Khamis, 10 April 2014

YANG CUKUP SEGALA2NYA BUAT KERJA YANG TAK MORAL UNTUK MENDAPAT WANG.....FIKIR2KAN

Azmin ungkit isu MOU air dalam DUN
Posted on Thursday, April 10 @ 09:29:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mahu kerajaan Selangor memastikan sebarang perjanjian mengenai air selepas ini dibentangkan kepada ADUN terlebih dahulu dan dikecualikan dari Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau mempertikaikan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak mendedahkan kandungan MOU antara negeri dan pusat itu.

"Sebelum perjanjian ini ditandatangani saya desak perlu ada persetujuan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat agar ada mukadimah desak agar perjanjian tidak terikat dengan OSA kerajaan persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.

Menurut beliau perkara perjanjian itu penting kerana segala keputusan akan memberi impak kepada rakyat Selangor.

Bagaimanapun Azmin masih mempertahankan Khalid apabila Budiman Mohd Zuhdi (BN-Sg Panjang) bertanya adakah Azmin bersetuju Khalid tidak mendapat nasihat yang betul.

"Saya mengambil pendirian (perkara) ini tanggungjawab bersama yang harus dipikul MB, exco dan ahli yang berhormat dalam dewan ini," tegas beliau.

Sementara itu, Azmin mencadangkan satu jawatankuasa sekretariat dibentuk bagi memantau perjalanan pengambil alihan itu supaya kedua-dua pihak dapat mematuhi terma dan syarat perjanjian.

Beliau juga menuntut supaya perjanjian itu dibentangkan dalam DUN supaya perjalanannya diketahui umum dan bukan ditangani oleh seorang individu sahaja.

"Jawatankuasa itu untuk memantau perjalanan serta meneliti kandungan perjanjian sekali gus memantau perjalanan perjanjian itu supaya perlaksanaan dipatuhi kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya. - MK


 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki
Posted on Thursday, April 10 @ 09:23:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Jika dilihat tubuh lelaki ini memang kelihatan tidak sempurna (oku), tetapi semangat beliau adalah lebih kuat daripada orang yang sempurna.


Walaupun orang yang senasib dengan lelaki didalam foto itu menghabiskan hari-hari mereka mengemis, jiwa yang mulia ini berfungsi untuk mencari pendapatan membuka bengkel jalanan mengambil upah tampaltiub bocor dengan hanya menggunakan kakinya.

Pasti sesetengah kehidupan kadang-kadang boleh menjadi sangat kejam, tetapi lelaki ini enggan hanya berbaring dan tunggu mati, hanya kerana dia tidak boleh menggunakan tangannya. Anda perlu akui ini adalah pekara yang benar-benar menarik dan memberi inspirasi.
Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki1 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki2 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki3 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki4 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki5 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki6 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki7 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki8 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki9 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki10 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki11 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki12 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki13 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki14 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki15 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna Kaki16 Lelaki OKU Buka Bengkel Jalanan Tukar Tiub Basikal Guna KakiIni merupakan lelaki OKU yang tabah dan pandai berdikari mencari rezeki. Jarang dijumpai lelaki OKU yang mampu membuka bengkel tiub basikal kerana pertukangan tibu basikal memerlukan tangan untuk melalukan kerja tetapi lelaki OKU ini membuktikannya dengan kaki.. Tabik…


Note: lihat hanya 2 kaki mampu buat kerja 2 tangan. Kalau kita dengan tangan pun sukar - KB



Nombor Kenderaan TBN
Posted on Thursday, April 10 @ 09:20:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Bercakap pasal plat kenderaan Terengganu dengan huruf ringkas atau ringkasan huraf TBN teringat penulis dengan huruf DR bagi negeri Kelantan yang sangat diminati ramai untuk dimilikinya.

Bukan sahaja orang Kelantan yang berlumba lumba untuk mendapat plat DR malah orang Terengganu juga turut mendapatkannya.
Pernulis tidak tahu, sama ada, ada orang negeri lain yang berminat untuk mendapatkan nombor kenderaan mereka dengan huruf TBN yang boleh dijadikan bahan kempen pihak pembangkang

Bayangkan huruf TBN boleh diertikan kepada “Tukar Barisan Nasional” tolak Barisan Nasional dan tumbakangkan barisan Nasional boleh dicanangkan.
Pihak Pembangkang mungkin boleh menggunakan TBN sebagai bahan kempen untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14.
Bahan kempen seumpama ini,  sangat dibenci oleh orang umno. Kenapa? kerana perkataan tersebut memberi kesan yang sangat bermakna dalam kempen pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada 2018.
Lebih lebih lagi perkataan tukar Barisan Nasional, tolak Barisan Nasional dan tumbangkan Barisan Nasional boleh dan mudah memikat hati rakyat.
Seingat penulis  perkataan tersebut sudah jadi agenda sekian lama oleh PAS Malaysia umumnya dan PAS Terengganu khususnya.
Sesungguhnya Perkataan tukar Barisan Nasional, tolak Barisan nasional dan tumbangkan Barisan Nasional yang dicanangkan sedemikian menhantaui kerajaan yang memerintah Negara sekarang.
Malah ia memberi kesan yang besar sehingga umno Terengganu dalam pilihanrya umum ke 13 hampir tumbang.
Dan tidak mustahil hasrat PAS Terengganu untuk memerintah semula negeri kaya rakyat miskin ini pada pilihanraya umum ke 14 nanti menjadi realiti
TBN juga boleh disebut “tibel Barisan nasional” yang menjadi punca “barang naik” yang menyebabkan sara hidup rakyat jadi tinggi dan membebankan.


  
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
anaabdullah
Posted on Thursday, April 10 @ 09:20:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 


 Lebih 1,000,000 peminjam ditipu Meja Bulat PTPTN anjuran Pemuda UMNO
Posted on Thursday, April 10 @ 09:13:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Hari ini genaplah 2 tahun sejak 11 resolusi meja bulat PTPTN dibuat. Untuk pengetahuan, meja bulat PTPTN adalah hasil inisiatif Pemuda UMNO untuk berbincang mengenai masalah-masalah yang dihadapi peminjam PTPTN.

Walaupun 11 resolusi telah dibuat, namun sehingga hari ini, 3 perkara penting dalam isu PTPTN masih gagal dilaksanakan. 3 perkara tersebut adalah :
Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.
Kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lain-lain pinjaman hendaklah dimansuhkan.
Bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-11-resolusi-rundingan-meja-bulat-anjuran-pemuda-umno-1.39271

Kami peminjam PTPTN merasa bagaikan tertipu apabila diberikan harapan mengenai rundingan Meja Bulat PTPTN ini tetapi akhirnya resolusi yang diharapkan tidak tertunai hingga ke hari ini.

Statistik Peminjam PTPTN 30 September 2013 
132,801 peminjam disenarai hitam
1,329,712 jumlah keseluruhan peminjam
http://www.bharian.com.my/articles/132_801peminjamPTPTNdisenaraihitamsetakatSeptember/Article/

Qadafi Muhamad Shuib
Admin Gabungan Peminjam PTPTN
https://www.facebook.com/gabunganpeminjamptptn 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
Syawal
Posted on Thursday, April 10 @ 09:13:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 TAHNIAH ! Caj potong dan pasang meter air di N.Sembilan naik
Posted on Thursday, April 10 @ 07:15:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Berita "
9 April 2014 - Kerajaan negeri mengumumkan kadar caj meliputi deposit, fi dan caj perkhidmatan pemasangan meter air bagi domestik serta komersial dan industri telah dirombak berkuatkuasa serta-merta.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, sebelum ini kadar semasa bagi pemasangan air bagi domestik adalah sebanyak RM75 manakala kadar bagi komersial dan industri semasa berjumlah RM300.

“Bagi rumah dua dan berbilang tingkat kadarnya sebanyak RM100,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah menaikkan kos pemotongan atau penyambungan semula air daripada RM25 mengikut jenis meter.
‘Bagi meter bersaiz 50 milimeter (mm) kadarnya adalah sebanyak RM70, bagi saiz 50 mm hingga 100 mm adalah sebanyak RM100, untuk saiz 100 mm hingga 150 mm kadarnya adalah RM200.
- UTUSAN

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Thursday, April 10 @ 07:15:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Kotak Hitam – “Pihak tak bersih”, Kapten Nik Huzlan tuju siapa ni!!
Posted on Thursday, April 10 @ 07:14:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"
Datuk-Kapten-Nik-Ahmad-Huzlan-Nik-Hussein

Sekiranya kotak hitam pesawat  MH370 ditemui, ia harus harus diserahkan untuk siasatan kepada pihak yang boleh dipercayai dan cekap untuk melakukan analisis ke atas perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan tersebut.



Itu yang disebut bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain di akaun Facebook hari ini.
“Pencarian MH370 mungkin berakhir. Sekiranya kotak hitam itu ditemui adalah menjadi kepentingan semua pihak, ia disiasat oleh pihak yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan.
“Mendapatkan semula (kotak hitam), mengeluarkan datanya dan menganalisis data itu harus dilakukan dengan bersih dan tidak terjejas dengan penglibatan mereka yang tidak tahu apa-apa”.
Siapa yang dimaksudkan Kapten Nik Huzlan pihak yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan. - EkELEH.COM

Petua Imam Syafie untuk lelaki
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Thursday, April 10 @ 07:14:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan