Khamis, 10 April 2014

DIMANA AKAL KITA

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terkejut pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda menelan belanja RM25 juta dan pembiayaan dua ekor Panda dari negara China kini sudah disiapkan di Zoo Negara.

“Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.

“Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda,” ujarnya.

Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal.

Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli.

“Kenapa kita perlu menyiksa haiwan itu untuk dipaksa hidup dalam persekitaraan yang bukan asal hanya kerana mahu dipertontonkan kepada orang ramai?” soal beliau lagi.

Justeru, tegas beliau Mapim berpendapat sesungguhnya tindakan kerajaan tidak munasabah dan adalah berlawanan dengan etika menjaga hak binatang.

Apatah lagi, tambahnya perbelanjaan yang begitu tinggi adalah tidak rasional berbanding dengan keperluan kelompok rakyat bawahan yang masih bergelut untuk mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang kini sangat rumit.

“Bagaimanakah kerajaan mahu merasionalkan perbelanjaan RM25 juta itu untuk menyimpan dan mempamer dua ekor Panda itu padahal banyak keutamaan rakyat yang masih belum dapat dipenuhi?” soal Azmi.

Katanya, rakyat masih menderita dengan terputus bekalan air, terpaksa berdepan dengan kenaikan kos rawatan kesihatan dan kos pengangkutan yang meningkat.

Beliau turut mempersoalkan apakah manfaat yang dapat diperolehi jika wang rakyat berjuta ringgit dikeluarkan hanya untuk mempamer Panda yang bukan menjadi keutamaan rakyat

“Kami menegaskan ketika Laporan Ketua Audit Negara 2013 sedang didedahkan di Parlimen, betapa sekali lagi berpuluh juta ringgit tiris dan bocor akibat pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang lemah,” katanya.

Kini, ujar beliau rakyat dikejutkan dengan wang dikeluarkan sedemikian banyak untuk membiaya dua ekor Panda tersebut.

“Kami menggesa pihak kerajaan menilai semula projek ini dan menarik balik keptusan untuk melanjutkan terus program ini yang pasti akan mengambil sumber wang awam yang terlalu banyak,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya Mapim membantah budaya berbelanja secara tidak rasional ini dan menggesa kerajaan menumpukan perhatian kepada keperluan yang lebih utama untuk rakyat.
Islam Bangkit added a new photo.
5 mins ·
Like · ·

Perbuatan keji guru sukan terbongkar

muridTUMPAT – Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah dekat sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan, Isnin lalu.
Dalam kejadian sebelah pagi itu, murid berkenaan mendakwa telah dicabul guru sukan itu ketika berada di stor sukan.
Difahamkan, kejadian itu terbongkar pada sebelah petang hari yang sama apabila murid tersebut memberitahu ibunya bahawa dia enggan lagi pergi ke sekolah kerana trauma atas perbuatan keji guru terbabit.

Bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.
“Suspek juga sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan,” katanya, lapor Kosmo.


Thursday, 10 April 2014


BEKAS KETUA MENTERI SABAH, YONG TECK LEE SAHUT CABARAN ZAHID UNTUK MENAMPAR MUKANYA DENGAN HARGA RM501!!!!


Bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee telah menyahut cabaran itu untuk menampar Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.

"Saya menerima cabaran  Zahid dan menjemput beliau untuk datang melawat Lahad Datu dan Semporna tanpa diiringi oleh ramai pengawal peribadi beliau dan polis serta kepungan keselamatan tentera.
"Jika Zahid menyimpan janji untuk membayar RM501 apabila ditampar , saya akan mendermakan wang tersebut  kepada Tabung Wira Lahad Datu."

Saya yakin rakyat Sabah akan memberi sumbangan yang lebih daripada sepuluh kali ganda kepada tabung berkenaan, " kata Yong yang juga Presiden SAPP.
Tabung Wira Lahad Datu telah ditubuhkan untuk faedah keluarga anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan Sabah semasa pencerobohan Lahad Datu- Tanduo Sulu pada Mac 2013.

Zahid telah berkata semasa ucapannya kepada kakitangan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam bahawa "orang yang baik hati " telah menawarkan RM500 sebagai ganjaran kepada sesiapa yang akan menampar dia.


Beliau berkata, " jika orang yang berani " dia harus melakukan perbuatan itu sendiri dan bukannya menggesa orang lain untuk melakukannya.
Zahid juga berkata beliau akan menambah nilai jumlah sebanyak RM1 .

Yong, yang telah membuat tawaran dalam reaksi segera untuk pencerobohan keselamatan di Sabah Rabu lepas , berkata semalam bahawa beliau berharap Zahid tidak akan memungkiri janjinya.


Dengan itu dia berkata Zahid tidak pernah mengotakan apa yang dijanjinya sebelum ini.


Beliau menyatakan betapa Zahid pernah berikrar mau membuat pendedahan nama-nama ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang dikatakan dalang di belakang pencerobohan Lahad Datu tahun lepas.


"Tahun lepas pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan keluarga di Pilihan Raya Umum ke-13, Zahid mendakwa ketiga-tiga pemimpin pembangkang  terbabit dalam pencerobohan Lahad Datu .
" Beliau berkata, identiti akan didedahkan selepas pilihan raya.

Tetapi setakat ini, dia telah tidak berbuat demikian malah terus berdiam diri mengenai perkara itu, "kata Yong.

Berikut ialah artikel rentetan cabaran Zahid Hamidi disambut oleh Yong Teck Lee.

PUTRAJAYA 8 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

"Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

"Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Fi­lipina diculik.

Selain menawar RM500 untuk menampar Ahmad Zahid, Pre­siden Parti Maju Sabah tersebut turut menyediakan RM1,000 kepada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengusulkan supaya gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditolak.

KUALA LUMPUR: Jika kita mahu melihat dan mengetahui bagaimana seriusnya penaklukan pemimpin-pemimpin Umno terhadap negara kita, boleh kita baca dengan teliti ucapan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pelancaran buku Rich Malaysia and poor Malaysians yang ditulis oleh Anas Alam Faizli baru-baru ini.

“Apa yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh dalam ucapan beliau itu hanya secebis dari perlakuan salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan pimpinan Umno sekarang ini,” tulis Aspan Alias di dalam blognya semalam.

Menurutnya, Tengku Razaleigh merupakan pemimpin Umno yang telah diketepikan secara sistematik oleh pimpinan rakus Umno yang takut dengan pengaruh dan kemampuan Umno memimpin negara jika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Sikapnya yang gentleman menjadikan beliau tidak sesuai dengan kehendak dan budaya politik pimpinan rakus negara semasa itu.

“Maka itulah sebabnya beliau tidak terlibat dengan segala perbuatan keji yang dilakukan oleh pimpinan negara kerana beliau sudah tiada dalam kabinet sejurus selepas beliau tewas dalam usaha beliau untuk menyekat apa yang berlaku hari ini dari berlaku,” tulisnya lagi.

Justeru, ujarnya sekarang Tengku Razaleigh boleh bercakap tanpa halangan dan telah memberikan pandangan yang akhirnya bermaksud Umno merupakan parti yang bermusuh dengan orang Melayu sendiri dalam ucapan pelancaran buku tulisan Anas Alam Faizli itu.

Tambahnya, bekas Menteri Kewangan Negara itu merupakan ‘authority’ yang paling kuat untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di negara ini.

Menurut Aspan lagi, Petronas yang beliau tubuhkan dengan risiko keselamatan peribadi beliau sendiri sekarang telah diperguna oleh pimpinan negara untuk kepentingan politik parti dan peribadi pimpinan hari ini.

“TR tentu merasakan kesedihan kerana beliau telah menubuhkan syarikat petroleum nasional ini dengan peluh dan keringat tanpa bayaran. Alih-alih pemimpin yang mengambil kuasa negara mempergunakan untuk politik peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya,” ujarnya.

Baginya, kesabaran Ku Li berdiri sendirian di pinggiran politik kotor negara agaknya sudah sampai ke tahap kehilangan kesabaran beliau.

Itu sebabnya, kata Aspan apa yang Ku Li perkatakan itu tidak dapat disambut oleh mana-mana pemimpin Umno sama ada yang sedang berkuasa atau siapa yang sudah bersara.


Pelajar IPTA Gay mengaku runsing dilamar jejaka.

SOAL JAWAB:

Saya siswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang gay. Saya mempunyai pasangan yang ingin menjalin hubungan serius de­ngan saya, tapi agak keberatan kerana niat saya hanyalah untuk memuaskan nafsu saja.(gambar hiasan)

Namun, saya terhutang budi kepada pasangan kerana dia banyak menghabiskan wang untuk saya.

Pelajaran saya juga merosot sejak berkenalan dengan si dia kerana kini kurang mengadakan perbincangan dengan kawan sekuliah.

Saya juga semakin hilang kawan. Tolonglah saya Dr. Apa yang harus saya lakukan? Saya sudah masuk ke dalam perangkap yang saya buat sendiri.


MAHU BEBAS,

Perak

Amalan seks secara songsang diharamkan dalam agama. Contohnya ayat al-Quran menceritakan mengenai umat Nabi Lut (juga dikenali sebagai Bani Sodom) yang dibinasakan dengan kemurkaan Allah kerana terbabit dalam tindakan homoseksual.

Perbuatan seks sejenis ini dikeji dan dihina Allah, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 80 dan 81)

Perhubungan adik dan pasangan jelas sekali berdosa dari segi agama. Apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sering kali diakibatkan oleh perbuatan sendiri. Dalam permasalahan adik, apa yang berlaku dalam kehidupan adalah pilihan hidup sendiri.

Dari beberapa aspek seperti seksual, kewangan dan emosi, pasangan adik dilihat dapat memenuhi keinginan seks, kewangan dan keselesaan hidup diri adik.

Sementara dari aspek lain pula, sekiranya adik tidak menghalang diri untuk menerima pasangan memasuki ruang hidup adik, tiada siapa yang menentukan kecuali diri sendiri.

Dr akui untuk meninggalkan seorang yang dapat memenuhi beberapa kepuasan diri bukanlah mudah.

Adik kena banyak berkorban. Antaranya adik perlu menerima kenyataan untuk kehilangan elemen keseronokan dan keistimewaan yang dikecapi bersama-sama pasangan adik itu.

Malah, adik juga tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup selesa. Semuanya atas usaha keras sendiri.

Adik juga perlu memikirkan cara untuk tidak mengabaikan pelajaran. Pelajaran dan kawan adalah dua elemen penting dalam kehidupan.

Jika diabaikan kedua-dua perkara ini, adik akan kehilangan banyak hikmah dalam kehidupan.

Hubungan songsang adik dan pasangan adalah hubungan terlarang di sisi agama. Kesan hubungan terlarang ini adalah merosakkan institusi kekeluargaan.

Sebarang keputusan yang adik ambil perlu memikirkan akibat perbuatan dari segi tuntutan agama dan juga kebaikan diri.

Faktor lain seperti prestasi dalam pelajaran, hubungan dengan kawan sekuliah, kesediaan mempunyai keluarga seperti anak dan pandangan negatif masyarakat terhadap perhubungan songsang ini juga perlu diambil kira dalam membuat keputusan.-(Kaunseling Remaja HM)



WALLAHU'ALAM
 



Post by Tribute To MH370.








Johan Raja Lawak Tertidur Dalam Solat


Johan Raja Lawak Tertidur Dalam Solat | Pelawak terkenal, Johan Raja Lawak telah dikatakan tertidur dalam solat yang disahkan sendiri oleh isteri tercinta iaitu Ozlynn menerusi laman sosial.

Menerusi akaun Instagram milik isteri Johan Raja Lawak, beliau telah berkongsi sekeping gambar suaminya itu tertidur ketika dalam solat yang disertakan dengan caption berbentuk luahan santai Ozlynn untuk menegur sikap lalai Johan.
Xtau nak cakap apa.. tadi elok sembahyang sebelah papa dia.. yang mak dok bukak email check pasal keje.. pastu rasa macam eh lama pulak dua beranak nih solat.. skali tengok ni lah hasil nya.. dapat buat tangkapan..
bukan nak aniaya tapi nak membuktikan gambar ni pada papa dia.. apa kejadian nya.. senyum jek papa dia.. lama sujud ye sayang.. sorry ye.. pasni akan lebih berhati2.
-Ozlynn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan