Kekayaan keluarga Mohammed disebut lebih dari USD 40 bilion. Seakan tak ingin hidup dalam gelimangan kekayaan ayahnya, Maitha membuktikan dia juga berprestasi dengan meraih pingat perak di Asian Games 2006.

6. Ameerah Al Taweel
http://www.bellazon.com/main/uploads/monthly_11_2011/post-19478-1320949753.jpg

Puteri Arab Saudi sekaligus seorang dermawan cantik bernama Ameera Al Taweel ini lahir pada 6 November 1983 (30). Dia adalah istri dari Pangeran Al Waleed bin Talal, anggota keluarga kerajaan Arab Saudi.

Al Waleed yang kini berusia 58 tahun adalah seorang pebisnis dan ada di posisi ke-26 dalam daftar lelaki terkaya di dunia versi majalah Forbes dengan daftar kekayaan bersih lebih dari USD 20-25 bilion. Dia kini sebagai salah satu manusia paling berpengaruh di Arab. Sang Pangeran adalah pengasas sekaligus pemilik Perusahaan Kingdom Holding.

7. Sultanah Nur Zahirah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggSL8qOrLiC3BRyYO50hrB6F5LjjWFrvqw0vRqZKHSpA2Nt5f6BqbGBehzNrQTaqIv1LkzbK-eZePIaEE8y8Yw3UrWtrEnwPYW04AteZNAfWt1s1IXVbl03QovdB8BUTFJHezMTwTU6wAM/s400/RPAGONG.jpg

Ratu Terengganu, Nur Zahirah adalah istri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nur sendiri terlahir pada 7 Desember 1973 (40) dan dia adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia (2006-2011).

Meskipun keluarga Kerajaan tak pernah mengungkapkan nilai kekayaan mereka, dari berbagai sumber disebutkan jika pundi-pundi kewangan bangsawan Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion


8. Fathima Kulsum Zohar Godabari

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBtLMscKrfmrmb5LnTg7RpQqJAbC_V_URIzweiUvDOijFvbDhPwxD2GMH7g9f8c9W3N1E8vL2oV9nzaMyIcWzKORkeM60rmnMeywFvTwwLArMowqDMYmDLSFDe9JMstYQApZLSHPZeF0c/s400/shaimaalhammadi-pics.jpg

Setelah sebelumnya dipimpin oleh seorang Pangeran, kini Fathima Kulsum resmi menjadi Ratu kerajaan Arab Saudi. Menjadi salah satu anggota keluarga kerajaan terkaya di dunia, Fathima adalah istri dari Sheikh Avdi Al Muhammad.


Paras cantik mempesona Fathima sebelumnya tak pernah ada yang tahu dan keindahan ragawinya selalu misterius serta tersembunyi. Namun kini wajah-wajah cantik Fathima sempat terungkap di internet. Sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. Bisa kamu bayangkan betapa bergelimangnya kehidupan kewangan Fathima?

Sekian sahaja artikel ini dari cantikje blog. semoga terhibur....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan