Jumaat, 16 Mei 2014

ADA UDANG DISEBALIK BATU....ADA MEE UDANG...ADA UDANG KERING....ADA OTAK UDANG....ADA UDANG GORENG TEPUNG

Friday, 16 May 2014


3 FOTO CARA MEMBUAT UDANG KERING YANG MENJIJIKAN DAN MENGUNDANG PERSOALAN????


Omak Kau mendapat kiriman 3 gambar mengambarkan cara pembuatan udang kering di suatu lokasi yang tidak dinyatakan tetapi didalam negara kita.

Tempat anjing berehat dan tidur serta menggunakan penyapu.

Perlunya pihak berwajib memantau tempat-tempat membuat barang-barang kering ini bagi memastikan ianya benar-benar bersih, suci lagi halal.

Biskut Yang Haram Dimakan Oleh Umat Islam Yang Digemari Kanak-Kanak

Semasa baca status facebook rakan-rakan admin ternampak info ini jadi admin ingin kongsikan kepada pembaca mengenai biskut yang digemari oleh anak-anak kita tetapi sebenarnya ia adalah haram kerana mengandungi lemak babi



HATI-HATI !! SEBARKAN !!
Biskut BinBIN haram d makan bagi umat Islam...
Perhatian semua ibu bapa, jangan makan biskut BinBIN dimana ia mengandungi lemak babi (PIG FATS), code E631,...

Selalu kanak-kanak yang suka makan biskut ni...
سبحان الله...

Ya Allah ampuni kami yang termakan biskut ni ya Allah...

Tiada rakyat M’sia terlibat rusuhan anti-China di Vietnam

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang cedera atau terjejas berikutan rusuhan di kilang milik asing di selatan Vietnam.
Kenyataan Wisma Putra hari ini menyebut situasi di Vietnam adalah terkawal dan Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh sedang memantau rapi keadaan itu.
"Semua rakyat Malaysia di Vietnam dinasihat agar berwaspada dan menjauhi kawasan yang terjejas," katanya sambil menambah syarikat milik Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami kerosakan dan kerugian dalam insiden itu.
Menurut kenyataan itu, Malaysia menghargai usaha berterusan kerajaan Vietnam dalam mengekang rusuhan di selatan Vietnam yang mengakibatkan kerugian harta benda bernilai berbilion Dong dan ribuan pekerja kehilangan sumber pendapatan.
Kenyataan itu juga menyebut Malaysia menggesa mereka yang terlibat mengelak daripada terus memburukkan lagi keadaan serta melahirkan kebimbangan terhadap rusuhan yang berlaku, terutama di Wilayah Binh Duong, yang menyaksikan perusuh mengganggu pekerja kilang, memecah masuk, menggeledah serta memusnahkan premis kilang sekali gus menyebabkan operasi kilang terganggu.
Media melaporkan bahawa ribuan penduduk tempatan melancarkan rusuhan anti-China semalam dan membakar beberapa kilang milik usahawan negara itu di bahagian selatan dan tengah Vietnam sebagai membantah tindakan China membina pelantar minyak di kawasan pengeluaran bahan mentah berkenaan di perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan. -
sampai macam ni sekali ke ?

Apabila Berjaya U Turn Back...
Macam Ni Pun Boleh Di Istihar Cuti Umum Peristiwa...
Bertuah Gila U Turn... !!! yang aku hairan tu 17hb hari sabtu..memang cuti di TRG...aku pening ke MB baru mabuk...

'Krisis tak selesai, saya kenal siapa Mat Said'

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu hakikatnya masih belum selesai kerana krisis itu melibatkan banyak masalah di peringkat dalaman, demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

"Kalau dikatakan selesai ianya berpura-pura sahaja sebenarnya tidak selesai lagi. Mungkin yang hendak diselesaikan kenduri kahwin anak Ahmad Said sahaja,"katanya.

Masalah dalaman yang gagal diselesaikan, katanya akan turut menjejaskan kerajaan sehinggakan tidak boleh menumpukan sepenuhnya kepada soal kelancaran dalam pentadbiran.

"Umno di peringkat pusat tidak tahu pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu, sebab itu mereka kata berjaya selesaikan krisis negeri ini dalam masa 48 jam.

"Mungkin bagi Umno, kembalinya Ahmad Said kepada Umno maka selesailah krisis di Terengganu. Krisis ini sebenarnya bukan setakat itu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Oleh kerana itulah, katanya sesebuah kerajaan yang lemah sukar untuk berfungsi dengan baik dan ianya harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mereka pilih.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Umno berjaya menyelesaikan krisis politik Terengganu kurang daripada 48 jam, Abdul Wahid dengan spontan memberi komen "air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya'.

Mengimbau insiden perbahasan antara beliau dengan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mana video rakaman tersebut tersebar meluas di media sosial ketika ini, Abdul Wahid akui Ahmad Said seorang yang sangat sensitif.

Bagaimanapun Abdul Wahid yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, menyenangi sikap Ahmad Said kerana dia tidak menyimpan perasaan dendam dengan sesiapa termasuklah dirinya sendiri.

"Dia (Ahmad) beremosi pada waktu itu sahaja (semasa perbahasan), sebaik sahaja keluar dewan dia terus peluk saya dan kami minum teh sekali. Dia bagus sebab dia tidak ada dendam.

"Emosi dia kadang-kadang tidak boleh kawal dan marah dia hanya pada waktu itu sahaja kemudian dia sejuk balik. Kita di dalam dewan biasalah hujah penuh semangat, emosi pada waktu tu tidak dapat dikawal. Saya tidak ambil hati dengan beliau dan kenal sangat perangai dia. Memang macam itu," katanya.

Abdul Wahid mengenali Ahmad Said sejak tahun 1990 selepas bekas Menteri Besar Terengganu itu menang dalam pilihan raya kecil pada tahun itu.

Pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009, Ahmad membenarkan PAS menggunakan stadium negeri untuk majlis perisytiharan calon.

Pada pilihan raya itu, Abdul Wahid sebagai calon PAS menang bagi kerusi parlimen itu.

Terdahulu, Datuk Ahmad Maslan mengatakan Umno berjaya menyelesaikan krisis politik di Terengganu dalam masa kurang daripada 48 jam.

Beliau berkata walaupun krisis ini memberikan kesan negatif kepada BN, kesan tersebut tidak terlalu ketara kerana isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh singkat. - HARAKAHDAILY 15/5/2014
1 hr ·

Semua guru di Malaysia mengajarlah dengan penuh keikhlasan dan dedikasi. Selamat Hari Guru.

 Akal yang pendek..
Posted on Friday, May 16 @ 00:12:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh ambek daripada 2 hari krisis umno Terengganu. Pertama sekali kita boleh tengok sikap akal pendek mereka dalam mengendalikan crisis. Disebabkan dato’ najib tak nak extend tarikh pengunduran ke majlis perkahwinan anak mat said tak pasal-pasal isu ni timbul. Sepatutnya dato’ najib belajar dan faham cara ahmad said membuat keputusan. Ahmad said ni memang seorang yang terburu-buru dan berfikiran singkat(akal pendek). Dan dato najib juga sama macam ahmad said apa salahnya extend masa tu.

Di sebabkan fikiran singkat di mulakan dato’ najib selepas tu disambung pula dengan ahmad said dan ke esokannya di tambah lagi dengan 2 adun yang tiba-tiba ntah datang dari mana tumpang sekali berfikir singkat. Tak pasal-pasal riuh satu Negara ahmad said keluar parti sebab dato’najib tak nak extend tarikh pengunduran. Lepas tu habis semua cerdik pandai Negara ulas pasal isu ni.hurmm..

Yang ambe risau bagaimana dato’ najib nak buat keputusan untuk Negara? Kalau dia buat keputusan untuk Negara sama seperti dia handle isu di Terengganu. Apa akibatnya kepada kita rakyat ni. Tu bukan pertama kali pimpinan umno buat keputusan secara berfikir singkat.

Lepah tu mat said masuk semula umno ambe ingat kisah dia ni tamat la. Tak pasal-pasal pergi keluar statement Pas tawar dia jadi Mb. Dia ingat tindakan dia tu noble la untuk umno, boleh bagi kredit tuk umno. Mat said you sedar tak yang 51 peratus rakyat Malaysia sekarang ni sokong pembangkang you ingat dengan keluar statement macam tu boleh kurangkan ke 51% peratus tu. You ingat 51% ni akan percaya ke cakap you yang tak de maruah?. Adoi la masuk balik umno terus jadi liability.

Ok, perkara ke 2 yang timbul hasil daripada fikiran singkat mereka ni adalah kewangan Negara kita. Selepas je mat said istihar dia adun bebas. ambe bagitau kawan ambe semoga mat said menjadi adun bebas yang menyokong pas dan ambe tak nak PRN diadakan. Bukan bermaksud ambe tak menyokong prinsip demokrasi tapi ambe fikirkan tentang kewangan Negara. Kerisauan ini juga di kongsi oleh penganalisis2 politik yang ambe baca kt internet.

Kenapa plak nak risau? sepatutnya PRN suatu pesta yang meriah. Sebabnya kita semua tahu bagaimana umno akan berbelanjo duit Negara hasil dari fikiran singkat mereka untuk kekal berkuasa. Yang menangung kesusahan adalah penoreh-penoreh getah, dan low income yang lain tapi pimpinan umno tetap tidur dalam air-cond. Kenapa umno tak mampu bagi harga lantai untuk penoreh getah? Tak ada sebab lain selain kantung Negara berada dalam keadaan yang merunsingkan sekarang. Cuba you all fikir reason sebenar kenapa hishamudin umumkan yang kerajaan tak kan bantu MAS..sebab memang kerajaan tak mampu nak bantu..hurmm

Lepas ni dato najib akan hadir wedding anak mat said. Maka berpeluk lah mereka dan saling menyesali apa yang telah terjadi hasil dari fikiran singkat mereka."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
alen23
Posted on Friday, May 16 @ 00:12:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Apakah Mahathir Benar-Benar Manusia Jelmaan Syaitan Yang Dikenali ?
Posted on Friday, May 16 @ 00:07:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Sebahagian daripada tulisan di tepi gambar Bekas Ulul Amri Umno tu adalah yang dari Mulut Longkang Tun Mahathir Kutty A/L Muhamad Iskandar Kutty, dan sebahagian nya adalah Anggapan gua melalui Perbuatan beliau dari dulu kini dan selama nya berkaitan apa saja bila ianya bersangkut paut dengan Manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim.

Oleh kerana Mahathir mengatakan Anwar Tidak Layak untuk memberi Ceramah berkaitan dengan Tamadun dan Nilai-Nilai Islam di sebuah universiti Indonesia kerana Masalah Peribadi, apakah Mahathir Fikir beliau betul-betul Layak untuk Menerima dan Dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah.

Jika Anwar Ibrahim dikatakan mempunyai Masalah Moral dan Perbadi, apa pulak kurang nya Mahathir yang sampai boleh diangkat sebagai Khalifah Alaf Baru sedang Keluarga Biliau CACA MARBA berkaitan hal-hal Islam. Bukan Niat untuk menyentuh hal Keluarga Mahathir yang boleh dikatakan MACAM-MACAM ADA didalam nya.

Memang betul dan pada gua pun Anwar bukan lah Manusia yang Baik namun beliau juga bukan lah Manusia yang Sejahat berbanding yang nama nya Mahathir Kutty, itu yang ada didalam Otak gua dari dulu kini dan selama nya. Hanya Manusia yang mengunakan Kepala Lutut sahaja boleh mengatakan Mahathir adalah Baik dari Anwar Ibrahim.



Mengikut kata Orang yang bukan dari Bangsa Umno, Sejahat-jahat Manusia adalah Manusia yang Perangai tak jauh bezanya dengan Syaitan Yang Dikenali namun masih lagi boleh Mengaku yang dia adalah lebih Baik dari orang lain, sedangkan Hakikat sebenarnya dari Mata Kasar pun dia lah Manusia bila ditolak di campor lebih kurang aje dengan Syaitan.

Sayang seribu kali Sayang kenapa lah ada lagi yang masih Mengagungkan Manusia bernama Mahathir... apa yang beliau tidak lakukan dimasa beliau Berkuasa selama 22 Tahun sebagai Perdana Menteri. Usah cerita lah apa Kerosakan yang beliau lakukan kepada Negara, lihat saja apa yang lakukan kepada Umno hingga menyebabkan Umno pun samapai Mampos.

Setelah gua teliti dengan dan Amat-Amati Manusia yang bernama Mahathir adalah seorang Manusia Jelmaan Syaitan Yang Dikenali Sebenar-benarnya, tanpa Prajuis, Tanpa Bias dan Tanpa Was-Was. Mungkin kenyataan ini tidak dapat diterima oleh Bangsat-Bangsat Umno Penjanjung Mahathir seterusnya menjadi Tak Keruan, Meroyan dan Gila Babi... kah kah kah !. sumber klik sini

hemmmmm..... sebiji perangai inggeris penjajah bapak mak bapak beb... sudah lah menjajah tapi masih boleh mengatakan penentang penjajahan adalah pemberontak, pengkhianat dan pengganas... cuma yang pelik ada pulak melayu bodoh yang percaya kata-kata penjajah... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Friday, May 16 @ 00:07:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Obama Mempasak Najib
Posted on Thursday, May 15 @ 22:42:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Oleh Hishamuddin Rais

Obama baru selesai melawat Asia. Dia melawat Jepun, Korea Selatan, Pilipina dan singgah di Kuala Lumpur. Apa tujuan Barack Hussein Obama ini datang kesini? Apa yang Obama mahu? Presiden Amerika bukan 'loh leh ' datang bershopping di Tokyo. Justeru pasti ada perancangan dalaman yang sedang diatur ketika melawat Asia.

Apa yang jelas - lawatan ini adalah sebahagian dari rancangan mewar-warkan dasar pertahanan baru kuasa imperialis Amerika terhadap Asia. Dasar ini dipangil 'Pivot Asia' atau dalam Bahasa Melayu - Pasak Asia.

Hakikatnya kuasa imperialis Amerika bukan lagi kuasa ekonomi dunia. Ketika tulisan ini digarap kuasa utama ekonomi dunia telah beralih dan kini dimiliki oleh China. Amerika bukan lagi negara pengeluar, bukan lagi negara pemula. Semuanya telah beralih ke Asia. China, Jepun dan Korea Selatan kini menjadi pemangkin ekonomi dunia. Justeru kuasa imperialis Amerika sedang membuat strateji baru untuk mempertahankan hegemoni kuasa imperialis Amerika.

Maka muncul Pivot Asia. Inilah latar Pasak Asia. Inilah laungan 'azan' yang memanggil Obama ke Masjid Negara. Imperialisma kini ditahap akhirnya. Obama Budak Itam – budak suruhan kaum pemodal antarbangsa telah diarahkan membawa beliong untuk mempasak Asia.

Pembaca wajib mengetahui apakah itu imperialisma? Imperialisma ialah tahap tertinggi dan tahap terakhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Tuhan yang disembah oleh sistem kapitalis ialah keuntungan maksima. Sistem ekonomi kapitalis TIDAKmembawa kesejahteraan umat. Justeru ekonomi kapitalis wajib terus berkembang mencari bahan mentah dan mencari pasaran untuk mendapat keuntungan maksima.

Awalnya ekonomi kapitalis berkembang dalam negara sendiri. Akhirnya untuk terus berkembang sistem ekonomi kapitalis menjangkau keluar ke negara orang lain. Sepanyol, Portugal, Belanda, British dan Itali – semua keluar dari Eropah untuk mencari bahan mentah, menaklok tanah jajahan untuk menyediakan pasaran. Keluar dari negara sendiri dan menjajah negara asing dipanggil imperialis.

Sistem ekonomi kapitalis ini TIDAK ada agama. Di Saudi Arabia sistem kapitalis memakai jubah hijau- menjadi Islam. Di negara China sistem kapitalis memakai jubah merah – menjadi Sosialis. Agama, bangsa, budaya atau bahasa TIDAK penting untuk sistem kapitalis. Tulisan Rumi atau Jawi tidak penting. Memulakan perniagaan dengan Bismillah atau tidak - juga tidak penting. Yang penting hanya keuntungan maksima.

Pembaca wajib diberitahu bahawa kuasa imperialis Amerika pada hari ini hanya mengekspot 3 benda. Pertama: filem buatan Hollywood, kedua: senjata dan ketiga: dolar. Tiga benda ini ikat mengikat untuk membantu mempertahankan kepentingan kuasa hegemoni imperialis Amerika.

Filem Hollywood menanamkan propaganda tentang kekuatan kuasa imperialis Amerika kepada mata penduduk dunia. Kuasa Amerika adalah kuasa multak dunia. Tidak cukup dengan Mat Rambo , Amerika digambarkan memiliki Mat Superman dan Mat Spideman yang akan menyelamatkan dunia. Propaganda bentuk ini amat penting. Propaganda halus ini telah berjaya mengolah pandangan warga dunia untuk berkiblat ke Amerika.

Lihat bagaimana filem-filem dibuat terlebih dahulu untuk menggambarkan Arab dan Islam jahat dan ganas. Ini sebelum Iraq dan Afghanistan dibom.

Di Amerika Latin imperialis Amerika melancarkan dasar 'war on drug ' atau Perang Melawan Dadah. Ini adalah strateji Amerika untuk memaksa pemimpin Amerika Latin membeli senjata buatan Amerika. Pembaca wajib diberitahu bahawa pengimpot dan pengedar dadah terbesar ke dalam pasaran Amerika ialah CIA sendiri. CIA menjadi tokan dadah untuk mendapatkan dana diluar apa yang telah diluluskan bujet. Duit dadah ini membolehkan CIA melakukan kerja-kerja jahat membeli maklumat atau mengupah barua untuk melakukan rusuhan saperti yang berlaku di Ukraine atau di Venuzeula sekarang.

Ekspot ketiga ialah dolar Amerika. Ekspot ini amat penting. Amerika berjaya memaksa warga dunia membeli dolar Amerika. Kong kalikong ini berjaya dijalankan kerana Amerika ada membuat perjanjian dengan keluarga Saud. Amerika berjanji akan mempertahankan keluarga Saud untuk terus berkuasa di Saudi Arabia; dengan satu sayarat. Syarat ini ialah semua jual beli minyak petrol wajib dijalankan dengan menggunakan dolar. Justeru Saudi dan negara OPEC hingga ke hari ini menjalankan dasar jual beli minyak dengan dolar.

Ini bermakna negara mana pun yang ingin membeli minyak petrol dipasaran dunia wajib ada dolar. Dimana hendak dapat dolar? Jawabnya cukup senang. Bank Amerika yang dipanggil Federal Reserve – sedia mencetak dan menjualkan kertas hijau yang dipanggil dolar. Inilah kong kalikong yang sedang berjalan.

China pembeli minyak-  manakala Rusia dan Iran pengeluar minyak. Tiga negara ini sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang dalam jual beli minyak. Negara ini sedang membuat pejanjian untuk menggunkan mata wang mereka sendiri. Bye bye dollar!

Sabar dahulu. Bukan sacepat itu untuk bye byekan dolar Amerika. Saddam dan Gadafy telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak. Lihat dimana mereka sekarang. Justeru Pivot Asia ini adalah perancangan licik Amerika untuk memastikan China, Rusia dan Iran TIDAK akan meninggalkan dolar.

Pasak Asia bertujuan untuk membawa bala tentera Amerika ke wilayah Asia. Singapura telah lama menjadi perlabuhan tempat kapal laut Amerika mendapat rawatan. Di Korea Selatan ada 28,500 soldadu Amerika. Di Jepun ada 50,000 soldadu Amerika. Di Pilipina sesudah kejatuhan Marcos pengkanlan tentera laut America di Subic Bay telah ditutup.

Pada April 2014 – budak Itam yang bernama Obama – budak suruhan kaum pemodal - telah berjaya mendapatkan kembali pengkalan Subic Bay. Sayugia diingatkan pengekalan tentera laut di Subic Bay ini adalah yang kedua terbesar sesudah Clark Air Base di Los Angles.

Jelas Pivot Asia ialah strateji untuk membesarkan bala tentera Amerika di Asia. Tujuan asas ialah menyediakan bala tertera laut dan darat untuk mengepong China. Dalam masa yang sama Amerika sedang memasang bala tentera diseluruh dunia. Amerika memiliki 900 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia

Justeru Selat Melaka – pengairan yang paling sibuk dalam dunia ini sedang menjadi idaman dan Mimpi Basah Amerika. Selat Melaka menjadi saluran darah China. China mengimpot minyak dari Iran, Timur Tengah dan Afrika. Semua kapal minyak wajib melintasi Selat Melaka. Jika Selat Melaka ditutup maka ekonomi China akan tercekik. Amerika mengetahui hal ini dan China sendiri sedar tentang fakta ini.

Ketika Obama di Kuala Lumpur orang ramai hanya sedar tentang TTPA. Agenda TTPA ini adalah agenda luaran dimana Mak Cik Felda dan Pak Cik Warong dapat membacanya. Apa yang tidak kita ketahui ialah 'rancangan gelap' Amerika yang telah diajukan kepada Najib Rzak.

Umum mengetahui penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Mustahil Pak Duta dan CIA TIDAK memberi fakta ini kepada Obama. Mustahil Obama tidak tahu bahawa Najib bukanlah PM yang mendapat mandat rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu bahawa PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu sebelum sampai ke Kuala Lumpur bahwa Najib ditolak oleh 52% rakyat Malaysia.

Semua ini dibuktikan apabila Obama secara sedar telah menyindir Najib dengan membuat pertemuan resmi dengan Bersih. Ini bermakna Obama tahu bahawa United Malays National Organisation menipu dalam pilihan raya. Obama juga bertemu dengan beberapa NGO. Semua ini adalah tekanan untuk Najib agar bersedia untuk menanda tangani TPPA.

Apakah TPPA sahaja yang dimahukan oleh Amerika? Jawabnya TIDAK. Pasak Asia lebih dari TTPA. Menanda tangani TTPA ini hanya gula-gula untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Obama mahu meletakan bala tentera Amerika di Malaysia? Apakah ini betul? Atau hanya andaian?

Untuk memahami pekara ini sila lihat kembali apa yang berlaku sehari sebelum Obama sampai. Tup tup pecah cerita ada lanunmerompak kapal minyak di Selatan Melaka. Dikatakan lima lanunbersenjata parang telah menahan sebuah kapal minyak dan berjaya memindahkan minyak ini ke kapal lanun. Lanun membuat kerja selama 8 jam.

Sebenarnya ini ' operasi salah bendera' yang sengaja dipentaskan untuk Obama. Tujuan pementasan ini ialah untuk memastikan agenda Selat Melaka akan muncul dalam perbincangan Obama dengan Najib.

Hairan bin Takjub , berita lanun ini hilang bagitu sahaja. Media milik parti Ketuanan Melayu tidak memainkan berita ini. Selalunya Utusan akan menuduh 'kerja jahat' ini dijalankan oleh 'orang' yang bersimpati dengan Pakatan atau yang cenderong kepada gerakan militan Islam. Kali ini media United Malaya National Organisation senyap menikus. Malah kita tidak tahu kemana hilangnya lanun-lanun ini. Apakah mereka sedang berehat di Bukit Aman atau sedang berehat di Jalan Ampang.

Bukti paling jelas tentang keinginan Amerika untuk membuka pengkalan di Malaysia ialah dengan menonton rapi klip sidang akhbar Obama dan Najib. Lupakan babak dimana Najib gagal menyebut –pro-li-fe-ation. Ini memang memalukan tapi demi Malaysia kita lupakan babak ini dan perhatikan dengan teliti apa isi kata Najib.

Najib telah mengakui bahawa setiap 'permintaan' Amerika telah dipenuhi oleh Malaysia. Malah Malaysia kini bersetuju untuk meresmikan perhubungan ini. Apakah pemintaan itu?

Pemintaan ini ialah untuk bersama dalam apa yang dipanggil 'war on terror' – perang menentang keganasan. Betul ke permintaan ini? Betul dan tepat. Belum pun sempat Obama memelok Michelle – Najib telah membuat tangkapan keatas apa warga yang dituduh ' pengganas'. Yang ditangkap disamakan sebagai suku sakat Osama Bin Laden. Ini cara Najib membodek Amerika.

Ada lagi yang diminta oleh Obama? Pasti ada. (TT)

tukartiub.blogspot.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matt007
Posted on Thursday, May 15 @ 22:42:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Semoga Ahli Parlimen Rembau dan ADUN Chembong prihatin akan isu ini.
50 km/j tak munasabah di kawasan parlimen Rembau, DUN Chembong berhampiran Wet World Pedas
15 Mei 2014 REMBAU – Pengguna jalan utama Seremban-Tampin, dekat Pedas, di sini memohon pihak berkaitan mempertimbangkan semula had laju ditetapkan di kawasan berkenaan.
... See More
Like · ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan